ةرطفلا ىلع دلوي دولوم لك - muis.gov.sg · wa al-tahsil, juz 5, hlmn 153. ......

10
1 AKTA PENTADBIRAN HUKUM ISLAM (BAB 3, BAHAGIAN 32) FATWA YANG DIKELUARKAN OLEH JAWATANKUASA FATWA, MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA Jawatankuasa Fatwa 2013-2016 telah membincangkan soalan berkenaan batasan aurat antara anak angkat dengan keluarga angkat pada mesyuarat yang ke 2 bertarikh 12 Disember 2013 dan mesyuarat ke-3 bertarikh 13 Mac 2014. FATWA بسم الرحمن الرحيم الحمد ربلعالمين ا، ة والصم والس على سيدمرسلين الام وإم المتقينبينا نحمد م وعلى آله وأصحابه أجمعين. لهم ال أرنا الحق حقارزقنا واتباعه، ا وأرناباطل ال باطرزقنا واجتنابه، ا وبعد. Latarbelakang 1. Jawatankuasa Fatwa Muis menerima pertanyaan daripada Akademi Peningkatan Keluarga Islam (APKIM) melalui suratnya yang bertarikh 14 Januari 2011, melaporkan kesulitan yang dihadapinya berkaitan pengambilan anak angkat oleh keluarga Islam. Kesulitan ini disebabkan oleh kekhuatiran keluarga-keluarga tersebut berkenaan batasan aurat antara anak angkat dan keluarga angkatnya. 2. Oleh kerana itu, pihak APKIM telah mengajukan soalan berikut kepada Jawatankuasa Fatwa Muis: Apakah hukum berkaitan batasan aurat antara anak angkat dengan keluarga angkatnya? Penjagaan anak di dalam Islam 3. Anak ialah amanah daripada Allah s.w.t. oleh itu setiap bayi yang lahir wajib dilindungi dan diberikan hak-haknya. Islam menganggap setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan bersih fitrahnya. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: د على مولود يول كل الفطرةYang bermaksud: Semua anak yang dilahirkan berada dalam keadaan suci dan bersih. (Hadith riwayat Imam Muslim, no. 4803).

Upload: nguyendiep

Post on 16-Mar-2019

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ةرطفلا ىلع دلوي دولوم لك - muis.gov.sg · wa Al-Tahsil, juz 5, hlmn 153. ... 17. Berdasarkan beberapa ayat suci Al-Quran serta penjelasan hadith Nabi s.a.w. para

1

AKTA PENTADBIRAN HUKUM ISLAM

(BAB 3, BAHAGIAN 32)

FATWA YANG DIKELUARKAN

OLEH

JAWATANKUASA FATWA, MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA

Jawatankuasa Fatwa 2013-2016 telah membincangkan soalan berkenaan batasan aurat

antara anak angkat dengan keluarga angkat pada mesyuarat yang ke 2 bertarikh 12

Disember 2013 dan mesyuarat ke-3 bertarikh 13 Mac 2014.

FATWA

الرحيم الرحمن هللا بسم

آله وعلى محمد نبينا المتقين وإمام المرسلين سيد على والسالم والصالة ، العالمين رب هلل الحمد

.وبعد اجتنابه، وارزقنا باطال الباطل وأرنا اتباعه، وارزقنا حقا الحق أرنا اللهم. أجمعين وأصحابه

Latarbelakang

1. Jawatankuasa Fatwa Muis menerima pertanyaan daripada Akademi Peningkatan

Keluarga Islam (APKIM) melalui suratnya yang bertarikh 14 Januari 2011,

melaporkan kesulitan yang dihadapinya berkaitan pengambilan anak angkat oleh

keluarga Islam. Kesulitan ini disebabkan oleh kekhuatiran keluarga-keluarga tersebut

berkenaan batasan aurat antara anak angkat dan keluarga angkatnya.

2. Oleh kerana itu, pihak APKIM telah mengajukan soalan berikut kepada Jawatankuasa

Fatwa Muis: Apakah hukum berkaitan batasan aurat antara anak angkat dengan

keluarga angkatnya?

