03 7839 8000 t ¬cialpage www ... · perutusan perdana menteri setahun lalu, saya telah melancarkan...
TRANSCRIPT
PEMERKASAANEKONOMI
BUMIPUTERA
KAD LAPORAN PENCAPAIAN
Aras 5, Menara Surian
No. 1, Jalan PJU7/3, Mutiara Damansara
47810 Selangor Darul Ehsan
t 03 7839 8000
f 03 7839 8100
w w w . t e r a j u . g o v . m y
2014www.teraju.gov.my
www.facebook.com/terajuofficialpage
www.twitter.com/TERAJUofficial
www.instagram.com/TERAJUOFFICIAL
PERUTUSAN PERDANA MENTERI
RINGKASAN EKSEKUTIF
FOKUS PEMERKASAAN PERTAMA Mendaya modal insan
FOKUS PEMERKASAAN KEDUA Memantapkan pemilikan ekuiti dalam sektor korporat
FOKUS PEMERKASAAN KETIGA Memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan
FOKUS PEMERKASAAN KEEMPAT Memperhebatkan keusahawanan dan perniagaan
FOKUS PEMERKASAAN KELIMA Memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan
MELANGKAH KE HADAPAN
1
2
4
10
16
22
32
40
KANDUNGAN
Melainkan dinyatakan sebaliknya, kesemua data adalah bagi tahun 2011 hingga Jun 2014. Data disediakan oleh agensi-agensi terlibat.
PERUTUSANPERDANA MENTERI
Setahun lalu, saya telah melancarkan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, sebagai satu agenda nasional yang dilaksanakan merentasi kementerian, agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Pada majlis itu, saya telah mengumumkan program-program titik sentuhan rakyat meliputi lima teras utama iaitu modal insan, ekuiti korporat, pemilikan aset bukan kewangan, keusahawanan & perniagaan dan sistem penyampaian.
Inisiatif-inisiatif yang disebutkan itu telah dibincangkan dalam Majlis Ekonomi Bumiputera secara berkala dan kita memantaunya secara berterusan.
Kad laporan ini menggariskan sumbangan kerajaan kepada komuniti Bumiputera melalui agensi-agensi terpilih dalam lima teras tersebut.
Saya gembira melihat peningkatan sumbangan agensi-agensi kerajaan kepada Bumiputera dalam tempoh 2011 sehingga 2014 seperti yang dimuatkan dalam kad laporan ini.
Selain telus dan terbuka, penerbitan kad laporan ini juga memberikan peluang kepada rakyat untuk menilai sumbangan kerajaan kepada Bumiputera yang mewakili 67.9% penduduk di negara ini.
YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAKPerdana Menteri Malaysia
1PERUTUSAN PERDANA MENTERI
PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA
RINGKASAN EKSEKUTIF
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1971 telah menyediakan landasan kukuh pembangunan ekonomi Bumiputera. DEB telah mengeluarkan Bumiputera dari kemiskinan; dari 64.8% pada tahun 1970 kepada 2.2% sekarang.
pelan Halatuju Transformasi Ekonomi Bumiputera pada 2011, diikuti Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pada 14 September 2013 di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.
Sementara Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera menggariskan arah dan prinsip perlaksanaan untuk mengangkat harakat dan martabat, Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera merupakan program-program spesifik yang menyumbang kepada pencapaian matlamat tersebut.
Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera berpaksikan kepada lima teras utama iaitu:
Mendaya modal insan
Meningkat pemilikan ekuiti korporat
Mengukuhkan pemilikan aset bukan kewangan
Memperhebatkan keusahawanan dan perniagaan
Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan
Sebanyak 34 program titik sentuhan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri melalui kelima-lima teras tersebut.
Sehingga kini, hampir kesemua pengumuman tersebut telah dilaksanakan kecuali wakaf korporat dan penswastaan perkhidmatan terpilih kerajaan yang belum dimuktamadkan.
Bumiputera juga berjaya dalam bidang pendidikan dan ini terbukti dengan peningkatan bilangan profesional berdaftar dari 5% (1970) kepada sekitar 45% pada masa ini. Sementara itu, pegangan ekuiti korporat Bumiputera meningkat sebanyak 10 kali ganda, dari 2.4% (1970) pada 23.45% (2011) walaupun ia masih belum mencapai sasaran 30%.
Bagi melonjakkan ekonomi Bumiputera ke tahap yang selanjutnya, Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan
AGENDA PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA
Kesemua pengumuman YAB Perdana Menteri telah / sedang / mula dilaksanakan kecuali:
inisiatif baru
penambahbaikan (revamp) inisiatif sedia ada
pengukuhan inisiatif sedia ada
73
24
belum dimuktamadkan wakaf korporat penswastaan perkhidmatan
kerajaan
2
2 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
Antara inisiatif yang telah dilaksanakan termasuklah Permodalan Nasional Berhad telah melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 dengan suntikan 10 bilion unit saham. Sehingga Jun 2014, sebanyak 776.2 juta unit ASB2 telah dimiliki oleh 42,702 pemegang akaun.
Sekiranya sebelum ini hanya sebuah kementerian yang bertanggungjawab kepada Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, kini tanggungjawab itu telah diletakkan kepada semua kementerian, agensi-agensi kerajaan, syarikat pelaburan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLIC / GLC), Koridor Ekonomi dan kerajaan negeri.
Sekiranya sebelum ini hanya sebuah kementerian yang bertanggungjawab
kepada Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, kini tanggungjawab itu telah diletakkan
kepada semua kementerian, agensi-agensi kerajaan, syarikat pelaburan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLIC / GLC), Koridor
Ekonomi dan kerajaan negeri.
KPI Bumiputera kini menjadi sebahagian KPI menteri dan Ketua Setiausaha di semua 23 buah kementerian dan Jabatan Perdana Menteri. Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif 27 buah GLIC / GLC juga mempunyai KPI Bumiputera. KPI ini dipantau secara berterusan oleh YAB Perdana Menteri melalui Majlis Ekonomi Bumiputera.
Selain itu, Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) telah pun dilaksanakan, manakala Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini mengetuai inisiatif Program Pembangunan Vendor. Bagi meningkatkan bilangan profesional Bumiputera, selain meningkatkan capaian program Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, kerajaan juga bersetuju menubuhkan Pusat Akauntan Profesional di Universiti Teknologi MARA.
