kandungankakib.my/wp-content/uploads/2019/05/buku-laporan-tahunan...mokhtar bin alias mohd shafri...
TRANSCRIPT
-
Struktur Organisasi KAKIB Tahun 2018 2
Gambar Anggota Lembaga Tahun 2018 – 2019 3
Gambar Jawatankuasa Audit Dalaman Tahun 2018 -2019 4
Perutusan Pengerusi KAKIB 5
Calon Anggota Lembaga bagi Tahun 2019 – 2020 6
Peraturan Mengundi dan Peraturan Mesyuarat Agung. 7
Notis Mesyuarat Agung dan Agenda 8
Etika Mesyuarat Agung 10
Minit Mesyuarat Agung Ke 93 pada 08.07.2018 15
Laporan Tahunan Lembaga bagi Tahun 2018 26
Keputusan Undian Anggota Lembaga Bagi Tahun 2018 – 2019 41
Laporan Pemeriksaan Jawatankuasa Audit Dalaman Bagi Tahun 2018 42
Pandangan Suruhanjaya Ke atas Akaun–Akaun Dan Kunci Kira–Kira Koperasi Berakhir Pada 31 Disember 2016 dan 2017 46
Laporan dan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31.12.2018 50
Anggaran Pendapatan Dan Perbelanjaan Tahun 2020 86
Anggaran Pendapatan Dan Perbelanjaan Tahun 2020 Unit Jualan KAKIB 88
Anggaran Pendapatan Dan Perbelanjaan Tahun 2020 Ar Rahnu KAKIB 89
Cadangan Pindaan Undang – Undang Kecil KAKIB 90
Cadangan Pindaan Aturan Yuran Anggota KAKIB 93
Cadangan Menubuhkan Klinik KAKIB 98
Borang Permohonan Derma Pelajaran Tahun 2020 100
Borang Maklumat Akaun Bank Anggota 102
Borang Menambah Yuran / Simpanan Khas / Syer Anggota 104
Borang Permohonan Kursus Hujung Minggu Tahun 2019 106
Laporan Prestasi Kewangan KAKIB dalam tempoh 10 tahun 108
1
KANDUNGAN
-
PENGERUSI LEMBAGA Khairul Anuar bin Mohd Nor (mulai 08.07.2018) Razmi bin Hashim PPT (sehingga 08.07.2018) SETIAUSAHA Zulkimi bin Hussain (mulai 08.07.2018) Khairul Anuar bin Mohd. Nor (Sehingga 08.07.2018) BENDAHARI Mohd. Zamal Abidin bin Wahit PJK
ANGGOTA LEMBAGA Rosman bin Redzuan PPT (sehingga 08.07.2018) Mokhtar bin Alias Mohd Shafri bin Sulaiman SyedMohamadJamahalulilbinSyedZulkifly Shuhaimi bin Ari PJK Abdull Wahab bin Busu Mazalan bin Mutaffa Syed Shahrom bin Syed Agil (sehingga 08.07.2018) Jamal bin Abdul Moin Azwan bin Ismail PJK Mohd Hasrizad bin Zaman Shamsul Baharin bin Mohd Salleh (mulai 08.07.2018) Mohd Huzaifah bin Ismadi (mulai 08.07.2018 ) ZulkifiliFaathirbinMohamadFarouk(mulai 01.08.2018) JAWATANKUASA Azizul bin Mansur (Pengerusi)AUDIT DALAMAN Anuar Sayuti bin Che Ab Kadir (Setiausaha) Norhairulniza bin Noraini (Anggota Jawatankuasa) HarounAgoesSalimbinShafie(AnggotaJawatankuasa) JURUAUDIT LUAR ARA Asscociates (SKM (A) 0477 No. 4, Persiaran Pengkalan Timur 26, Medan Pengkalan Impian, 31650 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
BANK Bank Muamalat Malaysia Berhad MBSB Bank Berhad CIMB Bank Berhad Co-op Bank Pertama Malaysia Bhd Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Bank Islam Malaysia Berhad Bank Simpanan Nasional
PEJABAT No. 111 - B, Tingkat Satu Jalan Dato’ Onn Jaafar 30300 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tel.:05-2540707,05-2535369Tel/Faks:05-2550994 Whatsapp : 013-3483387 Website : www.kakib.my Facebook:kakib4u e-mail:[email protected] Koordinate : 4.600013,101.08472
STRUKTUR ORGANISASI TAHUN 2018
2
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
Dari Kiri: Encik Abdull Wahab bin Busu, Encik Azwan bin Ismail PJK., Encik Huzaifah bin Ismadi, Encik Shuhaimi bin Ari PJK., Encik Mokhtar bin Alias, Encik Mohd Shafri bin Sulaiman, Encik Mohd Zamal Abidin bin Wahit PJK., (Bendahari), Encik Khairul Anuar bin Mohd. Nor (Pengerusi), Encik Zulkimi bin Hussain (Setiausaha), Encik Zulkifli Faathir bin Mohamed Farouk, Encik Mohd Hasrizad bin Zaman, Encik Shamsul Baharin bin Mohd Salleh, Tuan Syed Mohamad Jamahalulil bin Syed Zulkifly, Encik Jamal bin Abdul Moin dan Encik Mazalan bin Mutaffa.
Anggota Lembaga 2018-2019
3
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
Dari Kiri Encik Anuar Sayuti bin Che Ab Kadir, (Setiausaha JAD), EncikAzizulbinMansur(PengerusiJAD),EncikHarounAgoesSalimbinShafiedan Encik Norhairulniza bin Noraini.
Jawatankuasa Audit Dalaman 2018-2019
4
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
Dengan nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W dan seisi keluarga Baginda serta para sahabatnya.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T yang mentadbir sekelian alam di atas segala nikmat dan kekuatan yang telah diberikan kepada warga Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) yang senantiasa memberikan sepenuh komitmen di dalam menjayakan perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti KAKIB.
Sekalung penghargaan kepada semua warga KAKIB iaitu Anggota Lembaga yang sentiasa bersatu hati, bersepakat serta bertindak sebagai satu pasukan yang mantap bagi membuat keputusan-keputusan penting sebelum ianya direalisasikan oleh pekerja-pekerja yang komited dan setia kepada KAKIB dengan bimbingan serta pemantauan oleh Jawatankuasa Audit Dalaman yang membantu menggariskan panduan dan teguran agar ianya selaras mengikut setiap peruntukan undang-undang, peraturan dan aturan.
Setiap warga KAKIB pastinya berasa syukur di atas setiap penghasilan dan pencapaian yang diusahakan sehingga membuahkan hasil kejayaan sepertimana yang dikecapi kini. Kejayaan melonjakkan ranking KAKIB sebagai koperasi yang berada pada kedudukan ke-18 di dalam indeks 100 koperasi terbaik Malaysia pada tahun 2018 adalah merupakan sejarah manis yang amat membanggakan tetapi ianya turut disertai dengan tanggungjawab bagi mengekalkan momentum peningkatan prestasi urustadbir dan kewangan KAKIB pada tahun-tahun mendatang.
Untuk terus maju ke hadapan serta melaksanakan mandat dan tanggungjawab yang di amanahkan
bagi mengemudi perjalanan perniagaan KAKIB, Anggota Lembaga terus berusaha dan menyumbang saran serta idea bersama-sama warga kerja KAKIB untuk terus kekal relevan dan mempelbagaikan aktiviti perniagaan dengan mengenalpasti kekuatan dan kelebihan KAKIB yang mempunyai anggota-anggota dari pelbagai bidang yang boleh digembleng serta diadun bersama bagi mewujudkan bidang baru penjanaan keuntungan kepada organisasi KAKIB dan hasilnya akan diagihkan semula kepada anggota-anggota melalui saluran tertentu seperti dividen yuran, dividen saham, derma pelajaran dan sebagainya.
Jutaan terima kasih kepada semua anggota-anggota KAKIB di atas kepercayaan, sokongan dan mandat yang diamanahkan kepada Anggota Lembaga serta pekerja KAKIB untuk meneruskan kecemerlangan KAKIB. Barisan kepimpinan KAKIB akan sentiasa berusaha dengan sepenuh komitmen untuk mengekalkan prestasi terbaik dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua anggota-anggota KAKIB. Inilah janji kami sebagai Anggota Lembaga yang dilantik dan dipilih oleh semua anggota-anggota KAKIB secara demokratik melalui proses pengundian semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
Ucapan terima kasih juga kepada Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak yang sentiasa membantu serta bersama-sama KAKIB di dalam memberikan khidmat nasihat, musyawarah, bantuan dan teguran agar KAKIB sentiasa diurustadbir berlandaskan kepada halatuju yang objektif, jelas dan realistik.
Akhir kata, marilah kita sama-sama mendoakan agar KAKIB terus cemerlang dan berjaya di dalam mempelbagaikan aktiviti perniagaannya di samping mempertingkatkan perolehan keuntungan yang akhirnya dapat dikongsikan bersama-sama berdasarkan kepada prinsip, falsafah dan jatidiri koperasi
Sekian.
Khairul Anuar bin Mohd. Nor Pengerusi KAKIB
PERUTUSAN PENGERUSI
5
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
No Nama AnggotaNo
AnggotaJabatan / Sekolah
1 Zulkimi bin Hussain 19387Jabatan Kesihatan Negeri Perak , Ipoh
2 Mazalan bin Mutaffa 21192 Klinik Kesihatan Greentown, Ipoh
3 Mohd Hasrizad bin Zaman 26660Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Cawangan Perak, Ipoh
4ZulkifliFaathirbinMohamedFarouk
26402 Politeknik Ungku Omar, Ipoh
5 Zollizan bin Mat Tahir 26914Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
6 Anuar bin Shaari 18599 JKR Negeri Perak, Ipoh
7 Sukumaren a/l Perisamy 20788Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
8 MohdFuadbinIsmail 26687Jabatan Pendidikan Ng. Perak, Ipoh
9Syed Mohd Nasir bin Syed Ariffin
21228Pejabat Dato Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh
10 Syed Shahrom bin Syed Agil 26771 Makmal Kesihatan Awam, Ipoh
11 Meor Zahirin bin Mustafa 27084 Makmal Kesihatan Awam, Ipoh
Nota: Senarai calon di atas telah memenuhi kriteria “layak dan sesuai” sepertimana terkandung dalam GP3 : Garis Panduan Pelantikan Atau Pelantikan Semula Anggota Lembaga Koperasi sebagai Anggota Lembaga Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad bagi tempoh 3 tahun.
Calon Anggota Lembaga KAKIB Bagi Tahun 2019–2020
6
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
PERATURAN MENGUNDI UNTUK MEMILIH ANGGOTA LEMBAGA
1. Tempat mengundi di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ANDERSON, JALAN RAJA ASHMAN SHAH,30450 IPOH.
2. Borang mengundi dikeluarkan dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari Ahad 09, Jun 2019. Anggota dinasihatkan datang mengundi pada waktu yang ditetapkan.
3. Anggota diminta membawa Buku Laporan ini dan Kad Pengenalan atau Lain-Lain Pengenalan Diri Bergambar pada masa mengundi. 10 bilik mengundi akan disediakan. Nombor anggota dan bilik mengundi ada dicatatkan di sampul Buku Laporan ini. Anggota-anggota yang tidak membawa Kad Pengenalan atau lain-lain pengenalan diri tidak akan di benar mengundi. Anggota tidak boleh mengundi bagi pihak anggota lain.
4. Anggota diminta menandatangani Senarai Pengundi dan diberi sehelai kertas undi dan kupon untuk menuntut bayaran makan yang bernilai RM50.00.
5. Anggota yang telah berhenti sebelum tarikh Mesyuarat Agung ini tidak layak mengundi.
6. Anggota baru tetapi belum membayar Fi Masuk, Yuran Bulanan dan Modal Syer Anggota tidak layak mengundi.
7. Sebarang kesulitan untuk mengisi kertas undi anda, bolehlah meminta bantuan dari pegawai yang bertugas di tempat mengundi.
8. Anggota dibenarkan mengundi tidak lebih daripada 5 (lima) orang calon sahaja. Jika lebih daripada bilangan yang ditetapkan, maka borang undi itu akan dikira sebagai undi rosak.
PERATURAN MENGHADIRI MESYUARAT : 1. Mesyuarat akan dimulakan jam 2.30 petang di DEWAN JUBLI PERAK, POLITEKNIK UNGKU
OMAR, JALAN RAJA MUSA MAHADI, 31400 IPOH, PERAK.
2 Anggota diminta menandatangani dalam daftar kehadiran apabila masuk ke dalam Dewan Mesyuarat mengikut saluran yang telah ditetapkan dengan menunjukkan Kad Pengenalan. Pendaftaran bermula jam 11.00 pagi dan ditutup pada jam 3.00 petang. Anggota akan diberi kupon untuk menuntut bayaran makan bernilai RM40.00 ketika pendaftaran yang akan dibayar selepas Mesyuarat Agung. Anggota tidak boleh mendaftar bagi pihak anggota lain.
