(00penilaian kursus kpr 3012 sem 2 sesi 2014 2015

14
0 | Page PENILAIAN KURSUS KPR3012 Seminar Refleksi Latihan Sem 2 2014/15 FAKULTI PEND

Upload: savithri-savi

Post on 03-Dec-2015

246 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ri

TRANSCRIPT

Page 1: (00penilaian Kursus Kpr 3012 Sem 2 Sesi 2014 2015

0 | P a g e

FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA

Sem 2 2014/15

PENILAIAN KURSUSKPR3012 Seminar Refleksi Latihan Mengajar

Page 2: (00penilaian Kursus Kpr 3012 Sem 2 Sesi 2014 2015

UPSI(ISO)/FAK/PdP/P01/RI(BM)Pindaan 00

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 2

2.0 Hasil Pembelajaran Kursus 2

3.0 Penilaian Kursus3.1 Pemberatan penilaian kursus 23.2 Agihan pemberatan kerja kursus 2

4.0 Bentuk Kerja Kursus4.1 Bentuk Kerja Kursus Individu4.2 Bentuk Kerja Kursus Kumpulan

334

5.0 Skala Pemarkahan Kerja Kursus5.1 Skala Pemarkahan Penulisan Refleksi 55.2 Skala Pemarkahan Kajian Tindakan5.3 Skala Pemarkahan Seminar

66

LAMPIRAN:Cover tugasan kumpulan 8

1.0 PENGENALAN

Kursus ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menilai dan membincangkan pengalaman mereka berkaitan praktikum. Melalui kursus ini juga, pelajar dapat berkongsi dan bertukar-tukar pengalaman sesama rakan semasa mereka menjalani praktikum.

Sinopsis dan rasional kursus

Kursus ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menilai dan membincangkan pengalaman mereka berkaitan praktikum. Melalui kursus ini juga, pelajar dapat berkongsi dan bertukar-tukar pengalaman sesama rakan semasa mereka menjalani praktikum

1. Menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar bagi membolehkan mereka untuk membuat refleksi sepanjang tempoh menjalani praktikum.

2. Membolehkan pelajar untuk berkongsi pengalaman dengan rakan yang lain.3. Mengesan isu-isu yang berkaitan dengan proses pengajaran.4. Mengenalpasti langkah terbaik bagi menangani isu-isu yang timbul semasa

mengajar

2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUSI. Menilai pengalaman praktikum (C6, CS3).- Tugasan 1 (Individu) – Penulisan refleksi – Mg 6 - 30%

PENILAIAN KURSUSKPR3012 Seminar Refleksi Latihan Mengajar

1

Page 3: (00penilaian Kursus Kpr 3012 Sem 2 Sesi 2014 2015

UPSI(ISO)/FAK/PdP/P01/RI(BM)Pindaan 00

II. Mencadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan situasi dalam bilik darjah (A4, CTPS2).- Tugasan 2 (Individu) – Laporan Kajian Tindakan – Mg 10 – 30%III. Menghasilkan semula aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan situasi bilik darjah (C5). – Tugasan 1 (Individu) - Penulisan refleksi – Mg 6 - 30%IV. Menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang baik (C6, TS2).- Tugasan 3 (Kumpulan) – Pembentangan seminar – Mg 4 – Mg 13 – 40%

PENILAIAN KURSUS

2

Page 4: (00penilaian Kursus Kpr 3012 Sem 2 Sesi 2014 2015

JADUAL PENGAJARAN MINGGUAN:Minggu Tajuk Hasil pembelajaran

Pada akhir setiap minggu, pelajar dapat:

Aktiviti P&P

1.Menerangkan Rancangan Instruksional dan Peraturan Kedatangan dan Keperluannya.

Memahami konsep dan kepentin-gan refleksi dalam proses penga-jaran.Refleksi dan kajian tindakan

Menjelaskan konsep dan kepentingan refleksi dalam proses pengajaran.

1. Kuliah2. Perbincangan

2. Mengenal pasti isu dan masalah dalam memahami dan menterjemahkan Sukatan Pelajaran, Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian.

Menganalisis sukatan pelajaran dan Rancangan Pengajaran Harian

1. 1. Kuliah2. 2. Perbincangan

3. Mengenal pasti isu dan masalah serta mencari penyelesaian melalui pendekatan kajian tindakan.

Menjelaskan konsep dan kepentingan menjalankan kajian tindakan.

