kecohlearning.asean.org/data/documents/2015/03/admin/kecoh.pdf.pdf · dalam akhbar dan majalah...

111

Upload: lamdan

Post on 08-Mar-2019

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KECOH Antologi Cerpen

Hiasan Kulit Ak Sarikula bin Pg Hj Othman

Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Bandar Seri Begawan 2064 Brunei Darussalam

@ Mussidi 1991

Cetakan Pertama 1991

Aturhuruf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,Brunei Darussalam Dicetak oleh Percetakan dan PerdaganganBintangSdn. Bhd.

Pendahuluan Pengarah

MEMBACA CERPEN-cerpen dalam antologi persendirian ini menyebabkan kita berfikir dan merenung kehidupan. ~ e r i i k i r merangsang daya intelek dan merenung mempertajam daya persepsi kita. Ini menunjukkan bahawa antologi Kecoh ini bukan sahaja mempunyai nilai estetik tetapi juga nilai intelek.

13 daripada 14 buah cerpen dalam antologi ini pernah tersiar di dalam akhbar dan majalah dalam dan luar negeri dan Radio Televi- syen Brunei (Ruangan Cerpen dan Salukan).

Persoalan yang digarap merangkumi berbagai aspek kehidupan yang dijalin dengan teknik impresionisme yang menarik dan aliran absurdisme yang relatif baru di negara kita.

Kandungan

Senyum 1

Tuk Tamir 6

Pekerjaan 13

Gaji 19

Kopiah 25

Kecoh 38

Jantung 48

Bebal 54

Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Mual 69

Bayang-Bayang 76

Punggung 83

Telan j ang 90

Dabat 98

Senyum

BAHAWA SENYUM itu adalah harus, tak perlu diperbahas- bahaskan lagi.

Setiap orang berhak untuk senyum atau untuk tidak senyum. Jika dia sudah memutuskan untuk tidak senyum, orang lain mengapa mesti campur tangan?

Setiap orang berhenti dan bertanya padanya: "Mengapa tidak senyum-senyum lagi?" "Mengapa tidak senyum-senyum lagi?" "Mengapa tidak senyum-senyum lagi?" Memang sebelum itu, sejak dulu, dia tidak pernah tidak

senyum. Di stesen bas itu publik sodah memaklumi tempat duduknya: akan dikosongkan jika dia datang. Dia datang tepat jam lapan pagi. Dia tidak pernah mungkir. Dia akan duduk dan senyum-senyum di situ sepanjang hari.

Senyumannya menampakkan barisan gigi yang tegak seperti soldadu-soldadu yang sedang menerima pemeriksaan barisan kehormat. Giginya sentiasa bersih.

Dia berkaca mata hitarn dan bertali leher. Pakaiannya kemas. Pernah seorang pemuda bertanya padanya begini: " Apakah saudara diga ji untuk senyum-senyum sepan jang

hari?" Meskipun dia rnerasakan satu perlian seperti ditamparkan ke

mukanya, dia tetag senyum-senyum. "Sudah lama bekerja sebagai tokang senyum ini?" "Sudah dua puluh tahun." Dia menjawab singkat. "Saya sudah lama menganggur," kata pemuda itu. "Jika ada

kekosongan di mana-mana, saya mau melamar kerja seperti ini. Saya tidak berkelulusan tinggi tapi saya boleh senyum seperti orang yang berkelulusan tinggi. Saya kira kerjanya pun tidak berat, apalagi di stesen bas ini alasan-alasan untuk tersenyum-senyum sentiasa saja ada."

KECOH

Kemudian pemuda itu dengan rendah bertanya apa syarat- syarat yang perlu ada pada seorang tukang senyum.

Mula-mula dia enggan menjawab, tapi pemuda itu mendesaknya. Mau tak mau dia menjawab juga:

"Dedikasi. " Pemuda itu tidak puas hati dengan jawapan sesingkat, selurnrah

dan seumum itu. Dia mendesak lagi. "Di samping dedikasi, kita mesti memiliki gigi yang rapi dan

sentiasa digosok. Jika gigi kita lintang-pukang dan kekuning- kuningan, lebih baik kita jangan senyum."

Pemuda itu mengangguk. "Sebagai contoh - tengok gigi saya!" "Ya, gigi saudara memang bersih dan rapi." "Dan kita mesti adil." "Adil?" "Ya, adil." Pemuda itu merenungnya buat seketika, sedikit bingung, dan

melanjutkan soalan: "Setahu saya perkara adil-mengadili terletak di tangan hakim.

Penghakiman pula jarang sekali dilakukan dengan senyum- senyum. Saya belum pernah melihat hakim tersenyum --as sober as a judge, kata orang. Pendeknya perkara hakimladil-mengadili tak serasi dengan perkara senyum. Jadi bagaimana pula yang sebaliknya boleh cocok?"

"Maksud saya." Dia menjawab. "Kita mesti senyum pada apa saja. Sama ada kita sedang memerhatikan orang-orang tua atau muda atau budak-budak sekolah yang mundar-mandir, ponteng dan merokok atau lelaki berambut panjang atau gondol atau gadis memakai jeans ketat atau apa saja kita mesti senyum-senyum. Pada yang jelik kita senyum, pada yang tak jelek juga kita mesti senyum- senyum . Alasan untuk senyum-senyum memang banyak terdapat di tempat-tempat publik: di stesen bas ini, di panggung wayang, di taman bunga, di peranginan, di tempat-tempat terbuka atau tertutup. Tapi tukang senyum yang baik mesti mampu senyum- senyum tanpa sebarang alasan."

"Ohoo. " Pernuda itu mengangguk-angguk. "Sebelum saudara bertanya iagi saya mau menerangkan

bahawa kerja senyum-senyum ini saya iakukan tanpa gaji. Tegasnya saya senyum-senyum dengan sukarela. "

SENYUM

"Selama dua puluh tahun ini?" Pemuda itu kehairanan. "Ya, saya senyum-senyum kerana Allah." Pemuda itu meninggalkannya dan tidak menampak-

nampakkan dirinya lagi di stesen bas itu. Itulah pertama kali ada orang mewawancaranya. Sejak itu

orang membiarkannya saja: menerimanya sebagai sebahagian dari kewujudan mereka sehari-hari. Dia tidak menjadi persoalan besar tidak juga menjadi persoalan kecil mereka. Memadai dia ada, itu saja.

Dia terus senyum pada matahari, pada hujan, pada angin, pada udara karbon monoksida, pada sampah sarap, pada puntung- puntung rokok, pada tukang sapu, pada bas-bas baru mahupun usang, pada anjing yang berak atau kencing pada tiang, pada kucing yang lewat mengiau-ngiau kena sepak, pada obrolan-obrolan yang kebetulan hinggap di copengnya sama ada tentang akhlak, politik antarabangsa, pendidikan, harga barang keperluan, kecurian atau rompakan, rogol, sukan, pembangunan, pro kontra tentang isu-isu semasa yang sensitif atau tidak sensitif: dia tetap setia dan adil tersenyum.

Dia tersenyum melihat orang-orang tua berdiri di dalam bas sedangkan anak-anak muda enak-enak duduk. Dia tersenyum melihat orang meludah-ludah menerusi jendela bas. Dia tersenyum melihat anak-anak gadis didatangi pemuda-pemuda dan mereka berunding-runding ria dengan suara lantang sambil minum coke.

Dia tersenyum melihat mereka membuang tin minuman itu di atas simen. Dia tersenyum melihat orang-orang yang kelewatan bas, tersemput-semput membimbit barang dari kedai atau pasar atau tamu. Dia tersenyum melihat ibu-ibu yang mengandung sedangkan mereka masih mendukung seorang anak yang menangis dan seorang anak lagi yang masih kecil duduk murung di sisinya. Dia tersenyum melihat orang yang berdiri atau duduk memandang kosong ke depan atau ke bawah dengan sugul.

Jika ada pertengkaran atau keributan kecil tentang harga tiket bas, dia cuma akan tersenyum.

Jika seorang pemuda berjean ketat, berbut mahal, berbau pewangi Brut, lewat dengan angkuh menghisap rokok Benson and Hedges atau dengan angkuh menyikat-nyikat rambut yang sudah sedia rapi dan lawa, dia pasti tersenyum.

Jika seorang pemudi lewat dengan fesyen terbaru dari Hong

KECOH

Kong atau Amerika, menonjolkan susuk tubuh yang gebu dan menggiurkan, yang berbau bedak wangi, bergincu dan bermekap seperti pergawati di dalam iklan tv dia pasti tersenyum.

Atau jika dia terlihat seorang pemuda berpakaian sederhana bersongkok atau seorang gadis berbaju kurung dan bertudung yang kelihatan kesepian dan keterasingan di tengah-tengah arus kesibukan yang memekakkan, dia pasti juga tersenyum.

Atau jika dia terlihat sesuatu yang keluar tajuk di stesen bas itu, seperti seorang ubudiyyah yang lewat dengan tergesa-gesa, membilang biji-biji tasbih, beristighfar dan meminta perlindungan pada Tuhan Maha Kuasa dari godaan dan tipu muslihat syaitan terkutuk dan direjam yang halus berkeliaran lagi tidak nampak, dia pasti juga tersenyum dengan senyuman yang tidak berubah-ubah.

Dia tersenyum melihat orang tersenyum-senyum melihat dia tersenyum-senyum melihat mereka tersenyum-senyum melihat dia tersenyum-senyum melihat mereka.. .

Senyumannya tidak pernah membebankan sesiapa. Tapi sekarang, setelah tiba-tiba berhenti senyum, dia.menjadi

beban pada otak orang yang lalu-lalang. Setiap orang bertanya padanya:

"Mengapa tidak senyum-senyum lagi?" "Mengapa berhenti senyum?" "Apa kami ini sudah tidak layak lagi untuk disenyum-

senyumi?" Ada yang memaksanya supaya senyum-senyum semula.

Memperolok-olokkannya. Mereka menawarkm wang yang lumayan supaya dia senyum-senyum terus.

Seorang lelaki berlawak di depannya: "Saya akan berikan isteri saya pada awak asalkan awak senyum-

senyum semula. Ayuh senyum!" Seorang wanita gemuk muncul dengan muka yang merah

padam, lalu menarik telinga lelaki pelawak itu. Wanita gemuk itu terus memulas-mulas telinga lelaki itu dengan amat zalim - tidak berperikemanusiaan, disertai dengan seranahan yang bertubi-tubi. Dan seperti satu silap mata tiba-tiba saja di tangan wanita itu ada sepa :u bertumit runcing.

L.o,laki itu terpeitik-pekik meminta ampun. Semua orang tahu bahawa sepatu itu adalah khusus untuk kaki,

tapi tidak pula terbatas kegunaannya: boleh saja digunakan untuk

SENYUM

memukul kepala suami yang kurang ajar terhadap isteri - istimewa terhadap seorang isteri yang tidak berkecenderungan untuk dipermain-mainkan.

Wanita gemuk itu meninggalkan stesen bas itu, menggerutu- gerutu meminta talak.

Lelaki malang itu bangun dengan kepala yang bonjol-bonjol dan lebam.

"Ini semua gara-gara awak berhenti senyum!" Lelaki itu menyalahkan, menuding-nuding. Entah kerana malu sangat lelaki itu segera meninggalkan tempat itu.

Apabila lelaki itu sudah jauh, orang semua mula menyungging senyum .

Dia tetap enggan senyum. Orang-orang yang baru turun dari bas, berhenti sebentar dan

bertanya padanya: "Mengapa tidak senyum-senyum lagi?" "Mengapa tidak senyum-senyum lagi?" "Mengapa tidak senyum-senyum lagi?" Kerana sudah jengkel dan mahu menghentikan gangguan dan

pertanyaan seperti itu, dia menjawab juga akhirnya. Begini : "Sama ada saya mau senyum terus atau tidak adalah ha1 saya!

Kamu semua apa peduli! Apa kamu tidak ada kerja lain? Kalau kamu mau kamu carilah orang lain untuk tersenyum-senyum pada kamu! Apa kamu suka orang terus-terusan senyum-senyum pada kamu semua?"

Mereka diam mendengarkannya. "Saya sudah bosan senyum-senyum!" Dia terus bercakap tentang apa yang membosankannya satu

persatu sepanjang hari itu. Seterusnya, setiap hari tepat jam lapan pagi, dia datang dan

bermonolog di stesen bas itu tentang perkara-perkara yang membosankannya sehingga matahari terbenam dan sehingga kedengaran azan maghrib.

Tuk Tamir

MULA-MULA Tuk Tamir berolok-olok saja. Tapi kemudian ternyata dia terpikat sendiri pada fikirannya itu.

Dang Sara, penjaja kuih dari rumah ke rumah, seorang perempuan separuh umur yang serba tahu tentang kehidupan di Kampung Anu itu, jadi kaget. Dia memandang muka tua Tuk Tamir yangkelihatan seperti retak kerana terlalu banyak kedutnya itu. Tuk Tamir tersengih menamptikkan giginya rongak, hitam dan

! i ! kekuning-kuningan. '1 "Apa salahnya," kata Tuk Tamir dengan perlahan. "Isteriku

I sudah tiga bulan meninggal dunia kerana tua. Aku ini juga sudah tua. Entah paling lama setahun dua lagi mungkin aku pula yang

1 mati. Dan aku belum punya anak. Apa salahnya kalau aku beristeri

1 . lagi bagi mendapatkan anak untuk menyambung kewujudanku di i dunia ini." 1 Tuk Tamir diam setagal memikirkan kata-kata yang baru saja

dilafazkannya sendiri itu. Terasa betul juga cakapnya itu mengapa dia tidak terfikirkannya lebih awal lagi. Terfikir pula dia betapa akan jadi sia-sianya hidup ini jika dia mati tanpa meninggalkan seorang waris.

"Memang tak patut kalau aku mati seperti ini," katanya lebih kepada diri sendiri daripada kepada Dang Sara yang masih diam kerana belum pulih dari kekagetannya. Ketika bercakap itulah Tuk Tamir tiba-tiba teringat pada almarhumah isterinya Siti Fatma. Dulu Siti Fatma sering mencadangkan supaya dia kahwin satu lagi.

ng itu ditolaknya bulat-

"Janganlah kau menyalah-nyalahkan dirimu yang kurus kering itu, Fatma," katanya dengan lembut tapi tegas. "Aku cukup bahagia walau aanpa anak."

Tapi sekarang . ternyata cadangan almarhumah isterinya itu patut sangat dituruti sejak dulu lagi.

6

TUK TAMlR

Tuk Tamir menatap muka Dang Sara lama-lama sehingga Dang Sara merasa jidak senang dan terpaksa tunduk.

"Almarhumah isteriku tidak keberatan," kata Tuk Tamir. "Apa pendapat Dang Sara?"

Dang Sara tidak menjawab terus. Dia memandang muka Tuk Tamir dengan pandangan yang ragu-ragu.

"Aku tak faham apa maksud tuk," kata Dang Sara dengan rendah. "Tapi kalau maksud Tuk Tamir hendak mengambil aku ini jadi isteri, aku menolak atas alasan aku ini sudah tua dan tak mungkin dapat memberikan anak. "

"Bukan itu maksudku," tukas Tuk Tamir. "Maksudku apa pendapat Dang Sara kalau aku beristeri lagi?"

"Tuk Tamir nak beli kuih apa?" Dang Sara mengelak dari menjawab.

"Kuih apa saja - lima ringgit," kata Tuk Tamir. "Hendak kubawa ke masjid malam nanti."

Dang Sara ternyata tidak dapat menahan diri dari menceritakan perbualannya dengan Tuk Tamir itu kepada penduduk kampung yang membeli kuih darinya. Ramai yang tidak percaya pada ceritanya itu. Ada yang menyatakan pada Dang Sara yang Tuk Tamir itu sudah terlampau tua dan tak mungkin dia mempunyai fikiran dan keinginan seperti itu lagi. Dan tak mungkin juga Tuk Tamir tidak sedar akan ketidakmampuannya. Dang Sara dituduh tukang pandai buat cerita.

Dang Sara mati-matian mempertahankan ceritanya itu. "Jangan beli kuihku kalau aku bercakap bohong," katanya.

"Kalau tak percaya tanya saja pada Tuk Tamir sendiri." Pada petang itu selepas sembahyang maghrib beberapa orang

penduduk kampung itu datang menjenguk Tuk Tamir bertanyakan apa benar tidaknya cerita Dang Sara itu.

"Dang Sara bercakap benar." Tuk Tamir menjawab dengan amat selamba. B

"Dan aku sebenarnya mencari seorang gadis yang subur di bawah umur pertengahan dua puluhan. "

Orang-orang yang datang itu terdiam; tidak tahu apa yang hendak dicakapkan atau ditanyakan lagi. Sekali-sekala mereka memandang dengan ragu muka orang tua itu. Jika orang tua itu mempunyai cicit, tentu saja cicitnya itu sekarang sudah berumur pertengahan dua puluhan. Apakah orang tua itu sedar apa yang

KECOH

telah dicakapkannya? Tuk Tamir tersenyum-senyum sambil meramas-ramas

janggutnya yang sejemput yang sudah keputih-putihan. Setelah orang-orang itu pulang Tuk Tamir bersalin pakaian

hendak ke masjid kerana waktu isyak sudah hampir masuk. Ketika dia melangkah ke pekarangan masjid bilal sudah selesai

mengalunkan bang. Tuk Tamir terbatuk-batuk kecil. Tidak ada sesiapa yang menyapanya. Cuma ada beberapa orang jemaah tersenyum-senyum sendirian memandangnya.

Tuk Tamir meletakkan kuih-kuih yang dibawanya di satu sudut masjid itu bersama kuih-muih dan minuman hangat yang telah dibawa oleh para jemaah lain.

Sesudah sembahyang isyak para jemaah duduk berbual-b~al di serambi masjid sambil minum-minum. Mereka bercakap-cakap tentang kedai kerjasama di kampung itu yang kian maju; tentang pendidikan anak-anak; tentang rancangan kerajaan hendak membangunkan masjid baru di kampung itu. Mereka berbincang tentang langkah-langkah bagaimana hendak menarik minat anak- anak muda kepada masjid.

Di masjid itulah kebanyakan masalah kampung itu diselesaikan.

Tuk Tamir mendiamkan diri saja. Sekali-sekala dia mengangguk-anggukkan kepalanya sekadar tanda yang dia sedang mendengar apa yang sedang dibincangkan. Pada tempat-tempat yang lucu ketika orang lain ketawa berdekah-dekah, Tuk Tamir cuma tersenyum-senyum. Dia merasakan bahawa mereka sengaja tidak mahu bercakap tentang dirinya.

"Apa kamu sudah mendengar khabar yang aku hendak beristeri lagi?" Dia tiba-tiba bertanya setelah sekian lama menunggu saat yang sesuai.

Suasana masjid itu jadi sunyi. "Tuk," kata Tuan Imam sambil memandang muka orang tua

itu. "Aku tidak pernah mahu percayapada khabar-khabar gila yang seperti itu."

"Khabar itu benar," kata Tuk Tamir dengan amat selamba. Tidak ada riak-riak sebarang perasaan pada air muka orang itu seolah-olah ha1 itu hanyalah satu perkara biasa saja. "Mengapa pula Tuan Imam menganggap khabar itu satu khabar yang gila?"

Tuan Imam diam. Dia memandang-mandang muka para

TUK TAMlR

jemaah lain, kemudian dia memandang muka Tuk Tamir dengan penuh tanda tanya seolah-olah menuntut keterangan lebih lanjut lagi. ,-

"Aku masih kuat," kata Tuk Tamir. "Meskipun umurku sudah lanjut dan mataku sudah rabun tapi aku masih kuat. Dan niatku adalah suci. Aku mahu seorang anak untuk menyambung keturunan. "

Tuan Imam berfikir dalam-dalam sambil merenung muka tua Tuk Tamir yang nampak begitu tenang. Suara Tuk Tamir kedengaran begitu bersungguh-sungguh.

"Dan anakku itu nanti akan kunamakan Mohd. Soleh atau Siti Soleha. Seperti namanya juga aku mahu dia jadi seorang yang salih. Seorang pemimpin dan pengembang agama Islam yang ulung yang membawa berkat ke mana saja ia melangkah." Tuk Tamir diam sebentar. "Itulah yang mahu kutinggalkan bila aku mati nanti."

"Tapi siapakah yang akan mahu jadi isteri seorang yang sudah lanjut usianya?" tanya Tuan Imam. "Kudengar Tuk Tamir mau mencari gadis muda berumur pertengahan dua puluhan tahun ke bawah?"

"Itu juga benar," kata Tuk Tamir. "Apa salahnya kalau ada yang mahu?"

"Tapi soalnya siapa yang akan mahu. Barangkali, kecuali kalau dengan paksaan." Tuan Imam membuka hujahnya. "Tapi sekarang zaman moden. Tidak ada perkahwinan yang boleh dipaksa- paksakan. "

Tuk Tamir mendengar dengan tenang. Dia merapikan lagi silanya, kemudian membongkok ke depan sambil merapatkan kedua tapak tangannya.

"Anak-anak muda zaman sekarang adalah angkatan yang bebas. Bebas bergaul. Bebas mencari pasangan," sambung Tuan Imam, "Tuk akan kalah bersaing dengan mereka."

Tuk Tamir merenung muka Tuan Imam dengan tajam. Para jemaah lain tidak ada yang menyampuk.

Tuan Imam menyungging senyum. "Aku sedar aku ini sudah tua," kata Tuk Tamir. "Dan aku

datang di sini bukan untuk berolok-olok. Aku datang di sini untuk mendengar apa pandangan kamu walaupun aku sudah membulatkan fikiranku. "

-Tuan Imam diam meskipun dia merasakan masih banyak lagi

KECOH

yang perlu dinyatakannya tentang generasi muda yang sudah begitu lama tersimpan di dalam dadanya yang menanti-nanti saat untuk diluahkan.

"Tuk Tamir," kata Tuan Imam setelah berfikir sekejap. "Gadis manakah yang ada hati pada tuk?"

"Begini," kata Tuk Tamir. "Aku bukannya mengharapkan cinta, apalagi cinta keremaja-remaj aan sifatnya. Aku cuma mahukan seorang anak dari benih dan darah dagingku. Seorang gadis yang bijak merancangkan masa depannya dan faham akan kehendakku itu tentu tidak akan keberatan jadi isteriku. Dan kamu semua tentu tahu bahawa harta dan tanahku banyak cuma aku belum mempunyai pewaris. "

"Entahlah tuk," kata Tuan Imam sambil menggeleng- gelengkan kepala. "Nampaknya tuk amat bersungguh-sungguh."

"Kamu pun tahu umurku sudah lanjut - paling lama mungkin dua tahun saja lagi aku akan hidup." Tuk Tamir bercakap dengan perlahan. "Masaku singkat, tapi sebelum mati aku mahu mendapat anak penyambung zuriat."

Kata-kata Tuk Tamir itu jadi buah mulut penduduk Kampung Anu itu. Selama dua minggu lebih ianya jadi tajuk perbualan yang hangat. Setiap orang tahu tentang ha1 itu. Tuk Tamir tidak pula berselindung-selindung mengenai hasratnya itu. Setiap pertanyaan dijawabnya dengan berterus-terang. Ada yang mengatakan dia sudah lali, tak sedar umur sudah lanjut. Ada yang ragu-ragu tentang kemampuan tenaga batinnya. Tapi Tuk Tamir tetap dengan kebulatan fikirannya itu, mati-matian mempertahankan

I j ten&ng kekuatan dan kemampuannya. Akhirnya orang bosan juga

bercakap tentang perkara itu. Banyak hal-ha1 lain yang lebih menarik untuk dikatakan dan dibincangkan.

Ketika keadaan sudah reda itulah Dang Sara yang tahu segala- galanya itu datang mengunjungi Tuk Tamir .

"Tuk," kata Dang Sara dengan tenang. "Ada seorang gadis yang mahu jadi isteri tuk."

Tuk Tamir melangui kasau. Menyedut paipnya dalamdaiam. Kemudian paip itu diketuk-ketuknya di atas lantai. Paip itu diisinya dengan tembakau baru.

"Berapa urnurnya?" tanyanya. Dia tidak bertanya nama k a n a dia merasakan nama itu tidak lagi penting bagi orang tua sepertinya.

TUK TAMlR

"Lapan belas tahun," jawab Dang Sara. "Dang Sara memperolok-olokkan aku?" "Demi 'Allah! Gadis itu bersedia jadi isteri tuk," jelas Dang

Sara. "Keluarganya juga tidak keberatan." "Gadis muda gila manakah yang mahu jadi isteri seorang tua

nyanyuk sepertiku ini?" tanya Tuk Tamir. "Gadis moden," jawab Dang Sara berseloroh. "Dia telah lari

dari rumah kerana tidak tahan pada kongkongan ibu bapa. Bekerja di bandar tapi sekarang sudah berhenti dan pulang mengurung diri di rumah."

"Demi Allah, kau tidak mempermain-mainkan aku?" "Demi Allah, aku bercakap benar!" Tuk Tamir berfikir sebentar. "Masaku singkat ," katanya kemudian. "Entah esok lusa aku

mati. Dang Sara, kalau benar cakapmu ini, kau tolong pinangkan dia untukku."

"Gadis itu dan keluarganya tidak mau pada upacara pinang- meminang." Dang Sara menerangkan. "Terus saja pada akad nikah."

"Demi Allah!" "Demi Allah!" Dang Sara bersungguh-sungguh. "Mereka juga

tidak mahu pada upacara persandingan. Besok lusa kalau tuk tidak ada halangan - akad nikah itu boleh dilangsungkan."

Tuk Tamir terdiam. "Tuk jangan terkejut." Dang Sara meneruskan cakapnya.

"Sekarang zaman moden. Kita tidak dapat menyangka apa yang boleh berlaku. Kita ini sudah tua dan ketinggalan zaman. Anak- anak dan cucu-cucu kita sudah jauh ke depan. Kita tidak dapat membaca fikiran mereka lagi dan tidak dapat meramal tindak tanduk mereka. Kadang-kadang tindak tanduk m e ~ e k a itu pelik- pelik belaka."

"Gadis itu benar-benar mau jadi isteriku?" Tuk Tamir masih ragu-ragu. "Gilakah dia?"

Dang Sara menerangkan lebih lanjut lagi tentang gadis yang sedia berkorban itu. Siapa dia, siapa keluarganya, latar belakang dan sejarah hidupnya. Dang Sara yang tahu segala-galanya itu menjelaskan sejelas-jelasnys.. - Tuk Tamir tidak banyak bercakap. Dia mendengar sambil berfikir .

KECOH

"Aku setuju saja," kata Tuk Tamir selesai saja Dang Sara bercakap .

Mafam itu Tuk Tamir ke masjid. Selepas sembahyang isyak dia mengumumkan akan perihal dirinya itu.

"Aku akan menikah," katanya dengan penuh selamba. Dia memandang muka Tuan Imam.

Tuan Imam mengedutkan kening dan kemudian tunduk. "Dengan siapa?" Ada orang bertanya. "Dengan anak Tuan Imam." Tuk Tamir senyum. Semua mata menumpu pada Tuan Imam, meminta penjelasan. "Memang benar," kata Tuan Imam. "Anakku yang hilang dulu,

diam-diam sudah pulang. Sekarang dia mengurung diri di rumah dan sudah bertaubat. Dia mau berbuat baik dan sanggup jadi isteri Tuk Tamir. Dia sudah memikirkannya masak-masak."

Tiga minggu selepas akad nikah yang dilangsungkan secara sederhana di rumah Tuan Imam itu, isteri Tuk Tamir itu pun selamat melahirkan anak yang come1 dan sihat. Tuk Tamir mengha- dapi ha1 itu dengan tenang seolah-olah tidak ada apa-apa yang pelik berlaku.

Penduduk kampung jadi heboh. Ada yang datang ke rumah Tuk Tamir untuk meninjau perkara itu lebih dekat lagi. Tapi tidak ad8 yang berani bertanya berterus-terang. Mereka cuma berani ber- tanya tentang kesihatan Tuk Tamir. Tuk Tamir menjawab bahawa dia merasa amat sihat dan rasa-rasanya umurnya akan dipanjang- kan Tuhan sekurang-kurangnya sehingga isterinya itu suci untuk digauli kembali.

Kali ini Dang Sara yang serba tahu itu tidak mahu memberitahu apa yang diketahuinya.

Akhirnya ada juga orang yang berani bertanya pada Tuk Tamir bagaimana isterinya, anak Tuan Imam itu, yang baru tiga minggu dinikahinya itu boleh melahirkan anak.

Tuk Tamir hanya senyum. Tapi Tuan' Imam gelabah dibuatnya. Nama baik keluarganya

dan nama baiknya sebagai Tuan Imam mulai dipersoalkan orang. Kemudian tenang-tenang dia melaporkan ha1 anak kandungnya itu untuk dihadapkan ke Mahkamah Syariah.