Sementara itu, program “Carve-Out and Compete” yang berjaya dilaksanakan melalui MRT Corporation, kini diperluaskan lagi kepada projek-projek milik kerajaan dan penswastaan terpilih. Dengan pengembangan inisiatif ini, harapan kerajaan ialah untuk melihat syarikat Bumiputera meningkatkan kapasiti, membesar (scale up) dan memberikan manfaat kepada syarikat-syarikat kecil di bawah.
MAJLIS EKONOMI BUMIPUTERAMajlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang diumumkan untuk menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) telah pun bersidang sebanyak 11 kali sehingga November tahun ini, dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.
Perbezaan yang ketara di antara MEB dan MTAB ialah keanggotaan MEB yang lebih kecil. Dengan 13 orang ahli, MEB merupakan forum terbaik untuk membincangkan isu-isu ekonomi Bumiputera dengan mendalam, berbanding MTAB yang mempunyai keahlian dua kali ganda lebih ramai.
Sek iranya MTAB dulu bers idang untuk membincangkan dasar, arah tuju dan isu aras tinggi, MEB memberikan tumpuan kepada aspek pemantauan dan perlaksanaan inisiatif. Dengan cara ini, kesemua inisiatif kementerian, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berada di bawah radar MEB.
Satu faktor yang menyumbang kepada keberkesanan MEB ialah kekerapan sidang. Berbanding MTAB yang bersidang setiap tiga bulan sekali, Majlis Ekonomi Bumiputera bermesyuarat setiap bulan. Ini jelas menunjukkan komitmen YAB Perdana Menteri untuk menentukan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Majlis Ekonomi Bumiputera bermesyuarat setiap bulan. Ini jelas menunjukkan
komitmen YAB Perdana Menteri untuk menentukan Agenda Pemerkasaan Ekonomi
Bumiputera mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Pada masa yang sama, YB Senator Dato’ Sri Abd Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif TERAJU yang bermesyuarat dua kali sebulan.
Kesemua inisiatif yang diumumkan dalam Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera telah dibincangkan dalam Majlis Ekonomi Bumiputera dan Jawatankuasa Eksekutif TERAJU.
Selain itu, kedua-dua badan ini juga memberi peluang kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan untuk mengemukakan pandangan mengenai isu-isu berkaitan ekonomi. Pada tahun ini, Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah berpeluang mengemukakan cadangan mereka kepada MEB.
Peluang yang sama akan terus diberikan kepada lain-lain pertubuhan kerajaan, sekiranya mereka mempunyai cadangan inisiatif spesifik yang boleh dilaksanakan bagi mencapai matlamat yang digariskan.
3RINGKASAN EKSEKUTIF
1MODAL INSANFOKUS PEMERKASAAN
4 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
Memperluaskan pendidikan lepasan ijazah
Memperbanyakkan program latihan peningkatan kemahiran
Mempergiatkan dana program latihan semula
Menubuhkan pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion
Memperluaskan program di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
Meningkatkan enrolmen pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada 250,000 menjelang 2020
Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM
5FOKUS PEMERKASAAN PERTAMA | MODAL INSAN
Pembangunan modal
insan menjadi asas kepada
pemerkasaan ekonomi
Bumiputera. Melalui tumpuan
kepada pendidikan dan
latihan teknikal, kemiskinan
Bumiputera pada tahap
64.8% pada tahun 1970 telah
dikurangkan kepada 2.2%
pada hari ini.
Selain berpeluang melanjutkan pengajian di pelbagai institusi pengajian tinggi awam di negara ini, tumpuan juga diberikan kepada meningkatkan pelajar di Universiti Teknologi Mara kepada 250,000 orang menjelang 2020.
Pada masa yang sama, Jabatan Perkhidmatan Awam, Majlis Amanah Rakyat dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) telah membiayai 276,719 orang pelajar bagi kursus di dalam dan luar negara dalam tempoh 2011 sehingga 2014.
YPPB yang ditubuhkan pada tahun 2011 memberikan penekanan kepada pelajar berpotensi dari keluarga pendapatan isi rumah rendah dan persekitaran mencabar, terutama di luar bandar bagi mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi, selain menjurus pelajar untuk mengikuti pendidikan teknikal berpendapatan tinggi dan peningkatan profesional, terutama dalam bidang perakaunan.
SOROTAN6 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
DARI 2011 SEHINGGA JUN 2014
orang pelajar mendapat tempat pendidikan melalui program pendidikan menengah (21,929), kemahiran tinggi (73,876) dan pengajian tinggi (194,959) yang dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat.
orang pelajar di 32 kampus Universiti Teknologi MARA pada masa ini.
orang pelajar mendapat pembiayaan pendidikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (24,743), Majlis Amanah Rakyat (249,582) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (2,394).
276,719
290,764
177,051
SOROTAN7FOKUS PEMERKASAAN PERTAMA | MODAL INSAN
Seorang anak sulung, A L L I S T E R T I K TO N Y ditawarkan biasiswa selepas berjaya mencapai keputusan A dalam UPSR. Berasal dari Baram, Sarawak, Allister adalah pelajar Penan pertama menerima biasiswa Peneraju Tunas Geliga di bawah program Yayasan
Peneraju Pendidikan Bumiputera. Beliau kini merupakan seorang pelajar di MRSM Kuching dengan keputusan 3.94 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) pada tahun pertama. Allister juga aktif dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum termasuk olahraga, futsal dan sepak takraw.
MUHAMMAD SHAFIQ AB MAJID merupakan anak ke-10 daripada 11 adik-beradik. Walaupun dibesarkan dalam persekitaran yang mencabar, Shafiq bercita-cita tinggi dan merupakan yang pertama dari keluarganya yang
memasuki universiti, dan telah berjaya menamatkan pengajian di University of Illinois, AS. Dengan pencapaian itu, Shafiq memperoleh pekerjaan sebagai Penganalisa Eku i t i d i Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Beliau kini telah menyertai program Peneraju Profesional CFA untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi pihak pengurusan di firma pelaburan.
SIGA ADAU yang berasal dari Belaga, Sarawak, adalah antara peserta wanita dalam program Peneraju Profesional-Licensed Aircraft Technician/Licensed Aircraft Engineer. Minatnya pada kapal terbang bermula pada usia awal apabila neneknya berkongsi cerita tentang mengambil penerbangan dari Belaga ke bandar berdekatan. Dari situ, dia bertekad untuk bekerja dalam industri aeroangkasa dan bersedia menolak tawaran Diploma Industri Kimia dari sebuah institusi pengajian tinggi untuk mengejar impiannya menjadi jurutera pesawat berlesen.