1. 1. Kuliah 2. 2. Perbincangan

4. Mengenal pasti isu dan masalah serta mencari penyelesaian:

Membahaskan dan mempersembahkan isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan profesional dan pengamal refleksi.[Tugasan 3 – Kumpulan]Mg 1 – 18 FebMg 2 – 25 Feb – TRGMg 3 – 4 Mac – Promosi apa yg akan diseminarkan utk tajuk 1 - 7Mg 4 -11 Mac - 1. Pembangunan profesional dan pengamal refleksi.Mg 5 – 18 Mac - 2. Pengurusan bilik darjahMg 6 – 25 Mac - 3. Penilaian pengajaran dan pembelajaran. Mg 7 – 1 Apr - 4. Pelaksanaan kajian tindakanMg 8 – 15 Apr 5. Pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.Mg 9 – 22 Apr 6. Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Mg 10 – 29 Apr - 7. Pelaksanaan dan penyebaran inovasi pendidikan di sekolah.

Mg 11 – Mg 14 Menyampaikan kertas kerja tentang Latihan Mengajar yang

berkaitan dengan sikap dan sahsiah guru pelatih.- Pelajar terpilih SAHAJA[Tugasan 1 – Individu dan Tugasan 2 – Individu]- Penampilan diri- Keperihatinan- Pekerti- Ciri-ciri Profesional- Isu-isu semasa

1. Seminar

0 | P a g e

Page 5: (00penilaian Kursus Kpr 3012 Sem 2 Sesi 2014 2015

Membahaskan dan mempersembahkan isu-isu yang berkaitan dengan latihan mengajar.

3.0

3.1. Pemberatan

Kategori Pemberatan

Kerja kursus 100%

JUMLAH 100%

3.2. Agihan Pemberatan Kerja Kursus

Bentuk Kerja Kursus

JenisTugasan

Agihan Markah (Peratus)

Jumlah (Peratus)

Individu Penulisan Refleksi 30% 60%

Kajian Tindakan 30%

Kumpulan Pembentangan Seminar 40% 40%

JUMLAH 100% 100%

4.0 BENTUK KERJA KURSUS

Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

4.1 BENTUK KERJA KURSUS INDIVIDU

Tugasan Arahan Tarikh Akhir %

Penulisan refleksi 1. Pelajar dikehendaki mengumpul laporan

penyeliaan daripada pensyarah penyelia dan guru pembimbing.

2. Berdasarkan pengalaman dan laporan penyeliaan tersebut, pelajar haruslah mengenal pasti 5 isu atau masalah (berkaitan pdp – 3 pelajar pilih, 2 pensyarah pilih) yang mereka telah hadapi semasa praktikum. (Mungkin ada komen yang postif dari penyelia praktikum, namun untuk tugasan ini, pelajar perlu kenal pasti 5 isu atau masalah kerana tujuan tugasan ini adalah untuk penambah baikan PdP mereka).

3. Berdasarkan 5 isu atau masalah semasa PdP tersebut, pelajar dikehendaki menulis laporan

Minggu 6 30

1

Page 6: (00penilaian Kursus Kpr 3012 Sem 2 Sesi 2014 2015

refleksi berdasarkan empat (4) bahagian:

Bahagian I: Kenal pasti isu atau masalah semasa PdP.

Bahagian II: Kenal pasti kenapa isu atau masalah tersebut berlaku.

Bahagian III: Berikan langkah penambahbaikan yang disarankan oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing berdasarkan isu atau masalah tersebut.

Bahagian IV: Rancang semula pengajaran/ ubah suai tindakan bagi mengatasi isu atau masalah tersebut. – 5 RPH asal + 5 RPH yg ditambah baik berdasarkan BUKTI dpd [1]refleksi sendiri, [2] komen penyelia, [3] guru pembimbing dan [4] rakan sepraktikum TETAPI tidak diajar semula.

Laporan Kajian Tindakan

1. Pelajar dikehendaki menyediakan laporan akhir hasil kajian tindakan yang telah dilaksanakan semasa latihan mengajar.

2. Penulisan laporan perlu merangkumi:

i. Isu dan masalah yang dikenal pasti.ii. Objektif dan persoalan kajian.iii. Sorotan literatur.iv. Pengumpulan data-instrumen yang

digunakan.v. Menganalisis dan mengintepretasi data.vi. Rumusan dan perbincangan.- berjaya

diselesaikan atau tidak sempat diselesaikan

vii. Cadangan penyelidikan seterusnya.