3. Anggota-anggota adalah diminta mematuhi Etika Mesyuarat Agung Tahunan bagi menjamin kelicinan dan ketenteraman perjalanan mesyuarat.
4. Anggota dikehendaki membawa bersama Buku Laporan Tahunan. Semasa Mesyuarat Buku Laporan tidak akan dibekalkan.
7
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
NOTIS MESYUARAT AGUNG DAN AGENDA
Dengan ini adalah diberitahu bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad yang Ke Sembilan Puluh Empat ( 94 ) akan di adakan seperti berikut :-
Pada : Hari AhadTarikh : 09.06.2019
Tempat : (a) Mengundi - Sekolah Menengah Kebangsan Anderson, Jalan Raja Ashman Shah, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. ( 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari)
(b) Mesyuarat - Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar, Jalan Raja Musa Mahadi, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan ( Bermula jam 2.30 petang )
AGENDA - Mesyuarat Agung
8.00 pagi - Ucapan Aluan Pengerusi - Mesyuarat Agung Tahunan Bermula
1. Undian Pemilihan Lima (5) orang Anggota Lembaga untuk mengambil tempat yang
dikosongkan oleh:-
i. Encik Mokhtar bin Alias ii. Encik Zulkimi bin Hussain iii. Encik Mazalan bin Mutaffa iv. Encik Mohd Hasrizad bin Zaman v. EncikZulkifliFaathirbinMohamedFarouk
12.00 tgh. - Ditangguhkan 2.00 petang - Ketibaan Dif Jemputan dan Anggota Koperasi ( KAKIB ).2.30 petang - Bacaan Doa. - Ucapan Pengerusi Lembaga Koperasi ( KAKIB ). - Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Anggota Kerajaan
Ipoh Berhad Yang ke –94. - Penyampaian Hadiah dan Cenderamata - Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) - Rehat.4.00 petang - Mesyuarat Agung dimulakan.
2. Ucapan Pengerusi Majlis Mesyuarat.
3. Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang anggota dan empat (4) orang Anggota Lembaga untuk menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung ini.
4. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke- 93 yang telah diadakan pada 08 Julai 2018 dari muka surat 15 - 25 .
5. Menimbang laporan-laporan Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman, pandangan Ketua Pendaftar mengenai akaun-akaun beraudit dan laporan Lembaga Koperasi dari muka surat 26 - 36
8
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
6. Menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit bersama dengan laporan juruaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2018 dari muka surat 52-53 .
7. Meluluskan cadangan Pembahagian Keuntungan untuk tahun kewangan 31 Disember 2018 di muka surat 55 .
8. Membentang dan meluluskan Anggaran Belanjawan bagi tahun 2020 untuk :-
8.1. Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad di muka surat 86 - 87
8.2. Unit Jualan KAKIB di muka surat 88
8.3. Ar Rahnu KAKIB di muka surat 89
9. Meluluskanpelantikansatupanelyangterdiridaripadafirmaauditberikutuntukmengauditakaun-akaun tahun 2019.
9.1. Tetuan Atarek Kamil Ibrahim & Co No. 51, Tingkat 3, Wisma Jauhari, Lengkok
Kledang Jaya, Taman Kledang Jaya, 30100 Ipoh, Perak
9.2. TetuanHisham&Co(AF1491)5B-22ndLevel,PersiaranGreentown5,GreentownBusiness Centre, 30450 Ipoh, Perak.
9.3. ARA Asscociates (SKM (A) 0477, 4, Persiaran Pengkalan Timur 26, Medan Pengkalan Impian
31650 Ipoh, Perak Darul Ridzuan .
9.4. Suruhanjaya Koperasi Malaysia
9.5. Tetuan Azuddin & Co Cawangan Perak, No 5B, Persiaran 5, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Ipoh, Perak
10. Usul Dan Cadangan Dari Anggota Lembaga KAKIB
10.1 Menimbang dan meluluskan cadangan pindaan Undang – Undang Kecil
10.2 Menimbang dan meluluskan cadangan pindaan Aturan Yuran
10.3 Menimbang dan meluluskan cadangan menubuhkan Klinik KAKIB
11. Memberi kuasa kepada Lembaga Koperasi untuk menjalankan pelaburan yang dibiayai oleh wang berlebihan koperasi tidak melebihi Ringgit Malaysia Sepuluh Juta (RM 10 juta).
12. Memberi kuasa kepada Lembaga Koperasi untuk had maksimum keterhutangan luar dari mana-mana punca tidak lebih dari Ringgit Malaysia Sepuluh Juta (RM 10 juta).
13. Mengisytiharkan keputusan Undian Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi.
14. Mendengar dan memutuskan apa-apa aduan yang suatu notis tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum mesyuarat agung telah diberikan kepada Koperasi ini dikemukakan oleh anggota yang terkilan dengan sesuatu keputusan Lembaga mengikut Undang-undang Kecil 33 (1m).
Dengan Perintah Anggota Lembaga Koperasi.
(ZULKIMI BIN HUSSAIN) SetiausahaKOPERASI ANGGOTA KERAJAAN IPOH BERHAD (KAKIB)
9
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
ETIKA MESYUARAT AGUNG
1. Perhimpunan
Anggota – anggota hendaklah berhimpun di suatu tempat pada masa dan tarikh yang ditetapkan dalam Notis Mesyuarat.
2. Bahasa Rasmi
Bahasa Rasmi bagi acara mesyuarat hendaklah Bahasa Malaysia. Walaubagaimanapun, bahasa – bahasa lain dibenarkan mengikut kesesuaian.
3. Pengerusi Mesyuarat
Pengerusi mesyuarat hendaklah sebagaimana ditetapkan oleh undang – undang kecil .
4. Agenda Mesyuarat
Agenda mesyuarat hendaklah sebagaimana dinyatakan dalam Notis Mesyuarat.
5. Korum
Korum hendaklah sebagaimana ditetapkan oleh Undang-Undang Kecil Koperasi dan Peraturan – Peraturan Koperasi.
6. Minit Mesyuarat Agung Yang Lalu.
Minit Mesyuarat Agung yang lalu akan diedarkan dan dibaca untuk pengesahan. Selain dari pembetulan minit, perbincangan atasnya tidak dibenarkan. Hanya selepas pengesahan dibuat, anggota- anggota boleh bertanya sekadar mendapat penjelasan sahaja. Perbahasan terhadapnya tidak dibenarkan.
7. Setiausaha Mesyuarat.
Setiausaha atau orang yang diarahkannya hendaklah mencatatkan perjalanan mesyuarat. Minit Mesyuarat hendaklah disiapkan dalam tempoh empat belas (14 )hari dari tarikh mesyuarat agung diadakan.
8. Hak-hak Anggota
Anggota – anggota yang layak hadir dalam mesyuarat mempunyai hak untuk bercakap, menyuarakan pendapat, pandangan, cadangan dan mengundi atas sesuatu perkara yang dibincangkan dalam agenda mesyuarat.
9. Laporan Tahunan.
a. Laporan Tahunan mengandungi Laporan Lembaga dan Penyata Kewangan Teraudit akan dibentangkan untuk dibincangkan setelah minit mesyuarat yang lalu disahkan. Penerimaannya hendaklah di bawah syor “ Telah diterima dan diluluskan “.
10
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
b. Laporan hendaklah diberi keutamaan daripada perkara lain. Sesuatu syor boleh dibuat terhadap mana – mana perkara dalam laporan tersebut dan hendaklah dibuat dengan persetujuan Pengerusi Mesyuarat.
10. Tertib Bercakap
a. Anggota yang ingin bercakap hendaklah bangun dan apabila diberi keizinan oleh Pengerusi, beliau hendaklah berdiri dan mengajukan ucapannya kepada Pengerusi Mesyuarat.
b. Apabila lebih daripada seorang anggota bangun untuk bercakap, anggota yang terdahulu hendaklah diberi keutamaan untuk bercakap. Walau bagaimanapun, keputusan terletak kepada Pengerusi mesyuarat agung.
c. Anggota tidak boleh bercakap lebih daripada sekali atas sebarang usul atau pindaan yang sama kecuali ( sebagai pembawa usul atau pindaankepada usul itu) untuk menjawab. Sekiranya ada pindaan dibuat ke atas usul asal, anggota berkenaan boleh bercakap sekali lagi terhadap pindaan yang dibuat itu.
d. Seseorang anggota tidak boleh menggangu anggota lain yang sedang bercakap, kecuali -
i. Jika hendak membuat teguran berkenaan perkara tertib mesyuarat. Ketika mengeluarkan teguran berkenaan perkara tertib mesyuarat. Ketika itu anggota yang sedang bercakap hendaklah menarik perhatian kepada perkara yang hendak dikeluarkan buat pengetahuan mesyuarat dan diserahkan kepada Pengerusi untuk memutuskannya; atau
ii. Jika hendak menerangkan apa-apa perkara yang disampaikan oleh anggota yang bercakap itu dalam ucapannya dengan syarat anggota yang sedang bercakap itu mahu memberi laluan anggota yang hendak mencelah itu diberi keizinan oleh Pengerusi Mesyuarat
e. Jika seseorang anggota mengganggu anggota lain yang sedang bercakap semasa mesyuarat berjalan atau menggunakan bahasa kasar atau biadap dan ingkar mematuhi arahan Pengerusi Mesyuarat apabila diminta menjaga tertib mesyuarat,namanya akan dicatat oleh Pengerusi Mesyuarat. Ia akan diminta meninggalkan bilik mesyuarat dan tidak akan dibenarkan masuk selagi ia tidak meminta maaf yang memuaskan dan diterima oleh Pengerusi Messyuarat.
f. Jika Pengerusi memberi arahan untuk bertenang, atau apa-apa arahan yang ada kaitan dengan mesyuarat, anggota yang sedang bercakap hendaklah kembali duduk dan lain-lain anggota tidak dibenarkan bercakap sehingga Pengerusi memberi kebenaran untuk meneruskan perbincangan.
11. Had Masa Bercakap
Pembawa usul atau pindaan tidak dibenarkan bercakap lebih daripada lima minit. Anggota yang membicarakan usul selepas itu tidak dibenarkan melebihi tiga (3) minit kecuali dibenarkan masa tambahan oleh Pengerusi Mesyuarat. Tambahan masa yang diberi hendaklah tidak melebihi dua (2) minit.
11
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
12. Isi-Isi Ucapan
a. Anggota hendaklah menghadkan percakapan kepada perkara yang dibincangkan sahaja dan tidak boleh mengeluarkan apa-apa yang tidak ada kaitan dengan perkara yang dibincangkan itu.
b. Perkara-perkara yang dalam timbangan atau perbicaraan mahkamah tidak boleh dibincang.
c. Perkara-perkara yang telah diputuskan oleh mesyuarat tidak boleh dipertimbangkan semula kecuali dengan adanya usul tersendiri bagi membatalkan keputusan mesyuarat berkenaan dengan perkara itu.
d. Seseorang anggota tidak boleh menggunakan bahasa kasar atau biadap dan tidak boleh mengeluarkan sangkaan buruk terhadap anggota lain.
e. Nama, kelakuan dan sifat Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung atau nama DYMM Raja-Raja Melayu atau Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi mesyuarat.
f. Seseorang anggota yang bercakap tidak boleh menggunakan :-
i. perkataan-perkataan derhaka pada negeri;
ii. perkataan-perkataan yang membangkitkan perasaan melawan kuasa kerajaan yang memerintah, dan
iii. perkataan-perkataan yang menaikkan perasaan sakit hati dan permusuhan di antara kaum dan agama di Malaysia.
g. Jika pada timbangan Pengerusi, bahawa apa-apa usul atau pindaan atau perbahasan yang akan dijalankan atas usul atau pindaan itu tujuannya melanggar peraturan ini, maka Pengerusi boleh menolak usul atau pindaan berkenaan itu, atau memberhentikan perbahasan itu atau memerintah supaya usul atau pindaan itu tidak dibahaskan lagi.
h. Menutup Ucapan/Perbahasan
Setelah sesuatu masalah dikemukakan kepada mesyuarat, seseorang anggota boleh mencadangkan usul itu diputuskan.Jika pada pendapat Pengerusi, usul itu tidak bercanggah dengan mana – manan peraturan, maka usul itu boleh dikemukakan untuk diputuskan dengan serta mertaakan membawa kepada salah dari segi mana-mana peraturan, maka masalah itu boleh dikemukakan untuk diputuskan dengan serta merta. Ia hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibincangkan (bahas) walaupun pembawa usul asal pindaan tidak berpeluang menjawab.
13. Usul (motion)
a. Sebarang cadangan pertama di dalam satu perkara itu akan dikenali sebagai usul asal dan semua cadangan mengenai perkara yang sama dikenali sebagai pindaan.
b. Tiap-tiap usul atau pindaan-pindaan kepadanya hendaklah ada pencadang dan penyokongnya dan hendaklah dibentangkan secara bertulis.