Tuk Tamir hanya duduk-duduk d i ambang pintu rumahnya. "Di akhir zaman ini," "katanya dengan pasrah, "hal-ha1 luar

biasa pun sudah jadi biasa."

Pekerjaan

OLEH KERANA dia selalu saja dimarahi oleh ketua pejabatnya, Mamat merasakan bahawa dia perlu melepaskan geram yang membara di hatinya. Tapi pada siapa dia mahu melepaskan geramnya? Di pejabat itu dia cumalah seorang kerani tingkatan rendah yang tidak mempunyai kuasa apa-apa. Apalagi untuk marah-marah .

Perasaan geram itu dibekukannya di dalam hati dan dibawa pulang ke rumah. Dia memarahi isterinya, Siti Rahayu. Apa yang terlintas di kepalanya itulah yang meloncat dari mulutnya. Dia tak peduli. Yang penting dia mesti marah.

"Ayu," katanya. "Kau sudah tidak cantik lagi!" Siti Rahayu, yang pernah pada satu ketika dulu mendapat

gelaran ratu cantik, menundukkan mukanya yang bulat dan jernih itu. Rambutnya yang panjang terjuntai menutup kedua pipinya.

Setiap hari dia menerima leteran suaminya itu. Ada saja yang tidak kena di rumah itu atau tentang dirinya. Dan selama ini dia mampu bersabar. Tapi kali ini perasaannya tertusuk juga dan dia merasa amat jauh hati.

Dengan mata yang cengkung dan tidak berkedip Mamat menatap muka isterinya itu, mencari sesuatu di situ untuk diungkit- ungkit: barangkali ada kelemahan atau kekurangan lain yang perlu dileteri.

"Dan lagi," kata Mamat dengan nada yang keras, "masakanmu tidak Sedap!"

Dia merasakan satu kepuasan selepas saja memarahi isterinya itu. Mamat tersandar di kerusi. Lama dia rnerenung bumbung sambil menarik nafas dalam-dalam dan kemudian melepaskannya dengan gerlahan. Perasaan dan fikirannya beransur-ansur tenang. Otot-ototnya yang pada mulanya kejang sudah mulai kendur. Perasaan geram yang dibawanya dari pejabat sudah mulai lenyap.

Dia memandang isterinya Siti Rahayu. Siti Rahayu masih

KECOH

menundukkan muka seolah-olah menanti leteran selanjutnya. Kelopak matanya sebak digenangi air.

Melihat keadaan isterinya yang tunduk sayu itu, hati Mamat terasa sejuk seperti dipercik-percik dengan air yang dingin. Dia merasa kasihan juga pada isterinya yang taat dan penyabar itu.

Dan apabila dia memikirkan semula kata-kata kasar yang diluahkannya tadi, dia mula menyesal. Tidak ada setitik kebenaran pun pada kata-kata itu. Isterinya itu tetap cantik dan wajahnya sentiasa jernih mungkin kerana terlalu bersabar dan rela akan keadaan. Tentang masakan pula, dia sendiri yang menggalakkan isterinya itu menyertai Peraduan dan Pameran Urusan Rumahtangga dan setiap tahun Siti Rahayu mendapat nombor satu atau dua dalam bahagian masak-masakan dalam setiap kategori yang dimasukinya.

Ah, keluh Mamat dalam hati, aku saja yang tidak tau bersyukur .

"Ayu," katanya dengan perlahan dan dengan nada yang rendah dan lembut. "Janganlah kau berjauh hati sangat. Maafkan abang, Ayu. Abang terpaksa marah-marah kerana di pejabat abang selalu saja kena marah. Pada siapa lagi abang hendak melepaskan geram abang kalau tidak pada kau, Ayu? Mungkin abang terpaksa jadi seperti ini sampai pencen."

Keesokan harinya, pulang saja dari pejabat, Mamat terus memarahi isterinya. Kemudian secepat itu juga dia menyesali dirinya.

Apabila dia melihat wajah isterinya yang tenang dan sabar itu, hatinya jadi lembut. Dia bertekad untuk tidak memarahi isterinya lagi. Sehari dua hari dia dapat menahan dirinya dari marah-marah.

Tapi pada hari-hari berikutnya, pulang saja dari pejabat, dia menghamun isterinya semahu-mahunya.

"Kerjamu tidak pernah sempurna!" pekiknya kendatipun rumahnya itu bersih, kemas dan sempurna. "Kau tidak tau mengurus rumahtangga!"

Siti Rahayu tidak pernah menentang balik suaminya itu. Dan itulah yang menjadikan hati Mamat dibeiit keserbasalahan': hendak marah terus - kasihan juga Siti Rahayu. Tapi pada siapa lagi dia hendak melepaskan geramnya itu!

Setiap kali selepas memarahi isterinya itu, dia merasa amat menyesal. Dia mengutuk dirinya sendiri.

PEKERJAAN

"Maafkan abang, Ayu," katanya sambil mengeluh. "Abang kena marah lagi di pejabat. Kerja abang dikatakan tidak sempurna dan abang dikatakan tidak tau mengurus diri."

Siti Rahayu memandang suaminya itu. Suaminya yang kurus kering itu kelihatan begitu letih dan pada mukanya ada jalur-jalur keresahan dan ketidakpuasan hati.

"Kenapa abang tidak mencari kerja lain?" tanya Siti Rahayu dengan perlahan.

"Ah, Ayu!" keluh Mamat. "Kalau kita bekerja makan gaji di sana sini semuanya sama. Kita kena marah dan kena arah- arahkan!"

"Kenapa abang tidak berhenti kerja saja?" Siti Rahayu mengangkat muka.

Mamat memandang wajah isterinya itu. Barangkali isterinya itu cuma bergurau saja.

"Kalau abang tidak tahan kena marah dan kena arah-arahkan, abang berhenti saja kerja," kata Siti Rahayu dengan amat selamba. "Abang tidak sesuai bekerja makan gaji."

"Kalau abang berhenti kerja, kita hendak makan apa, Siti Rahayu?" tukas Mamat sambil membulatkan matanya besar-besar. "Makan batu? Abang tahu masakanmu selalu saja dapat nombor satu - tapi tak mungkin masakanmu itu dapat menjadikan batu sesuatu yang boleh dimakan."

Siti Rahayu tersenyum mendengar kata-kata suaminya itu. Terasa sedikit lucu.

"Abang boleh buat kerja sendiri," kata Siti Rahayu. "Apa yang abang boleh buat?" soal Mamat. "Berniaga. " "Di mana abang hendak mendapatkan modal untuk berniaga?"

tanya Mamat. Siti Rahayu terdiam. Berfikir sejenak. "Jawab," desak Mamat. "Abang boleh jadi tukang gunting," kata Siti Rahayu dengan

perlahan dan dengan air muka yang xri6s. Mamat ketawa bergulung-gulung. Tidak terlintas di kepalanya

qntuk menjadi seorang tukang gunting meskipun dia sedar yang dia mempunyai kebolehan dalam menggunting rambut.

"Untuk menjadi tukang gunting, abang tidak memerlukan modal yang besar," sambung Siti Rahayu. "Cukup dengan sebilah

KECOH

dua gunting dan sikat." Mamat masih ketawa apabila Siti Rahayu meninggalkannya

untuk ke dapur. Dia merasa amat beruntung mendapat seorang isteri yang penyabar dan tahu pula membuat gurauan yang menghiburkan hati.

Aku saja yang tidak tahu bersyukur, kata Mamat dalam hati. Tapi apabila difikirkannya semula kata-kata isterinya itu, dia

merasakan ada juga benarnya. Jadi tukang gunting tidak memerlukan modal yang besar: cukup dengan sebilah dua gunting, sikat, pisau cukur dan cermin. Dan semua itu sudah ada dimilikinya kerana di Kampung Anu itu dia memang dikenal mempunyai kebolehan dalam menggunting rambut; ada saja orang yang datang minta tolong guntingkan rambut. Dan dia tidak suka menolak jika dipinta. Dia melakukannya dengan sukarela dan merasa puas hati pula setelah mengerjakannya.

"Mengapa tidak aku berhenti kerja saja?" soal Mamat pada diri sendiri. "Dan aku jadi tukang gunting. Memang benar kata Rahayu aku tidak sesuai bekerja makan gaji."

Hal itu bermain-main di dalam kepalanya selama beberapa hari. Tidur Mamat tidak nyenyak. Cadangan isterinya itu amat menarik untuk difikirkan.

Mengapa tidak? Berkali-kali dia menyoal diri sendiri. Ketika berfikir-fikir itulah dia mula yakin bahawa dia sebenarnya dilahirkan untuk jadi tukang gunting. Rezekinya dan kesejah- teraan pasti terletak di situ. Tuhan itu Maha Pemurah. Sementara itu pula pemuda-pemuda berambut panjang banyak berkeliaran ke sana ke mari, seolah-olah sedang mencari-cari sesuatu, dan mereka pasti pada suatu hari nanti akan mencari seorang tukang gunting.

Pada suatu malam kira-kira pukul dua pagi Mamat tiba-tiba mem banguni isterinya.

Siti Rahayu bangunsambil menggosok-gosokkan matanya. Dia bersandar di katil.

"Ada apti?" tanyanya. "Abang hendak berhenti kerja dan jadi tukang gunting," kata

Mamat. Siti.Rahayu diam untuk berfikir. b ban^ minta pendapatmu." "Abang teruskanlah rancangan abang itu," kata Siti Rahayu

dengan tenang. Dia menguap sekali, kemudian seperti tidak ada

PEKERJAAN

apa-apa lagi dia tidur kembali dengan nyenyak. Mamat cuma memandang isterinya itu. Kemudian dia bangun

untuk mandi. Malam itu dia mengenakan pakaian yang bersih dan bersembahyang istikharah, berwirid dan berdoa panjang-panjang - sehingga dia merasa mengantuk.

Pagi esoknya dia bangun dengan kebulatan tekad. Apabila Mamat mengemukakan tujuannya hendak berhenti

kerja itu, ketua pejabatnya sangat terkejut. Kebetulan pula ketua pejabatnya itu baru saja memarahinya.

Ketua pejabatnya itu cuba menahannya supaya terus bekerja di situ.

"Janganlah kau merasa jauh hati kerana aku selalu memarahimu Mamat," kata ketua pejabatnya dengan rendah. "Sebenarnya kerja-kerjamu semuanya bagus dan sempurna. Aku memarahimu cumalah kerana aku selalu dimarahi isteriku di rumah. Dan aku tidak berani menentang isteriku itu. Aku cuma menahan geram. Dan perasaan itu kubawa ke pejabat ini. Kepada siapa lagi akuShendak melepaskan geramku itu kalau tidak kepada kau, Mamat?"

Mamat menolak tawaran ketua pejabatnya yang hendak mempertimbangkan kenaikan gajinya jika dia terus bekerja di situ.

"Saya sudah membulatkan fikiran saya, tuan," kata Mamat. "Dan lagi kerja makan gaji itu memang tidak sesuai dengan jiwa saya. "

"Jadi kau mau meneruskan rancanganmu hendak jadi tukang gunting itu, Mamat?" tanya ketua pejabatnya.

"Ya tuan, dengan izin Allah!" jawab Mamat. Pada mulanya terlalu sukar bagi orang-orang di kampungnya itu

mahu mempercayai bahawa dia sudah berhenti kerja dan jadi tukang gunting. Mamat terpaksa menggantung papan tanda di depan rumahnya itu:

MAMAT TfiKANG GUNTING & TUKANG CUKUR SUMBER BAHAGIA

Mulai saat itu barulah orang percaya dan mulailah dia mendapat pelanggan: kadang-kadang banyak kadang-kadang cuma seorang dua saja dalam sehari. Pendapatannya pun tidaklah seberapa tapi Mamat berpuas hati. Hanya setelah namanya tersebar ke kampung- kampung lain sebagai tukang gunting yang mempunyai guntingan

KECOH

yang bagus lagi halus sajalah pelangg.annya bertambah. Siti Rahayu tidak pula melepaskan peluang yang baik itu: dia

menjudl minuman dan kuih kepada pelanggan-pelanggan yang menunggu giliran.

Kuihnya laku dan mendapat pujian yang tinggi.

Gaji

ADA KHABAR bertiup bahawa syarikat tempatnya bekerja itu akan menaikkan gaji para pekerja di semua cawangan di seluruh negeri. Perasaan gembira melonjak-lonjak di dalam dada Dollah.

Siapa yang tidak mahu pada kenaikan gaji? Lebih-lebih lagi kalau kenaikan itu sebanyak tujuh puluh lima peratus. Bayangkan- lah kalau seseorang itu gajinya enam ratus ringgit, tiba-tiba saja sudah jadi seribu lima puluh ringgit, kalau selama ini dia sekeluarga boleh hidup dengan enam ratus ringgit maka akan bertambah mam- pulah lagi dia dengan kenaikan itu.

Dia pun sudah lama mengangan-angankan sebuah kereta baru yang selamat dipandu untuk perjalanan jauh. Keretanya yang sekarang ini sudah terlalu uzur seperti orang yang lanjut umur dan mudah pula rosak di pertengahan jalan. Dengan kereta baru itu nanti dia akan membawa isteri dan anak tunggalnya, Si Damit, berkelah ke hujung negeri di Pantai Muara pada tiap-tiap hari Minggu.

"Tapi celakanya," gerutu Dollah dalam hati, "jika gaji naik, harga barang pun ikut naik!"

Apabila perkara itu dikemukakannya kepada Abdul Hamid, orang mula-mula sekali mengkhabarkannya tentang kenaikan itu, Si Abdul Hamid itu terus termenung.

"Benar katamu itu Dollah," kata Abdul Hamid kemudian. Dia memandang Dollah yang berambut kemas bersikat lurus ke belakang. Seperti ada mendung menutupi wajah Dollah.

"Begini," kata Dollah sambil menanggalkan kaca mata hitamnya. Kaca mata itu dimasukkannya ke dalam saku baju. "Aku ini sudah lama bercadang hendak membeli kereta baru. Aku pun sudah berjanji pada Si Gayah isteriku dan aku pantang sekali mungkir janji. Tapi kalau dengan kenaikan gaji, harga kereta pun ,

ikut naik, sudah tentu aku akan terpaksa sehidup dan semati dengan kereta usangku itu."

KECOH

"Kau pun tau," sambung Dollah, "keretaku itu akan terkentut- kentut kalau dibawa berjalan jauh - ke Pantai Muara misalnya."

Abdul Hamid menyungging senyum. "Memang benar katamu itu Dollah," Abdul Hamid

mengerutkan kening. "Tapi kita jangan terlalu pesimis - setiap masalah ada cara penyelesaiannya - asalkan kita benar-benar mau mencarinya. 7 7

Percakapan mereka terhenti di situ apabila Encik Badawi masuk memberi fail untuk dikerjakan Dollah.

"Apa yang kamu bincangkan?" tanya Encik Badawi sambil memandang Abdul Hamid dengan pandangan kucing jantan.

"Tidak ada apa-apa, Encik," jawab Abdul Hamid tersipu-sipu seperti tikus.

"Abdul Hamid, encik." Dollah menerangkan tanpa dipinta. "Katanya gaji hendak naik. Apa benar itu encik?"

"Saya juga ada mendengarnya. Mungkin benar," kata Encik Badawi dengan perlahan. "Mungkin juga khabar angin. Saya belum menerima keterangan hitam putih dari tuan besar. Tapi kalau benar saya rasa kenaikan itu tidak adil."

Encik Badawi yang bertubuh pendek itu berjalan tegak penuh wibawa menuju ke opisnya.

"Apa maksudnya tidak adil?" tanya Dollah pada Abdul Hamid sebaik-baik saja Encik Badawi tidak ada di situ.

Abdul Hamid bersandar di kerusinya. Dengan penuh bersahaja dia mencapai kotak rokok. Apabila didapatinya kotak itu kosong dia mencapai kotak macis pula. Dengan sebatang macis dia men- cungkil celah-celah giginya.

"Betullah kau ini tidak tau apa-apa Dollah," kata Abdul Hamid. Dia menerangkan selanjutnya bahawa kenaikan gaji itu hanya melibatkan orang-orang yang bergaji rendah seperti mereka. Orang-orang yang bergaji tinggi seperti Encik Badawi tidak akan mendapat kenaikan walau satu sen pun.

"Ini adalah untuk merapatkan jurang perbezaan antara orang atas dengan orang bawah supaya jangan terlalu jauh bezanya." Abdul Hamid menjelaskan dibantu dengan gerak tangan. Dia menunjuk siling ketika rnenyebut 'atas' dan menunjuk lantai ketika menyebut 'bawah'.

Dollah terikut memandangsiiing kemudian memandang lantai. "Tidak adalah nanti di syarikat ini orang yang merasa dirinya

terlalu tinggi kerana gajinya tinggi sangat atau orang yang merasa dirinya terlalu rendah kerana gajinya cukup makan saja," Abdul Hamid meneruskan. "Semuanpa hampir-hampir sama rata."

"Cuma sedikit perbezaan saja," sambungnya sambil menan- dakan betapa sedikitnya 'sedikit' itu dengan hujung ibu jari disen- tuhkan pada hujung sepertiga jari telunjuknya. "Macam hi!"

"Aaah! Sudahlah!" Dollah merengus. "Gaji naik - harga barang naik!"

Dollah melangkah ke meja kerjanya membawa fail yang telah diberikan Encik Badawi. Fikirannya tidak tertumpu sepenuhnya pada kerjanya. Alangkah bagusnya kalau gaji naik dan harga barang turun. Bukannya dia tidak dapat membeli kereta baru; dia boleh berhutang di bank. Cuma, fikirnya, kalau gajinya yang enam ratus ringgit itu dipotong tiga ratus ringgit setiap bulan untuk membayar balik hutang itu, sudah tentu bakinya yang tiga ratus ringgit itu lagi tidak akan mencukupi untu knya hidup sekeluarga. Dengan gajinya yang enam ratus ringgit itu pun dia sekeluarga cuma cukup makan saja. Dan mujur juga dia mempunyai kebun sayur di belakang rumah yang hasilnya selain dimakan juga mereka jual.

Ada pondok kecil di depan rumah mereka. Di situlah hasil dari kebun sayur itu disusun rapi: kacang panjang, terung, timun, sawi dan sekali-sekala sayur-sayur hutan seperti pucuk paku dan lemiding yang dicari sendiri oleh Gayah.

Gayah pula* tidaklah terlalu meminta itu ini: sangat merasa cukup dengan apa yang ada saja.

"Bersyukur aku mendapat isteri macam Gayah," cetus hati Dollah. "Tapi kerana itulah juga aku mau membeli kereta baru. Sekali-se kala dapat juga aku membawan ya bersiar-siar ke Pantai Muara misalnya. Atau jauh ke Tasik Marimbun."

Cuma masalahnya, fikir Dollah, kalau gaji naik harga kereta pun pasti naik. Kesudahannya dia tidak akan jadi membeli kereta baru.

"Celaka!" gerutu Dollah. "Siapa yang celaka?" tanya Abdul Hamid. "Gaji naik, harga kereta pun naik!" sahut Dollah. "Dapatkan loan bank segera dan beli kereta sebelum harganya

naik." Abdul Hamid menyarankan acuh tak acuh saja. "Sepupuku salesman kereta. Dia boleh tolong menguruskannya asalkan kau

KECOH

membeli kereta itu darinya. " Dollah terdiam memikirkan saranan itu. Dia ragu-ragu juga

untuk menerimanya: terasa penyelesaian seperti itu terlalu mudah. Tapi dia tidak pula dapat mencari cara lain lagi.

Pada hari itu seperti diatur-atur pula keretanya membuat ragam dalam perjalanan pulang. Enjinnya lambat hidup, breknya kurang makan dan sterengnya pula terasa seperti sudah terlalu longgar. Mungkin semuanya itu cuma perasaannya saja, fikir Dollah. Tapi sebelum sampai di rumah dia sudah hampir-hampir membuat keputusan.

Pada malam itu selepas sembahyang isyak, Dollah berbincang dengan Gayah.

Gayah lebih banyak mendengar daripada menyuarakan pendapatnya. Akhirnya dia tidak menyokong, tidak juga membantah: Gayah melepaskan semuanya kepada Dollah.

"Asalkan abang jangan menduakan kasih dan mencari bini baru, itu saja," kata Gayah tanpa memandang muka suaminya itu.

"Ah, ada-ada saja kau ni, Gayah!" kata Dollah. Matanya tidak lepas-lepas memandang isterinya yang hitam manis dan berambut panjang itu.

Selepas itu Dollah tidak membuang masa untuk mendapatkan pinjaman bank, sebelum gaji naik dan harga kereta naik. Dia merasa beruntung mendapat kawan seperti Abdul Hamid yang bertanggungjawab menolongnya.

Semuanya berjalan dengan lancar dan selesai dengan mudah. Mujur juga sepupu Abdul Hamid itu senang dibawa berunding.

Pada masa-masa luangnya Dollah sempat memikirkan segala- galanya semula - tentang betapa sangat senangnya membeli sebuah kereta b a n Seolah-olah saja dia membeli ikan rumahan di pasar .

Gayah selalu tersenyum melihat Dollah begitu rajin mencuci dan melap kereta baru itu sehingga berkilau dipanah matahari pagi. Kadang-kadang dia merasa cemburu juga melihat suaminya memelihara kereta itu dengan penuh kasih sayang. Pernah ha1 itu diberitahunya pada Dollah.

"Seolah-olah kereta itu sudah abang jadikan bini baru abang," kata Gayah memandang tepat ke muka suarninya itu.

"Ah, ada-ada saja kau ni Gayah," kata Dollah tersenyum- senyum mengelak pandangan isterinya itu.

Apabila gaji belum juga dinaikkan, Dollah mula merasa cemas. Semakine difikir-fikirkannya semakin sesak dan panik dadanya. Bagaimana dia sekeluarga akan boleh hidup dengan hanya tiga ratus ringgit- sebulan, ditolak lagi dengan harga minyak kereta? Perkara itu diadukannya kepada Abdul Hamid.

"Ini semua kau punya pasal!" katanya dengan marah. "Aku pula kausalahkan," balas Abdul Hamid dengan nada

sesal. "Kerana kaulah aku membeli kereta baru!" kata Dollah.

"Berapa komisyen yang kau dapat dari sepupumu itu?" Abdul Hamid bangun dan meletakkan wang lima puluh ringgit

dengan kasar di depan Dollah. "Kauambillah!" katanya dengan hati panas. Dollah menepis wang itu. Wang itu jatuh di atas lantai. "Aku tidak mau bergaduh dengan kau," kata Abdul Hamid

dengan kecewa. "Kita sama-sama sajalah menunggu surat keliling kenaikan gaji itu nanti."

Surat keKling yang diharap-harapkan itu tidak juga ada. Yang ada cuma surat keliling pemotongan gaji sebanyak lima ringgit dari seluruh pekerja syarikat untuk 'membeli cenderamata dan mengadakan majlis perpisahan bagi beberapa orang kakitangan yang akan bersara. Berkata-kata hati Dollah dibuatnya.

Masalah itu diceritakannya pada Gayah. Gayah buat bena tak bena saja. Hairan juga dia melihat isterinya itu: ketika orang merasa panik dan sesak, dia pula tenang dan sejuk kepala saja macam tak ada masalah langsung.

Malam itu Dollah tidak dapat tidur dengan nyenyak. Fikirannya berserabut. Dia merasa iri melihat Gayah yang boleh tidur dengan nyaman di sisinya.

Ah, perempuan, bisik hati Dollah. Entah pukul berapa dia tertidur malam itu. Apabila dia terjaga lewat daripada biasa esok- nya, dia merasakan seperti dia tidak tidur sepincing pun. Dan Gayah sudah tidak ada di sisinya.

Dengan kelam-kabut dia menyiapkan diri untuk pergi bekerja. Dia tidak sempat bersarapan. Di pejabat dia diam-diam saja. Abdul Hamid langsung tidak diendahkannya.

Sepanjang hari dia memikirkan tentang gajinya yang hanya akan tinggal tiga ratus ringgit itu. Sudah tentu dia sekeluarga tidak cukup makan.

KECOH

Dia terfikir tentang anaknya Si Damit yang baru Darjah V sekolah Melayu. Dia juga memerlukan belanja: pakaian dan buku sekolah. ,Mujur juga anaknya itu pintar dan cerdas otaknya, rajin pula mengulangkaji pelajaran. Tidaklah Dollah merasa sia-sia membesarkannya selama ini.

Anaknya itulah yang dilihatnya sgdang menjaga pondok sayur di depan rumah, pulang dari bekerja petang itu. Anaknya itu sambil berjaga begitu tekun membaca buku pelajaran. Jarang benar dia melihat Si Damit tidak mengulangkaji di pondok sayur itu. Selalunya emaknyalah yang duduk-duduk menjaga di situ.

"Mana emakmu, Damit?" tanyanya. "Di kebun, pak," jawab Damit singkat. Dollah masih lagi memikirkan jalan keluar dari masalah kewang-

annya akibat membeli kereta baru. Dia tidak mahu membuang masa. Penyelesaian rnesti ditemui segera. Ketika itulah, melalui jendela belakang rumah, dia teriihat Gayah sedang membanting tulang meluaskan kawasan kebun sayur. Buat seketika Dollah ter- paku dan fikirannya kosong.

Kemudian dengan segera dia menukar pakaian. Tanpa memikirkan sama ada dia letih atau tidak, Dollah turun pergi ke kebun sayur itu membantu Gayah.

Kebun sayur itu perlu diluaskan untuk menambahkan h a d . Setiap hari, selepas bekerja, Dollah membantu Gayah mengusahakan kebun sayur itu. Pondok sayur di depan rumah dijaga oleh Si Damit.

Pada hari Minggu dan hari cuti dia mengerjakan kebun itu sehari suntuk. Keinginannya untuk pergi bermewah-mewah ke Pantai Muara sekeluarga dengan kereta baru dipendamkannya saja, sekurang-kurangnya buat sementara waktu.

Sibuk.

Kopiah

BAG1 SEBUAH pekan kecil yang sejak dulu sentiasa saja aman, minggu itu dirasakan seperti terlalu banyak yang berlaku.

Sebuah pabrik besar baru saja terbakar menyebabkan banyak orang kehilangan kerja. Pada hari berikutnya pula anak-anak muda dan para guru merasa tertampar dengan keputusan peperiksaan yang diumumkan di suratkhabar: tiada seorang pun di pekan itu yang lulus. Dan akhir sekali ialah tentang kematian Mawarti yang tidak bersebab.

"Dia tidak sepatutnya mati," sungut seorang pemuda kurus berkaca mata putih.

"Ya," sokong seorang lelaki gemuk berambut ikal. "Gadis yang cantik dan manis sepertinya tidak sepatutnya

mati." "Ya, lebih banyak lagi gadis-gadis lain yang layak mati!" Di kedai kopi, keriangan sudah seperti tidak wujud lagi: setiap

orang kelihatan tunduk-tunduk merawat perasaan, amat tidak sudi disapa dan cepat merasa jengkel jika diusik.

Ketika itulah Pak Seman, ayah Mawarti, kini sebatang kara, masuk selamba seolah-olah tidak ada apa yang berlaku padanya: seperti tidak ada kematian dalam keluarganya. Dia datang mahu mengambil kopiah buruknya yang tertinggal di kedai kopi itu.

Sebelum itu, kopiah itu tidak pernah tertanggal dari kepalanya. Kopiah itu telah dibelinya khas untuk majlis kematian isterinya dua puluh tahun yang lalu. Sejak itu dia jadi seorang yang amat sederhana dan tidak begitu endah pada apa pun juga kecuali pada ternakan ayamnya. Dia digelar Pak Seman Kopiah. Dia pula amat senang dengan gelaran itu.

Ketika melangkah masuk ke kedai kopi tersebut tiada siapa 11

yang menyapanya, tidak seperti selalu. Beberapa orang hanya j

menoleh saja ke arahnya dengan pandangan yang begitu khusus I{

untuk orang asing. I

I

KECOH

"Mana kopiahku?" tanyanya pada seorang pelayan. Pelayan itu memandangnya dengan hairan. "Kopiahku yang tertinggal di sini, mana?" Pelayan itu memandangnya dari atas ke bawah beberapa kali.

Pak Seman merasa tidak senang. Pelayan itu terus mengamat- amatinya ; merenung dengan taj am pada kepalanya.

"Pakcik ini siapa?" "Kopiahku mana?" "Pakcik ini siapa?" "Kau jangan main-mainkan aku!" "Saya tak kenal ..." "Jangan main-mainkan aku!" bentak Pak Seman. "Aku ini

sudah tua!" Pelayan itu terdiam. Kemudian merasa tersinggung. "Pakcik," katanya. "Saya tidak pernah mempermainkan orang-

orang tua. Saya hormat pada mereka!" "Habis - mana kopiahku?" Pelayan itu merenungnya lama-lama, kemudian memanggil

beberapa orang pelayan lain. Nyatanya mereka juga tidak tahu- menahu tentang kopiah itu. Masing-masing juga menyatakan tak kenal akan Pak Seman.

