02. bab 1 pendahuluan - ugisp.com awal rtdl lipis/bab 1 pendahuluan_.pdfyang mempunyai kepentingan...
TRANSCRIPT
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
1 - 1
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
P E N D A H U L U A N
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Rancangan Tempatan Daerah Lipis 2010-2020
disediakan bagi memenuhi peruntukan yang
ditetapkan di dalam Akta Perancangan Bandar
dan Desa 1976 (Akta 172) yang mengkehendaki
Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT)
menyediakan rancangan tempatan setiap
daerah.
Ia juga merupakan satu kaedah PBPT dalam
menterjemah dasar dan polisi Rancangan Struktur
Negeri Pahang yang disediakan bagi
perancangan dan pembangunan seluruh Negeri
Pahang. RTD ini akan mengemukakan cadangan
pembangunan bagi seluruh Daerah Lipis,
Pahang. RTD ini akan mengemukakan cadangan
pembangunan yang khusus dan mekanisma
kawalan pembangunan bagi Daerah Lipis pada
masa akan datang.
1.2 Keperluan Penyediaan RTD Lipis
Tujuan penyediaan Rancangan Tempatan
Daerah Lipis 2010-2020 ini adalah:
a) Melengkapkan sistem rancangan
pemajuan mengikut kehendak Akta
Perancangan Bandar dan Desa, Akta 172
yang menetapkan empat peringkat
rancangan yang terdiri daripada
Rancangan Fizikal Negara di peringkat
negara, Rancangan Struktur Negeri di
peringkat Negeri Pahang, Rancangan
Tempatan Daerah di peringkat Daerah dan
Rancangan Kawasan Khas di peringkat
Tempatan.
b) Menterjemah dan melaksanakan polisi-
polisi dan dasar-dasar strategik Rancangan
Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan
Struktur Negeri Pahang 2020 (RSN) didalam
RTD Lipis ini.
c) Mewujudkan satu dokumen dan pelan di peringkat perancangan tempatan yang boleh dirujuk
secara bersama oleh Pihak Berkuasa, Jabatan serta agensi kerajaan dan juga orang ramai bagi
memandu pembangunan supaya lebih terancang dan sistematik bagi tempoh perancangan 2010-
2020.
1.3 Tujuan Penyediaan Laporan Penemuan
Laporan Penemuan ini disediakan untuk mengenalpasti keadaan semasa, isu dan potensi serta unjuran
berdasarkan teras pembangunan yang telah ditetapkan di peringkat Laporan Awal. Laporan ini penting
bagi memastikan perancangan guna tanah kawasan RTD Lipis mudah laksana, praktikal, berkesan dan
boleh digunapakai. Penemuan kajian akan dirumuskan dalam penyediaan Draf Rancangan Tempatan
Daerah Lipis 2010 – 2020. Rajah 1.1 menunjukkan 6 teras perancangan yang telah dibentuk bagi mencapai
matlamat kajian.
Rajah 1.1: Teras Perancangan
Penggunaan
Gunatanah Teratur &
Optimum
Perbandaran
Menarik & Sejahtera
Asas Ekonomi Berdaya Saing
Perhubungan &
Pengangkutan
Bersepadu & Efisyen
Kualiti Kehidupan Berkualiti
Bandar Kuala Lipis – Pusat Perdagangan dan Pentadbiran Daerah Lipis
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
1 - 2
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
P E N D A H U L U A N
1.4 Matlamat RTD Lipis
1.5 Objektif Kajian RTD Lipis
Beberapa objektif pembangunan telah digariskan
bagi mencapai matlamat pembangunan objektif
kajian adalah seperti berikut:
a) Meningkatkan pembangunan
perindustrian, perniagaan, perumahan,
pertanian dan industri bagi membantu
menjana pertumbuhan ekonomi daerah.
b) Mewujudkan kawasan perbandaran yang
maju, sejahtera lengkap dengan
kemudahan asas dan awam yang selaras
dengan Dasar Perbandaran Negara dan
hierarki daerah.
c) Mengenalpasti projek-projek utama di
bandar dan luar bandar bagi mewujudkan
pembangunan yang seimbang antara
bandar dan luar bandar.