12
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
c. Tiap-tiap usul yang hendak dimasukkan ke dalam agenda hendaklah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha koperasi sekurang – kurangnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat agung.
d. Seorang anggota yang ingin menarik balik atau mengubah atau meminda isi-isi sesuatu usul yang dibuat olehnya boleh berbuat demikian dengan memberitahu secara bertulis berkenaannya kepada Setiausaha sebelum tarikh mesyuarat agung. Walau bagaimanapun, disyaratkan pindaan itu pada pendapat Pengerusi tidak mengubah asa atau tujuan yang terkandung dalam usul asal itu.
e. Apabila sesuatu usul itu ditarik balik selepas ianya telah dimasukkan dalam agenda, Pengerusi apabila sampai masanya, mengisytiharkan dalam mesyuarat agung bahawa usul tersebut itu telah ditarik balik dan tidak boleh dibahaskan lagi.
14. Cadangan dan Sokongan
a. Sesuatu usul atau pindaan tidak boleh dibincangkan atau dibahas sehingga ia mendapat sokongan. Jika tiada sokongan, usul atau pindaan itu gugur dengan sendirinya.
b. Seseorang anggota tidak boleh mencadang atau menyokong lebih daripada sekali bagi sesuatu usul. Pencadang atau penyokong sesuatu usul atau pindaan usul tidak boleh mengemukakan ( mencadang ) atau menyokong pindaan lain kepada usul tersebut.
15. Pindaan
Jika sebarang pindaan dikemukakan dan disokong terhadap sesuatu usul, pindaan selanjutnya tidak boleh dibuat sehingga pindaan terdahulu itu dibatalkan. Apabila pindaan kepada usul tersebut diisytiharkan, usul yang dipinda menjadi usul asal. Yang mana pindaan–pindaan selanjutnya boleh dikemukakan tertakluk keapda para 18 Etika ini.
16. Hak Menjawab
a. Pembawa usul (termasuk pembawa pindaan yang menjadi usul asal) mempunyai hak untuk menjawab dengan syarat ia hendaklah menjawab kepada ucapan yang dibuat olehnya terdahulu. Perkara-perkara baru tidak boleh dibangkitkan. Setelah menjawab, usul hendaklah diundi dengan segera untuk mendapatkan suara majoriti anggota-anggota yang hadir.
b. Jika usul asal telah diganti dengan pindaan, hak menjawab diberikan kepada pembawa usul pindaan
17. Usul Tergempar
Sebarang usul yang tidak dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat agung tidak boleh dikemukakan dalam mesyuarat untuk dibahas.
18. Pengundian
a. Semua perakara hendaklah diputuskan dengan kelebihan undi kecuali perkara – perkara berkaitan dengan Pindaan Undang – undang Kecil. Jika undi sama banyak, perkara yang dibincangkan disifatkan kalah. Pengerusi tiada undi putus.
13
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
b. Pengerusi mesyuarat tidak boleh mengundi berkenaan sebarang perkara mengenai dirinya sendiri.
19. Adab Anggota Tidak Bercakap
Masa Mesyuarat sedang berjalan:-
a. Anggota hendaklah masuk ke dewan atau keluar daripada dewan atau membawa dirinya dalam dewan dengan tertib adab;
b. Seseorang anggota tidak boleh melintas ruangan tengah dewan tanpa apa-apa urusan;
c. Anggota-anggota tidak boleh membaca surat-surat khabar, buku-buku, surat-surat atau lain-lain kecuali dengan perkara –perkara yang ada kaitan dengan perkara yang dibahas; dan
d. Masa seseorang anggota bercakap, anggota lain hendaklah diam dan tidak menggangu.
20. Kuasa Pengerusi Mesyuarat dan Tertib Dalam Mesyuarat
a. Bila anggota-anggota ditegur oleh Pengerusi berkenaan dengan peraturan mesyuarat atau bangun semasa perbahasan berjalan, mana-mana anggota yang sedang bercakap atau hendak bercakap, hendaklah duduk dan Mesyuarat hendaklah diam supaya percakapan Pengerusi dapat didengar dan tidak terganggu.
b. Adalah menjadi tanggungjawab Pengerusi memastikan supaya etika mesyuarat ini dipatuhi dan keputusannya mengenai apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh diminta ditimbangkan semula.
c. Pengerusi setelah menarik perhatian mesyuarat kepada kelakuan seseorang anggota yang degil dengan menyebutkan perkara-perkara yang tidak kena mengena dengan perkara mesyuarat, boleh memerintahkan ia berhenti bercakap.
d. Pengerusi hendaklah memerintah mana-mana anggota yang berkelakuan tidak baik keluar dengan serta merta daripada mesyuarat.
e. Anggota yang diperintah keluar menurut 21(d) dengan serta merta hendaklah keluar dari dewan dan tidak dibenarkan masuk hingga habis mesyuarat.
f. Sesuatu perkara yang berbangkit mengenai prosedur, maka proses pengundian untuk membuat keputusan adalah tidak diperlukan. Adalah memadai dengan keputusan Pengerusi sahaja. Sekiranya perkara yang dibincangkan melibatkan perkara hakiki (substantive), maka keputusan hendaklah dibuat cara pengundian.
g. Jika Mesyuarat Agung membincangkan sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan Pengerusi, maka mesyuarat hendaklah dipengerusikan oleh seorang lain sehingga keputusan telah dibuat. Dalam hal ini prinsip ‘natural justice’ hendaklah dipakai.
h. Jika berlaku kekacauan besar dan luar jangkaan dalam mesyuarat, Pengerusi boleh, jika pandangannya wajar, menangguhkan mesyuarat tanpa perlu meminta keputusan mesyuarat selama yang ditetapkan olehnya.
14
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE 93 KOPERASI ANGGOTA KERAJAAN IPOH BERHAD
Tarikh : 08 Julai, 2018 (Ahad)
Masa : Jam 2.30 Petang
Tempat : Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar, Jalan Raja Musa Mahadi (Jalan Dairy ), Ipoh.
A) UCAPAN ALUAN PENGERUSI.
Yang Berusaha, Encik Razmi bin Hashim, PPT, selaku Pengerusi Lembaga KAKIB mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran anggota-anggota KAKIB di Sekolah Kebangsaan Sri Kinta, Ipoh bagi memulakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 93 Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) dengan agenda pertama bagi Mesyuarat Agung Tahunan iaitu proses pengundian bagi pemilihan 5 (lima) Anggota Lembaga bermula jam 8.00 pagi dan berakhir untuk ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.
B) PEMILIHAN ANGGOTA LEMBAGA
AGENDA 1 – Pengundian Pemilihan Angota Lembaga
Pengerusi KAKIB mengumumkan seramai 8 (lapan) anggota KAKIB telah mengemukakan pencalonan bagi mengisi 5 kekosongan jawatan Anggota Lembaga.
Pemilihan Anggota Lembaga telah dikendalikan oleh badan bebas Panel Pengiraan Undi seramai 21 orang yang diketuai oleh Puan Norlida binti Dahalan.
Proses pengundian telah berlangsung dengan baik dan teratur bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari. Keputusan undian bagi anggota KAKIB yang dipilih akan diumumkan semasa perbincangan Agenda 13 di dalam Majlis Mesyuarat Agung Tahunan yang di sambung semula pada jam 3.00 petang di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar, Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
C) MAJLIS PERASMIAN.
Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke 93 Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Encik Azam bin Sulaiman, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia negeri Perak.
Di dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada KAKIB atas jemputan untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan sebuah koperasi yang telah lama ditubuhkan iaitu pada tahun 1923 dan mengucapkan tahniah kepada barisan Anggota Lembaga dan pihak pengurusan KAKIB yang telah berjaya mengadakan mesyuarat agung ini dan membentangkan laporan kewangan kepada anggota-anggota. Ucapan tahniah juga kerana kedudukan KAKIB yang ke 59 di antara 100 koperasi yang terbaik di Malaysia bagi tahun 2017 dan berharap KAKIB dapat menjadi contoh kepada koperasi-koperasi lain di negeri Perak.
Beliau juga mengucapkan syabas kepada KAKIB yang telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan dengan penglibatan di dalam pelbagai jenis perniagaan dan perkhidmatan seperti pembiayaan peribadi tanpa penjamin, pembiayaan belian barangan, sewaan bangunan,
15
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
projek perumahan dan yang terbaru aktiviti perniagaan Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu yang merupakan aktiviti-aktiviti arus perdana yang digalakkan untuk diceburi oleh koperasi melalui Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020.
Menurut beliau, koperasi merupakan entiti yang mampu menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara di mana gerakannya perlu diberi perhatian dan penekanan kerana ia merupakan satu wahana ke arah pembentukan negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi. Cabaran kepada gerakan koperasi juga semakin meningkat. Namun begitu institusi koperasi telah diterima baik oleh rakyat di negara ini. DKN memberi peluang yang luas kepada koperasi untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti sosioekonomi melalui penyediaan inisiatif bersesuaian dengan mengutamakan kebajikan anggota demi meningkatkan taraf hidup dan membantu mengurangkan kos sara hidup anggota koperasi dan masyarakat pengguna secara amnya.
Merujuk kepada Buku Laporan Tahunan, KAKIB di dalam perancangan untuk menceburi bidang Pelancongan dan Penjagaan Kesihatan. Kedua-dua sektor perniagaan ini mempunyai skop perniagaan yang amat luas dan KAKIB perlu merebut peluang ini dan memanfaatkan kelebihan KAKIB yang mempunyai keanggotaan yang ramai serta mengukuhkan kedudukan kewangan sebagai koperasi yang berdaya maju. KAKIB tidak boleh hanya bergantung kepada aktiviti pembiayaan semata-mata dan perlu mempelbagaikan aktiviti perniagaan bagi merancakkan lagi operasi dan perolehan KAKIB pada masa akan datang.
Kekuatan KAKIB adalah anggotanya iaitu seramai lebih dari 6000 orang yang merupakan pengguna kepada produk-produk tersebut. Koperasi mempunyai ekosistemnya yang tersendiri dan mempunyai infrastruktur yang telah sedia ada dan tersusun. Perkara yang perlu dilakukan sekarang ini ialah menggembleng tenaga melalui sumber-sumber yang sedia ada seperti penggunaan tenaga kerja anggota koperasi, pemilikan oleh anggota dan penggunaan oleh anggota-anggota serta masyarakat. Ianya secara tidak langsung dapat memperkasakan strategic linkages bagi mewujudkan satu model perniagaan yang merangkumi keseluruhan rantaian nilai.
Penubuhan pajak gadai Islam Ar-Rahnu KAKIB pada tahun 2017 yang lalu, membuktikan barisan kepimpinan KAKIB telah memulakan anjakan perubahan yang amat positif di dalam usaha memperkasakan aktiviti perniagaannya. Penubuhan Ar-Rahnu KAKIB yang memberikan pinjaman mikro kepada anggota-anggota dengan mencagarkan emas kepada koperasi merupakan satu alternatif kepada anggota untuk memperolehi wang dengan kadar upah simpan yang rendah dan kompetitif berbanding pajak gadai konvensional. Di antara kelebihan Ar-Rahnu ialah ianya tidak mengenakan kadar faedah atau Riba’, nilai gadaian tidak merosot, caj perkhidmatan atau kadar upah simpan yang rendah dan tiada unsur penipuan. Oleh itu, semua anggota di saran untuk menggunakan perkhidmatan Ar-Rahnu KAKIB ini untuk mendapatkan pinjaman mikro di samping membantu koperasi di dalam meningkatkan prestasi perolehan perniagaannya.
Sebagai sebuah entiti perniagaan, sudah tentunya koperasi akan menceburi aktiviti perniagaan di pelbagai sektor seperti dilakukan oleh organisasi perniagaan yang lain. Apa yang uniknya, koperasi diurustadbir dan dimajukan oleh anggota-anggotanya dan bukannya pelabur atau penanam pemodal. Melalui keanggotaan dalam koperasi, masyarakat akan mendapat pelbagai manfaat serta kemudahan yang disediakan oleh koperasi. Menyedari akan pentingnya perniagaan dalam koperasi, Anggota Lembaga yang telah dilantik adalah dipertanggungjawabkan merancang strategi serta pelan perniagaan yang terbaik dan merebut peluang melalui penawaran pelbagai bidang perniagaan yang boleh diceburi di dalam sektor ekonomi yang luas di negara ini. Setiap perniagaan mempunyai risiko tetapi sikap berani mengambil risiko perniagaan serta komitmen yang tinggi dari Anggota Lembaga dengan mengadakan konsultasi, kajian, analisa serta membuat keputusan yang jitu dan mantap akan membantu mengubah risiko tersebut menjadi satu kejayaan yang besar kepada koperasi pada masa yang akan datang.