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN
24,743 pelajar Bumiputera mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dalam tempoh tiga tahun.
23,493 (77%) pelajar Bumiputera daripada 30,500 pelajar ditaja melanjutkan pengajian dalam negeri dari tahun 2011 hingga 2013.
1,250 (60%) pelajar Bumiputera daripada 2,100 pelajar ditaja bagi pengajian di luar negara dari tahun 2011 hingga 2013.
PEMBIAYAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Agihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam kepada
Bumiputera dari tahun 2011-2013
Dalam Negara
23,493 (95%)
Luar Negara
1,250 (5%)2,394 mendapat tajaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dari 2012 sehingga Ogos 2014.
Peneraju Tunas: 1,006 pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga berpendapatan isi rumah rendah dan persekitaran mencabar.
Peneraju Skil: 1,118 pelajar ikuti latihan pembangunan kemahiran ke peringkat pengiktirafan industri dan antarabangsa.
Peneraju Profesional: 270 pelajar dapat pembiayaan persijilan profesional dan spesialis bidang perakaunan dan kewangan.
PEMBIAYAAN YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA
Agihan pembiayaan pendidikan Yayasan Peneraju Pendidikan
Bumiputera 2011 hingga Jun 2014
Peneraju Skil
1,118 (47%)
Peneraju Tunas
1,006 (42%)
Peneraju Profesional
270 (11%)
8 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
249,582 orang penerima pinjaman pendidikan Majlis Amanah Rakyat dari 2011 sehingga Jun 2014.
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN MAJLIS AMANAH RAKYAT
52,877
51,330
2011 2012 2013
73,101
Jun2014
72,274
Peningkatan penerima pinjaman pendidikan yang diberikan oleh Majlis Amanah Rakyat
(MARA) dari 2011 sehingga Jun 2014
PENINGKATA
N 38%
KEJAYAAN PENDIDIKAN MARA - UiTM
YAB DATO’ SERI MUKHRIZ TUN MAHATHIR Menteri Besar Negeri Kedah
YB SENATOR DATO’ SRI ABDUL WAHID OMAR Menteri di Jabatan Perdana Menteri
YB HAJAH NANCY HAJI SHUKRIMenteri di Jabatan Perdana Menteri
YBHG DATO’ KAMARUDIN MERANUN Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia
YBHG DATUK ZAITON MOHD HASSANNaib Presiden Malaysian Institute of Accountants (MIA)
YBHG TAN SRI ISMEE ISMAIL Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji
YBHG DATUK ABDUL FARID ALIASPresiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Maybank
YBHG PUAN ZURAIDA DATO’ JAMALUDDINKetua Pegawai Korporat (CCO), CELCOM Axiata
kampus sedia ada. Empat kampus baru dalam pembinaan di Mukah, Raub, Dengkil dan Rembau.
32
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
21,929 pelajar yang telah menamatkan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dari 2011 sehingga 2013.
Peningkatan 11% pelajar yang menamatkan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dari 2011 sehingga 2013.
MAKTAB RENDAH SAINS MARA
7,299
6,892
2011 2012 2013
7,738
Penambahan bilangan pelajar yang telah menamatkan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dari 2011
sehingga 2013
PENINGKATA
N 11%
Peningkatan jumlah enrolmen pelajar UiTM
174,875
2011
177,051
2014
250,000
2020
9FOKUS PEMERKASAAN PERTAMA | MODAL INSAN
2PEMILIKAN EKUITI KORPORAT
FOKUS PEMERKASAAN
10 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham
Mentransformasi program Skim Jejak Jaya Bumiputera melalui Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS)
11FOKUS PEMERKASAAN KEDUA | PEMILIKAN EKUITI KORPORAT
2Sejak ditubuhkan pada tahun
1981, Permodalan Nasional
Berhad telah mengagihkan
pendapatan sebanyak
RM105 bilion kepada 10.7
juta pemegang akaun unit
amanah Bumiputera. Unit
amanah adalah merupakan
salah satu mekanisme
penting meningkatkan
pendapatan rakyat, di
samping menentukan
kekayaan negara diagih
kepada semua.
Bagi membolehkan lebih ramai Bumiputera mendapat manfaat, kerajaan telah melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 pada 2 April 2014. Sehingga Jun 2014, sebanyak 776.2 juta unit ASB2 dimiliki oleh seramai 42,702 pemegang akaun. Sekaligus, ia meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekuiti korporat di negara ini.
Bagi meningkatkan pemilikan ekuiti korporat juga, Skim Jejak Jaya Bumiputera telah menjalani penambahbaikan. Sehingga kini, sebanyak lapan buah syarikat telah disenaraikan di Bursa Malaysia melalui skim ini dan dua buah lagi sebelum hujung tahun ini.
Nilai pasaran semasa syarikat-syarikat Skim Jejak Jaya Bumiputera ialah RM5.4 bilion (Jun 2014), iaitu hampir empat kali ganda nilai pasaran sewaktu mula disenaraikan. Di bawah Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, skim ini dikendalikan bersama oleh EKUINAS dan TERAJU.
SOROTAN12 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
DARI 2011 SEHINGGA JUN 2014
agihan pendapatan oleh Permodalan Nasional Berhad kepada 10.7 juta pemegang akaun unit amanah Bumiputera dari 1981 hingga Jun 2014.
RM105 bil
peningkatan gabungan jumlah modal pasaran syarikat Skim Jejak Jaya Bumiputera pada Jun 2014 berbanding pada masa disenaraikan.
pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dicatatkan pada tahun 2011 berbanding 18.9% pada tahun 2000.
nilai pasaran (market capitalisation) lapan buah syarikat di bawah Skim Jejak Jaya Bumiputera.
unit Amanah Saham Bumiputera 2.
10 bil
RM5.4 bil
391%
23.5%
SOROTAN13FOKUS PEMERKASAAN KEDUA | PEMILIKAN EKUITI KORPORAT
10 bilion unit Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad pada 2 April 2014.
776.2 juta unit ASB2 dijual sehingga Jun 2014.
42,702 pemegang akaun ASB2.
16.5% pemegang akaun ASB2 adalah dari Sabah dan Sarawak.
AMANAH SAHAM BUMIPUTERA 2
AMANAH SAHAM
Pecahan pemegang akaun ASB2
Semenanjung
83.5%
Sarawak
8.2% Sabah
8.3%
pendapatan unit amanah diagihkan oleh Permodalan Nasional Berhad kepada 10.7 juta pemegang akaun Bumiputera dari 1981 sehingga Jun 2014.
