09b bahan bacaan

17
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Tajuk 2 PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini meliputi aspek pembangunan jurulatih, ken bakat dan pembangunan atlet. Modul ini juga menyediakan latihan terarah memudahkan kefahaman disamping sumber rujukan sebagai bacaan tambahan. Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini 37 HASIL PEMBELAJARAN Setelah mengikuti modul ini, diharap anda dapat: 1. Menghuraikan corak program pembangunan sukan seperti pembangunan jurulatih, program mengenal pasti bakat dan pembangunan atlet 2. Mempamerkan komitmen kepada kepada kecemerlangan, akauntabiliti integriti, bertanggungjawab dan empati untuk melaksanakan tugas Program Pembangunan Sukan Pembangunan Jurulatih Kenal Pasti Bakat Pembangunan Atlet

Upload: james-lee

Post on 21-Jul-2015

558 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Tajuk 2

PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini meliputi aspek pembangunan jurulatih, kenal pasti bakat dan pembangunan atlet. Modul ini juga menyediakan latihan terarah bagi memudahkan kefahaman disamping sumber rujukan sebagai bacaan tambahan.

HASIL PEMBELAJARANSetelah mengikuti modul ini, diharap anda dapat: 1. Menghuraikan corak program pembangunan sukan seperti pembangunan jurulatih, program mengenal pasti bakat dan pembangunan atlet 2. Mempamerkan komitmen kepada kepada kecemerlangan, akauntabiliti integriti, bertanggungjawab dan empati untuk melaksanakan tugas Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Program Pembangunan Sukan

Pembangunan Jurulatih

Kenal Pasti Bakat

Pembangunan Atlet

37

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

KANDUNGAN

2.0

Program Pembangunan Sukan

Program melibatkan kegiatan sukan merupakan sebahagian daripada aktiviti kehidupan masyarakat. Aktiviti itu memberi kesempatan kepada ahli-ahli sukan dan masyarakat untuk mengenal dan mengintegrasikan secara praktik pengetahuan yang dipelajari mereka melalui aktiviti amali sukan. Oleh itu sukan merupakan aktiviti bersepadu dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian masyarakat. Sukan tidak terbatas kepada kemahiran fisikal sahaja bahkan dikaitkan juga dengan bidang kehidupan yang lain seperti sosial dan emosi. Untuk itu keutamaan program pembangunan sukan seperti pembangunan jurulatih, pembangunan atlet dan program mengenal pasti bakat perlu diberi penekanan. 2.1 Pembangunan Jurulatih Bagi melahirkan atlet-atlet sukan yang berwibawa maka jurulatih yang dipilih dan dilantik mestilah seseorang yang berkebolehan dan berilmu. Justeru itu seseorang jurulatih haruslah mempunyai pengetahuan yang meluas, bermotivasi, kekuatan dan peka dengan keperluan individu. Ia juga berjaya menyelesaikan masalah dan dapat mewujudkan suasana persekitaran latihan yang sesuai serta dapat mengelola program latihan yang padat dan menyeluruh. Bagi melahirkan jurulatih yang terbaik, penyusunan terhadap program pembangunan jurulatih perlulah dilaksanakan.