"Pakcik seolah-olah sudah kenal akan kami," kata seorang daripada mereka. "Saya ingin tahu pakcik ini siapa?"

"Kamu semua memang mahu mempermain-mainkan aku!" "Pakcik mau minum apa?" "Mana kopiahku?" pekik Pak Seman. "Mana?" Para pelanggan lain yang pada mulanya memerhati dari jauh

saja, sudah ada yang mengerumun mahu campur tangan. Atau sekurang-kurangnya mahu tahu secara lebih dekat lagi.

Pak Seman menumbuk-numbuk meja dengan marah. "Kopiahku mana? Mana?" "Kopiah pakcik itu macam mana bentuk rupanya?" "Mustahil kamu tidak tahu!" Berdentum meja ditumbuknya.

"Kamu semua memang kurang ajar! Mau mempermain-mainkan orang tua!"

Dia menunjuk-nunjuk setiap muka dengan radang. Dia merasa berhak untuk marah pada setiap orang yang berada di situ. Dia yakin yang kopiahnya itu telah disembunyikan orang dan sekarang mereka mahu memperolok-olokkannya. Kopiah itu mempunyai

nilai sentimental dan juga dia telah menjadikan kopiah itu sebagai dompet. Ada wang seribu ringgit di dalam kopiah itu. Wang yang sekian lama7dihimpun hasil dari ternakan ayamnya (yang sekarang ini sudah tidak berapa laku - setiap orang sudah macam memiliki ayam sendiri, tambahan pula setiap hujung minggu ayam-ayamnya selalu dicuri biawak).

"Kamu semua memang kurang ajar!" pekik Pak Seman. "Mana kopiahku?"

Semua orang terdiam mendengar pekikan itu. Terkejut. Kemudian seorang lelaki berambut panjang tampil. Amat

marah. "Pakcik jangan senang-senang saja menuduh kami ini kurang

ajar." Lelaki itu menunjal dahi Pak Seman. "Sebaik-baiknya pakcik rnemperkenalkan diri pakcik dulu, kemudian paparkan satu persatu akan kebiadaban kami- baru pakcik boleh menuduh kami kurang ajar!"

~ e l a k i berambut panjang itu lantas menolak Pak Seman. Pak Seman terduduk.

"Misalnya pun kami ini sememangnya kurang ajar," sambung lelaki itu. "Nyatanya kami tidak kurang ajar pada pakcik. Tidak ada kesempatan sebelum ini kerana baru kali inilah kami berdepanan dengan pakcik. Kami tidak pernah kenal pada pakcik. Jadi pakcik tidak ada hak menuduh kami ini kurang ajar!"

"Misalnya saya," ujar seorang lelaki gendut, yang baru sedar bahawa dia juga tidak mahu ketinggalan merasa tersinggung. "Saya tidak mewakili sesiapa - saya memang kurang ajar. Saya suka mencuri ayam. Setiap hujung minggu saya mencuri ayam. Tapi adakah saya kurang ajar pada pakcik? Nyatanya tidak kerana saya tidak pernah mencuri ayam pakcik. Saya tidak tahu di mana pakcik tinggal atau pakcik memelihara ayam atau tidak? Jadi apakah hak pakcik menuduh saya ini kurang ajar? Hanya Pak Seman Kopiah sajalah yang patut mengatakan saya ini kurang ajar kerana saya selalu mencuri ayamnya. Dan pakcik bukannya Pak Seman Kopiah - jadi mengapa pula pakcik yang memandai-mandai mengatakan saya ini kurang ajar?"

Pak Seman jadi terpinga-pinga, hairan' dan bingung. Benar- benarkah mereka ini tidak mengenalinya lagi? Ataupun mereka berpura-pura tidak kenal kerana mmeka telah mengambil kopiahnya? Dia tidak berani bangun.

"Saya juga k alau ma1 u dik'

KECOH

Ira ada berbuat salah pada Pak Seman Kopiah tapi bukan kepada pakcik," kata seorang pemuda yang matanya kuyu. "Saya menyintai dan selalu mengorat anak daranya, Si Mawarti, tapi dia sudah mati. Ah, apa akan jadi pada saya!"

"Eh, kau juga menyintai Mawarti?" Pemuda kurus berkaca mata putih memandang pemuda bermata kuyu itu. "Mula-mula saya menyangka cuma saya seorang saja yang pandai mengorat anak Pak Seman Kopiah itu dan mencuri ayamnya. Kita memang kurang ajar. Tapi pakcik ini bukannya Pak Seman Kopiah dan dia tidak patut mengatakan kita kurang ajar!"

"Saya juga selalu mengusik Si Mawarti anak Pak Seman Kopiah itu. " Lelaki gemuk berambut ikal tampil ke depan. "Dan saya juga ada mengambil ayamnya tanpa izin. Saya kira itu sebagai meminjam saja. Saya memiliki banyak ayam betina tapi tidak ada ayam jantan walaupun seekor. Adakah patut saya memelihara ayam betina saja? Ayam-ayam betina itu akan mati tua tanpa bertelur. Kerana itulah saya mengarnbil ayam jantan Pak Seman Kopiah. Itu belum boleh dikatakan kurang ajar - cuma barangkali karang ajar sementara waktu saja. Tapi pakcik ini telah menuduh saya padahal pakcik bukan Pak Seman Kopiah. Mujur saya ini seorang penyabar - saya sedia memaafkan pakcik."

Mendengar kata-kata lelaki gemuk itu perasaan orang ramai mulai reda: mereka sudah mahu bersabar dan melupakan saja ha1 itu. Mereka sudah hendak kembali ke tempat masing-masing. Bersabar itulah yang lebih baik dan tidak banyak membuang waktu. Banyak ha1 lain yang lebih patut difikirkan.

Pak Seman semakin bingung. Belum pun sempat mereka kembali ke tempat duduk, seorang

lelaki botak muncul dengan marah-marah. "Saya bukan orang yang penyabar!" pekiknya. Otot di pipinya

tegang. "Dan saya tidak akan memaafkan pakcik! Pakcik telah menuduh saya kurang ajar!" Lelaki itu mengambil nafas dan memandang setiap muka. "Kita semua telah dituduhnya kurang ajar!"

Perasaan dan semangat marah orang ramai membuak kembali. Mereka telah dituduh kurang ajar - jadi mengapa mesti bersabar saja? Itukan dayus namanya?

"Meskipun diugut," sambung ielaki itu. "Saya tidak akan mengaku yang saya pernah mencuri ayam Pak Seman Kopiah. Tapi

kerana itulah pula saya ini yang paling kurang ajar - kerana memang benar setiap hujung minggu saya mencuri ayam Pak Seman Kopiah dan saya juga menaruh hati terhadap anaknya Si Mawarti dan selalu mengusiknya. Tapi pakcik bukannya Pak Seman Kopiah. Pakcik orang asing di sini, mengapa dengan tiba- tiba saja menuduh kami penduduk pekan ini kurang ajar?"

Tuan punya kedai kopi itu yang dari tadi diam memerhatikan keadaan juga tidak mahu ketinggalan.

"Saya tidak tahu sama ada ini dikira kurang ajar atau tidak," katanya. "Saya juga ada mencuri ayam Pak Seman Kopiah, tapi saya membalasnya dengan memberinya potongan harga istimewa jika dia makan tengah hari di sini dan memesan daging ayam. Dia selalu berterima kasih atas kemurahan saya itu. Jika itu dikira kurang ajar maka saya cuma kurang ajar kepada Pak Seman Kopiah saja. Pakcik ini bukannya Pak Seman Kopiah, jadi tidak ada hak menuduh saya yang tidak patut-patut! Tapi tak apalah, saya maafkan pakcik. Saya seorang yang penyabar."

Pak Seman yang masih terduduk itu menjadi bertambah bingung .

Semangat orang ramai yang meluap-luap itu kembali surut. Mereka mahu bersabar dan memaafkan saja. Buat apa sibuk dan marah-marah. Tapi semangat marah kembali dikobarkan apabila seorang lelaki lain muncul marah-marah dan enggan bersabar. 'Ketika lelaki itu berundur seorang lelaki lain pula muncul menyatakan yang dia mahu memaafkan dan mahu bersabar. Kemudian seorang lagi muncul menyatakan tidak mahu memaafkan.

Orang ramai jadi bengkeng dan serba salah. "Sekejap mau marah!" "Sekejap mahu bersabar!" "Bah, macam mana ini?" "Apa kita mesti marah pada pakcik itu atau tidak?" kata lelaki

botak seolah-olah mahu mencari kata putus di dalam sebuah mesyuarat gersatuan.

"Pakcik ini telah menuduh kita ini kurang ajar," ujar lelaki gendut merungut. "Soalnya sekarang bukanlah mau marah atau mau bersabar tapi membela .diri!"

Orang ramai menganggu k-angguk membenarkan. Pak Seman memandang dari satu muka ke satu muka - tidak

KECOH

terkeluarkan suara. Bingung benar. Dahinya berkerut-kerut. Mengapa mereka bercakap mengenainya tapi seolah-olah bukan kepadanya? Apa benar mereka sudah tidak mengenalinya lagi ke- rana dia tidak berkopiah? Dia merasa dirinya seperti sedang berada di satu tempat yang asing, bukan di pekan kecil yang dikenalinya.

Dia memandang lelaki gendut yang sedang bercakap ketika itu. "Dia bukannya Pak Seman Kopiah." Lelaki gendut itu me-

nuding-nuding ke arahnya. "Kita mesti membela diri!" Orang-orang yang belum lagi membela diri mula tampil ke

depan seorang lepas seorang. Seperti orang-orang yang terdahulu, mereka juga mengaku diri kurang ajar pada Pak Seman Kopiah - pernah mencuri ayamnya dan mengorat anaknya Si Mawarti.

"Kami curna kurang ajar pada Pak Seman Kopiah. Pakcik ini bukannya dia - mengapa mesti menengking kami?"

Pak Seman termangu-mangu, cuba rnemahami apa yang sedang berlaku. Dia rnemandang seorang anak muda yang dari tadi terus- menerus diam. Pak Seman tahu bahawa anak muda itu ialah kekasih Si Mawarti. Dia berharap anak muda itu akan mengatakan kenal padanya.

Anak muda itu kelihatan seperti ragu-ragu. Cuma dia seorang saja yang belum ikut campur. Semua mata mulai memandang ke arahnya. Pandangan orang ramai itu terasa seperti mahu memak- sanya membela diri. Suasana tiba-tiba jadi sepi yang tidak menyenangkan.

"Hei!" Tiba-tiba ada orang memekik. "Bila lagi kau mau membela dirimu, hah?"

Anak muda itu mulai ditarik ke depan. Dengan muka yang merah tersipu-sipu dia membuka ucapannya dengan memberi salam.

"Assalamualaikurn wa rahmatullahi wa barakatuh." Dia diam sebentar.

Orang ramai tidak mnyahut sdamnya itu. "Saya tidak berpengalaman dalam hidup," katanya setelah

mengumpulkan fikiran sejenak. "Jadi saya belum pernah berbuat kurang ajar. Tapi malam nanti, saya berjanji, akan mencari pengalaman. Saya akan mencuri seekor dua ayam Pak Seman Ko- piah dan jadi seorang yang kurang ajar seperti orang-orang lain juga."

Dia diam sarnbil menganabil nafasdan memandang orang-orang

di kelilingnya. Semua mata masih tertumpu kepadanya. Senyap sunyi.

"Tapi pakcik ini telah menuduh saya kurang ajar sedangkan ., saya belum lagi melakukan pekerjaan itu. Dia diberikan tepukan gemuruh.

"Benar ! Benar!" "Ya! Ya!" "Bagus sekali!"

.t Anak muda senyum tersengih. Tiba-tiba saja dia merasa begitu - yakin pada dirinya sendiri, di depan orang yang sebanyak itu.

"Sekian terima kasih," katanya. "Wa billahi taufik wal hi ... 9 9

"Diam!" Pak Seman menjerit dengan kuat. Serentak dengan itu 2 dia bangun. "Akulah Pak Seman Kopiah yang kamu sekalian kata-

kan itu! Ayamku yang kalian curi, Mawartiku kalian orat!" ' Orang-orang itu tersentak ketawa mengejek.

"Pakcik ini sudah gila! Berani mengaku dirinya Pak Seman -: Kopiah. Mana kopiahnya?" Tuan punya kedai membentalc. 4 "Aku datang mau mencari kopiahku." Pak Seman memandang

muka tuan punya kedai itu dengan mata yang tajam. "Kamu semua - t berpura-pura tidak mengenali aku!"

Pak Seman telah ditolak oleh salah seorang yang berdiri 1

berhampiran dengannya. Dia terhuyung tapi cepat tegak lurus. Dia memberangus.

Tuan punya kedai itu datang berdiri di depannya - menentang kedua biji matanya.

"Mula-mula," katanya sengaja dengan lembut , hampir saja berirama dan berlagu, "pakcik menuduh kami ini kurang ajar,

I kemudian pakcik mendakwa diri sebagai Pak Seman Kopiah - apa i pakcik fikir kami ini tak kenal pada Pak Seman Kopiah itu?"

"Ya," sokong lelaki berambut panjang sambil menjuihkan bibirnya. "Apa pakcik fikir kami iai boleh ditipu atau diperbo- dohkan begitu?"

"Benar!" Lelaki gemuk berambut ikal pun menapak ke depan. Dia mengacu-acukan penumbuknya. "Mungkin kami ini kurang ajar! Tapi tidak bodoh!"

"Itu benar!" Ada orang memekik di belakang. Anak muda kekasih Mawarti melangkah ke depan dengan penuh keyakinan diri. "Apa sekarang -dia menuduh. kita ini bodoh?"

( I .

KECOH

':Ya, kira-kira begitulah," jawab tuan punya kedai dengan sikap mengejek.

Anak muda itu jadi berang. Pak Seman baru saja hendak membuka mulut apabila satu

tamparan hinggap di pipinya. Dia tersungkur. Dia segera kena angkat dan kena tekan semula.

"Saya tidak suka dikatakan bodoh," kata anak muda itu. "Memang saya ini tidak pernah lulus periksa tapi saya tidak bodoh. Cuma soalan-soalannya terlalu susah. Pakcik sendiri pun tidak akan dapat menjawabnya. Kalaupun benar saya ini bodoh, itu soal peribadi dan sesiapa pun tak ada hak untuk mengatakan saya ini bodoh - kecuali kalau saya memberi keizinan dan saya belum pernah memberikan sesiapa keizinan untuk mengatakan saya ini bodoh!"

Anak muda itu ingin mahu memberikan satu lagi tamparan tapi dia dihalang d e h tuan punya kedai.

Buat seketika suasana jadi senyap dan tegang. Pak Seman tidak terkata-kata kerana masih terkejut oleh tamparan yang tidak didu- ganya. Pipinya terasa seperti terbakar.

Seorang lelaki tiba-tiba tertolak ke depan. "Saya," katanya ragu-ragu, "juga tidak bodoh. " Lelaki itu tidak dapat meneruskan kata-katanya dia tunduk

bermerah muka dan undur dengan senyap. "Benar, dia tidak bodoh!" Seorang pemuda menerangkan.

"Cuma malu, tapi itu bukan salahnya. Saya juga tidak lulus periksa dan saya tidak bodoh. Soalannya terlalu susah sehingga kepala saya bingung dibuatnya!"

"Ya." Ada seorang menyokongnya di belakang. "Setiap pepe- riksaan memang begitu - yang sungguh-sungguh dibaca tidak keluar. Yang tidak dibaca saja yangkeluar. Bagaimana mau lulus?"

"Peperiksaan memang sengaja diadakan supaya orang tidak lulus!" kata pemuda kurus berkaca mata putih.

"Peperiksaan tidak penting!" pekik anak muda kekasih Si Mawarti. "Yang pentingnya pakcik ini telah sewnang-wenangnya menuduh kita ini semuanya bodoh!"

Seorang guru tiba-tiba muncul. "Siapa kata peperilcsaan tidak penting?" bentaknya. "Apa

- kamu sudah adakan kajian dalam ha1 ini?" Pak Seman semakin bingung.

"Belum!" ujar lelaki gemuk berambut ikal. "Tapi cikgu patut adakan satu simposium. "

"Ya." Eelaki kurus berkaca mata putih menyokong. "Seelok- nya simposium itu janganlah diadakan di kedai kopi."

"Apa buruknya dengan kedai kopi saya ini!" pekik tuan punya kedai merasa tersinggung. Tapi suaranya tidak ada yang memper- dulikan.

"Saya sanggup angkat senapang derni pendirian saya," ujar seorang lelaki.

"Ya, buat apa ambil periksa?" Ada seorang menyokong di belakang.

"Kita tidak juga akan rnasuk syurga dengan menduduki pepe- riksaan-peperiksaan!" kata lelaki kurus berkaca mata putih.

"Diam!" pekik Pak Sernan sambil menumbuk meja. Dia sudah bangun dan merasa kuat kembali kerana rnelihat orang-orang itu sudah bertelagah sesama sendiri. Dia teringat pada kopiahnya, pada duit di dalam kopiah itu. "Kamu sernua tidak akan masuk syurga jika kopiahku tidak dipulangkan!"

Orang semua terdiam dan memandang kepadanya dengan ter- kejut.

"Apakah dengan kopiah saja kita boleh masuk syurga?" tanya lelaki berambut panjang.

"Benar!" ujar Pak Seman. "Sebab kopiahku itulah kalian kacau-bilau serupa ini."

Semua orang terus terdiam. Barulah terfikir oleh mereka baha- wa apa yang dikatakan oleh orang tua itu memang benar.

"Akulah Pak Seman Kopiah," katanya lagi. "Ini kad penge- nalanku."

Tuan punya kedai mengambil kad pengenalan itu dengan kasar seperti merampas.

"Ini bukan kad pengenalan pakcik," katanya, lalu memasukkan kad pengenalan itu ke dalam saku seluarnya sendiri. "Ini Pak Seman Kopiah yang punya!"

"Tapi akulah Pak Seman Kopiah!" pekik Pak Seman. ' 'Ah!" "Pakcik," kata tuan punya kedai dengan lembut. "Saya tidak

tau kenapa pakcik mencuri kad pengenalan Pak Seman Kopiah. Tapi tak apalah - kita lupakan saja ha1 itu dan pakcik pulang saja dari mana pakcik datang."

"Tapi akulah Pak Seman Kopiah! Aku!"

KECOH

Pemuda kurus berkaca mata putih maju mendekatinya dengan gaya seorang yang terpelajar.

"Pakcik," katanya dengan perlahan sambil membetulkan kedu- dukan kaca matanya. "Mula-mula pakcik menuduh kami ini kurang ajar, kemudian bodoh, kemudian mengatakan kami ini tidak masuk syurga. Jadinya kami ini adalah orang-orang yang kurang ajar lagi bodoh dan tidak masuk syurga. Pakcik ini siapa sebe- narnya?"

Pak Seman menjegilkan matanya kepada pemuda itu. Matanya yang tua dengan gelambir kulit di sekelilingnya itu agak menakut- kan kalau ditenung dekat-dekat. Pemuda itu mundur beberapa langkah.

"Kami mengenal Pak Seman Kopiah dan dia sudah menjadi darah daging kehidupan kami di pekan ini - setidak-tidaknya sekali kami pernah mencuri ayam-ayamnya dan jatuh cinta pada anaknya Si Mawarti yang tidak patut mati," ujar lelaki gemuk berambut ikal.

"Saya sendiri setakat ini telah mencuri lima ekor ayamnya dan dia percaya apabilasaya mengatakan di pekan ini memang terdapat banyak biawak," kata pemuda kurus berkaca mata putih.

"Kami sangat kenal akan Pak Seman Kopiah itu dan tidak mungkin keliru. Tapi pakcik ini siapa? Kami tidak pernah teng6k sebelum ini. Pakcik tiba-tiba saja muncul dan memekik-mekik mengaku Pak Seman Kopiah, yang anehnya telah menggunakan kad pengenalan Pak Seman Kopiah pula untuk meyakinkan kami. Hanya orang gila saja yang akan percaya pada pakcik. Dan kami tidak gila!"

Pemuda kurus berkaca mata putih itu lalu diam tiba-tiba apabila melihat Pak Seman menjegilkan mata padanya. Sambil meman- dang kepala-kepala yang membisu di kelilingnya, dia seperti mahu menghilangkan gugupnya lalu mengeluarkan rokok. Dia menghi- sap dan menghembus asap rokok itu seperti orang yang takutkan sesuatu. Tangannya terketar-ketar.

Sebiji kepala tersembul dari celah-celah kepala-kepala yang membisu. Kepala anak muda kekasih Si Mawarti.

"Saya kurang faham - apa dia sekarang menuduh kita ini semuanya gila?" tanyanya.

Pemuda kurus berkaca mata putih menyuruhnya supaya diam saja.

"Jangan persulitkan lagi ha1 yang sudah sulit. Kita tidak mahu . . ha1 ini meleret-leret keluar tajuk," katanya. "Tapi jangan khuatir, ;c-,. kita ini tidak gila selagi kita tidak mengakui dia ini Pak Seman .- ' , = , *. - '* Kopiah!"

- . - . Seorang lelaki yang berhampiran dengan Pak Seman Kopiah

I, - 2;: - . berkata: "Sangat menarik juga bila saya fikirkan, kenapa pakcik ..- -2 . - % .-; . - *, ~ .

- . ><.. mau jadi Pak Seman Kopiah, sedangkan dia itu seorang yang kami , - _I ,:..- .. '<a+, anggap dungu dan pendiam yang percaya ayam-ayamnya dicuri C'. ,S2. ..* .-

biawak. Saya sendiri ada mencuri ayamnya itu dan saya ini bukan- nya biawak."

Pak Seman terduduk dan mulai merasa lemah. Dia menghem- buskan nafas panjang-panjang. Tidak terlintas di fikirannya, sela-

. ma ini, bahawa dia dianggap dungu. Dia memandang lelaki yang bercakap itu. Kemudian dia tunduk seolah-olah fikirannya terlalu

: buntu ketika itu. "Apa pakcik sudah bosan hidup sebagai manusia normal?"

sambung lelaki itu. "Dan mahu jadi Pak Seman Kopiah pula? Kalau pakcik mau menyamar jadi Pak Seman Kopiah - sekurang- kurangnya pakailah kopiah buruk."

"Aku bukan mau jadi Pak Seman Kopiah," kata Pak Seman. "Akulah Pak Seman Kopiah! Cuma kopiahku sudah hilang."

"Apalah besar sangat kopiah buruk serupa itu?" Semua orang ketawa dan menganggapnya lucu seperti seorang

pelawak. "Barangkali kamu semua sengaja pura-pura tidak mengenali

aku - sebab kamu semua sudah habiskan duitku yang tersimpan di dalam kopiah itu!"

"Apa?" Lelaki itu terkejut. "Duit?" "Ya, duit! Seribu ringgit banyaknya," kata Pak Seman. Mereka

' itu tidak ketawa lagi. Tetapi pandang-memandang antara satu sama lain dengan mata yang menuduh.

Kemudian semua mata berpusat kepada pelayan kedai yang pertama.

"Saya tidak mengambil kopiah itu," ujar pelayan itu dengan rasa takut.

"Mesti kau yang mengambilnya!" bentak lelaki botak. "Kaulah yang memulakan ini semua!"

"Mungkin juga kau sendiri," tukas pelayan itu. "Mana wang seribu ringgit itu?"

KECOH

Lelaki botak itu terdiam tiba-tiba. Semua mata memandang ke arahnya. Dengan takut dia mundur setapak.

"Mungkin kalian semua yang mengambilnya," katanya sambil menunjuk-nunjuk sembarangan. "Jangan aku yang dituduh!"

Seperti sepakat orang ramai mengepungnya kerana dialah yang mula-mula sekali membuat tuduhan seolah-olah takut dirinya ditu- duh. Mereka kian mendekatinya. Tiba-tiba satu penumbuk hing- gap di mukanya. Lelaki botak itu tersungkur. Orang ramai mener- kamnya berebut-rebut mahu mencari wang seribu ringgit itu di- sembunyikan. Apabila wang itu tidak dapat mereka jumpai mereka mengalihkan sasaran kepada yang lain.

"Mana wang itu?" "Mana?" "Tolong!" Suasana gamat dengan pekikan dan bunyi kerusi meja rebah

dan cawan-cawan jatuh pecah. Pak Seman duduk memerhatikan saja kejadian itu. Keadaan reda apabila seorang tua sebaya Pak Seman masuk dan

duduk di meja tetap Pak Seman. Dia berkopiah buruk. Dengan air muka yang amat bodoh, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berla- ku di sekelilingnya. Dia memesan kopi-0. Lepas itu dia diam dan mengira wang not ringgit yang banyak yang dikeluarkannya dari kopiah buruknya. Kemudian dia terseyum-senyum.

Orang ramai kembali ke tempat duduk masing-masing, tunduk- tunduk dengan muka yang diselambakan seolah-olah mereka mahu melupakan saja kejadian gamat sebentar tadi.

Senyap. Tuan punya kedai melurus-luruskan bajunya yang sudah

kumuh. Dia memberikan kad pengenalan Pak Seman kepada orang tua itu.

"Pekan ini banyak biawalc," kata orang tua itu, masih -terse- nyum-senyum dungu. Kemudiail dia diam.

"Mau makan apa?" tanya tuan punya kedai dengan lembut. "Seperti biasa - ayam?"

Orang tua itu mengangguk. Pak Seman terlompong menyaksikan semua itu. Tiba-tiba dia

bangkit dan mencekik orang tua itu. Tapi dia dengan cepat kena leraikan. Dia kena seret dan kena angkat lalu kena campak ke luar. Terpekik-pekik.

KOPIAH

"Ceh!" sergah tuan punya kedai. "Di sini bukan tempat mence- kik orang tak tentu pasal!"

Pak Seman terjelumpuk di luar. Dia terlihat anak muda kekasih Mawarti bercakap-cakap mesra dengan orang tua itu. Fikirannya mulai terasa lemah dan dia sempat berfikir barangkali dia bukannya Pak Seman Kopiah dan orang tua itulah sebenarnya Pak Seman Kopiah. Dia meraba-raba kepalanya yang tidak berkopiah itu.

"Sial!" pekiknya. "Kalau aku ini bukan aku - aku ini siapa lagi?"

Terus-menerus dia meraba kepalanya. Rambutnya bertambah kusut.

Kecoh

BINGIT. Dengan suara yang rendah lelaki berambut ikal menyatakan ten- tang ketidakpuasan hatinya. Si penjual sayur , seorang makcik tua, lantas kehilangan sabar.

Suasana pasar sayur itu pula sesak, panas dan melemaskan - membuatkan lagi sakitnya hati makcik tua. Dia meludah-ludah, memaki hamun dan memekik-mekik.

Lelaki berambut ikal tidak membalas maki hamun itu. Dan ini menyebabkan makcik tua bertambah marah lagi; dia meneruskan maki hamunnya.

Lorong bertambah sempit. Orang ramai berkumpul jadi penonton. Dan itu seakan-akan jadi satu mungkin bagi makcik tua menekadkan lagi sumpah seranahnya, setengah jam lamanya; tidak berpangkal tidak berhujung, dia sudah macam terlupa mengapa dia memaki hamun seperti itu.

Makcik tua terpandang seorang pegawai yang berbush jaket dan berkaca mata hitam. Makcik tua merasa bagaikan terserempak dengan satu peluang emas bagi menyatakan segala kesakitan dan ketidakpuasan yang sudah lama terbendung di hatinya kepada pegawai itu.

Apa yang dinyatakannya itu sudah terpisah dari apa yang ditengkarkan mulanya tadi.

Kata makcik tua, siapakah yang akan membela nasib orang- orang sepertinya. Dua bulan lalu rumahnya terbakar - bantuan tidak juga ada. Kalau ada pun cuma sedikit dan tidak mencukupi. Apa sudah jadi dengan masyarakat?

Sungguh malang nasibnya, katanya, padinya musnah oleh banjir, yang tinggal pula ditebang tikus; kebun-kebun sayurnya, dua tiga tahun kebelakangan inisudah tidak berapa mendatangkan hasil lagi. Harga baja melambung tinggi.

Bagaimana mau menampung ongkos hidupnya kalau serba-

KECOH

serbinya sudah melambung tinggi? Dan lagi dia terpaksa membayar sewa berjual di pasar itu. Ada khabar angin yang sewa itu akan dinaikkan pula.

Untuk membebankan lagi, katanya, dia mempunyai lapan orang anak lelaki kesemuanya tolol-to101 belaka. Suaminya pula tidak kurang to101 dan malasnya; hanya bijak dan rajin membuat anak.

"Itu sudah cukup untuk membuat aku mau menangis," katanya. Lantas dia menangis sehiba-hibanya. "Aku mau mati! Aku mau mati!"

Melihat tingkah laku makcik tua, si lelaki berambut ikal menjadi amat bingung. Kebuntuan fikiran.

