08 isi pelajaran topik 2_ukuran.docx
TRANSCRIPT
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
TAJUK 2 UKURAN DAN SUKATAN
SINOPSIS
Modul ini akan memberi pendedahan awal mengenai tajuk ukuran dan
sukatan yang merangkumi sub topik : ukuran panjang, isipadu dan kapasiti ,
timbangan berat dan waktu. Bidang pembelajaran ukuran dan sukatan ini
merangkumi tahap 1 dan 2 secara berperingkat sepertimana dalam Huraian
Sukatan Pelajaran. Pendekatan kontekstual dan konstruktivisme lebih sesuai
digunakan dalam mengaplikasikan strategi yang sesuai semasa
menyampaikan konsep ukuran dan pelajar dikehendaki merealisasikannya
semasa sesi pengajaran makro / mikro mengikut sub topik berkaitan.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran ini, pelajar dapat :
1. Menunjuk cara kefahaman terhadap amalan masakini di sekolah rendah yang
berkaitan dengan topik ukuran dan sukatan merangkumi subtopik : ukuran
panjang, isipadu dan kapasiti ,timbangan berat dan waktu.
2. Menggunakan istilah yang betul berkaitan topik ukuran dan sukatan yang
bukan piawai dan piawai.
3. Merancang secara progresif semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran
subtopik ukuran dan sukatan dengan lebih berkesan serta dapat
merealisasikannya dalam bilik darjah sebenar.
4. Mengaplikasikan pengetahuan yang dikumpul dengan strategi yang berkesan
dalam aktiviti pengoperasian tambah, tolak, darab, bahagi dan penyelesaian
masalah dalam kehidupan sebenar yang bersesuaian.
16
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
KERANGKA TAJUK-TAJUK
RAJAH 1 : PETA KONSEP SUB TOPIK UKURAN
RAJAH 2 : CARTA ALIRAN BIDANG PEMBELAJARAN UKURANPERBINCANGAN
2.1Langkah 1 dan 2 ialah topik pengenalan ukuran awal peringkat pembelajaran
Tahap 1 dengan memberikan tumpuan khas kepada penggunaan istilah,
glosari dan laras bahasa yang sesuai dengan tahap pelajar.
2.2Penumpuan bidang pembelajaran untuk Tahap 2 bermula dalam langkah 3
yang menegaskan penggunaan alatan ukuran piawai.
2.3Penegasan dalam pelaksanaan Langkah 4 berfokus kepada penggunaan
simbol ukuran dan membuat anggaran dalam kehidupan seharian.
2.4Guru memberi tumpuan khas kepada kemahiran menukarkan unit ukuran
piawaian dengan lebih tepat dan sistematik.
KANDUNGAN ISI
17
UKURANDAN
SUKATAN
UKURAN PANJANG ISIPADU DAN KAPASITI TIMBANGAN BERAT WAKTU
Langkah 1 Penggunaanlaras bahasa murid-murid
Langkah 2Penggunaan bahan
ukuran bukan piawai
Langkah 3Penggunaan
bahasa Matematik menggunakan alat
ukuran piawai.
Langkah 4Penggunaan
simbol setiap ukuran dan
membuat anggaran.
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
Antara beberapa kemahiran dalam tajuk ukuran ini ialah :
Pengenalan kepada ciri-ciri ukuran secara kaedah perbandingan secara
persepsi ,perbandingan secara langsung dan perbandingan secara tidak
langsung.
Penguasaan kemahiran menukarkan unit ukuran piawaian dengan tepat
dan sistematik.
Penguasaan kemahiran operasi asas seperti penambahan, penolakan ,
pendaraban dan pembahagian.
Penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan
seharian seperti :
1.3.1 Membentuk dan mengenal pasti pola atau corak masalah ukuran.
1.3.2 Mencari kaedah alternatif dalam menyelesaikan masalah.
1.3.3 Menguji pelbagai cara berkomunikasi idea-idea matematik.
1.3.4 Membentuk hipotesis dengan sendiri.
BAHAN BACAAN
1.0 UKURAN PANJANG
1.1 Sejarah Awal Ukuran
Sejarah awal ukuran bermula pada zaman Mesir kuno 4000 tahun
sebelum masihi di mana anggota badan Raja Firaun digunakan sebagai dasar
ukuran asal yang digunakan waktu itu seperti ukuran lengan, kaki, jengkal,
tangan dan jari. Pada abad ke XII, Raja Henry I telah menggunakan ukuran
panjang yang pertama iaitu penggunaan ela (yard) dengan jarak diukur dari
hidung ke ibu jari tangan yang didepakan. Ukuran ini melibatkan pengenalan
kepada unit ukuran Imperial seperti ela, kaki dan inchi yang digunakan di
kebanyakan tanah jajahan British. Mulai tahun 1789 beberapa Negara telah
sepakat menyeragamkan ukuran ke Sistem Metrik dimana ukuran didasarkan
kepada meter yang merupakan ukuran berikut :
18
Eng
lan
d
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
“1 meter = 1/10 000 000 dari ¼ ukuran Meridian bumi yang melalui observatorium Paris yang diukur dari Dunkirk (pantai utara Perancis) hingga ke Barcelona di Sepanyol.”
Rajah 3 : Rod Platinum Iridium
Sekumpulan ahli akademik dari Akademi Ilmu Pengetahuan Perancis
telah melakukan pengukuran yang sebenarnya yang dilakukan dari tahun 1792
hingga 1798 dan hasilnya adalah diwujudkan satu batang Platinum sebagai
ukuran piawai yang merupakan sebuah rod berbentuk segiempat yang panjang
dengan ukuran 25 x 4,05 mm yang berbentuk ukuran ujung, yang kemudian
dikenal sebagai Metre des Archieves. Pada 20 Mei 1875 beberapa negara
telah menandatangani persetujuan mengenai meter ini yang dikenal dengan
Konvension Meter (Convention du Metre) di mana bahan Platina-Iridium
dengan bentuk X dari , maka definisi 1 meter menjadi :
“Jarak antara 2 (dua) garis sumbu Platina-Iridium pada suhu 0 0C dan tekanan atmosfera yang disimpan di gedung BIPM di Sevres dekat Paris”
Rajah 4 : Garisan waktu perkembangan ukuran
19
Mesir Purba
3000 S.Mcubit (hasta)
Zaman Rom
200 S.Muncia(lebar kuku ibu jari)1 langkah = 5 kaki
China
200 S.Mci (1 ci = 10 cun = 36 cm)Raja Henry I (1086-1135 T.M)1 ela = 3 kaki
Kaki Raja Charlemange(742-814 T.M)1 kaki = 12 inciP
Ukuran awal yang direkodkan adalah penggunaan hasta (cubit) , Royal
cubit (merujuk kepada ukuran anggota Raja Henry I), tapak tangan
(palm) , jengkal (span), uncia(lebar kuku ibu jari), digit (kuku jari hantu)
dan rod (ukuran 16 orang yang beratur rapat bersamaan 5 kaki)
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
Rajah 4 : Ukuran Badan
Penggunaan sistem ukuran Imperial yang awal digunakan di kebanyakan
tanah jajahan British sehinggalah sistem Metrik mula diperkenalkan pada
tahun 1975 dan menjadi peneraju perkembangan ukuran dan sukatan.
Jadual 1 : Perbandingan Sistem Imperial dan Sistem Metrik
Sistem Imperial Sistem Metrik1 kaki = 12 inci 1 cm = 10 mm1 ela = 3 kaki 1 dm = 10 cm
1 rantai = 22 ela 1 m = 10 dm1 furlong = 10 rantai 1 Dm = 10 m1 batu = 8 furlong 1 Hm = 10 Dm1 league = 3 batu 1 Km = 10 Hm
1.2 Definisi ukuran
Ukuran membawa maksud jarak antara dua titik yang mengambilkira
ukuran sesuatu objek bagi menentukan panjang, ketebalan dan
kedalaman yang tidak hanya melibatkan garisan lurus tetapi juga ukuran
yang tidak tetap seperti ukuran lilitan pinggang.
