09 kertas penerangan pendawaian sesalur ms 22-25

4
KERTAS PENERANGAN TAJUK : SISTEM PENDAWAIAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI) Sistem pendawaian sesalur Sistem pendawaian sesalur merupakan suatu sistem yang menggunakan sesalur logam atau bahan penebat pada kebiasaannya bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding atau besi rangka bangunan. Ciri-ciri pemilihan i. Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa. ii. Bangunan besar dan bertingkat. iii. Memerlukan pemasangan kabel yang banyak. iv. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang. v. Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih. vi. Memerlukan keselamatan ke atas kabel atau pengguna yang lebih. Jenis-jenis kabel Semua jenis kabel boleh dipasang di dalam sistem ini. Kaedah pemasangan Kotak-kotak logam akan dipasang ke permukaan dinding atau siling sehingga siap keseluruhan bangunan. Selepas siap kerja pemasangan kotak-kotak itu barulah disalurkan kabel ke dalamnya. Terdapat berbagai-bagai saiz nominal sesalur yang boleh didapati. Faktor kabel bagi sesalur Jenis pengalir Luas muka keratan rentas pengalir mm² Faktor Pejal 1.5 7.4 2.5 10.2 Lembar 1.5 8.1 2.5 11.4 4 15.2 6 22.9 10 36.3 KERTAS PENERANGAN 22 Faktor bagi sesalur Dimensi sesalur mm x mm Faktor 50 x 37.5 767 50 x 50 1037 75 x 25 738 75 x 37.5 1146 75 x 50 1555 75 x 75 2371 100 x 25 993 100 x 37.5 1542 100 x 50 2091 100 x 75 3189 100 x 100 4252

Upload: saharizan-bin-che-mat

Post on 09-Aug-2015

632 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: 09 kertas penerangan pendawaian sesalur ms 22-25

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : SISTEM PENDAWAIAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Sistem pendawaian sesalur

Sistem pendawaian sesalur merupakan suatu sistem yang menggunakan sesalur logam atau bahan penebat pada kebiasaannya bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding atau besi rangka bangunan.

Ciri-ciri pemilihan

i. Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa.ii. Bangunan besar dan bertingkat.iii. Memerlukan pemasangan kabel yang banyak.iv. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.v. Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih.vi. Memerlukan keselamatan ke atas kabel atau pengguna yang lebih.

Jenis-jenis kabel

Semua jenis kabel boleh dipasang di dalam sistem ini.

Kaedah pemasangan

Kotak-kotak logam akan dipasang ke permukaan dinding atau siling sehingga siap keseluruhan bangunan. Selepas siap kerja pemasangan kotak-kotak itu barulah disalurkan kabel ke dalamnya. Terdapat berbagai-bagai saiz nominal sesalur yang boleh didapati.

Faktor kabel bagi sesalur

Jenis pengalirLuas muka

keratan rentas

pengalir mm²

Faktor

Pejal1.5 7.4

2.5 10.2

Lembar

1.5 8.1

2.5 11.4

4 15.2

6 22.9

10 36.3

22

Faktor bagi sesalurDimensi sesalur

mm x mmFaktor

50 x 37.5 767

50 x 50 1037

75 x 25 738

75 x 37.5 1146

75 x 50 1555

75 x 75 2371

100 x 25 993

100 x 37.5 1542

100 x 50 2091

100 x 75 3189

100 x 100 4252

Page 2: 09 kertas penerangan pendawaian sesalur ms 22-25

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : SISTEM PENDAWAIAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Cara pemilihan saiz nominal sesalur

i. Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual faktor kabel.ii. Jumlahkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan faktor sesalur daripada

jadual faktor sesalur.iii. Saiz nominal sesalur yang sesuai sekiranya faktor sesalur sama atau lebih daripada jumlah

faktor kabel.Bagi saiz kabel dan jenis kabel atau saiz sesalur selain daripada yang diberi, jumlah kabel yang perlu dipasang faktor ruangnya haruslah tidak melebihi 45%.

Contoh soalan

Suatu sesalur diperlukan membawa 50 x 25mm², 10 x 4mm² dan 10 x 6mm² kabel teras tunggal berlembar.

Faktor kabel dari jadual : 2.5mm² ialah 11.44mm² ialah 15.26mm² ialah 22.9

Dengan ini jumlah faktor kabel : 50 x 11.4 = 570

10 x 15.2 = 15210 x 22.9 = 229 Jumlah = 981

Bandingkan faktor sesalur dengan jumlah faktor kabel, faktor sesalur yang sesuai ialah 993. Dengan ini saiz nominal sesalur yang sesuai ialah 100mm x 25mm.

Sistem pendawaian salur

Sistem pendawaian salur merupakan suatu sistem yang menggunakan salur logam atau bahan penebat dan dipasang di bawah lantai ketika peringkat pembinaan bangunan.

Ciri-ciri pemilihani. Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa.ii. Kabel yang perlu dipasang terlalu banyak.iii. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.iv. Kemungkinan membuat perubahan kedudukan beban pada masa akan datang.v. Memerlukan susunan alat-alat tetap atau meja berbaris.vi. Memerlukan kekemasan dan kecantikan.vii. Memerlukan perlindungan yang lebih.