RM105 bil
UNIT AMANAH
syarikat telah disenaraikan di Bursa Malaysia sejak 2007.
8 syarikat lagi akan disenaraikan sebelum hujung tahun 2014.
2
SKIM JEJAK JAYA BUMIPUTERA
Minggu Saham Amanah Malaysia sebagai promosi kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2
Peningkatan agihan unit amanah kepada Bumiputera; dari 111.6 bilion (2011) kepada 155.4 bilion (Jun 2014)
39%
Penambahan gabungan nilai pasaran syarikat-syarikat Skim Jejak Jaya Bumiputera
Nilai pada masadisenaraikan
Nilai pada Jun 2014
RM1.38bilion RM5.4 bilion
4 KALI NILAI DICIPTA
14 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
SKIM JEJAK JAYA BUMIPUTERA
Carimin Petroleum Berhad (CARIMIN) merupakan syarikat pertama yang mendaftar di bawah rangka kerja baharu program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) telah disenaraikan di Bursa Saham pada 10 November 2014. Pelancaran IPO CARIMIN tersebut telah merekodkan modal pasaran mencecah RM270 juta.
Dinaungi oleh Tuan Haji Mokhtar Hashim sebagai Pengarah Urusan, CARIMIN telah mengorak langkah sehingga namanya telah melonjak hari ini. Dengan berbekalkan bakat keusahawanan semula jadi beliau yang berteraskan daya kepimpinan yang padu, beliau menjadi tonggak utama dalam menjayakan perniagaan CARIMIN dan wajar dijadikan contoh usahawan Bumiputera yang berwibawa dan diakui keupayaannya.
CARIMIN PETROLEUM BERHAD
peningkatan jumlah pengurusan dan 17.1% kakitangan Bumiputera dalam syarikat portfolio sejak penyertaan Ekuinas.
nilai pulangan kasar pada 31 Dis 2013, bersamaan Kadar Pulangan Dalaman (IRR) sebanyak 25.5% dicipta melebihi sasaran minima 12%.
keuntungan syarikat Ekuinas akan diagihkan kepada Yayasan Pelaburan Bumiputera di bawah PNB.
peningkatan pemilikan ekuiti bersamaan 1.7 kali ganda modal dilabur.
YB Senator Dato’ Sri Abd Wahid Omar bersama Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda, Pengerusi dan Dato Abd Rahman Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif selepas pelancaran laporan tahunan Ekuinas
RM2.8 bil12.3%
RM655.9 juta
RM500 juta
EKUITI NASIONAL (EKUINAS)
saham diperuntukkan kepada Bumiputera oleh syarikat yang menawarkan penyenaraian saham awam.
nilai saham (3.8 bilion unit) diperuntukkan kepada Bumiputera melalui penyenaraian 40 buah syarikat dari 2011 sehingga Jun 2014.
RM9.6 bil
12.5%
PERUNTUKAN SAHAM
15FOKUS PEMERKASAAN KEDUA | PEMILIKAN EKUITI KORPORAT
3PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN
FOKUS PEMERKASAAN
16 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia
Memperkukuhkan institusi hartanah bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri
Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera
Memperkukuhkan UDA Corporation untuk pembangunan hartanah
GLC beri penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera
17FOKUS PEMERKASAAN KETIGA | PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN
3Pelaburan Hartanah Berhad
kini memiliki RM6 bilion
aset hartanah di pelbagai
lokasi, melalui Amanah
Hartanah Bumiputera yang
membolehkan Bumiputera
membeli unit saham melalui
Maybank. Inisiatif ini
membolehkan Bumiputera
memiliki saham dalam
projek-projek hartanah
komersil di lokasi premium.
Ketika dilancarkan pada tahun 2010, dana Amanah Hartanah Bumiputera ialah RM1 bilion dan ia ditingkatkan kepada RM2 billion. Setakat ini, sebanyak RM247 juta pendapatan telah diagihkan kepada pemegang unit Amanah Hartanah Bumiputera dari 2011 hingga Mac 2014.
Dalam perumahan, Syarikat Perumahan Negara telah menyediakan 19,021 unit rumah bernilai RM1.5 bilion untuk Bumiputera dari 2011 hingga Jun 2014. Sebanyak 1,756 unit rumah tambahan bernilai RM250 juta atau 60% daripada keseluruhan unit di sembilan projek baru “Rumah Idaman Rakyat” akan diperuntukkan kepada Bumiputera.
Perumahan ini adalah tambahan kepada premis kediaman mampu milik yang disediakan oleh PR1MA dan UDA kepada rakyat.
SOROTAN18 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
DARI 2011 SEHINGGA JUN 2014
unit rumah disediakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (20,777) dan UDA Holdings Berhad (5,687).
agihan pendapatan kepada pemegang unit Amanah Hartanah Bumiputera.
pemilikan aset Bumiputera melalui Perbadanan Hartanah Berhad dan Amanah Hartanah Bumiputera.
RM6 bil
RM247 juta
26,464
SOROTAN19FOKUS PEMERKASAAN KETIGA | PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN
pemilikan aset hartanah oleh Pelaburan Hartanah Berhad dan Amanah Hartanah Bumiputera.
RM6 bil
dana Amanah Hartanah Bumiputera, meningkat dari RM1 bilion ketika dilancarkan pada 2010.
RM2 bil
pendapatan telah diagihkan kepada pemegang unit dari 2011 hingga Mac 2014.
RM247 juta
AMANAH HARTANAH
NU SENTRAL
Lot G KL Sentral merupakan kejayaan pembangunan hartanah komersial pertama Pelaburan Hartanah Berhad yang kini telah siap sepenuhnya. Pembangunan ini terdiri daripada sebuah bangunan pejabat 31 tingkat yang dikenali sebagai Menara 1 Sentrum dan kompleks membeli-belah ‘Nu Sentral Mall’. Kedua-dua bangunan ini bernilai lebih daripada RM1.4 bilion dan terletak di kawasan strategik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
AMANAH HARTANAH BERHAD
YAB Perdana Menteri melancarkan Amanah Hartanah Bumiputera bagi membolehkan rakyat memiliki saham dalam premis komersil
20 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
Pembinaan rumah oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad membolehkan rakyat memiliki rumah mampu milik
SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD
unit rumah bernilai RM1.5 bilion untuk Bumiputera dari 2011 hingga Jun 2014.