1.3 Perbandingan istilah
Penggunaan laras bahasa yang sesuai seperti membuat perbandingan
secara relatif (panjang-pendek, tinggi-rendah, luas-sempit, jauh-dekat)
perlu diperkenalkan di tahap satu bagi memantapkan kemahiran
penggunaan bahasa yang betul.
1.4 Penggunaan ukuran unit tidak piawai
Terdapat beberapa kaedah dalam pengajaran ukuran seperti penggunaan
dalam aplikasi harian, penganggaran, hubungkait dan penghargaan .
Penggunaan bahan atau alat yang mempunyai ukuran piawai seperti
kepingan kad, dadu, klip kertas, manik dan sebagainya digunakan
20
jengkal
lengan
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
sebagai asas ukuran yang disusun dari hujung ke hujung objek yang
diukur. Setiap unit ukuran adalah unik mengikut objek yang digunakan
sebagai asas ukuran seperti penggunaan anggota badan sebagai
penanda aras ukuran yang akan digunakan.
Jadual 2 : Aktiviti ukuranObjek yang diukur Alat ukur Ukuran yang diambilBuku tulis - panjang Klip kertas 12 unitBuku teks - lebar Pemadam 10 unitPanjang meja Tapak tangan 15 unit
Rajah 1.3 : Objek sebagai alat ukur bukan piawai
1.4Penggunaan alat pengukuran piawai
Alat pengukuran piawai contohnya pembaris, benang , pita pengukur
Contoh : sila rujuk alat pengukur yang biasa digunakan mengikut kesesuaian.
RAJAH 1.4 : PEMBARIS DAN PITA PENGUKUR
1.5 Penggunaan Unit UkuranJadual 1 .5 : Kuantiti dan unit
21
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
Ukuran Sistem metrik Sistem imperial Penghampiran
Panjang mm
cm
m
km
inchi
kaki
ela
batu
2 ½ cm = 1 inchi
30 cm = 1 foot
1 m = 1 yard
1 km = 5/8 batu
1609 m = 1 batu
2.0 SUKATAN ISIPADU CECAIR DAN KAPASITI
2.1 Sejarah Awal Sukatan
Penegasan mengenai penggunaan istilah “ berapa banyak sesuatu
bekas dapat menampung sesuatu objek” boleh dibuat berdasarkan
perbandingan persepsual ke atas ketinggian (panjang) sesuatu bekas
seperti perbandingan isipadu sebuah jag air bersamaan dengan 12 gelas
air atau 16 cawan air . Bekas yang lebih tinggi dapat menampung isipadu
yang lebih banyak.
Rajah 2.1 : Perbandingan persepsual
2.2 Definisi
Isipadu cecair merujuk kepada jumlah ruang yang dipenuhi oleh cecair
dalam satu bekas yang tertentu. Kapasiti pula merujuk kepada ciri objek
3-dimensi yang dipenuhi oleh bahan yang memenuhi ruang dalam
bentuk cecair seperti air, susu, dan pepejal seperti pasir, gula, tepung
dan sebagainya.
Rajah 2.2 : Kapasiti objek
22
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
Isipadu cecair
Isipadu pepejal
Isipadu cecair menggunakan alat penyukat piawai untuk pelbagai kegunaan
seperti silinder bersenggat, bikar bersenggat, jag pengukur bersenggat.