2.1.1 Kaedah menyusun program pembangunan untuk jurulatih 38

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Keperluan Sebagai langkah permulaan, persatuan sukan mesti dapat mengenalpasti dan menentukan keperluan mereka dalam bidang sukan. Pemimpin-pemimpin sukan hendaklah menetapkan bentuk dan peringkat kepakaran yang diperlukan mereka. Mungkin mereka memikirkan untuk melahirkan ahli sukan dan jurulatih diperingkat tempatan, kebangsaan ataupun antarabangsa. Peringkat Mereka juga perlu mempertimbangkan bilangan jurulatih yang mereka perlukan di tiap-tiap peringkat itu dalam tempoh masa lima tahun yang akan datang. Dalam pada itu mereka juga harus memikirkan tentang sumber, kemudahan, peralatan dan tenaga pengajar yang akan melatih mereka. Di setengah negara persatuan mereka sendiri mempunyai segala kemudahan yang diperlukan itu. Dengan itu, mereka dapati mudah untuk merancang latihan itu. Mengenal Pasti Persatuan sukan harus dapat mengenal pasti jurulatih yang cekap, terlatih dan berkemahiran tinggi di kawasan mereka untuk memberi latihan yang teratur. Mereka dapat membantu persatuan sukan untuk membantu merancang program latihan itu. Tetapi jikalau mereka tiada mempunyai kemudahan seperti itu, mereka terpaksa mencari alternatif yang lain. Oleh itu, mereka terpaksa berhubung dengan badan-badan sukan lain yang telah berjaya mengendalikan rancangan latihan jurulatih. Merancang Apabila persatuan sukan itu telah berjaya memastikan keperluannya, dan mempunyai idea untuk sumber, perancangan untuk mengadakan latihan jurulatih boleh dimulakan sebagai usaha untuk mencapai matlamat latihan. Melatih jurulatih merupakan projek yang menelan masa yang agak lama juga. Latihan jurulatih memerlukan pendekatan yang sistematik. Rancangan itu mesti ada kelonggaran dan harus peka mengikut keperluan jurulatih yang sering berubah-ubah. 39

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Memikirkan Sumber Dalam menganjurkan latihan jurulatih mesti difikirkan tentang sumber-sumber yang ada di persekitaran persatuan itu. Peluang untuk latihan itu mungkin dapat dikendalikan oleh Kementerian dan Jabatan Belia dan Sukan. Majlis sukan negara mungkin dapat membantu memberi latihan jurulatih. Begitu juga, Majlis Olimpik Malaysia mungkin dapat menghulurkan bantuan untuk melatih jurulatih di peringkat pusat. Mungkin tenaga kerja pensyarah universiti dan institut pendidikan guru serta guru-guru sekolah boleh digunakan untuk mengadakan latihan jurulatih untuk persatuan sukan. 2.1.2 Merangka Rancangan Latihan Kejurulatihan Sukan 1. Menentukan bentuk, jenis dan bidang pengetahuan yang perlu disampaikan bagi tiap-tiap peringkat latihan kejurulatihan itu. 2. Menetapkan peruntukan masa untuk meyampaikan tiap-tiap tajuk dalam kursus latihan itu dengan menyusun penjadualannya secara tersusun. 3. Menentukan sumber yang berbentuk kemudahan, alat tulis, kelengkapan dan tenaga pengajar bagi tiap-tiap peringkat kursus latihan kejurulatihan. 4. Mengadakan program latihan untuk melahirkan jurulatih-jurulatih yang cekap dan berkelayakan bagi tiap-tiap peringkat latihan. 5. Menentukan tenaga pengajar yang bertauliah bagi tiap-tiap tahap latihan kejurulatihan sukan. 6. Mengeluarkan tawaran mengenai kursus latihan kejurulatihan daripada persatuan sukan, pusat latihan sukan atau pun institusi pendidikan. 7. Jurulatih-jurulatih yang telah berjaya menamatkan kursus latihan mereka diperingkat tertentu dengan jayanya hendaklah diberi pengikhtirafan dalam bentuk pensijilan. 8. Peringkat pertandingan sukan yang berlainan memerlukan jurulatih yang berkaliber. 9. Oleh itu, jurulatih-jurulatih hendaklah digalakkan untuk mengikuti program latihan mengikut peringkat demi peringkat. 2.1.3 Pemilihan Calon Jurulatih Kriteria 40