16
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
Setiap Anggota Lembaga perlu mempunyai bussiness minded dan tidak hanya berasa selesa beradaditakukyanglamadanberfikiranjumud.Dibawahseksyen45AktaKoperasi1993(Pindaan 2007) menyatakan dengan jelas bahawa Anggota Lembaga yang telah dilantik hendaklah berhemat dan bertekun seperti seorang ahli perniagaan. Anggota Lembaga perlu sentiasa berusaha memberikan idea-idea yang mampu diterjemah kepada penjanaan keuntungan dan meningkatkan kemajuan koperasi sehingga ke peringkat yang tertinggi. Di samping itu, anggota-anggota yang telah memilih dan melantik Anggota Lembaga pula, harus memberi peluang, ruang dan sokongan yang padu kepada barisan kepimpinan koperasi untuk melakukan perubahan dan mengorak langkah ke arah meningkatkan keupayaan kewangan koperasi kerana semua itu akan dipulangkan kembali kepada anggota-anggota koperasi di dalam pelbagai bentuk inisiatif dan insentif sebagai menghargai prinsip koperasi yang kita junjung selama ini.
Beliau mengharapkan agar KAKIB akan terus berusaha mencari jalan untuk membangunkan perniagaan koperasi dan tidak hanya dijayakan oleh barisan Anggota Lembaga sahaja tetapi oleh penglibatan seluruh anggota-anggota koperasi. Kejayaan akan tercapai apabila kita bekerjasama dan bersatu sebagaimana amalan prinsip berkoperasi iaitu “Bekerja Bersama-Sama Demi Manfaat Bersama”
Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau menyatakan bahawa kehadiran anggota-anggota KAKIB ke Mesyuarat Agung Tahunan ini merupakan antara perhimpunan yang terbesar di negeri Perak. Beliau menasihatkan agar pihak pengurusan dan barisan Anggota Lembaga untuk membentangkan hala tuju koperasi dengan penerangan yang lebih terperinci berkenaan perancangan strategik untuk tempoh tertentu bagi mendapatkan keyakinan serta memenuhi kehendak bersama anggota-anggota. Beliau juga mengingatkan bahawa kehadiran anggota ke Mesyuarat Agung Tahunan adalah dengan matlamat untuk berbincang dan membuat keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan bagi meningkatkan lagi prestasi koperasi. Beliau seterusnya, merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 93 Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad.
D) PELANTIKAN PENGERUSI MAJLIS MESYUARAT AGUNG - UUK 34 (1)
Pengacara majlis, Encik Khairul Anuar bin Mohd. Nor (27089) mengucapkan salam dan berterima kasih kepada semua anggota KAKIB yang hadir di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke 93 Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB). Beliau seterusnya mempersilakan semua anggota yang hadir mencadangkan pelantikan Pengerusi Mesyuarat dan Pencatat Minit sebelum Mesyuarat Agung dimulakan bersesuaian dengan Peraturan 3 dan 7 Etika Mesyuarat Agung.
Pengerusi Mesyuarat
Tuan Haji Kamarudin bin Mohd. Zain,PJK (6347) mencadangkan Encik Razmi bin Hashim,PPT (17406) untuk mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini. Cadangan beliau telah disokong oleh Encik Muhammad Shuhaimi bin Abd Latib,PJK (13576). Majlis Mesyuarat bersetuju sebulat suara.
Setiausaha Mesyuarat.
Tuan Haji Kamarudin bin Mohd. Zain,PJK (6347) mencadangkan Encik Khairul Anuar bin Mohd. Nor (27089) sebagai setiausaha mesyuarat bagi mencatat minit. Cadangan beliau telah disokong oleh Encik Muhammad Shuhaimi bin Abd Latib,PJK (13576). Majlis Mesyuarat bersetuju sebulat suara.
17
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
AGENDA 2 - Perutusan Pengerusi Majlis Mesyuarat Agung
2.1. Pengerusi Mesyuarat mengucapkan terima kasih dan salam sejahtera kepada semua anggota yang hadir di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke 93 Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB). Beliau memaklumkan Penolong Pengarah Kanan SKM negeri Perak, Encik Abdul Rahman bin Ngatenan akan berperanan sebagai pemerhati kepada kelancaran Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini. Beliau juga mengumumkan kehadiran anggota untuk proses pengundian pemilihan Anggota Lembaga pada sebelah pagi adalah seramai 4,375 anggota dan kehadiran untuk Mesyuarat Agung pada sebelah petang adalah seramai 3,231 anggota.
2.2. Pengerusi Mesyuarat juga mengingatkan semua anggota yang hadir mematuhi Etika Mesyuarat Agung sepertimana terkandung di dalam Buku Laporan Tahunan. Beliau seterusnya berharap agar Mesyuarat Agung Tahunan ini dapat berjalan dengan lancar mengikut agenda-agenda yang telah ditetapkan.
AGENDA 3 - Melantik Satu Jawatankuasa Yang Terdiri Daripada 6 (Enam) Anggota Dan 4 (Empat) Anggota Lembaga Untuk Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke 93.
3.1 Tuan Haji Ahmad Bakary bin Ashaari,AMP,PPT,PPN,PKT (8591) mencadangkan anggota KAKIB yang telah dilantik pada Mesyuarat Agung yang lalu dilantik semula sebagai Ahli Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke 93 Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) dengan syarat anggota berkenaan berada di dalam mesyuarat pada kali ini. Tuan Haji Kamarudin bin Mohd Zain,PJK (6347) menyokong cadangan tersebut. Majlis Mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara seperti berikut:
Tuan Haji Kamarudin bin Mohd Zain,PJK (6347)Encik Balasubramaniam a/l Anganathi,AMP, PPT, PJK (22463)Encik Md Yusuf bin Ahmad (21652)Encik Devandaran a/l Munusamy (14879)Encik Muhammad Shuhaimi bin Abd Latib,PJK (13576)Tuan Haji Mohamed Khalid bin Yusoff (6252)
Nota : Tuan Haji Mohamed Khalid bin Yusoff (6252) menggantikan Encik Shamsudin bin Din (15798) yang tidak hadir pada mesyuarat kali ini diatas cadangan Tuan Haji Kamarudin bin Mohd Zain, PJK (6347) dan disokong oleh Encik Muhammad Shuhaimi bin Abd Latib,PJK (13576). Majlis Mesyuarat bersetuju sebulat suara.
AGENDA 4 - Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke 92 Yang Telah diadakan pada 14 Mei, 2017
4.1 Encik Khairul Anuar bin Mohd. Nor (27089) selaku Setiausaha KAKIB telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke 92 yang telah diadakan pada 14 Mei 2017 (Ahad) di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar, Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh, Perak Darul Ridzuan seperti di muka surat 17 hingga 25 Buku Laporan Tahunan untuk diterima dan diluluskan.
4.1.1 Tuan Haji Ahmad Bakary bin Ashaari,AMP,PPT,PPN,PKT (8591) meminta agar KAKIB meningkatkan perolehan insurans dengan usaha-usaha mempromosi perkhidmatan insurans kepada anggota-anggota.
18
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
Pengerusi Mesyuarat memaklumkan pihak pengurusan KAKIB akan mengambil perhatian terhadap cadangan tersebut.
4.1.2 Encik Muhammad Shuhaimi bin Abd Latib,PJK (13576) memohon penjelasan berkenaan sebahagian tanah di Chepor Damai, Chemor yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri tetapi ianya tidak lagi menjadi milik KAKIB dan hanya diberi pampasan RM100 000 sahaja seperti di mukasurat 59. Beliau juga mencadangkan agar pihak KAKIB untuk berusaha memohon tanah daripada kerajaan negeri pada masa akan yang datang.
Pengerusi Mesyuarat memaklumkan bahawa pelbagai usaha telah dijalankan untuk mendapatkan hak milik sebahagian tanah tersebut dan telah dibawa untuk perbincangan sehingga ke peringkat Kerajaan Negeri tetapi di atas sebab teknikal, KAKIB dimaklumkan bahawa pihak State Secretary Incorporated (SSI) telah diberikan hak milik sebahagian tanah tersebut. Ekoran itu, KAKIB telah membuat tuntutan atas semua perbelanjaan yang telah KAKIB keluarkan untuk tanah tersebut dan pihak SSI telah memberikan pampasan seperti yang disebutkan. Cadangan untuk permohonan tanah akan diambil perhatian.
4.2 Tuan Haji Ahmad Bakary bin Ashaari,AMP,PPT,PPN,PKT (8591) mencadangkan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke 92 yang telah diadakan pada 14 Mei 2017 untuk disahkan dan disokong oleh Encik Muhammad Shuhaimi bin Abd Latib,PJK (13576). Majlis Mesyuarat bersetuju sebulat suara.
AGENDA 5 - Menimbang Laporan-Laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman dan Pandangan Ketua Pendaftar Mengenai Akaun-Akaun Beraudit dan Laporan Lembaga Koperasi
5.1 Encik Khairul Anuar bin Mohd. Nor (27089) selaku Setiausaha KAKIB membentangkan laporan-laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman dan pandangan Ketua Pendaftar mengenai akaun-akaun beraudit dan laporan Lembaga Koperasi seperti di muka surat 26 hingga 67 Buku Laporan Tahunan untuk diterima dan diluluskan.
5.2 Tuan Haji Ahmad Bakary bin Ashaari,AMP,PPT,PPN,PKT (8591) mencadangkan laporan-laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman dan pandangan Ketua Pendaftar mengenai akaun-akaun beraudit dan laporan Lembaga Koperasi diterima serta diluluskan dan disokong oleh Encik Muhammad Shuhaimi bin Abd Latib,PJK (13576). Majlis Mesyuarat bersetuju sebulat suara.
AGENDA 6 - Menimbang dan Meluluskan Akaun-Akaun Teraudit Bersama Dengan Laporan Juruaudit Bagi Tahun Berakhir 31 Disember, 2017
6.1 Encik Mohd. Zamal Abidin bin Wahit,PJK (16417) selaku Bendahari KAKIB membentangkan akaun-akaun teraudit bersama dengan laporan Juruaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 dari muka surat 69 hingga 105.
6.1.1 Tuan Haji Kamarudin bin Mohd Zain,PJK (6347) memohon penjelasan berkenaan pembayaran deposit kepada KOMAS Safar Travel & Tour Sdn. Bhd. (KSTT Sdn. Bhd.) di mukasurat 88.
19
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
Pengerusi Mesyuarat menjelaskan bahawa bayaran deposit berkenaan adalah untuk tawaran pengambilalihan KSTT Sdn. Bhd. oleh pemilik KSTT, Tuan Hj. Mohamed bin Jamaluddin dan tiada kaitan dengan Koperasi Masjid Negeri Perak Berhad (KOMAS). Ianya tertakluk kepada kelulusan dari Mesyuarat Agung Tahunan ke 93 dan jika tidak diluluskan, bayaran deposit berkenaan akan dipulangkan kepada KAKIB berdasarkan perjanjian di antara KAKIB dengan KSTT.
6.1.2 Encik Arasu A/L Mahalingam (21740) memohon penjelasan berkenaan dividen atas syer dan dividen atas yuran.
Pengerusi Mesyuarat menjelaskan bahawa dividen atas syer adalah merupakan bayaran dividen yang dibayar berdasarkan jumlah simpanan syer anggota iaitu minimum RM200 dan maksimum RM3000 serta dicadangkan 8% bayaran dividen. Dividen atas yuran adalah bayaran dividen yang dibayar atas jumlah yuran anggota yang membuat caruman secara bulanan serta dicadangkan 7% bayaran dividen.
6.1.3 Encik Sukumaren a/l Perisamy (20788) memberikan pandangan bahawa bayaran deposit untuk pengambilalihan KSTT Sdn. Bhd. adalah perlu dan berbaloi kerana berdasarkan kepada kertas kerja yang dilampirkan serta peluang yang perlu di ambil oleh KAKIB kerana sebahagian keuntungan syarikat akan turut diperolehi oleh KAKIB jika pengambilalihan tersebut berjaya.
6.1.4 Encik Md Yusuf bin Ahmad (21652) memohon penjelasan berkenaan keperluan KAKIB untuk membuat pinjaman melalui Tabung Modal Pusingan (TMP) sebanyak RM 1.2 juta untuk pembelian bangunan di Silibin Business Centre, Silibin kerana KAKIB terpaksa membayar faedah atas pinjaman tersebut.
Pengerusi Mesyuarat menjelaskan bahawa pembelian bangunan tersebut adalah kerana lokasi yang strategik dan kawasan tersebut sedang membangun dengan pasaraya serta bangunan pejabat dan sebagainya. Ianya juga adalah kerana saranan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang mencadangkan agar KAKIB mengambil pinjaman melalui TMP tersebut dengan kadar faedah yang rendah. Pembelian bangunan yang menjadi aset KAKIB itu juga merupakan satu pelaburan yang akan menguntungkan pada masa akan datang.
6.2 Tuan Haji Kamarudin bin Mohd Zain,PJK (6347) mencadangkan akaun-akaun teraudit bersama dengan laporan Juruaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 dari muka surat 69 hingga 105 diterima dan diluluskan dengan disokong oleh Encik Balasubramaniam a/l Anganathi,AMP, PPT, PJK (22463). Majlis Mesyuarat bersetuju sebulat suara.