20,777
UDA HOLDINGS BERHAD
unit ruang niaga daripada 533 unit yang dibina dijual kepada Bumiputera.
unit kediaman daripada 7,201 unit yang dibina dijual kepada Bumiputera sepanjang tahun 2010 – 2014.
5,687 (79%)
451 (85%)Kediaman5,687
Ruang Niaga451
Peningkatan unit rumah yang disediakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad dari 2011 hingga 2013. Pada tahun ini (sehingga Jun 2014), 4,234 buah rumah telah disediakan untuk Bumiputera.
3,391 9,904
2011
3,248
2012
2013
PENINGKATAN HAMPIR2 KALI GANDA
21FOKUS PEMERKASAAN KETIGA | PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN
4KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN
FOKUS PEMERKASAAN
22 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
Menambah pembiayaan pinjaman AIM sebanyak RM300 juta dan TEKUN RM700 juta
Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB)
Mengukuhkan agensi pembangunan usahawan Bumiputera
Mengukuhkan program pembangunan vendor dan melonjakkan program pembangunan vendor GLC
Memperluaskan dasar “Carve-Out and Compete”
GLIC & GLC menerajui usaha mewujudkan konsortium syarikat Bumiputera dalam rangkaian perbekalan
Mempergiatkan program penswastaan kerajaan terpilih
23FOKUS PEMERKASAAN KEEMPAT | KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN
Secara purata, syarikat
Bumiputera mewakili
satu per lima syarikat
yang berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat
Malaysia dan 88% syarikat
Bumiputera terdiri
daripada perusahaan mikro
(pendapatan RM300,000 ke
bawah atau kurang dari lima
orang kakitangan).
Dalam tempoh 2011 sehingga Jun 2014, Amanah Ikhtiar Malaysia dan Tekun Nasional yang memberikan perkhidmatan kepada perusahaan mikro, telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM7.6 bilion.
Selain itu, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional telah meluluskan 78,878 permohonan pembiayaan kepada perusahaan mikro Bumiputera; manakala MARA telah meluluskan 24,881 pemohonan pembiayaan dalam tempoh yang sama.
Sebanyak 1,620 syarikat berada di bawah program pembangunan vendor, manakala 400 syarikat lagi mengambil bahagian dalam promosi pasaran antarabangsa pada tahun 2013. Kedua-dua program ini dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
SOROTAN24 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
DARI 2011 SEHINGGA JUN 2014
dana yang diwujudkan bagi tujuan pembiayaan perniagaan yang diwujudkan oleh TERAJU melalui pelbagai program.
nilai kelulusan pembiayaan yang disediakan oleh TERAJU melalui Dana Mudahcara (RM756.9 juta), Dana Teras (814.2 juta), pembiayaan ekuiti (RM60 juta), Dana Pembangunan Perniagaan (RM16.49 juta), SUPERB (RM14.3 juta), dan Dana Pembangunan Halal (RM9.45 juta) kepada 900 buah syarikat.
kelulusan pembiayaan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (185,534), Tekun Nasional (140,215), Bank Rakyat (45,067), Bank Simpanan Nasional (29,000), MARA (24,881), PUNB (2,016) dan SME Corp (505).
nilai pembiayaan mikro disalurkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (RM6.2 bilion) dan Tekun Nasional (RM1.4 bilion).
RM7.6 bil
427,218
RM4.9 bil
RM1.7 bil
SOROTAN25FOKUS PEMERKASAAN KEEMPAT | KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN
usahawan mendapat pembiayaan dari tahun 2011 sehingga Jun 2014.
pinjaman sejak 2011 sehingga Jun 2014.RM1.4 bil
140,215
PEMBIAYAAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
kemasukan sahabat baru Amanah Ikhtiar Malaysia dari 2011 sehingga Jun 2014.
pinjaman sejak 2011 sehingga Jun 2014.RM6.2 bil
185,534
PEMBIAYAAN TEKUN NASIONAL
PUAN FATIHAH IBRAHIM FATIHAH FROZEN FOOD
Puan Fatihah Ibrahim menjalankan perniagaan berasaskan makanan sejuk beku. Pada awalnya, beliau menjalankan perniagaan dari rumah. Semasa kegawatan ekonomi melanda seluruh negara, perniagaannya merosot.
Dengan sokongan program Tekun Nasional serta bantuan dari MARA dan MATRADE, beliau kini telah berjaya membuka beberapa outlet seperti di Warta Bangi, Kompleks PKNS, Pasaraya Mydin dan Kedai Rakyat 1Malaysia. Beliau turut mempunyai kilang pengeluaran di Batu Caves.
Produk beliau telah juga berjaya menembusi pasaran antarabangsa iaitu di China, Brunei dan Singapura. Beliau juga merancang untuk memasarkan produk beliau ke Indonesia dalam masa terdekat.
TEKUN NASIONAL
Peningkatan pinjaman AIM pada tahun 2013 berbanding tahun 2011
13%
1.7 bil
20112013
1.5 bil
43%
Peningkatan pengeluaran pinjaman pada tahun 2013 berbanding tahun 2011
RM423 jutaRM295.4 juta
2013
2011
26 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
2,016 syarikat mendapat kemudahan pembiayaan.
21% daripada 1,128 peserta Program Graduan Perantis, menceburi perniagaan.
139 premis perniagaan dengan nilai aset RM133.2 juta di lokasi strategik.
80 premis perniagaan baru pada tahun 2013, berbanding 26 premis pada tahun sebelumnya.
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Bilangan usahawan yang mendapat pembiayaan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad 2011 - Jun 2014
PROSPERUsahawan
Muda
535
PROSPERTeras
496
Skim PKS
59 PROSPERPemborong
137
PROSPERRuncit
789
orang mengikuti pelbagai program pembangunan usahawan dalam tempoh tiga tahun.
usahawan mendapat pembiayaan perniagaan dari tahun 2011 sehingga Jun 2014.
