ifolio.ukm.my · web viewselepas perbincangan daripada kami, kami memulakan proses penghasilan...
TRANSCRIPT
KURSUS HHHC9401
KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
PENSYARAH:
Dr. NOR MALIA BINTI ABD WARIF
Nama : See Xiao Xu
Nombor Matrik : A144581
Fakulti : Fakulti Sains Kesihatan
Kursus : Program Fisioterapi
TahunPengajian : 2014/2015
NAMA PROJEK:
HARI INTERAKSI INTERKOLEJKELAB TIONG HWA
SESI 2014/2015
KOD PROJEK:
DN00265/2014
JAWATAN YANG DISANDANG:
JURUACARA
TARIKH MULA PROJEK:
11 MEI 2014
TARIKH TAMAT PROJEK:
11 MEI 2014
TEMPAT:
DEWAN SERBAGUNA
KOLEJ TUN SYED NASIR
ANJURAN:
KELAB BAHASA MANDARIN KOLEJ TUN SYED NASIR
PENGARAH:
LIM MING CHIANG
0169038540
PENASIHAT PROJEK:
PROF. MADYA DR. RUZITA ABD. TALIB
1.0 PERANCANGAN:
Selepas saya dipilih untuk memegang jawatan juruacara dalam program Hari Interaksi Interkolj Kelab Tiong Hua, saya telah melibatkan diri saya dalam perbincangan tentatif projek bersama-sama dengan ahli jawatankuasa yang lain. Selepas perbincangan daripada kami, kami memulakan proses penghasilan kertas kerja program. Selepas mendapat kelulusan daripada pihak Pusat Khidmat Siswa , saya telah menyiapkan carta gantt dan carta aliran perjalanan projek selepas berbincang dengan ahli jawatankuasa dalam program Hari Interaksi Interkolj Kelab Tiong Hua melalui mesyuarat. Perancangan projek kami adalah berdasarkan objektif penganjuran yang berasaskan learning contact (LC) yang berikut.
HHHC1 Kemahiran Sosial dan
Kebertanggungajawaban
HHHC2 Kemahiran Komunikasi
HHHC3 Kemahiran Pengurusan Makluma dan Pembelajaran Sepanjang
Hayat
HHHC4 Kemahiran Membina Nilai, Sikap,
Etika dan Profesionalisme
HHHC5 Kemahiran Pemikiran Kritikal,
Penyelesaian Masalah dan Pendekatan
Saintifik
HHHC6 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja
Berpasukan
HHHC7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan
HHHC8 Kemahiran Kreatif dan inovatif
HHHC9 Kemahiran Sosial dan
Kebertanggungjawaban
Carta alir perjalanan projek (Flowchart)
Mula
Memilih ahli jawatankuasa dan Exco
Mesyuarat dengan ahli jawatankuasa lain untuk merancang projek dan mengetahui tentang visi
dan misi
Mesyuarat antara juruacara untuk membincang kandungan skrip.
Mesyuarat dengan pengarah , Exco dan AJk lain untuk
melaporkan kemajuan kerja.
Pelaksanaan projek (latihan untuk menyampaikan skrip aturcara )
Melaporkan gerak kerja, menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Membincang dengan senior juruacara tentang intonasi dan posisi juruacara semasa majlis dilangsungkan.
Raptai untuk Hari Interaksi Interkolej Kelab Tiong Hua (13 Mei 2014) bersama dengan bahagian teknikal dan protocol.
Raptai terakhir untuk Hari Interaksi Interkolej Kelab Tiong Hua. Me
Majlis perasmian Hari Interaksi Interkolej Kelab Tiong Hua. (11 Mei 2014)
Perlaksanaan aktiviti :
Mengacarakan majlis ( sesi formal dan sesi tidak formal )
Tarikh akhir aktiviti untuk Hari Interaksi Interkolej Kelab Tiong Hua (13 Mei 2014). Membersihkan Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir
Post-mortem, refleksi projek.