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Calon-calon jurulatih yang dipilih itu harus mempunyai sifat-sifat sahsiah berikut: 1. Calon-calon yang dipilih itu harus mempunyai kecerdasan dan kematangan fikiran. 2. Jurulatih yang dipilih itu mempunyai pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan manusia. 3. Perlu mempunyai motivasi yang tinggi dalam bidang dan perkembangan sukan. 4. Terdapat juga calon jurulatih yang berminat untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan jangka masa panjang. 5. Mempunyai kemahiran mengajar yang menyeronokkan dan berkesan. 6. Bakal jurulatih yang dipilih itu mempunyai hubungan manusia yang baik, mesra ceria dan pandai bergaul. 7. Pendekatan yang digunakan adalah praktikal dan berkesan serta dapat pula menyelesaikan berbagai-bagai masalah dalam bidang sukan. 8. Memiliki pengalaman yang luas dalam bidang sukan, berpengetahuan mengenai anatomi dan psikologi manusia serta telah mengikuti latihan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. 9. Jurulatih itu perlulah seseorang yang berdedikasi, mempunyai semangat yang berkobar-kobar, beretika, adil, berdisiplin tinggi dan dapat membuat penilaian terhadap atlet. 2.1.4 Prinsip Kejurulatihan 1. Merupakan individu yang pakar dalam bidang sukan dan dapat membantu ahli- ahli sukan mengembangkan bakat. 2. Berhasrat untuk mencapai kecemerlangan berasaskan matlamat, pertumbuhan, perkembangan dan pembangunan ahli-ahli sukan. 3. Menjadikan sukan sebagai cabaran hidup dan aktiviti yang menyeronokkan. 4. Sering bersikap jujur dan ikhlas kepada ahli-ahli sukan. 5. Berpakaian kemas, bergaya, berbudi pekerti, berlemah lembut, bersopan santun dan berhemah tinggi. 6. Kesihatan fizikal harus menjadi matlamat hidup dan menggalakkan semua ahli sukan agar sentiasa sihat sepanjang masa. 2.1.5 Ciri-Ciri Program Latihan Jurulatih 41

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Program atau kursus kejurulatihan yang baik mempunyai ciri-ciri seperti peringkat kejurulatihan, bahagian kursus latihan, dan pensijilan. Berikut adalah penerangan bagi setiap ciri yang dinyatakan. Peringkat Latihan jurulatih terdiri daripada empat peringkat: Tahap asas: Jurulatih bertugas dalam kalangan mereka yang baru melibatkan diri dalam sukan. Tahap pertengahan: Melatih peserta di peringkat daerah. Tahap lanjutan: Melatih peserta di peringkat negeri. Tahap tinggi: Melatih peserta di peringkat kebangsaan. Bahagian Kursus Latihan Bahagian Pertama Merupakan pengetahuan teknik tertentu, seperti teknik sukan, strategi dan perancangan latihan. Bahagian Kedua Teori kejurulatihan, seperti psikologi, psisiologi, biomekanik, prinsip latihan, kecederaan ahli sukan, pemakanan dan lain lain. Bahagian Ketiga Pengalaman amali (bidang yang penting dalam kursus sukan). Pensijilan Sangat penting menganugerahkan sijil kepada ahli sukan yang berjaya mengikuti kursus pada setiap peringkat. Sijil menjadi perangsang kepada mereka meneruskan latihan. Latihan kejurulatihan menjadikan mereka lebih cekap mengendalikan kegiatan sukan.

2.2 Kenal Pasti Bakat Kenal pasti bakat atau juga dikenali sebagai Talent Identification Device(TID). Ianya bermatlamat mencungkil bakat-bakat muda yang berpotensi untuk diberi latihan untuk program di bahagian pembangunan atlet. Memainkan peranan bagi 42