AGENDA 7 - Meluluskan Cadangan Pembahagian Keuntungan Untuk Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember, 2017
7.1 Encik Mohd. Zamal Abidin bin Wahit,PJK (16417) selaku Bendahari KAKIB membentangkan cadangan Pembahagian Keuntungan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 di muka surat 75 untuk diterima dan diluluskan.
7.2 Tuan Haji Ahmad Bakary bin Ashaari,AMP,PPT,PPN,PKT (8591) mencadangkan Pembahagian Keuntungan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017
20
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
di muka surat 75 diterima dan diluluskan dengan disokong oleh Encik Muhammad Shuhaimi bin Abd Latib,PJK (13576). Majlis Mesyuarat bersetuju sebulat suara.
AGENDA 8 - Membentang dan Meluluskan Anggaran Belanjawan bagi Tahun 2019.
8.1 Encik Mohd. Zamal Abidin bin Wahit,PJK (16417) selaku Bendahari KAKIB membentangkan Anggaran Belanjawan bagi tahun 2019 seperti berikut :
8.1.1 Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad di muka surat 106 - 107
8.1.2 Unit Jualan KAKIB di muka surat 108
8.1.3 Ar-Rahnu KAKIB di muka surat 109
8.2 Tuan Haji Ahmad Bakary bin Ashaari,AMP,PPT,PPN,PKT (8591) mencadangkan Anggaran Belanjawan bagi tahun 2019 daripada muka surat 106 hingga 109 diterima dan diluluskan dengan sokongan oleh Encik Muhammad Shuhaimi bin Abd Latib,PJK (13576). Majlis Mesyuarat bersetuju sebulat suara.
AGENDA 9 - Meluluskan Pelantikan Satu Panel Yang Terdiri Daripada Firma Audit Berikut Untuk Mengaudit Akaun-Akaun Tahun 2018.
9.1 Pengerusitelahmembentangkan6(enam)buahfirmaaudituntukdilantikbagi mengaudit akaun-akaun Tahun 2018 seperti berikut; 9.1.1 Tetuan Atarek Kamil Ibrahim & Co. No. 51, Tingkat 3, Wisma Jauhari,
Lengkok Kledang Jaya, Taman Kledang Jaya, 30100, Ipoh, Perak.
9.1.1 TetuanHisham&Co(AF1491)5B-22ndLevel,PersiaranGreentown5,Greentown Business Centre, 30450 Ipoh, Perak.
9.1.1 ARA Associates (SKM (A) 0477), Persiaran Pengkalan Timur 26, Medan Pengkalan Impian, 31650 Ipoh, Perak.
9.1.1 Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
9.1.1 Tetuan Azuddin & Co. Cawangan Perak. No. 5B Persiaran 5, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Ipoh Perak.
9.2 Tuan Haji Ahmad Bakary bin Ashaari,AMP,PPT,PPN,PKT (8591) mencadangkan pelantikansatupanelFirmaAudituntukmengauditakaun-akaunKAKIBbagitahun 2017 dibuat di atas budi bicara barisan Lembaga Koperasi dan disokong oleh Encik Muhammad Shuhaimi bin Abd Latib,PJK (13576). Majlis Mesyuarat bersetuju sebulat suara.
AGENDA 10 - Memberi Kuasa Kepada Lembaga Koperasi Untuk Menjalankan Pelaburan Yang Dibiayai Oleh Wang Berlebihan Koperasi Tidak Melebihi Ringgit Malaysia Sepuluh Juta.
10.1 Tuan Pengerusi telah membentangkan kepada Majlis Mesyuarat untuk memberi kuasa kepada Lembaga Koperasi menjalankan pelaburan yang dibiayai oleh wang berlebihan Koperasi tidak melebihi Ringgit Malaysia Sepuluh juta.
21
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
10.2 Tuan Haji Ahmad Bakary bin Asha’ari,AMP,PPT,PPN,PKT (8591)mencadangkan agenda ini diterima dan disokong oleh Encik Muhammad Shuhaimi bin Abd Latib,PJK (13576). Majlis Mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara.
AGENDA 11 - Usul Dan Cadangan Dari Anggota Lembaga KAKIB
11.1 Usul yang dibentangkan oleh Anggota Lembaga adalah seperti berikut:
11.1.1 Menimbang dan meluluskan cadangan pindaan Undang-Undang Kecil di muka surat 110.
11.1.2 Cadangan penubuhan Pusat Dialisis KAKIB (Subsidiari) di muka surat 111 – 116.
11.1.3 Cadangan pengambilalihan Komas Safar Travel & Tour (KSTT) Sdn.
Bhd. (864275-X) (Subsidiari) di muka surat 117 – 122.
11.2 Bagi perkara 10.1.1, Tuan Haji Ahmad Bakary bin Ashaari,AMP,PPT,PPN,PKT (8591) memaklumkan bahawa pindaan UUK berkaitan lebih merupakan tambahan aktiviti dan beliau mencadangkan ayat ‘menjalankan aktiviti rawatan kesihatan hemodialisis’ ditukar kepada ‘menjalankan aktiviti rawatan dan perkhidmatan kesihatan’ agar KAKIB boleh mempelbagaikan lagi aktiviti berasaskan kesihatan kepada anggota dan tidak hanya tertumpu kepada hemodialisis sahaja.
11.3 Bagi perkara 10.1.2, Tuan Haji Ahmad Bakary bin Ashaari,AMP,PPT,PPN,PKT (8591) memaklumkan bahawa KAKIB hanya perlu melaksanakan konsep kerjasama sahaja dan tidak perlu kepada penubuhan subsidiari kerana tidak memberi keuntungan dan tiada kepakaran untuk menubuhkan Pusat Dialisis.
Pengerusi Mesyuarat memaklumkan bahawa agenda 10.1.2 hanyalah untuk mendapatkan mandat serta kelulusan dari Mesyuarat Agung dan hanya akan dilaksanakan apabila tiba waktu yang sesuai kerana masih banyak perkara-perkara lain yang perlu dilakukan seperti permohonan penubuhan subsidiari dari SKM, staf berkepakaran dan sebagainya. Cadangan tersebut adalah untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan kebajikan anggota-anggota KAKIB dan juga masyarakat awam yang memerlukan perkhidmatan Hemodialisis.
Encik Punianathan a/l Suria Segaran (18583) menyatakan bersetuju dengan cadangan penubuhan Pusat Dialisis kerana ada di antara anggota KAKIB yang mempunyai kepakaran dan boleh berkhidmat di pusat berkenaan. Beliau seterusnya mencadangkan agar usul agenda 10.1.2 iaitu penubuhan Pusat Dialisis KAKIB diluluskan dan disokong oleh Encik Md Yusuf bin Ahmad (21652). Mesyuarat bersetuju untuk menerima usul berkenaan dengan sebulat suara.
11.4 Bagi agenda 10.1.3, Tuan Haji Ahmad Bakary bin Ashaari,AMP,PPT,PPN,PKT (8591) memaklumkan bahawa KAKIB hanya perlu melaksanakan konsep kerjasama sahaja dengan KSTT Sdn. Bhd. tanpa perlu pengambilalihan kerana tidak memberikan keuntungan kepada KAKIB.
Encik Zulkifli Faathir bin Mohamed Farouk (26402) menyatakan bahawausaha mengambilalih KSTT Sdn. Bhd. adalah satu peluang perniagaan yang baik dan boleh mendatangkan manfaat kepada anggota-anggota KAKIB. Beliau menyokong usul yang dicadangkan untuk pengambilalihan
22
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
KSTT Sdn. Bhd. dan menyarankan agar anggota-angota KAKIB dapat memberikan ruang dan peluang kepada barisan Anggota Lembaga untuk melaksanakan usul berkenaan. Cadangan ini telah disokong oleh Encik Sukumaren a/l Perisamy (20788), Puan Siti Sutiah binti Yet (21837), Puan Jamiliah binti Zainal Abidin (19733).
Puan Nujaimi binti Ahmad Bakary (26493) pula menyatakan bahawa beliau melihat ada kesungguhan dari Anggota Lembaga dengan penyediaan kertas kerja dan anggaran perbelanjaan serta unjuran pendapatan yang akan diperolehi oleh KAKIB dengan pelaksanaan seperti yang dicadangkan. Beliau mencadangkan undian secara bertulis oleh anggota-anggota untuk memilih bersetuju atau tidak bersetuju dengan cadangan yang diusulkan. Selain itu, beliau juga membuat teguran berkenaan kesilapan ejaan di muka surat 122 pada perkataan ‘pelancungan’ yang bermaksud pemalsuan. Ejaan yang sepatutnya adalah ‘pelancongan’.
Pengerusi Mesyuarat menjelaskan bahawa cadangan undian secara bertulis akan mengambil tempoh masa yang agak lama dan melibatkan anggota yang terlalu ramai. Setelah dirujuk kepada pemerhati dari SKM, cadangan tersebut baik tetapi beliau memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung adalah badan tertinggi di dalam memutuskan sesuatu usul atau cadangan dengan anggota boleh membantah sesuatu usul dengan mengemukakan sebab-sebab yang munasabah serta dibincangkan di dalam mesyuarat.
11.5 Encik Johari bin Baharom (15183) mencadangkan undian secara angkat tangan oleh anggota-anggota KAKIB kerana terdapat 2 cadangan oleh anggota samada setuju atau tidak bersetuju dengan pengambilalihan KSTT Sdn. Bhd. Mesyuarat bersetuju sebulat suara dengan cadangan tersebut
Pengerusi Mesyuarat seterusnya menjalankan undian secara angkat tangan dan pihak Jawatankuasa Audit Dalaman KAKIB telah membantu untuk mengira bilangan anggota-anggota yang bersetuju dan kemudian mengira anggota-anggota yang tidak bersetuju. Hasil kiraan undian secara angkat tangan yang disaksikan oleh pemerhati dari SKM mendapati bahawa majoriti anggota KAKIB yang hadir bersetuju serta menyokong usul pengambilalihan KSTT Sdn. Bhd. dan dengan itu mesyuarat sebulat suara bersetuju dan meluluskan usul pengambilalihan KSTT Sdn. Bhd.
AGENDA 12 - Memberi Kuasa Kepada Lembaga Koperasi Untuk Menjalankan Pelaburan
Yang Dibiayai Oleh Wang Berlebihan Koperasi Tidak Melebihi Ringgit Malaysia Sepuluh Juta (RM10 Juta).
12.1 Pengerusi mesyuarat telah membentangkan kepada Majlis Mesyuarat untuk memberi kuasa kepada Lembaga Koperasi untuk menjalankan pelaburan yang dibiayai oleh wang berlebihan koperasi tidak melebihi Ringgit Malaysia Sepuluh Juta (RM10 Juta).
12.2 Encik Jamaluddin bin Tajuddin (20784) mencadangkan agenda ini diterima dan disokong oleh Encik Johari bin Baharom (15183). Majlis Mesyuarat bersetuju sebulat suara.
23
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
AGENDA 13 - Memberi Kuasa Kepada Lembaga Koperasi Untuk Had Maksimun Keterhutangan Luar Dari Mana-mana Punca Tidak Lebih Dari Ringgit Malaysia Sepuluh Juta (RM10 Juta).
13.1 Pengerusi mesyuarat telah membentangkan kepada Majlis Mesyuarat untuk memberi kuasa kepada Lembaga Koperasi untuk had maksimun keterhutangan luar dari mana-mana punca tidak lebih dari Ringgit Malaysia Sepuluh Juta (RM10 Juta).
13.2 Encik Jamaluddin bin Tajuddin (20784) mencadangkan agenda ini diterima dan disokong oleh Encik Johari bin Baharom (15183). Majlis Mesyuarat bersetuju sebulat suara.
AGENDA 14 - Mengisytiharkan keputusan Undian Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi.
14.1 Pengerusi Mesyuarat meminta Pemerhati Mesyuarat dari SKM, Encik Abdul Rahman bin Ngatenan untuk mengisytiharkan keputusan 5 (lima) orang anggota yang berjaya daripada 8 (lapan) calon anggota yang bertanding sebagai Anggota Lembaga seperti berikut:
i. Encik Abdull Wahab bin Busu (22704) - 3374 undiii. Encik Jamal bin Abdul Moin (20276) - 2863 undiiii. Encik Shamsul Baharin bin Mohd. Salleh (21408) - 2862 undiiv. Encik Azwan bin Ismail, PJK (21104) - 2799 undiv. Encik Mohd. Huzaifah bin Ismadi (28528) - 2238 undi
AGENDA 15 - Mendengar Dan Memutuskan Apa-Apa Aduan Yang Suatu Notis Tidak Kurang Daripada Tujuh Hari Sebelum Mesyuarat Agung Telah Diberikan Kepada Koperasi Ini Dikemukakan Oleh Anggota Yang Terkilan Dengan Sesuatu Keputusan Lembaga Mengikut Undang-undang Kecil 33(1m).