Pelaporan
Carta Gantt & Batukala (Milestone)
Bilangan
Aktiviti March April MayMinggu
1 Perbincangan aktiviti yang akan dijalankan2 Pembentangan gerak kerja3 Pemastian senarai AJK dan VIP4 Pembahagian tugas AJK5 Mesyuarat dengan Pengarah, semua Exco dan AJK 6 Mesuarat antara juruacara untuk membincang kandungan skrip. 7 Latihan menyampaikan skrip.8 Pelaporan gerak kerja dengan Pengarah9 Menyelesaikan masalah yang dihadapi10 Penyelarasan dengan bahagian teknikal tentang proses pengendalian majlis.11 Penyelarasan dengan bahagian protokol tentang proses pengendalian majlis.12 Pembincangan dengan senior juruacara tentang cara menyampaikan skip.13 Latihan tentang intonasi penyampaian skip.14 Latihan dengan posisi, serta senyuman semasa menyampaikan skip.15 Raptai perlaksanaan aktiviti Hari Interaksi Interkolej Kelab Tiong Hua.16 Perbincangan dengan bahagian teknikal dan bahagian protocol terakhir untuk
memastikan aliran acara.18 Raptai akhir perlaksanaan aktiviti Hari Interaksi Interkolej Kelab Tiong Hua.19 Pelaksanaan aktiviti Hari Interaksi Interkolej .20 Mengemas semula dan membersihkan tempat yang telah digunaan21 Post-mortem dan Refleksi
2.0 Perlaksanaan
Saya merupakan salah seorang ahli dalam Kelab Tiong Hua Kolej Tun Syed Nasir
sesi 2013/2014. Pada setiap tahun, Kelab Tiong Hua Kolej Tun Syed Nasir akan mengadakan
aktiviti Hari Interaksi Interkolej Kelab Tiong Hua dan semua ahli Kelab Tiong Hua Kolej Tu
Syed Nasir diwajibkan untuk menyertai tugasan penyediaan aktiviti ini. Selepas mesyuarat
dengan ahli Kelab Tiong Hua lain, saya telah dipilih sebagai salah seorang juruacara aktiviti
ini. Saya dan pasangan juruacara lain, iaitu Tan Chai Li mula menyertai perbincangan untuk
menyediakan kertas kerja yang perlu dihantar kepada pusat Khidmat Siswa untuk mendapat
kelulusan daripada mereka untuk mengadakan program ini. Selepas mendapat kelulusan
daripada Pusat Khidmat Sisiwa, saya dan pasangan juruacara, Tan Chai Li mula
membahagikan kerja.
Walaupun saya dan pasangan juruacara belajar dalam program khusus yang berbeza,
nanum kita masih dapat melapangkan masa untuk membincang tentang cara pengendalian
majlis. Dalam perjumpaan pertama, kami meneliti atur cara program dengan skrip supaya
lebih memahami lingkungan kerja kami. Selain itu, kami juga membaca post mortem tahun
depan untuk memperbaiki kelemahan dan memajukan kelebihan. Kami juga berkongsi
pengalaman kami sebagai juruacara dalam aktiviti yang pernah kami sertai. Selain itu, kami
juga menyertai dalam perbincangan tentatif program dengan bahagian program. Selepas
tentative program dipastikan, kami mula merancang skrip juruacara. Saya dan Tan membuat
keputusan untuk menyampaikan skrip aturcara dalam bahasa Mandarin dan bahasa English.
Kami membahagikan aturcara aktiviti Hari Interaksi Interkolej kepada dua bahagian,
iaitu bahagian formal dan bahagian tidak formal. Dalam proses merangka kandungan skrip,
kami menghadapi masalah tentang penggunaan kesinambungan bahasa dan urutan program .
Namun kami pun tidak berputus asa. Kami meminta tunjuk ajar daripada senior exco yang
pernah menjadi juruacara .Selapas kami menyiapkan skip, kami mula berlatiih untuk
menyampaikan skrip kami.
Gambar 1. Saya dan Tan Chai Li sedang membuat latihan
penyampaian skrip sambil merujuk kepada skrip yang dipapar di
komputer.
Kami mendapati bahawa Pengacaraan majlis bermaksud pengendalian sesuatu majlis
dari awal hingga akhir memerlukan pengacaraan yang teratur dan kemas. Pengacaraan yang
baik akan menjamin kelangsungan majlis-majlis rasmi tanpa gangguan atau kecacatan. Untuk
menjamin majlis dalam dikendalikan dengan lancar, kami telah mengadakan latihan tiga kali
seminggu dalam masa 2 jam.
Kami berlatih tentang cara menyampaikan aturcara program secara formal dengan
mempelbagaikan intonasi dalam satu ayat. Kami belajar pronunsiatasi tatabahasa dengan
tepat dan jelas. Selain itu, kelajuan menyamaikan teks adalah tidak boleh terlalu cepat supaya
teks yang kami sampaikan adalah jelas dan boleh difahami oleh orang lain.
Kami telah menunjukkan hasil latihan kepada senior exco dan beberapa kesilapan
telah dibetulkan. Senior exco juga membimbing kami dan memberi nasihat supaya lebih
berkeyakinan diri semasa menyampaikan teks aturcara dengan intonasi yang sesuai dengan
suasana majlis. Senior exco juga membantu kami untuk memperbetulkan skrip aturcara
supaya perkataan yang digunakan adalah sesuai. Selain itu, kami juga belajar tentang posisi
yang betul bagi seseorang juruacara semasa berdiri di atas pentas. Kami telah menyampaikan
skrip aturcara dengan intonasi yang berlainan serta penuh dengan perasaan.
