رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · senarai rumah penyembelihan ruminan swasta...

19
1 م نضري جوهرم اسضا ا جابGARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) NEGERI JOHOR DARUL TA`ZIM _________________________________________________________ 1. TUJUAN Garis panduan ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menjelaskan kepada Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid atau Surau yang berhasrat melaksanakan ibadah korban serta menyelaras segala bentuk aktiviti pelaksanaannya dalam Negeri Johor. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Ibadah korban merupakan ibadah umat Islam apabila tiba hari raya Aidiladha. Ibadah korban kebiasaannya dilaksanakan di masjid dan surau secara bergotong-royong menyembelih, melapah, memasak dan kemuncaknya diagih-agihkan daging korban tersebut kepada yang berhak. 2.2 Sambutan hari raya Aidiladha pada tahun ini agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini disebabkan pelaksanaan PKPP dan penularan wabak Covid-19 yang belum dapat ditangani dengan sepenuhnya. Semua peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (K.K.M) dan Majlis Keselamatan Negara (M.K.N) hendaklah dipatuhi untuk keselamatan dan kemaslahatan semua.

Upload: others

Post on 09-Aug-2020

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020 BIL NAMA ALAMAT

1

جابنت اضام اسالم نضري جوهر

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN IBADAH KORBAN

DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

NEGERI JOHOR DARUL TA`ZIM

_________________________________________________________

1. TUJUAN

Garis panduan ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menjelaskan kepada Ahli

Jawatankuasa Pengurusan Masjid atau Surau yang berhasrat melaksanakan

ibadah korban serta menyelaras segala bentuk aktiviti pelaksanaannya dalam

Negeri Johor.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Ibadah korban merupakan ibadah umat Islam apabila tiba hari raya

Aidiladha. Ibadah korban kebiasaannya dilaksanakan di masjid dan

surau secara bergotong-royong menyembelih, melapah, memasak dan

kemuncaknya diagih-agihkan daging korban tersebut kepada yang

berhak.

2.2 Sambutan hari raya Aidiladha pada tahun ini agak berbeza dengan

tahun-tahun sebelum ini disebabkan pelaksanaan PKPP dan penularan

wabak Covid-19 yang belum dapat ditangani dengan sepenuhnya.

Semua peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia (K.K.M) dan Majlis Keselamatan Negara (M.K.N) hendaklah

dipatuhi untuk keselamatan dan kemaslahatan semua.

Page 2: رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020 BIL NAMA ALAMAT

2

2.3 Berdasarkan perkembangan semasa Covid-19, maka tempoh PKPP

akan bermula pada 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 bersamaan 18

Syawal 1441 sehingga 12 Muharam 1442 sebagaimana pengisytiharan

oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 7 Jun 2020 bersamaan 15

Syawal 2020.

2.4 Justeru jawatankuasa ibadah korban masjid dan surau hendaklah

meminimakan jumlah haiwan korban dan pelaksanaan sembelihan

korban di Pusat Penyembelihan adalah amat digalakkan.

2.5 Sehubungan dengan itu, satu garis panduan pelaksanaan ibadah

korban yang selaras dalam tempoh PKPP disediakan untuk rujukan dan

panduan masyarakat serta penyelarasan pelaksanaan ibadah korban di

negeri Johor.

3. OBJEKTIF

3.1 Memastikan Jawatankuasa Ibadah Korban dan masyarakat memahami

dan mematuhi segala bentuk garis panduan yang ditetapkan oleh pihak

berkuasa.

3.2 Menyesuaikan peraturan dan norma baharu kehidupan dalam

pelaksanaan ibadah korban berteraskan maqasid syariah dan kaedah

fiqh sebagai langkah pencegahan.

3.3 Menjaga kesucian dan kebersihan kawasan masjid dan surau dari

sebarang najis dan bau yang kurang menyenangkan;

3.4 Memastikan semua pihak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Pemulihan (PKPP).

4. UNDANG-UNDANG TERPAKAI

4.1 Undang-undang dan peraturan yang terpakai bagi setiap penganjuran

ibadah korban di mana-mana kawasan di negeri Johor ialah:

Page 3: رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020 BIL NAMA ALAMAT

3

(a) Akta Binatang 1953 (semakan 2006) [Akta 647] dan dibaca bersama

Akta Binatang (Pindaan) 2013 [Akta A1452];

(b) Kaedah-kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009:

(c) Akta Kerajaan Tempatan 1976;

(d) Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Qurban, Jabatan

Perkhidmatan Veterinar Malaysia 2013;

(e) Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan;

(f) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003;

(g) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997;

(h) Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Johor; dan

(i) Mana-mana undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa dari

semasa ke semasa.

