09 kertas penerangan pendawaian tersembunyi ms 19-21

3
KERTAS PENERANGAN TAJUK : SISTEM PENDAWAIAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI) Sistem pendawaian tersembunyi Bagi sistem pendawaian tersembunyi, kabel-kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori- aksesori (alatambah). Ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian tersembunyi i. Bekalan voltan satu fasa (fasa tunggal). ii. Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu atau simen. iii. Memerlukan suasana bangunan kemas dan cantik. iv. Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan. v. Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak vi. Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama. vii. Kadar kuasa yang dipasang adalah kecil. Jenis-jenis kabel yang digunakan Jenis-jenis kabel yang sesuai digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem permukaan iaitu kabel bersalut pvk. Kaedah pemasangan kabel Kaedah pemasangan kabel yang dijalankan dalam sistem tersembunyi ialah dengan membenamkan kabel-kabel ke lurah dinding atau siling yang telah disediakan. Pada kebiasaannya pendawaian dibuat ketika peringkat pembinaan bangunan iaitu sebelum kerja-kerja menurap simen dijalankan. Oleh itu, kabel-kebel yang dipasang mestilah disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke atas kabel. 19

Upload: saharizan-bin-che-mat

Post on 18-Jul-2015

614 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 09 kertas penerangan pendawaian tersembunyi ms 19-21

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : SISTEM PENDAWAIANKURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Sistem pendawaian tersembunyi

Bagi sistem pendawaian tersembunyi, kabel-kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori (alatambah).

Ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian tersembunyi

i. Bekalan voltan satu fasa (fasa tunggal).ii. Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu atau simen.iii. Memerlukan suasana bangunan kemas dan cantik.iv. Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan.v. Bilangan kabel yang perlu dipasang banyakvi. Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama.vii. Kadar kuasa yang dipasang adalah kecil.

Jenis-jenis kabel yang digunakan

Jenis-jenis kabel yang sesuai digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem permukaan iaitu kabel bersalut pvk.

Kaedah pemasangan kabel

Kaedah pemasangan kabel yang dijalankan dalam sistem tersembunyi ialah dengan membenamkan kabel-kabel ke lurah dinding atau siling yang telah disediakan. Pada kebiasaannya pendawaian dibuat ketika peringkat pembinaan bangunan iaitu sebelum kerja-kerja menurap simen dijalankan. Oleh itu, kabel-kebel yang dipasang mestilah disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke atas kabel.

19

Page 2: 09 kertas penerangan pendawaian tersembunyi ms 19-21

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : SISTEM PENDAWAIAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Jarak penyokong konduit

Saiz nominal konduit1

Jarak maksimum di antara pelana dan bar

Logam keras Penebatan kertas Lembut

Mendatar2

Memugak3

Mendatar4

Memugak5

Mendatar6

Memugak7

mmTidak melebihi 16Lebih 16 dan tidak lebih 25Lebih 25 dan tidak lebih 40Melebihi 40

mm0.751.752.0

2.25

mm1.02.0

2.252.5

mm0.751.5

1.752.0

mm1.0

1.752.02.0

mm0.

0.40.60.8

mm0.50.60.81.0

Faktor ruang

Faktor ruang ialah satu nisbah daripada jumlah keseluruhan luas keratan rentas kabel (termasuk penebat dan sebarang salutan) dengan luas keratan rentas dalam bagi konduit atau sesalur atau salur.

Peraturan IEE bagi konduit

i. Semua konduit mestilah disiapkan sepenuhnya sebelum dimasukkan kabel.

ii. Semua alat kelengkapan jenis periksa seperti tee, sesiku dan kotan simpang mestilah dipasang supaya mudah dicapai bagi tujuan pemeriksaan atau pendawaian semula.

iii. Faktor ruang dalam konduit boleh ditentukan daripada pemilihan saiz nominal konduit dengan merujuk jadual yang diberi.

iv. Jejari dalam bagi setiap selekoh mestilah tidak kurang daripada 2.5 kali garispusat luar konduit.

v. Hujung konduit yang tajam mestilah dibersihkan dan gunakan bush getah untuk mengelakkan daripada kabel rosak.

vi. Bagi konduit jenis logam, ia mesti dibumikan.

vii. Kabel dalam konduit yang membawa arus ulangalik mestilah dipasang supaya semua fasa bagi satu litar masuk dalam konduit yang sama.

viii. Konduit bukan logam boleh digunakan jika konduit itu boleh tahan suhu ambient.

ix. Apabila lampu dipasang pada konduit bukan logam mestilah ditentukan bahawa suhu ambientnya tidak melebihi 60ºC dan beratnya tidak melebihi 3 kg.

20

Page 3: 09 kertas penerangan pendawaian tersembunyi ms 19-21

KERTAS PENERANGAN

TAJUK : SISTEM PENDAWAIAN KURSUS : PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN (BWI)

Kotak-kotak logam akan dipasang ke permukaan dinding atau siling sehingga siap keseluruhan bangunan. Selepas siap kerja pemasangan kotak-kotak itu barulah disalurkan kabel ke dalamnya. Terdapat berbagai-bagai saiz nominal sesalur yang boleh didapati.

Faktor kabel bagi sesalur

Jenis pengalirLuas muka

keratan rentas

pengalir mm²

Faktor

Pejal1.5 7.4

2.5 10.2

Lembar

1.5 8.1

2.5 11.4

4 15.2

6 22.9

10 36.3

21

Faktor bagi sesalur

Dimensi sesalur

mm x mmFaktor

50 x 37.5 767

50 x 50 1037

75 x 25 738

75 x 37.5 1146

75 x 50 1555

75 x 75 2371

100 x 25 993

100 x 37.5 1542

100 x 50 2091

100 x 75 3189

100 x 100 4252