Makcik tua meraung rawan. Hatinya macam remuk sekali. Orang ramai yang tidak tau hujung pangkal itu ternyata bersimpati padanya. Menyedari ini, makcik tua pun menguatkan lagi raungannya.

Lelaki berambut ikal terpinga-pinga gamam di situ. Mengira- ngira tentang apa yang harus dilakukannya sekarang. Bingung. Lupa. Mengingat-ingat .

"Mengapa aku ada di sini?" tanyanya. Tidak tau. Seorang lelaki gemuk gedempol dan berjambang mengham-

pirinya. Tanpa banyak bicara terus menghadiahkannya dengan satu tamparan kencang di pipi sebelah kanan.

"Di mana kauletak perikemanusiaanmu hah? Di kepala lutut? Mengapa disakiti hati perempuan tua hah?" sergah lelaki gemuk gedempol.

Lelaki berambut ikal tidak melawan. Dia cuma bertambah bingung .

"Mengapa aku berada di sini?" Dia berfikir-fikir. "Aku mau mati! Aku mau mati!" pekik makcik tua. Si gemuk gedempol selajur men-iberi ceramah selama dua jam

lebih, lengkap dengan dalil-dalil dari al-Quran dan hadis, tentang betapa wajarnya orang-orang tua dihormati.

Orang ramai menjadi begitu insaf dan mula menyedar-nyedar diri, betapa dulu-dulu mereka pernah malah kerapkali menyakiti hati orang-orang tua, bahkan orang-orang tua mereka sendiri. Berdosa besarlah mereka. Mereka' merasa sungguh menyesal. Sekaligus pula jiwa dan fikiran mereka menjadi begitu runsing dan

KECOH

kacau, Bagaimanakah cara menebus dosa itu - si gemuk gedempol tidak pula menerangkan; dia terus asyik memberi gambaran- gambaran yang kian dahsyat tentang neraka.

Dua tiga orang tanpa segan-silu mulai menitiskan air mata kerana sangat takut.

Si gemuk gedempol terus berucap dengan mata yang bersinar- sinar .

Makcik tua menyedari bahawa dia sudah mulai dilupakan. Betapa dia membayangkan dia tidak akan mendapat perhatian dari si pegawai lagi; maka akan lepaslah peluangnya untuk rnen- dapatkan bantuan yang amat diperlukannya. Lantas dia meraung sekuat hati mengenangkan peluangnya yang terlepas itu.

Orang ramai tersentak. Perhatian mereka kembali tertumpu pada makcik tua. Kemudian ke arah si lelaki yang sejak tadi terpaku di sisinya. Mereka baru teringat.

Makcik tua pun mengulangi lagi menyatakan segala penderitaan yang ditanggungnya dengan amat haru. Nada suaranya betul-betul seperti orang yang ditimpa malang dan sial.

"Saya ini adalah orang yang malang! Orang yang sial!" katanya teresak-esak.

Seorang pemuda di antara orang ramai itu benar-benar terharu sehingga dia menitiskan air mata. Dia semacam terdorong untuk menghampiri makcik tua. Setelah dekat dengan makcik tua dia bingung pula: tidak tahu apa yang harus dilakukan terhadap seorang perempuan tua yang menangis.

Dia tidak pernah seumur hidupnya sebelum itu, menghadapi masalah seperti itu. Dia menyumpah-nyumpah diri sendiri: mengapa dia turut campur dan sengaja mencari masalah? Dia memandang orang ramai. Mereka sudah seperti kehilangan sabar (pasar itu panas) untuk tahu apa yang hendak dilakukannya seterusnya.

Makcik tua itu sendiri sudah tertunggu-tunggu, meskipun di dalam hatinya, dia sebenarnya mengharapkan si pegawai itulah yang menghampirinya, bukannya pemuda bahlul itu. Si pemuda masih juga terkial-kial kematian aka1 di sisi makcik tua. Dia memandang kiri kanan seolah-olah meminta pertolongan.

Orang ramai seperti terbelenggu menantikan tindakan selanjut darinya. Mereka mulai gelisah dan tidak senang. Mereka mulai sedar sebenarnya sejak tadi me-reka telah rnenunggu untuk

ristiwa itu tamat saja- tapi sudah berjam-jam belum juga tamat-

Sekarang pemuda itu pula membuat biang melambat- matnya. Dan pasar sayur itu pula kian sempit dan

saja orang yang menolak-nolak mau ke depan. Hati h-marah. Mereka terpaksa menunggu meskipun ulang saja ke rumah goyang kaki hisap rokok minum

a mesti tau perkembangan selanjutnya: hati mereka

Mereka terpaksa menunggu. Mereka benci menunggu lama-lama. Mereka merungut-rungut

ka sudah terbuang. Seluruh hidup mereka telah pun diisi nungguan-penungguan: menunggu bas yang lambat nunggu gaji dinaikkan; menunggu kedatangan kekasih; di lapangan terbang; menunggu keputusan temuduga

ja; menunggu kedatangan suami yang mesyuarat; menunggu endapat giliran rawatan di klinik gigi; menunggu dokumen-

nting untuk ditandatangani; menunggu janji-janji yang sentiasa ditangguh-tangguhkan; menunggu di tandas awam; menunggu tayangan iklan di tv habis.. .

Sekarang mereka terpaksa menunggu lagi. Kenapa pemuda itu lambat melakukannya? Mereka benar-benar tidak sabar lagi dengan penokokan yang baru ini. Mereka merungut-rungut.

Si pemuda itu merasa terancam dengan rungutan orang ramai itu. Dia membayang-bayangkan bahawa orang ramai itu akan mengeroyoknya separuh mati sekiranya dia tidak melakukan sesuatu yang dia sendiri tidak tau apa dan dengan segera pula. Celaka menyerang perasaannya.

Tanpa berkira-kira lagi dia melutut di kaki makcik tua. Orang ramai kehilangan sabar kerana si pemuda itu ternyata

kehilangan aka1 lagi. "Cepat! Kami tidak punya masa untuk menunggu lebih lama

"Tidak wajar menyeksa kami menunggu-nuilggu begini!" "Oi! Kau fikir kau seorang tamu kehormat hah, yang ada

mandat membolehkan kau membuat kami tertunggu-tunggu

"Eeei! Kami sudah letih menunggu!"

KECBH

t'oooi!" "Lekaslah!" "Mau matikah!" Kedengaran beberapa tempikan marah dari orang ramai.

Merungut-rungut bila juga peristiwa ini akan tamat. Mereka tidak sabar mau pulang saja ke rumah goyang kaki hisap rokok minum kopi.

Si pemuda itu menggigil kerana takut mati. Dia sedar yang dia bukannya seorang tamu kehormat yang ada mandat membuar orang tertunggu-tunggu. Dalam tekanan dan keterpaksaan seperti itu dia mesti menyatakan dan melakukan sesuatu, entah apa. sekadar untuk memenuhi kemahuan dan keinginan orang ramai. Dia mesti dan dengan segera melakukannya sebelum orang ramai bertambah marah.

"Bu," katanya masih kematian akal. "Saya.. . saya.. . mandul bu!"

Seperti panahan petir pula dia menyedari bahawa apa yang dikatakannya itu adalah benar. Sudah lima tahun dia kahwin, tapi isterinya belum juga mengandung, sedangkan isterinya itu subur dan tidak pernah gaga1 datang buian.

Betapa malang dan sial nasibnya itu. Mengenangkan yang dia tidak akan mendapat waris dan kewujudannya tidak akan disambung oleh seorang anak, dia merasa hidupnya hampa, sia-sia dan percuma saja. Tidak guna hidup. Lebih baik mati. Dia pun menangis. Dia pun meraung. Makcik tua meraung lebih keras lagi seolah-olah hak menangisnya telah kena rompak.

Kemudian mereka sama-sama merengek-rengek tentang kesialan nasib mereka itu. Tanpa segan-silu lagi berangkulan hiba menyayatkan hati seperti dua anak-beranak yang sudah sekian lama berpisah dan kebetulan saja dengan tiba-tiba bertemu di pasar sayur itu. Mereka menangis teresak-esak.

Orang ramai begitu terharu. Seorang dua menitiskan air mata, kemudian tersedu-sedan, kemudian menangis, kemudian meraung. Kemudian seorang dua ikut serta. Kemudian seorang dua lagi ikut serta. Kemudian dua lagi. Seorang dua lagi. ..

Mereka semua meraung-raung. Suasana di pasar itu menjadi murung dan hiba. Seorang demi seorang orang ramai itu dijangkiti oleh kemasyghulan yang mendalam dan mereka beransur-ansur ingat dan sedar akan keperitan hidup mereka sendiri. Mereka

menangis dan meraung beramai-ramai. Si lelaki berambut ikal masih lagi terpukau di sisi makcik tua.

Kebingungan. Lupa. Mengingat-ingat. Tidak tau. Tidak faham. "Mengapa aku berada di sini?" Dia memandang sekelilingnya; pada sayur-sayur dan harga-

harganya; pada buah-buah dan harga-harganya; pada kekotoran dan lalat-lalat yang berterbangan; pada tin minuman yang pecak dan kotak-kotak rokok yang hampir hancur di atas simen; pada selipar yang putus; pada botol Anchor Beer yang pecah; pada kain kotor yang tak jelas bentuk dan warna apa ...

"Mengapa aku berada di sini?" Buntu. Raungan orang ramai kian menjadi-jadi. Mereka mengadu

sesama sendiri akan kesempitan hidup mereka. Berlumba-lumba, atas mengatasi dalam menyatakan ketidakpuasan hati mereka tentang hidup di dunia ini.

Keadaan sudah jadi kacau - histeris; kewujudan berlepas dan cuci tangan saja dari segala-galanya di pasar sayur itu. Hingar. Riuh. Tidak terkawal.

Lelaki berambut ikal terus kebingungan mendengar dan memerhati kejadian di kelilingnya: seorang ibu mengadu tentang anak daranya yang sudah tidak dara lagi; seorang lagi mengadu tentang anak tunggalnya yang durhaka tapi tidak juga mau jadi batu meskipun bibirnya sudah jenuh menyumpah-nyumpah; seorang mentua tersedu-sedan kerana malu mendapat seorang cucu di luar nikah.

Seorang wanita bertempik kerana suaminya berlaku serong; seorang lagi menangis kerana suaminya mati kemalangan jalan raya kerana jalan raya sernpit tapi kenderaan terlalu banyak; seorang pemuda meraung kerana sudah sepuluh tahun menganggur; seorang suami merungut kerana dia sudah dua puiuh tahun mati pucuk; seorang lagi sakit hati kerana peti tv sentiasa saja rosak; seorang yang terlalu tua mengutuk-ngutuk kerana dia belum juga mati-mati; seorang penuntut marah-marah kerana guru-guru di sekolahnya tolol-to101 belaka dan dia kena buang sekolah kerana tidak juga lulus-lulus periksa; seorang ibu menangis kerana anak gadisnya mati akibat menggugurkan anak; seorang bapak mengadu tentang anaknya yang menagih dadah; seorang anak menyatakan kesakitan hatinya kerana dia jadi sasaranejekan kerana bapaknya

KECOH

makan rasuah. Seorang anak muda menangisi kesialannya kerana dihinggapi

VD; seorang lagi kecewa dalam bercinta; seorang wanita mengadu tentang ketidakpuasan batinnya kerana tidak pernah mencapai orgasma dengan suaminya; seorang lelaki menangis kerana kepa- lanya kian hari kian botak; seorang gadis remaja genit mengadu bahawa dia pernah kena rogol; seorang guru menggerutu tentang murid-muridnya yang tidak tau mengira, tidak lancar membaca sedangkan mereka sudah berada di dalam Tingkatan 111; seorang isteri teresak-esak kerana suaminya pemabuk dan kaki judi.

Si pegawai mengadu pada makcik tua begini: "Bu, saya juga adalah orang yang malang dan sial seperti ibu.

Cita-cita saya kandas, bu. Saya sekarang cuma tinggal angan-angan dan berlagak macam seorang pegawai, bu."

Makcik tua meraung keras mengenangkan yang dia percuma saja menangis kerana si pegawai itu rupa-rupanya bukan pegawai. Dan nasibnya akan sama saja seperti sudah-sudah - tidak ada orang yang akan membela seperti yang diharap-harapkannya.

Pegawai yang bukan pegawai itu meraung sekuat hati kerana menyangka makcik tua itu memaklumi bahawa cita-citanya yang kandas itu adalah kesialan yang paling tragik.

Seorang demi seorang kejangkitan oleh raungan itu. Pasar sayur itu jadi gainat. Setiap orang menangis tunduk-tunduk, meman- dang-mandang sesama sendiri, memandang-mandang sekeliling, memandang-mandang sayur-sayuran dan harga-harganya tanpa tu- juan tertentu.

Mereka menangis-nangis, terhangguk-hangguk. Beransur- ansur lupa diri dan tidak ingat lagi kenapa mereka menangis terhangguk-hangguk begitu. Akhirnya mereka cuma tahu bahawa mereka menangis adanya. Bebrapa di antara mereka sempat ber- tanya dengan suara yang hiba dan serak, di tengah-tengah tangisan dan sedu-sedan mereka sendiri, sambil mengesat-ngesat air mata:

"Pakcik, mengapa kita menangis, pakcik?" "Entah nak, aku tidak tau nak." "Tapi aku sudah letih menangis pakcik!" "Sabar nak! Kita terus saja menangis nak. Barangkali kita akan

tau juga, akhirnya, kenapa kita ini menangis, nak." Maka mereka pun menangis, meraung, meratap terus-menerus.

Bahkan mereka mulai merasakan bahawa menangis begitu adalah

KECOH

biasa saja. Normal. Seolah-olah mereka tidak pernah berhenti menangis sejak dilahirkan.

Seorang penjual terung yang tidak suka membuang masa, memekik-me ki k harga terungnya sambil meratap-ratap:

"Terung! Terung! Sepuluh ringgit sekati! Terung! Terung! Sepuluh ringgit sekati! Beli banyak-banyak hari ini! Besok harga terung akan naik dua puluh ringgit sekati!"

Hanya si lelaki kerambut ikal tidak menangis. Dia cuma bi- ngung. Dia masih kerdiri dekat makcik tua. Dia tidak mengadu apa-apa. Dia men aru-garu kepala. Betul-betul bingung.

"Mengapa aku rada di sini?" tanyanya macam orang bodoh. Lima orang pslis datang, disusuli beberapa ketika kemudian

oleh para wartawan, jurugambar tv, para pegawai yang benar- benar pegawai, tuan imam dan para dignitari yang kebetulan lewat dekat pasar iru. Mercka semua hairan mendapati orang di pasar sayur itu menangis temedu-sedan.

Malapetaka apa yeng sudah menimpa? Tragedi apa yang wdmg berlaku? Siapa mati? Berapa orang yang mati itu? "Apa yang telah terjadi?" tanya mereka sesama sendiri. "Aku pun tidak tau!" Lantas merekrr rnenanyai seorang belia yang agak reda sedikit

sedu-sedannya. Belist itu berfikir-fikir sejenak, mengerut- ngerutkan dahi.

"Entah aku sendid tidak tau," katanya tersipu-sipu, kelopak matanya sebak mkalf. "Aku sudah lupa."

Orang yang befsanye itu menggaru kepala, hampir saja hilang sabarnya.

"Bodoh!" pekiknytt, menampar dahi. "Stupid!" % dni?" Si lelaki berambut ikal memekik

memikirkaa tapi tidak juga ter-

u?" tanya seorang polis padanya. Si lelaki berambu tak. Kemudian tersenyum-senyum. Dia baru sedar bah ya mengapa dia berada di situ ada-

gatutnya, awal-awal lagi, menyoal apa yaag telah berlalzu, nang unauk difikirkan.

u? Dia berfikir sendiri: dia telah dilahir- n dengan baik; dia terus membesar

KECOH

dan bersekolah dalam serba-serbi yang baik, dia belajar dengan baik dari guru-guru yang mengajar dengan baik; dia lulus setiap peperiksaan dengan baik, dengan keputusannya yang baik itu dia mendapat pekerjaan yang baik dengan gaji yang baik; dengan gaji yang baik itu dia membeli sebuah kereta yang baik; dengan kereta yang baik itu dia mendapat kekasih yang baik; dengan kekasih yang baik itu dia kahwin dengan baik; dan isterinya yang baik itu pun hamil dengan baik.

Lantaran isterinya yang hamil dengan baik itulah dia berada di situ.

Lantaran dia berada di situ itulah maka kekecohan itu berlaku. "Sayalah puncanya," kata lelaki yang berambut ikal dengan

tenang. "Tapi bagaimana sampai jadi begini, saya tidak tau. Walla- hualam."

"Saya terpaksa membuat laporan," kata polis itu. "Mula-mula saya menyatakan sesuatu kepada makcik ini?" "Betul itu makcik?" Makcik tua penjual sayur mengangguk kepala, mengesat air

mata. Dia masih teresak-esak. Lelaki itu terus bercerita. Polis itu mengangguk-angguk dan mencatat segala-galanya di

buku memo. Melihat yang demikian itu makcik tua meraung menangis. Polis

itu tersentak. Penselnya terjatuh. Polis itu menyeka peluh di dahi. Pasar itu amat rimas - panas. Terasa otaknya seperti mencair.

Beberapa orang wartawan sibuk membuat catatan -garis kasar untuk sebuah laporan lengkap. Mereka mengambil gambar.

"Saya mau membeli sayur sawi," kata lelaki berambut ikal. "Sebenarnya saya amat benci akan sayur sawi. Tapi isteri saya hamil dan mengidam sangat akan sayur itu."

Dia terus bercerita tentang isterinya yang hamil itu: yang cantik berambut panjang; suka pakai lipstik; bertahi lalat dekat hidung; kuning langsat; sentiasa senyum manis; sedap dipandang; rajin, bijak, jimat, sihat, pandai memasak; baik hati dan ada 'senre of humour'.

Para dignitari, polis, wartawan dan orang ramai sudah tidak sabar lagi. Tapi mereka mau juga mendengar terus, meskipun mereka ingin benar hendak pulang ke rumah goyang kaki hisap rokok minum kopi.

KECOH

"Isteri saya hamil dan mengidam sangat akan sayur sawi." "Oi! Kau mau jual kau punya isterikah, hah?" "Oi! Terus saja pada punca cerita bah!" Ada orang memekik tidak mau mendengar tentang isterinya

lagi. Lelaki berambut ikal faham: manusia memang tidak sabar. Dia sendiri pun sudah hampir hilang sabar dipekik-pekik begitu.

"Saya sangat sayang pada isteri saya," kata lelaki berambut ikal dengan lantang. "Kalau saya mau jual dia pun saya tidak akan menjualnya dengan harga yang tidak berpatutan. Tapi makcik ini menjual sayur sawinya dengan harga yang tidak patut-patut. Mahal sangat!"

Makcik tua tunduk. Dia sudah letih. "Tapi saya terpaksa beli juga kerana isteri saya hamil dan me-

ngidam sangat akan sayur sawi," sambung lelaki berambut ikal. "Saya sangat cinta pada isteri saya."

Dia terus memberi syarahan tentang cinta sejati pada orang ramai di pasar sayur itu. Mereka mau juga mendengarnya. Malah ada yang mencari tempat duduk yang seksa. Mereka mendengar dengan tekun, ada yang ingin benar hendak mengajukan beberapa soalan, meminta bakan-bahan rujukan - bibliografi jika ada; dia berkelulusan dari universiti mana atau apa? Dia di bawah naungan bintang apa? Hobinya? Umur? Kerja apa sekarang dan di mana? Apakah dia pernah 'ahaa.. .' sebelum kahwin? Apa pendapatnya tentang 'ehee', 'ukuu' dan 'ihii' yang maharajalela sekarang ini?

Lelaki berambut ikal meneruskan bahawa cinta itu bergantung * pada banyak macam perkara.

Tapi pada kari itu, katanya, cintanya bergantung pada harga sayur sawi. Dan dipt kendak membeli dua kati. Tapi makcik tua menjual terlalu mahal.

mendengar dia kena sebut dan dipersalah- asaan dirinya adalah manusia yang paling

langi menyatakan akan perihal kesempitan hidupnya. Dia terns merstap.

"Kalau tidrak tcrpaksa saya tidak akan menjual mahal," katanya.

Seorang waP06tw$n menutup catatannya: MASS HISTERIA DI PASAR - SAWI B GA99.95 SEN SEKATI!

SEMAUN MERENUNG pintu bilik. Dari bilik itu keluar seorang gadis remaja genit tanpa bibir

tanpa mulut. Dia berjalan pantas, malu-malu tak menoleh-noleh kiri kanan. Tanpa bibir tanpa mulut dia sudah tidak lawa lagi.

Bila tiba nombornya, Semaun masuk. Dia menutup pintu perlahan-lahan dan ternampak doktor sedang menempel label pada botol yang di dalamnya ada sesuatu macam mulut montok yang bengkak dan pecah-pecah. Doktor menyuruhnya duduk dan bertanya apa yang dihidapinya.

Semaun menyeluk dada dan mengeluarkan jantungnya. Diletakkannya jantung itu di atas meja di depan doktor. Jantung itu masih berdenyut. Doktor mengambil jantung itu, meniup-niup sedikit habuk yang baru saja melekat , membelek-beleknya di bawah sinar lampu dengan mata yang kian menyepet. Kemudian dia mengangguk.

Jantung itu dibalutinya dengan tiga lapis kain nipis yang dilembapkan sedikit, kemudian diikatkan label padanya dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Doktor duduk semula di kerusi putarnya merenung Semaun seketika.

"Awak boleh pulang sekarang." "Tapi jantung saya.. . 7 9

"Jangan susah ." Dengan wajah yang bersahaja doktor mencakar ayam sekeping

resit dan memberikannya pada Semaun. "Saya akan periksa," katanya. " Awak boleh datang minggu

hadapan dan ambil jantung awak." Seminggu selepas itu Semaun datang. Mukanya sugul kerana

sudah seminggu tidak dapat mengecap kenikmatan merokok, Dia menyeluk saku seluar mengeluarkan resit dan memberikannya pada doktor.

Ketika itu doktor sedang berdiri merenung ke luar jendela.

JANTUNG

Sebentar tadi dia menerima berita yang isterinya dan anaknya baru saja mati dalam nahas jalan raya dan dia belum lagi membulatkan fikiran bagaimana mahu menerima berita itu. Dia belum tahu apa yang harus difikirkan.

". . .isteri dan anak tuan mati serta-merta.. ." Dia diberitahu melalui telefon.

Dia nampak tenang saja. Dengan malas dia duduk semula menyepet-nyepetkan matanya

membaca cakar ayamnya sendiri. Kemudian dia mencapai sebuah fail dan membukanya pada muka sekian-sekian dan membaca catatan pemeriksaan.

Dia mengangkat kepala memandang Semaun dan membuka mulut tapi mengatupnya kembali dan tidak jadi bercakap.

Dia berpusing dan bangkit dari kerusi putarnya, berjalan ke arah peti sejuk. Membuka peti sejuk itu. Lebih setengah jam dia terbongkok-bongkok mencari jantung Semaun. Peti sejuk itu sarat . Dia merungut-rungut.

~ e m a n d a n ~ k a n dirinya sudah lebih setengah jam duduk kegelisahan dan tidak dipedulikan, Semaun mula marah.

"Doktor !" pekiknya. "Kenapa dengan jantung saya?" Doktor terus menyelongkar peti sejuk. Seperti seorang yang

kelupaan diri dia melemparkan organ-organ ke atas lantai. Dia mengesat-ngesat peluh. Bertimbun usus-usus, hidung-hidung, telinga-telinga dan organ-organ lain yang seribu macam tak menentu bentuknya.

Dia menoleh pada Semaun sebentar memaksakan senyuman. Tangannya memegang buah dada yang sudah ditanggalkan bulat- bulat.

"Maafkan saya," katanya. "Saya memang selalu begini. Saya seorang doktor yang sibuk. Tiap-tiap hari ada saja orang yang sakit dan meninggalkan alat tubuh mereka di sini untuk pemeriksaan. Peti sejuk ini pun sudah padat dengan perut, jantung, hati, punggung, paru-paru - sebut apa saja!"

"Saya mau membeli sebuah peti sejuk lagi bagi menampung semua ini, tapi tahulah harga peti sejuksudah naik lebih lima puluh peratus kerana kekucar-kaciran .ekonomi antarabangsa. Jadi saya terpaksa bersabar dan menggunakan peti sejuk yang satu ini saja, yang sudah hampir rosak! Para pesakit kian hari kian bertambah juga! "

KECOH

Doktor melihat-lihat buah dada yang dipegangnya itu. Kemudian melemparkannya. Buah dada itu masih ada bentuk cuma sudah ditulari barah. Dia kembali terbongkok-bongkok mencari.

Semaun yang baru saja bangun hendak bicara terduduk semula. Dia tidak ada peluang bercakap kerana doktor kelihatan leka membongkar segala isi peti sejuk itu, tak sedar membaling alat-alat tubuh ke lantai sambil terus bercakap-cakap.

"Maafkan saya. Memang selalu begini, saya selalu terlupa. Bila menghendaki sesuatu, sesuatu itu tau-tau saja sudah hilang. Jika tidak dikehendaki ia ada pula di depan mata. Baru saja kelmarin saya terpandang jantung awak - entah di mana kini. Tapi awak jangan khuatir!"

"Kenapa dengan jantung saya, doktor?" Semaun sempat mencelah.

Doktor berfikir dua kali, mencerutkan bibir, mengecilkan mata memandang Semaun, mencari-cari perkataan yang sesuai, membuka mulut kemudian tidak jadi bercakap.

"Doktor mesti beritahu saya!" "Tidak ada apa-apa." "Saya tidak percaya!" "Jangan susah, jantung awak tidak apa-apa!" Semaun menatap muka doktor, mencungkil-cungkil jawapan.

Syak hatinya akan keengganan doktor menerangkan. Dia terhidu sesuatu yang tidak baik tetapi dia mahu satu kepastian.

Doktor mula melihat-lihat semula alat tubuh yang berlonggokan dan berselerakan di atas lantai, kalau-kalau j an tung Semaun ada di situ. Mencapai itu ini yang bermacam-macam bentuk dan saiz: usus-usus yang bengkak dan pecah-pecah, lidah- lidah yang bengkak dan pecah-pecah, mulut-mulut yang bengkak dan pecah-pecah, telinga-telinga yang bengkak dan pecah-pecah, hidung-hidung yang bengkak dan pecah-pecah, punggung- punggung yang bengkak danpecah-pecah, paru-paru yang bengkak dan pecah-pecah , limpa-limpa yang bengkak dan pecah-pecah , jantung-jantung yang bengkak dan pecah-pecah, rahim-rahim yang bengkak dan pecah-pecah dan otak-otak yang bengkak dan pecah- pecah.

Dia hampir terlupa apa yang mau dicarinya. "Segalanya k n g k a k dan pwah-pecah ;" katanya antara dmgar

JANTUNG

dengan tidak. "Hidup ini berpenyakit ." "Doktor!" Semaun mau bicara. "Bagaimana dengan.. . ." "Ya, ya!" Doktor memotong. "Saya tidak lupa. Saya masih

mencari, cuma terlalai sebentar. Fikiran saya mudah saja hanyut melihat alat tubuh yang hitam berkedut tidak tentu bentuk rupa ini. Awak lihat ini!" Dia mencapai sesuatu. "Perut - sudah kernbung, hampir-hampir pecah, penuh dengan sampah sarap dan foreign matter yang tidak perlu!"

Dia melontarkan perut itu ke tepi dan mencapai sesuatu lagi yang kebetulan sebatang alat kelamin yang bengkak dan pecah- pecah, dihumbankannya segera tanpa sepatah kata.

Dia menunjuk selonggokan otak. "Awak lihat itu," katanya. "Hampir-hampir setiap hari ada saja

orang yang meninggalkan otak mereka di sini untuk diperiksa!" Semaun mula merasa tidak sabar. Dia datang untuk mengambil

dan mahu tahu mengenai jantungnya. Sudah berkali-kali dia membuka mulut tapi tidak ada kesempatan hendak mengeluarkan suara.

Dia memanjangkan leher mahu membaca fail yang masih terbuka di atas meja, tapi tulisan doktor betul-betul cakar ayam, dia tidak dapat membacanya.

Doktor terus berbicara tanpa henti-henti: "...selain dari otak, saya juga hampir tiap-tiap hari banyak

menerima hati, perut, mata, telinga dan kadang-kadang ada yang menanggalkan dan meninggalkan semuanya itu sekaligus untuk diperiksa dan awak tau kebanyakan mereka tidak pernah datang- datang lagi mengambil alat tubuh mereka itu semula."