Penjagaan anak di dalam Islam

3. Anak ialah amanah daripada Allah s.w.t. oleh itu setiap bayi yang lahir wajib

dilindungi dan diberikan hak-haknya. Islam menganggap setiap bayi itu dilahirkan

dalam keadaan bersih fitrahnya. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

الفطرة كل مولود يولد علىYang bermaksud: “Semua anak yang dilahirkan berada dalam keadaan suci dan

bersih”. (Hadith riwayat Imam Muslim, no. 4803).

Page 2: ةرطفلا ىلع دلوي دولوم لك - muis.gov.sg · wa Al-Tahsil, juz 5, hlmn 153. ... 17. Berdasarkan beberapa ayat suci Al-Quran serta penjelasan hadith Nabi s.a.w. para

2

4. Selain daripada penjagaan anak kandung oleh keluarganya sendiri, Islam juga

menitikberatkan penjagaan anak yatim dan anak yang terbiar/terbuang

(Manbuz/Laqith)1. Terdapat beberapa ayat suci Al-Quran dan hadith Nabi s.a.w. yang

menegaskan kepentingan dan kemuliaan menjaga anak yatim. Antaranya firman Allah

s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 220:

Yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu berkaitan anak yatim.

Katakanlah: Berbuat baik kepada mereka adalah lebih baik, dan jika kamu bergaul

dengan mereka, maka mereka itu adalah saudara-saudaramu”

5. Berdasarkan kajian sains sosial/sains kemanusiaan, anak angkat yang dijaga dalam

sekitaran keluarga angkat, akan membesar dengan lebih sempurna berbanding anak

angkat yang membesar di rumah kebajikan dan tumpangan.2

6. Di dalam pengambilan anak angkat ini terdapat beberapa garispandu yang perlu diberi

perhatian. Di antaranya, Islam melarang segala jenis perselindungan dalam proses

pengambilan anak angkat3. Islam juga menitikberatkan keadilan dan rahmah dalam

penjagaan anak angkat 4 . Selain daripada itu, perlu diusahakan agar anak angkat

Muslim dijaga dan dipelihara oleh keluarga Muslim. Garispandu ini selari dengan

1 Manbuz bererti terbuang, dan Laqith bererti anak yang dikutip. Antara sebab utama mengapa seorang anak

itu diabaikan, mungkin disebabkan anak itu merupakan anak tidak sah taraf, yakni dilahirkan dari hubungan

perzinaan. Oleh kerana ingin menutup keaiban dosa yang telah dilakukan, maka zuriat yang dilahirkan dari

hubungan yang haram itu telah diabaikannya. Isu ini telah dibahaskan dengan terperinci oleh para fuqaha’. Sila

lihat: Bidayah Al-Mujtahid 2/309, Qalyubi Umairah 3/123, AlMughni 6/374, As-Syarah As-Saghir 4/178. 2 Johnson, Dana E. (2002), Adoption and the Effect on Children’s Development, Early Human Development

38, pp. 39-54; and Marinus H. van IJzendoorn, Femmie Juffer, and Caroline W. Klein Poelhuis (2005),

Adoption and Cognitive Development: A Meta-Analytic Comparison of Adopted and Nonadopted

Children’s IQ and School Performance, Psychological Bulletin, 131:2, pp. 301-316. 3 Perkara ini jelas melalui perintah Allah s.w.t. untuk tidak mem”bin”kan anak itu kepada selain ayahnya. Allah

berfirman yang bererti: Panggilah mereka (anak-anak angkat) menurut (nama) bapanya, hal itu lebih adil di

sisi Allah s.w.t. (Surah Al-Ahzab: 5). 4 Terdapat pelbagai ayat suci Al-Quran yang menitikberatkan aspek keadilan bagi mereka yang menjaga

kebajikan anak yatim, antaranya firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan berikan kepada anak yatim itu harta

mereka, dan jangan kamu menukar [hartamu] yang buruk dengan [harta mereka] yang baik, dan jangan kamu

memakan harta mereka melalui hartamu, sesungguhnya ia merupakan suatu dosa yang besar. (Surah Al-

Nisaa’: ayat 2).

