05134841topik7masalahpendengaran
DESCRIPTION
masalah pendengaranTRANSCRIPT
PENGENALAN
Hello. Selamat datang ke Topik 7 berkenaan dengan masalah pendengaran. Anda tentu setuju bahawa setiap individu yang dilahirkan mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Ada individu dilahirkan sempurna dan ada yang sebaliknya. Walau apa pun kekurangan dan kelebihan yang dimiliki, setiap manusia mempunyai hak yang sama dalam mendapatkan pendidikan, kebebasan bersuara mahupun mendapatkan perkhidmatan perubatan. Bagi kanak-kanak yang kurang upaya (OKU), pelbagai istilah sebenarnya diberikan kepada golongan ini. Ada yang memberikan istilah istimewa, kanak-kanak luar biasa, cacat dan sebagainya. Namun begitu, istilah yang diberikan bukanlah halangan untuk mereka mendapatkan peluang pendidikan yang disediakan khusus buat mereka. Dalam masyarakat kita, kehilangan pendengaran dilihat sebagai satu keaiban. Salah satu sebab mengapa kurangnya permintaan untuk rawatan kehilangan pendengaran ialah kerana kita kurang berbincang mengenainya. Alasannya, kesilapan pendengaran merupakan tanda usia yang semakin lanjut. Namun
TTooppiikk 77 Masalah Pendengaran
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menerangkan definisi masalah pendengaran; 2. membincangkan tiga jenis masalah pendengaran; 3. mengenal pasti struktur anatomi telinga; 4. menjelaskan dua kaedah pengukuran kemampuan pendengaran; 5. membincangkan lima punca masalah pendengaran; 6. menghuraikan empat kriteria psikologi dan tingkah laku dalam
masalah pendengaran; dan 7. menyatakan tiga pendekatan pendidikan kanak-kanak bermasalah
pendengaran.
HASIL PEMBELAJARAN
TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN
108
begitu, sebagaimana individu yang kehilangan penglihatan, ini adalah masalah kesihatan yang biasa berlaku di seluruh dunia. Jadi dalam topik ini anda akan mempelajari tentang definisi dan jenis-jenis masalah pendengaran. Selain itu, struktur anatomi telinga serta kriteria psikologi dan tingkah laku akan turut dipelajari. Akhir sekali, anda akan diberikan tiga pendekatan dalam mendidik kanak-kanak ini. Selamat membaca.
DEFINISI MASALAH PENDENGARAN 7.1
Apakah yang anda faham tentang masalah pendengaran? Dapatkah anda berikan definisinya?
Tahukah anda ada berapa tahap kehilangan pendengaran? Tahap kehilangan pendengaran ada dua iaitu: Bermasalah pendengaran:
Kehilangan seluruh atau sebahagian kemampuan mendengar daripada satu atau kedua-dua belah telinga. Tahap kehilangan pendengaran boleh jadi ringan, sederhana atau teruk.
Pekak: Kehilangan seluruh kemampuan pendengaran pada satu atau kedua-dua belah telinga.
Bermasalah pendengaran dikategorikan mengikut darjah kehilangan pendengaran. Apakah maksud darjah kehilangan pendengaran?
TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN
109
Terdapat lima tahap kehilangan pendengaran yang lazim digunakan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.1.
Jadual 7.1: Tahap kehilangan pendengaran
Kehilangan Pendengaran (desibel)
Darjah Kepekakan
0dB hingga 20 dB Normal 20dB hingga 40dB Ringan 40dB hingga 60dB Sederhana 60dB hingga 90dB Teruk Lebih 90dB Sangat Teruk
Bagaimanakah kita hendak mengenal pasti kepekakan? Kepekakan dapat dikenal pasti melalui lima tanda (lihat Rajah 7.1).
Rajah 7.1: Lima tanda kepekakan
TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN
110
JENIS-JENIS MASALAH PENDENGARAN 7.2
Apabila menjelaskan kaitan kehilangan pendengaran, secara umumnya kita melihat kepada tiga perkara iaitu jenis kehilangan pendengaran, tahap kehilangan pendengaran serta konfigurasi kehilangan pendengaran. Bagi kehilangan pendengaran, ia boleh dikategorikan dengan mengenal pasti bahagian sistem auditori yang rosak. Tahukah anda terdapat tiga jenis masalah pendengaran iaitu: (a) Konduktif (b) Sensori neural (c) Campuran kehilangan pendengaran (konduktif dan sensori neural) Kita akan melihat ketiga-tiga jenis masalah pendengaran ini satu persatu dalam sub-topik berikutnya.
