َ.َمال 5 إ ل اَة È ي è - jabatan agama islam
TRANSCRIPT
1
"Falak dan Agenda Hijau "
(27 Mac 2020/ 2 Syaaban 1441H)
دل ل ا م ل ح الس ي ذ ال ه ان اسبل د ة لا م ه ي ع ر ن اب ش م اف ه ام ،و ل س إ .ال
دان ه ا ل إالل لإ اش هلإ ها ل ه د ح ي و ر ،ل هك ش ن م ه با ل ي ن تو رهو ف ت غ ن س . إ ث اب ال و ب نو الذ ر سولهكل دهو ب داع م ن ب ي ن امح ن او يد دانس ه اش و
إن ام رال ي .خ
د م مح ن ا يد ل ىس ع ب ار ك و لم س و ل ص ام ،ا لل هم الت م ر ب د ل ىا ل ه ع و اب ه ح اص و ان س ب ا ح ن ي الت اب ع ال إي ل ىع و ر و ر ال عصو .ام مرو
،ا الل ه اد ب اع د،ف ي اب ع ام د ،ف ق ىالل ه و ب ت ق ا ي اي و يكم ص ،او ت قواالل ه . ال مت قون ف از
2
يم :ىال ع ت هالل ال ق الر ج ي ط ان الش ن م ،اعوذب الل ه
ها يأين ٱ ي نوا لذ ٱ ء ام ا للذ ٱ تذقوا ديدا يصلح ٧٠و قولوا ق ولا س
ن يطع ي غفر ل كم ذنوب كم و م ل كم و عم للذ ٱ ل كم أ ر سول د ف از ف ۥو ق ظيما ف الأحزاب ٧١وزا ع
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Alah SWT dengan mentaati
segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dan
ketahuilah bahawa orang yang bertakwa itu pasti mendapat kemenangan
di dunia dan juga di akhirat. Khutbah pada hari ini akan membicarakan tajuk:
“Falak dan Agenda Hijau”.
Kaum Muslimin yang dimuliakan,
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana kita masih lagi
dapat menghirup udara yang nyaman, dikurniakan kesihatan, hidup dengan
penuh kemewahan dalam negara yang sejahtera serta aman damai ini.
Lebih-lebih lagi kita dikurniakan oleh Allah SWT dengan nikmat terbesar
iaitu nikmat Islam dan iman.
3
Justeru, sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, tiada sebab untuk
kita lalai, kufur atau menderhaka kepada Allah SWT yang telah
menciptakan kita sebagai manusia (iaitu sebaik-baik kejadian) di samping
kita dikurniakan dengan begitu banyak nikmat yang tidak terhingga.
Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 18:
يم الر ج ي ط ان الش ن م اعوذب الل ه
ة وإن وا نعم ٱت عد إنذ للذ ا فور رذحيم للذ ٱ ل تصوه ١٨ل غ Maksudnya: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan-
Nya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu;
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.
Sidang Jumaat Yang dimuliakan Allah,
Khutbah hari ini membicarakan tajuk Falak. Falak sering dikaitkan dengan
objek di langit. Namun sebenarnya falak tidak terhad dalam aspek berkaitan
langit sahaja, tetapi fenomena di sana memberi petunjuk dan isyarat kepada
bumi dan segala yang bernaung di bawahnya. Semakin kita mendalami
bidang Falak, maka semakin dekat kita memahami maqasid di sebalik
pensyariatan ibadat di dalam Islam. Misalnya dalam menunaikan solat, kita
perlu merujuk matahari dalam menentukan waktu solat dan arah kiblat.
Manakala dalam ibadat puasa, zakat, dan haji, kita perlu merujuk bulan bagi
4
melaksanakan ibadat berkenaan. Bahkan dalam banyak keadaan, syariat
Islam sentiasa harmoni dengan alam semesta serta fenomena-
fenomenanya.
Oleh Itu Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
Manusia dan alam mempunyai kaitan dan hubungan yang sangat rapat.
Kehidupan manusia di muka bumi ini memerlukan sumber alam untuk
meneruskan kelangsungan hidup. Contohnya keperluan manusia untuk
makan, minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya adalah
bersumberkan tumbuh-tumbuhan, binatang ternakan, pokok-pokok kayu,
hutan rimba belantara, hasil perut bumi, minyak, gas, segala bentuk logam
dan sebagainya.