Rajah 2.3 : Alat penyukat
2.3 Penggunaan unit ukuran
Bahan Sistem Metrik Sistem imperial Penghampiran
cecair Milliliter (ml)
Liter (l)
pint (pt)
quart (qt)
gelen (g)
4 gills = 1 pint
2 pints = 1 quart
8 pints = 1 gelen
1 gelen = 4.55 liter
cm3 1 cm3 = 1 ml
1000 cm3 = 1 liter
3.0 TIMBANGAN
3.1 Sejarah Awal Timbangan
Sir Isaac Newton (1642-1727) telah membuktikan kewujudan daya
tarikan ke bumi dalam peristiwa sebiji epal yang jatuh ke bumi akibat dari
23
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
daya tarikan disebabkan bumi sama seperti daya yang wujud di bulan
dalam orbit dan dikenal sebagai daya tarikan graviti yang dinamakan
sebagai unit Newton.
3.2 Definisi
Jisim bermaksud jumlah bahan dalam sesuatu objek dan berat adalah
disebabkan daya tarikan graviti ke atas objek. Unit ukuran berat adalah
gram dan kilogram.
Rajah 3.1 : Pelbagai Objek
Timbangan berat menggunakan alat penimbang yang berlainan skala dan
digunakan untuk pelbagai aplikasi yang berbeza mengikut kesesuaian.
Rajah 3.2 : Alat penimbang
3.3 Penggunaan unit ukuran
Bahan Sistem Metrik Sistem imperial Penghampiran
Objek kecil cm3
gram (g)
aun (oz) 1 paun = 12 oz
24
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
tahil 1 kati = 12 tahil
1 kati = 4/3 lb
Objek besar kilogram (kg)
tan
paun (lb)
kati
1 tan = 100 kati
1 kg = 1000 g
1 tan = 1000 kg
1 lb = 454 g = 0.454 kg
4.0 WAKTU
4.1 Sejarah Awal Ukuran Masa
Jam yang pertama dibina adalah jam matahari (sundial clock) untuk
mengukur masa yang berasaskan bulan dan matahari. Selepas itu
barulah penggunaan air, pasir dan lilin sebagai alat ukur masa yang
dikenal sebagai jam air, jam pasir dan jam lilin.
Rajah 4.1 : Jam Awal
Jam matahari Konsep ukuran
Jam lilin Konsep Ukuran Jam Pasir
4.2 Sejarah kalendar
25
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
Perkembangan pembinaan calendar juga berhubung rapat dengan
ukuran masa . Sejarah perkembangan calendar adalah seperti urutan
rajah di bawah.
Rajah 4.2 : Perkembangan kalendar
4.3 Definisi
Menamakan masa mengikut tempoh tertentu seperti pagi,petang, siang,
malam , tengah malam. Masa juga boleh diukur dalam kiraan jam, minit ,
pecahan minit . Kalendar wujud dalam unit hari, minggu, bulan dan
tahun. Penggunaan jadual masa penting dalam kehidupan seharian bagi
memastikan aktiviti dan peristiwa dapat direkodkan dengan tepat.
Masa dan waktu diukur dengan penggunaan alat sebenar seperti muka
jam yang besar, jadual waktu, kalendar dan garisan masa
Rajah 4.3 : Alat Ukur Muka Jam
Rajah 4.4 : Alat ukur Garisan Masa dan Kalendar
26
3100 Sebelum Masihi (Mesir kuno)
Kalendar kuno Mesir365 hari = 12 bulan = 1 tahun
1 bulan (35 hari) + 11 bulan (30 hari)
3000 - 2000 Sebelum Masihi (Zaman Mayan)Kalendar Mayan
18 bulan = 1 tahun1 bulan (20 hari)
2397 Sebelum Masihi (China Kuno) Kalendar China
12 bulan = 1 tahun1 bulan (29 @ 30 hari)
Sebulan ditambah setiap 3 tahun dan purata 1 tahun 365 hari
46 Sebelum Masihi (Zaman Roman) Kalendar Roman
365 hari = 1 tahunFebruari ditambah setahun setiap
4 tahun
622 Selepas Masihi(Arab) Kalendar Hijrah
Mengikut kitaran bulan bermula bulanMuharam dan terakhir bulan Zulhijjah
12 bulan = 1 tahun setiap bulan ( 29 @ 30 hari)
1582 Selepas Masihi(Eropah) Kalendar Gregorian
52 minggu = 12 bulan = 1 tahun Tiada tahun lompat pada tahun
yang boleh dibahagi dengan 400, seperti 1700, 1800 dan 1900
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
4.4 Penggunaan unit ukuran
60 saat 1 minit 365 hari 1 tahun
60 minit 1 jam 366 hari Tahun lompat
24 jam 1 hari 12 bulan 1 tahun
7 hari 1 minggu 10 tahun 1 dekad
100 tahun 1 abad 1000 tahun 1 milineum
5.0 Kesimpulan
5.1 Prinsip asas ukuran dalam membangunkan kefahaman pelajar adalah
mengambilkira hirarki berikut :
a) Perbandingan (comparing) magnitud seperti istilah kecil, besar,
ringan, berat, panjang , pendek dan sebagainya.