24,881
68,535
MAJLIS AMANAH RAKYAT
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Bermula sebagai Azam Motor Enterprise, pusat sehenti servis dan baik pulih kenderaan ini telah berjaya melonjakkan perniagaan dari Skim PROSPER Teras kepada Skim PROSPER Pemborong, melalui pembiayaan perniagaan sebanyak RM2 juta. Sekarang bergelar syarikat sendirian berhad, Azam MM Sdn Bhd kini mempunyai 65 orang pekerja dan memperoleh jualan tahunan bernilai RM7.2 juta. Nilai asetnya pula telah meningkat lebih dari RM1 juta. Pada tahun 2010, Azam MM Sdn Bhd berjaya meraih anugerah Jualan Terbaik 2010 daripada PUNB.vendor Bumiputera berada
di bawah VDP.
syarikat anchor telah menyertai Program Pembangunan Vendor (VDP) di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
16
1,620
PEMBANGUNAN VENDOR
PUAN MASTINA MOHD SANIAZAM MM SDN BHD
27FOKUS PEMERKASAAN KEEMPAT | KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN
74,067 permohonan pembiayaan diluluskan oleh Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional kepada perusahaan mikro Bumiputera dari 2011 sehingga Jun 2014.
PEMBIAYAAN MIKRO BANK RAKYAT & BSN
Kelulusan permohonan pembiayaan untuk perusahaan mikro Bumiputera 2011-2014
BankSimpananNasional
29,000BankRakyat
45,067
RM133.2 juta nilai aset 139 premis perniagaan disediakan oleh PUNB bagi membolehkan usahawan Bumiputera berniaga di lokasi strategik dan terpilih
PROSPER PREMIS PEMBIAYAAN TEKNOLOGI
syarikat Bumiputera mendapat manfaat dari tahun 2011 sehingga Jun 2014.
telah disalurkan oleh MTDC, MAVCAP, MDV dan MDeC dalam bentuk geran, pinjaman dan modal teroka kepada syarikat Bumiputera.
RM350 juta
145
PREMIS PERNIAGAAN
7,337USAHAWAN
mendapat ruang niaga yang disediakan oleh
MARA di seluruh negara
28 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
PROGRAM PENINGKATAN ENTERPRIS BUMIPUTERA
RM59.3 juta telah disalurkan oleh SME Corp dari tahun 2011 sehingga Jun 2014.
505 usahawan mendapat manfaat.
119
26
2011 2012 2013
231
Jun2014
129
Peningkatan bilangan usahawan yang mendapat pembiayaan Program
Peningkatan Enterpris Bumiputera 2011- Jun 2014
Ditubuhkan pada 1984, Mitti Group of Companies merupakan sebuah syarikat yang membangunkan kepakaran khusus dalam bidang perniagaan kabel dan wayar.
Anak syarikatnya, Mitti Cables Mfg Sdn Bhd, merupakan pengeluar pelbagai jenis kabel telefon, telekomunikasi dan elektronik, sementara Mitti Power Cables Sdn Bhd mengeluarkan semua jenis kabel tenaga.
Mitti Group of Companies menjalankan operasinya di tiga buah kilang yang dilengkapi dengan 13 barisan pengeluaran, di Kawasan Perindustrian Tebrau II, Johor Baru.
Mitti Cables Mfg telah mendapat manfaat dari pelbagai program pembangunan usahawan dan pembiayaan agensi kerajaan termasuk SME Corp, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan TERAJU.
Sebagai pengeluar kabel yang berkualiti tinggi, Mitti Cables Mfg merupakan pembekal kabel utama kepada beberapa syarikat-syarikat besar seperti Telekom Malaysia, Celcom Maxis, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Mitti Power Cables turut membekalkan kabel tenaga kepada pelbagai kategori kontraktor termasuklah pemaju perumahan swasta, kontraktor pemasangan dan penyenggaraan lampu jalan, kontraktor JKR dan kontraktor elektrik.
Pada masa ini, Mitti Cables Mfg dan Mitti Power Cables berjaya mengembangkan sayapnya ke pasaran luar negara menerusi hasil eksport produknya ke Papua New Guinea, Australia, Afrika, Jepun, Singapura, Thailand dan Brunei.
Mitti Cables Mfg merupakan Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras) di bawah program TERAJU dan telah menerima pelbagai pengiktirafan.
PROGRAM PEMBANGUNAN PKSMITTI GROUP OF COMPANIES
geran pembangunan pasaran MATRADE yang diberikan kepada Bumiputera.
RM19.7 juta
PROMOSI PERDAGANGAN ANTARABANGSA
Syarikat Bumiputera yang terlibat dalam aktiviti promosi perdagangan antarabangsa
273 4002011 2013
PENINGKATAN 46%
PENINGKATAN LEBH
SEKALI GANDA
Geran pembangunan pasaran yang diberikan kepada syarikat Bumiputera
RM3.4 juta RM7.6 juta2011 2013
29FOKUS PEMERKASAAN KEEMPAT | KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN
nilai kontrak dalam 11 projek mega (RM500 juta ke atas) sehingga September 2014.
RM23.5 bil
projek MRT Corp untuk Bumiputera bernilai RM9.1 bilion.
37 pakej
“CARVE-OUT AND COMPETE”
PROGRAM SUPERBdiperuntukkan untuk tempoh tiga tahun.
perniagaan permulaan dijangka dibiayai sepanjang tempoh perlaksanaan.
YAB Perdana Menteri meninjau pelaksanaan projek MRT sepanjang 51 km menyambungkan Kajang dan Sungai Buloh yang sedang dilaksanakan. Sebanyak 47% atau RM9.1 bilion kontrak projek diberikan kepada syarikat Bumiputera
jumlah geran yang diluluskan sehingga Jun 2014.
RM100 juta200
RM14.3 juta
YAB Perdana Menteri mengumumkan dan menyampaikan sijil kepada pemenang Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB)
30 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
peluang pekerjaan diwujudkan dari pelaburan syarikat Bumiputera.
nilai pelaburan keseluruhan.
Dana Mudahcara diluluskan bagi melaksanakan projek pembiayaan swasta bernilai RM2.5 juta ke atas sehingga Oktober 2014.
RM756.9 juta
RM6.5 bil26,490
DANA MUDAHCARA DANA MUDAHCARARM2 bilion diperuntukkan di bawah pembiayaan Dana Mudahcara yang merupakan geran sehingga 15% dari kos projek untuk pembiayaan inisiatif swasta bagi komponen infrastruktur, mesin dan peralatan.
Pembelian kapal pukat tunda bagi mengembangkan operasi limbungan di Bintulu, Sarawak.
Projek panel solar bagi membekalkan tenaga elektrik di Selangor.
Projek pembinaan 57 unit rumah kedai (One Marudu) di Pekan Baru, Kota Marudu Sabah.
pembiayaan melalui Dana Teras diluluskan sehingga Oktober 2014.
Dana Teras diwujudkan di SME Bank, RHB Islamic dan MIDF.RM1.6 bil
RM814.15 juta
DANA TERAS
PELBAGAI DANADana Pembangunan Halal diwujudkan di SME Bank dan Agrobank.
Dana Pengembangan Perniagaan secara kolaborasi dengan MTDC.
RM580 juta
RM475 juta
BILANGAN USAHAWAN YANG MENDAPAT PEMBIAYAAN DARI INISIATIF TERAJU
PROSPER Teras
Dana Teras
Dana Mudahcara
Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB)
Pelbagai program kolaborasi dengan agensi
4961881622826
31FOKUS PEMERKASAAN KEEMPAT | KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN
5PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
FOKUS PEMERKASAAN
32 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera
Mewujudkan Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di semua kementerian
KPI Bumiputera untuk Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan
Membestarikan Unit Peneraju Agenda Bumiputera, Jabatan Perdana Menteri
33FOKUS PEMERKASAAN KELIMA | PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
5Dengan penubuhan Majlis
Ekonomi Bumiputera, YAB
Perdana Menteri memantau
perlaksanaan inisiatif-
inisiaitif pemerkasaan
ekonomi Bumiputera secara
dekat. MEB bersidang pada
setiap bulan dan ketua-ketua
agensi yang terlibat dengan
inisiatif-inisiatif ini membuat
pembentangan status
perlaksanaan. Sekiranya
terdapat keperluan, YAB
Perdana Menteri akan
mengarahkan intervensi
segera dilakukan.
YB Senator Dato’ Sri Abd Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah dan beliau juga mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif TERAJU. Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU bertindak sebagai Setiausaha kepada MEB dan melaporkan isu-isu ekonomi Bumiputera kepada YAB Perdana Menteri melalui MEB.
Untuk meningkatkan sistem penyampaian, Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ditubuhkan di 23 buah kementerian dan Jabatan Perdana Menteri, dengan 132 KPI Bumiputera. Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif 27 buah GLIC dan GLC juga mempunyai KPI Bumiputera masing-masing meliputi pelbagai bidang, termasuklah keusahawanan dan modal insan.
Pada masa yang sama, Koridor Ekonomi juga membantu perlaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dengan menjadi hos kepada pejabat satelit TERAJU di kesemua lima koridor dan ini membuka ruang untuk kerjasama lebih erat dengan kerajaan-kerajaan negeri.
SOROTAN34 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
DARI 2011 SEHINGGA JUN 2014
pelaburan swasta, peluang perniagaan, pembiayaan dan nilai dicipta.
KPI Bumiputera untuk menteri dan Ketua Setiausaha di 23 buah kementerian dan Jabatan Perdana Menteri.
sidang Majlis Ekonomi Bumiputera diadakan pada setiap bulan sehingga November 2014.
132
11
RM46.5 bil
SOROTAN35FOKUS PEMERKASAAN KELIMA | PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
UNIT PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA
Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di semua kementerian dan Jabatan Perdana Menteri.
Jawatankuasa Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha / Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian.
KPI Bumiputera dipantau oleh Jawatankuasa Petugas yang diketuai oleh Unit Perancang Ekonomi.
KPI Bumiputera kementerian adalah bagi teras keusahawanan dan perniagaan.
24
24
132
88
MAJLIS EKONOMI BUMIPUTERA
ahli Majlis Ekonomi Bumiputera berbanding 24 keahlian dalam Majlis Tindakan Agenda Bumiputera, perbincangan lebih fokus dan “action-oriented”.
Fokus kepada pemantauan inisiatif RMK10/11, bajet tahunan, Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera, dan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.
sidang Majlis Ekonomi Bumiputera sehingga November 2014.
Jawatankuasa Khas MEB untuk Bumiputera Sabah dan Sarawak, bagi menentukan penyertaan seimbang dari kedua-dua negeri tersebut.
13
112
Pelancaran Bisnest, sebuah portal rujukan setempat bagi usahawan Bumiputera di negeri Kedah bersama YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Paduka Haji Mukhriz bin Tun Mahathir
Usahawan di Sarawak menerima Dana Mudahcara bagi menyokong pembiayaan inisiatif swasta di negeri tersebut yang membuka peluang pekerjaan, kepada rakyat pelbagai kaum
YB Datuk Haji Abd Rahman Dahlan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Ekonomi Bumiputera bagi negeri Sabah untuk memastikan penglibatan mereka dalam ekonomi negara
Majlis menandatangani perjanjian Dana Mudahcara bagi usahawan Bumiputera Sabah disaksikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan YAB Ketua Menteri Sabah
36 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
INDIKATOR PENCAPAIAN UTAMA (KPI) BUMIPUTERA GLIC / GLC
7 Bidang Tumpuan Inisiatif-Inisiatif Utama Pencapaian Jan-Sept 2014
1PROGRAM PEMBANGUNAN VENDOR (VDP)
Rangka Kerja ditubuhkan di pelbagai peringkat
(7 syarikat) 7 syarikat
Vendor baru dan sedia ada (1,085) 1,025 vendor dalam VDP
Vendor yang digraduasikan (3) 1 vendor
2SYARIKAT INDUK (ANCHOR COMPANY)
Syarikat induk baru (10 konsortium)
4 konsortium dikenalpasti
3PENGAGIHAN KHUSUS (CARVE-OUT)
Nilai pengagihan khusus (RM4.1b) RM3.4b diperuntukkan
Pengagihan khusus – premis peruncitan (78 unit) 62 unit diberikan
4 PEROLEHAN (PROCUREMENT) Perolehan (RM14.4b) RM10.2b dibelanjakan
5 MODAL INSAN
Penerima manfaat Skim Pengurusan Kebolehgajian
Siswazah (GEMS)/Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)/
Lain-lain (2,133)
1,662 penerima manfaat
GEMS/SL1M/Lain-lain ditawarkan pekerjaan (99)
37 penerima manfaat
‘Upward Mobility Scheme’ (368 pekerja) 360 pekerja dinaikkan pangkat
6 ASET BUKAN KEWANGAN
Aset bukan kewangan (1,640 unit perumahan
dan komersial) di pelbagai peringkat
439 unit
‘Project Harmony’ (RM200 juta dalam masa 3 tahun)
untuk rumah mampu milik, keusahawanan dan tanggungjawab korporat
RM15 Juta
7 PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA ASB2 (RM10b unit) Dilancarkan
100%
94.4%
33.3%
40%
81.5%
79.5%
70.8%
77.9%
37.4%
97.8%
26.8%
7.5%
100%Sumber: Laporan BEA KPI GLIC dan G20 kepada Sekretariat PCG Indeks Pencetus Perubahan (Game Changing Index) ditanda merah
63% purata
pencapaian keseluruhan
GLIC dan G20
*atas nilai projek
37FOKUS PEMERKASAAN KELIMA | PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
Unit Peneraju Agenda Bumiputera diwujudkan bagi menerajui, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara. Ia berfungsi sebagai sekretariat kepada Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.
