021b teori pengasingan kuasa ready pv
TRANSCRIPT
![Page 1: 021b Teori Pengasingan Kuasa Ready Pv](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012304/5572114b497959fc0b8ebaa2/html5/thumbnails/1.jpg)
Doktrin Pengasingan Kuasa
Pengenalan Doktrin pengasingan kuasa merupakan konsep
asas dalam kerajaan-kerajaan moden terutamanya bagi negara-negara demokratik.
Doktrin ini dicipta oleh negarawan bangsa Peranchis bernama Montesquieu (Charles de Secondat Montesquieu).
![Page 2: 021b Teori Pengasingan Kuasa Ready Pv](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012304/5572114b497959fc0b8ebaa2/html5/thumbnails/2.jpg)
Maksud & Pengamalan TPK
Secara mudah, pengasingan kuasa memberi maksud bahawa tiga fungsi utama sesebuah kerajaan iaitu perundangan, pentadbiran dan kehakiman perlu ditadbir dan diurus oleh badan/pihak yang berasingan.
Tujuannya adalah untuk mengelakkan pertindihan fungsi dan tanggungjawab oleh mana-mana badan kerajaan yang berperanan mentadbir 3 jenis fungsi/kuasa kerajaan yang paling utama ini. Justeru bagi menjamin tujuan dan matlamat teori ini tercapai, maka seharusnya tidak ada badan yang melaksanakan lebih daripada satu fungsi/kuasa utama kerajaan.
![Page 3: 021b Teori Pengasingan Kuasa Ready Pv](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012304/5572114b497959fc0b8ebaa2/html5/thumbnails/3.jpg)
Faedah TPK
1. Pengasingan fungsi/kuasa kerajaan membolehkan setiap badan bertindak mengawal dan mengimbangi kuasa badan yang lain melalui mekanisme “check & balance” iaitu “kawal & imbang”.
2. Mengelakkan pemusatan kuasa oleh mana-mana pihak. Jika kuasa 2 kuasa bersatu, kezaliman dan salahguna kuasa boleh berlaku.
![Page 4: 021b Teori Pengasingan Kuasa Ready Pv](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012304/5572114b497959fc0b8ebaa2/html5/thumbnails/4.jpg)
TPK Yang Sepatutnya 3 Jenis Kuasa Kerajaan Ditadbir Berasingan
Pentadbiran
Kehakiman
Perundangan
![Page 5: 021b Teori Pengasingan Kuasa Ready Pv](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012304/5572114b497959fc0b8ebaa2/html5/thumbnails/5.jpg)
Pelaksanaan TPK di Malaysia
Hakikatnya, pertindihan fungsi berlaku antara ketiga-tiga badan perundangan, pentadbiran dan kehakiman. Pertindihan kuasa nampak begitu jelas dan ketara antara Badan Perundangan (Legislatif) dan Badan Pentadbiran (Eksekutif) dimana individu yang sama menganggotai parlimen dan menjadi menteri.
![Page 6: 021b Teori Pengasingan Kuasa Ready Pv](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012304/5572114b497959fc0b8ebaa2/html5/thumbnails/6.jpg)
Bukti Pertama Pertindihan kuasa Perundangan &
PentadbiranSamy Vellu
Pentadbiran
Kehakiman
Perundangan
Ahli Parlimen Sg. Siput Menteri Kerja Raya
![Page 7: 021b Teori Pengasingan Kuasa Ready Pv](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012304/5572114b497959fc0b8ebaa2/html5/thumbnails/7.jpg)
Bukti Kedua YDPA Ketua 3 Badan
Pentadbiran
Kehakiman
Perundangan
YDPA
![Page 8: 021b Teori Pengasingan Kuasa Ready Pv](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012304/5572114b497959fc0b8ebaa2/html5/thumbnails/8.jpg)
Bukti Ketiga
Kebebasan badan kehakiman adalah amat penting menurut Perlembagaan Persekutuan. Walaubagaimanapun secara realitinya peranan badan ini sering terganggu oleh anasir-anasir luar. Contohnya adalah seperti pengaruh dari badan pentadbiran (PM, Menteri dan Peguam Negara) dan perundangan (perbincangan tingkahlaku hakim dalam Parlimen)
![Page 9: 021b Teori Pengasingan Kuasa Ready Pv](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012304/5572114b497959fc0b8ebaa2/html5/thumbnails/9.jpg)
Penilaian Walaupun terdapat elemen pertindihan kuasa,
umumnya Doktrin Pengasingan Kuasa yang diamalkan di Malaysia masih boleh diterima. Alasannya, pertindihan yang berlaku di antara badan-badan terbabit tidak mengganggu proses perjalanan urusan urusan badan-badan yang lain secara langsung.
Apa yang dipraktikkan di Malaysia adalah unik kerana negara kita biasanya mengubahsuai sistem yang ingin dipraktikkan dan tidak mengamalkannya 100% mengikut acuannya yang asal.
![Page 10: 021b Teori Pengasingan Kuasa Ready Pv](https://reader030.vdocuments.pub/reader030/viewer/2022012304/5572114b497959fc0b8ebaa2/html5/thumbnails/10.jpg)
Soalan Tutorial
1. Apakah faedah yang diterima oleh negara yang mengamalkan teori pengasingan kuasa?
2. Elemen pertindihan kuasa memang berlaku antara badan perundangan, pentadbiran dan kehakiman di Malaysia. Jelaskan keadaan-keadaan dimana ia dilihat berlaku.