"Saya terpaksa membuangnya kerana tidak ada tempat menyimpan kerana peti sejuk ini sudah sarat dan saya tidak dapat membeli peti sejuk baru kerana harganya awak pun sudah tahu kerana keadaan dunia sekarang ini yang saya sendiri tidak tahu kerana orang yang tahu tiada yang datang memberitahu saya dan mereka itu terus saja hidup tanpa hati, tanpa perut, tanpa mata, tanpa telinga, tanpa otak sewenang-wenangnya."

"Kita pun tanpa tahu, tanpa sedar terusan saja bergaul dan berurusan dengan mereka itu mayat-mayat hidup zombies yang tidak ada otak, tidak ada hati; tidak ada perut, tidak adarnata, tidak ada telinga, entah tidak ada apa lagi dan hidup kita kian hari kian berbelit-belit olehnya, kian mencakar ayam jadinya. "

KECOH

"Mungkin kerana inilah penyakit yang tidak pernah ada jadi ada dan kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana perkara ini adalah di luar kekuasaan kita, kita cuma goncang bahu tadah tangan berdoa dengan doa-doa yang tidak mustajab.. . "

Doktor berbicara terus dengan suara yang datar merangkumi bidang keagamaan, sistem pendidikan moden, politik, ekonomi, perkauman, CIA, KGB, FBI, PBB, NATO, sejarah, falsafah, kese- nian, psikologi, seni lukis, tasauf dan bola sepak tempatan.. .

Dia duduk berlunjur di atas lantai, bersandar pada peti sejuk, tidak bergerak-gerak kecuali mulutnya. Nafasnya turun naik perlahan, teratur dan mendatar.

Semaun mendengar dengan murung berharap doktor akan sampai juga pada membicarakan tentang jantungnya. Menanti dengan tidak sabar. Dia mahu tahu dengan segera, tapi doktor kian jauh terkeluar dari membicarakan tentang jantungnya itu.

Doktor sedang bercakap tentang pengadil bola sepak yang tidak adil, berat sebelah - pengadil itu sepatutnya tidak membenarkan tendangan penalti dalam satu perlawanan tidak lama dulu.

". . . ini membuat saya kalah dalam pertaruhan, terkutuklah refree itu, mudah-mudahan dia mati dan masuk neraka jahanam.. ."

"Doktor!" pekik Semaun. "Saya tidak berminat dengan bola sepak! JahAnam dengan bola sepak!"

"Apa? Apa?" Doktor persis baru tersentak dari tidur. Kebingungan benar. "Apa? Apa?"

"Bagaimana dengan jantung saya, doktor?" "Jantung? Jantung apa?" "Apa penyakit jantung saya?" Doktor mengerut-ngerutkan muka mengingat-ingat. Dia baru

teringat tentang jantung itu. Dia juga teringat akan anak dan isterinya yang belum diizinkannya akan kematian mereka itu, meskipun mereka sudah mati. Mukanya jadi murung.

"Kenaga dengan jantung saya?" Semaun risau bercampur ragu melihat wajah doktor yang macam ditutupi bayang-bayang hitam itu.

"Apa penyakit jantung saya? Apa saya akan mati? Apa saya akan mati, doktor?"

"Tidak! Tidak!" Doktor terpekik. "Tiada sesiapa yang akan mati! Awak tidak akan mati! Saya tidak akan mati! Isteridan anak

JANTUNG

saya be11 mati!"

u r n mati dan tidak akan mati! Saya ti&k henarkan sesiapa

Semaun tide k terkeluarkan suara meti h ~ t doktor secara mendadak sajhi bsrubah itu. Mengapa den

"Kita semua wkm hidup untuk selama-larnanya!" kata doktor. Suaranya agak kcras. Kemudian nafasny er tementak sekali.. . tersentak kedue k d i .

Tangannyet mcneengkam-cengkam dada. Dia terjelepok mati. Tinggal Ssrnnun kcbingungan.

Bebal

JUDIN MERASA tersinggung dengan pertanyaan Pak Budin. "Pak Budin memperli saya?" tanya Judin dengan gusar. "Saya

bukan orang senang-senang. Saya tidak pernah menghutangi sesiapa tapi sayalah yang banyak berhutang yang sampai sekarang belum saya bayar- bayar lagi. "

"Jangan salah faham." Pak Budin merendahkan suaranya sedikit agar Judin bertenang. Sarut suaranya. "Buat apa aku mau memperli kau? Kau bukan ada berhutang dariku? Bahkan aku cuma menyatakan bahawa al& merasa seperti aku ada berhutang $1,000 padamu. Aku bertanya kerana aku ragu-ragu sama ada aku telah benar-benar berhutang padamu atau aku cuma telah bermimpi berhutang padamu. Itu saja. Aku sama sekali tidak berniat hendak menyinggung perasaanmu."

"Tapi Pak Budin seolah-olah menyindir saya yang banyak hutang h i . " Judin memandang tepat ke muka Pak Budin.

"Jadi aku hanya bermimpi," kata Pak Budin, rendah sekali suaranya, seolah-olah dia hanya bercakap untuk meyakinkan dirinya sendiri.

"Itu bukan urusan saya," kata Judin masih dengan nada tersinggung. Mukanya yang dibakar matahari itu kelihatan marung sangat. Di atas dahinya yang h a s itu terjuntai-juntai sepintal rambut yang basah oleh keringat. "Seperti kata saya tadi," sambungnya. "Saya ini orang susah. Saya tidak akan mampu menghutangi sesiapa tapi sayalah yang banyak berhutang yang sampai sekarang belum saya bayar-bayar lagi. Dan saya tidak suka disindir-sindir tentang hutang-hutang saya itu. Saya sedar akan diri saya !"

Tapi kini sudah tiga kali Judin da-tang menagih hutang itu. Mula-mula dia menagih secara berlembut-lembut. Kemudian dia beransur-ansur jadi seperti mengugut dan tidak sabar. Pak Budin mengakui di da4am hati bahawa dia sendirilah yang gatal mulut. Dia

BEBAL

sepatutnya tak usak bisinft-bising. Dia tabu Sudin - meskipun batang tubuhnya tidak setegop butang tubuh Bamnng tukang pukul Kampung Anu itu - kdau baleh tiada sesiapa yang mahu bermusuh-musuhan dengannya. Dia wmat sensi tif. Kalau bertinda k tidak akan berfikir panjang-panjang. Dia pernah menakik kerbau Damong hanyalah kerana Damong mengatakan dia kaki judi dan kebetulan pula kerbau itu berak di kawasan rumahnya.

Itulah yang ditimbang-timbangkan Pak Budin. "Tapi aku hanya bermimpi berhutang padamu." "Tidak, Pak Budin telah benar-benar berhutang dari saya.

Bukan bermimpi!" Pak Budin cuba menyoroti kembali apa yang telah berlaku.

Tidak ada yang jelas di dalam kepalanya yang sudah mula beruban itu. Dia masih merasa ragu-ragu. Menurut Judin dia telah berhutang lima bulan dahulu dan mengikut perjanjiannya hutang itu sepatutnya sudah dijelaskan lima hari yang lalu. Barangkali benar juga.

Barangkali? Ah, rasa-rasanya dia cuma bermimpi. Mimpi kadangkala terasa

seperti benar - kesannya terbawa-bawa hingga ketika jaga. Judin hanya mahu mengambil kesempatan.

"Memang benar saya telah mengatakan yang saya tidak pernah menghutangi sesiapa. Tapi setelah saya fikirkan kembali saya pun teringat bahawa Pak Budin memang ada berhutang $1,000 dari saya. Saya akui saya sendiri juga kadangkala merasa kabur tentang hutang-hutang saya. Saya ingat-ingat lupa - lalu terbawa-bawa ke dalam tidur. Tau-tau saja saya sudah jadi amat ragu-ragu apakah saya telah benar-benar berhutang atau saya cuma telah mimpi berhutang. "

Pak Budin ingat dan masih terbayang Judin mengangguk- anggukkan kepala dengan serius ketika melahirkan hujah- hujahnya itu. Pintalan rambut yang terjuntai-juntai di atas dahinya terayun-ayun. Sekali-sekala ketika berhenti di hujung ayat dia mengurut-urut dagunya yang ditumbuhi sejemput janggut kasar.

"Saya hanya mahu wang gokok. Saya tidak meminta bunganya !"

Itulah yang diceritakan Pak Budinkepada tuan penghulu. Tuan penghulu mengikutinya dari awal hingga akhir. Seperti kelazimannya dia tidak membuka mulut sehinggalah anak buahnya

KEC Q#

itu habis membuat aduan. Dia diam buat beberapa ketika. Begitu juga Pak Budin. Bunyi

kipas angin yang berputar di atas kepala menimbulkan perasaan lengang di bilik tamu itu. Deru kenderaan yang melintas di jalan raya di depan rumah sekali-sekala mengisi ruang.

Sudah hampir tengah hari. "Saya tidak tahu apa yang hendak saya katakan atau fikirkan,"

kata tuan penghulu dengan perlahan. Kening sebelah kirinya bergerak-gerak kecil ke bawah.

Pak Budin menatap muka tuan penghulu. Tuan penghulu itu jauh lebih muda darinya. Rambutnya masih hitam dan lebat. Kerut-kerut di dahinya belum begitu jelas kelihatan. Dia merasa kecewa juga mendengar kata-kata tuan penghulu. Bukan itu yang diharap-harapkannya.

Judin akan menagih hutang itu. "Aku cuma mimpi berhutang padanya," kata Pak Budin. "Barangkali Pak Budin telah benar-benar berhutang padanya,"

kata tuan penghulu. Ketika berkata-kata itu dia memandang muka Pak Budin yang sudah mula dijalari kedut-kedutan. Sukar benar menafsir muka itu seolah-olah saja dia sedang membaca tulisan cakar ayam.

Di samping kerbau lembu yang dibiarkan berkeliaran menceroboh kebun-kebun, masalah hutang inilah yang sering diadukan kepadanya. Selalunya masalah ini membabitkan Judin se bagai orang yang enggan membayar hutang .

Inilah kali pertama dia mendengar Judin sebagai penagih hutang. Tapi dia tidaklah begitu hairan kerana di Kampung Anu itu apa saja boleh berlaku: orang tua kahwin dengan gadis belasan tahun; orang bergaji rendah tapi hidupnya rnewah berkereta dua tiga buah dan sebagainya sehingga B.P.R. sibuk membuat penyiasatan; pernbunuhan pernah berlaku; anak-anak gadis hilang dari rumah; anak lelaki kena rasuk syaitan terpekik-pekik hingga ke tengah rnalam; perbuatan sumbang yang menyebabkan hujan panas turun tujuh hari berturut-turut.

Tanam-tanaman dan binatang-binatang ternakan juga tidak ketinggalan membuat gara-gara: pokok kelapa bercabang dua; kambing kembar siam; ada kerbau k r t anduk tiga; pohon pepaya berbuah lebat seratus satu biji, yang semuanya betul-betul berbentuk seperti buah dada, sehingga sibuk media-media

BEBAL

tempatan membuat liputan. "Kalau hendak melihat tanda-tanda kiamat datanglah ke

Kampung Anu." Dia pernah mengesyorkan kepada seorang ketua kampung ketika menghadiri mesyuarat bulanan penghulu- penghulu dan ketua-ketua kampung. Walaupun dia bercakap itu ketika waktu rehat minum dan dengan nada berjenaka pula tapi jauh di dalam hatinya dia membenarkan kata-kata itu.

Dia memandang muka Pak Budin. Meskipun muka itu dipenuhi cakar ayam namun dia dapat juga membaca kekecewaan yang terbayang di situ.

"Pak Budin hanya mimpi berhutang padanya?" "Ya, seribu ringgit." "Dan dia menagih hutang itu?" "Ya." "Baiklah," kata tuan penghulu dengan tegas. "Saya akan pergi

berjumpa dengan Judin." Dia sentiasa sedar di kampung itu ada tukang -pukul yang

bernama Damong yang boleh menyelesaikan segala macam masalah, besar atau kecil, asal sanggup mengeluarkan sedikit wang sebagai upah. Dia tidak mahu sesiapa mengadu ha1 pada Damong. Terhadap Damong tukang pukul itu dia tidak dapat bertindak apa-apa kerana Damong terlalu bebal. Dan dia dapat memahami bahawa di dalam kebebalan itu ada semacam satu kemurnian atau keikhlasan yang seolah-olah menyatakan jadi tukang pukul itulah alasan kelahiran dan kewujudannya di dunia.

Kadangkala dia merasakan keinsafannya tentang kebebalan itu amat membataskan tugas-tugasnya sebagai penghulu kampung. Ingin rasanya dia pura-pura tidak faham agar dapat bertindak terhadap orang-orang bebal.

"Pak Budin pulanglah dulu," katanya. "Saya akan selesaikan perkara ini."

Judin datang juga menagih hutang itu. Pak Budin merasa amat terganggu.

"Kau mengugut aku, Judin?" "Saya tidolk suka main kasar," kata Judin. "Tapi kenapa Pak

Budin laporkan ha1 ini kepada tuan-penghulu? Ini adalah ha1 Pak Budin dengan saya,"

"Aku tak ada ha1 dengan kau," kata Pak Budinsetelah jalannya disangga Judin.

KECOH

'Yak Budin enggan rnernbayar hutang itu?" "Hutang apa?" tanya Pak Budin. "Aku hanya berrnimpi

berhutang padamu." "Itu cuma perasaan Pak Budin," kata Judin. "Saya tidak mahu

rugi $1,000." "Kau tak ada bukti hitam putih yang aku berhutang padamu,"

kata Pak Budin. "Saya akan ambil tindakan!" Itulah yang diceritakan Pak Budin kepada Damong. Damong mendengar sambil menganggukkan kepalanya yang

berambut nipis, ikal dan berminyak itu. Dia duduk bersila dengan belakangnya ditegakkan. Kedua-dua lengannya diletakkan di atas lutut. Tubuhnya yang besar, tegap dan berlagas itu berbau keringat .

"Saya curna mengambil upah menolong orang yang teraniaya." Damong memulakan cakap. Ada sisa-sisa makanan melekat di celah-celah giginya. "Upah yang saya pinta tertakluk atas kemampuan masing-masing. Orang kaya saya pinta lebih dari orang miskin. Tapi paling rendah saya pinta $20 saja. Dulu $10 - sekarang sudah naik. Tunai atau hutang terpulanglah. Ada hitam putih atau tidak saya tidak kisah. Tapi belum pernah ada orang mahu berhutang wang dengan saya."

"Aku sendiri tidak suka berhutang," jelas Pak Budin kepada Damong. "Aku telah berjumpa tuan penghulu - dia telah berjanji hendak berjumpa Judin. Tapi Judin telah datang lagi menagih hutang itu sedangkan aku cuma bermimpi berhutang padanya. Katanya dia akan datang lagi. Kau tau Judin - kalau membuat tindakan dia tidak pernah berfikir panjang-panjang."

"Ya, saya faham. Khabarnya dia kalah berjudi lagi," kata Damong. Suaranya amat parau. Dia mengipas-ngipas tubuhnya yang berkeringat itu dengan senaskhah suratkhabar yang sudah lusuh. "Pak Budin serahkan saja ha1 ini kepada saya. Saya akan uruskan. Upahnya bayar kemudian. Saya tidak minta banyak asal jangan kurang $20 sudahlah, tapi kalau lebih saya akan terima dengan besar hati - harga untuk hidup sekarang ini sudah kian mahal. "

Damong menyandarkan belakangnya pada dinding. Dia tersenyum. Sudah lama tidak ada orang mengadu dan meminta khidmatnya untuk menyelesaikan sebarang masalah.

BEBAL

"Tuan penghulu tidak suka saya jadi tukang pukul," kata Damong kepada Pak Budin. Bibirnya yang tebal itu bergetar seperti getah. "Saya pun tidak suka jadi tukang pukul tapi itulah saya. Saya telah dilahirkan dengan bakat tertentu. Dan saya sentiasa sedia berkhidmat untuk masyarakat yang teraniaya."

Pak Budin menganggukkan kepala. "Aku tidak suka main kasar," katanya lebih kepada diri sendiri

daripada kepada Damong. Damong mengangkat kepala. Merasa sedikit tersinggung. Dia

masih dapat menangkap kata-kata Pak Budin itu. "Tapi main kasar itu selalu mendatangkan hasil daripada

berlemah lembut macam pondan," kata Damong memandang tajam ke muka Pak Budin. "Pondan sendiri pun kadangkala main kasar. Kalau tak percaya cuba-cubalah menghina dan menyinggung perasaan mereka! "

Pak Budin cepat-cepat meminta diri. Damong melangui kasau. Dia berfikir lama-lama. Kemudian

dia bangun cepat-cepat bersiap sedia hendak keluar. Ketika dia bersedia-sedia itulah tuan penghulu datang.

"Saya hendak ke rumah Judin," kata Damong berterus-terang. "Ada hutang hendak dijelaskan!"

"Hutang Pak Budin?" tanya tuan penghulu. "Dia datang mengadu padamu?"

"Tidak," kata Damong, "bukan pasal itu." Tuan penghulu euba membaca muka Damong. Muka itu

kelihatannya kosong seperti kertas yang belum bertulis apa-apa. "Saya baru tesin at," kata Damong, "kerbau saya pernah

ditetaknya." Tuan penghdu dar yang bercakap tenang-tenang itu

bukannya Damong tqA addah kebebalannya. Dan Judin sama juga be balnya.

gat dari situ dengan hati yang berat u dapat rasanya dia tidak mahu mela- amat kenal dengan Damong. Dan dia

anya. Dia merungut-rungut kenapa erasa amat jauh. Dan kenapa tidak ada

dan tolong membawanya segera ke penduduk-penduduk kampung -

KECOH

anak-anak buahnya? Dia melewati rumah Pak Budin. Pintunya terlambah-lambah

dan sekelilingnya lengang. "Pak Budin pun sama juga," rungutnya. "Bebal!" Dia sampai juga di Balai Polis dengan nafas yang tercungap-

cungap. Rasanya dia seperti baru saja menamatkan satu maraton tanpa sebarang latihan.

Dia terhairan-hairan: anak-anak buahnya berkerumun di situ. Membuat bising. Darahnya tiba-tiba menerpa naik ke muka: sebuah mobil polis memecut laju. Keluar. Sirennya memekik pan- jang.

Dia sempat melihat kelibat Judin. Judin terbaring di kerusi belakang. Mengerang-ngerang.

Damong sudah mendahuluinyakah? Ah, tak mungkin! Bagaimana Damong boleh bertindak secepat itu? Dia bukan sakti.

Dia menjenguk ke dalam balai. Dia terlihat Pak Budin. Pak Budin sedang disoal siasat.

"Aku bukan pondan." Dia terdengar Pak Budin bersuarasedi- kit tinggi. "Dia yang datang mencari bala. Kalau orang main kasar takkanlah aku hendak berlemah lembut pula!"

Belum sempat dia mengeluh, belum sempat dia menggeleng- gelengkan kepala, anak-anak buahnya tiba-tiba menjadi tambah huru-hara, bising, terjenguk-jenguk, berkejaran ke luar.

Dari tempatnya berdiri itu, dia terlihat asap hitam yang tebal, berkepul-kepul naik dari arah rumah Judin.

Matahari terlindung dan menjadi redup kekuning-kuningan seketika.

"Celaka Damong!" Tuan penghulu menggigit bibir dan meng- geleng-gelengkan kepala. Kenapa kesedaran itu selalunya datang terlewat - ketika semuanya sudah tidak dapat diundur-undurkan lagi?

Aku pun sama juga, gerutunya di dalam hati dengan amat kesal. Seperti ubat yang terlalu pahit untuk ditelan, terlalu sukar baginya menahan suaranya dari terlepas keluar.

"Be bal !" katanya.

Alhamdulillah! Alhamdulillah!

i MACAM MANA ini boleh berlaku? 3 Mula-mula Muntil menyangka tentu saja ada kesilapan. ': Mungkinkah? Sebaik-baiknya didiamkan saja. Jika betul ada ( berlaku kesilapan, maka kesilapan itu mesti didiamkan kerana ia 1 menguntungkan. <

.: Paling menguntungkan! :: Setelah berfikir lama-lama; menimbangkan itu ininya dan patut i tidak patutnya, dia berpendapat bahawa sebenarnya tidak ada : kesilapan. Apa yang berlaku adalah yang sepatutnya.

Akhirnya dia ketawa besar-besar. 1

"Muntil! Muntil!" katanya pada diri sendiri. "Tidak rugilah kau a I , selama ini!" I Dia menepuk-nepuk paha dan ketawa sekuat-kuat hatinya. r Sepuas-puas hatinya.

"Ha ha ha ha!" Jika para ustaz, ustazah, imam, mufti dan ulama itu betul,

kenapa bumi belum juga menghimpitnya? Dan talkin sudah lama selesai dibacakan tapi Mungkar dan Nangkir belum juga datang menyoal dan memukulnya.

Liang lahadnya tidak juga bertambah sempit, tidak 'juga ber- tambah luas. Jika dia boleh hidup semula, dia ingin benar hendak menempelak para ustaz, ustazah, imam, mufti dan ulama.

"Tidak ada apa-apa selepas mati!" Dia memekik agar orang yang masih hidup dapat mendengarnya dan terus melakukan apa saja, tanpa ragu-ragu lagi, tidak kira baik atau buruk, asalkan menyeronokkan dan menguntungkan. "Tidak ada seksa kubur! Kita mati dan habis perkara!"

Muntil terus ketawa dan menepuk-nepuk paha. "Ha ha ha! Untung! Untung!" Tiba-tiba sangkakala ditiup buat kali keduanya. Semua yang

mati hidup semula dan berkumpul di padang mahsyar.

KECOH

Muntil terketar-ketar. Peluhnya berpercikan. Rasanya baru saja kelmarin dia mati, hidup di dunia macam tidak pernah ada. sekarang sudah akhirat: dia akan diseksa.

Malang benar! Para ustaz, ustazah, imam, mufti dan ulama tidak silap rupa-

rupanya! Dia kelam-kabut memerintah seluruh anggota tubuhnya supaya

diam. "Jangan belot!" katanya. "Kamu semua jangan belot!" "Tauke jangan bimbang!" kata mulutnya tiba-tiba. "Ha ha ha!

Semua boleh beres!" Dia menampar mulutnya yang celupar itu. "Haiah!" kata tapak tangannya pula. "Lu punya buah dada

memang montoklah Julie! Montok! Lu punya punggung syurgalah! Syurga!"

Dia memyembunyikan tapak tangannya itu ke belakang. Mengepal-ngepalkannya.

"Heh diam bah!" sergahnya. "Nanti Tuhan dengar!" "Haiah!" tapak tangannya terus bercakap-cakap. "You are my

syurga Julie! My syurga!" Kemudian dia mencekik lehernya kerana tekaknya terasa

kering dan mula pula memekik-mekik: "Bir! Bir! Wiski! Wiski!" Dia terduduk. Sesak nafas. Matanya terkebil-kebil. Dan

dadanya berombak-ombak. Sekonyong-konyong kecehparan anggota-anggota tubuhnya

itu jadi reda. TangannJa terasa seperti dipimpin di pergelangan oleh satu tenaga ghaib. Perasaannya tenteram dan sejuk. Dia dibawa mara melalui celah-celah orang yang berjejal-jejal dan beraneka ragam dan tabiat .

"Aku yang tolong menggugurkan bayi-bayi itu." Kedengaran sepasang tangan bercakap.

"Diam!" Tangan itu kena teigking. "Kamu mau masuk neraka hah? Kamu mau masuk neraka?"

Matahari memancar terik sekali, tegak, rendah di pusat langit. Bayang-bayang membuntar di tapak kaki.

Dia dibawa memklok ke kanan membelok ke kiri, kadang- kadang laju, kadang-kadang perlahan; ditarik-tarik dan ditolak- tolak sewenang-wenangnya, kasar tapi kadang-kadang dipimpin

ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH! I I .. j

dengan lembut juga. Maju tews. Nyaris-nyaris melanggar seorang I I

pemuda. "Bukan aku yang melakukannya!" Pemuda itu terpekik.

"Bukan aku!" "Aku! Aku!" sahut alat kelaminnya. "Aku!" Muntil sempat menoleh ke arahnya. Pemuda itu tersipu-sipu. Jauh di depan Muntil terpandang satu sepanduk. Kian dekat

kian nyata tulisan di sepanduk itu. Dia membacanya dengan dada yang gemuruh:

Kumpulan Orang Yang Masuk Neraka Tanpa Dihisab

Habislah kali ini! Mati! Mati! Tapi dia hanya dibawa melewati kumpulan itu - semakin jauh

ditinggalkan di belakang. Akhirnya sepanduk itu tidak kelihatan lagi.

Benak Muntil penuh dengan tanda tanya. Dia terus dibawa maju dan maju. Sekelilingnya ribut dengan

keceluparan . "Kurang ajar! Kurang ajar!" Seorang lelaki gendut me-

nyumpah-nyumpah, bermandikan peluh, menghentak-hentak- kan penumbuknya sehingga biru lebam pada tanah. "Kamu bohong! Bohong!"

"211509!" kata jari-jari peninjunya itu. "Kalau menang boleh ambil cuti makan angin ke Haadyai!"

"Syok! Syok!" pekik batang tubuh seorang gadis. "Syook!" "Celaka! Diam bah! Diam!" Bibir gadis itu pucat biru menggeletar. Muntil membiarkan dirinya dibawa maju terus - dia tidak tahu

ke mana. Dia mendapat aka1 memejamkan mata bagi selebih perjalanan itu. Dia tidak mahu melihat apa-apa dan dia tidak mahu tahu ke mana dia hendak dibawa.

Apabila dirasakannya dia sudah sampai, dengan perlahan-lahan dia mencelikkan matanya semula. Di situ sudah terkumpul kira- kira lima ratus orang yang kesemuanya macam kebingungan. Dengan dada yang berdebar-debar Muntil membaca berulang kali papan tanda di depannya:

Orang-Orang Yang Masuk Syurga Tanpa Dihisab

-Kumpulan Terakhir-

KECOM

Dia bingung. Dia sepatutnya diseksa dan dicampakkan kc dalam neraka tanpa dihisab. Dia tidak mengerti.

Dia berfikir dalam-dalam dan kemudian tersenyum-senyurt1 lebar, memandang kiri kanan, mencari kepastian.

"Ini sudah tentu kesilapan pentadbiran akhirat," katanya. Gopoh-gopoh dia menutup mulutnya dengan tapak tangan dan

menjeling kiri kanan. Diamkan saja, bisik hatinya, kesilapan ini menguntungkan.

Amat menguntungkan! "Semua sudah ada di sini?" tanya Malaikat I. "Ya," jawab Malaikat 11. "Bagus!" kata Malaikat I. "Kita pun mau tau kenapa mereka ini

masuk syurga. " "Tuhan tidak melakukan kesilapan," kata Malaikat 11. "Maha Suci Tuhan!" sahut Malaikat I. "Tuhan Maha Tahu!" "Mereka ini sepatutnya masuk neraka!" "Tuhan Maha Tahu! Tuhan Maha Tahu!" Muntil menolak-nolak untuk ke depan: lebih cepat masuk kc

syurga nahti. Dia sudah bersiap sedia untuk dahulu masuk. Malaikat I11 tampil dan tanpa lengah-lengah lagi membacakan

satu penyataan: "Maha Suci Tuhan! Maha Suci Tuhan! Maha Suci Tuhan yang

segala puji-pujian hanyalah untuk-Nya! Beruntunglah tuan-tuan dan puan-puan sekalian! Tuhan telah mengampunkan segala dosa, besar atau kecil, yang telah kalian lakukan!"

"Maha Suci Tuhan! Maha Suci Tuhan!" kata Malaikat 11. "Tuhan Maha Pengampun!" sambut Malaikat I. "Meskipun kalian leka melakukan dosa-dosa besar semasa

hidup, kalian diampunkan juga," sambung Malaikat 111, "kerana kalian telah juga banyak berjasa pada bangsa, negara dan tanahair kalian masing-masing !"

"Tuhan mengampunkan sesiapa saja yang dikehendaki-Nya!" sambut Malaikat I dan 11.

Kebanyakan mereka yang terpilih itu tunduk dengan keheningan perasaan. Betapa pengampunan Tuhan itu tidak ada batasnya.

Muntil menyiku semang lelaki gemuk di sisinya yang sedang mengurut-urut dada.

"Semasa hidupku ," bisik Muntil bangga , hidungnya kembang

k berjasa dan telah dianugerahkan gelaran oleh negara, Datuk Jasa Berjasa pada Bangsa dan Negara

: Awang Muntil bin Muntol." "Syyy Malaikat hendak bercakap!" "Kau ada kena beri gelaran?" "Syyy tidak ada," jawab lelaki itu acuh tak acuh. "Eh macam mana kau boleh terpilih?"

"Kau sepatutnya masuk neraka!" Lelaki itu tidak mahu melayaninya lagi. "Kalian semua," Malaikat I11 menyambung. "Kalian semua

adalah terdiri dari orang yang kaya-raya tapi kalian tidak naik haji. Tuhan sudah ampunkan!"