7.2.1 Konduktif
Apakah yang dimaksudkan dengan kehilangan pendengaran konduktif?
Lazimnya, kehilangan pendengaran jenis ini melibatkan pengurangan bunyi atau kemampuan untuk mendengar bunyi-bunyi kurang jelas. Kehilangan pendengaran ini selalunya boleh diatasi melalui rawatan atau pembedahan. Terdapat sembilan keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan pendengaran konduktif seperti: (a) cuping telinga yang tidak sempurna (b) external otitis (telinga bernanah) (c) keadaan bentuk telinga tengah (d) kegagalan tiub eustachio berfungsi (e) jangkitan telinga tengah
TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN
111
(f) saluran auditori luar tidak sempurna (g) bengkak di gegendang telinga (h) bendasing dalam saluran auditori luar (i) ketidaksempurnaan tetulang
7.2.2 Sensori Neural
Tahukah anda bagaimanakah kehilangan pendengaran sensori neural berlaku?
Masalah pendengaran jenis ini adalah sangat serius. Masalah ini tidak dapat diatasi melalui rawatan perubatan mahupun pembedahan kerana ini merupakan kehilangan pendengaran tetap. Kehilangan pendengaran jenis ini bukan sahaja melibatkan kekurangan tahap bunyi atau kemampuan mendengar bunyi-bunyi yang tidak jelas, malahan turut mempengaruhi kefahaman pertuturan atau kemampuan untuk mendengar bunyi yang dituturkan. Tahukah anda apakah sebab-sebab masalah ini? Kehilangan pendengaran jenis ini boleh disebabkab oleh berikut: (a) Penyakit (b) Kecederaan semasa kelahiran (c) Genetik/keturunan (d) Virus (e) Trauma (f) Tumor atau ketumbuhan (g) Umur yang semakin lanjut
7.2.3 Campuran Kehilangan Pendengaran (Konduktif dan Sensori Neural)
Tahukah anda adakalanya kehilangan pendengaran konduktif turut bercampur dengan kehilangan pendengaran sensori neural? Dalam erti kata lain, pesakit mengalami kerosakan pada kedua-dua anatomi telinga iaitu telinga luar dan
TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN
112
telinga dalam atau saraf pendengaran. Apabila keadaan ini berlaku, kita merujuknya sebagai kehilangan pendengaran campuran.
ANATOMI TELINGA 7.3
Anda tentu bersetuju bahawa telinga merupakan anggota tubuh yang sangat penting dalam kehidupan. Pancaindera ini sangat besar maknanya bagi membolehkan fungsi pendengaran yang sempurna. Tanpa anggota tubuh ini, kenikmatan pendengaran yang dianugerahkan oleh Tuhan mungkin tidak dapat dirasai. Justeru itu, sebagai menghargai segala nikmat yang diberikan kepada kita, penjagaan yang sempurna perlu ditekankan supaya pendengaran yang kita miliki kekal terpelihara. Telinga manusia terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam (Rajah 7.2). Seterusnya kita akan melihat fungsi setiap bahagian telinga ini yang mempengaruhi fungsi pendengaran manusia dalam Jadual 7.2.
Rajah 7.2: Anatomi telinga
Sumber : http//www.medicastore.com
TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN
113
Jadual 7.2: Fungsi dan ciri telinga luar, tengah dan dalam Telinga Fungsi dan Ciri
Luar • Terdiri daripada cuping telinga, salur telinga dan ruang udara. • Hujung sebelah dalam ditutup dengan gegendang. • Panjangnya lebih kurang satu inci. • Gelombang bunyi masuk melalui salur dan akan menyebabkan
gegendang bergetar (vibrate). • Salur telinga berfungsi sebagai pemantul dan penguat gelombang
bunyi berfungsi (amplifies sound naves/ acoustic resonator). • Tekanan dua hingga empat kali ganda lebih besar pada gegendang
di dalam telinga berbanding dari luar. • Telinga luar membolehkan kita mengesan bunyi yang tidak dapat
dikesan jika gegendang telinga terletak di luar telinga. • Lokasi gegendang di dalam telinga bertujuan untuk melindungi
daripda kerosakan fizikal, daripada terdedah kepada cuaca panas dan kelembapan udara.