Bagaimana pun, di samping menerokai segala sumber alam semula jadi ini
untuk pembangunan dan kemajuan kita di dunia ini, kita juga hendaklah
bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekeliling supaya tidak
dirosakkan dengan pembangunan yang tidak terkawal semata-mata untuk
memuaskan nafsu yang rakus. Memelihara alam sekeliling termasuk salah
satu tugas manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Justeru, agenda hijau yang sedang digerakkan oleh banyak pihak bukanlah
sesuatu yang asing daripada Islam, sebaliknya merupakan hasil dari
penghayatan terhadap ilmu falak itu sendiri. Pihak kerajaan negeri dan
5
persekutuan sedang hebat menggerakkan agenda hijau dalam pentadbiran.
Termasuk menubuhkan agensi-agensi khusus berkaitan hal tersebut
seperti Penang Green Council (PGC) dan seumpamanya di samping
agensi-agensi sedia ada seperti Jabatan Alam Sekitar. Inisiatif-inisiatif yang
digerakkan merupakan satu usaha yang murni dan sebenarnya sesuatu
yang selari dengan tuntutan syarak.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kesedaran orang ramai terhadap penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar
masih di tahap rendah terutama sikap “tak Pa” terhadap menjaga
kebersihan. Apabila berlaku sesuatu musibah seperti penularan wabak
penyakit taun, denggi dan sebagainya di satu-satu kawasan. Puncanya
kerana pengabaian terhadap aspek kebersihan.
Pengabaian alam sekitar juga menyebabkan bencana alam seperti tanah
runtuh atau banjir kilat sehingga menyebabkan banyak kerosakan harta
benda. Begitu juga perbuatan membuang sisa-sisa toksik atau air tercemar
yang tidak dirawat oleh kilang-kilang industri, melakukan pembakaran
secara terbuka dan sebagainya. Gambaran-gambaran ini menyebabkan
berlakunya pencemaran, seterusnya menyedarkan kita bahawa alam
sekitar yang dikurniakan kepada kita ini perlu dipelihara. Allah SWT
menjelaskan dalam surah ar-Rum, ayat 41:
6
يم الر ج ي ط ان الش ن م اعوذب الل ه
ر ه اد ٱ ظ س ٱ ف لف يدي ل حر ٱو لب ب ت أ س ا ك لنذاس ٱ بم
هم ب عض ي ٱ لذيق لذهم ي رجعون لذ ملوا ل ع ٤١ع Maksudnya: “Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di
darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-
tangan manusia. Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan
mereka sebahagian dari perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
Oleh itu, kita mesti menerima kenyataan ini dengan pandangan yang
rasional, di samping mengenepikan sikap menuding jari dan tuduh
menuduh, bukanlah alasan kita untuk duduk berdiam diri atau berpeluk
tubuh sahaja. Pengalaman-pengalaman yang lalu seharusnya menjadi
panduan serta pengajaran berguna bagi kita dalam mengatur dan
merancang sesuatu pelan pembangunan. Antara faktur yang perlu
diperhalusi ialah:
Pertama: Tidak hanya memikirkan nilai komersial semata-mata tetapi perlu
mengambil kira faktor-faktor keselamatan, pencemaran atau taksiran
kerosakan alam sekitar dan ekologi sistem yang mungkin berlaku pada
masa akan datang.
7
Kedua: Sentiasa mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa.
Ketiga: Sentiasa merujuk kepada pakar-pakar yang dapat memberi
khidmat nasihat dalam bidang-bidang berkaitan.
Keempat: Pemantauan berterusan dan penguatkuasaan undang-undang
yang lebih tegas terhadap sesiapa sahaja atau mana-mana pihak yang
melanggar peraturan dan menyebabkan kerosakan atau terjejasnya alam
sekitar.
Kaum Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Inisiatif-inisiatif yang digerakkan bagi tujuan pemeliharaan alam semulajadi
tidak boleh dipandang remeh. Dari sekecil-kecil perkara seperti menyimpan
cebisan sampah untuk membuangnya di tempat yang ditentukan dan tidak
mencetak apa-apa dokumen yang tidak digunakan sehinggalah kepada
perkara-perkara yang besar mesti didukung oleh semua pihak.