d) Memelihara dan menguruskan dengan
bijak sumber-sumber asli dan semulajadi
yang mempunyai kepentingan alam sekitar
dan biologi, nilai sejarah dan keindahan
yang perlu dipelihara dan dikekalkan bagi
menyokong sektor eko pelancongan.
e) Memperbaiki dan meningkatkan sistem
lalulintas serta rangkaian jalan khususnya di
pusat bandar dengan mencadangkan
laluan-laluan baru.
f) Menyediakan satu pelan induk sistem
saliran dan perparitan bagi mengatasi
masalah saliran sedia ada serta
meningkatkan infrastruktur sedia ada.
g) Meningkatkan sistem penyampaian serta keupayaan institusi perlaksanaan dan modal insan.
1.6 Wawasan Pembangunan Negeri Pahang
Kerajaan Negeri telah menetapkan wawasan pembangunan negeri adalah untuk menjadikan Negeri
Pahang Indah Membangun, Maju dan Terus Makmur. Secara ringkasnya, pembangunan yang dilaksanakan
adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat di negeri ini. Selain daripada
itu, adalah menjadi aspirasi kerajaan negeri untuk mewujudkan pembangunan yang mampan melalui:
i. Kemajuan sosial yang memberi pertimbangan kepada keperluan setiap rakyat
ii. Pemuliharaan alam sekitar, habitat-habitat kritikal serta kawasan sensitif alam sekitar
iii. Penggunaan sumber asli secara mampan
iv. Memastikan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan stabil serta mewujudkan peluang pekerjaan
yang mencukupi.
“Menjadikan Daerah Lipis Sebagai Sebuah
Daerah Dengan Persekitaran Yang Bersih,
Indah, Bercahaya Menerusi Pembangunan
Yang Terancang Di Samping Mengekalkan
Warisan Sejarah”
Sebahagian Bangunan Bersejarah Bandar Kuala Lipis
Pahang Club (1907)
Madrasathul Firdaus (1888)
Asrama Jururawat (1926)
Malay Hostel (1926)
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
1 - 3
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
P E N D A H U L U A N
1.7 Teras Perancangan
Bagi merealisasikan matlamat RTD Lipis, kajian
telah mengenalpasti lima (5) teras utama
berdasarkan isu-isu perancangan, dasar-dasar
peringkat negara, negeri dan tempatan, strategi
pembangunan Daerah Lipis, serta berkait rapat
dengan visi dan objektif kajian. Lima teras utama
ini akan memberi panduan kepada hala tuju
pembangunan Daerah Lipis yang merangkumi
perkara-perkara berikut:
Teras 1
Mewujudkan pembangunan guna tanah yang
teratur dan penggunaan tanah yang optimum.
Teras 2
Pembangunan perbandaran yang menarik dan
sejahtera untuk didiami
Teras 3
Meningkatkan dan memperkukuhkan asas
ekonomi tempatan supaya lebih berdaya saing
melalui kepelbagaian ekonomi.
Teras 4
Mewujudkan sistem perhubungan dan
pengangkutan yang bersepadu, efisyen dan
mesra pengguna
Teras 5
Meningkatkan kualiti kehidupan melalui
penyediaan kemudahan awam, perumahan,
sukan, rekreasi, tanah lapang yang mencukupi
dan berkualiti.
Rajah 1.2: Intipati Teras Perancangan Utama RTD Lipis, 2010-2020
Teras Asas Perancangan
TERAS 1 :
PEMBANGUNAN GUNA TANAH
TERATUR DAN OPTIMUM
• Merancang pencapaian pembangunan fizikal & guna tanah seimbang serta mampan di antara
keperluan pembangunan dan kualiti alam sekitar.
• Mewujudkan sistem hierarki perbandaran yang jelas supaya penyediaan dan pengagihan kemudahan
infrastruktur dan awam dapat di sediakan dengan lebih efisien.
• Menumpukan kawasan tepubina yang merangkumi perdagangan, industri, perumahan, kemudahan
masyarakat dan rekreasi bagi merealisasikan persekitaran yang berkualiti.