5. PANDUAN AWAL SEBELUM PELAKSANAAN IBADAH KORBAN

5.1 Tempat Pelaksanaan Sembelihan Korban:

(a) Rumah Sembelihan (Abbattoir) Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Negeri Johor sebanyak sebuah; (Lampiran 6)

(b) Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan

sebanyak 8 buah dalam Negeri Johor; (Lampiran 6)

(c) Rumah Sembelih Swasta Sementara Di Bawah Kebenaran Negeri

sebanyak sebuah; (Lampiran 7)

Page 4: رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020 BIL NAMA ALAMAT

4

(d) Rumah Sembelih Sementara diluluskan bagi tujuan penyembelihan

Sempena Perayaan Aidiladha Tahun 2020 sebanyak 22 buah

dalam Negeri Johor; (Tarikh laksana 31 Julai hingga 3 Ogos

2020),(Lampiran 7)

(e) Tempat penyembelihan di masjid atau surau yang mendapat

kebenaran dan kelulusan daripada Pejabat Kadi Daerah dan

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah dan Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT);

5.2 Pematuhan Peraturan Ibadah Korban:

(a) Kawasan masjid dan surau dalam negeri Johor yang tidak

mempunyai kemudahan dan tempat penyembelihan korban yang

diluluskan oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah serta

tidak ada kebenaran daripada Pejabat Kadi Daerah, tidak

dibenarkan melaksanakan ibadah korban;

(b) Jawatankuasa Ibadah Korban Masjid dan Surau yang akan

melaksanakan ibadah korban hendaklah mengisi dan

menghantar Borang Permohonan Ibadah Korban ke Pejabat Kadi

Daerah beserta dokumen iaitu;

i. Susun atur khemah atau meja berdasarkan keperluan;

ii. Gambar kandang ternakan korban;

iii. Gambar tempat sembelihan ternakan korban;

iv. Gambar tempat melapah;

v. Gambar tempat memotong daging korban; dan

vi. Gambar tempat membuang sisa pepejal dan cecair kotoran

ternakan korban.

(c) Borang Permohonan Permit Penyembelihan Luar, Sijil Kesihatan

Veterinar dan Akuan Pemindahan Ternakan dari Pejabat

Perkhidmatan Veterinar Daerah;

Page 5: رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020 BIL NAMA ALAMAT

5

(d) Surat kelulusan permit penyembelihan ibadah korban daripada

pihak Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah akan dikeluarkan

setelah mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Kadi Daerah;

(e) Bagi pergerakan ternakan yang telah disembelih, perlu

mendapatkan permit pemindahan hasil haiwan (percuma) di

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah;

(f) Syarat kelayakan petugas:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur dari 18 hingga 70 tahun;

iii. Tidak bergejala seperti demam, batuk, selsema, sakit tekak

dan penyakit kronik;

iv. Rekod bacaan suhu badan tidak melebihi 37.5°c;

v. Petugas yang masih dalam tempoh kuarantin tidak

dibenarkan hadir; dan

vi. Bilangan petugas dalam satu-satu masa hendaklah tidak

melebihi 20 orang dan jawatankuasa korban hendaklah

membuat penggiliran petugas mengikut kesesuaian.

5.3 Sebaran Maklumat:

(a) Sebaran maklumat seperti promosi, pendaftaran, notis dan

peraturan hendaklah disebarkan melalui aplikasi media sosial

seperti facebook, whatsapp, instagram dan sebagainya;

(b) Pengesahan penyertaan, akad atau wakalah dan pembayaran

hendaklah dilakukan secara atas talian (online) adalah

digalakkan;

Page 6: رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020 BIL NAMA ALAMAT

6

(c) Resit dan kupon penyertaan peserta ibadah korban akan

diserahkan secara atas talian (online) adalah digalakkan.