Inisiatif kitar semula, gempur pencemaran plastik, makan sampai habis,
larangan penebangan pokok secara rakus, larangan pembakaran terbuka,
pengurangan penggunaan kertas, pengawalan pencahayaan yang
melampau, penjimatan air, penjimatan elekrik, dan seumpamanya wajar
disokong dan digerakkan secara bersama. Sebagai muslim, kita adalah
8
umat yang sentiasa mesra alam. Bumi yang kita diami perlu diselamatkan
dari tindakan ganas pembangunan yang tidak mampan.
يم الر ج ي ط ان الش ن م اعوذب الل ه
ل رض ٱ تفسدوا ف و ا و ل حه عا دعوه ٱ ب عد إصل م ا و ط وفا خ
ٱ إنذ ر ح ت ٥٦ لمحسني ٱق ريب من للذMaksudnya: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah
Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan
berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak
diterima) dan juga dengan perasaan berharap-harap (supaya makbul).
Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat pada orang yang sentiasa
memperbaiki amalannya”. (surah al-A’raf ayat: 56)
ن م ه اف ي ب م ا ي اكم ن ىو ع ن ف م ،و ي ظ ال ع ان ء ف ىالقر ل كم و الل هل ى ك ب ار ت ه،ا ن ههو او ن كمت ل م نىو م ب ل ت ق م ،و ي ك ال ح ك ر الذ و عا لإ ي ات ي م الس
ائ ر ل س و ، ل كم و ل ى م ي ظ ال ع الل ه ر ف ت غ اس و ا ذ ه ل ى ق و ل اقو ل يم. ال ع هو ا ن ه ه رو ف ت غ ف اس ، ن ات م ال مؤ و ن ي ن م ال مؤ و ، ات ل م ال مس و ي ن ل م ال مس
ي م رالر ح فو .ال غ
9
خطبةكدوا
(Bulan Mac 2020)
ن م ب الل ه ذ ن عو و ره، ف ت غ ن س و ي ه د ت ه ن س و نه ي ع ت ن س و ده م ن ح ل ل ه د م ا ل ح ن م ل ه،و ل مض الل هف لا ه د ي ه ن ال ن ا،م م اع ئ ات ي س ن م ن او ر ان فس شرو
ف لا ل ل ل ه.يض ى اد ه
ده ب داع م مح دان ه اش ل ه،و ي ك ر ش هلإ د ح الل هو ا لإ ا ل ه دانلإ ه اش له. سو ر و
ن ي الت اب ع و ب ه ح ص و ا ل ه ل ى ع و د م مح ن ا يد ل ىس ع ب ار ك و لم س و ل ص ا لل هم ا ل ان س .ب ا ح ي ن م الد ىي و
ى و ب ت ق ا ي اي و كم ي ص ،او !ا ت قواالل ه ن نو م ةال مؤ و خ إ اال اايه د،ف ي اب ع ام . ن ال مت قو ف از د ف ق الل ه
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri supaya bertakwa
kepada Allah SWT dengan mematuhi segala perintah-Nya dan menjauhi
segala larangan-Nya. Sesungguhnya berbahagialah orang yang bertakwa
kepada Allah.
10
Pada masa kini, terdapat segelintir umat Islam yang menghadapi masalah
kecelaruan jantina yang salah satunya dikenali sebagai transeksual.
Mereka adalah seorang lelaki atau perempuan yang berperasaan atau
berpenampilan sebagai jantina yang berlawanan jenis. Sebahagian mereka
sehingga tahap mengambil hormon, membuat pelbagai suntikan dan
melakukan pembedahan menukar organ jantina. Hal ini bukan sekadar
bertujuan ingin benar-benar menjadi jantina yang berlawanan malah ada
yang turut terlibat dengan masalah sosial.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada tahun 1982 telah
memutuskan hukum pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau
sebaliknya adalah haram. Seseorang yang dilahirkan lelaki, hukumnya
tetap lelaki walaupun jantinanya berjaya ditukarkan melalui pembedahan.
Seseorang yang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan
walaupun jantinanya berjaya ditukarkan melalui pembedahan. Manakala
seorang yang dilahirkan sebagai ‘khunsa musykil’ iaitu manusia yang
dilahirkan mempunyai dua alat kemaluan lelaki dan perempuan,
diharuskan melakukan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat
jantina yang benar-benar berfungsi dapat digunakan mengikut keadaan
yang sesuai.