3. Pelajar perlu sertakan bahan bukti penyelidikan yang telah dilakukan seperti gambar aktiviti dan lembaran kerja pelajar dalam laporan yang disediakan.

4. Hasil kajian tindakan perlu ada nilai tambah.

5. Tugasan mestilah dihantar secara bertulis, kepada pensyarah kursus mengikut tarikh yang ditetapkan.

Ambil perhatian perkara berikut:

- Penulisan menggunakan font Arial 11 atau Times New Roman 12.

- Langkau baris (spacing) 1.5.

Minggu 10 30

2

Page 7: (00penilaian Kursus Kpr 3012 Sem 2 Sesi 2014 2015

- Bibliografi menggunakan format APA.

- Muka hadapan (cover) tugasan adalah seperti di Lampiran 1 .

JUMLAH 60

4.2 BENTUK KERJA KURSUS KUMPULAN

Pelajar dikehendaki mengendalikan satu seminar tentang topik-topik yang terdapat dalam rancangan instruksional yang berkaitan dengan pengalaman mereka sewaktu menjalani latihan mengajar. Pelajar secara berkumpulan akan bekerjasama untuk membentuk satu jawatankuasa seminar yang akan bertanggungjawab semasa seminar dijalankan.

Tugasan Arahan Tarikh Akhir %

PembentanganSeminar

1. Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan seramai 4-5 orang.

1. 2. Setiap kumpulan akan diberi tajuk berdasarkan topik-topik yang terdapat dalam rancangan instruksional.

i. Pembangunan profesional dan pengamal refleksi.

ii. Pengurusan bilik darjah.iii. Penilaian pengajaran dan pembelajaran. iv. Pelaksanaan kajian tindakan.v. Pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis

dan kreatif.vi. Pengintegrasian teknologi dalam

pengajaran dan pembelajaran. vii. Pelaksanaan dan penyebaran inovasi

pendidikan di sekolah.

2. Seminar adalah mengikut kriteria berikut:

i. Mengurus mini seminar untuk 2 jam (lokasi di dalam bilik kuliah @ di luar bilik kuliah yang ditentukan oleh pelajar).

ii. Pembentang seminar perlu ada video klip /blog/poster/pameran/aktiviti-aktiviti/ permainan yang melibatkan peserta dari kumpulan lain.

iii. Sediakan alat untuk dapatkan maklum balas segera dari peserta.

iv. Sediakan ringkasan maklum balas peserta (450-500 patah perkataan).

Bermula pada minggu ke 4 hingga minggu ke 13

40

JUMLAH 100

PERHATIAN Segala perkara yang berkaitan kerja kursus MESTI merujuk dan mengikut arahan pensyarah

kumpulan kuliah masing-masing.

3

Page 8: (00penilaian Kursus Kpr 3012 Sem 2 Sesi 2014 2015

5.0 SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS

5.1 Skala Pemarkahan Penulisan Refleksi (25%)

Gred Kriteria Penulisan Refleksi

A Penulisan refleksi menggunakan format yang amat sesuai, isi mencukupi, isi di olah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa.

A- Penulisan refleksi menggunakan format yang amat sesuai, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas.Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa.

B+ Penulisan refleksi menggunakan format yang sesuai,isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan bahasa.

B Penulisan refleksi menggunakan format yang sesuai, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).

B- Penulisan refleksi menggunakan format yang kurang sesuai, kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).

C+ Ada penulisan refleksi, kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkara).

C Ada penulisan refleksi, kesalahan format tidak melebihi 4 perkara, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa tidak melebihi 7 perkara.

C- Kesalahan format melebihi 5 perkara, isi tidak mencukupi, isi tidak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa melebihi 8 perkara.

D/E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan.Tidak lengkap.

5.2 Skala Pemarkahan Kajian Tindakan

Gred Kriteria Laporan Kajian Tindakan

A Masalah yang dikaji merupakan satu isu yang penting perlu diselesaikan dan dihuraikan dengan jelas. Metodologi kajian dirancang dan dilaksana mengikut prosedur kajian tindakan. Dapatan kajian dipersembahkan dengan menarik, kreatif dan mudah difahami. Mengusulkan kajian seterusnya yang selaras dengan dapatan kajian. Laporan penulisan disusun dengan kemas dan jelas. Bahan bukti dilampirkan. Kajian tindakan unik (intervensi menggunakan idea sendiri dan asli) dan mempunyai nilai tambah kepada pihak berkepentingan dan menyumbang kepada bidang pendidikan. Tiada kesalahan bahasa.

A- Masalah yang dikaji merupakan satu isu yang penting perlu diselesaikan dan dihuraikan dengan jelas. Metodologi kajian dirancang dan dilaksana mengikut prosedur kajian tindakan. Dapatan kajian dipersembahkan dengan menarik dan mudah difahami. Mengusulkan kajian seterusnya yang selaras dengan dapatan kajian. Laporan penulisan disusun dengan kemas dan jelas. Bahan bukti dilampirkan. intervensi menggunakan idea sendiri dan asli. Kajian mempunyai nilai tambah kepada pihak berkepentingan dan menyumbang kepada bidang pendidikan. Tiada kesalahan bahasa.

B+ Masalah yang dikaji merupakan satu isu yang penting dan dihuraikan dengan jelas. Metodologi kajian dirancang dan dilaksana mengikut prosedur kajian tindakan. Dapatan kajian dipersembahkan dengan menarik dan mudah difahami. Mengusulkan kajian seterusnya yang selaras dengan dapatan kajian. Laporan penulisan disusun dengan kemas dan jelas. Bahan bukti dilampirkan. intervensi merupakan adaptasi daripada idea penyelidik lain, Laporan penulisan kurang kemas, bahan bukti tidak lengkapKajian tindakan mempunyai nilai tambah kepada pihak berkepentingan. kesalahan bahasa yang minima.

B Masalah tidak dijustifikasi dengan jelas. intervensi merupakan replikasi idea penyelidik lain, Laporan penulisan kurang kemas, bahan bukti tidak lengkap

B- Masalah tidak dijustifikasi dengan jelas, intervensi merupakan replikasi idea penyelidik lain, Laporan penulisan kurang kemas, bahan bukti tidak lengkap

4

Page 9: (00penilaian Kursus Kpr 3012 Sem 2 Sesi 2014 2015

C+ Ada laporan kajian. Kurang sistematik, intervensi kurang sesuai untuk menyelesaikan masalah,bahan bukti tidak disertakan.

C Ada penulisan. Tidak sistematik. intervensi tidak sesuai, tiada bahan bukti

C- Ada laporan kajian. Tidak lengkap. Tiada bahan bukti

D/E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan.

5.2 Skala Pemarkahan Seminar

Gred Kriteria Seminar

A Pengurusan seminar bersifat ilmiah yang cemerlang, penyampaian yang jelas, lancar, kemas & meyakinkan, menarik & kreatif, mengandungi idea yang bernas, dan ada elemen interaksi yang baik.

A- Pengurusan seminar bersifat ilmiah yang baik, penyampaian yang jelas dan baik, menarik & kreatif, mengandungi idea yang bernas, dan ada elemen interaksi yang baik.

B+ Pengurusan seminar bersifat ilmiah yang sederhana, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi.

B Pengurusan seminar bersifat ilmiah sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan idea yang bernas.

B- Pengurusan seminar bersifat ilmiah, penyampaian yang baik & menarik dan ada idea yang kemas

C+ Ada penjelasan, penyampaian yang sederhana, Ada idea sendiri yang baik.

C Tahap perbincangan yang rendah, penyampaian sederhana dan sekadar ada, ada idea tetapi kurang kemas.

C- Tidak ada penjelasan, penyampaian yang tidak berkesan, idea yang tidak jelas.

D/E Gagal melengkapkan tugasan, Tidak menjawab soalan, serahan melewati tarikh akhir.

5

Page 10: (00penilaian Kursus Kpr 3012 Sem 2 Sesi 2014 2015

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR

TAJUK

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK PROGRAM

PENSYARAH: _____________________________________________________________

KUMPULAN : _______________________________

6

PEMARKAHANLAMPIRAN 1

Page 11: (00penilaian Kursus Kpr 3012 Sem 2 Sesi 2014 2015

Tarikh :____________________________________

7