Jenis-jenis kabel yang digunakan

Semua jenis kabel boleh digunakan dalam sistem pendawaian salur.

Kaedah pemasangan kabel

Kerja pemasangan biasanya dijalankan ketika peringkat pembinaan bangunan sebelum bahan pelapik lantai dipasang. Kerja-kerja memasang kotan salur didahului kemudian diikuti oleh penyaluran kabel di dalamnya. Pelapik lantai biasanya boleh dibuka bagi tujuan pemasangan semula atau penambahan kabel atau sebagainya.

23

Page 3: 09 kertas penerangan pendawaian sesalur ms 22-25

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : SISTEM PENDAWAIAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Peraturan IEE bagi sistem pendawaian sesalur dan salur

i. Sesalur atau salur mesti dipasang dengan teguh dan dilindungi daripada sebarang kerosakan mekanikal.

ii. Sesalur atau salur mesti diperbuat daripada bahan yang tidak mudah terbakar.iii. Semua kabel hidup dan neutral untuk bekalan a.u bagi setiap litar mestilah dipasang dalam sesalur

atau salur yang sama.iv. Semua sesalur atau salur mestilah dilindungi daripada kemasukan air dan kerosakan kabel.v. Faktor ruang bagi sesalur tidak melebihi 45%.

Faktor ruang = Jumlah luas keratan rentas keseluruhan kabel x 100 Jumlah luas keratan rentas dalam salur / sesalur

Sistem pendawaian kabel penebatan mineral pelapik kuprum

Sistem ini dinamakan seperti itu kerana keseluruhan sistem pendawaian dibuat dengan menggunakan kabel jenis tersebut.

Ciri-ciri pemilihan

Sistem ini biasanya digunakan pada tempat yang terlalu banyak kerosakan mekanikal seperti berikut :

i. Suhu sekeliling terlalu panas.ii. Kawasan berminyak.iii. Tindakan kesan kimia.iv. Kawasan yang mudah terbakar.

Kaedah pemasangan kabel

Kaedah pemasangan kabel bagi sistem pendawaian penebatan mineral pelapik kuprum boleh dilakukan dengan pelbagai cara, di antaranya ialah :

i. Secara diklip ke permukaan dinding atau silingii. Secara sistem konduit.iii. Secara sistem sesalur.iv. Secara sistem salur.

Sistem pendawaian kabel penebatan kertas pelapik plumbum

Pemberian nama sistem ini adalah sama dengan sistem penebatan mineral iaitu disebabkan keseluruhan sistem pendawaian dibuat dengan menggunakan kabel penebatan kertas pelapik plumbum.

Ciri-ciri pemilihan

i. Untuk pemasangan di dalam tanah.ii. Untuk beban yang mengalir arus tinggi.iii. Memerlukan perlindungan mekanikal yang tinggi.

24

Page 4: 09 kertas penerangan pendawaian sesalur ms 22-25

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : SISTEM PENDAWAIAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Kaedah pemasangan

i. Dengan menggunakan sistem salur atau konduit atau saluran.ii. Dengan ditanam terus kabel di dalam tanah.

Sistem pendawaian sementara

Sistem pendawaian sementara biasanya pada pemasangan yang digunakan dalam jangka masa yang pendek seperti pesta keramaian, tapak pembinaan bangunan dan sebagainya.

Kaedah pemasangan dan jenis-jenis kabel yang digunakan adalah sama dengan sistem pendawaian tetap.

Peraturan IEE khas sistem pendawaian sementara

i. Pemasangan mesti diperiksa semula jika tempohnya lebih daripada 3 bulan.ii. Mesti mengadakan perlindungan lebihan arus dan suis utama yang boleh memutuskan semua kutub

hidup dan neutral.iii. Jumlah beban untuk pemegang lampu jenis bayonet mestilah tidak melebihi 1000 wattiv. Mesti ada pengawasan yang rapi serta orang yang bertanggungjawab sepenuh masa ke atas

keselamatan pemasangan.v. Semua kabel yang digunakan dalam pemasangan ini mestilah berlapik dan tahan daripada

kerosakan mekanikal.vi. Kabel berlapikkan logam tidak dibenarkan dalam pemasangan ini kecuali berperisai.vii. Jika pemasangannya menggunakan konduit logam ia mestilah mematuhi peraturan IEE bagi sistem

konduitviii. Ujian pemasangan hendaklah dijalankan seperti ujian pemasangan tetap.

Sistem pendawaian tidak bertebat

Pemasangan kabel tidak bertebat adalah tidak dibenarkan untuk dijadikan sistem pendawaian di rumah kediaman. Ini adalah kerana keselamatan pengguna tidak terjamin. Sistem pendawaian tidak bertebat hanya dibenarkan untuk pemasangan yang berikut sahaja dan dilindungi sepenuhnya daripada kerosakan mekanikal.

i. Sebagai pengalir perlindungan litar, pengalir bumi dan dawai pengikat.ii. Sebagai dawai luar bagi pengalir sepusatiii. Sebagai pengalir untuk litar voltan lampu rendah.iv. Sebagai pengalir dalam sistem sesalurv. Sebagai dawai pemungut untuk kren bergerak atau troli.

25