5.4 Pengurusan Haiwan Korban:

(a) Pemilihan haiwan korban di pusat penternakan hanya terhad

kepada empat (4) orang sahaja;

(b) Penetapan waktu penghantaran ditetapkan pada jam 8.30 pagi

sehingga 9.00 malam sahaja dan perlu diawalkan

penghantarannya sebelum hari pelaksanaan ibadah korban;

(c) Memastikan kebajikan haiwan terpelihara seperti makan dan

minum yang mencukupi; dan

(d) Menempatkan haiwan korban didalam kandang yang dikhaskan.

6. PANDUAN SEMASA PELAKSANAAN IBADAH KORBAN DI MASJID DAN

SURAU

6.1 Ahli Jawatankuasa Korban Masjid dan Surau yang telah mendapat

kebenaran dan kelulusan melaksanakan ibadah korban hendaklah

melaksanakan perkara berikut:

(a) Peserta korban dan orang awam tidak dibenarkan berada di

lokasi pengurusan ibadah korban melainkan mereka merupakan

sebahagian daripada petugas yang dilantik, tetapi boleh hadir

secara berperingkat untuk mengambil bahagian daging korban

sekiranya diarah berbuat demikian oleh jawatankuasa;

(b) Jumlah kehadiran pada satu-satu masa tertakluk kepada

kesesuaian kawasan dan tempat dengan mengelakkan elemen

3S (Sesak, Sempit dan Sembang Dekat);

Page 7: رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020 BIL NAMA ALAMAT

7

(c) Merekod kehadiran dan bacaan suhu badan dalam buku rekod

atau mengimbas kod QR yang disediakan oleh pihak

Jawatankuasa Ibadah Korban;

(d) Memakai pelitup hidung dan mulut (face mask) dan memastikan

penjarakan sosial (social distancing);

(e) Memakai kelengkapan diri seperti apron dan sarung tangan

kepada petugas;

(f) Menggunakan hand sanitizer yang disediakan secara berkala;

(g) Peserta yang mengambil bahagian dalam ibadah korban

hendaklah mewakilkan kepada penyembelih atau wakil yang

dilantik;

(h) Proses lapah hendaklah dalam keadaan digantung dan proses

keratan bahagian daging korban boleh dilakukan di tempat atau

khemah yang dikhaskan di masjid atau surau;

(i) Pengagihan daging korban hendaklah dibuat melalui

penghantaran secara langsung oleh jawatankuasa atau petugas

kepada peserta yang mengambil bahagian dan fakir miskin serta

orang ramai berdasarkan senarai nama yang telah ditetapkan;

(j) Sebarang bentuk jamuan untuk petugas hendaklah dibungkus

dan di agihkan manakala aktiviti memasak di masjid dan surau

adalah dilarang;

(k) Setiap kawasan penyimpanan ternakan, penyembelihan,

pelapahan, pemotongan dan pengagihan yang dibenarkan

hendaklah melalui proses sanitasi sebelum dan selepas

perlaksanaan ibadah korban dilaksanakan.

Page 8: رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020 BIL NAMA ALAMAT

8

6.2 Bagi sembelihan yang dilakukan di Pusat-Pusat Penyembelihan

Jawatankuasa Korban Masjid dan Surau dibenarkan melaksanakan

proses pemotongan daging dan pengagihan di khemah atau tempat

yang dikhaskan di masjid atau surau.

7. PANDUAN SELEPAS PELAKSANAAN IBADAH KORBAN

7.1 Memastikan keseluruhan tapak penyembelihan, melapah, memotong,

mengagih dan tempat pengurusan korban dibersihkan;

7.2 Sisa pepejal dan sisa cecair seperti darah, tulang, kulit, isi perut yang

tidak diperlukan hendaklah ditanam dalam lubang dengan kedalaman

satu (1) meter bagi seekor haiwan korban kemudian dikambus dan

ditaburkan kapur pertanian;

7.3 Memastikan semua peralatan yang digunakan perlu dibersihkan,

disusun rapi dan disimpan;

7.4 Membuang peralatan yang digunakan dengan cara yang betul seperti

apron, pelitup hidung dan mulut (face mask) dan sarung tangan di

tempat yang sesuai atau disediakan;

7.5 Meninggalkan segera kawasan pengurusan penyembelihan sebaik

selesai pelaksanaan ibadah korban; dan

7.6 Melakukan proses sanitasi sebelum dan selepas perlaksanaan ibadah

korban dilaksanakan.