Page 3: ةرطفلا ىلع دلوي دولوم لك - muis.gov.sg · wa Al-Tahsil, juz 5, hlmn 153. ... 17. Berdasarkan beberapa ayat suci Al-Quran serta penjelasan hadith Nabi s.a.w. para

3

Maqasid Syariah (objektif Syarak)5 yang merangkumi pemeliharaan keimanan dan

agamanya.

Aurat keluarga dengan anak angkat.

7. Bagi memenuhi tuntutan agama agar kebajikan dan akidah anak-anak tersebut

terpelihara, segala kesulitan yang boleh menjadi hambatan perlu diatasi. Ini termasuk

kesulitan dari segi hukum sekiranya ada.

8. Jawatankuasa Fatwa akur bahawa Islam menetapkan peraturan tertentu berkaitan

kewajipan memelihara aurat. Namun dalam isu yang ditimbulkan oleh APKIM

sebagai pihak yang bertanya, kekhuatiran tentang hukum aurat ini ternyata menjadi

faktor yang menghambat ramai keluarga Muslim daripada mengambil anak angkat

Muslim. Ini menimbulkan keburukan agama yang serius, di mana akidah anak-anak

tersebut tidak dapat dipelihara.

9. Syarak menetapkan bahawa perkara yang boleh membawa kepada bahaya dan

bencana perlu dihilangkan. Dinyatakan dalam kaedah Fiqhiyah:

الضرر ي زال.

Yang bermaksud: Segala kemudaratan perlu dihilangkan.6

10. Juga berdasarkan kaedah Fiqhiyah yang menetapkan bahawa apabila terdapat

kesukaran, maka Syarak berusaha untuk mendatangkan dengan jalan keluar yang

membawa kepada kesenangan. Seperti berikut:

املشقة جتلب التيسري

Yang bermaksud: Kesusahan itu membuka jalan kepada kemudahan.7

5 Segala hukum-hakam Islam bertujuan untuk menjaga kemaslahatan umat manusia. Kemaslahatan tersebut

terpelihara melalui penjagaan lima perkara, iaitu melalui penjagaan kesejahteraan agama, akal, nyawa,

keturunan dan harta. Pemeliharaan lima perkara ini dikenali sebagai Maqasid Syariah, yang bererti: Objektif

yang ingin dicapai Syarak. Menurut Imam al-Syathibi: Tujuan utama Allah menurunkan syari’at (aturan hukum)

adalah untuk meraih kemaslahatan dan menghindari kemudaratan. Sila lihat: Al-Syatibi, Al-Muwaafaqaat,

Beirut, Dar Al-Kutub Al’Ilmiyah, cetakan pertama, 1425H-2004, hlmn 220. 6 Al-Suyuti, al-Ashbah wa al-Naza’ir, Beirut, Maktabah Al-‘Asriah, 2003/1424H, hlm 114. 7 Ibid, hlmn 106.

Page 4: ةرطفلا ىلع دلوي دولوم لك - muis.gov.sg · wa Al-Tahsil, juz 5, hlmn 153. ... 17. Berdasarkan beberapa ayat suci Al-Quran serta penjelasan hadith Nabi s.a.w. para

4

11. Atas dasar ini, juga bersandarkan kaedah Sadd al-Zara’i’ 8 Jawatankuasa Fatwa

berpendapat bahawa salah satu di antara dua pendekatan berikut boleh

dipertimbangkan sebagai jalan keluar bagi isu penjagaan aurat antara anak angkat

dengan keluarga angkatnya.