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

pelapis untuk mewakili negara dalam sukan. Kenal pasti bakat dilakukan melalui 2 cara iaitu cara pertama dengan mengadakan suatu program khas yang diadakan dipusat-pusat tertentu mengikut zon di seluruh Malaysia. Program ini diadakan bagi melalui beberapa ujian yang dilaksanakan oleh MSN dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Cara keduanya ialah pemilihan atlet-atlet sekolah yang bertanding di peringkat daerah (MSSD) dan negeri (MSSN) serta seterusnya ke peringkat kebangsaan (MSSM). Mereka yang berjaya dalam pemilihan peringkat kebangsaan akan ditempatkan di sekolah sukan iaitu Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pemilihan biasanya dibuat setahun sekali di peringkat umur 12 tahun. Pemilihan pemain merupakan satu proses yang amat penting dan sukar. Seseorang jurulatih memikul beban yang berat semasa memilih pemain kerana terdapat perbezaan yang ketara antara pemain yang baik dengan pemain yang tidak baik. Kewujudan kumpulan pemain yang baik tetapi tidak sesuai merumitkan lagi proses pemilihan. Pemilihan pemain yang kurang sesuai akan mengakibatkan pembentukan satu pasukan yang lemah, malah menghapuskan peluang pemain yang benar-benar berpotensi untuk terus bergiat dan maju. 2.2.1 Pemilihan Berstruktur Satu pelan perlu dirancang untuk menentukan struktur atau peraturan pemilihan pemain dijalankan secara adil dan hanya pemain yang benar-benar sesuai dipilih. Para pemain yang terlibat dalam proses pemilihan perlu diberitahu terlebih dahulu tentang prosedur yang akan diambil supaya mereka dapat bersedia dari segi psikologi. Proses pemilihan pemain melibatkan pemilihan objektif dan subjektif. Pemilihan Objektif 1. Tahap kemahiran asas dan kemahiran khusus atlet perlu dinilai termasuk pemerhatian terhadap kemahiran istimewa yang dimiliki atlet. Misalnya dalam sukan badminton, kemahiran asas yang diperlukan adalah seperti membuat servis, pukulan drive, pergerakan digelanggang dan smesy. 43

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

2. Tahap kecergasan atlet adalah penting dalam aspek pemilihan. Oleh itu komponen kecergasan berasaskan kemahiran atlet perlu diuji supaya jurulatih dapat mengenal pasti tahap kecergasan atlet yang dipilih dalam aspek ini. 3. Kesesuaian seseorang atlet untuk bermain dalam permainan individu atau berpasukan perlu diberi pertimbangan. Permainan berpasukan memerlukan tahap penyesuaian diri yang tinggi dengan rakan sepasukannya. Selain itu, umur dan pengalaman atlet juga merupakan kriteria pemilihan yang penting.

Pemilihan Subjektif 1. Bergantung kepada penilaian peribadi jurulatih terhadap seseorang atlet. Pemerhatian terhadap sifat atletnya seperti sanggup berkorban untuk mencapai kejayaan, berdisiplin, dapat dilatih, berdedikasi, bersemangat, gigih, mudah menyesuaikan diri dan tidak sombong semasa sesi latihan dapat memberi gambaran subjektif yang menyeluruh kepada jurulatih berkenaan seseorang atlet. Seseorang pemain mungkin mempunyai tahap kemahiran yang tinggi tetapi sentiasa menimbulkan masalah dan memberi pengaruh yang tidak baik kepada ahli lain dalam pasukan tersebut. 2. Jurulatih juga boleh menggunakan saluran lain seperti melihat rekod peribadi atlet atau mengadakan perbincangan dengan guru atau rakan yang mengenali atlet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai atlet tersebut.

2.2.2 Identifikasi Bakat Bakat seseorang atlet sebenarnya dapat dilihat dari segi bakat satu dimensi, bakat pelbagai dimensi, bakat satu sukan dan bakat dalam pelbagai sukan (Brown, 2001). Jadual 5.1 di bawah menunjukkan jenis ujian yang boleh dilakukan untuk mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan atlet berdasarkan faktor prestasi tertentu, manakala jadual 5.2 menunjukkan sembilan ujian teras yang dapat 44

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

dijalankan untuk tujuan identifikasi bakat.Jadual 5.1 Jenis ujian untuk mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan atlet berdasarkan faktor prestasi tertentu

Faktor Prestasi Struktur tubuh badan

Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan - Ketinggian - Jarak rentang lengan - Ketinggian semasa duduk - Masa tindak balas - Jism badan - Keupayaan menangkap

Tindak balas dan koordinasi

- Keupayaan membaling - Penglihatan konvergen - Persepsi dalaman - Mata dominan

Penglihatan

- Penglihatan Pinggiran

Kestabilan Kekuatan dan kuasa

- Dirian bangau - Balingan bola - Balingan beban (peluru 3 kg) - Lompatan menegak