8. RUJUKAN

Garis panduan ini akan menjadi rujukan semua Ahli Jawatankuasa Ibadah

Korban Masjid dan Surau di Negeri Johor;

Page 9: رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020 BIL NAMA ALAMAT

9

9. PELANGGARAN

9.1 Pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (P.D.R.M), Jabatan

Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Agama Islam Negeri Johor serta Pihak

Berkuasa Tempatan (P.B.T) akan memantau pelaksanaan garis

panduan ini;

9.2 Mana-mana pihak yang gagal mematuhi garis panduan ini dalam

pelaksanaan ibadah korban, maka boleh diambil tindakan oleh

jabatan ini atau agensi-agensi berkuasa yang lain seperti berikut:

(a) Memberi amaran kepada mereka yang gagal mematuhi garis

panduan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Daerah; atau

(b) Mengenakan apa-apa tindakan dibawah Pekeliling, Enakmen

atau akta yang dikuatkuasakan oleh agensi masing-masing

kepada mana-mana pihak yang ingkar;

10. TARIKH BERKUATKUASA

10.1 Garis panduan ini mula berkuatkuasa pada 1 Zulkaedah 1441

bersamaan 23 Jun 2020.

10.2 Pelaksanaan ibadah korban di kawasan yang di isytiharkan

sebagai Zon Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD)

adalah tidak dibenarkan.

11. PENUTUP

Semoga garis panduan ini dipatuhi oleh semua pihak yang melaksanakan

ibadah korban dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

(P.K.P.P) Bagi Memutuskan Rantaian Covid-19 di Negeri Johor.

Sekian.

Page 10: رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020 BIL NAMA ALAMAT

10

“MUAFAKAT ITU BERKAT. KEPADA ALLAH SWT KITA BERSERAH”

Disediakan oleh :

(DATO` HAJI MD. ROFIKI BIN DATO` HAJI A. SHAMSUDDIN)

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Disahkan:

(DATO` HAJI YAHYA BIN AHMAD)

Mufti Negeri Johor.

Tarikh: 30 Syawal 1441 bersamaan 22 Jun 2020

Page 11: رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020 BIL NAMA ALAMAT

11

Lampiran 1

CONTOH GAMBAR TEMPAT DAN PERALATAN PENYEMBELIHAN (ABBATTOIR)

DI BAWAH KELOLAAN JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

Page 12: رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020 BIL NAMA ALAMAT

12

Lampiran 2

CONTOH GAMBAR TEMPAT DAN PERALATAN PENYEMBELIHAN

DI BAWAH KELOLAAN RUMAH PENYEMBELIHAN SWASTA (RUMINAN)

Page 13: رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020 BIL NAMA ALAMAT

13

Lampiran 3

CONTOH GAMBAR TEMPAT DAN PERALATAN PENYEMBELIHAN

DI MASJID AL-JAWAHIR TAMAN MUTIARA RINI, JOHOR BAHRU

Page 14: رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020 BIL NAMA ALAMAT

14

Lampiran 4

جابنت اضام اسالم نضري جوهرBORANG PERMOHONAN KEBENARAN

PELAKSANAAN IBADAH KORBAN DI MASJID DAN SURAU

NEGERI JOHOR

Status permohonan : Lulus Gagal

Tarikh :

Tandatangan pegawai yang memberi kebenaran :

Daerah :

Nama pemohon :

No K/P pemohon :

No tel :

Alamat Masjid / Surau :

Tarikh pelaksanaan : Hari :

Jenis haiwan : Jumlah ekor :

Kemudahan yang sedia ada (nyatakan)

: 1. Plan susun atur meja dan khemah 2. Gambar kandang 3. Gambar tempat sembelih 4. Gambar tempat melapah 5. Gambar tempat memotong daging 6. Gambar tempat pelupusan sisa

Pengisytiharan pemohon : Saya yang bertandatangan di bawah ini, mengisytiharkan bahawa semua butiran dan maklumat yang diberikan dalam permohonan ini adalah betul dan benar. Saya selanjutnya memahami arahan Pekeliling Tempat Penyembelihan dan Pengurusan Haiwan Korban Di Negeri Johor Darul Ta’zim 2019 serta memahami pihak berkuasa Agama boleh menolak atau membatalkan permohonan saya jika mana-mana maklumat yang diberikan palsu.

Tandatangan pemohon :

Tarikh permohonan :

Kegunaan Pejabat Kadi

Page 15: رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020 BIL NAMA ALAMAT

15

Lampiran 5

CONTOH BORANG JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR

APTVM Kebenaran Sembelih [APTVM 21(a):1/2010]

BORANG 4 [SUBKAEDAH 13(2)]

AKTA BINATANG 1953 KAEDAH-KAEDAH BINATANG (KAWALAN PENYEMBELIHAN) 2009

PERMOHONAN BAGI PERMIT UNTUK MENYEMBELIH BINATANG Dl LUAR RUMAH PENYEMBELIHAN DILULUSKAN ATAU RUMAH PENYEMBELIHAN

DILESENKAN (PEMOHON HENDAKLAH MELENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN INI)

Page 16: رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020 BIL NAMA ALAMAT

16

Lampiran 6

SENARAI RUMAH SEMBELIHAN (ABBATTOIR) DI BAWAH KELOLAAN

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI JOHOR

TEMPAT NO. TELEFON

KOMPLEKS ABATTOIR JOHOR BAHRU

Batu 4, Jalan Kempas Lama, Kawasan Perindustrian Kampung Maju Jaya, 81300 Johor Bahru, Johor

07-5576128

SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN

OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020

BIL NAMA ALAMAT DAERAH NO.TEL

1 Abdul Jalil bin Mohamed Moideen

Rumah Penyembelihan Khatij Goat Farm, PTD 3744

Kg Sri Aman 81900

Kota Tinggi 013-7735022

2 Mohd Yusof bin Dazdat

Parit Sumarto Pari Raja 86400

Batu Pahat 013-7706002 012-3235489

3 Sarjuni bin Karjani

Ajuni Enterprise, Pos 55, Kg Sri Belahan Tampok, Rengit 83100

Batu Pahat

4 Osman bin Cheya Kutty

Syarikat Osman Goat Farm No 38, Jalan Enau

Kangkar Tebrau 81100

Johor Bahru 07-3542828

5 Md Sangidi bin Kamari

Perniagaan Md Sangidi, No 81,

Kg Tengah Renggam 86300

Kluang 016-7844733 07-7535335

6 Lazuli Sdn Bhd

Ladang Alifah, Batu 3 Jalan Mersing 86000

Kluang 07-7056808 07-7056881

7 Goh Un Keng

Rumah Penyembelihan UK Farm, Plot 8

Projek Pertanian Moden Kluang KM 13 Jln Batu Pahat 86000

Kluang 07-7597555 012-3420616

8 Hj Mohd Janis Abu Bakar

Kg Parit Kasan Bukit Gambir 84800

Tangkak 012-6125334 06-9761213

Page 17: رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020 BIL NAMA ALAMAT

17

Lampiran 7

RUMAH SEMBELIH SWASTA SEMENTARA

DI BAWAH KEBENARAN NEGERI

BIL NAMA ALAMAT DAERAH NO. TELEFON

1 Kluang Beef No. 5, Jalan Langsat, 86000 Kluang Kluang 013-7667444

SENARAI RUMAH SEMBELIH SEMENTARA DILULUSKAN

BAGI PELAKSANAAN PENYEMBELIHAN IBADAH KORBAN TAHUN 2020 M / 1441 H

OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI JOHOR

(TARIKH LAKSANA 31 JULAI 2020 HINGGA 3 OGOS 2020)