Pendekatan Pertama: Penyusuan anak angkat oleh ibu angkat

12. Seorang wanita yang ingin mengambil anak angkat boleh berusaha untuk menjadikan

anak tersebut sebagai anak susuan. Penyusuan tadi menyebabkan hubungan mahram

itu terhasil antara ibu susuan dengan anaknya, dan suami wanita itu juga menjadi

mahram anak tersebut. Sama ada penyusuan itu dilakukan secara langsung dari

payudara, ataupun secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan

sebagainya.

13. Jawatankuasa Fatwa juga tiada halangan jika wanita tersebut ingin mengambil

perubatan tertentu seperti pil hormon untuk menghasilkan susu (Induced Lactation).

14. Jawatankuasa Fatwa juga bersetuju dengan pandangan jumhur fuqaha’ bahawa

seorang wanita dibenarkan untuk menyusukan anak, sama ada dia sudah

berumahtangga ataupun belum. Pandangan Mazhab Maliki, Al-Syafie dan Hanafi9

menyatakan bahawa seorang wanita yang hendak menyusukan seorang anak, tidak

disyaratkan mempunyai suami.

15. Sekiranya anak tersebut berjaya dijadikan anak susuan, maka menurut penetapan

fuqaha’ anak susuan itu menjadi mahram kepada individu yang berikut:

a. Ibu susuannya;

b. anak-anak kepada ibu susuannya, samada anak kandung atau anak susuan

yang lain;

c. suami kepada ibu susuan;

d. dan anggota-anggota keluarga yang lain seperti yang telah dijelaskan oleh para

fuqaha’.

8 Konsep al-Zara’i’: Bererti menutup ruang. Ianya adalah satu kaedah pencegahan awal dari berlakunya perkara

yang diharamkan atau dilarang syarak. 9 Sila lihat: Al-Khatieb Al-Shirbiiniy, Al-Mughni, Juz 3, hlmn 420. Sila lihat: Ibn Rushd Al-Maaliki, Al-Bayaan

wa Al-Tahsil, juz 5, hlmn 153. Sila lihat: Fataawa Al-Hindiyah, Juz 1, hlmn 343.

Page 5: ةرطفلا ىلع دلوي دولوم لك - muis.gov.sg · wa Al-Tahsil, juz 5, hlmn 153. ... 17. Berdasarkan beberapa ayat suci Al-Quran serta penjelasan hadith Nabi s.a.w. para

5

16. Saiduna Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

.النسب ن الرضاع ما يرم م ن يرم م

Yang bermaksud: Menjadi mahram melalui penyusuan, apa yang menjadi mahram

melalui nasab. (Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim).

17. Berdasarkan beberapa ayat suci Al-Quran serta penjelasan hadith Nabi s.a.w. para

ulama telah menetapkan beberapa syarat agar penyusuan itu dianggap sebagai

penyusuan yang sah di sisi syarak serta boleh menyebabkan mahramiyah, seperti

berikut:

a. Bilangan susuan hendaklah mencapai sekurang-kurangnya lima kali

penyusuan yang mengenyangkan10;

b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi11; dan

c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah12.

Pendekatan Kedua: Mengambil kira beberapa pengecualian berkaitan aurat antara

bukan mahram

18. Selain daripada pendekatan penyusuan anak angkat, ibu bapa angkat juga boleh

mempertimbangkan pilihan kedua ini bagi isu batasan aurat antara keluarga angkat

dan anak angkat.

19. Pendekatan ini mengambil kira hukum-hakam syarak yang memberi beberapa

pengecualian berkaitan aurat seorang wanita dengan yang bukan mahramnya.

Jawatankuasa Fatwa juga telah meneliti punca dan motif disebalik setiap hukum (illah

10 Dari ‘Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh isteri Abu Hudzaifah (supaya menyusui

Salim) sebanyak lima kali susuan. Dan Salim bebas untuk memasuki rumahnya sebab penyusuan tersebut.

[Hadith riwayat Ahmad]. 11 Nabi s.a.w. bersabda: Perhatikanlah saudara lelaki kamu dari penyusuan. Karena penyusuan yang sah

adalah ketika susu itu dapat mengenyangkan dari rasa kelaparan. (Hadith riwayat Al-Bukhari no. 5102 dan

Muslim no. 1455) 12 Firman Allah s.w.t.: Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, bagi mereka yang

ingin menyempurnakan penyusuan. (Surah Al-Baqarah: 233).