• Membangunkan kawasan petempatan utama dan petempatan desa melalui pembangunan sumberjaya,
aset dan potensi tempatan.
Teras Asas Perancangan
TERAS 2 :
BANDAR YANG MENARIK
DAN SEJAHTERA
• Meningkatkan fungsi Bandar Kuala Lipis sebagai Pusat Separa Wilayah.
• Memperkukuhkan dan menerapkan ciri-ciri Bandar Selamat dan Sejahtera dengan mewujudkan kawasan
pusat bandar dan kejiranan perumahan yang selesa dan berkualiti; merekabentuk elemen-elemen
rekreasi & ruang awam dalam bandar.
• Selesa, mesra, mempunyai ruang untuk masyarakatnya berinteraksi dan juga dapat mewujudkan
perasaan ‘sense of belonging’ di kalangan penduduk.
• Tahap penyediaan kemudahan-kemudahan awam perlu disediakan berdasarkan kepada hierarki bandar
dan perlulah disediakan dengan cukup di lokasi-lokasi yang sesuai.
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
1 - 4
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
P E N D A H U L U A N
Rajah 1.2: Intipati Teras Perancangan Utama RTD Lipis, 2010-2020 (samb)
Teras Asas Perancangan
TERAS 3 :
ASAS EKONOMI BERDAYA SAING MELALUI
KEPELBAGAIAN EKONOMI
• Strategi pembangunan ekonomi Daerah Lipis ditumpukan kepada pembangunan sektor pertanian,
perhutanan, industri, perlombongan dan pelancongan.
• Mengenalpasti dan meningkatkan keupayaan sektor pelancongan berasaskan ekologi sebagai salah
satu penjana ekonomi.
• Menggerakkan strategi pembangunan fizikal dan ekonomi berasaskan pertanian moden.
• Sumber-sumber perhutanan boleh dieksploitasikan untuk pengukuhan pembangunan industri perkayuan
tetapi dengan kawalan.
• Penyediaan kemudahan industri berteraskan industri hiliran bagi menggalakkan mutu dan produktiviti
desa / IKS
• Tarikan kepada produk pelancongan berasaskan sumber semulajadi (Hutan Lipur Terenggun, Taman
Rimba Kenong, Gua Bama dan lain-lain), warisan sejarah (cth: 14 bangunan bersejarah), adat
kebudayaan, gaya hidup masyarakat, kampung-kampung pertanian (agro cultural homestay) dan
pertanian (hasil produk IKS).
• Kewujudan peluang pekerjaan yang berasaskan perkhidmatan, perlombongan dan industri dan
sebagainya impak daripada kewujudan rangkaian pembangunan oleh ECER dan PKNP.
Teras Asas Perancangan
TERAS 4 :
PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN
BERSEPADU, EFISYEN DAN MESRA
PENGGUNA
• Kemudahan perhubungan dan infrastruktur adalah pengupaya utama dalam menyokong pembangunan
daerah.
• Rangkaian jalan raya yang lebih menyeluruh bagi meningkatkan aksesibiliti terutamanya bagi menyokong
aktiviti pelancongan dan kawasan penyumbang utama ekonomi daerah.
• Sistem pengangkutan awam yang bersepadu, efisien dan mesra pengguna.
• Penyediaan kemudahan utiliti (air, elektrik, gas) dan perhubungan (telekomunikasi) yang lebih menyeluruh
di kawasan-kawasan pusat pertumbuhan, kawasan industri dan pusat-pusat petempatan dan
pelancongan utama.
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
1 - 5
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
P E N D A H U L U A N
Rajah 1.2: Intipati Teras Perancangan Utama RTD Lipis, 2010-2020 (samb)
Teras Asas Perancangan
TERAS 5 :
MENINGKATKAN KUALITI
KEHIDUPAN
• Skim perumahan dan kawasan penempatan desa yang mencukupi dan selesa untuk semua masyarakat
tempatan dan juga golongan bumiputera.