"Alhamdulillah!" sahut Malaikat I dan 11. "Kalian juga kedekut mengeluarkan zakat-zakat. Tuhan

bbAlhamdulillah!'' "Alhamdulillah!" Orang mula ikut menyahut, mencontohi

Malaikat I dab 11. "Kalian semua sihat-sihat walafiat tidak gastrik, tapi kalian

tidak berpuasa bulan Ramadan. Tuhan ampunkan!" "Alhamdulillah! Alhamdulillah!" "Kalian semua tidak pernah sembahyang lima waktu. Tuhan

"Alharndulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!" Bergema. "Kalian semua cuma tahu main Alhamdulillah-Alhamdulillah

"Alhamdulillab! Alharndulillah!" "Kalian semua tidak tahu menyebut Asyhadu alla ila ha illallah

wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah!" "Asadu.. . asadu.. . asadulaah!" Mereka menggeleng-gelengkan kepala. "Tuhan ampunkan!" Malaikat I11 membuka lembaran pernyataan itu dan

memandang ke depan hendak membaca terus. Muntil memandangnya dengan jelik. Diasudah lama menunggu

hendak masuk syurga. Tidak sabar lagi rasanya. "Kalian," kata Malaikat 111. "Buat apa dia memberi ucapan panjang-panjang. " Muntil

65

KECON

merungut. "Aku sudah tau segala dosa-dosaku. Memang sengalfa aku lakukan!"

"Alhamdulillah!" kata Malaikat I dan 11. "Aku mau masuk syurga cepat-cepatlah!" "Ahhh sabar! Sabar!" kata lelaki di sisi Muntil. "Kau tau - di syurga banyak bidadari." "Semasa di dunia kau belum puaskah lagi?" "Belum!" Malaikat 111 memandang-mandang, setelah tidak ada

kedengaran orang bercakap-cakap lagi baru dia menyambung: "Tapi kerana kalian telah berjasa pada bangsa dan negar,t,

banyak berderma bakti, meskipun bukan kerana Allah. Tuhan ampunkan!"

"Hah buat apa dia ulang-ulangi lagi!" celah Muntil. "Sabar! Sabar!" "Hoi!" pekik Muntil. "Kita sudah puas dengar syarahan agarnil

di dunia! Semua sudah kita tau dan maklumi! Buat buang mas;& saja!"

"Kalian semua adalah manusia dan tidak sunyi dari melakukaa dosa-dosa.. . "

"Hoi panjang lagikah pidato itu?" Muntil mengacu-acukan tin junya dengan geram.

Malaikat 111 berhenti membaca - berunding dengan Malaikat II dan 11.

Muntil bercekak pinggang memperhatikan mereka. "Hoi!" pekiknya. "Jangan lama-lama miting! Kita mau masu k

syurga cepat-cepat 1" Malaikat I11 lenyap sebentar, kemudian muncul semula dengan

cahaya yang kemilau, senyum-senyum. "Berita gembira! Berita gembira untuk kalian!" katanya,

"Tuhan telah memperkenankan supaya syarahan tidak diperpanjang-panjangican lagi. Kalian akan dimasukkan ke syurgo sekarang juga!"

"Bagus!" kata Muntil. "Segala pujian bagi Tuhan!" "Nama kalian akan diumumkan menurut abjad Rumi k a n a

memang kalian tidak kenal abjad Jawi. Tuhan ampunkan!" "Celaka!" dengus Muntil. "Belum habis lagi!" Nama-nama mula diteriakkan. Mereka yang berkenaan pun

ALHAMDULILLAH! ALHAMDULILLAH!

I

I tunduk-tunduk, menitiskan air mata haru, masuk ke syurga. Sebak benar.

i "Benarlah Tuhan itu Maha Pengampun! Benarlah Tuhan itu Maha Pengampun!" Mereka mengulang-ulangi.

Muntil menunggu-nunggu namanya dipekikkan. Lama juga. Dia marah-marah apabila Malaikat I11 mula memasuki abjad E.

"Tidak hormat langsung!" gerutu Muntil. Dia cuba bersabar. Akhirnya Malaikat I11 sampai juga pada abjad M. Dia membaca

dengan perlahan tapi lantang. "Muntil bin Muntol!" Muntil tidak berganjak.

merungut-rungut. "Dia fikir aku ini siapa?" Tuh! Dia meludah. Tuh! Tuh! Sabar ! Sabar ! Dia .menyabarkan dirinya. B arangkali mere ka

belum tau! "Awak Muntil bin Muntol?" "Ya," jawab Muntil kasar. "Tapi saya sudah bergelar Datuk -

Datuk Jasa Berjasa pada Bangsa dan Negara Awang Muntil bin Muntol!"

Malaikat I11 menyemak dan meneliti daftar. "Di dalam daftar ini cuma ditulis Muntil bin Muntol." "Saya tidak peduli ! Itu mungkin kecuaian pent adbiran akhirat !

Saya telah banyak berjasa pada bangsa dan negara - kamu tidak tahukah?" Muntil diam seke jap. "Siapa saja termasuk malaikat mesti hormat pada saya!"

Malaikat I11 terdiam. "Saya tidak kira ini majlis formal atau informal, aama saya

mesti disebut bersama title saya sekaii!" "Macam mana hi?" tanya Malaikat I11 pada Malaikat I . "Hadapkan saja pada Tuhan," jawab Malaikat I. Malaikat I1 lenyap menghadap Tuhan. Beberapa ketika kemu-

dian kembali semula dengan cahaya sugul bersama malaikat Lain yang hitam legam dan tidak senyum-senyum.

"Muntil bin Muntol!" Malaikat 111, I1 dan I memandang-mandang, mencari-cari. "Mana Muntil bin Muntol?" Muntil melangkah ke depan. Mukanya merah padam. "Tidak hormat langsung! Tidak hormat langsung!" Dia

I

i

I I

I I I

-

Padang rnahsyar bergegar bila saja dia rnendarat. Pasir berke- I ' /

pul-kepul naik seperti asap tebal. Bunyi tarikan nafasnya bergu- -'..I , I

lung-gulung seperti ribut dan guruh tujuh puluh tujuh rnusirn teng- 2 9:

kujuh yang dikepalkan rnenjadi satu. - z- . Dia rnenjalankan tugas tanpa sepatah kata. - 7

I -

I

I

I

SEEKOR ANJING memberi salam kepadaku. "Selamat sejahtera hai manusia gila!" katanya, lalu terus berak

di depanku.

Mual

~ i s a n ~ a mahu saja anjing itu kusepak. Tapi aku masih berperikemanusiaan. Bagaimanakah jika aku yang kena sepak ketika sedang buang air besar?

Aku jalan terus. Carikan kertas di tapak tanganku sudah ronyok dan tulisan

dakwat yang ada padanya pun sudah agak luntur terkena peluh kerana selalu saja kugenggam-genggam keluar masuk saku seluarku.

Aku terpandang wang syiling lima puluh sen di tepi jalan. Aku malas hendak memungutnya.

Lorong yang sedang kulalui ialah sebuah lorong yang sederhana lebarnya. Kanak-kanak ingusan berkejar-kejaran di tengah-tengah terik matahari, membawa perut-perut mereka yang membuncit. Mereka bermain tembak-menembak. Beberapa dari mereka bergelimpangan mati. Mereka mati dengan ragam-ragam yang tersendiri: terjelir lidah, terlentang, tertiarap, mendakap perut. Kemudian serentak mereka hidup semula dan terus tembak- menembak dengan riang.

"Tam! Tam!" "Rat-tat-tat!" "Arrrgh!" Sudah berjam-jam aku melalui kawasan yang seperti kawasan

setinggan itu. Terasa letih dan nafasku semput. Setiap langkah macam tambah membuntukan perasaan dan fikiran.

"Aku tidak mau mati." Mulutku berkata. Aku mengeluarkan lagi carikan kertas itu dan membacanya.

Carikan kertas itu telah kuperolehi dari seekor kerbau jantan

yang telah rnenju kota.

KECOH

rnpaiku di depan bangunan hospital besar di ibu

Aku masih ingat bagairnana kerbau itu rnenghulurkan kaki depannya kepadaku.

Mataku rnacam tersernbul rnelihat tapak kakinya itu . Sedikit kotor. Aku belurn pernah berjabat salam dengan seekor kerbau yang tapak kakinya kotor.

"Kau Sipolan?" tanyanya. "Ya." "Sipolan bin Polan?" "Ya. Kenapa?" Kerbau itu diam dan merenungku seketika dengan tajam. "Kau akan rnati," katanya selarnba kemudian. Suaraku enggan keluar. "Sebulan dua bulan lagi kau matilah." Aku tidak tahu apa lagi. Kerbau itu rnenggoncang bahu dan mahu meninggalkanku. Tiba-tiba saja aku mendapati diriku merenggut lubang

hidungnya. Kerbau itu terpekik kesakitan. "Aku curna penyarnpai berita," katanya. "Aku tidak mau mati!" kataku. "Itu aku tidak boleh tolong." "Aku tidak rnau mati!" Kerbau itu mendengus minta dilepaskan. "Aku belum mau mati!" pekikku. Dia bercerita tentang banyaknya orang yang belum mahu mati

- dari orang yang tidak ada apa-apa hingga kepada presiden- presiden.

Aku tidak rnau mendengar. Dia bercakap panjang lebar bahawa orang mati goyang kaki di

dalam kubur dan tidak payah bayar hutang tiap-tiap bulan. "Aku tidak ada hutang!" pekikku. "Kalau sudah mati kau tidak perlu fikir tentang cari makan,"

katanya. "Aku takut mati!" "Bah , manusia tolol! " rengusnya. Dia memberitahu kepadaku bahawa mati itu adalah perkara

biasa - di sana sini manusia mati seenaknya dengan alasan atau

MUAL

tanpa alasan dan aku cumalah seorang daripada orang-orang yang akan mati itu.

Dia meminta supaya hidungnya dilepaskan. Aku enggan.

' Akhirnya dia memungut secarik kertas dan mendengus-dengus menulis sesuatu di atasnya.

"Kaucari alamat ini," katanya. A ku melepaskannya. Kerbau itu pergi dan menghilang. Perutku lapar dan aku merasa letih. Seorang makcik menahan

langkah-langkahku. "Sudah berhari-hari aku nampak kau mundar-mandir di lorong

ini," kata makcik itu. "Kau mencari siapa?" Sudah berapa hari aku berada di lorong itu sudah tidak penting

lagi. Siapa atau apa yang kucari juga sudah tidak penting lagi. Yang pentingnya aku mesti terus mencari-cari. Tapi untuk menjawab aku mengunjukkan carikan kertas itu kepadanya.

"Aku tidak tau membaca," kata makcik itu. "Tolong bacakan." "Rumah No. Kpclqgnb Jln. Yxcdrwhpklrb." Makcik itu ~erbelalak persis dia sedang berdepanan dengan

seorang yang tidak siuman dan dia bergegas meninggalkan aku. Tidak lama kemudian seorang budak mengekoriku. Aku

berpaling menghadapinya. Dia merenungku dengan berawas-awas. Aku memandangnya lama-lama. Dia tersenyum dan aku membalas senyurnannya. Aku duduk di tepi lorong itu dan menyeka peluh. Dia ikut duduk tapi dalam jarak yang waspada.

"Kau orang gila?" tanyanya. 3 1 "Aku tidak gila," kataku.

I "Kau mesti gila. Sudah sebulan lebih kau jalan-jalan di sini." I "Aku baru saja datang pagi tadi atau rnungkin petang

kelrnarin," kataku. "Kau mem'ang orang gila." Aku melagak seperti orang gila yang hendak menelannya

hidup-hidup. Dia tidak gentar. "Aku juga rnau jadi orang gila," katanya. "Pergi pulang ke rumah!" "Aku tidak mau! Aku mau jadi orang gila!" "Nanti kau kena marah oleh bapak dan ernakmu," kataku.

"Mana bapak dan emakmu?"

KEC

"Ernak sudah bapak ceraikan. Bapak di rurnah, bergaduh dengan ernak tiri."

Dia mengais-ngais tanah. Kepalaku rnula terasa pening dan dadaku sesak. Buat seketika

pernandanganku berkunang-kunang. Apabila keloyaan itu len'ylp aku rnendapati budak itu sudah berada di sisiku. Dia rneniru cave cangkungku. Dia rnemicit-micit dahinya seperti orang pening, Kernudian dia rnembulatkan rnatanya dan memandang kosong ke depan. Aku tersenyum. Dia ikut tersenyum.

"Kau mencari apa?" tanyanya. Aku memberikan carikan kertas yang sudah ronyok itu

kepadanya. Dia memulangkannya: dia tidak tahu rnembaca. "Kau tidak pernah sekolah?" "Apa ada di sekolah?" "Kau boleh belajar mernbaca." "Lagi?" "Mengira. " "Ya?" "Menulis. " "Lagi?" "Kau boleh belajar jadi manusia dan wargadunia yang bdk,

bertanggungjawab dan berjiwa besar." "Di sekolah mereka tidak ajar orang jadi gila?" "Tidak. " "Aku tidak mau bersekolah." Aku rnemandang kosong ke depan. "Kau mencari apa?" Dia bertanya semula. "Rumah No. Kplcqgnb Jln. Yxcdrwhpklrb. " "Okey," katanya. "Mari kita cari rumah itu." Malas pula aku hendak berganjak. Aku terus merenung k

depan. Budak itu ikut merenung ke depan, tangannya mengib ngibas lalat yang hinggap di mukanya. Akhirnya dia ikut sepsd aku: lalat-lalat itu dibiarkan saja hinggap.

"Apa ada di rumah yang kaucari itu?" Aku tidak tau. Tidak pernah aku terfikirkan; carikan kertas f

kuperolehi pada saat genting ketika apa saja akan kuterima untuk kupegang. Aku tidak pernah mempersoalkannya. Aku d i m , Budak itu terus mendesak-desakkan pertanyaannya sehin kepalaku terasa pening.

MUAL

"Sebuah kedai." Acuh tak acuh aku mereka-reka jawapan. "Kedai apa?" Aku telah menyangka dia akan diam dan berpuas hati. "Kedai yang menjual segala-galanya." Aku menjawab dengan

bengkeng. "Menjual bawang?" "Ya." "Condorde?" "Ya." "Menjual kasut bola sepak juga?" "Ya." Dia terus menyoal seperti itu, menyebut-nyebut nama-nama

benda satu-satu, yang mungkin cuma kebetulan melintas di kepalanya: tanah, rumah batu, bunga plastik, langit, rumput, hantu, bola, kapal, televisyen, senapang, kereta kebal, bom neutron, mee maggie.. .

Dia menarik nafas dan menyoal terus. Akhirnya aku memekik: "Menjual segala-galanya!" Budak itu mendekatkan dirinya lagi padaku sehingga lengannya

menyentuh lenganku. Dia memegang pergelangan tanganku dengan lembut. Aku terdiam.

"Menjual segala-galanya?" tanyanya berbisik. "Ya, segala-galanya. " Aku terikut berbisik. "Menjual gila juga?" bisiknya. "Apa saja yang kau mau ada dijual di sana," bisikku. Aku malas hendak berfikir panjang-panjang. Tapi budak itu

terus menyoal-nyoal. Aku mengeluh. Aku terpaksa terus mereka- reka jawapan yang panjang lebar sekadar mematikan pertanyaan- pertanyaannya. Dia mendengar dengan tekun.

Kedai itu adalah sebuah kedai yang tua, kataku. Penjualnya juga sudah tua tapi masih bertenaga. Dia membela janggut putih yang sangat panjang dan dia sentiasa saja rnengunyah-ngunyah sesuatu. Pakaiannya serba hitam dari sutera ulat.

"Namanya?" "Kpljmbt ." Suasana di kedai itu sentiasa saja suram dan udaranya lembap

dan sejuk. Di atas rak-rak terdapat beratus-ra-tus biji botol yang tersusun rapi. Setiap botol mempunyai -label.

Orang tua itu duduk d i satu sudut di atas bangku h y u . Dia

sudah terlalu bongkok. Dia sudah seperti duduk seratus tahun di bangku itu. Ada bekas jaring labah-labah di kepalanya. Habukm habuk melekat di kulitnya. Dia terbatuk kecil. Habuk-habuk berterbangan. Beberapa ekor tikus terkejut dan lari bersembuq~i. Dan orang tua itu kembali seperti tunggul. Matanya tidak berkedip kedip. Tikus-tikus keluar semula bermain-main di hujung kakinya ,

Aku berhenti bercerita untuk mengambil nafas dan berfikir. Budak itu memandang ke depan dengan mata yang membulal

besar seolah-olah dia dapat melihat segala-galanya. Dia memegang pergelangan tanganku dengan erat.

"Di dalam botol-botol itu apa?" "Entah, barangkali jiwa. " "Jiwa apa?" "Jiwa anjing, jiwa monyet, jiwa lembu, jiwa katak, jiwra

ayam.. . 9 ,

"Kau hendak membeli jiwa anjing?" "Tidak!" Aku memekik. "Aku seorang manusia!" "Kalau orang dimasukkan dengan jiwa anjing.. . ?" "Orang akan jadi macam anjing." "Monyet?" "Jadi macam monyet." "Lembu?" " Jadi macam lembu. " Budak itu belum kehabisan pertanyaan. Aku meneruskan dengan malas: di satu sudut ada sebiji botal

besar yang berisi dengan kebuluran - lima puluh sen satu kilogram. Lima depa di kiri orang tua itu ada sebuah kotak besar yang berisi dengan pembaziran - lima puluh sen satu kilogram. Tiga depa di depan sebelah kiri orang tua itu ada beberapa biji b o t d besar berisi dengan pencemaran dan penyakit - lima puluh sen satu kilogram. Di sebelah kanannya, paling dekat sekali, ada sebijl tajau yang berukir indah dan antik berisi dengan pepefangan - lima puluh sen satu kilogram.

Budak itu mengeluarkan wang syiling lima puluh sen. "Semuanya lima puluh sen satu kilogram?" tanyanya. Dia

melambung-lambungkan wang syiling itu . "Kenapa murah?" "Jualan Penutup - Closing Down Sale. " "Kenapa Jualan Penutup?" "Dunia sudah hampir kiamat. "

"Kau hendak membeli apa?" Aku menerangkan kepada budak itu bahawa aku akan mati

tidak beberapa lama lagi. Aku menceritakan kepadanya tentang perjumpaanku dengan seekor kerbau di depan bangunan hospital besar di ibu kota.

Dia mendengar dengan tekun. Matanya tidak berkedip-kedip. Mukanya dihurungi lalat .

"Tapi aku tidak mau mati. Dan untuk menyambung hayat aku terpaksa membeli nyawa."

"Nyawa juga lima puluh sen satu kilogram, ya?" Aku baru saja hendak menjawab apabila aku tersedar yang

budak itu sudah tidak ada di sisiku lagi. Dia seolah-olah tidak pernah ada. Barangkali aku cuma bercakap-cakap seorang diri.

Suhu badanku terasa amat panas. Otakku macam diperah- perah dan kebas. Penglihatanku berkunang-kunang.

Aku terdengar salakan anjing. Aku berdiri dan merasa mual.

Bayang-Bayang

FIRASAT APAKAH ini? Aku seolah-olah saja tidak wujud. Berkali-kali aku terpakw

melompat dan menepi untuk mengelak diri daripada dilan orang yang lalu-lalarig.

Barangkali mereka terlalu sibuk sehingga mereka tidak namga padaku yang sedang berdiri di situ.

Kemudian aku terfikir bahawa aku juga jika terlalu sib@ mengejar sesuatu, maka orang lain tidak lagi wujud bagi d i r i h Yang ada cuma aku dan apa yang kukejar.

"Hoi 1'' "Kau butakah?" "Tuli hah!" Lelaki yang kupekik itu berjalan terus. Dia seperti tfd

nampak padaku dan tidak mendengar pekikanku itu. Dia tal hampir-hampir saja melanggarku. Mujur aku cepat mengelak.

Aku terpandang sebiji tin coke. Tin coke itu kutendang sak tenaga ke arah lelaki itu. Tin coke itu tidak bergerak. Tin coke kutendang lagi. Ia masih tidak bergerak-gerak. Kutendang kutendang lagi. Tin coke itu tetap juga di situ.

Aku berundur sepuluh langkah, kemudian aku berlari den kencang ke arah tin itu dan terus menendangnya. Aku ter jelep

- - . '-

.-.A 3.p , ::

.,:\.

atas belakangku. ,.<>>. .:,;: ., . .7 ' :. -.

Tin coke itu masih juga tidak terpelanting. . .. . . ... . .>

, .. Aku memandang tin coke itu dengan penuh tanda t

Apakah tin itu sebenarnya tidak ads? Aku membaca tulisan tercetak pada tin itu. Kuteliti warna dan grafiknya. mencangkung dan mernandang bayang-bayangnya.

-Entah sudah berapa lama aku bertafakur memandang ba . bayang tin itu, tau-tau saja aku sudah menjadi .tertarik hati

setiap bayang-bayang . Diam-diam dan dengan penuh minat kupandang bay

.. :. .., -.

bayang orang yang lalu-lalang. Orang gemuk mempunyai bayang-bayang yang besar dan lebar;

yang kurus mempunyai bayang-bayang yang kurus; yang pendek mempunyai bayang-bayang yang pendek; yang tinggi mempunyai bayang-bayang yang panjang. Setiap orang menyusuli atau disusuli bayang-bayang .

Aku menghampiri seorang lelaki yang sudah lama berdiri menunggu. Bayang-bayangnya memanjang ke arahku.

"Saudara," tegurku dengan santun. " Apakah saudara sedar yang saudara memiliki bayang-bayang?"

Dia tidak peduli padaku. "Bayang-bayang saudara dipijak orang-orang yang lalu-

lalang." Aku memberitahunya. "Apakah saudara tidak marah?" Menoleh padaku pun dia tidak. "Hari sudah tua dan bayang-bayang saudara sudah pun jauh

lebih panjang daripada saudara sendiri," kataku. "Apakah saudara sedang menunggu seorang kekasih yang bayang-bayangnya belum juga kelihatan?"

Dia berpaling dan meludah ke arahku. Aku sempat mengelak. "Saudara!" pekikku. "Apakah saudara juga seperti bayang-

bayang: ada mata tidak melihat; ada telinga tidak mendengar?" Aku meninggalkannya dengan perasaan marah. Aku kembali pada tin coke. Dengan spontan kutendang tin coke

itu. Tin coke itu masih di situ-situ juga. Dan bayang-bayangnya kian bertambah panjang .

Aku duduk. Tiada seorang pun orang-orang yang lalu-lalang peduli akan

kelakuanku itu. Mereka kelihatannya amat sibuk: lewat dengan pantas bersama bayang-bayang mereka.

Tiba-tiba ada bayang-bayang besar menimpaku. Kudongakkan kepala. Aku terpandang seorang makcik. Kupintas jalannya dengan cepat .

"Tunggu dulu makcik! Tunggu dulu!" kataku. Aku berjalan terundur-undur di depannya. Kudepangkan kedua belah tanganku. "Apakah makcik tidak merasa lelah dan berat mengheret bayang- bayang makciit yang besar itu?"

Dia terus berjalan seolah-olah dia tidak mempunyai bayang- bayang yang besar. Aku terpaksa menepi memberi laluan kepadanya.

BAYANG-BAYANG

Sebelum aku sempat berbuat apa-apa, satu lagi bayang-bayin6 menutupi tubuhku. Seorang gadis jelita yang mengghairahkiarr melintas di depanku. Aku mengejarnya.

"Saudari!" seruku. "Bayang-bayang saudari telah lalu di adua auratku. Apakah saudari tidak merasa apa-apa?"

Dia tidak peduli padaku. Apabila aku berpaling, pandanganku terserempak derrgesca

bapaku di celah-celah orang yang berpusu-pusu ke sana ke rnari itu. Kucari bayang-bayangnya. Langkah-langkahnya amat pantas Kulihat wajahnya sugul bercampur cemas. Dia berjalan terlas depanku seolah-olah dia tidak nampak padaku. Aku tidak sempat melihat bayang-bayangnya dengan teliti.

Dialah yang telah mengajarku tentang bayang-bayang sernwg3 aku masih kecil lagi.

"Kau mempunyai bayang-bayang kerana kau wujud!" katarryra. "Jika kau merasakan dirimu wujud, kau akan bertambah yakis pada dirimu sendiri dan menjadi tegas dalam setiap tindak tatlct&i. Jika kau merasakan dirimu tiada maka orang lain dengim sendirinya akan meniadakan kau!"

Dan selepas itu, aku masih ingat, hampir-hampir setiap pagi nku membelakangi matahari dan melihat bayang-bayangku y panjang: aku bergerak, bayang-bayangku hidup; aku mernbcatu, bayang-bayangku mati.

Aku menjadi sangat kenal pada bayang-bayangku, mesk aku hanya melihat sebahagian kecil daripadanya. Dan aku me dengan penuh sedar bahawa aku ini ada.

"Kita perlu sering menyedarkan diri kita bahawa kita a d d " Bapaku mengingatkan. "Kerana kita dengan mudah saja bole ditiadakan oleh keadaan sekeliling yang sibuk. "

Di celah-celah kesibukan di sekelilingku itu aku terlihat seoraa lelaki tua. Aku kenal padanya. Dia seorang yang gila. Dia j kenal padaku. Dari jauh dia sudah memandangku dengan taj dan penuh kebencian.

Aku sudah tau apa yang akan dikatanya padaku. Mungkin dengan mulut yang berbusa-busa dia a

mengatakan bahawa akulah yang telah menjadikannya bahawa akulah yang telah menjatuhkannya dengan mena akan kewujudannya; bahawa akulah yang $elah merampas bct isteri mudanya; bahawa akulah yang telah menodai kesuciail anab

BAY ANG-BAY ANG

anak daranya; bahawa akulah yang telah meracuni moral anak- anak lelakinya sehingga mereka benci dan lupa padanya; bahawa akulah yang telah menjahanamkan perniagaannya sehingga dia tidak memiliki apa-apa lagi; bahawa akulah yang telah.. .

"Kau tidak wujud!" Aku tersentak. Rupa-rupanya dia sudah berada di depanku

dengan jari telunjuknya diacu-acukan ke mukaku. "Dulu kau memperlakukan aku sekehendak hatimu sehingga

aku jadi seperti ini," katanya. "Tapi sekarang kau tidak punya kuasa apa-apa lagi. Kau sudah tidak wujud!"

"Kaulah yang tidak wujud," kataku. Kutunjal dahinya. Dia terundur setapak. Goyah. "Kurang ajar kau!" jeritnya. "Kusumpah kau! Kusumpah kau

tergantung-gantung di antara langit dengan bumi!" "Sumpahlah sekehendak hatimu," kataku. " Aku tidak

dimakan sumpahan orang yang tidak wujud!" "Kaulah yang tidak wujud!" bentaknya. "Aku wujud!" kataku tegas. "Jika kau benar-benar wujud," katanya dengan perlahan dan

dengan nada mengejek, "cuba kautendang tin coke itu!" Aku merasa gusar dan tercabar. Aku baru saja hendak menendang tin coke itu ke mukanya

apabila aku teringat peristiwa aku cuba menendang tin itu awal- awal tadi.

"Tin coke itu tidak wujud!" kataku dengan kasar. Lelaki tua gila itu tertawa menyeringai padaku. Giginya

nampak kekuning-kuningan dan sangat menj iji kkan. Bayang- bayangnya memanjang ke belakang .

Aku memandang tin coke itu. Bayang-bayangnya juga sudah tersangat panjang. Matahari tidak lama lagi akan terbenam.

"Mana bayang-bayangmu?" tanya orang tua gila itu. Aku terpinga-pinga mencari bayang-bayangku. Orang ramai menggiat-giat lelaki tua gila itu. Mereka bersorak

dan bayang-bayang mereka berpadu dalam gerakan yang kacau. Perhatian mereka hanya tertumpu padanya. Padaku sedikit pun mereka tidak peduli - seolah-olah orang tua gila itu hanya bercakap-cakap dan memekik-mekik seorang diri.

"Bayang-bayangnya tidak ada," laung orang tua gila itu, diikuti dengan tawanya yang terbahak-bahak. Dia terus meninggalkan aku

seperti satu kebetulan sebuah daripada kereta itu adaloe kepunyaan isteriku.

Tiba-tiba aku merasa cemas. Segala yang berlaku pad -

sepanjang hari: perihal orang ramai yang tidak peduii pada perihal orang tua gila yang menyumpahku dan bayang-bayangkas

80

di situ. Orang ramai mula bubar. Aku memerhatikan mereka per&

Aku tertunggu-tunggu kiranya ada di antara mereka yang mahls bercakap denganku tentang orang tua gila itu. Tiada sesiapa yun mengendahkanku bahkan aku terpaksa pula menepi un tu memberi laluan kepada mereka.