- Pusingan bangau - Bangun tubi

Kelajuan dan keupayaan memulihkan pecutan Ketangkasan

- Lari pecut 40 m - Pemulihan pecutan - Ujian Keanjalan Hexagon (ujian lompatan) - Daya tahan crunch - Tekan tubi - Larian 800 m

Daya tahan Kelembutan

- Lari ulang-alik - Duduk berjangkau - Ekstensi belakang

Mental

- Skala 1 5 terhadap lima faktor - Inventori Eysencks Personality

Sumber: Majlis Sukan Negara (1995), Talent Identification & Fitness Testing Manual 1997-1998, Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara, Jadual 3, hlm 6.

Jaduai 5.2 Ujian sembilan teras untuk tujuan identifikasi bakat

45

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Faktor Prestasi Struktur tubuh badan

Ujian teras identifikasi bakat 1. Ketinggian 2. Jarak rentang lengan 3. Ketinggian semasa duduk 4. Jisim badan 5. Balingan beban (peluru 3 kg) 6. Lompatan menegak 7. Lari pecut 40 m 8. Ujian Keanjalan Hexagon (ujian lompatan) 9. Larian ulang-alik atau larian 800 m

Kekuatan dan kuasa Kelajuan Ketangkasan Daya tahan

Sumber: Majlis Sukan Negara (1995), Talent Identification & Fitness Testing Manual 1997-1998, Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara, Jadual 3, hlm 6.

2.3 Pembangunan atlet Kejayaan sukan bagi sesebuah negara adalah bergantung terhadap perancangan yang baik dan berkesan dalam pelbagai aspek seperti pembangunan jurulatih, pembangunan atlet, prasarana sukan dan pelbagai kemudahan yang lain. Kalau dilihat dari segi pembangunan atlet, negara kita juga tidak ketinggalan dalam mencari bakat dari akar umbi iaitu semenjak di bangku sekolah rendah lagi, seterusnya berterusan ke sekolah menengah, kolej, universiti dan sebagainya lagi. Dalam hal ini, panel jurulatih terbaik yang dilantik sama ada di peringkat zon, daerah, negeri atau kebangsaan, haruslah memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti bakat-bakat yang terbaik agar tidak terlepas pandang terhadap atlet sukan yang berbakat. Untuk itu pembangunan atlet yang telah terpilih haruslah meliputi perancangan program latihan yang terancang samada dalam aspek kecergasan fizikal, kemahiran, pemakanan, sahsiah dan sebagainya lagi. Merancang program latihan Latihan yang berkesan bermula dengan perancangan latihan yang rapi. Seorang jurulatih seharusnya merancang program latihan dengan memberi penekanan pada beberapa aspek penting seperti teknik permainan (kemahiran sukan), taktik permainan, pelaziman dari segi fizikal, fisiologi dan psikologi serta pengetahuan

46

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

permainan (termasuk undang-undang permainan). Bentuk program latihan Terdapat dua bentuk program latihan, iaitu program latihan jangka pendek yang mengambil masa kurang daripada dua tahun dan program latihan jangka panjang yang mengambil masa antara dua hingga empat tahun. Latihan kemahiran psikologikal (LKP) LKP merujuk kepada latihan kemahiran mental atau psikologikal yang dijalankan secara sistematik dan konsisten (Weinberg dan gould, 1999). Apabila berlakunya kegagalan dalam sesuatu perlawanan, terdapat juga jurulatih yang jarang memikirkan kemungkinan kegagalan atlet disebabkan masalah psikologi seperti takut, tidak tenteram dan sebagainya. Jurulatih gagal memahami kepentingan LKP dan kesannya terhadap peningkatan prestasi sukan. Sesungguhnya , kekuatan mental menyumbang antara 50% hingga 95% terhadap peningkatan prestasi sukan.