11
Ketahuilah bahawa mengubah ciptaan Allah swt adalah dosa besar dan
dilaknat oleh Allah swt. Kita sebagai bapa atau ketua keluarga, wajiblah
menjaga dan memantau ahli keluarga supaya tidak beramal dengan amalan
yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ibu bapa juga hendaklah
mendidik anak-anak mengikut fitrah kejadian asal mereka dan bukan
sebaliknya. Contohnya, anak lelaki dipakai pakaian perempuan atau anak
perempuan dibiarkan berpewatakan seperti lelaki. Firman Allah SWT dalam
surah an-Nisa’, ayat 119:
يم الر ج ي ط ان الش ن م اعوذب الله
لق … نذ خ ي نذهم ف ل يغ لأمر ٱ و تذخذ للذ ن ي ن ٱ و م يط ا لشذ لا و ٱ من دون ا للذ بينا اناا م س خس د خ ق ١١٩ف
Maksudnya: “…dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah".
Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang
ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian
yang terang nyata”.
Semoga kita dapat meneruskan kehidupan dengan penuh keberkatan dan
sentiasa mendapat rahmat Allah swt.
12
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Pada saat yang penuh barakah ini marilah kita berselawat ke atas nabi
Muhammad SAW yang membawa petunjuk dan rahmat kepada kita
sekalian sepertimana perintah Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 56:
ذب الل م اعو ي الر ج ي ط ان الش ن م ه
ت ه ٱللذ إنذ ئك ل م لون عل ۥو يص ا ٱلنذبهيأ ين ي نوا ٱلذ ء ام
لموا ت سليما ل يه و س لوا ع ص
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi
Muhammad صلى الله عليه وسلم wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya
serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang
sepenuhnya”.
. د م ن امح يد س ل ىا ل ع و د م ن امح يد ل ىس ع ب ار ك و لم س و ل ص ا للهم ا ن ا ك م يد س ل ىا ل ع و م ي اه ا ب ر ن ا يد ل ىس ع ك ت ار ب و ت ل م س و ل ي ت ص
ي ن ال م ف يال ع م ي اه ر د.ا ب ي ج دم ي م ح ا ن ك
13
ن ات م ال مؤ و ن ي ن م ال مؤ و ات ل م ال مس و ي ن ل م ل ل مس ر ف اغ ا للهم اء ي ال إح . ات و ال إم و ن هم ق ار ن االل هم م قاال ح اح زق ن ار اع و ار ن اهاتب ل و اط لاال ب ب اط
ا زق ن ار اب ه، و ت ن ت ك اج م ح اب ر م ي ح ن ار ي م اح .الر
كباوه ن ا، ل ك ل ىم ع ة اف ي ال ع و ة لا م الس و ن ة ي ك الس و ة م الر ح ان ز ل ا للهم انم-كدولييڠمهامولياسريڤادوكباڬيندايڠدڤرتواناڬوڠ
حوم ر الم ا ب ن اه ب الل هش ى ط ف ا ل مص ي ن الد ة اي ر ع الل ه د ب ع ل ط ان ا لس بلس،ي نبا لل ه، ت ع ا ل مس اه ش د م اح اج ح توانيڠسل ط ان وكذلكمولإنا
دكتورحاجعبدالرحمنبنحاج تونداتوءسرياوتاما تراوتاما .كريڤولإوڤينڠعباسيڠدڤرتوان
الن ار . اب ذ ق ن اع ةو ن س ة ح ر ف يالإ خ ن ةو س اح ن ي رب ن اا ت ن اف يالد
ى ن ه ي ب ىو ال قر ي ذ ا ء ت ا ي و ان س ح ال إ و ل د ا مرب ال ع ي الل ه !ا ن الل ه اد ب ع االل ه كرو .ف اذ ن ك رو ت ذ ل كم ل ع ظكم ،ي ع ي غ ال ب و ر ال من ك و اء ش ح ال ف ن ع
ن ع ل ى اع كرو اش و كم كر ي ذ م ي ظ ال ع كم ط يع ل ه ف ض ن هم الو اس و كم ز د ي ه م . ن عو ن ات ص ل مم الل هي ع رو اك ب ك رالل ه ل ذ و