• Menyediakan kelengkapan kemudahan masyarakat yang mencukupi bagi menampung keperluan
penduduk terutamanya yang berada dikawasan pendalaman.
• Keperluan kepada kawasan rekreasi, infrastruktur dan utiliti yang selesa bagi keseluruhan daerah.
• Pengurusan alam sekitar yang sistematik dan teratur.
1.8 Kepentingan Kawasan RTD Lipis
Antara kepentingan kawasan RTD Lipis adalah seperti berikut :
1. Bandar Kuala Lipis sebagai Pusat Separa Wilayah merupakan pusat utama menjana aktiviti ekonomi
dan merupakan pusat tumpuan bagi pentadbiran, perdagangan, perkhidmatan dan
pelancongan.
2. Kedapatan bangunan warisan sejarah berpotensi menjadi aset daya tarikan pelancong domestik
dan antarabangsa ke Kuala Lipis.
3. Khazanah alam semulajadi yang pelbagai dalam kawasan kajian menjadikan kawasan
ekolancong aset penting produk pelancongan.
4. Kem Relau berpotensi menjadi pintu masuk ke Taman Negara dan Gunung Tahan melalui
perancangan kemudahan infrastruktur dan penginapan.
5. Kepelbagaian aktiviti industri khususnya pemerosesan hasil pertanian dan IKS mampu membuka
peluang pekerjaan baru kepada penduduk setempat.
6. Cadangan jalan CSR dan jalan ke Cameron Highlands telah meningkatkan tahap aksesibiliti ke
Kuala Lipis disamping meningkatkan potensi kawasan pembangunan baru.
7. Aktiviti perlombongan emas sebagai penjana pendapatan negeri disamping berpotensi menjadi
produk pelancongan daerah.
8. Mempelbagai dan mengukuhkan aktiviti pertanian melalui meningkatkan produk hasil tani, komoditi
dan akuakultur.
9. Mengekalkan kawasan hutan dan keluasan hutan simpan sedia ada.
10. Pembentukan masyarakat luar bandar yang progresif dan berdaya saing melalui penerapan dasar
pembangunan luar bandar.
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
1 - 6
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
P E N D A H U L U A N
1.9 Aset Pembangunan
Diantara aset pembangunan didalam kawasan
RTD Lipis adalah :
1. Kawasan Pembangunan Yang Luas
Kawasan kajian mempunyai kawasan
yang sesuai untuk pembangunan
perbandaran dan pertanian yang luas.
Analisis kesesuaian tanah menunjukkan
47,588 hektar dari kawasan kajian boleh
dibangunkan tanpa halangan.
2. Cadangan Rangkaian Jalan Dan
Infrastruktur Perhubungan
Cadangan rangkaian jalan baru seperti
jalan CSR dan jalan Sg Koyan-Cameron
Highlands meningkatkan tahap aksesibiliti
dalam kawasan kajian. Ia juga
meningkatkan potensi pembukaan
kawasan petempatan, pertanian dan
industri baru.
3. Khazanah Alam Semulajadi
Kawasan kajian merupakan kawasan
hutan hujan tropika yang berusia jutaan
tahun. Ianya berpotensi sebagai
kawasan hutan lipur dan hutan
penyelidikan. Kedapatan kawasan eko
lancong ini mampu menjadi daya tarikan
pelancong.
4. Central Gold Belt Semenanjung Malaysia.
Kawasan kajian terletak dalam lingkaran
Central Gold Belt Semenanjung Malaysia.
Terdapat beberapa kawasan yang
berpotensi untuk dimajukan dalam
industri perlombongan emas. Aktiviti ini
juga boleh dijadikan daya tarikan
pengunjung ke Kuala Lipis.
5. Bangunan Warisan Sejarah
Bandar Kuala Lipis merupakan bekas ibu
negeri Pahang Darul Makmur. Terdapat
banyak bangunan peninggalan sejarah
yang menjadi daya tarikan pengunjung
ke bandar ini. Produk warisan sejarah ini
boleh diintegrasikan dengan aktiviti eko
dan agro lancong untuk menarik kedatangan pengunjung.