Sehingga kini, TERAJU telah mencipta nilai, peluang perniagaan, pembiayaan, dan pembangunan modal insan bernilai lebih RM46.5 bilion. Peluang ini disediakan melalui penglibatan sektor swasta, GLIC / GLC dan agensi-agensi kerajaan pelbagai peringkat.
UNIT PENERAJU AGENDA BUMIPUTERA CIPTA NILAI, PELUANG DAN PEMBIAYAAN RM46.5 BILION
Encik Husni Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif (kiri) bersama pengurusan kanan, Unit Peneraju Agenda Bumiputera, Jabatan Perdana Menteri
TERAJU dipengerusikan oleh YB Senator Dato’ Sri Abd Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan ia mempunyai pejabat satelit dan bekerjasama erat dengan kesemua Koridor Ekonomi.
Selain itu, TERAJU juga mengadakan kolaborasi dan menentukan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera dilaksanakan oleh GLIC / GLC melalui Khazanah Nasional Berhad yang menjadi sekretariat kepada Jawatankuasa Putrajaya Bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG).
Bagi menyelaraskan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera pada peringkat kementerian, TERAJU bekerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi menyelaraskan Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di 23 buah kementerian dan Jabatan Perdana Menteri.
Untuk meningkatkan pembangunan modal insan, TERAJU menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera bagi memberikan peluang latihan kedua, membiayai pelajar dari persekitaran mencabar dan melatih lebih ramai profesional.
Sementara, bagi latihan keusahawanan termasuk menyediakan mereka untuk menerokai pasaran global, TERAJU melaksanakan program pembinaan kapasiti melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
PEMBIAYAAN PERNIAGAAN DAN MODAL INSAN
Dana Teras di SME Bank, RHB Islamic dan MIDF.
pembiayaan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).
pembiayaan ladang satelit lembu di JCorp.
Dana Pembangunan Halal di SME Bank dan AgroBank.
pembiayaan ekuiti di MARA.
pembiayaan pendidikan di Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.
Dana Pengembangan Perniagaan Bumiputera di MTDC.
pembiayaan Prosper Teras dan Francais ECCE di PUNB.
pembiayaan latihan Pusat Kecemerlangan Projek Mega di CIDB.
RM1.64 bil
RM100 juta
RM7.8 juta RM580 juta
RM75 juta
RM185 juta RM475 juta
RM68.5 juta
RM5 juta
PELABURAN SWASTA BUMIPUTERA
PENCIPTAAN NILAI
pelaburan dari Dana Mudahcara.
RM6.5 bil
nilai dicipta selepas penyenaraian di bawah Skim Jejak Jaya Bumiputera.
RM4.02 bil
PELUANG PERNIAGAAN
nilai projek dari “Carve-Out and Compete”.
nilai perolehan dari Program Pembangunan Vendor.
nilai pelupusan aset GLIC dan GLC.
RM23.52 bil
RM8.5 bil
RM164 juta
38 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
MUAT TURUN APLIKASI DI
BISNESTPUSAT RUJUKAN SETEMPAT
Bisnest yang dibangunkan oleh TERAJU ialah sebuah pusat rujukan setempat bagi memudahkan usahawan mendapat maklumat p e m b i a ya a n , p e r k h i d m a t a n perniagaan, premis perniagaan dan perlesenan yang disediakan oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.
Mulakan carian anda di sini!
http://www.bisnest.com.my
39FOKUS PEMERKASAAN KELIMA | PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
MELANGKAH KE HADAPAN
Kerajaan komited untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Hal ini dibuktikan dengan YAB Perdana Menteri sendiri memimpin Majlis Ekonomi Bumiputera, memberikan peruntukan yang besar dan usaha meningkatkan lagi kecekapan agensi-agensi kerajaan terbabit yang akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).
Namun, pada masa yang sama Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera menuntut perubahan kepada cara kita berfikir, bekerja dan bertindak. Bumiputera harus membangunkan kapasiti, sedia bersaing dan menerokai pasaran antarabangsa yang lebih luas.
Walaupun sebahagian hasil inisiatif yang terkandung dalam laporan ini boleh dilihat dalam jangka masa yang singkat, sebahagian besar memerlukan masa yang panjang sebelum kita dapat melihat hasilnya.
Maka, di sinilah keperluan untuk keseluruhan inisiatif-inisiatif ini dilaksanakan secara daya saing mampan (sustainable competitiveness) dan propertumbuhan (pro-growth).
Bumiputera sebagai komuniti paling ramai dalam negara mempunyai sumbangan yang besar kepada ekonomi. Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera menyediakan landasan untuk mereka melonjakkan pencapaian tersebut!
Majlis Ekonomi Bumiputera dipengerusikan YAB Perdana Menteri merupakan satu mekanisme induk memacu ekonomi Bumiputera untuk melangkah ke hadapan
40 TERAJU | PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA 2014
Hakcipta © 2014
UNIT PENERAJU AGENDA BUMIPUTERA (TERAJU)
Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian dokumen ini tidak dibenarkan untuk dihasilkan semula dalam apa bentuk sekalipun sama ada secara elektronik, salinan foto, mekanikal, rakaman atau sebagainya tanpa izin pemilik hak cipta. Kenyataan: Walaupun perhatian yang munasabah telah diberikan dalam proses penyediaan dokumen ini, pihak TERAJU tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa maklumat yang tidak tepat. Semua maklumat dan spesifikasi adalah benar pada masa dokumen ini disediakan dan ia tertakluk kepada perubahan apabila diperlukan.
PEMERKASAANEKONOMI
BUMIPUTERA
KAD LAPORAN PENCAPAIAN
Aras 5, Menara Surian
No. 1, Jalan PJU7/3, Mutiara Damansara
47810 Selangor Darul Ehsan
t 03 7839 8000
f 03 7839 8100
w w w . t e r a j u . g o v . m y
2014www.teraju.gov.my
www.facebook.com/terajuofficialpage
www.twitter.com/TERAJUofficial
www.instagram.com/TERAJUOFFICIAL