Tengah • Mengandungi osikel pendengaran iaitu tiga tetulang kecil (tukul/malleus, andas/incus dan rakap/stapes).
• Dihubungkan secara mekanikal antara gegendang dan telinga dalam.
• Rongga yang dikelilingi oleh tulang kepala. • Osikel dalam rongga tengah dihubungkan dengan ligamen agar
tergantung kepada dinding rongga. • Pemegang tukul/malleus terlekat pada gegendang dan meliputi
lebih separuh daripada keluasan gegendang. • Pergerakan atau getaran gegendang dipindahkan oleh tukul ke
andas yang bersambung dengan rakap. • Tapak rakap menutup jendela bujur (pintu masuk ke bahagian
dalam telinga). • Ruang tengah telinga adalah sepenuhnya tertutup menyebabkan
berlakunya perbezaan tekanan udara di dalam dan luar telinga. • Salur eustachio yang terletak di telinga tengah dan rongga mulut
menghubungkan ruang telinga tengah dengan udara luar. • Perbezaan boleh dirasa apabila tekanan udara luar tiba-tiba
berubah. Contohnya: bila kita mendaki, turun naik sewaktu dalam pesawat dan menyelam di dalam air.
• Perbezaan tekanan yang sedikit menyebabkan kita kurang selesa. Perbezaan yang terlalu banyak akan menyebabkan kesakitan atau gegendang pecah ataupun koyak.
• Apabila kita menelan, biasanya saluran eustachio terbuka sebentar dan membantu tekanan menjadi seimbang semula.
Dalam • Kecil, berongga dan dikelilingi oleh tulang kepala. • Koklea berbentuk seperti siput, berfungsi menukar getar mekanikal
TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN
114
kepada denyutan saraf (nerves impulses).
• Terbahagi kepada dua bahagian utama di sepanjang saluran iaitu: • Bahagian I: menghubungkan jendela bujur ialah skala vestibul. • Bahagian II: bahagian yang menghubungi jendela bujur ialah skala
tympani. • Kedua-dua bahagian dipenuhi oleh cecair dipanggil perilymph (dua
kali lebih pekat daripada air). • Bahagian tengah ialah pembahagian koklea (cochlea partition
antara skala vestibul dengan skala tympani). • Di hujung koklea dinamakan epical end. Terdapat ruang yang
terbuka yang diselaputi membran menghubungkan semula ke telinga tengah.
• Salur vestibul tidak memainkan apa-apa peranan dalam mekanisme pendengaran.
• Salur separuh bulat adalah organ yang mengawal sistem keseimbangan anggota tubuh kita.
AKTIVITI 7.1
1. Dengan merujuk kepada bahan bacaan tambahan, bincangkan apakah
peranan telinga tengah dalam fungsi pendengaran manusia. 2. Bincangkan TIGA jenis masalah pendengaran serta apakah punca-
punca masalah pendengaran tersebut berlaku.
PENGUKURAN KEMAMPUAN PENDENGARAN 7.4
Apakah cara untuk mengukur bunyi? Terdapat dua cara untuk mengukur bunyi iaitu: (i) dari segi kekuatannya atau tahap desibel (ii) dari segi frekuensi atau nada
TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN
115
Apakah yang dimaksudkan dengan skala desibel?
Tahap desibel (dB) bermula dari 0 iaitu bunyi yang paling perlahan dapat kita dengar ke tahap bunyi yang paling kuat dalam lebih kurang 150dB. Dalam perspektif seharian, percakapan manusia berada dalam lingkungan 40 hingga 60dB. Tahap bunyi yang melebihi 80dB adalah berpotensi untuk merosakkan pendengaran sekiranya berpanjangan. Frekuensi disukat dalam hertz (Hz). Tahukah anda maksud hertz?
Frekuensi yang berkaitan dengan julat pertuturan manusia berada dalam lingkungan 200 hingga ke 8000Hz, walaupun telinga manusia boleh mengesan frekuensi dari 20 hingga 20000Hz. Bagi mengukur kemampuan pendengaran individu, dua kaedah yang lazim digunakan ialah audiometri nada tulin (pure tone audiometry) dan audiometri pertuturan (speech audiometry).
7.4.1 Ujian Bunyi Tulin (Pure Tone Audiometry)
Pertama sekali, kita perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan ujian bunyi tulin.
TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN
116
Bagi kanak-kanak yang berumur lebih daripada 30 bulan, ujian boleh dijalankan dengan rangsangan bunyi tulin melalui earphone. Alat yang digunakan ialah audiometer, ujian terus udara atau ujian melalui tulang (air-conduction/bphone conduction (bunyi terus ke telinga dalam) boleh dijalankan. Hasil ujian akan direkodkan dalam audiogram. Ujian yang dijalankan perlu dilaksanakan di dalam bilik tara bunyi (acoustic room). Sebaik-baiknya ujian dijalankan beberapa kali untuk mendapatkan kesahihannya (validity). Dalam ujian bunyi tulin ini, simbol-simbol yang digunakan ialah:
• Ujian melalui udara - O/R = telinga kanan
- X = telinga kiri
• Ujian melalui tulang - [< = telinga kanan ]> = telinga kiri
Ujian kehilangan pendengaran yang diambil dengan headphone melalui audiometer biasanya dicatatkan dalam dBHL (decibel hearing loss). Audiogram yang diambil dalam keadaan terbuka bagi kanak-kanak kecil atau audiogram dengan memakai alat pendengaran biasanya dicatat dalam dBSPL (decibel sound pressure level).
7.4.2 Audiometri Pertuturan (Speech Audiometry)
Oleh kerana kemampuan untuk mengesan dan memahami pertuturan merupakan suatu kemahiran yang penting, satu teknik yang dipanggil audiometri pertuturan atau speech audiometry telah dibangunkan untuk menguji sejauh mana seseorang individu dapat mengesan dan memahami bunyi pertuturan. Pengesanan pertuturan dikenal pasti sebagai tahap yang paling rendah (dalam dB) apabila seseorang individu dapat mengesan pertuturan tanpa perlu memahaminya. Apa yang lebih penting ialah keyakinan pada tahap desibel yang manakah seseorang itu berupaya atau mampu memahami pertuturan. Ini dikenali sebagai SRT (Speech Reception Treshold). Satu cara untuk mengukur SRT ialah dengan menunjukkan seseorang dengan senarai dua suku kata perkataan dan menguji kedua-dua belah telinga secara berasingan. Tahap desibel individu tersebut boleh memahami sebahagian perkataan tersebut lazimnya digunakan sebagai anggaran tahap SRT.
TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN
117
PUNCA-PUNCA MASALAH PENDENGARAN 7.5
Sekarang mari pelajari punca-punca masalah pendengaran. Tahukah anda bahawa masalah pendengaran yang berlaku ke atas individu di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh pelbagai faktor? Anatomi telinga yang merangkumi tiga bahagian seperti yang telah kita bincangkan tadi merupakan anggota penting tubuh yang perlu diberi penjagaan yang baik. Ini adalah kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh merosakkan anatomi telinga kita yang seterusnya akan mempengaruhi pendengaran yang kita dimiliki. Antara punca masalah pendengaran ialah kerosakan di bahagian telinga luar, tengah dan dalam serta jangkitan. Selain itu, terdapat juga beberapa faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini. Mari kita lihat punca-punca tersebut dengan lebih lanjut.
7.5.1 Kerosakan di Bahagian Telinga Luar
Punca pertama ialah kerosakan di bahagian telinga luar. Anda harus sedar bahawa walaupun kerosakan di bahagian telinga luar tidaklah begitu serius jika dibandingkan dengan telinga tengah atau kerosakan di bahagian telinga dalam, sesetengah kerosakan di bahagian telinga luar juga turut boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah pendengaran. Contohnya, sesetengah kanak-kanak yang mempunya fizikal cuping telinga yang tidak sempurna (atresia) boleh menghadapi masalah ini. Selain itu, jangkitan terhadap saluran luar telinga juga boleh menyebabkan pendengaran kanak-kanak terjejas. Tumor atau ketumbuhan juga antara faktor menyebabkan pendengaran seseorang boleh terjejas. Adakah masih terdapat punca lain? Ya. Antara punca lain masalah pendengaran ialah jangkitan seperti serangan kuman tehadap kulit atau tisu, jerawat, kudis akibat luka atau cedera akibat jolokan benda keras seperti kuku, pin, bilah mancis atau gigitan serangga. Zat lilin atau wax yang terlalu banyak dan keras di dalam salur telinga juga boleh mengganggu pendengaran seseorang.