Pemakanan atlet Dalam bidang sukan, pencapaian atlet dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu genetik, latihan dan pemakanan. Walaupun faktor genetik tidak dapat diubah, namun faktor latihan dan pemakanan dapat diubah. Pada kebiasaannya, jurulatih dapat menangani faktor latihan dengan baik dan berkesan tetapi gagal memberi perhatian yang sewajarnya terhadap pemakanan atlet semasa mereka membuat persiapan menjalani latihan. Sebenarnya pemakanan sukan yang seimbang dapat membantu atlet kita untuk meningkatkan prestasi sukan dan tahap kesihatan yang baik. Sahsiah Pembangunan dalam aspek sahsiah juga merupakan satu elemen penting dalam melahirkan seorang atlet yang komited terhadap hala tujunya dalam bidang sukan 47

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

yang diceburinya. Keperibadian yang cemerlang dalam sukan bakal melahirkan sikap yang baik dan disenangi oleh pelbagai pihak. Sukan berkumpulan melibatkan ahli yang ramai seperti bola sepak, hoki, sepak takraw, bola jaring dan sebagainya amat menuntut keharmonian sikap yang terbaik dikalangan setiap atlet. Kerangka program latihan Kerangka program latihan ialah alat yang digunakan oleh jurulatih untuk merancang, mengarah dan memandu atlet bagi menjalani latihan sepanjang tahun. Di dalam setiap program latihan, terdapat periodisasi. Periodisasi boleh dikatakan tempoh atau jangka masa. Periodisasi merupakan proses pembahagian pelan tahunan kepada beberapa fasa latihan kecil supaya program latihan yang dirancang dapat dijalankan secara teratur. Tujuan kerangka program latihan adalah untuk memudahkan penyediaan progran latihan. Dengan adanya periodisasi, jurulatih akan berasa lebih mudah untuk meramalkan hasil atau pencapaian untuk dijadikan garis panduan bagi menentukan pencapaian puncak yang betul dan tepat semasa fasa pertandingan utama. Kerangka program latihan membantu jurulatih dan atlet menjalankan latihan dengan lebih teratur dan bersistematik. Ini juga memudahkan proses pemantauan dan penilaian dilakukan oleh jurulatih terhadap atlet yang dilatih. Fasa-fasa latihan Satu kalender latihan bagi seseorang atlet boleh dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu fasa persediaan, fasa pertandingan dan fasa transisi. Setiap fasa adalah terdiri daripada kitaran makro dan kitaran mikro serta mempunyai matlamat yang berbeza. Fasa persediaan Fasa persediaan dibahagikan kepada dua, iaitu persediaan umum dan persediaan spesifik. Fasa persediaan umum memberi tumpuan kepada pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh terutamanya dalam aspek kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas sebelum atlet menjalani latihan pembinaan komponen fizikal yang diperlukan dalam sukan yang diceburinya. Isipadu latihan bagi persediaan umum adalah tinggi (85%-100%) dan intensiti latihan adalah sederhana (40% - 70%). Jangka masa bagi fasa ini adalah 6 hingga 14 minggu. 48

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Ujian pra kecergasan diperlukan dalam fasa persediaan umum. Persediaan khusus memberikan penekanan khusus kepada komponen-komponen fizikal yang lebih dominan dalam sesuatu sukan. Jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6 10 minggu. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan-sukan yang berasaskan daya tahan sementara intensiti latihan ditingkatkan sehingga 90%. Isipadu latihan diturunkan sedikit kepada 65%-85% bagi sukan-sukan yang berasaskan kekuatan dan kelajuan. Fasa pertandingan Fasa pertandingan dibahagikan kepada dua, iaitu pra-pertandingan dan pertandingan. Fasa ini memberi penekanan khusus kepada komponen fizikal dalam sukan yang dilatih. Tujuan fasa pertandingan adalah untuk meningkatkan atau mengekalkan tahap kecergasan. Latihan bagi fasa ini dilakukan dalam situasi permainan kecil, permainan sebenar melalui simulasi permainan. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan berasaskan daya tahan sementara intensiti bergantung kepada keperluan sebenar sukan. Latihan bebanan ditumpukan bagi meningkatkan dan mengekalkan kuasa serta daya tahan otot. Jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6-8 minggu. Ujian pasca kecergasan diperlukan bagi fasa ini. Fasa pertandingan memberi tumpuan kepada pengekalan kecergasan optimum yang diperlukan oleh sukan yang diceburi. Isipadu dan intensiti amat diperlukan bagi memastikan atlet berada pada prestasi puncak terutamanya pada hari pertandingan sebenar. Kecergasan dikekalkan dan dinilai melalui permainan sebenar atau melalui ujian masa atau jarak atau ketinggian. Kaedah latihan seperti latihan bebanan untuk pengekalan daya tahan otot bagi sukan berasaskan kelajuan dan kekuatan boleh diteruskan tetapi kekerapan latihan perlu dikurangkan. Jangka masa bagi fasa pertandingan bergantung kepada format pertandingan. Fasa transisi Fasa transisi mengambil masa lebih kurang 6-10 minggu. Tujuan fasa transisi pemulihan fisiologi dan psikologi seperti rawatan kecederaan dan mengatasi kebosanan. Jangka masa fasa masih bergantung kepada pertandingan. Rehat aktif adalah amat digalakkan bagi mengelakkan penurunan kecergasan fizikal 49