Page 6: ةرطفلا ىلع دلوي دولوم لك - muis.gov.sg · wa Al-Tahsil, juz 5, hlmn 153. ... 17. Berdasarkan beberapa ayat suci Al-Quran serta penjelasan hadith Nabi s.a.w. para

6

hukum13) dan mengaplikasikan motif hukum tersebut pada konteks aurat anak angkat

dengan keluarga angkatnya.

20. Syariah menetapkan bahawa tidak semua yang bukan mahram itu memiliki hukum

yang sama. Ada keringanan (rukhsah) yang diberi bagi sebahagian situasi untuk

menjaga kemaslahatan dan keperluan. Antara permasalahan yang telah dikenalpasti di

mana pengecualian hukum diberi bagi seorang wanita untuk tidak berhijab adalah

seperti berikut:

a. Aurat seorang wanita dengan hamba lelakinya.

b. Hamba wanita dengan tuan lelaki.

c. Lelaki yang tiada syahwat serta keinginan terhadap wanita.

d. Anak lelaki kecil yang belum ada keinginan terhadap wanita.

e. Wanita yang telah putus haid.

Pertama: Keringanan disebabkan urusan seharian

21. Di dalam perundangan Islam seorang wanita dibenarkan untuk tidak berhijab

disebabkan beberapa urusan seharian yang perlu dikendalikannya, seperti berikut:

Dalam situasi keperluannya (hajat) untuk menjalankan urusan seharian samada

bersama hamba lelaki yang dimilkinya, ataupun bersama anak kecil yang belum

baligh. Begitu juga keadaannya bagi seorang lelaki dengan hamba wanitanya.14

13 Illah hukum: Ia bermaksud penyebab ataupun motif disebalik penetapan hukum. Para ulama berusaha untuk

mengenalpasti motif/penyebab disebalik sesuatu hukum bagi sesuatu permasaalahan. Tujuannya adalah apabila

motif hukum dikenalpasti bagi isu tersebut, maka hukum syariat yang sama dapat diterapkan pada isu-isu terkini

dan yang terbaru yang memiliki persamaan dengannya, sedangkan hukumnya tidak dinyatakan dalam Al-Quran

mahupun Sunnah. Imam Al-Shatibi antara mereka yang bertanggapan bahawa tiada bezanya antara illah (motif)

sesuatu hukum dengan hikmah disebalik hukum. Kedua-duanya dianggap sebagai penyebab sesuatu hukum.

Adapun sebahagian ulama Usul Fiqh membezakan antara illah (motif) sesuatu hukum dengan hikmah

disebaliknya. Sila lihat: Al-Shatibi, Al-Muwafaqaat, hlmn 160. 14 Menurut Mazhab As-Syafie diperbolehkan bagi seorang wanita yang memiliki hamba sahaya lelaki untuk

melepaskan hijabnya ketika berurusan dengan hamba tersebut, berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah An-

Nur ayat 31:

أو نسائهن أو ما هنن أو بىن أخواهتنأو بىن إخوا وال يبدين زينتهن إال لبعولتهن أو آابئهن أو آابء بعولتهن أو أبنائهن أو أبناء بعولتهن أو إخواهنن...﴿ ﴾ اهننملكت أمي

Yang bermaksud:…dan jangan mereka (yakni kaum Muslimah) menzahirkan (tempat) perhiasan mereka

melainkan kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau

anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau

anak lelaki saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau hamba sahaya lelaki yang mereka

miliki.

Page 7: ةرطفلا ىلع دلوي دولوم لك - muis.gov.sg · wa Al-Tahsil, juz 5, hlmn 153. ... 17. Berdasarkan beberapa ayat suci Al-Quran serta penjelasan hadith Nabi s.a.w. para

7

22. Motif hukum (illah) disebalik keringanan yang diberi ini adalah di atas dasar

kesukaran yang dihadapi oleh seorang hamba yang sering berurusan di dalam rumah

tuannya.