7.5.2 Kerosakan di Bahagian Telinga Tengah
Sekarang kita lihat pula punca kedua masalah pendengaran. Tahukah anda bahawa keabnormalan bahagian telinga tengah lazimnya lebih serius berbanding kerosakan di bahagian telinga luar? Ini adalah kerana kerosakan yang dialami akan menyebabkan seseorang individu diklasifikasikan menghadapi masalah pendengaran berbanding pekak. Kehilangan pendengaran yang berpunca daripada telinga tengah lazimnya disebabkan oleh tindakan mekanikal tulang-tulang osikel. Kerosakan pada bahagian telinga tengah boleh dirawat melalui rawatan perubatan atau pembedahan.
TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN
118
Masalah yang biasa ditemui di bahagian telinga tengah ialah otitis media iaitu jangkitan di bahagian ruangan telinga tengah yang disebabkan oleh bakteria. Kerosakan ini lazimnya sukar dikesan terutamanya pada bayi kerana kebanyakannya tidak menunjukkan simptom pada peringkat awal (Giebink, 1990). Otitis media mempunyai hubung kait dengan kegagalan tiub eustachio berfungsi di mana tiub eustachio tidak dapat berfungsi untuk mengering serta mengawal bahagian telinga tengah daripada sebarang jangkitan. Otitis media sering dihidapi oleh kanak-kanak sindrom Down atau kanak-kanak sumbing (cleft palate) kerana ketidaksempurnaan tiub eustachio. Jangkitan di salur eustachio menyebabkan nanah-nanah terkumpul dalam rongga telinga tengah dan menyebabkan sakit telinga yang amat teruk. Otitis media boleh menyebabkan seseorang individu mengalami kehilangan pendengaran konduktif sementara atau sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian gegendang telinga.
7.5.3 Kerosakan di Bahagian Telinga Dalam
Tahukah anda bahawa kebanyakan kehilangan pendengaran yang dialami kanak-kanak berkait dengan punca ketiga iaitu telinga dalam? Kehilangan pendengaran yang melibatkan kerosakan telinga dalam ini akan mepengaruhi rawatan dan pendidikan kanak-kanak. Kecacatan telinga dalam boleh mempengaruhi keseimbangan badan serta mengakibatkan keadaan vertigo (pening, mual dan muntah) akibat kehilangan pendengaran. Ada ketikanya, kanak-kanak yang menghadapi kerosakan telinga dalam sering mendengar bunyi berdesing dan bunyi bising. Kebanyakan kes kepekakan dalam kalangan kanak-kanak berpunca daripada keturunan (Schildroth, Rawlings & Allen, 1989). Selain itu, jangkitan bakteria seperti meningitis merupakan punca kedua yang sering mengakibatkan kepekakan dalam kalangan kanak-kanak. Kekurangan oksigen, rubella dan sifilis juga merupakan antara faktor yang boleh memberi kesan terhadap pendengaran kanak-kanak.
7.5.4 Jangkitan
Jangkitan terhadap anatomi telinga boleh menjadi salah satu faktor kehilangan pendengaran di kalangan kanak-kanak. Jangkitan akibat selsema yang teruk akan mengakibatkan berlakunya jangkitan di saluran eustachio yang boleh mempengaruhi pendengaran kanak-kanak. Beguk, cacar serta radang tonsil kronik juga menyebabkan kesakitan telinga yang teruk. Selain itu, jangkitan otosklerosis juga akan menyebabkan kepekakan yang kronik di mana tulang
TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN
119
stapes menjadi kaku dan tidak dapat bergerak dengan bebas di dalam jendela bujur pada telinga tengah.
7.5.5 Faktor-faktor Lain
Akhir sekali, mari kita lihat faktor-faktor lain. Antara faktor-faktor lain yang menyumbang kepada masalah kehilangan pendengaran ialah: (i) Ketidaksempurnaan semasa lahir atau congenital malformation. (ii) Kanak-kanak yang lahir tanpa pinna atau salur auditori . (iii) Keturunan atau genetik (individu yang tidak pekak sebagai pembawa gen
resesif). (iv) Jangkitan kuman (rubella, campak, herpes simplex). (v) Penggunaan alkohol, dadah dan arak berlebihan sewaktu mengandung. (vi) Kanak-kanak yang menghadapi masalah ketidaksempurnaan salur auditori
mereka. (vii) Faktor peningkatan umur. (viii) Kekurangan berat badan (tidak cukup bulan).
SEMAK KENDIRI 7.1
1. Jelaskan DUA kaedah pengukuran kemampuan pendengaran yang lazim digunakan untuk mengukur kemampuan pendengaran seseorang individu.
2. Nyatakan faktor-faktor atau punca-punca masalah pendengaran dan cadangkan langkah-langkah mengatasi masalah kehilangan pendengaran.
KRITERIA PSIKOLOGI DAN TINGKAH LAKU 7.6
Sekarang mari kita lihat kriteria psikologi dan tingkah laku. Tahukah anda kehilangan pendengaran mempunyai kesan hubung kait dengan aspek tingkah laku kanak-kanak? Jika anda diberi pilihan sama ada menjadi buta atau pekak, yang mana satukah anda pilih? Secara umum, kebanyakan daripada kita akan memilih menjadi pekak kerana kita masih ada penglihatan dan kemampuan untuk bergerak dan kebanyakan apa yang ada di persekitaran kita masih boleh dilihat. Selain itu, dalam menentukan fungsi penggunaan bahasa, orang buta lebih beruntung kerana orang pekak kurang penguasaan bahasanya kerana ketidakmampuan mereka untuk mendengar.
TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN
120
7.6.1 Perkembangan Bahasa dan Pertuturan
Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pekak atau kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran ialah masalah pemahaman dan pengeluaran bahasa. Kanak-kanak pekak lazimnya menghadapi masalah untuk menguasai bahasa berbanding kanak-kanak normal dalam masyarakat. Kemampuan bertutur adalah berkait rapat dengan kehilangan pendengaran. Sebanyak 75 peratus kanak-kanak yang dikesan pekak lazimnya gagal menguasai bahasa berbanding hanya 14 peratus yang mempunyai kehilangan pendengaran yang teruk mampu menguasai bahasa walaupun tidak sepenuhya. Kanak-kanak yang kehilangan pendengaran sukar belajar bercakap kerana mereka tidak mendapat tindak balas pendengaran daripada bunyi yang mereka bunyikan. Mereka juga tidak dapat mendengar bahasa orang dewasa. Kegagalan tindak balas juga merupakan sebab utama kekurangan pengeluaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Menurut Fry (1966), kanak-kanak yang mendengar akan dapat membina gerakan atau tindak balas yang diterima apabila mereka menggerakkan jari, mulut dan lidah, sedangkan kanak-kanak pekak pula sebaliknya. Oleh kerana itu, kanak-kanak pekak tidak dapat mengulang semula bunyi-bunyi perkataan atau pertuturan yang dituturkan. Kelemahan bahasa yang dialami oleh kanak-kanak pekak boleh dilihat melalui kelemahan-kelemahan berikut: (i) sukar memberikan makna daripada teks (ii) gagal memberi tanggapan yang tepat terhadap maklumat yang diterima (iii) perbendaharaan kata yang terhad (iv) kesilapan dalam sintaksis (v) sukar memahami perkara-perkara abstrak (vi) sering melakukan kesilapan dalam tugasan-tugasan secara bertulis (vii) mengambil masa yang lebih lama untuk membaca, memahami dan
menerima maklumat (viii) kurang keyakinan diri dalam menghasilkan tugasan-tugasan akademik
7.6.2 Kemampuan Intelek
Kebanyakan profesioanal percaya bahawa kanak-kanak pekak menghadapi kemampuan intelek yang terbatas kerana kekurangan bahasa pertuturan yang dimiliki. Kepercayaan ini berasakan kepada dua sebab iaitu: (a) Andaian bahawa bahasa boleh disamakan dengan kemampuan kognitif
(Vygotsky, 1962). Vygotsky mengandaikan pertuturan awal kanak-kanak lebih bersifat dalaman dan boleh mempengaruhi pemikiran.
TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN
121
(b) Andaian bahawa individu yang tidak boleh bertutur adalah disebabkan orang pekak tidak mempunyai bahasa. Namun begitu, walaupun mereka tidak mempunyai bahasa pertuturan seperti bahasa Inggeris, sekiranya mereka menggunakan American Sign Language (ASL), mereka dikatakan menggunakan bahasa yang betul dengan struktur tatabahasa tersendiri.