15.1 Pengerusi mesyuarat memaklumkan tiada apa-apa usul yang diterima atau Mendengar dan memutuskan apa-apa aduan yang suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari sebelum mesyuarat agung telah diberikan kepada Koperasi ini dikemukakan oleh anggota yang terkilan dengan sesuatu keputusan Lembaga mengikut Undang-undang Kecil 33(1m)
D) PENUTUP
Pengerusi Mesyuarat memohon maaf sekiranya terdapat apa-apa kesilapan yang dilakukan semasa mengendalikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 93 Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad pada kali ini dan beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua anggota KAKIB yang hadir dan menangguhkan mesyuarat pada jam 6.15 petang.
Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke-93 Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad yang telah diadakan pada 08 Julai 2018 telah ditentusahkan pada 01 Ogos 2018 oleh Jawatankuasa berikut :
24
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
1. Encik Zulkimi bin Hussain (19387) - Setiausaha KAKIB
2. Encik Mohd Zamal Abidin bin Wahit, PJK (16417) - Bendahari
3. Encik Mokhtar bin Alias (15134) - Anggota Lembaga
4 Encik Mohd Shafri bin Sulaiman (23756) - Anggota Lembaga
5. Tuan Haji Kamarudin bin Mohd Zain, PJK (6347) - Anggota
6 Encik Devandaran a/l Munusamy (14879) - Anggota
7 Encik Md. Yusuf bin Ahmad (21652) - Anggota
8. Encik Muhammad Shuhaimi bin Abd Latif PJK (13576) - Anggota
9.Encik Balasubramaniam a/l Anganathi AMP., PPT., PJK. (22463) - Anggota
10 Tuan Haji Mohamed Khalid bin Yusuf (6252) - Anggota
25
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
Laporan Tahunan dan Penyata Kira-KiraYang Berakhir Pada 31 Disember 2018
Anggota Lembaga, Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) dengan ini membentangkan Laporan Tahunan berserta dengan Penyata Kira-Kira yang telah diaudit berakhir pada 31 Disember 2018 dan segala perakuan-perakuan kepada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan KAKIB kali ke-94.
1. PENGURUSAN KOPERASI
1.1. Anggota Lembaga
Koperasi ini ditadbir urus oleh lima belas (15) Anggota Lembaga untuk melaksanakan tanggungjawab mereka bersama-sama enam (6) Jawatankuasa Kecil yang telah diwujudkan dan telah mengadakan mesyuarat seperti berikut :-
i. Mesyuarat Anggota Lembaga - 12 kali ii. Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pembiayaan - 12 kaliiii. Jawatankuasa Kecil Pengurusan dan Pentadbiran - 4 kali iv. Jawatankuasa Kecil Pendidikan - 3 kaliv. Jawatankuasa Kecil Ekonomi - 3 kali
vi. Jawatankuasa Kecil Kerja / Bertindak - 3 kalivii. Jawatankuasa Kecil Risiko - 0 kaliviii. Mesyuarat Khas Anggota Lembaga - 4 kali
1.2. Jawatankuasa Audit Dalaman
Anggota Lembaga telah melantik seramai empat ( 4 ) anggota sebagai Jawatankuasa Audit Dalaman. Mereka telah mengadakan tujuh ( 7 ) kali Mesyuarat dalam tempoh satu tahun.
1.3. Pekerja KAKIB
Pekerja KAKIB adalah seramai 22 orang.
Nama Jawatan Bilangan Jawatan
Pengurus 1
Pegawai Sistem Maklumat 1
Penolong Akauntan 1
Ketua Pembantu Tadbir 1
Penyelia Ar Rahnu 1
Penaksir Ar Rahnu 1
Pembantu Tadbir 8
Pembantu Pejabat 1
Pembantu Keselamatan 3
Pengurus (KSTT ) 1
Eksekutif Akauntan ( KSTT) 1
Eksekutif Pentadbiran ( KSTT) 1
Eksekutif Pemasaran ( KSTT ) 1
Jumlah 22
26
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
2. KEANGGOTAAN KOPERASI TAHUN 2018
2.1 Bilangan anggota pada 01.01.2018Diterima masuk menjadi anggota tahun 2018
6665199 6864
TolakBilangan anggota berhenti Bilangan anggota meninggal dunia
21922 241
Jumlah anggota pada 31.12.2018 6623
3. AKTIVITI KOPERASI
3.1. MODAL ANGGOTA 2018 (RM) 2017 (RM)
Yuran Simpanan 70,076,035.42 68,459,612.18
Modal Syer 1,977,494.98 1,945,199.60
Simpanan Khas Anggota 2,839,985.52 2,469,790.42
3.2. BENEFIT ANGGOTA 2018 (RM) 2017 (RM)
Pembiayaan Anggota 54,296,168.03 53,324,041.34
Keuntungan Bersih Sebelum Cukai 6,978,610.07 6,622,587.47
Dividen Atas Yuran Dan Syer Yang Dicadangkan
4,789,435.97 4,671,310.40
3.3 INSURANS BERKELOMPOK SUN LIFE ASSURANCE MALAYSIA BERHAD, MCIS ZURICH dan ETIQA TAKAFUL
SyarikatInsurans
TahunBil
AnggotaCaruman
(RM)Komisen
(RM)Pampasan
(RM)
SUNLIFE2018 2688 660,552.00 39,895.67 950,438.19
2017 2895 757,560.57 40,145.07 1,048,767.37
MCIS ZURICH
2018 46 7,680.00 384.00 18,573.56
2017 59 9,313.00 465.65 7,979.00
ETIQA TAKAFUL
2018 2340 393,020.00 39,302.00 68,923.17
2017 2213 379,260.00 37,926.00 142,631.52
27
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
3.4. INSURANS AM
Tahun Bil Premium (RM)Komisen
(RM)
Pendahuluan Baharui Insurans
(RM)
2018 126 49,593.80 5,664.95 24,588.88
2017 138 57,358.49 6,395.67 32,459.86
3.5 PELABURAN SAHAM
Nilai SemasaPelaburan Am Al
MudharabahSaham Tak Siar
HargaSaham Siar Harga
2018 (RM) 7,500,000.00 353,509.00 13,232.74
2017 (RM) 6,601,674.99 353,509.00 13,232.74
3.6 UNIT JUALAN KAKIB
2018 ( RM ) 2017 (RM)
Jualan 714,540.85 445,897.37
Belian 714,693.70 422,266.79
Pembiayaan Pengguna 804,969.79 536,813.51
Keuntungan 8,700.18 26,615.19
3.7 TABUNG PENDIDIKAN ANAK-ANAK ANGGOTA
3.7.1. Derma Pelajaran Tahun 2018( Berdasarkan Keputusan Peperiksaan Tahun 2017)
Bil Jenis PeperiksaanPenerima
Yang Layak
Bayar(RM)
Jumlah(RM)
1Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR)
50 100.00 5000.00
2Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 92
150.00 13,800.00
3 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 128 200.00 25,600.00
4Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Dan Setaraf
13250.00 3,250.00
5Peperiksaan Matrik/Diploma Dan Setaraf (Berdasar Keputusan Semester Terakhir)
48 250.00 12,000.00
Nota:Senarai PENERIMA YANG LAYAK dipaparkan dalam laman sesawang KAKIB: www.kakib.my
28
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
3.8. TABUNG PENDIDIKAN ANGGOTA (LAWATAN SAMBIL BELAJAR/KURSUS ANGGOTA)
Bil TarikhNama Kursus /
TempatBil
PesertaTujuan /
Perbelanjaan
1. 21-24.09.2018 Lawatan Sambil Belajar anggota KAKIB bagi Cabutan Bertuah MAT ke-93 ke Batam, Indonesia.
40 orang anggota KAKIB
Anggota yang terpilih semasa MAT ke-93 pada 08.07.2018.
2. 14.10.2018 Kursus Hujung Minggu KAKIB kali ke 54 telah disampaikan oleh Encik Hazim bin Abdul Halim, Pegawai Pelajaran dari Bahagian Pembangunan Kepimpinan dan Modal Insan Koperasi, ANGKASA, Kuala Lumpur di Dewan Seminar, Tower Regency Hotel, Ipoh.
60 orang anggota KAKIB
Penerangan dan perkongsian ilmu berkenaan “Mengenali Struktur Organisasi Koperasi: Anggota Sebagai Pemilik Koperasi” dan “Peranan, Hak dan Tanggungjawab Anggota Dalam Koperasi” kepada Anggota KAKIB.
3.9. PENYATA PENERIMA SAGUHATI ANGGOTA BERSARA
Bil PerkaraBilangan
Penerima Yang Layak
Jumlah Keseluruhan
(Rm)
1 Bayaran saguhati anggota bersara 174 ORANG 119,070.00
Nota:Senarai PENERIMA YANG LAYAK dipaparkan dalam laman sesawang KAKIB: www.kakib.my
3.10. KUMPULAN WANG KHAIRAT KEMATIAN
3.10.1 PENYATA BAYARAN ANGGOTA KAKIB YANG MENINGGAL DUNIA DIBAYAR DALAM TAHUN 2018
BilBilangan Anggota Yang
Meninggal Nilai Bayaran
(RM)Jumlah
(RM)
1 22 Orang 1500.00 33,000.00
Nota:Senarai PENERIMA YANG LAYAK dipaparkan dalam laman sesawang KAKIB: www.kakib.my
29
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
3.11 PENYATA BAYARAN KELUARGA ANGGOTA KAKIB YANG MENINGGAL DUNIA
DIBAYAR DALAM TAHUN 2018
Bil Pertalian Bilangan
Yang Meninggal
Nilai (Rm)
Jumlah(Rm)
1 Suami / Isteri – Kepada Anggota 16 1000.00 16,000.00
2 Ibu / Bapa / Anak 130 500.00 65,000.00
Nota:Senarai PENERIMA YANG LAYAK dipaparkan dalam laman sesawang KAKIB: www.kakib.my
3.12 PENERIMA CENDERAMATA ANGGOTA LAMA TAHUN 2018
BilNo
AnggotaNama Anggota Alamat
1 11487Encik Mahadi bin Haji Yahya
No. 5, Persiaran Wira Jaya Barat 78, Taman Rapat Setia Baru, Ipoh
2 11504 Puan Ramnah bt Murtada
Lot 76767, Hala Rapat Jaya Tambahan 2,Kampung Rapat Jaya Tambahan, Ipoh
3 11538 PuanFouziahbtDinNo. 181, Jalan Rebana,Kampung Tengku Hussain Baru
4 11564Encik M. Chandra Sekara Pandian
Lot 83, Persiaran Buntong Jaya 5, Buntong Jaya, Ipoh
5 11590Encik Murugaiyah a/l Arumugam
No. 314, Persiaran Sungai Pari 21, Rpt Buntong 2, Ipoh
6 11652Puan Rajinah Devi a/p G. Veloo
No. 1, Jalan Toh Muda Hashim, Taman Lim, Ipoh
7 11666Encik Osman Yazid bin Abd Wahid
No. 20, Jalan Kledang Raya 27, Taman Malcop Off Jalan Silibin,Ipoh
8 11694Encik Bharum bin Mohd Taha
No. 104 - 2c, Kampong Air Putih, Serdang, Kedah
9 11746Encik Abd Razak bin Nordin
No. 21, Lengkok Meru Permai 1, Halaman Meru Permai Bandar Meru Raya, Ipoh
10 11890 Puan Hamiah bin Din K92, Kuah Woh Yuen, Jalan Bendahara , Ipoh
30
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
3,13 MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN KAKIB
Tarikh Penerima RM
18.10.2018
Penyerahan Zakat Perniagaan KAKIB Tahun 2017 kepada Majlis Agama Islam Negeri Perak yang diterima wakil MAIPk di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh.
78,106.25
3.14. SEMINAR, KURSUS, BENGKEL, DIALOG, PERAYAAN, MESYUARAT DAN PERSIDANGAN 2018
Tarikh Nama / Tempat Peserta Tujuan / Objektif
22-23.02.2018
SeminarFiqhMuamalat Dalam Gerakan Koperasi di Hotel Impiana, Ipoh.
1. En. Mohd. Zamal Abidin b. Wahit PJK
2. En. Khairul Anuar b. Mohd. Nor
Penyampaian maklumat berkenaan keperluan dan kepentingan pematuhan syariah di dalam transaksi urusniaga koperasi berdasarkan kepada seksyen 4, GP 28 SKM.
25-27.02.2018
Sesi Penerangan Pelan Pembangunan Sektor Perkhidmatan Kewangan Koperasi 2016-2020 di Hotel SeriPacific,KualaLumpur.
1. En. Khairul Anuar b. Mohd. Nor
Mendapatkan maklumbalas dari gerakan koperasi dalam memperkasakan keupayaan sektor kewangan koperasi melalui pengujudan Akaun Deposit Koperasi serta cadangan penggabungan koperasi kredit.
01.03.2018 Majlis Pelancaran Gerakan Kesedaran Hibah Peringkat Negeri Perak di DewanBanquet,Bangunan Seri Perak, Ipoh.
1. En. Razmi b. Hashim PPT
Memaklumkan tentang kepentingan Hibah dalam pentadbiran harta pusaka serta penubuhan Rakan Strategik MAIPk iaitu Wasiyyah Shoppe Berhad.
