01 laporan acara merentas desa peringkat sekolah

Upload: naey-farmer

Post on 26-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 01 Laporan Acara Merentas Desa Peringkat Sekolah

    1/2

    LAPORAN ACARA MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

    SJKC CHUNG HWA DAMANSARA, TAHUN 2016

    PELAKSANA : PERTANDINGAN PERINGKAT SEKOLAH

    PROGRAM : ACARA MERENTAS DESA

    TARIKH : 22 JANUARI 2016HARI : JUMAAT

    MASA : 8:00 PAGI 10:00 PAGI

    TEMPAT : KAWASAN SEKITAR SEKOLAH

    KUMPULAN SASARAN : SEMUA MURID

    PENDAHULUAN

    Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Damansara telah mengadakan larianmerentas desa yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Acara larian

    merdeka yang bermula dari kawasan sekolah itu telah melalui beberapa batang jalan di

    sekitar kawasan perumahan dekat sekolah.

    OBJEKTIF

    Acara merentas desa ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid-murid supaya

    aktif dari segi fizikal dan juga mental ini bertujuan agar murid-murid mempunyai

    pencapaian yang seimbang dalam bidang akedamik dan juga kokurikolum dan jugamemperatkan silaturahim diantara murid-murid dan guru-guru yang terlibat sepanjang

    aktiviti ini berlaku.

    MASA DAN TEMPAT

    Acara diadakan mengikut ketetapan berikut:

    Tarikh : 22/01/2016 (Jumaat)

    Masa : 8:0010:00 pagi

    Tempat : Laluan sekitar Kampung Damansara

    KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN

    Upacara perasmian dilakukan oleh Pengerusi PIBG Encik Sip, kemudian beliau telah

    melepaskan para pelajar aliran PPKI. Semua warga sekolah telah bekerjasama untuk

    memastikan perjalanan acara berjalan dengan lancar. Para guru juga turut menjalankan

    tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan cemerlang. Segolongan ibu bapa juga

    mengambil bahagian dalam merentas desa walaupun mereka hanya sebagai teman anakmereka.

  • 7/25/2019 01 Laporan Acara Merentas Desa Peringkat Sekolah

    2/2

    KATEGORI PERTANDINGAN

    Terdapat tujuh kategori murid yang telah dipertandingkan mengikut ketetapan, iaitu:

    Kategori PPKI

    Kategori A

    Tahun 1 Kategori B Tahun 2

    Kategori C Tahun 3

    Kategori D Tahun 4

    Kategori E Tahun 5

    Kategori F Tahun 6

    PENUTUP

    Acara merentas desa ini telah dilaksanakan sempurna dan berjalan mengikut masa yang

    ditetapkan . Keseluruhannya peserta-peserta begitu gembira dan bersemangat untuk

    menamatkan larian mereka. Walaupun peserta perempuan telah dilepaskan terlebih

    dahulu, namun peserta lelaki berjaya menamatkan larian bersama peserta perempuan.

    Sepanjang perjalanan acara ini, tidak ada kecederaan atau kecemasan yang serius

    berlaku. Acara penyampaian hadiah telah diadakan sebaik sahaja tamat larian. Sebelum

    pulang, pelajar telah diberikan makanan dan air mineral untuk menghilangkan dahaga.

    Semoga acara ini dapat diteruskan lagi ditahun akan datang. Tahun hadapan mungkin

    jarak larian akan ditambahkan supaya ia akan memberi lebih cabaran kepada murid.

    Ramai pelajar yang terlibat berharap agar larian merentas desa diadakan lagi pada

    tahun hadapan.