Lampu elektrik di tepi jalan sudah lama dipasang. Aku berdiri di bawah cahaya. Tapi bayang-bayangku tidak adu,

Kuperhatikan bayang-bayang orang yang lalu-lalang di depanku, Kemudian aku berlari dari satu cahaya ke satu cahaya menctid bayang-bayangku. Aku bertanya pada setiap orang yang kutemut kalau-kalau mereka ada ternampak bayang-bayangku. Tiada siaprs yang peduli. Mereka jalan terus.

Aku menyusuri jalan raya dari satu tiang elektrik ke satu tian8 elektrik. Aku memasuki lorong-lorong yang gelap dan sempit.

Ke mana saja aku pergi bayang-bayangku tidak ada. Sehingga -larut malam aku masih lagi merayau-rayau . Jalanc

jalan raya sudah mula jadi lengang dan sepi. Aku duduk di tepi jalan dengan layak seorang mabuk. Seeksf

anjing berhenti berlari anak dan menggonggong padaku, Gonggongannya panjang dan menyeramkan. Cepat-cepat aka beredar dari situ.

Seorang polis ronda nyaris-nyaris melanggarku. Aku mengelak ke tepi.

Butakah dia? Bayang-bayangnya kian pendek apabila dia melewati baweh

lampu elektrik. Tapi bayang-bayangku di mana? Dengan langkah-langkah yang lemah aku menapak pulang,

Aku sengaja mengambil jalan yang berliku-liku dan jauh dengaa harapan bahawa aku akan terserempak dengan bayang-bayangku,

Di dalam perjalanan pulang itu aku terjumpa dengan dua bu kereta yang remuk. Aku memeriksa kereta-kereta yan kemalangan itu.

BAYANG-BAYANG

yang hilang - semuanya kembali menerpa benakku. Aku percaya semuanya itu adalah firasat-firasat buruk bagi kemalangan ini.

Satu perasaan berat bergayut di hatiku. Apa-apakah isteriku? Dia sendirikah atau anakku yang telah memandu kereta itu? Mungkin kedua-dua mereka terlibat di dalam kemalangan yang teruk itu.

Dari keadaan kedua-dua buah kereta yang remuk itu aku yakin jika bukan isteriku, pasti anakku yang mati.

Aku teringat wajah bapaku yang sugul. Mungkin kerana terlalu tergesa-gesa mencariku membuat dia tidak nampak padaku.

Aku berkejar ke rumah. Kuikuti jalan yang paling singkat. Rumahku yang besar itu masih terang-benderang. Barangkali mereka menungguku. Pintu depan masih terbuka

lebar. Aku masuk dengan segera. Aku terpaku: isteriku ada di situ begitu juga anakku, bapaku,

emakku dan sanak saudaraku yang dekat - mereka semuanya sedang berjaga menunggui mayat.

"Siapa yang mati?" tanyaku. Mereka tidak menjawab soalanku. "Siapa mati?" "Siapa mati?" Mereka masih tidak peduli padaku. Mereka masih tidak sedar

akan kehadiranku - barangkali kerana terlalu diselubungi kesedihan.

Isteriku bangun dengan perlahan dan membuka tutup mayat. Kemudian dia rebah pengsan. Emak segera merawatnya.

Aku mengamat-amati wajah mayat itu. Raut dan mimik mukanya seperti dia belum rela dan bersedia untuk mati. Wajah itu kurenung lama-lama. Beransur-ansur aku mula dapat mengecamnya.

Aku memandang sekelilingku mencari kepastian. Aku meneliti setiap orang yang hadir di situ sehingga kepada bayang-bayang mereka.

Aku memandang mayat itu lagi. Meskipun mayat itu dalam keadaan terbaring namun ia masih memiliki bayang-bayang.

Perasaanku gemuruh. Aku sangat kenal pada bayang-bayang itu walaupun aku hanya dapat melihat sebahagian kecil daripadanya.

Mendadak sendiku menjadi lemah dan gementar. Aku

terjelepok: masa, di sekelilingku.

Aku menjerit

. , ;* : ruang dan segala peristiwa seperti berputar lignb g; & .

meminta tolong.

82

.

Punggung

PUNTUNG-PUNTUNG rokok bersepah-sepahan di hujung kakiku. Aku sedang badiri di kaki lima deretan kedai di ibu kota menanti seorang gadis yang tidak kukenali. Gadis kelmarin.

Puntung rokok kubuang dan apinya kupadam dengan hujung tapak kasutku. Kunyalakan sebatang rokok yang baru lalu kusedut dalam-dalam dengan perlahan dan asapnya kuluahkan melalui lubang hidung dan mulutku.

Seorang pemuda kurus kering terbatuk-batuk di sisiku. Aku meminta maaf kepadanya kerana asap dari rokokku teiah mengganggu pernafasannya.

Dia beredar dari situ. Selang beberapa langkah seorang gadis menahannya bertanyakan sesuatu. Pemuda itu menggelengkan. kepala.

Gadis itu terus bertanya pada setiap orang yang ditemuinya. Dan setiap orang cuma menggeleng-gelengkan kepala.

Dialah gadis kelmarin, yang kunanti-nantikan itu. Akhirnya dia sampai juga padaku. Aku menenangkan perasaan dan menyelambakan air muka seberapa yang terdaya.

"Saudara," katanya. Suaranya begitu sugul dan runsing. "Ada saudara ternampak punggung saya di mana-mana. Saya kehilangan punggung , saudara. "

Langit luas kupandang. Kebetulan tiga buah helikopter sedang lewat memekakkan telingaku. Kemudian kutatap muka gadis itu. Dia masih menunggu jawapan dariku.

Aku mengatur-atur jawapan di dalam kepala dengan perasaan yang tidak menentu. Aku tidak berani berterus-terang. Jantungku berdegup geinuruh lintang-pukang. Aku menaruh hati padanya.

"Mari," kataku dengan gagap, memberanikan diri. "Kita duduk-duduk dulu di kedai kopi."

Dia menentang mataku bulat-bulat sambil mengetap-ngetap bibirnya. Kemudian dia memekik kepadaku:

83

"Apa kaufikir aku ini gadis murahan? Meskipun punggungku tidak ada - aku tidak semudah itu mau diajak duduk-duduk di kedai kopi!"

Dia segera meninggalkanku. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia merasa amat kesal dan tersinggung. Dan dia berjalarr lebih pantas dari biasa.

Aku memarahi diriku dan sekaligus merasa malu. Awal-awn1 lagi aku sudah terlanjur dan bersifat kurang ajar. Aku belum kenel padanya dan dia belum kenal padaku, tapi aku sudah nekad mahir mengajaknya duduk-duduk di kedai kopi.

Kemudian aku terfikir akan satu lagi kebodohanku: kenapa dia kuajak duduk-duduk - tanpa punggung sudah tentu dia tidak dapat duduk-duduk, meskipun dia mahu. Terbayang di kepala ku betapa dia terpaksa berdiri sepanjang masa dan mungkin dia telak datang dengan menumpang bas dan terpaksa berdiri di sepanjang perjalanan.

Dia sudah jauh, mengajukan pertanyaannya itu kepadw beberapa orang pemuda kurus kering yang kebetulan ada di situ,

Aku memandang sekelilingku kerana aku merasa seperti ada satu keanehan yang terlalu licik untuk ditanggap. Kemudian wku baru menyedari bahawa pada hari itu terlalu banyak pemuda kurus kering berkeliaran.

Kemudian aku mendapati bahawa tidak ada seorang pun pemuda gemuk atau bertubuh sasa atau berbadan sederhana berjalan di mana-mana. Seperti sudah termaktub di Loh Mahfu bahawa pada hari itu cuma pemuda-pemuda yang kurus kering saja akan bersiar-siar di ibu kota.

Mereka semua tidak melayani pertanyaan gadis yang tidak berpunggung itu. Bola mata mereka terlalu sibuk menyoroti ga gadis yang berpunggung: punggung-punggung yang beraneka bentuk, meramping di pinggang, dibalut kain halus yang bagus atau dipakaikan dengan jean yang ketat.

Simpatiku adalah pada gadis yang tidak berpunggung itu. Dia sudah jauh di hujung sana. Langkah-langkahnya amat sayu d tidak bermaya. Setiap orang ditanyainya cuma menggelenglc kepala.

"Dia seharusnya menjaga punggungnya itu dengan baik," ka seorang lelaki di sisiku. "Jangan sampai hilang."

"Ya," sokong temannya.

PUNGGUNG

"Kehidupan seorang gadis tidak akan bererti jika dia tidak mempunyai punggung. "

"Ya benar!" "Sedangkan gadis-gadis lain berlumba-lumba ke sana ke mari

membawa punggung yang amat molek!" "Benar katamu itu! Kau tau - aku mengahwini isteriku adalah

semata-mata kerana ingin rnerniliki punggungnya yang amat molek dan montok itu."

"Kau memang beruntung! Kau tau - aku sangat mencintai punggung isterimu itu. Dan kelmarin aku bermain mata dengannya. "

"Sesungguhnyalah kau seorang sahabat yang kurang ajar!" Kedua-dua mereka mernperhatikan semula punggung-pung-

gung yang sedang berkeliaran. Entah atas urusan apa punggung-punggung itu berkeliaran -

itu bukan pula urusanku untuk mengetahuinya. Aku cukup senang berdiri sebagai pemerhati saja.

Aku memerhatikan punggung-punggung itu dengan penuh perasaan cinta dan kasih sayang. Sebenarnya aku sangat mudah jatuh cinta: hatiku begitu rapuh. Dalam sehari paling tidak aku jatuh cinta sebanyak tiga puluh tiga kali. Dalam setahun purata aku jatuh cinta sebanyak 12,045 kali. Dan aku tidak pernah menyoal kenapa aku jadi seorang yang kurus kering. Dan lagi bukan aku seorang saja yang kurus kering.

"Terlalu banyak lelaki kurus kering hari ini," kata lelaki di sisiku.

"Ya," sahut temannya. "Termasuk kita berdua. " Diam-diam aku beredar dari situ. Aku ada urusan penting yang

harus kubereskan dengan gadis kehilangan punggung itu. Aku mencari-carinya ke sana ke mari di tengah-tengah bahang

matahari. Mengapa tadi aku tidak krterus-terang saja padanya? Kelmarin aku telah jatuh cinta padanya dan aku mengekorinya

di sepanjang jalan. Dia tidak menyedari akan perbuatanku itu dan aku -pula seperti sudah terpukau oleh punggungnya yang melenggok molek dan penuh berisi itu.

Punggungnya itu terus melenggok dan melenggok denganasyik. Mataku tidak dapat kualihkan ke arah lain lagi. Aku k r u s

menyusulinya.

Tiba-tiba saja punggungnya itu tanggal, melabuk jatuh dan bergolek-golek menuju ke arah kakiku. Aku jadi bodoh, sedangkan dia terus saja berjalan seolah-olah tidak ada apa-apt. Suaraku tersekat di kerongkong.

Apakah yang harus kubuat terhadap punggungnya yang berade di hujung kakiku itu?

Dia terus saja berjalan dengan cepat tanpa punggung. Tentu saja di depan khalayak ramai itu kurang sopan bagiku

mengejarnya sambil menggendong punggung yang molek d m penuh berisi itu. Dan aku tidak tergamak hendak memalukannye dengan memekik-mekik memanggilnya begini: "Tunggu saudari! Tunggu ! Punggung saudari terjatuh!"

Aku sendiri juga akan ikut merasa malu. Tapi apakah yang harus kulakukan? Tentu saja aku tidak mahu meninggalken punggung semolek itu di tepi jalan: ada anjing-anjing liw berkeliaran yang memakan apa saja.

Dengan muka merah dan malu-malu sendiri aku memungut punggung itu. Lalu punggung itu kumasukkan ke dalam beg plastik bersama sekati daging lembu yang baru saja kubeli dad pasar .

Aku merasakan semacam ada seribu biji mata memerhatiken perbuatanku itu. Aku merasa rimas dan panas. Peluh mengalir di dahi dan di tengkukku. Dadaku sendat dengan perasaan yang t i d d menentu.

Gadis itu sudah menghilangkan diri. Entah ke mana perginya. Aku bergerak dari situ dengan langkah-langkah yang seperti di-

buat-buat. Aku mencari-cari gadis itu. Aku mahu memulangkan punggungnya itu dan terus berkenalan dan seterusnya bercintse cintaan. Setelah letih mencari dan tidak berjumpa, aku puiang saje,

"Esok saja kukembalikan," kataku dalam hati. Punggung itu kuletakkan di dalam almari baju dengan hati-hati

dan penuh kasih sayang. Malam itb aku tidak dapat tidur. Aku mempunyai keinginan

setan terhadap punggung itu. Sepanjang malam aku bergelut dengan diri sendiri. Aku boleh berbuat apa saja terhadap pungguw itu kerana aku seorang diri. Aku baring dan bangun berulang kaU, Aku menyumpah-nyumpah diri sendiri antara mahu mengalah safa dengan tidak mahu mengalah pada keinginan setan itu.

Dan setan seperti menjelma memenuhi ruang bilik tidurku itu

PUNGGUNG

menawarkan khidmat nasihatnya, rnenyuruhku supaya jangan mensia-siakan peluang ernas seperti itu - peluang sekali saja seumur hidup itu. Aku seperti rnendengar setan berkata: "Aku telah mengembara jauh dan dekat - punggung itu adalah pung- gung yang termolek sekali di seluruh dunia dan di sepanjang zaman. Gunakan kesempatan ini! Sesungguhnya aku ini telah dilantik men- jadi penasihatmu yang sebenar-benarnya!"

Dengan memohon perlindungan pada Tuhan Maha Kuasa aku bangun dan segera mengunci almari baju itu dan anak kuncinya kulemparkan ke luar jendela. Dan jendela itu pula segera kututup rapat-rapat.

Aku terus juga bergelut dengan keinginan setan itu. Aku bangun dan keluar membawa l a m p suluh. Jiran sebelah yang pulang lewat entah dari mesyuarat apa, menegurku.

"Mencari kunci almari bajuku," kataku kepadanya. "Pukul dua pagi begini?" Dia menggeleng-gelengkan kepala. Bagi ku dia boleh sa j a menggeleng-gelengkan kepalanya

sehingga hari kiamat jika dia mahu, kerana zaman ini zaman untuk menggeleng-gelengkan kepala pada apa saja.

Keesokan harinya dialah yang membanguniku, mengetuk- ngetuk pintu rumahku. Kepalaku terasa berat. Dia telah menjumpai kunciku di halaman rumahnya. Aku tidak sedar yang aku telah melemparkan kunci itu dengan kuat.

"Kau telah mencari-carinya di tempat yang salah," katanya. "Dan di tengah-tengah malam buta pula."

Pencarian sememangnya begitu: kita cuma berada di tempat yang betul apabila kita menjumpai apa yang kita cari-cari itu. Dan sekarang aku berada di tempat yang salah dan telah berada di tempat-tempat yang salah: entah sudah berapa lama aku mencari- cari gadis itu.

Aku sudah letih ke sana ke mari. Aku berhenti berjalan. Berdiri mengesat peluh. Mengapa tadi aku tidak berterus-terang saja kepadanya - bahawa punggung itu ada di rumahku.

"Saudara." Satu suara dari belakangku. "Punggung saya.. . 7,

Aku berpaling menghadapinya. "Punggung saudari ada di rumahku," kataku dengan segera.

"Mari !" Wajahnya begitu lesu menahan sendu d a n kelopak matanya

sebak. Ada bekas-bekas air mata di pipinya.

"Mari," kataku dengan lembut. "Mari." Dia mengikut. Di sepanjang perjalanan kami tidak berkata-kata. Aku tahu

jika aku membuka mulut suaraku akan keluar dengan buruk. AQtr benar-benar telah jatuh cinta padanya dan aku merasa terlwfts gemuruh.

Tiba di rumah, aku terus saja ke bilik tidur. Punggung itu kukeluarkan dari almari bajuku dan kuserahkan kepadanya. Dia menyambutnya seperti tidak sabar-sabar lagi.

"Terima kasih," katanya. Matanya berkaca-kaca. Air jernik mengalir di pipinya. Dia menahan sendu. "Terima kasih. "

Dia memeluk dan mencium punggungnya itu sepuas hathy& dengan penuh haru. Kemudian dia mengangkat kepala d m memandang padaku.

"Bau daging lembu," katanya. "Ya," kataku dan aku menerangkan dengan gagap kepadanya

kenapa punggungnya itu berbau daging lembu. Dia mengangguk faham. Dia menyuruhku supaya berpalin

kerana dia mahu memakai punggungnya itu semula. Dis, mengambil masa yang agak panjang. Diam-diam aku pergi.

Aku duduk-duduk di luar menghisap rokok, merancan rancang mahu membawanya melihat wayang dan barangkali cii dalam kegelapan panggung itu aku akan mengajaknya kahwin.

Dia keluar melenggang-lenggokkan punggungnya tersipu-sip malu.

Aku merasa seperti mati - terpesona. Aku jadi gagap. Aku terpaku di tempat dudukku itu. Aku tidak berani membuka mulut dalam keadaan perasaan gemuruh seperti itu: aku malu suaraku akan keluar dengan buruk sekali. Sendi dan seluruh tubuhku teraset seperti lumpuh. Aku cuma memandangnya dengan hati yang berdebar-debar. Dia memiliki punggung yang paling cantik dm molek yang pernah kutemui -benarlah kata setan yang telah cube merasukku itu.

"Terima kasih," katanya, dia terus berlah malu-malu. Aku tidak pun berani menanyai namanya atau tempat tinggal-

nya, j au h se kali menga j akny a apa-apa. Tinggal aku kesepian dan merasa begitu parah di hati. Aku terus merokok dan merokok.

Aku cuba memikirkan hal-ha1 lain untuk menghalau ledakan perasaan sepi itu. Aku bercakap-cakap seorang diri tentang apa

PUNGGGUNG

saja yang terlintas di kepalaku. Aku bercakap pada dinding tentang masalah hidup di zaman

moden, tentang masalah dunia antarabangsa, masalah ekonomi, politik, moral dan agama. Aku bercakap tentang nilai-nilai baru di dalam kehidupan.

KPLANGKK! ! Aku terkejut. Bunyi yang dahsyat itu menerpaku seperti satu

hempapan. Aku meluru ke jendela. Setiap orang berkejaran ke satu arah. Suasana jadi kelam-kabut. Riuh-rendah. Setiap orang mahu dulu sampai ke tempat itu.

"Kereta berlanggar !" "Kereta berlanggar !" Aku berkejar ke tempat itu. Perlanggaran itu tidaklah begitu teruk. Kedua-dua pemandu

yang terlibat, pemuda-pemuda yang kurus kering, tidak apa-apa. Bahkan yang seorang sudah pun keluar dari keretanya.

"Mana kau punya mata hah? Mana?" Pemandu kereta yang sebuah lagi masih termangu-mangu.

Kemudian dia keluar menyahut tengkaran itu. Masing-masing tidak mahu mengaku salah. Suara yang keluar dari mulut mereka kedengaran seperti bunyi kucing yang sedang bercakaran. Saling tuduh-menuduh.

"Pandang jalan raya!" pekik pemandu yang keretanya kena tabrak, sambil menggenggam-genggam penumbuknya. "Jangan asyik memandang punggung saja!"

"Siapa kata aku asyik memandang punggung saja hah!" pekik pemandu yang seorang lagi. "Kau mahu mati!"

Pertengkaran itu berlarutan. Aku sebenarnya tidak gemar men- dengar tentang orang yang mahu berbunuh-bunuhan, apalagi menyaksikan orang yang sedang berbunuh-bunuhan.

Aku berpaling ke arah lain. Gadis itu - dia sudah jauh di sana melenggang-lenggokkan

punggungnya yang molek, tidak mengendahkan dunia sekeliling yang sibuk berkerenah. Aku memerhatikannya sehingga dia luput dari pandanganku. Kemudian diam-diam aku beredar dari situ.

Waktu zuhur sudah hampir luput.

Telanjang

SETELAH MENGUNCI pintu aku pun melangkah dengan te- nang. Aku memandang ke atas dan mendapati langit begitu cerah, tidak ada tompok-tompok awan hitam di mana-mana. Cuaca baik sekali untuk bersiar-siar sambil membeli-belah sedikit di ibu kota.

Sebaik-baik saja aku tiba di pintu pagar seorang posnita menghulurkan seberkas surat untukku. Posnita itu bertelanjang bulat. Aku tercengang. Mataku terbelalak besar. Cuma kepalanya ditutupi topi pos. Posnita itu juga terpegun memandangku. Kemudian dia menjerit kuat dan panjang. Dia melarikan diri ketakutan sambil terus menjerit-jerit seolah-olah dike jar sakaratul- maut. Jarinya menunjuk-nunjuk ke arahku.

Orang ramai berkejaran. Seorang demi seorang mereka muncul dan berkumpul di depanku. Mereka semuanya bertelanjang bulat.

Aku tercegat di situ berpakaian lengkap. Terpaku. Tidak berdaya untuk maju atau mundur. Mulutku terlompong dan daguku terasa seakan-akan hendak jatuh ke tanah di hujung kasutku yang berkilat bersih.

Mereka memandang pakaianku dari atas ke bawah. Aku terikut-ikut memandang diriku. Mencari-cari apa yang mereka cari. Kemejaku dan kasutku berwarna putih. Seluar panjangku berwarna kelabu dan tali pinggangku berwarna hitam. Aku memandang mereka semula.

"Awas!" Ada orang memekik. "Jangan biarkan dia bebas!" Seorang lelaki botak mara dengan bengis mengacah-acahkan

kayu panjang padaku. "Undur! Undur!" katanya. "Cepat !" Aku mengelak tapi enggan berundur sambil c u b a a b a

memahami apa yang sedang berlaku. Dia tidak berhak melakukan aku seperti binatang . Ancamannya bertambah galak. Hujung kayu panjang itu mengotori kemejaku yang putih bersih. Aku memandang lelaki botak itu deagan tajam. 1tulah.kali pertama aku

TELANJANG

melihat seseorang yang betul-betul bertelanjang dari atas kepala ke hujung kaki.

"Cepat undur!" jerkahnya menggertakku dengan kayu panjang itu lagi. "Awas kau! Awas!"

Orang kian bertambah ramai berkerumun jadi penonton. Lelaki, perempuan, anak-anak kecil, bapak-bapak, emak-emak, mereka semuanya bertelanjang bulat.

Aku memandang lelaki botak itu lagi. Bulu kening tidak ada. Begitu juga bulu matanya. Misai, janggut dan bulu-bulu lain di tubuhnya semua dicukur licin. Otot-otot tubuhnya menegang. Dia terus mengacu-acukan kayu panjang itu.

"Hei!" Aku menyergahnya dan maju setapak. Dia terkejut. Hampir-hampir saja kayu di tangannya itu

terjatuh. Tubuhnya yang telanjang itu berkilat dipancar matahari. Lelaki botak itu bertambah bengis. Aku terpaksa berundur.

Tiba-tiba tiga biji kerikil berturut-turut mengenai kepalaku. Orang ramai yang bertelanjang itu mula mara ke arahku. Mata mereka bersinar dengan ancaman. Mereka krtambah berani apabila melihat aku berundur. Sebiji batu besar mengenai bahu kiriku. Mereka menyergah hiruk-pikuk dan mula menghujaniku dengan batu. Peluh dingin mengalir di tengkukku apabila aku terlihat seorang lelaki tua mara membawa buluh runcing. Terbayang di kepalaku betapa buluh runcing itu akan menembusi perutku. Mereka bersungguh-sungguh hendak mengeroyokku. Dengan cepat aku berpaling dan berlari menuju ke pintu rumah. Tanganku yang gementar akhirnya berjaya memasukkan kunci pada lubangnya. Pintu itu kubuka. Aku masuk dan menguncinya semula dari dalam. Jantungku terasa menggelepar tercungap-cungap.

Aku mengintai ke luar melalui lubang kunci. Mereka semua masih tercegat di situ bertelanjang bulat.

Kemudian aku duduk bersandar pada daun pintu melepaskan lelah dan menenangkan perasaan. Aku menyeka peluh dan mengurut-urut dadaku yang sesak.

Riuh-rendah di luar beransur-ansur reda. Aku mengintai melalui lubang kunci: seorang demi seorang orang-orang yang bertelanjang bulat itu mula pergi. Cuma tinggal beberapa orang saja lagi yang masih berjaga-jaga di situ.

Lelaki botak masih &lam keadaan berwaspada. Lelaki tua berbuluh runcing sedang bercakap-cakap dengan seorang wanita

muda yang menc atat-catat sesuatu di buku nl

KECOH

otanya. Aku terfikir betapa hodohnya lelaki tua itu tanpa segan-silu menggaru-garu pangkal pahanya yang dihinggapi sejenis penyakit kulit. Dan wanita itu kenapa dia mempamerkan anggota-anggota peribadinya seperti itu?

Kenapa mereka semuanya bertelanjang? "Hei!" Lelaki botak memekik. "Jangan kau cuba mengacau

sesiapa lagi!" "Kami tidak menyekat kebebasanmu!" laung lelaki tua. "Tapi

jika kau berlagak bijak dari kami semua dan mengganggu ketenteraman awam, kami akan bertindak!"

Jadi itulah kesalahanku: aku telah berlagak bijak dan mengganggu ketenteraman awam. Tapi posnita itulah yang memekik-mekik tidak tentu pasal - menjerit-jerit seperti dirasuk setan. Akibatnya aku nyaris-nyaris kena bunuh.

Aku mengintai lubang kunci. Mereka semua sudah pergi. Keinginanku untuk bersiar-siar di ibu kota sudah jadi tawar. Aku ragu-ragu tentang keselamatan diriku. Tapi aku terpaksa juga keluar untuk membeli sesuatu.

Kubiarkan sejam berlalu. Apabila kurasakan keadaan sudah mengizinkan bagiku, aku pun keluar.

Dengan membaca bismillah aku melangkah dengan hati-hati. Jika aku terlihat seseorang menuju ke arahku aku akan cepat-cepat mencari tempat bersembunyi - di balik pokok kayu atau rumpun bunga. Apabila orang itu sudah lewat dan aku hanya dapat melihat belakangnya telanjang aku pun keluar dari tempat persem- bunyianku lalu meneruskan perjalanan.

Dalam keadaan aku takut-takut pada mereka itulah aku mula menyedari bahawa sebenarnya mereka juga takut padaku. Bukankah langkah-langkah mereka jadi ragu-ragu apabila dari jauh mereka sudah terpandang padaku? Jika mereka takut padaku, mengapa aku mesti takut pada mereka?

Aku berjalan tanpa bersembunyi-sembunyi lagi. Dari jauh aku terlihat seorang lelaki bersama teman wanitanya:

kedua-dua mereka bertelanjang bulat. Apabila saja terpandang padaku mereka dengan tergesa-gesa menyeberang jalan. Aku dapat merasakan bahawa mereka tetap mengawasi gerak-geriku. Langkah-langkah mereka menjadi pantas. Mereka seolah-olah hendak berlari tapi merasa malu pula hendak berlari.

TELANJANG

Kemudian dengan serentak mereka memandang padaku. Dan dengan segera pula mereka berpaling semula memandang ke depan.

"Dia sepatutnya tidak dibenarkan merayau-rayau." Aku ter- dengar wanita itu berkata. "Bahaya."

Teman lelakinya menganggukkan kepala. "Kita sudah cukup senang dengan keadaan kita selama ini -

tanpa ada orang yang memandai-mandai sepertinya," sambung wanita itu. Dialah wanita pagi tadi yang mencatat-catat sesuatu di buku notanya. Rambutnya yang hitam dan panjang mengurai belakangnya hingga ke paras punggung. "Kita tidak mahu ada bidaah sepertinya merayau-rayau bebas. Barangkali dia mahu mencari pengaruh dan merobah keadaan. Dia kira dia lebih bijak dari kita semua dengan berkeadaan seperti itu."

Teman lelakinya terus-menerus menganggukkan kepala. Dia kelihatannya amat senang berbuat begitu.

Aku ingin hendak menerangkan bahawa aku tidak berniat jahat terhadap sesiapa dengan berpakaian lengkap. Aku juga mahu memberitahunya bahawa aku sebenarnya merasa amat bingung melihat orang bertelanjang lebih-lebih lagi pada wanita muda yang berbentuk tubuh sepertinya.

Tapi mereka sudah pergi jauh dan aku hanya sempat tercegat sebentar dengan mulut yang terbuka luas tanpa suara.

Aku meneruskan perjalananku dan sampai di pusat membeli- belah. Ketika aku hendak masuk ke sebuah pasar raya tiba-tiba 'langkahku dihalangi oleh seorang lelaki berbadan tegap.

"Keluar!" jerkahnya. "Keluar!" "Aku hendak membeli sesuatu," kataku dengan lembut dan

berbahasa. "~aiklah," katanya dengan kasar. "Tapi lakukan segera!" Dia mengiringku masuk dan mengawasi setiap langkahku. Aku jadi tumpuan perhatian setiap orang di situ tapi mereka

mengekalkan jarak yang selamat di antara diri mereka dengan diriku.