23. Allah s.w.t. menjelaskan melalui firmanNya dalam Surah An-Nur ayat 58, berkaitan

motif hukum (illah) disebalik keringanan hukum yang diberi bagi isu aurat antara

hamba sahaya dengan tuannya. FirmanNya yang berbunyi:

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu

dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepadamu

(sebelum masuk ke tempatmu), pada tiga masa; (iaitu) sebelum solat subuh, dan

ketika kamu membuka pakaian di tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah

tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat). Kamu dan mereka tidaklah

dipersalahkan setelah tiga masa tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu

keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat

antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-

ayatNya (yang menjelaskan hukum-hakamNya); dan (ingatlah) Allah Maha

Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

24. Ayat ini dengan jelas menerangkan bahawa antara sebab utama mengapa keringanan

hukum itu diberi bagi isu aurat antara hamba dengan tuannya, juga bagi kanak-kanak

yang belum baligh, adalah kerana hamba dan anak kecil tersebut sering berurusan di

Page 8: ةرطفلا ىلع دلوي دولوم لك - muis.gov.sg · wa Al-Tahsil, juz 5, hlmn 153. ... 17. Berdasarkan beberapa ayat suci Al-Quran serta penjelasan hadith Nabi s.a.w. para

8

dalam rumah tuannya. Ia dibenarkan walaupun tiada hubungan mahram antara

mereka. Imam Ibn Kathir menjelaskan dalam tafsirnya:

. غريهمتفر يفغ ي تفر يف الطوافني ما ال غ وألهنم } طوافون { عليكم، أي: يف اخلدمة وغري ذلك، وي

Yang bermaksud: Kerana mereka sering berlegar (tawwaf) antara mu, yakni tatkala

melaksanakan khidmat untuk mu dan sebagainya. Dan diberi kemaafan

(kelonggaran) bagi mereka yang sering berlegar (taawafin) di mana kemaafan

tersebut tidak diberikan kepada yang selain dari mereka.15

25. Nabi s.a.w. pernah menziarahi anaknya Fatimah r.a. di rumahnya. Dan Fatimah r.a.

pada waktu tersebut didapati tidak menutupi aurat secara sempurna, Nabi bersabda:

.إنه ليس عليك أبس إمنا هو أبوك وغالمك

Yang bermaksud: Tiada apa-apa, ini hanyalah bapa kamu dan hamba lelaki kamu

sahaja. (Hadith riwayat Abu Dawud, Ahmad dan Al-Baihaqi).

26. Pada konteks zaman dahulu, hukum yang sama juga diamati berkaitan aurat seorang

hamba wanita dengan tuannya. Walaupun tuan tersebut bukanlah mahramnya ataupun

suaminya, tetap diizinkan bagi seorang hamba wanita untuk tidak menggunakan hijab

dalam mengendalikan urusan seharian bersama tuannya.

27. Berdasarkan motif hukum (illah hukum) yang telah dikenal pasti, Jawatankuasa Fatwa

berpendapat bahawa motif yang sama juga boleh diaplikasikan dalam isu anak angkat

dengan keluarga angkatnya. Ini adalah kerana mereka terdiri dari golongan yang

sering berurusan dan berhubungan dengan ahli keluarga angkat, dan terdapat

kesukaran bagi ahli keluarga untuk menjaga aurat rumah bersama anak angkat

tersebut, lebih-lebih lagi ia telah dipelihara sejak kecil lagi.

Kedua: Keringanan diberi disebabkan tiada nafsu syahwat

28. Jawatankuasa Fatwa juga mendapati bahawa syarak telah menetapkan dalam isu yang

lain, illah (motif) di sebalik keringanan berhijab disebabkan ketiadaan syahwat. Sama

ada wanita itu berurusan dengan golongan yang tiada syahwat, seperti anak kecil yang

15 Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, Riyadh, Dar Taibah, cetakan kedua, 1999-1420H, juz 6, hlmn 82.