06.03.2018 Majlis Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Negeri Perak di Hotel Taiping Perdana, Taiping.
1. En. Razmi b. Hashim PPT
Menyatakan kesungguhan ANGKASA dan Koperasi di Negeri Perak dalam mengamalkan urusan yang bebas rasuah dan berintegriti.
31
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
Tarikh Nama / Tempat Peserta Tujuan / Objektif
08.03.2018 Konvensyen Koperasi Pemangkin Pertumbuhan Koperasi Mapan di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku Aziz, Petaling Jaya, Selangor.
2. En. Rosman bin Redzuan PPT
Perbincangan pihak SKM dengan gerakan Koperasi dalam perkara pindaan Akta Koperasi 1993 (Akta 502) kerana sebahagian besar pindaaan tersebut tidak dipersetujui oleh gerakan Koperasi.
20.03.2018 Masjlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2018 di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
1. En. Razmi bin Hashim PPT
2. En. Mohd. Zamal Abidin b. Wahit PJK
3. En. Khairul Anuar b. Mohd. Nor
4. Tn. Syed Shahrom b. Syed Agil
5. En. Shaharuddin bin Ali
Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2018 dengan tema HKN 2018 ‘Rakyat Sejahtera Bersama Koperasi’
04.04.2018 Persidangan Negeri ANGKASA Perak 2018 di Dewan Konvensyen Amanjaya, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh
1. En. Khairul Anuar b. Mohd. Nor
2. En. Zulkimi b. Hussain
Persidangan Tahunan ANGKASA Perak 2018 dan perbincangan berkenaan pindaan UUK serta proses pemilihan anggota Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN).
22.04.2018 Mesyuarat Agong Perwakilan Tahunan KOPSYA kali ke 6 di Hotel Aliya, Klang, Selangor.
1. En. Khairul Anuar b. Mohd. Nor
2. En. Mohd. Zamal Abidin b. Wahit PJK
Mesyuarat Agong Perwakilan KOPSYA kali ke 6 dan perbincangan berkenaan pindaan UUK serta proses pemilihan Anggota Lembaga KOPSYA.
29.04.2018 Mesyuarat Agong Perwakilan Tahunan CoopBank Persatuan Malaysia Berhad di Hotel Taiping Perdana, Taiping.
1. En. Khairul Anuar b. Mohd. Nor
2. En. Shuhaimi b. Ari PJK
Mesyuarat Agong Perwakilan CoopBank Persatuan dan perbincangan berkenaan pindaan UUK serta proses pemilihan Anggota Lembaga CoopBank Persatuan Berhad.
32
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
Tarikh Nama / Tempat Peserta Tujuan / Objektif
12.05.2018 Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA ke 33 di Bangunan PWTC Kuala Lumpur
1. En. Mohd. Zamal Abidin b. Wahit PJK
2. Tn. Syed Shahrom b. syed Agil
Mesyuarat Agong Perwakilan dan pemilihan Anggota Jawatankuasa Kebangsaan ANGKASA Pusat.
10.07.2018 Majlis Dialog Hala Tuju Koperasi Negeri Perak dan Majlis Ramah Mesra Bersama Gerakan Koperasi 2018 di Pejabat SKM Negeri Perak.
1. En. Razmi b.Hashim PPT
YB Hasnul Zulkarnain dilantik memegang portfolio Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Negeri Perak dan memperkasakan gerakan Koperasi dengan pendekatan ke atas Kebajikan Rakyat, Golongan Muda, Bank Makanan dan Pusat Hemodialisis.
22.07.2018 Kejohanan PetanqeantaraKoperasi-Koperasi Peringkat Negeri Perak Anjuran Angkasa Bagi Tahun 2018 di ArenaPetanqueAmanjaya, Kuala Kangsar.
1. En. Zulkimi b. Hussain
2. En. Mohd Hasrizad b. Zaman
3. En. Mohd. Shafri b. Sulaiman
KAKIB menghantar wakil untuk kejohanan tersebut sebagai meningkatkan semangat kesukanan diantara Koperasi Negeri Perak.
28.07.2018 Mesyuarat Agong Perwakilan Tahunan ke-44 Koperasi Perdanajaya Malaysia Berhad diBrickfieldsAsia College (PJ Campus)@PJ City Centre, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
1. En. Khairul Anuar b. Mohd. Nor
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan dan taklimat berkenaan hala tuju Koperasi PMB serta perlantikan semula ALK Koperasi PMB yang tamat tempoh.
33
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
Tarikh Nama / Tempat Peserta Tujuan / Objektif
09.08.2018 Taklimat Kempen Labur dan Maju Bersama Co-op Bank Persatuan di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh.
1. En. Mohd. Zamal Abidin b. Wahit PJK
2. En. Zulkimi b. Hussain
3. En. Zulkimi b. Hussain
Co-op Bank Persatuan (CBP) menawarkan kira-kira RM300 juta saham kepada orang ramai, sama ada pelabur individu atau koperasi berdaftar di negara ini dalam tempoh tiga bulan sehingga akhir tahun 2018.
16.08.2018 Bicara Profesional Membina Kepimpinan Dan Kecemerlangan Koperasi di Orient Star Resort Lumut
1. En. Zulkimi b. Hussain
2. En. Mohd Hasrizad b. Zaman
3. En. Mohd. Shafri b. Sulaiman
4. En. Abdull Wahab b. Busu
5. En. Shamsul Baharin b. Mohd. Salleh
Bicara profesional dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Konsultasi (CRC), Maktab Koperasi Malaysia. Penceramah Dr. Mohd. Sani Badron, FelowUtama,PusatKajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
05 – 06.09.2018
Kursus Wajib 2 – Pengurusan Kewangan Koperasi di D’Hotel Seri Iskandar, Perak.
1. En. Mohd. Huzaifah b. Ismail
2. En. Shaharuddin b. Ali (Pengurus KAKIB)
Kursus memberi pendedahan tanggung jawab masing- masing serta memastikan kelancaran perjalanan operasi dalam sesebuah Koperasi.
19.09.2018 Taklimat MyAngkasa Bina Sdn. Bhd bersama Koperasi-koperasi Negeri Perak di Kompleks SKOMK, Teluk Intan.
1. En. Zulkimi b. Hussain
2. En. Shaharuddin b. Ali (Pengurus KAKIB)
Taklimat berkenaan produk dan perkhidmatan MyAngkasa Bina Sdn. Bhd kepada Koperasi Negeri Perak.
34
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
Tarikh Nama / Tempat Peserta Tujuan / Objektif
27.09.2018 Taklimat KAKIB kepada Persatuan Pengendali Pelancongan dan Agensi Pengembaraan Bumiputra di Pejabat MOTAC Negeri Perak.
1. En. Khairul Anuar b. Mohd. Nor
Memperkenalkan KAKIB sebagai sebuah organisasi perniagaan yang boleh membantu menyediakan barangan set beg serta kain ihram untuk tujuan umrah yang akan dibekalkan dengan tawaran harga yang berpatutan kepada ahli-ahli persatuan serta apa juga perkhidmatan dan barangan lain untuk keperluan ahli persatuan dan jemaah umrah.
28 - 29.09.2018
Bengkel e-Usahawan Koperasi Kursus anjuran ANGKASA bertempat di Hotel Taiping Perdana, Taiping.
1. En. Muhammad Faizb.AhmadKamil, PTM KAKIB
2. En.SyedFirdausb.Syed Kamaruddin, PT KAKIB
Bengkel mengenai pemasaran di laman sosial seperti facebook dan instragram sebagai media untuk mempromosikan produk syarikat. Teknik mempromosikan produk dan teknik ‘copy writing’ memperkenalkan produk kepada pelanggan secara online dan teknik pencarian trend pasaran menggunakan ‘google trend’.
01 – 02.10.2018
Kursus Wajib 1 – Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi di Hotel Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
1. En. Shamsul Baharin b. Mohd Salleh
Kursus memberi pendedahan tanggungjawab masing- masing serta memastikan kelancaran perjalanan operasi dalam sesebuah Koperasi.
22 -23.10.2018
Kursus Wajib 1 – Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi di Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.
1. En.ZulkifliFaathirb. Mohamed Farouk
Kursus memberi pendedahan tanggungjawab masing- masing serta memastikan kelancaran perjalanan operasi dalam sesebuah Koperasi.
35
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
Tarikh Nama / Tempat Peserta Tujuan / Objektif
29 – 31.10.2018
Kursus Aplikasi EXCEL – Lanjutan di MKM, Alor Setar, Kedah.
1. Encik Noor Hamzah b. Bahari, Ketua PT KAKIB
2. Encik Saiful Lizam b. Yama, PT KAKIB
Kursus bagi memberi pengetahuan mengenai perisian MS Excel.
23 – 25.11.2018
Seminar Memperkasakan Integriti Koperasi, Keperluan Standard dan Pematuhan Peringkat Kebangsaan 2018 di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi.
1. En. Mohd. Hasrizad b. Zaman
2. Tuan Syed Mohamad Jamahalulil b. Syed Zulkifly
Seminar untuk meningkat Integriti Melalui Penggunaan Standard Sistem Pengurusan Anti Rasuah dan keperluan Standard Dalam Koperasi.
26 - 28.11.2018
Lawatan Penanda Aras Pengurusan dan Pembangunan Koperasi Anjuran SKM Negeri Perak di Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu, Kelantan.
1. 6 orang anggota Lembaga
Program ini dapat memberi manafaat kepada Koperasi bagi menceburi bidang baru dalam aktiviti perniagaan. Lawatan ke Pusat Lestari Dyalisis Sdn. Bhd. juga dapat memberi gambaran yang jelas mengenai penubuhan dan pengurusan pusat Dialisis.
13.12.2018 Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Negeri Perak Bil. 01/2018 di Hotel Weil, Ipoh.
1. En. Khairul Anuar b. Mohd. Nor
Mesyuarat ini juga membentangkan berkenaan isu cadangan penubuhan Pusat Dialisis KAKIB dan perancangan kerjasama KAKIB dengan Syarikat penyediaan sumber tenaga alternatif yang menggunakan bahan buangan atau sampah yang diproses menjadi tenaga elektrik.
36
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
4. AKTIVITI EKONOMI DAN PERNIAGAAN
4.1. PEMBIAYAAN KEPADA ANGGOTA
Aktiviti pembiayaan adalah aktiviti utama KAKIB yang menawarkan pelbagai pembiayaan. Pembiayaan peribadi sehingga RM150,000.00, dengan kadar keuntungan 3.9% setahun. Pembiayaan Kredit (90% daripada yuran) dengan kadar keuntungan 3.5% setahun, tanpa penjamin dan tempoh bayaran balik sehingga 120 bulan. Seluruh anggota KAKIB digalakkan untuk menikmati kemudahan pembiayaan disamping dapat membantu meningkatkan pendapatan KAKIB. Anggota boleh melayari laman sesawang KAKIB www.kakib.my untuk mendapatkan keterangan lanjut.
* Tertakluk kepada terma dan syarat.
4.2. PEMBIAYAAN AKTIVITI PERNIAGAAN/ BARANGAN PENGGUNA
Unit Jualan KAKIB memberikan perkhidmatan pembiayaan aktiviti perniagaan/barangan pengguna kepada anggota KAKIB untuk menikmati kemudahan-kemudahan dan perolehan peralatan elektronik dan elektrik, perabot, kenderaan baharu dan terpakai, ubahsuai rumah serta pelbagai barangan lain dengan had maksimun pembiayaan sebanyak RM30,000.00 pada kadar keuntungan 3.5% setahun. Anggota KAKIB digalakkan untuk menikmati kemudahan ini disamping membantu meningkatkan pendapatan KAKIB.
* Tertakluk kepada terma dan syarat.
4.3. AGEN INSURANS AM
KAKIB sebagai agen Insurans Am juga menyediakan perkhidmatan Insurans Kenderaan, Insurans Penumpang dan Insurans Kebakaran. Anggota KAKIB digalakkan untuk mengambil Insurans Am ini melalui KAKIB yang akan dapat membantu menambahkan pendapatan KAKIB. Perkhidmatan ini boleh dibuat melalui potongan gaji atau secara tunai dengan had maksimum RM5,000.00.
4.4. AKTIVITI PERNIAGAAN AR-RAHNU KAKIB
Ar-Rahnu KAKIB menjalankan perkhidmatan pajak gadai Islam telah mula beroperasi pada awal tahun 2017 di tingkat bawah bangunan KAKIB. Ar Rahnu KAKIB menawarkan pembiayaan Nilai Simpan maksimun sehingga RM25,000.00 untuk setiap transaksi dengan margin pembiayaan sehingga 80% daripada nilai marhun serta Upah Simpan serendah RM0.80 bagi setiap RM100.00. Tempoh Gadaian selama 6 bulan dan boleh diperbaharui. Jenis barangan kemas yang diterima daripada Emas 916 dan 999. Anggota Lembaga KAKIB juga bercadang untuk menubuhkan Ar-Rahnu KAKIB yang kedua memandangkan perolehan pendapatan KAKIB bagi tahun 2018 yang menggalakkan melalui aktiviti ini. Seluruh anggota KAKIB juga dipohon memberikan sokongan keatas aktiviti Ar-Rahnu KAKIB ini serta turut membantu menghebahkan kepada orang ramai. Anggota boleh melayari laman sesawang KAKIB www.kakib.my untuk mendapatkan keterangan lanjut.
4.5. AKTIVITI PELANCONGAN KAKIB KAKIB Safar Travel & Tours (KSTT) merupakan salah satu perniagaan KAKIB yang
telah memulakan operasi sepenuhnya pada November 2018 di Bangunan KAKIB,
37
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
No. 38, Jalan Pusat Perniagaan Silibin 1, Pusat Perniagaan Silibin, 30100 Ipoh, Perak. KSTT menyediakan pakej umrah dan pelancongan luar dan dalam negara pada harga berpatutan. Selain itu harga istimewa juga turut diberikan kepada anggota-anggota KAKIB dengan menawarkan pembiayaan khas bagi pakej umrah dan pelancongan bagi kemudahan para anggota.
Mulai tahun 2019, KSTT juga ada memberikan perkhidmatan mengerjakan Ibadah Haji secara pakej serendah RM46,000.00 seorang. Anggota KAKIB digalak untuk memberi sokongan ke atas aktiviti pelancongan KAKIB ini dengan mendapatkan perkhidmatannya serta turut membantu menghebahkan kepada orang ramai.
4.6. HARTANAH DAN SEWAAN BANGUNAN
4.6.1. PROJEK KHAS RANCANGAN PERUMAHAN ANGGOTA KERAJAAN (KAMPUNG TERSUSUN) DI ATAS LOT 116174, MUKIM SUNGAI TERAP, DAERAH KINTA. BATU GAJAH, PERAK.
Projek Khas Perumahan Anggota Kerajaan ini merupakan salah satu aktiviti sosial ekonomi pihak KAKIB dalam usaha menyediakan tapak perumahan bagi anggota KAKIB dengan kerjasama pihak Berkuasa Negeri. Seramai 136 orang peserta terdiri daripada 41 peserta dari anggota KAKIB dan 95 orang peserta dari Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah. Kerja-kerja penyediaan tapak tanah perumahan berserta infrastrukturnya sedang dalam pelaksanaan dengan anggaran kemajuan kerja sebanyak 50%. Bayaran bagi kemajuan kerja ini perlu dijelaskan oleh semua peserta selain dari bayaran yang termaktub dalam perjanjian.
Pihak KAKIB dengan segala daya usaha sedang berusaha agar projek ini dapat diserahkan kepada peserta dengan seberapa segera. Perundingan diantara KAKIB dengan pihak kontraktor serta pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kinta sedang giat dijalankan untuk mempercepatkan kerja di tapak. Pihak kontraktor juga bercadang akan menyediakan pakej promosi yang menarik serta harga yang berpatutan kepada mana-mana peserta yang melantik mereka untuk mendirikan rumah di atas tapak tanah yang diperolehi nanti.
4.6.2. BANGUNAN KAKIB
KAKIB memiliki Aset Tetap berupa satu Bangunan di Jalan Dato’ Onn Jaafar dan 9 unit Rumah Kedai di Taman Chepor Damai, 1 unit di Meru Raya, 1 unit di Jalan Labrooy, 1 unit di Jalan Raja Musa Aziz dan 1 unit di Silibin Business Centre, Ipoh. Kesemua Aset Tetap ini merupakan salah satu penyumbang kepada pendapatan KAKIB melalui sewaan.
5. PERANCANGAN AKTIVITI EKONOMI DAN PERNIAGAAN KAKIB
5.1. PERANCANGAN PENUBUHAN PUSAT DIALISIS KAKIB
Cadangan Penubuhan Pusat Dialisis KAKIB telah diluluskan dan mendapat mandat dari anggota semasa Mesyuarat Agung Tahunan ke 93 yang lalu.
38
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
Penubuhan Pusat Dialisis KAKIB juga telah mendapat perhatian dan sokongan daripada SKM serta galakan daripada Kerajaan Negeri Perak. Permohonan bagi menubuhkan subsidiari adalah di bawah GP. 17 SKM, Seksyen 19 Akta Koperasi 1993. KAKIB telah melantik MyAngkasa Dialisis Sdn. Bhd. sebagai perunding bagi penubuhan Pusat Dialisis KAKIB Sdn. Bhd. Penubuhan Subsidiari Pusat Dialisis KAKIB Sdn. Bhd. perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pihak SKM. Untuk melaksanakannya, KAKIB perlu bersedia mematuhi garis panduan serta prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
5.2. PERANCANGAN PENUBUHAN KLINIK KAKIB
Susulan pindaan keatas Undang-Undang Kecil Seksyen 9 iaitu menjalankan aktiviti ‘rawatan dan perkhidmatan kesihatan’ yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke 93 yang lalu. Pihak KAKIB bercadang untuk menubuhkan sebuah Klinik KAKIB bagi meningkatkan aktiviti sosial ekonomi KAKIB yang berasaskan kesihatan kepada anggota. Dengan penubuhan Klinik KAKIB ini kelak akan dapat menambahkan pendapatan KAKIB serta memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak anggota KAKIB. Cadangan ini diharap mendapat sokongan dan bantuan daripada seluruh anggota KAKIB bagi merealisasikannya.
5.3. PERANCANGANPENUBUHANFARMASIKAKIB
Susulan pindaan keatas Undang-Undang Kecil Seksyen 9 iaitu menjalankan aktiviti `rawatan dan perkhidmatan kesihatan’ yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke 93 yang lalu. Pihak KAKIB bercadang untuk menubuhkan sebuah FarmasiKAKIBbagimeningkataktivitisosialekonomiKAKIByangberasaskankesihatankepadaanggota.DenganpenubuhanFarmasiKAKIBinikelakakandapat menambahkan pendapatan KAKIB serta memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak anggota KAKIB. Cadangan ini diharap mendapat sokongan dan bantuan daripada seluruh anggota KAKIB bagi merealisasikannya.
5.4. PERANCANGAN PENUBUHAN AR-RAHNU KAKIB KEDUA
Cadangan Penubuhan Ar-Rahnu KAKIB kedua adalah memandangkan perolehan pendapatan KAKIB bagi tahun 2018 yang menggalakkan melalui aktiviti ini. Pihak Anggota Lembaga KAKIB berpendapat penubuhan Ar-Rahnu KAKIB kedua tidak akan menghadapi masalah kerana telah berpengalaman dalam penubuhan Ar-Rahnu KAKIB pertama. Dengan penubuhan Ar-Rahnu KAKIB kedua ini kelak akan dapat menambahkan pendapatan KAKIB serta memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak anggota KAKIB. Cadangan ini diharap mendapat sokongan dan bantuan daripada seluruh anggota KAKIB bagi merealisasikannya.
5.5. PROJEK STESEN MINYAK KAKIB
Projek Stesen Minyak KAKIB merupakan salah satu projek dalam perancangan KAKIB. Lokasi yang sesuai dan berpotensi perlu dikenalpasti dan diteliti bagi memastikan projek ini dapat memberikan pulangan yang tinggi kepada pendapatan KAKIB.
6. PENGHARGAAN
Seluruh Anggota Lembaga KAKIB ingin mengucapkan setinggi–tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak seperti berikut:-
39
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
6.1 Suruhanjaya Koperasi Malaysia; 6.2. Pengarah dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Perak; 6.3. Ketua–Ketua Jabatan Persekutuan, Kerajaan Negeri Perak, Badan Berkanun,
Pengetua dan Guru Besar Sekolah; 6.4. Pengarah Politeknik Ungku Omar, Ipoh; 6.5. Guru Besar Sek. Keb. Seri Kinta, Ipoh; 6.6. ANGKASA Pusat dan ANGKASA Negeri Perak; 6.7. Biro Perkhidmatan ANGKASA; 6.8. Datuk Bandar Ipoh; 6.9. Ketua Polis Daerah Kinta; 6.10. Maktab Koperasi Malaysia; 6.11. Jawatankuasa Audit Dalaman KAKIB dan Juru Audit Luar; 6.12. Pegawai dan Pekerja Undi; 6.13. Pengurus Syarikat, Bank dan Dermawan; 6.14.PerakFM,MediaCetakdanElektronik; 6.15. Anggota KAKIB dan Pekerja KAKIB; 6.16. Anggota RELA.
Bagi pihak Anggota Lembaga KAKIB,
ZULKIMI BIN HUSSAINSetiausahaKOPERASI ANGGOTA KERAJAAN IPOH BERHAD (KAKIB)
40
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
Keputusan Undian Anggota Lembaga Bagi Tahun 2018 – 2019
No Nama AngootaNo
AnggotaJabatan /Sekolah
JumlahUndi
1 Abdull Wahab bin Busu 22704Hospital Raja Permaisuri
Bainun, Ipoh3374
2 Jamal bin Abdul Moin 20276Hospital Raja Permaisuri
Bainun, Ipoh2863
3Shamsul Baharin bin Mohd Salleh
21408Klinik Kesihatan Manjoi,
Ipoh2862
4 Azwan bin Ismail PJK 21104 JKR Negeri Perak, Ipoh 2799
5 Mohd Huzaifah bin Ismadi 28528Makmal Kesihatan Awam,
Ipoh2238
6 Anuar bin Shaari 18599 JKR Negeri Perak, ipoh 2033
7 Sukumaren a/l Perisamy 20788Hospital Raja Permaisuri
Bainun, Ipoh1443
8ZulkifliFaathirbinMohamedFarouk
26402Politekinik Ungku Omar,
Ipoh1398
41
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) Mesyuarat Agung Kali Ke-94
-
Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad,111-B, Tingkat Satu,Jalan Dato’ Onn Jaafar,30300 Ipoh,Perak Darul Ridzuan.
Tarikh : 12.04.2019
LAPORAN TAHUNAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (JAD) BAGI TAHUN KEWANGAN 2018
Kami, Jawatankuasa Audit Dalaman, Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) yang dilantik oleh Anggota Lembaga KAKIB bagi sesi tahun kewangan 2018 berdasarkan kepada Akta Koperasi, Seksyen 42A dan Undang-Undang Kecil KAKIB, Bahagian 50 akan membentangkan laporan auditan kami seperti berikut.
2. Pentadbiran dan Pengurusan KAKIB
Tadbir urus KAKIB telah diamanahkan kepada 15 orang Anggota Lembaga yang dipilih melalui undian pada Mesyuarat Agung Tahunan KAKIB yang diadakan setiap tahun. Bahagian Pentadbiran koperasi ini digerakkan oleh 22 orang kakitangan yang mengendalikan segala urusan berkaitan koperasi dengan pemantauan oleh Jawatankuasa Audit Dalaman.
3. Aktiviti-Aktiviti KAKIB
Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh KAKIB berdasarkan kepada Undang-Undang Kecil KAKIB bahagian 9:
3.1 Yuran Simpanan Anggota, Syer Anggota, Simpanan Khas Anggota, Pembiayaan-Pembiayaan Anggota, Kumpulan Wang dan Tabung Amanah Anggota;
3.2 InsuransBerkumpulan(SunLife,MCISZurichdanEtiqaTakaful); 3.3 Insurans Am (Allianz Assurance Berhad); 3.4 Pelaburan Saham Koperasi, Saham Siar Harga dan Tak Siar Harga; 3.5 Unit Jualan;
3.6 Derma Pelajaran Anak-Anak Anggota, Khairat Kematian dan Saguhati Anggota Bersara;
3.7 Kursus Hujung Minggu; 3.8 Lawatan Sambil Belajar; 3.9 Buletin KAKIB, Seminar, Bengkel, Kongres dan Pameran Koperasi; 3.10 Pembangunan Hartanah, Sewaan; 3.11 Ar Rahnu KAKIB; dan; 3.12 Pelancongan Dalam dan Luar Negeri; (KAKIB Safar Travel and Tours (KSTT)).
4. Kuasa dan Kewajipan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD)
JAD telah melaksanakan amanah dan tanggungjawab berdasarkan kepada Undang-Undang Kecil Bahagian 53 yang memperuntukkan kuasa dan kewajipan dalam bidang tugas seperti berikut :
4.1 Pemeriksaan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD)
Untuk tahun kewangan 2018, JAD telah melakukan pemeriksaan sebanyak tiga (3) kali terhadap semua buku tunai akaun, bil, resit, baucer bayaran dan juga membuat semakan minit-minit Mesyuarat Anggota Lembaga KAKIB. Dalam
42
LAPORAN TAHUNAN 2018
-
tahun ini juga, pihak JAD telah menjalankan Audit Berkala sebanyak dua (2) kali iaitu Pengurusan KAKIB dan Pengurusan KSTT.
4.2. Pemeriksaan, Penemuan dan Cadangan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD)
4.2.1. Kesahan Segala Perbelanjaan dan Tanggungjawab
JAD mendapati bahawa semua proses perbelanjaan, terimaan dan perolehan KAKIB telah diuruska