6. Warisan Produk Tempatan
Warisan produk tempatan seperti makanan dan hasil kraftangan serta elemen kebudayaan
penduduk tempatan boleh dikembangkan dijadikan daya tarikan. Diantara produk makanan
tempatan adalah gula kabung, jus salak, dodol gula kabung dan buah salak. Manakala tarian
tempatan seperti tarian pelanduk, tarian piring dan tarian sewang boleh diperkenalkan kepada
pengunjung luar.
1.10 Kawasan Kajian RTD Lipis
Kawasan kajian meliputi keseluruhan Daerah Lipis yang berkeluasan 540,778.00 hektar dimana guna tanah
utama adalah pertanian dan hutan simpan. Daerah Lipis merupakan daerah yang kedua terbesar bagi
Negeri Pahang selepas Daerah Jerantut. Daerah Lipis merangkumi sepuluh buah mukim dimana mukim
yang terbesar adalah Mukim Hulu Jelai manakala mukim yang terkecil adalah Mukim Budu.
Jadual 1.1: Keluasan Mukim-mukim di Daerah Lipis
Bil. Mukim Luas
(Hektar)
1. Ulu Jelai 205,838.77
2. Batu Yon 122,786.19
3. Kechau 77,289.03
4. Gua 7,679.50
5. Cheka 44,549.00
6. Kuala Lipis 9,719.35
7. Penjom 17,315.50
8. Telang 30,923.89
9. Tg. Besar 17,634.48
10. Budu 7,042.29
JUMLAH 540,778.00
Sumber: Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang, 2010
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
1 - 7
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
P E N D A H U L U A N
1.11 Blok Perancangan
Cadangan Blok Perancangan (BP) disediakan
bertujuan untuk memudahkan dan
menyelaraskan pembahagian kawasan RTD.
Terdapat 10 buah Blok Perancangan
dicadangkan. Blok Perancangan tersebut
dibahagikan pula kepada blok-blok
perancangan yang lebih kecil (BPK) bagi
memudahkan perincian pada peringkat
cadangan. Sebanyak 33 buah BPK telah
dibentuk. Jadual 1.4 dibawah menunjukkan
cadangan Blok Perancangan dan Blok
Perancangan Kecil utama yang telah
dikenalpasti. Berikut adalah faktor pembahagian
bagi Blok Perancangan dan Blok Perancangan
kecil yang telah dibentuk:
Jadual 1.2 : Cadangan Blok Perancangan Rancangan Tempatan Daerah Lipis
Sumber: Kajian RTD Lipis, 2010
BP Kawasan Blok Perancangan Kecil
BP 1 Kuala Lipis 1a – Bandar Kuala Lipis
1b – Seberang Lipis
1c – Kuala Lanar
1d – H. S. Bencah
BP 2 Penjom 2a – Simpang Lipis
2b – Penjom
2c – Kg. Jeruk
2d – Ladang Budu
BP 3 Budu 3a – Benta
3b – Kg. Buah
3c – Kg. Cat
BP 4 Tanjung Besar 4a – Kg. Kundang
4b – Kg. Sempadan
BP 5 Cheka 5a – Batu 9
5b – Kerambit
5c – Mela
5d – Rimba Kenong
BP 6 Kechau 6a – Lipis Bara
6b – Kg. K. Kechau
6c – Gugusan Kechau
6d – Tmn Negara
BP 7 Gua 7a – Seberang Jelai
7b – Padang Tengku
7c – Jelai Baru
BP8 Telang 8a – Kg. Kechau Tui
8b – Kg. Berchang
8c – H.S.K. Tersang
BP9 Batu Yon 9a – Merapoh
9b – Chegar Perah
9c – Bkt. Betong
9d – Kem Relau
BP10 Hulu Jelai 10a – Sg. Koyan
10b – H.S.K Hulu Jelai
Faktor Pembahagian Blok Perancangan :
1. Sempadan mukim.
2. Ciri-ciri semula jadi seperti sungai, kawasan
berbukit dan kawasan hutan simpan kekal.
3. Keadaan pembangunan fizikal seperti jalan
dan kawasan tepu bina.
4. Tren pembangunan semasa.