Page 9: ةرطفلا ىلع دلوي دولوم لك - muis.gov.sg · wa Al-Tahsil, juz 5, hlmn 153. ... 17. Berdasarkan beberapa ayat suci Al-Quran serta penjelasan hadith Nabi s.a.w. para

9

belum baligh dan lelaki yang tiada syahwat terhadap wanita; ataupun wanita itu

sendiri tiada lagi keinginan untuk bernikah disebabkan beliau telah mencapai umur

lanjut. Ini jelas melalui firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nur ayat 31:

Yang bermaksud: “…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka

kecuali apa yang terzahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan

leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan

perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau

bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau

saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau

anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau wanita-wanita Islam, atau

hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan

tidak berkeinginan kepada wanita, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi

tentang aurat wanita.”

29. Islam amat menitikberatkan penjagaan aurat bagi seorang muslimah. Kerana itu, ayat

tersebut menjelaskan bahawa seorang wanita seharusnya sentiasa menjaga auratnya,

melainkan ketika berurusan dengan golongan yang mahram dengannya seperti

ayahnya, ayah mertua dan sebagainya. Diwaktu yang sama, ayat ini juga menjelaskan

bahawa bagi golongan tertentu, yang mana terdapat kemungkinan mereka tidak

memiliki nafsu sepertimana hal keadaan yang biasa, maka kelonggaran hukum

menjaga aurat diberikan kepada mereka dan bagi orang yang berurusan dengan

mereka.

Page 10: ةرطفلا ىلع دلوي دولوم لك - muis.gov.sg · wa Al-Tahsil, juz 5, hlmn 153. ... 17. Berdasarkan beberapa ayat suci Al-Quran serta penjelasan hadith Nabi s.a.w. para

10

30. Penetapan hukum ini serupa dengan situasi anak angkat dengan keluarga angkatnya.

Dimana anak tersebut telah dijaga oleh keluarga angkatnya dari kecil lagi, dan seluruh

keluarga telah melayaninya seperti anak kandung mereka sendiri. Maka seorang anak

angkat boleh dianggap sebagai golongan yang diberikan syarak kelonggaran hukum

menjaga aurat antara ahli keluarga, sepertimana yang nyatakan dalam ayat Al-Quran

tersebut.

Keputusan Fatwa

31. Jawatankuasa Fatwa berpandangan bahawa mengambil anak angkat oleh keluarga

yang berkemampuan dan bersedia adalah satu keperluan. Ia merupakan amanah dan

tanggungjawab yang perlu dipikul oleh masyarakat Islam. Apabila kebajikan anak

angkat Muslim dijaga oleh keluarga Muslim, kebajikan dan kemaslahatan agama anak

tersebut akan terus terpelihara dan tidak terabai.

32. Oleh yang demikian, isu berkaitan hukum aurat tidak sewajarnya menjadi penghalang

untuk melaksanakan tanggungjawab yang berat ini. Jika terdapat keterbatasan hukum

mengenainya, ada jalan keluar yang perlu diambil kira melalui keringanan hukum

(rukhsah) seperti yang dinyatakan di atas, iaitu samada melalui pendekatan

penyusuan, atau melalui aplikasi kaedah menghilangkan kesukaran (Raf’ Al-Haraj)

berdasarkan keringanan yang diberi syarak bagi golongan yang sering berlegar-legar

dan berhubungan dengan ahli keluarga. Juga mengambilkira keringanan yang diberi

berkaitan aurat antara hamba dengan tuannya, seorang anak kecil dan bagi golongan

yang tiada syahwat.

.وسلم وصحبه آله وعلى حممد سيدان على هللا وصلى ، التوفيق وابهلل ، أعلم هللا

DR MOHAMED FATRIS BAKARAM

MUFTI NEGARA SINGAPURA

PENGERUSI, JAWATANKUASA FATWA

MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA