ifolio.ukm.my · web viewkertas kerja delegasi patriotik 2014 urusetia pembangunan sumber manusia...

21

Upload: trinhque

Post on 01-Apr-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewKERTAS KERJA DELEGASI PATRIOTIK 2014 URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk
Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewKERTAS KERJA DELEGASI PATRIOTIK 2014 URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk

DELEGASI PATRIOTIK 2014

KERTAS KERJADELEGASI PATRIOTIK 2014

URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIAUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan sokongan serta bantuan

kewangan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk mengadakan projek Delegasi

Patriotik 2014. Semoga kertas kerja ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan

demi merealisasikan moto Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ”Mengilham Harapan

Mencipta Masa Depan”. Oleh itu, semoga usaha yang dijalankan ini dapat memberi manfaat dan

faedah kepada mahasiswa UKM umumnya ahli Urusetia Pembangunan Sumber Manusia

(UPSM) dalam menyemai semangat patriotisme serta nilai murni dan aspirasi bangsa Malaysia.

2.0 PENGENALAN

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) merupakan salah sebuah urusetia yang wujud

di Universiti Kebangsaan Malaysia. Paduan ilmu, mutu dan budi merupakan elemen-elemen

penting diterapkan bagi melahirkan generasi-generasi muda yang sentiasa berfikir 100 kali jauh

ke hadapan dan berkepimpinan dalam memastikan Malaysia terus maju sehinggakan pada masa

hadapan, Malaysia mampu duduk dan berdiri melebihi negara-negara yang kini sedang pesat

membangun. Pembentukan sahsiah diri yang tinggi serta berilmu di kalangan mahasiswa perlu

diperkukuhkan dengan pengetahuan perpaduan dan integrasi nasional. Elemen perpaduan amat

penting tanpa mengira aras pendidikan. Oleh itu, suntikan semangat patriotisme dan cinta akan

negara amat penting diterapkan dalam kalangan mahasiswa bagi meneruskan kelansungan

perpaduan yang sedia terjalin erat di negara ini.

Sejak dari dulu lagi UPSM berjaya melahirkan ramai fasilitator di kalangan mahasiswa/i

UKM melalui kursus-kursus fasilitator seperti Kursus Asas Fasilitator, Kursus Ketahanan, Kursus

Kumpulan Kecil dan Pengucapan Umum. Justeru itu, UPSM sangat giat menjalankan Program

Motivasi sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti. Dengan berpegang teguh kepada

kata hikmah ‘Dari Masyarakat Kami Datang, Kepada Masyarakat Kami Kembali’ UPSM turut

menganjurkan program-program yang berbentuk kemasyarakatan seperti Operasi Khidmat

Masyarakat (OPKIM) dan Bakti Siswa (BAKSIS). Program ini melibatkan masyarakat-masyarakat

luar bandar seperti Kampung Beng Perak, Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Nur Hikmah dan

Rumah Orang Kurang Upaya Negeri Sembilan. Bagi melahirkan ahli-ahli UPSM yang berfizikal

cergas dan berfikiran cerdas, UPSM tidak lupa dalam memastikan aktiviti dan rekreasi luar

dijalankan pada setiap tahun seperti wáter rafting, water confident, berakit dan pendakian gunung

di Malaysia seperti di Gunung Stong, Gunung Nuang dan Gunung Belumut.

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 2

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewKERTAS KERJA DELEGASI PATRIOTIK 2014 URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk

DELEGASI PATRIOTIK 2014

Keterampilan, keilmuan, ketahanan dan sahsiah akademik merupakan aspek penting

dalam merealisasikan falsafah UKM. Namun, semangat kenegeraraan dan pepaduan antara

kaum merupakan elemen penting dalam melahirkan fasilitator dan mahasiswa/I sejajar dengan

teras UPSM dalam memperjuang negara yang harmoni. Keberkesanan dalam penyampaian

akan meletakkan tuntutan baru kepada mahasiswa hari ini supaya menjadi celik minda,

mempunyai kesedaran yang tinggi dan berkeupayaan dalam mentafsir isu global seiring dengan

kemajuan Negara. Berteraskan ideologi tersebut, maka Urusetia Pembangunan Sumber Manusia

mengambil inisiatif untuk mengadakan satu lagi program mega iaitu “Delegasi Patriotik” yang

bertemakan “Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara!”.

Program ini berfungsi sebagai platform dalam menyampaikan kesedaran tentang

kepentingan semangat kenegaraan dalam kalangan mahasiswa dan kakitangan. Tujuan program

ini adalah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa khususnya ahli UPSM sendiri dan

seterusnya menjana perpaduan dan kesefahaman yang lebih erat menggunakan konsep

intelektual dan lebih ilmiah daripada badan berkanun yang terdapat di Malaysia. Sesuai dengan

perkembangan sains dan teknologi, maka mahasiswa juga diberi peluang untuk menyahut

cabaran sebagai pelapis generasi yang akan menerajui negara ini kelak. Selain dari itu, program

ini mewujudkan peluang kepada bakal pewaris negara untuk belajar dan mengahadapi cabaran

akan datang dengan berkonsepkan pameran dan ceramah. Kebolehan dalam pengendalian

medan perniagaan di antara mahasiswa dan peniaga-peniaga luar merupakan satu nilai yang

perlu ada dalam diri setiap mahasiswa dan generasi Malaysia pada masa hadapan. Program ini

merupakan salah satu sahutan daripada cabaran Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun

Dr. Mahathir Mohamad iaitu mewujudkan masyarakat Malaysia yang sepenuhnya bermoral dan

beretika, liberal dan toleran yang matang serta bebas dari segi psikologi, selamat dan maju.

3.0 LATAR BELAKANG_____________________________________________________________________________‘Delegasi Patriotik’ adalah suatu program yang dianjurkan umumnya untuk menanam sifat

patriotik serta sifat cinta akan negara dalam diri mahasiswa/i. Urusetia Pembangunan Sumber

Manusia juga turut mengambil inisiatif untuk menganjurkan program seperti ini demi melahirkan

pendekatan program yang berbeza daripada program-program lain. Program ini telah masuk

tahun yang kedua pada tahun ini yang mana pada tahun sebelumnya program ini diberikan nama

Delegasi Patriotik 2013 atau Detik ’13. Detik ’13 bertemakan “Dedikasi Buat Negara” dibuat

dengan kerjasama Biro Tatanegara. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti kayuhan patriotik,

larian patriotik, pertandingan mewarna dan melukis, pertandingan pidato, wacana, pameran,

kaunter dj serta cabutan bertuah. Antara aktiviti yang dijalankan telah mendapat sambutan yang

menggalakkan daripada warga Bangi dan warga UKM ialah kayuhan patriotik dan pertandingan

melukis kain rentang .Melalui beberapa aktiviti yang dijalankan ini bukan sahaja dapat menanam

semangat patriotik malah dapat memupuk semangat perpaduan pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 3

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewKERTAS KERJA DELEGASI PATRIOTIK 2014 URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk

DELEGASI PATRIOTIK 2014

yang telah dilakukan pada Detik ’13 masih lagi dijalankan pada Detik 2014 yang mana terdapat

pertambahan aktiviti dari program yang sebelumnya seperti Pertandingan Bintang Patriotik serta

Pertandingan Badminton.

4.0 MISI

4.1 Menyemai semangat cintakan negara melalui ilmu kenegaraan.

4.2 Meningkatkan kesedaran patriostisme dalam kalangan generasi muda pelbagagi

kaum sebagai persediaan untuk mempertahankan dan memimpin negara.

4.4 Mewujudkan masyarakat berbilang bangsa yang menyumbang kepada

peningkatan kemahiran dan integriti dalam bekerja, matang dalam menyuarakan

pendapat serta mempunyai daya kreativiti tinggi dan sentiasa pandang ke

hadapan

5.0 MATLAMAT

5.1 Berusaha ke arah melahirkan generasi mahasiswa/i UKM yang berintegriti,

bersatu padu, mempunyai semangat perpaduan dan semangat cintakan negara

yang tinggi. 5.2 Mendokong hasrat Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam melahirkan generasi

bersatu padu yang berfikiran bermoral dan beretika, liberal dan toleran yang

matang serta bebas dari segi psikologi dan berfikiran maju kehadapan.

5.3 Membantu menjayakan moto UKM ”Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan”

dengan melahirkan mahasiswa yang progresif sebagai produk keluaran

tempatan yang mampu bersaing dalam konteks ekonomi, politik dan sosial.

5.4 Menjadikan program Delegasi Patriotik sebagai satu platform untuk membina

semangat kepimpinan dan jati diri yang ada dalam diri pelajar yang bergelar

mahasiswa selain memupuk semangat kerjasama serta perpaduan dalam

menjayakan transformasi negara.

6.0 OBJEKTIF

6.1 Memastikan Delegasi Patriotik merupakan salah satu medium untuk mengeratkan

hubungan di antara warga UKM dan pihak luar.

6.2 Membentuk pelajar yang mempunyai ketahanan mental, fizikal dan rohani yang

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 4

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewKERTAS KERJA DELEGASI PATRIOTIK 2014 URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk

DELEGASI PATRIOTIK 2014

tinggi dan seterusnya memupuk semangat perpaduan ke arah mengejar kejayaan

dan kecemerlangan diri.

6.3 Melatih dan mendidik mahasiswa/i berorganisasi, dipimpin dan memimpin serta

kemahiran-kemahiran insaniah (softskill) yang diperlukan dalam menjadikan

mahasiswa/i yang berketerampilan sebagai aset persediaan ke alam pekerjaan.

6.4 Membentuk generasi yang berfikiran kreatif, inovatif, berdaya saing, berakhlak

mulia serta mempunyai jiwa perpaduan yang jitu untuk memastikan perpaduan

terus terpelihara dalam negara ini

6.5 Memperkasakan mahasiswa dari segi pengalaman di dalam mengurus,

mentadbir, menyusun organisasi seterusnya memimpin generasi pemimpin muda

ke arah masyarakat yang maju dan berdaya saing.

6.6 Menuju visi dan misi UKM dalam melahirkan mahasiswa yang memiliki ‘Towering

Personality’; merangkumi penguasaan IQ (Intelligent Quotient), EQ (Emotional

Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient).

7.0 TEMA

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara”

8.0 ANJURAN

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia

9.0 TARIKH

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 26-27 April 2014

10.0 TEMPAT PROGRAM

10.1 Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM, Bangi.

10.2 Pekan Bangi

11.0 PUBLISITI

11.1 Edaran ‘flyers’

11.2 Pemasangan ‘bunting’

11.3 Pemasangan kain rentang

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 5

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewKERTAS KERJA DELEGASI PATRIOTIK 2014 URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk

DELEGASI PATRIOTIK 2014

11.4 Hebahan media cetak, elektronik dan sosial

11.5 Poster Digital UKM

12.0 RAKAN MEDIA_____________________________________________________________________________

12.1 RTM

12.2 Berita Harian (Varsiti)

12.3 ANIS

12.4 TV3

12.5 KOSMO

12.6 SOLUSI

13.0 PEMASARAN

Antara cadangan pemasaran yang akan dijalankan bagi menjana pendapatan bagi program ini

adalah:

13.1 Dana dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

14.0 CADANGAN PERASMI

14.1 Cadangan Perasmian

14.11 Dato’ Azman Amin Bin Hassan

Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional

14.12 Prof Dato’ Dr. Shamsul Amri Baharuddin

Pengarah Institut Kajian Etnik,

Universiti Kebangsaan Malaysia

14.13 Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Universiti kebangsaan Malaysia

15.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

15.1 Urusetia - 50 orang

15.2 Peserta - 500 orang

15.3 Ahli akademik

15.4 Kakitangan pentadbiran

15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM

15.6 Pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah

15.7 Cadangan usahasama bersama

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 6

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewKERTAS KERJA DELEGASI PATRIOTIK 2014 URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk

DELEGASI PATRIOTIK 2014

15.71 Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri

15.72 Kementerian Pengajian Tinggi

15.73 Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

15.74 Jabatan Penerangan Malaysia

15.75 Jabatan Hal Ehwal Khas

15.76 Jabatan Muzium Malaysia

15.77 Angkatan Tentera Malaysia

15.78 Polis DiRaja Malaysia

15.79 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

16.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

17.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

18.0 PERINCIAN PROGRAM

18.1 PameranPameran diadakan oleh agensi-agensi kerajaan dalam mempromosikan konsep

kenegaraan sebagai mahasiswa pelbagai kemahiran perlu dimiliki dan

kemahiran akan memerlukan input-input daripada bahan bacaan. Selain itu

jualan akan diadakan bertemakan barangan kebangsaan setiap negeri,

contohnya seperti Sarawak dengan mutiara, Johor dengan tempe, Terengganu

dengan batik dan sebagainya. Sasaran pengunjung adalah daripada mahasiswa

UKM, staf-staf UKM selain itu pengunjung daripada luar UKM dan IPT sekitar.

18.2 WacanaTajuk wacana kita adalah ”Perpaduan Kaum Dalam Konteks Kontrak Sosial di

Malaysia” . Tajuk ini bersesuaian dengan keadaan negara kita yang sekarang

mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan mempunyai generasi yang

baru yang tidak begitu memahami apa itu Kontrak Sosial. Dengan wacana ini,

kita mampu menjelaskan kepada masyarakat terutama kepada generasi baru

iaitu mahasiswa tentang kefahaman yang terkandung dalam kontrak sosial

sejurus dengan itu melahirkan masyarakat yang sedar tentang menjaga

semangat perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum dan memupuk

semangat sayang kepada negara Malaysia. Sasaran peserta seramai 120 orang

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 7

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewKERTAS KERJA DELEGASI PATRIOTIK 2014 URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk

DELEGASI PATRIOTIK 2014

terdiri daripada pelajar UKM dan IPT sekitar dan staf-staf UKM serta orang

awam.

18.3 Cabutan BertuahPelbagai hadiah menarik disediakan sebagai tarikan kepada pengunjung di

samping mendedahkan soalan-soalan berkaitan kenegaraan kepada

pengunjung.

.

18.4 Kaunter DeejayDiadakan sebagai penghibur kepada hadirin yang hadir ke booth selain dari

memberi peluang kepada ahli UPSM untuk mengekpresikan bakat dalam bidang

pengacaraan. Dengan kaunter DJ ini juga akan memberi info-info dan maklumat-

maklumat mengenai kenegaraan secara tidak langsung kepada pengunjung.

18.5 Kayuhan PatriotikKayuhan dari Universiti Kebangssan Malaysia dengan memegang Bendera

Malaysia ke Pekan Bangi Lama. Tujuan kayuhan ini diadakan untuk

menimbulkan kesedaran semangat cinta akan Universiti dan secara tidak

langsung memberi semangat cinta akan Negara Malaysia. Selain itu, mampu

untuk menerapkan elemen perpaduan melalui penyertaan peserta yang

berbilang kaum berkayuh bersama-sama. Peserta seramai 200 orang yang

terdiri daripada kelab-kelab berbasikal di sekitar Negeri Selangor.

18. 6 Pertandingan FutsalPertandingan Badminton bertemakan ‘Badminton Pemangkin Perpaduan’.

Peserta daripada kalangan pelajar UKM dan IPT sekitar Lembah Klang yang

terdiri daripada pelbagai kaum. Dengan pertandingan ini dapat mengeratkan

hubungan diantara peserta dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan

peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

18.7 Senam seniSenam seni akan mengunakan segala tarian setiap negeri untuk menerapkan

semangat perpaduan serta penonjolan elemen-elemn unik dari setiap negeri di

samping mengamalkan cara hidup yang sihat.

18.8 Pertandingan Pidato dan Bengkel Pengucapan AwamPertandingan pidato bertemakan patriotik dikalangan pelajar sekolah. Diadakan

bertujuan mengasah bakat peserta dalam pengucapan awam dan menanam

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 8

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewKERTAS KERJA DELEGASI PATRIOTIK 2014 URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk

DELEGASI PATRIOTIK 2014

semangat patriotik dalam kalangan peserta yang terlibat. Peserta yang terlibat

mengikut kategori sekolah menengah sekitar Hulu Langat.

18.9 Pertandingan Poster dan MewarnaPertandinagn poster dan mewarna yang bertemakan patriotik yang dianjurkan

bagi pelajar-pelajar sekolah menengah dan pra-sekolah ini bagi mengasah bakat

kreativiti pelajar di sekitar Hulu Langat. Secara tidak lansung juga program ini

dapat memberi kesedaran dan semangat cinta akan negara Malaysia

18.10 Larian AmalLarian Amal akan disertai oleh pelajar-pelajar UKM dan IPT serta orang awam

sekitar Bangi seramai 200 orang bagi mendapatkan dana sumbangan untuk

tabung tentera yang terkorban dalam pertempuran Lahad Datu, Sabah.

18.11 Pertandingan Bintang PatriotikPertandingan Bintang Patriotik ini bagi mengasah bakat peserta dalam seni

suara dan meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan peserta yang menyertai.