b) Transitiviti di mana konsep sesuatu objek A lebih besar daripada
objek B dan B lebih besar daripada objek C , maka C lebih besar
daripada A.
c) Keabadian(conservation) sifat sesuatu objek di mana ketekalan
(retention) atau perubahan ciri itu disebabkan oleh kedudukan rupa
bentuk.
d) Jumlah perimeter sesuatu objek merupakan berapa jarak dari satu
titik ke satu titik yang dijumlahkan dari hujung ke hujung atau berapa
jumlah langkah yang diambil apabila seseorang berjalan mengelilingi
taman permainan.
27
TIMELINE
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
PERBINCANGAN
1. Anda dikehendaki memberikan satu contoh aktiviti luar bilik darjah yang
melibatkan topik ukuran dan sukatan.
2. Huraikan satu aktiviti kokurikulum yang boleh dilaksanakan oleh Kelab
Matematik di luar waktu pembelajaran.
SUB TOPIK : Penggunaan Program Pengajaran Interaktif (Interactive
Teaching Program-ITP)
Contoh yang dibincangkan di sini ialah topik isipadu cecair dan timbangan berat
Penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam
pembelajaran dapat :
1.1 Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
1.2 Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang
pelbagai keupayaan
1.3 Meningkatkan motivasi murid
1.4 Membolehkan pembelajaran kendiri
1.5 Meningkatkan kemahiran mengakses maklumat yang sukar diperolehi
1.6 Meningkatkan kemahiran ICT murid.
TAJUK : UKURAN DAN SUKATAN
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : PENGGUNAAN ICT –
PERISIAN ITP DAN POWER POINT
PENDEKATAN : KOMUNIKASI DUA HALA ANTARA KUMPULAN PELAJAR
DAN GURU
SUB TOPIK : ISIPADU CECAIR
KEMAHIRAN :
1. Mengukur dan membanding beza isipadu menggunakan silinder penyukat2. Menambah dan menolak dalam unit isipadu cecair.
LANGKAH 1 :
28
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
1. Guru menggunakan perisian ITP untuk mengajar konsep membaca
ukuran isipadu cecair menggunakan silinder penyukat bersenggat 200 ml.
2. Guru perlu menetapkan satu bacaan ukuran awal.
3. Contoh : 130 ml
RAJAH 1 : BACAAN AWAL
LANGKAH 2: 4. Dengan menggunakan kaedah penyoalan mencapah atau menumpu,
guru dapat mencungkil kemahiran pelajar membaca dan menunjukkan
bacaan pada silinder.
5. Contoh : “ Sila tunjukkan di mana bacaan 130 ml pada silinder “
6. Komunikasi dua hala berlaku semasa proses penyoalan.
7. Sebagai pengukuhan konsep membaca ukuran dengan tepat guru boleh
menunjukkan hasil akhir.
29
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
RAJAH 2 : BACAAN AKHIR
LANGKAH 3 : Kemahiran penolakan isipadu cecair
1. Guru menggunakan perisian ITP untuk mengajar konsep kemahiran asas
penolakan isipadu cecair dengan menetapkan bacaan pada silinder
penyukat .
RAJAH 3 : Bacaan awal = 500 ml
2. Proses penolakan secara interaktif.
30
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
RAJAH 4 : Bacaan yang perlu ditolak = 250 ml
3. Hasil akhir selepas penolakan berlaku
RAJAH 5 : Bacaan akhir = 500 ml – 250 ml
= 250 ml
31
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
SUB TOPIK : TIMBANGAN BERAT
KEMAHIRAN :1. Menimbang dalam unit gram dan kilogram.2. Membaca nilai ukuran berat dalam gandaan 1g, 2g, 5g, 10g, 50g dan
100g
LANGKAH 1 :1. Guru menunjukkan satu alat penimbang daripada perisian ITP yang telah
ditetapkan pada nilai maksimum 100 g .2. Pelajar diminta membaca ukuran pada alat penimbang di atas
LANGKAH 2 :3. Guru boleh meminta pelajar untuk memilih dan menimbang sendiri
bongkah yang ingin ditimbang.
LANGKAH 3 : 4. Lembaran kerja boleh disediakan oleh guru untuk meningkatkan
kefahaman pelajar dalam kemahiran membaca ukuran .
32
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
PERBINCANGAN :
UKURAN DAN SUKATAN
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASTERI
SUB TOPIK : UKURAN PANJANG DAN WANG
PENDEKATAN PENYELESAIAN : MENGGUNAKAN KAEDAH POLYA
Guru perlu menggunakan pendekatan berhirarki semasa menghuraikan
masalah yang diberi.
1. Membaca masalah yang diberi .
2. Memahami masalah yang diberi dengan mencari kata kunci seperti :
- Apa yang diberi ?
- Apa yang ditanya ?
- Apa yang dikehendaki ?
- Apa operasi yang terlibat ?
3. Guru membimbing murid menyelesaikan masalah berdasarkan jawapan
kepada masalah .
4. Jika murid menghadapi masalah dalam memahami soalan, guru boleh
menggunakan pendekatan strategi main peranan (role play) atau
menggunakan model dengan penglibatan terus murid.
5. Guru boleh membincangkan cara-cara menyemak semula jawapan
menggunakan kaedah operasi timbal balik .
33
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
LATIHAN PENYELESAIAN MASALAH :
Gina menghias 3 biji kek yang berbentuk segi empat tepat dengan menggunakan
reben untuk diletakkan di sekeliling kek tersebut. Setiap kek itu berukuran 48 cm
panjang dan lebarnya 32 cm .
i) Berapa banyakkah reben yang diperlukan ?
ii) Berapakah kos yang diperlukan jika reben itu berharga RM 0.75
semeter ?
PERBINCANGAN
JAWAPAN :
1. Murid mengira jumlah ukuran kesemua kek yang terlibat
2. Guru mengaitkan dengan konsep perimeter
Perimeter = 2 (panjang + lebar) 3. Murid mengira jumlah perimeter bagi 3 biji kek .
3 x Perimeter (operasi asas yang terlibat : + , x) 3 P = jumlah panjang reben yang diperlukan
4. Menukar jumlah panjang daripada sentimeter (cm) kepada meter (m)
3P = 3 x [ 2 (48 cm + 32 cm)] = 3 x 160 cm = 480 cm = 4.8 m
5. Mengira jumlah kos belian reben
Jumlah kos reben = 4.8 m x RM 0.75 = RM 3.65
Kesimpulan :Gina memerlukan RM 3.65 untuk membayarKos 4.8 m reben yang digunakan
34
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
LATIHAN
1. Cikgu Ramlah menggunakan masalah di bawah untuk mengajar
muridnya tentang tempoh masa yang diambil untuk sesuatu peristiwa.