Gambar 2. Kami sedang berbincang dan meminta tunjuk ajar
daripada senior exco.
Gambar 3. Kami membincang penyelarasan majlis dengan bahagian
program dan protokol.
Kami juga membincang dengan bahagian protokol, bahagian program serta bahagian
teknikal bagi memastikan kelancaran majlis. Oleh disebabkan kesingkatan masa, kami
memaparkan tahap bekerjasama yang tinggi. Kami membincang tentang tugas masing-
masing dalam aturacara penyelarasan majlis bagi mengelakkan daripada melakukan kesilapan
semasa menjalankan tugasan. Kami mengerjakan sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh,
sabar serta minat yang mendalam sehingga selesai tetapi tidak sekadar "melepaskan batuk di
tangga". Kami berlatih bersama bahagian lain agar dapat mengawal hadlaju kami dalam
menyampaikan skrip aturcara. Kami juga memberi kerjasama supaya dapat
mempersembahkan seluruh program dengan bagus dan lancar.
Gambar 4 : Kami sedang membuat latihan menyampaikan skrip aturcara
dengan memakai pakaian formal yang merupakan pakaian juruacara pada
hari aktiviti tersebut.
Kami berlatih untuk memberi senyuman yang manis dan juga mengekalkan senyuman
sepanjang program dilangsungkan. Kami juga mendapati bahawa sifat profesionalisme adalah
penting semasa mengendalikan majlis. Selain itu, kami mendapat bahawa juruacara perlulah
mempunyai keterampilan yang menarik perhatian orang ramai. Ini kerana semasa kami
menjalankan tugasnya, kami menjadi perhatian seluruh hadirin yang menghadiri majlis
berkenaan. Kami juga perlu menguasai atur cara majlis.
Semasa raptai, kami diberi peluang untuk menggunakan mike untuk menyampaikan
ucapan semasa raptai . Kami memastikan dengan bahagian protokol tentang nama penuh
VVIP dan VIP atau wakil yang akan hadir supaya tidak berlaku kesilapan. Melalui raptai,
para jawatankuasa dapat melihat keberkesanan urutan majlis. Bebrapa aturcara telah
diubahsai semula supaya majlis dapat dijalankan dengan lancar dan beberapa kelemahan
seperti suara penyampaian teks dan intonasi telah dikuatkuasakan.
Pada hari aktiviti Hari Interaksi Interkolej Kelab Tiong Hua( 11 Mei 2014) , kami
telah bersiap sedia untuk mengendalikan majlis dengan sedaya upaya,
Gambar 5. Interaksi antara saya dengan salah seorang peserta Hari
Interaksi Interkolej Kelab Tiong Hua.
Gambar 6. Gambar ini menunjukkan sesi perkenalan sebelum majlis
perasmian bermula.
Semasa menunggu ketibaan para VIP and VVIP, kami telah mengendalikan sesi
perkenalan dengan baik. Peserta aktiviti daripada kolej-kolej UKM Bangi yang berbezadapat
saling berkenalan. Setelah ketibaan para VIp dan VVIP, maka majlis perasmian telah
dimulakan.
Gambar 7. Kami sedang mengendalikan aturcara majlis.
Kami telah memberi yang terbaik untuk audiens. Semua bahagian bekerjasama
dengan lancar dan baik. Kami diberitahu tentang pembetulan nama VIP yang akan hadir dan
kami sempat untuk mengubah dan berlatih. Kami diingatkan tentang intonasi, posisi dan
mengekalkan senyuman. Akhirnya, aktiviti Hari Interaksi Interkolj Kelab Tiong Hua berjaya
dijalankan dengan mempunyai seramai 59 orang pelajar yang menghadiri program ini.
Program dijalankan dengan lancar, dan bahagian juruacara berjaya menjalankan tugasan ini.
Dalam proses ini saya dapat belajar banyak yang tidak dapat belajar dalam buku.
Termasuklah kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisma. Saya dapat belajar cara
untuk mengendalikan sesuatu majlis dengan baik dan menjamin kelangsungan majlis-majlis
rasmi tanpa gangguan atau kecacatan. . Saya amat bertuah dan bangga untuk dipilih menjadi
juruacara dalam program Hari Interaksi Interkolek Kelab Tiong Hua.
Gambar 8 . Sesi pengambilan gambar selepas program Hari Interaksi Interkolej
Kelab Tiong Hua sesi 2014/2015 tamat.
3.0 Refleksi.
Selepas menyertai program Hari Interaksi Interkolej Kelab Tiong Hua, saya telah
menyedari betapa pentingnya kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme dalam
kehidupan dan juga dalan bakal bidang kerjaya saya. Saya hanya mempunyai pengalaman
menjadi juruacara untuk aktiviti yang berskala kecil tetapi tidak pernah mengendalikan majlis
yang berskala besar berumpama Hari Interaksi Interkolj Kelab Tiong Hua sesi 2014/2015.
Saya mendapati bahawa dalam majlis-majlis rasmi, kelancaran program adalah amat
penting. Majlis-majlis rasmi mempunyai aturcara yang padat tetapi penting dan saling
berkaitan antara satu sama lain. Oleh itu, seorang pengacara adalah amat diperlukan untuk
memimpin perjalanan majlis supaya bermula dengan baik dan berakhir dengan baik juga.
Pengacaraan yang baik akan menjamin bahawa majlis-majlis rasmi akan mencapai
matlamatnya dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada pesertanya. Nilai nilai seperti
nilai amanah adalah sangat penting supaya semua urusan pengenalian majlis termasuk
penyediaan skrip aturcara, latihan serta penyelarasan dengan bahagian lain hendaklah
ditunaikan serta dilaksanakan sebaik mungkin supaya program ini dapat dijalankan dengan
lancer. Selapas saya bersetuju untuk menjadi juruacara untuk progam ini, nilai
bertanggungjawab dalam memikul dan melaksanakan tugas juga dipelajari kerana kejayaan
perjalanan sesuatu majlis adalah berkaitan rapat dengan cara pengendalian juruacara.
Dalam proses penyediaan untuk program ini, saya perlu berurusan dengan bahagian
teknikal, bahagian protokal dan bahagian program. Oleh sebab saya dan exco bahagian lain
daripada program khusus yang berbeza, kami menghadapi kesukaran untuk melapangkan
masa yang banyak untuk membincang dan menyelaras tugasan . Bagi mengatasi masalah ini,
kami telah menyediakan kandungan yang perlu dibincang sebelum perbincangan. Akhirnya,
kami dapat menjalankan perbincangan dengan baik dan mengelakkan daripada melakukan
kesilapan semasa menjalankan tugasan . Sifat komited ini dapat menyumbang ke arah
terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang cemerlang.
Masa adalah penting dalam satu-satu majlis khususnya dalam majlis yang mempunyai
banyak bahagian aturcara. Sekiranya pembahagian masa tidak diaturkan dengan betul, majlis
boleh jadi cacat. Melalui raptai, saya juga menyedari kepentingan pengurusan masa ,
keberkesanan masa dan pembahagian masa yang lebih baik untuk setiap bahagian dalam
aturcara.
Sikap positif adalah penting dalam kehidupan kita. Walaupun saya dan pasangan saya
menghadapi masalah dalam proses penyediaan untuk aktiviti ini, kami masih bersikap positif
dan meminta tunjuk ajar daripada senior exco yang berpengalaman untuk memperbetulkan
kelemahan kami contohnya intonasi serta kelajuan menyampaikan teks.
Ciri- ciri profesionalisme adalah penting sebagai seorang juruacara. Contohnya,
penampilan yang sesuai dengan majlis, ekspresi muka (senyuman), suara yang jelas dan
boleh didengari oleh para hadirin serta kelajuan menyampaikan teks akan menunjukkan sifat
profesionalisma semasa mengendalikan majlis tersebut. Saya dan pasangan , Tan juga
membuat penilaian semula tentang prestasi kami setiap kali latihan supaya mengelakkan
kesilapan dan menguatkuasakan kelemahan, Kami mendapati bahawa kelemahan kami yang
paling besar ialah intonasi percakapan dan keyakinan diri tidak mencukupi semasa bertutur.
Kami telah berlatih bersungguh-sungguh supaya dapat memperbetulkan kelemahan kami.
Saya amat bertuah dan bangga untuk dipilih untuk menjadi juruacara dalam program
Hari Interaksi Interkolej Kelab Tiong Hua sesi 2014/2015. Saya mengharga segala bantuan
yang dihulurkan oleh pihak lain dalam menjayakan projek ini.
4.0 Lampiran
1. Lampiran 1 kertas kerja Hari Interaksi Interkolej Kelab Tiong Hua sesi 2014/2015
2. Lampiran 2 surat kelulusan jppel
3. Lampiran 3 laporan post mortem Hari Interaksi Interkolej Kelab Tiong Hua sesi 2014/2015
4. Video 1 latihan penyampaian skrip
5. Video 2 perbincangan dan latihan penyampaian skrip denga senior exco
6. Video 3 latihan terakhir untuk penyampaian skrip.7. Video 4 Perbincangan (post mortem)dengan exco lain terhadap program ini selepas program
ini berakhir.