BIL NAMA ALAMAT DAERAH NO. TEL

1

Mohd. Aliffi bin Abu Hari

No. 24, Kampong Jawa Ulu, Pulai Sebatang Ayer Baloi 82100

Pontian 012-7480286

2

Mohd. Zulfadli bin Supardi

Kampong Parit Mokhayat, Ayer Baloi 82100 Pontian 012-7267190

3 Saéman bin Mansor

No. 102A, Jalan Rizab 1, Kg. Melayu Raya Pkn Nanas 81500

Pontian 019-7854741

4 Zamallulaill bin Sawal

Mujir Javanese Farm, No 82, Kg Sri Bunian Batu 33, Jalan Johor 82000

Pontian 012-7627011 019-7277441

5

Syarikat Yousuf Jantan Enterprise

Lot 9432, Kg Sawah, Mukim Pekan Nenas 82000 Pontian 013-7226296

6 Nurazam bin Jamil

Kg Sungai Tuan She, Tanjung Sedili 81910 Kota Tinggi 013-7578709

7

Mohammad Hafis bin A. Kadir

No 1843, Blok 15, FELDA Papan Timur 81900 Kota Tinggi 012-7968465

8 Hairi bin Abdullah Desa Selatan Beef Sdn Bhd, Lembah Bio-Tek

Peladang Johor, Sg Lebak 81900 Kota Tinggi

012-7693947 019-7505919

9 D.K Ternak Sdn Bhd KM 16, Jalan Mersing, Projek Pertanian Moden

Padang Hijau 86000 Kluang 03-33717755

10 Muhammad Luqman Nuk Hakim bin Muhamad Toha

JPK 74/4, Jalan Parit Kangkong, Bukit Pasir 83000 Batu Pahat 016-3531262 016-6405104

11 Mohd Idrus bin A. Jalal Kg Parit Ju, Sri Medan 83400 Batu Pahat 017-7225344 011-35148645

Page 18: رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020 BIL NAMA ALAMAT

18

Lampiran 7-samb

SENARAI RUMAH SEMBELIH SEMENTARA DILULUSKAN

BAGI PELAKSANAAN PENYEMBELIHAN IBADAH KORBAN TAHUN 2020 M / 1441 H

OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI JOHOR

(TARIKH LAKSANA 31 JULAI 2020 HINGGA 3 OGOS 2020)

BIL NAMA ALAMAT DAERAH NO. TEL

12 Musa bin Khalid

PDS 12, Kg Sungai Jambi, Rengit 83100 Batu Pahat 012-7143256

13 Ang Ting Chong

No. 18, Jalan Ismail 84800 Muar 012-6392983 019-6271012

14

Mohd Sadruddin bin Rusdan

Hijrah Farm Enterprise TL 2, Kg Parit Sudah Laut, Jalan Muar-Batu Pahat 84800

Muar 017-2836364

15

Mohd Nizam Al Bakri bin Ali

Nizam Al-Bakri Enterprise, No 75, Jln Parit Mohamad Jalan Bakri 84800

Muar 012-6800965

16

Mohammad Zini bin Abdullah

Zini Farm Enterprise No 10, Jln Ahmad Kg Sri Muhibbah, Batu 23, Pagoh 84600

Muar 013-6232088

17 Harlina binti Jaafar

Lot 298, Lrg Haji Ishak, Kg Pt Lanjut Sg Terap, Bkt Pasir 84800

Muar 012-4389116

18

Md Lazim bin Awang Chik

Syarikat Suria Irani Enterprise, MLO 759, Jalan Tg Kempit Kg Belukar Juling, Endau 86900

Mersing 019-7007111

19

Muhd Shukri bin Hj Zakaria

Kg Pauh Pinang 85000 Segamat 019-7602485

20 Puteh bin Ahmad Lot 5097, Kg Paya Lebar, Batu Anam 85100 Segamat 019-7083140

21 Rosli bin Hasim Kg Padang Lerek II 84900 Tangkak 012-3297985

22 Ali Ahmad Alifah Jalan Simpang Bekah Tangkak 84900 Tangkak 013-6305246

Page 19: رهوج يرضن ملاسا ماضا تنباج · SENARAI RUMAH PENYEMBELIHAN RUMINAN SWASTA DILESENKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DI NEGERI JOHOR TAHUN 2020 BIL NAMA ALAMAT

19

Lampiran 8

CARTA ALIRAN

PERMOHONAN KEBENARAN PENYEMBELIHAN BINATANG KORBAN

DALAM TEMPOH PKPP DI MASJID DAN SURAU

NEGERI JOHOR DARUL TA`ZIM

Mula

Melengkapkan Borang Permohonan beserta dokumen sebagaimana Perkara 5.2(b)

Semakan oleh Pejabat Kadi Daerah

Lengkap

Lulus

Tidak lengkap

Pemeriksaan oleh Pejabat Kadi Daerah dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah ke lokasi sembelihan

Hantar permohonan ke Pejabat Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah

Tidak lulus

Hantar ke Pejabat Kadi Daerah dalam tempoh 4 minggu sebelum Hari Raya Aidiladha

Tamat