I. Berikan satu cadangan alat bantu mengajar yang sesuai digunakan .
II. Huraikan bagaimana Cikgu Ramlah dapat menggunakan bahan bantu
mengajar di atas untuk membimbing muridnya menyelesaikan masalah
ini.
2. Penukaran unit antara kilogram dan gram boleh dilaksanakan dengan
menggunakan empat operasi asas nombor .
Cikgu Karim memberikan satu contoh soalan berikut :
Jelaskan secara berperingkat algoritma penukaran unit di atas dengan
menggunakan :
i. Kaedah penambahan
ii. Kaedah penolakan
3. Dalam pengiraan di bawah , kaedah yang dibuat oleh Lisa semasa
menyelesaikan masalah operasi penambahan dalam topik sukatan
isipadu cecair telah silap.
i. Nyatakan DUA kesilapan yang telah dilakukan oleh Lisa .
ii. Berikan sebab mengapa ini berlaku.
35
Encik Lowre telah datang melawat Malaysia pada 27 Jun 2011 bersama keluarganya. Beliau telah berada di sini sehingga 16 Julai 2011. Berapa lamakah tempoh masa beliau berada di Negara ini ?
3475 gram = ? kilogram ? gram
6 liter 350 mililiter + 2 liter 960 mililiter 8 liter 1310 mililiter
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
iii. Berdasarkan kepada jawapan (i) tunjukkan dengan jelas algoritma
pengiraan yang boleh digunakan untuk membantu Lisa memahami dan
mengatasi kesilapan yang telah dilakukan.
BUAT NOTA
1. Strategi pengajaran di bawah dapat membantu pelajar meningkatkan
kemahiran berfikir seperti berikut :
Kemahiran memfokus
Kemahiran mengumpul maklumat
Kemahiran menyusun
Kemahiran menganalisa dan menyepadu
Kemahiran menilai
Huraikan kaedah dan pendekatan yang sesuai digunakan bagi tajuk
ukuran dan sukatan.
2. Proses kolaborasi dalam pembelajaran ini memerlukan interaksi sosial
dan menilai kefahaman seseorang dalam pembinaan pengetahuan.
Sebagai seorang guru fikirkan satu cara pendekatan koperatif dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik di dalam
kelas anda.
PERALATAN
1. Jadual masa , jadual waktu,kalendar dan garisan masa.
2. Alat pengukur contohnya pembaris, benang ,pita pengukur.
3. Alat penimbang berat yang berlainan skala.
4. Alat penyukat contohnya silinder bersenggat, bikar, jag pengukur
bersenggat.
36
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
BAHAN INTERNET
1. Sebagai rujukan anda boleh gunakan laman web ini untuk penukaran unit
http://www.unitconversion.org/unit_converter/length.html
http://www.onlineconversion.com/volume.htm
2. Software Interactive Teaching Program (ITP) boleh terus dimuat turun dari
http://www.taw.org.uk/lic/itp/index.html
BUKU RUJUKAN
3. Mike Askew.(1998) , Teaching Primary Mathematics ( a guide for newly
qualified & student teachers) ,London : Hodder Arnold.
4. Cathcart, W.G., Pothier,Y.M., Vance, J.H. & Bezuk, N.S. (2006). Learning
mathematics in elementary and middle school: A learner centered approach. 4th
ed. New Jersey: Pearson Education.
5. Haylock, D. (2006). Mathematics explained for primary teachers. London: Sage
Inc.
6. Bennett, D. (1999). Exploring geometry with The Geometer’s Sketchpad.
Emeryville,CA: Key Curriculum Press.
7. Killen, R. (2005). Effective teaching strategies: Lessons from research and
practice. 5th ed. Wentworth Falls: Social Science Press.
8. Rowntree, D. (2004). Statistics without tears: A primer for non mathematicians.
Boston, MA: Pearson Education.
37
(MTE 3111- MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA)
TAMAT
38