Lagu yang ditetapkan mestilah berunsurkan patriotik bagi menanamkan

semangat menghargai seni Negara. Sasaran peserta dari kalangan mahasiswa

UKM dan IPT sekitar Lembah Klang

19.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

20.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat,

sila hubungi:

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia

Paras 2, Bangunan Pusanika,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

(u/p : Aiman Mardhiah binti Abd Halim)

Tel : 017-6022535

Faks : 03-89214534

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 9

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewKERTAS KERJA DELEGASI PATRIOTIK 2014 URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk

DELEGASI PATRIOTIK 2014

E-mel : [email protected]

Laman Web : www.upsm-ukm.blogspot.com

21.0 PENUTUP

Diharapkan kertas kerja ini mendapat perhatian, sokongan dan bantuan kewangan daripada

pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) demi menjayakan Projek Delegasi Patriotik 2013.

Semoga program ini berjalan dengan lancar dan seterusnya berjaya mencapai objektif yang telah

disasarkan.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

Diluluskan oleh,

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 10

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewKERTAS KERJA DELEGASI PATRIOTIK 2014 URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk

DELEGASI PATRIOTIK 2014

LAMPIRAN AORGANISASI DELEGASI PATRIOTIK 2013

PenaungYBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM

PengerusiProf. Datin Noor Aziah Mohd Awa

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM

PenyelarasEncik Musa Zainal Abidin Othman

Timbalan Pendaftar

Jabatan Perkhidmatan Pelajar,UKM

Penasihat Encik Abdul Qaiyum Borhan

Penolong Pendaftar,

Pusat Akreditasi Pembelajaran, UKM

Ketua PengarahNurul Hadila Binti Mohd Radzir (FKAB/3/A137355)

012-4954625

Timbalan Ketua Pengarah IAbdul Hakim Bin Abdullah (FKAB/2/A141188)

013-4342178

SetiausahaSuraiya Musfirah Binti Razalan (FST/2/A141638)

011-18621047

BendahariNurhumaizatul Akmal Binti Mustafa (FSSK/2/A142416)

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 11

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewKERTAS KERJA DELEGASI PATRIOTIK 2014 URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk

DELEGASI PATRIOTIK 2014

014-5346576

Pengarah Program : Muhammad Nurluqman Bin MohdZin(FSSK/3/A137194)

Pengarah Pemasaran : Aiman Mardhiah Binti Abd Halim (FST/2/A140842)

Pengarah Jualan : Wan Nadhirah Binti Wan Rusli (FEP/2/A139392)

Pengarah Teknikal : Najatul Amira Binti Rahmat (FKAB/2/A142390)

Pengarah Protokol : Nur Hamizah Binti Romli (FTSM/2/A142182)

Pengarah Jamuan : Noor Naziha Binti Mohamad Zamri (FST/2/A141648)

Pengarah Publisiti : Alnurmaeza Binti Matyusof (FEP/2/A140203)

Pengarah Tugas-Tugas Khas : Siti Noorul Aina Binti Ab Rahim (FST/3/A138134)

Pengarah Cenderahati : Nor Aisah Binti Ismail (FSSK/2/A142406)

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 12

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewKERTAS KERJA DELEGASI PATRIOTIK 2014 URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk

DELEGASI PATRIOTIK 2014

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM DELEGASI PATRIOTIK 2014

TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT

26 April 2014 (Sabtu)8.00 pagi – 5.00 petang

8.00 pagi – 5.00 petang

8.00 pagi – 1.00 petang

8.00 pagi – 1.00 petang

8.00 pagi – 1.00 petang

8.30 pagi – 3.00 petang

2.00 petang – 4.00 petang

Pameran,Kaunter Deejay dan Cabutan Bertuah

Derma Darah

Pertandingan Pidato

Pertandingan Mewarna

Pertandingan Bintang Patriotik

Pertandingan Futsal

Wacana

FST BANGUNAN BARU, UKM

FST BANGUNAN BARU, UKMFST BANGUNAN BARU, UKMFST BANGUNAN BARU, UKMFST BANGUNAN BARU, UKMKOLEJ KERIS MAS, UKM

FST BANGUNAN BARU, UKM

27 April 2014 (Ahad)8.00 pagi – 12.00 tghr

8.00 pagi – 12.00 tghr

8.00 pagi – 12.00 tghr

8.00 pagi – 12.00 tghr

8.00 pagi – 12.00 tghr

2.00 petang – 4.00 petang

Pameran,Kaunter Deejay dan Cabutan Bertuah

Derma Darah

Senam Seni dan Larian Amal

Kayuhan Patriotik

Pertandingan Poster dan Banner

Perasmian PenutupPenyampain Hadiah

FST BANGUNAN BARU, UKM

FST BANGUNAN BARU, UKMFST BANGUNAN BARU, UKMUKM-PEKAN BANGI LAMAFST BANGUNAN BARU, UKMFST BANGUNAN BARU, UKM

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 13

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewKERTAS KERJA DELEGASI PATRIOTIK 2014 URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk

DELEGASI PATRIOTIK 2014

LAMPIRAN CANGGARAN BELANJAWAN KESELURUHAN

DELEGASI PATRIOTIK 2014

1. ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA RM

1 SUMBANGAN

Jabatan Perkhidmatan Pelajar RM200.00

Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri RM5,000.00

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air RM5,000.00

Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan

Kebudayaan

RM2,500.00

Kementerian Sumber Manusia RM2,500.00

Kementerian Pengajian Tinggi RM5,000.00

Badan Swasta RM2,000.00

JUMLAH PENDAPATAN RM22,200.00

2. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM

1. Gerak Kerja Awal : Pengurusan RM 500.00

2. Program

2.1 Wacana

Bayaran Saguhati (RM 600 x 3 orang)

Jamuan VIP ( RM 15 x 3 orang)

Jamuan Peserta (RM 10 x 100 orang)

Cenderahati (RM 5 x 100 orang)

2.2 Pameran

Papan Pamer (RM 30 x 10 papan)

Kanopi (RM 250 x 3 buah)

Bendera (RM 1 x 25 helai)

RM 1,800.00

RM 45.00

RM 1,000.00

RM 500.00

RM 300.00

RM 750.00

RM 25.00

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 14

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewKERTAS KERJA DELEGASI PATRIOTIK 2014 URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk

DELEGASI PATRIOTIK 2014

2.3 Cabutan Bertuah (RM 5 x 5 kali x 10 orang)

2.4 Pertandingan Mewarna/Poster/Banner

Hadiah Utama (RM 500)

Saguhati (RM 100 x 3 orang)

Jamuan (RM 5 x 50 orang)

2.5 Pertandingan Badminton

Hadiah (Tempat Pertama)

Hadiah (Tempat Kedua)

Hadiah (Tempat Ketiga)

2.6 Senam Seni

Bendera (RM 1 x 150 helai)

2.7 Kaunter Deejay

Pop Quiz (RM 2 x 100 orang)

Teknikal

2.6 Kayuhan Patriotik

Baju (RM 10 x 150 helai)

Makanan tengah hari (RM5 x 150 orang)

Bendera (RM 1 x 150 helai)

Cabutan Bertuah (RM 10 x 15 orang)

2.6 Pidato

Hadiah Utama (RM 500)

Saguhati (RM 100 x 3 orang)

2.7 Larian Amal

Bendera (RM1 x 100 helai)

2.8 Bintang Patriotik

Hadiah (Pertama)

Hadiah (Kedua)

Hadiah (Ketiga)

Teknikal

RM 250.00

RM 500.00

RM 300.00

RM 250.00

RM 1,000.00

RM 500.00

RM 200.00

RM 150.00

RM 200.00

RM 0.00

RM 1,500.00

RM 750.00

RM 150.00

RM 1,500.00

RM 500.00

RM 300.00

RM 100.00

RM 500.00

RM 300.00

RM 150.00

RM 0.00

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 15

Page 16: ifolio.ukm.my · Web viewKERTAS KERJA DELEGASI PATRIOTIK 2014 URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk

DELEGASI PATRIOTIK 2014

3. Publisiti

Kain Rentang (RM 70 x 15 helai)

Banting (RM 30 x 50 helai)

Pamplet (RM 1 x 150 keping)

Poster (RM 2 x 300 keping)

Backdrop

Tag Urusetia (RM 2 x 80 orang)

Buku Cenderamata (RM 10 x 100 unit)

Flyers (RM 0.50 x 500 keping)

Bendera Hiasan (RM 10 x 50 unit)

RM 1,050.00

RM 1,500.00

RM 150.00

RM 600.00

RM 320.00

RM 160.00

RM 1,000.00

RM 250.00

RM 500.00

5. Jamuan

AJK (RM 5 x 80 orang x 2 hari)

Perasmi (RM 50 x 3 orang)

RM 800.00

RM 150.00

6. Cenderamata program

Perasmi (RM 20 x 5 orang) RM 100.00

8. Runcit dan Kontinjensi RM 1,600.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 22,200.00

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 16

Page 17: ifolio.ukm.my · Web viewKERTAS KERJA DELEGASI PATRIOTIK 2014 URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk

DELEGASI PATRIOTIK 2014

“ Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara” 17