Aku memandang sekelilingku. Para pembeli, jurujual, gadis- gadis yang manis dan pemuda-pemuda yang tampan iseng ke sana ke mari semuanya bertelanjang bulat . Mereka membalas pandanganku dengan jijik, ragu-ragu, curiga dan berprasangka.

Aku memandang klaki tegap yang menggiringiku. Aku merasa

KEC

malu dan cepat-cepat mengalihkan mataku ke arah lain; ttku terpandang seorang nenek tanpa sehelai benang menutupr tubuhnya.

"Cepat!" perintah lelaki tegap di sisiku. "Jangan berlengnke lengah lagi!"

Aku memberanikan diri bertanya padanya apakah dia tidak merasa malu.

"Apa?" katanya. "Apakah encik tidak merasa malu?" ulangku. "Malu?" Dia menyoal kembali. "Malu kerana apa?" Dia menggaru-garu pangkal pahanya. "Sudah!" katanya. "Jangan banyak cakap! Beli apa yang kau

mau beli!" Aku sudah tidak ingat apa yang hendak kubeli. Aku

memberitahu padanya bahawa syaitan terkutuk telak menyebabkan aku terlupa benda apa yang hendak kubeli. LelakO berbadan tegap itu jadi marah. Dengan kasar aku ditolak-tolaknyo ke depan menuju pintu terdekat dan ditendang ke luar.

"Pergi!" jerkahnya. Aku pergi jauh dari situ. Ketika itulah aku merasa sangat-sangat

berharap akan bertemu seseorang yang berpakaian lengkap dart kemas sepertiku atau seorang sahabat yang sudi menerangkm kepadaku tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku. Kena setiap orang bertelanjang bulat? Kenapa mereka menayangkan perhiasan-perhiasan peribadi mereka? Dan kenapa mereka memandangku seolah-olah mereka memusuhiku?

Aku berjalan terus dan memasuki sebuah kedai kopi. Aku duduk berehat-rehat di situ. Tiada sesiapa yang mahu melayaniku, Lama-lama aku jadi gusar. Tapi cepat-cepat menyedarkan did bahawa hakku untuk marah-marah sudah tidak ada kecuali jika aku bersedia menanggalkan seluruh pakaia~ku dan bertelanjang bulat seperti orang ramai.

Aku memanggil seorang gadis pelayan dengan lembut. Dia datang menghampiriku dengan ragu-ragu dan takut.

"Berikan aku coke," kataku dengan mesra. Pergerakan orang ramai di kedai kopi itu macam tabantug

setengah jalan melihat gadis pdayan membawa minumanku dengan terketar-ketar. Tangannya seolah-olah saja menjadi terldu

TELANJANG

pendek untuk menghulurkan dan meletakkan minuman itu di depanku.

Aku memandangnya dari atas ke bawah. Dia memiliki tubuh yang enak dipandang. Kulitnya halus kuning langsat. Aku merasa amat sayang pada tubuh seperti itu.

Aku mengambil minumanku itu. Dia cepat-cepat menarik tangannya. Dia pergi tergesa-gesa dengan wajah yang amat lega.

Aku segera menghabiskan cokeku dan terus berangkat dari situ. Tiba-tiba gadis pelayan itu tercegat di depanku. Aku merasa

hairan bagaimana dia yang pada mulanya takut-takut tiba-tiba saja menjadi berani seperti itu. Matanya menusuk tajam ke dalam mataku. Dia menghulurkan tangannya. Tangan itu sudah tidak terketar-ketar seperti tadi.

"Wangnya mana?" katanya dengan lantang. Aku menerangkan padanya bahawa syaitan yang terkutuk telah

menyebabkan aku terlupa hendak membayar. Aku meletakkan beberapa keping wang kertas di atas tapak tangannya yang tertadah itu. Wang itu lebih dari cukup. Kataku selebihnya itu tips untuknya.

"Terima kasih," katanya dengan amat lembut dan dengan senyuman yang manis.

Aku cepat-cepat beredar dari situ. Matahari memancar terik. Bayang-bayang membuntar di tapak

kakiku. Aku merasa rimas dan mulai berpeluh. Hari sudah tinggi. Langkah-langkahku terhenti apabila bahuku ditepuk dari be-

lakang. "Selamat tengah hari!" "Selamat tengah hari!" jawabku segera sambil berpaling meng-

hadapi orang itu: sahabatku bersama teman wanitanya. Mereka berdua juga seperti orang lain - bertelanjang bulat.

"Kami sedang mencari-carimu," kata sahabatku itu. "Tidak baik kau merayau-rayau seperti ini."

Dia memandangku dari atas ke bawah penuh simpati. "Biar kami hantarkan kau pulang," katanya. "Keretaku tidak

jauh dari sini. Mari!" Dia memegang pergelangan tanganku kejap-kejap seolah-olah

dia takut aku akan terlepas lari ke mana-mana. Aku merasa nyanyuk apabila dia mengatakan bahawa dalam keadaan yang seperti itu aku sangatsangat memerlukan seseorang untuk menk

jaga diriku. Di sepanjang perjalanan di dalam keretanya itu, aku memejam-

kan mata kerana terlalu letih. Aku terdengar sahabatku itu bercakap-cakap pada teman wani-

tanya. Aku tidak dapat menjangkau hujung pangkal perbualan mereka: semuanya kedengaran terlalu asing.

Tiba di rumah aku membuka kasutku. Mereka gembira melihat aku membuka kasut. Aku membuka bajuku kerana panas. Mereka bertambah gembira melihat aku membuka bajuku itu. Kemudian mereka menunggu dengan diam. Aku tidak akan membuka seluarku.

Kuajukan soalan bertubi-tubi kepada mereka. Kenapa orang ramai termasuk mereka berdua bertelanjang

bulat? Apakah mereka tidak malu? Atau nilai-nilai lama sudah dimansuhkan oleh nilai-nilai baru dan akulah yang ketinggalan zaman dan tidak tahu menyesuaikan diri? Apakah aku masih bere ada di dalam abad kedua puluh atau kini sudah abad kedua puluh ribu dan kiamat sudah hampir tiba?

Sahabatku itu tidak menjawab soalan-soalanku tapi dia men- jelaskan tentang keadaan diriku yang berbeza dari keadaan dirinya dan masyarakat keseluruhannya.

Dia seorang sahabat yang suka berterus-terang. "Salahmu sendiri juga," katanya. Dia berpeluk tubuh meman-

dangku dengan serius. Rambutnya nipis disikat lurus ke belakang. "Apa yang mesti kubuat?" tanyaku. "Kau mesti mengikuti orang ramai," katanya. Dia mempunyd

mulut yang besar dengan bibir yang sederhana bentuknya. "Jike mereka bertelanjang bulat, kau juga mesti bertelanjang bulat."

Mereka memberi beberapa cadangan dan nasihat padaku, Kemudian mereka meminta diri dan pergi.

Apabila mereka sudah tiada aku baru teringat apa yang hendak kubeli tadi.

Aku memperkukuhkan tekad dan bersiap sedia hendak keluw lagi: kutanggalkan seluarku - aku bertelanjang bulat .

Kupejam mata. Pintu akan kubuka dan aku akan melangkah ke luar . Kemudian mata akan kucelikkan .

Malu itu cuma perasaan. Dan persetan dengan perasaan! Bagaimana, tiba-tiba melintas di benakku, bagaimana seki-

Tanya ketika aku mencelikkan mata itu kudapati setiap orang dl

TELANJANG

depanku semuanya berpakaian lengkap dan cuma aku seorang saja yang bertelanjang bulat?

Aku duduk tersandar pada daun pintu. Aku tidak jadi melang- kah ke luar. Peluh dingin membasahi seluruh tubuhku. Aku ter- cungap-cungap.

Setelah perasaanku reda aku merapatkan mataku pada lubang kunci.

Tidak ada sesiapa di luar.

Dabat

PETANG DIA disambar petir itu tidak akan dilupai Dabat sampai bila-bila. Dia terjerembap menyembah bumi, kemudian bangun terhuyung-hayang, kepalanya kebas dan pandangannya berpinar- pinar: langkahnya terketar-ketar sepanjang jalan. Dia meramas- ramas rambutnya dan menyangkanya sudah terbakar kerana rasanya terlalu asing.

Ketika tiba di pekarangan rumah dia terlihat jirannya berlari mendapatkannya. Meskipun pandangannya masih berpinar-pinar dan jirannya itu kelihatan seperti bertukar-tukar warna antara biru, ungu tua dan kelabu, Dabat dapat mengagak yang jirannya itu di dalam kecemasan.

"Anakku terjatuh dan patah kaki," kata jirannya dengan tercungap-cungap, bibirnya yang kecil itu terketar-ketar tidak menentu. "Keretaku pula rosak untuk membawanya ke hospital.''

Dabat, dengan kepala yang masih kebas, mengikuti saja jirannya itu untuk menengok anak yang patah kaki. Dia mahu memberitahu jirannya itu yang dia baru saja dipanah petir, tapi dia kehilangan perkataan untuk menyatakannya.

Dia pernah mendengar khabar ada orang mati dipanah petir, ada yang terbakar setengah badan, ada yang hangus menjadi abu dan semuanya itu, dia percaya, adalah tanda-tanda kemurkaan Tuhan; tapi dia cuma merasa kebas hingga suara tangisan anak jirannya itu kedengaran sayup-sayup jauh di telinganya yang nipis tapi besar bentuknya itu, meskipun dia sudah betul-betul berdepanan dengannya. Budak itu macam bapanya juga kelihatan seperti bertukar-tukar warna antara biru, ungu tua dan kelabu. Dabat duduk mencangkung di depannya dan memegang kaki yang patah itu dengan bingung seolah-olah dia baru pernah melihat kaki seorang budak dan terlalu sukar mencari perkataan untuk menamai dan mengenalinya. Dia mengusap-usap kaki yang patah itu dengan lembut beberapa kali; budak itu tiba-tiba berhenti menangis lalu

DAB AT

berdiri dan berlari: kakinya sudah tidak patah lagi. Dabat pergi dari situ dengan perasaan yang bertambah bingung,

langkah-langkahnya masih goyah, meninggalkan jirannya terpaku kehairanan.

Malam itu, pada kira-kira pukul sepuluh setengah, jirannya itu datang memapah seorang pesanak yang sudah tiga tahun menderita. Setelah berbual-bual sedikit secara am tentang itu ininya dunia, ekonomi dan politik antarabangsa, penyakit aids, malapetaka di sana sini, tanpa sedikit pun menyentuh peristiwa petang tadi, jirannya itu pun dengan penuh sopan dan dengan suara yang perlahan tapi amat jelas, menerangkan hajatnya bertandang mengganggunya lewat-lewat malam seperti itu: membawa pesanaknya yang didatangkan dad jauh untuk berubat.

"Tolonglah," pinta jirannya itu dengan merendah diri. "Dia telah lama menderita lumpuh sebelah badan terkena buatan orang. "

Dabat menolak permintaan itu dengan mengatakan bahawa dia bukannya dukun dan tidak pernah dan tidak akan percaya pada ilmu kedukunan kerana dia telah terdidik dengan ilmu-ilmu moden, sains dan logika, dan perkara-perkara karut tidak mempunyai tempat di dalam kepalanya.

Tapi jirannya itu berkeras dengan lembut dan tidak mahu meninggalkan rumah itu sehinggalah pesanaknya itu dirawat. Dia mengungkit peristiwa petang tadi, bagaimana dia melihat Dabat mengusap-usap kaki anaknya yang patah dan kaki itu dengan serta- merta sembuh. Dia menekankan yang dia menyaksikan dengan matanya sendiri bukan mendengar cerita dari orang lain.

"Tapi kaki anakmu itu sememangnya tidak patah," kata Dabat sambil memandang wajah jirannya itu, matanya yang besar itu disepetkan sedikit. Kalauiah bukan kerana kedut-kedut di muka itu, mahu saja rasanya dia menyuruhnya supaya pulang saja.

Dabat memicit-micit matanya; berfikir dan mencari akal. Dia merasa sedikit bengkeng kerana disogokkan dengan sesuatu yang tidak masuk akalnya lewat-lewat malam seperti itu, ketika dia sudah merasa mengantuk.

"Tolonglah!" "Bukan aku tidak mahu menolong," kata Dabat sambil

meraba-raba dagunya yang sentiasa bercukur bersih. 'Sememangnya aku tidak boleh mendong kerana aku bukan

KECOH

dukun seperti yang kausangkakan itu. Tengoklah mukaku ini - aku tidak mempunyai perawakan seorang dukun!"

"Tolonglah," pinta jirannya lagi, disertai dengan wajah yang sayu. "Urutlah atau usaplah tubuh pesanakku ini sepertimana kau telah mengurut kaki anakku yang patah itu."

Kerana terdesak, Dabat melakukan seperti yang dipinta, dan pesanak jirannya itu sembuh serta-merta. Dengan gembira kedua- dua mereka mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan mereka tidak lupa menyedekahkan lima puluh ringgit kepadanya. Dabat menolak-nolak pemberian itu kerana, katanya, dia sudah memiliki pekerjaan yang agak lumayan juga gajinya: dia tidak berhak menerima sedekah.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi, ketika Dabat tergesa-gesa hendak pergi bekerja, pesanak jirannya itu datang dalam keadaan letih, seolah-olah dia telah berjaga sepanjang malam dan baru tiba dari satu perjalanan yang amat jauh, menuntun seorang lelaki tua untuk bertemu dengannya.

"Tolonglah," kata pesanak jirannya itu. "Ini bapaku yang kubawa dari jauh. Matanya buta kedua belah."

"Tapi aku bukan.. ." Ah, tidak guna dia meneruskan cakap, fikir Dabat sambil mengusai-usai tali lehernya. Dalam keadaan tergesa-gesa begitu yang paling tidak diingininya ialah gangguan. Dengan acuh tak acuh, sekadar untuk memuaskan hati pesanak jirannya itu dan untuk tidak membuang-buang waktu, dia menyentuh kedua belah mata orang tua itu dengan hujung jari- jarinya, lalu kedua-dua belah mata yang buta itu menjadi celik dan dapat melihat dengan jelas.

Petang itu sekembalinya dari bekerja, Dabat mendapati halaman rumahnya dibanjiri oleh beratus-ratus orang manusia yang menanti-nanti akan kepulangannya dengan tidak sabar, dan bilangan mereka kian bertambah setiap minit. Dengan sebulat suara mereka berazam tidak akan krganjak dari situ sehinggalah mereka menerima rawatan.

"Aku bukan dukun!" pekik Dabat. Urat lehernya timbul. "Dan aku tidak percaya pada ilmu kedukunan!"

Seorang lelaki yang menghidap sopak rnenarik tangan Dabat lalu menggosok-gosokkan tapak t angan itu pada anggota tubuhnya yang sudah bertahun-tahun menderita itu. Penyakit sopaknya sem- buh serta-merta dengan disaksikan oleh beratus-ratus biji mata.

DAB AT

Lelaki itu kena seret ke belakang kerana telah memotong giliran orang-orang yang telah lebih dahulu datang.

Dabat tidak dapat mengelak diri dari melayani orang-orang yang banyak itu. Lepas seorang, seorang lagi menghadapi; yang berkurap tiba-tiba licin dan halus kulitnya, yang pekak mendengar semula, yang merana terus sembuh dan lupa pada buah hati yang dirampas orang, yang cacat aka1 serta-merta menjadi normal dan bijak, yang bisu terus menyanyi dengan suara yang merdu, yang berbisul kempis bisulnya, yang lemah tenaga batin tiba-tiba tersenyum-senyum girang dengan ghairah, yang tak mahu hamil terus loya termuntah-muntah di situ juga: tanpa putus-putus dia merawat, mengusap, mengurut, meniup dan menampar penyakit mereka, sampai jauh malam, menyecah ke subuh, hingga terbit matahari dan sepanjang hari keesokannya; dia cuma dapat mencuri-curi waktu rehat yang sebentar-sebentar di antara pergi dan datangnya seorang pesakit. Untuk tidak menggalakkan mereka berubat dengannya dia memulai setiap rawatan dengan pernyataan bahawa dia bukannya dukun dan tidak percaya pada ilmu kedukunan yang tidak saintifik itu, yang bercanggah dengan ilmu- ilmu moden dan logika yang dia telah terdidik sejak kecil lagi. Untuk tambah tidak menggalakkan mereka lagi dia telah menetapkan bayaran bagi setiap rawatan terlebih dahulu dengan sesuka hatinya: penyakit ini seratus empat puluh ringgit, penyakit itu lima puluh ringgit, penyakit orang kaya ini lima ratus ringgit, penyakit orang tua itu lapan puluh ringgit, untuk sifilis seribu ringgit, tapi orang-orang yang telah menderita sakit bertahun- tahun itu menilai bahawa kesihatan itu lebih penting dari wang ringgit yang beribu-ribu.

Mereka terus datang tanpa putus-putus, memaksa dan mendesaknya memberi rawatan dengan tidak mengira sama ada dia letih atau tidak.

Dalam seminggu itu dia telah merawat lebih tiga ribu orang, dan tiga ribu orang itu pulang men yebar-nyebarkan tentang dirinya, yang mendatangkan lagi tiga ribu orang pesakit baru berduyun- duyun.

Siapa yang tidak mahu sembuh dari sakit dengan serta-merta setelah bertahun-tahun menderita?

Sekeliling rumahnya jadi sesak dengan pondok-pondok kecil yang didirikan dengan spontan, sibuk dengan pesakit-pesakit yang

KECOH

keluar masuk sementara menanti giliran, yang datang sehelai sepinggang tapi membawa wang yang banyak. Penduduk kampung yang bijak mengambil kesempatan membuka pondok-pondok kecil di tepi jalan raya berdekatan, menjual air tebu dan minuman- minuman ringan dengan keuntungan yang berlipat ganda.

Pada waktu malam kawasan itu terang benderang dengan cahaya dari lampu-lampu gas, lebih sibuk dan lebih hingar daripada waktu siang, seolah-olah satu pesta sedang berlangsung.

Oleh kerana waktu itu musim hujan, halaman rumahnya menjadi becak dan berlumpur.

Setelah tanpa putus-putus menghadapi orang-orang yang sakit tenat itu, adalah dengan perasaan yang amat hairan Dabat menerima kedatangan tiga orang lelaki berpakaian kemas, bersongkok; dengan batang tubuh yang sihat-sihat. Mereka membesi salam padanya dan dia menjawab salam mereka itu dan terus menerangkan bahawa dia bukannya seorang dukun dan tidak percaya pada ilmu kedukunan; bahawa dia terdidik dengan ilmu- ilmu moden, sains dan logika: dia tidak berkuasa menyembuhkan sebarang penyakit.

"Adalah tidak logik dengan hanya menyentuh anggota yang berpenyakit lalu penyakit itu sembuh serta-merta!" jelas Dabat sambil membongkokkan dirinya sedikit. Dia memandang mereka dengan mata yang menusuk tajam. "Tapi untuk tidak membuang waktu - kamu sakit apa? Kamu kelihatannya sihat-sihat belaka. Ah, barangkali kamu mahu lebih sihat daripada sekarang ini. Mari, biar aku merawati kamu, untung-untung hajat kamu itu terkabul. Tapi aku bukan dukun. Tanganku yang membuat gara-gara ini hanyalah penyebab dan tidak berkuasa memberi bekas!"

"Ya, ya hanya Allah yang berkuasa memberi bekas," kata seorang dari orang-orang yang bersongkok itu. "Kami ini pegawai- pegawai agama yang ditugaskan untuk membuat penyiasatan - mana tahu ilmu yang kauamalkan ini adalah dari ajaran sesat!"

"Aku tidak percaya pada ilmu yang tidak saintifik," tukas Dabat sambil menggeleng-gelengkan kepala. "Aku bukan dukun dan tidak suka pada apa yang kulakukan ini kerana ia tidak logik dan tidak masuk pada akalku! Aku tidak mahu meneruskan pekerjaan ini. Aku sudah mempunyai pekerjaan yang munasabah dan bergaji lumayan!"

Pegawai-pegawai agama itu kebingungan sebentar.

"Aku tidak setuju dengan apa yang kulakukan hi ," tegas Dabat. "Aku hanya terpaksa. Orang-orang ramai itu tidak mahu pergi selagi aku belum merawat mereka!"

Kemudian dia menceritakan tentang bagaimana bermulanya semua itu - petang dia dipanah petir.

Ceritanya itu telah didengari oleh beberapa orang yang berada di luar dan cerita itu dengan sekelip mata tersebar luas dari mulut ke mulut sehingga beberapa hari kemudian tersebar pula berita-berita tentang beberapa orang pemuda yang mati disembar petir. Tiba pada penghujung minggu itu bilangan kematian akibat dipanah petir mencapai jumlah lima puluh orang. Belum ada seorang pun berjaya menjadi Dabat kedua.

Pegawai-pegawai agama itu kembali tanpa dapat berbuat apa- apa. Tak ada bukti yang Dabat mengamalkan sebarang ajaran sesat.

Dabat terus terpaksa merawat segala macam penyakit dengan tidak meminta sebarang bayaran lagi kerana taktik itu gaga1 mence- gah orang-orang dari terus mengunjunginya, tapi dia terus saja diberi wang yang agak lumayan juga.

Setelah beberapa bulan tidak melaporkan diri di pejabat, dia menerima surat pemecatan dari jawatannya. Hal itu ditenggelami oleh perasaan leganya apabila dia mendapati bilangan pesakitnya kian hari kian berkurangan dan yang datang itu pun hanyalah orang-orang yang menghidapi penyakit ringan, yang sudah bosan menelan pil-pi1 yang tidak mujarab yang dikeluarkan oleh klinik- klinik di sana sini.

Sekali lagi dengan perasaan yang amat hairan Dabat menerima kedatangan seorang lelaki berpakaian kemas yang berbadan sihat , berdahi luas, bermata cerah, berperawakan pintar dan tegas. Lela- ki yang berumur dalam lingkungan empat puluhan itu mengadu bahawa tengkuknya yang besar itu menghidapi sejenis penyakit yang menyebabkan kepalanya mengangguk-angguk setiap minit sama ada dia sedang tidur atau jaga.

"Bayangkanlah," kata lelaki itu dengan nada suara yang sangat berwibawa. "Betapa seksanya kau jika terpaksa mengangguk- anggukkan kepalamu sebanyak 1,440 kali dalam sehari untuk seumur hidupmu. Aku sudah sengal mengangguk-anggukkan kepa- laku. Aku terpaksa mengangguk-anggukkan kepalaku juga sekali- pun aku sebenarnya amat tidaksetuju tentang sesuatu perkara itu."

KECOH

Setelah enam jam tanpa putus-putus mengurut dan mengusap tengkuk lelaki itu, sehingga peluhnya berpercikkan dan sehingga lelaki itu mula menampakkan tanda-tanda tidak senang kerana tengkuknya diperlakukan sewenang-wenang tapi kepalanya masih tetap mengangguk-angguk setiap minit, Dabat mulai terfikir baha- wa tengkuk lelaki itu sebenarnya tidak menghidapi apa-apa. De- ngan fikirannya yang tekh terdidik dengan ilmu-ilmu moden sains, dan logika itu Dabat merumuskan sebuah teori yang terus dikemu- kakannya kepada lelaki itu.

"Keolahan tengkuk saudara ini hanyalah symptom bagi satu penyakit yang lain," kata Dabat dengan serius. "Merawat symptom tidak akan menyembuhkan penyakit yang sebenar keranasymptom itu hanyalah akibat - kita mesti merawat sebabnya. Mari, biar saya sentuh kepala saudara kerana jiwa itu letaknya di dalam kepala. Saudara sebeharnya sakit jiwa!"

Secepat kilat lelaki itu berpaling dan menampar mulut yang celupar itu. Dabat tersungkur di atas lantai. Lelaki itu memiliki tapak tangan yang besar dan tebal.

"Tiada sesiapa yang boleh mengatakan aku sakit jiwa!" pekik lelaki itu. "Kaulah yang sakit jiwa berlagak jadi dukun mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain!"

Dabat memalit darah yang mengalir dari mulutnya. Dia baru tersedar (dan kesedaran itu selalunya datang terlewat) bahawa kebenaran itu jika terlalu pahit untuk ditelan akan diludahkan pada orang yang mengatakannya disertai dengan kekasaran fizikal.

Lelaki itu pergi dari situ dengan marah-marah. Untuk memuaskan hatinya yang panas, Dabat menjenguk ke

luar pintu dan memekik pada lelaki yang masih belum jauh itu. "Saya boleh merawat jiwa saudara yang sakit itu kalau saudara

mau! Dengan percuma!" Lelaki itu berpaling ke belakang dan meludah dengan kasar

kemudian mengangguk-anggukkan kepalanya dan terus pergi dari situ.

Dabat masuk semula. Bibirnya terasa pedih dan sakit. "Aku bukan dukun," rungutnya. "Tapi oranglah yang sengha-

ja datang berubat padaku." Apabila dia menengok mukanya di dalam cermin dia mendapati

wajahnya sudah memiiiki seratus peratus perawakan seotang dukun, dengan janggut yang liar, mata yang merah, rambut yang

DABAT

kasar dan kering tidak seperti asalnya - lembut dan lurus. Dia meraba-raba bibirnya yang luka dan berdarah itu dengan

hujung j arinya. Bibir itu serta-merta sembuh tanpa meninggalkan sebarang parut.

"Ah, aku sudah menjadi dukun," katanya sendirian. Suaranya pun sudah berubah. "Sama ada aku percaya atau tidak, aku sudah menjadi seorang dukun."

Mussidi

HAJI MORSHIDI bin lHi1ji Marsal cialam bcr-karya ~i ic~iggunakan nitma pcna Mussidi. Bcliai~ scorarig pcnulis clinaniis yang suk:i menoniolkan karya-karya bcrupa dakwati dari simbolik ini clilahir- kan p d a 22 .lun 1955 di I3:1ridar Scri Bcgawan, L3runc.i. 1'~rscko- - 7

lah:~n :iwirlny;r di Sckolah Mcl i~ \~u Kiudirng. I utong dari tahun 1961- 1962, kctiiudi;~n bcrpind;~ll kc. l~chcr-spa 1~u;rIi sckol;th, Sck01;tli Mclayu Sultitn I ! ~ I S S : I ~ Bangar. ' l ' c ~ n h ~ r - o ~ ~ g ( 100-3- 1 O N ) , Sckolah Mel;~\:u 13ir:rir. I 'utong darl Mitkti~l, Arit11011y Al~c l l . Scri;~. I3cli;1u tnclan j i~ tka r~ pcl;~iar:rn kc U~ii tcd Kingdoln mcngi kuti kursus Di- p lom;~ i n Art atid Ilcsign iri I<ducation dan Post I>iploln:~ Grapliics di Convcntry I'ol\~tcclinic.

Mussicli ~ i i u l : ~ I ~ c r k a r ~ ' ; ~ cIir l ;~t i i t : thuti SO-a11 d:tlatn I~idang ccrpcn. ' M ~ ~ s ~ ~ l ~ r l ~ - M ~ ~ s ~ ~ l ~ ~ ~ i ~ rncrulxtkitn ccrpcn pertanlit Mussidi d m tclah rnendalx~t 1i;rdiah pcrtirma clal~rrii l ' c r :~d~i~r i Meriulis Ccrpcn an- jut-an .Ialxttan Hal Eliival Ilganiit. 13cbcri1pa I>uali ccrpen bcliau yang lain iuga riicricliipat ke,i;~yaati. tii;rsirig-rii:rsi~ig lxt-t:~iuk ' S L I ~ S ~ I - ria' liadiali keclua ( IOS2). b l l i ~ ; ~ l ~ - l l i ~ ; t l ~ clari Sc t ~ r ; ~ l i l ' c r ~ ~ ~ i i ~ ~ : ~ r i i : ~ : ~ r i ' 1iacIi;tli pcrtania pang dian jurkati olCh iristitusi yang S ; I I I ~ ; I . Karya- karyit Mussicli tcrsiar ditIi11ii p c l h g i ~ i ~ii~t.~:~I:t l i dari i tkIil>~~r c1~11;1111

c l i ~ 11 I 11;t r 11 cgc I-i scpc rt i h l ( ~ , ~ t i / i ~ ~ , I ) ( I ~ I ( I ~ I ( I , S( l t . i t~( l , MO/<(II . , l I c t i t ( ~ A4itlCq,ql{ (Sirigirpu~-a) clan radio 13rutici. Kirii lxliau I~ertug:~s cli Ractio 'I'clcvisycli I3runci sc1xrg;ii I 'crckal>c~iti~k Kanari, scbcluni- rlya I>cliau pc~-~i;tIi 11icrii;rdi g111.11 scni Iitkis di Makt i~h SOAS, 13an- clar Scri Bcgawan.

KEMENTERIAN KCUULIAYAAN BELlA DAN SUKAN