Kegagalan komunikasi dengan kanak-kanak pekak juga menyebabkan ramai pengkaji mengandaikan bahawa kanak-kanak pekak menghadapi kekurangan dalam kemampuan kognitif mereka. Walaupun kanak-kanak pekak menggunakan bahasa isyarat, pembahagian tumpuan menjadi masalah yang mengganggu perkembangan intelek kanak-kanak pekak. Pelaksanaan ujian persembahan berbanding ujian verbal terutamanya dalam bahasa isyarat boleh membantu guru untuk menentukan kemampuan intelek (IQ) kanak-kanak pekak.
7.6.3 Pencapaian Akademik
Kebanyakan kanak-kanak pekak menghadapi kekurangan atau kelemahan dalam pencapaian akademik. Kemampuan membaca merupakan kemahiran akademik yang paling terjejas dalam kalangan kanak-kanak pekak. Kajian menunjukkan bahawa perkembangan pencapaian pembacaan dalam kalangan kanak-kanak pekak hanya satu pertiga daripada kanak-kanak normal. Walaupun setelah tamat peringkat menengah, tidaklah menjadi sesuatu yang luar biasa sekiranya mendapati remaja pekak mampu untuk membaca pada tahap kanak-kanak dalam darjah empat. Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak pekak yang mempunyai ibu bapa yang pekak menunjukkan pencapaian yang lebih baik dalam kemahiran membaca berbanding kanak-kanak pekak yang mempunyai ibu bapa yang bukan pekak. Ini disebabkan oleh dua faktor berikut: (a) Ibu bapa yang pekak mampu untuk berkomunikasi dengan lebih baik
dengan anak-anak yang pekak menggunakan ASL serta dapat membekalkan keperluan-keperluan sokongan yang diperlukan oleh anak-anak mereka.
(b) Kanak-kanak pekak yang mempunyai ibu bapa yang juga pekak lebih mahir dalam penggunaan ASL; dan ASL dapat membantu kanak-kanak ini mempelajari bahasa penulisan dan pembacaan (Lane, 1992).
TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN
122
7.6.4 Penyesuaian Sosial
Sosial dan pembangunan personaliti dalam populasi kanak-kanak atau individu pekak bergantung kepada komunikasi. Situasi ini juga diperlukan dalam komuniti bukan pekak seperti kita. Individu normal tidak menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain. Bagaimanapun, bagi orang pekak, mereka menghadapi masalah untuk mencari individu lain yang boleh berkomunikasi atau berbual dengan mereka. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak pekak mengahapi risiko untuk berasa keseorangan (Charlson, Strong & Gold, 1992; Loeb & Sarigani, 1986). Dua faktor utama yang penting ditekankan untuk mengelakkan pengasingan kanak-kanak pekak ialah percantuman dan status pendengaran ibu bapa kanak-kanak pekak tersebut.
PERTIMBANGAN DARI ASPEK PENDIDIKAN 7.7
Bagi kanak-kanak pekak, pendekatan pengajaran yang sesuai dapat membantu kanak-kanak ini untuk menguasai apa yang dipelajari. Kaedah yang digunakan perlu disesuaikan dengan tahap kehilangan pendengaran kanak-kanak. Di samping itu, penglibatan ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakat amat diperlukan sebagai sokongan kepada kemajuan proses pembelajaran kanak-kanak pekak. Terdapat tiga pertimbangan dalam pengajaran kanak-kanak pekak iaitu pendekatan lisan-auditori verbal, komunikasi seluruh dan bacaan bibir. Mari kita pelajari tiga pertimbangan ini satu persatu dengan lebih lanjut dalam sub-topik berikutnya.
7.7.1 Pendekatan Lisan – Auditori Verbal
Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan ini?
TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN
123
Melalui kaedah ini, penekanan diberikan kepada kemahiran mendengar bunyi pertuturan (unisensory stimulation) tanpa membaca pergerakan bibir. Kaedah ini bergantung sepenuhnya kepada keupayaan penggunaan alat bantuan pendengaran. Pengajaran lazimnya dijalankan di dalam bilik tara bunyi (well acoustic room) atau di bilik senyap. Pendekatan ini perlu diajar seawal mungkin sebelum kaedah komunikasi lain seperti bahasa isyarat digunakan. Kaedah ini lebih efektif dengan penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran anak-anak mereka.
7.7.2 Komunikasi Seluruh
Bagaimana pula dengan komunikasi seluruh? Mari kita lihat maksudnya.
Kaedah ini menarik kerana menggunakan keseluruhan bahasa iaitu gerakan isyarat, bahasa isyarat, mimik muka, pertuturan, bacaan bibir, ejaan jari, membaca dan menulis. Selain itu, kaedah ini perlu digunakan seawal mungkin supaya kanak-kanak berupaya menguasai bahasa dan dapat berkomunikasi dalam masyarakat serta mampu mengelakkan perasaan terasing.
7.7.3 Bacaan Bibir
Akhir sekali ialah bacaan bibir. Pertama sekali, mari kita lihat definisinya.
Walau bagaimanapun, pendekatan ini mempunyai kelemahan. Apakah kelemahannya?
TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN
124
Bacaan bibir amat bergantung kepada deria penglihatan di mana pencahayaan yang terang adalah amat diperlukan bagi memudahkan penumpuan ke arah wajah penutur. Antara organ pertuturan yang terlibat dalam bacaan bibir ialah paru-paru, tenggorok, larinks, pita suara, tekak, hidung, rahang dan mulut.
AKTIVITI 7.2
1. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam
pendidikan kanak-kanak pekak. Bincangkan kebaikan pendekatan-pendekatan tersebut.
2. Jelaskan perkembangan bahasa kanak-kanak pekak daripada peringkat bayi sehingga berumur tiga tahun melalui bacaan rujukan tambahan. Bincangkan bersama rakan dalam kuliah berikutnya.
• Bermasalah pendengaran merujuk kepada kehilangan seluruh atau sebahagian kemampuan mendengar daripada satu atau kedua-dua belah telinga.
• Tiga jenis masalah pendengaran adalah: (i) konduktif (ii) sensori neural (iii) campuran kehilangan pendengaran (konduktif dan sensori neural)
• Telinga manusia terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.
• Dua kaedah yang lazim digunakan dalam mengukur kemampuan pendengaran ialah audiometri nada tulin (pure tone audiometry) dan audiometri pertuturan (speech audiometry).
• Lima punca masalah pendengaran adalah: (i) kerosakan pada bahagian telinga luar (ii) kerosakan pada bahagian telinga tengah
TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN
125
(iii) kerosakan pada bahagian telinga dalam (iv) jangkitan (v) faktor-faktor lain
• Empat kriteria psikologi dan tingkah laku dalam masalah pendengaran adalah: (i) perkembangan bahasa dan pertuturan (ii) kemampuan intelek (iii) pencapaian akademik (iv) penyesuaian sosial
• Tiga pendekatan pendidikan kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah: (i) pendekatan lisan auditori verbal (ii) komunikasi seluruh (iii) bacaan bibir
Bacaan bibir Bermasalah pendengaran Incus Komunikasi seluruh Konduktif Malleus Pekak
Pendekatan lisan-auditori verbal Pure Tone Audiometry Sensorineural Speech Audiometry Stapes Vertigo
Audiology (t. t.). Dicapai pada 25 Julai 2007 dari http://www.bcm.edu/oto/studs/aud.html
Deafness and hearing impairment (March, 2006). Dicapai pada 29 Mei 2007 dari
http://www.who.int/mediacentre/factsheet/fs300/en/print.html Fry, D. B. (1966). The development of a phonological system in the normal and
the deaf child. In F. Smith & G.A Miller (Eds.), The genesis of language: A sycholinguistic approach. Cambridge. MA:MIT Press.
Giebink, G. S. (1990). Medical issues in hearing impairment: The otitis media
spectrum. In J. Davis (Ed), Our forgotten children: hard of-hearing pupils in schools (pp.49-55) Bethesda.MD: Self Hep for Hard of Hearing People.
TOPIK 7 MASALAH PENDENGARAN
126
Hallahan, D. P., & Kauffman, J. M. (2003). Exceptional children: Introduction to special education. Boston: Allyn and Bacon.
Heward, W. (2003). Exceptional children: An introduction to special education.
Upper Saddle River, NJ: Merrill Prentice Hall. Lane, H. (1992). The mask of benevolence: Disabling the deaf community. New
York: Knopf. Teaching students with hearing impairments (t. t.). Dicapai pada 27 Julai 2007
dari ttp://www.shef.ac.uk/disability/teaching/hearing/3_language.html Warning signs: Language/communication developmental delay (t. t.). Dicapai
pada 28 Mei 2007 dari http://www.disabilitymalaysia.com