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

yang keterlaluan. Tujuan fasa ini adalah menilai prestasi diri dan keberkesanan program dan merancang sesi latihan yang akan datang. Isipadu Isipadu adalah jumlah kerja atau aktiviti latihan yang perlu dilakukan oleh seseorang atlet. Intensiti Latihan Intensiti latihan merujuk kepada kualiti kerja yang yang dikenakan seperti kelajuan larian atau ulangan maksima (repitition maxsimum). Intensiti rendah tidak meningkatkan tahap kecergasan. Intensiti terlalu tinggi mengganggu proses pembangunan kecergasan kecederaan. Terdapat komponen-komponen yang diberi keutamaan mengikut fasa.

Komponen-komponen tersebut adalah latihan atau pembinaan fizikal, latihan atau pembinaan psikologi, latihan atau pembinaan teknikal (kemahiran) dan latihan atau pembinaan taktikal (strategi). Penekanan kepada komponen-komponen ini diberi mengikut kitaran latihan. Jurulatih perlu memahami konsep-konsep isipadu, intensiti dan rehat supaya program yang dirancang menghasilkan kualiti pada akhir latihan. 2.4 Kesimpulan

Keseluruhannya jelas menunjukkan bahawa program pembangunan sukan yang terancang melibatkan pembanguan jurulatih, pengenalpastian bakat dan juga pembangunan atlet merupakan satu program terancang yang di susun secara sistematik agar dapat memenuhi keperluan negara dalam melahirkan jaguh sukan untuk mewakili negara hingga ke peringkat dunia. Keutamaan bakat muda bermula dari peringkat agar umbi haruslah dikenal pasti, dipupuk dan dibentuk sebaik mungkin. Semua pihak perlulah memiliki matlamat yang sama untuk melaksanakan sebarang perancangan yang telah dibuat dengan efektif dan efisien. Untuk memastikan kesemua perancangan itu diterjemahkan kepada 50

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

pelaksanaan, idea dan hasrat sesuatu perancangan itu perlu disampaikan kepada semua untuk mereka fahami. Oleh itu semua pihak haruslah berganding bahu dalam merealisasikan hasrat ini.

51

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

TUGASAN TERARAH

1. Mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia berkaitan program pembangunan sukan. 2. Dapatkan maklumat bagaimana anda dapat merancang dan menyediakan satu program pembangunan sukan.

52

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

LAMAN WEB

Laman Web Kementerian Belia dan Sukan Laman Web Majlis Sukan Negara

PORTFOLIODokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

RUJUKAN

Cheah Swee Ming(1995), Sains Dalam Sukan. Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Mohd Sofian(2001),Psikologi Sukan Aplikasi Teori dan Pratikal, Kuala Lumpur Utusan Publicatiuons & Distribution Sdn.Bhd. Omardin Ashaari (1998). Pengurusan sukan: Siri Pengurusan dan Pentadbiran Utusan. Kuala Lumpur 53Wee Eng Hoe (2002). Sains Kejurulatihan. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd