1 malaysia

38
8 Nilai-nilai 1 Malaysia - Bahagian 4: Penerimaan Thursday, 16 April 2009 Saya ingin memperkenalkan nilai utama 1 Malaysia yang seterusnya, iaitu Penerimaan. PENERIMAAN Tentang kepentingan penerimaan berbanding toleransi Saya rasa terdapat perbezaan yang agak ketara di antara keduanya (toleransi dan penerimaan). Apabila anda menyebut toleransi, anda tidak berapa sukakannya, tetapi tetap menerimanya kerana anda tiada pilihan. Tetapi jika anda bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa anda menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif. Pada saya adalah penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi semata-mata ini kepada penerimaan. Penerimaan dari segi anda bersedia untuk menerima sebarang perkara. Jika anda sanggup menerima sebarang perkara, anda mengambil perkara tersebut dengan kerelaan, maka saya rasa kapasiti anda untuk melihat kepada semua perkara secara lebih positif adalah lebih baik berbanding toleransi semata-mata. Pada saya itu adalah penting kerana selepas itu anda tidak lagi merasa terbeban dan anda tidak dipengaruhi oleh sebarang tanggapan melulu yang negatif dan mahu pula melihat kepada kemampuan terbaik yang boleh diberikan oleh seseorang itu. Inilah yang kita perlukan untuk Malaysia. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada bangsa Melayu, terbaik daripada bangsa Cina, bangsa India, semua kaum lain dan mengadun semua ini agar secara terkumpulnya

Upload: kogi-lan

Post on 13-Jul-2016

217 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

3

TRANSCRIPT

Page 1: 1 Malaysia

8 Nilai-nilai 1 Malaysia - Bahagian 4: PenerimaanThursday, 16 April 2009

Saya ingin memperkenalkan nilai utama 1 Malaysia yang seterusnya, iaitu Penerimaan.

PENERIMAAN

Tentang kepentingan penerimaan berbanding toleransi

Saya rasa terdapat perbezaan yang agak ketara di antara keduanya (toleransi dan penerimaan).

Apabila anda menyebut toleransi, anda tidak berapa sukakannya, tetapi tetap menerimanya kerana anda tiada pilihan. Tetapi jika anda bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa anda menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif.

Pada saya adalah penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi semata-mata ini kepada penerimaan. Penerimaan dari segi anda bersedia untuk menerima sebarang perkara.

Jika anda sanggup menerima sebarang perkara, anda mengambil perkara tersebut dengan kerelaan, maka saya rasa kapasiti anda untuk melihat kepada semua perkara secara lebih positif adalah lebih baik berbanding toleransi semata-mata.

Pada saya itu adalah penting kerana selepas itu anda tidak lagi merasa terbeban dan anda tidak dipengaruhi oleh sebarang tanggapan melulu yang negatif dan mahu pula melihat kepada kemampuan terbaik yang boleh diberikan oleh seseorang itu.

Inilah yang kita perlukan untuk Malaysia. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada bangsa Melayu, terbaik daripada bangsa Cina, bangsa India, semua kaum lain dan mengadun semua ini agar secara terkumpulnya kita akan menjadi jauh lebih besar berbanding bilangan kelompok kaum secara individu.

Tentang peranan kerajaan dalam memupuk penerimaan

Saya rasa kita perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan cara yang mencerminkan komitmen kita. Sebagai contoh, apabila kita bercakap tentang membantu mereka yang miskin,

Page 2: 1 Malaysia

kita mesti membantu mereka yang miskin dalam semua golongan masyarakat. Dan pada saya golongan miskin dalam semua golongan masyarakat wajar dibantu. Maka semua program dan peruntukan kewangan kita wajib mencerminkan keperluan untuk mengatasi masalah golongan miskin merentasi semua lapisan etnik dan kaum.Itu adalah sebagai satu contoh polisi di peringkat tersebut.

Terdapat juga pertimbangan lain, contohnya membangunkan bakat di Malaysia. Pada saya setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina. Sistem sedia ada kita, sistem pendidikan, biasiswa, bantuan kewangan, semua peluang tersebut hendaklah mencerminkan semua ini, bahawa tidak terdapat sebarang had.

Had tidak ditentukan kerana latar belakang etnik anda. Had ditentukan adalah kerana keupayaan peribadi anda sendiri.

Page 3: 1 Malaysia

(RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN)

Melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Slogan satu Malaysia pada pendapat "AKU"

Pada pandangan 'mata kasar' aku laaa... kan, laungan satu malaysia merupakan satu slogan/kaedah baru yg diperkenalkan oleh PM kita yg ke-7 selepas slogan 'Malaysia ku Cemerlang, Gemilang dan Terbilang' (oleh Pak Lah/PM ke-6) utk menarik perhatian rakyat utk menyatupadukan semua kaum di Malaysia (x kira agama, bangsa n status) supaya membentuk 'satu masyarakat' malaysia yg sentiasa hidup dalam keadaan yg 'aman', saling tolong-menolong, mempunyai semangat kenegaraan yg tinggi dan berdaya saing dalam menempuh arus pembagunan yg kian mencabar terutama dari segi aspek ekonomi.

Sebenarnya slogan baru yg di laung i2, sama je ngan slogan2 yg digunakan olh perdana menteri-perdana menteri sebelum ni di mana konsepnya adalah sama (semuanya menjurus kepada perpaduan kaum/serumpun 'kaum'/what ever lah) cuma diberi nafas baru utk membangkitkan/ supaya rakyat boleh menerima perubahan (membuat anjakan paradikma) ke arah membentuk 'satu malaysia' yg lebih teguh/kuat dlm menghadapi persaingan secara global selain ingin membuktikan kejayaan 'Pihak Kerajaan' (PM ke-7) dalam membasmi isu perkauman di negara yg sgt2 aku 'cintai' ini.

Bg aku...., perpaduan di antara kaum di malaysia, amatlah sangat diperlukan untuk menjana pembangunan negara dalam semua sektor lebih-lebih lagi dr segi aspek ekonomi. Jika 'isu-isu' yg berbangkit ini x dpt di bendung dan berlarutan(pihak kerajaan dan rakyat), ia akan menyebabkan kegagalan dlm 'sistem masyarakat' yang sedia ada. Masalah sebegini "pernah berlaku" dan tlh menyebabkan 'peperangan' diantara kaum sehingga hampir2 menyebabkan perpecahan kaum 'di sini'. Perkara2 sebegini perlu dielakkan bg mengelakkan 'dasar campurtangan' pihak asing yang amat menjengkilkan spt USA, British @ makhluk asing spt Predator, Alien, ultraman (kalau benda2 cam ni blh terlibat, memang x tercapai di akal gue).

SATU MALAYSIA: Satu Analisa(Petikan dari UTEM BLOGGER)

Setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka, pemimpin negara masih lagi berjuang memperkenalkan pelbagai slogan dan kaedah bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyatnya yang berbilang bangsa dan

Page 4: 1 Malaysia

agama. Terbaru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan konsep ‘Satu Malaysia’ yang bermotokan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’. Umun sedia maklum, konsep ini diperkenalkan bagi mewujudkan satu uniti baru dikalangan masyarakat majmuk di bawah satu nama, Satu Malaysia. Antara kegagalan utama kerajaan 'Malaysia' dan mungkin kerajaan hampir diseluruh dunia adalah memecahkan blok-blok pemikiran berlandaskan perkauman dikalangan rakyat dan pemimpin politik. Negara yang mendakwa dirinya sebagai paling bertamadun juga masih gagal memecahkan blok perkauman, buktinya masih berlaku sikap prejudis dan penindasan ke atas warganya yang berkulit hitam. Kemenangan Mubarrak Hussein Obama? Itu kenyataan yang masih boleh dipertikaikan jika dinilai dari sudut pilihan, keterampilan, dan strategik politik ketika pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) berlangsung. Memikirkan penyelesaian kepada isu ini dalam konteks negara Malaysia, Perdana Menteri (PM) Malaysia ke-6 kelihatan begitu optimistik dalam memperkatakan tentang konsep ‘Satu Malaysia’. Konsep ini pada pengamatan awal diharap sekurang-kurangnya dapat mengurangkan jurang jika pun gagal memecahkan blok-blok pemikiran yang berlandasan perkauman. Namun, kepimpinan baru ini perlu berani tampil dengan idea-idea baru walaupun ia mungkin akan mencantas imej lapok mereka sebagai pejuang satu ‘bangsa’.Antara perkara awal yang wajar dilakukan untuk merealisasikan konsep ini adalah kembali di’tajdid’kan media rasmi milik kerajaan. Apa yang perlu ditajdidkan adalah kaedah penyampaian, interpretasi berita, fokus utama berita, dan ketelusan maklumat. Masalah utama media milik parti-parti politik adalah terlalu membicarakan segala isu dalam kukun bangsa yang diwakilinya seperti survival bangsa, betapa bangsanya terancam, bangsanya yang ditindas, bangsanya dilayan seperti kelas ke-2, bangsanya yang dipinggirkan, dan sebagainya. Imej lapok dan konservatif ini perlu kembali dicorakkan dengan imej baru yang mana media bercakap tentang survival masyarakat Malaysia tanpa perlu memfokus pada mana-mana bangsa atau kaum tertentu. Media juga perlu hadir sebagai wacana ilmu yang membicarakan isu kemiskinan, ekonomi, budaya dan sosial merentasi sempadan bangsa.Melayu, Cina dan India adalah berbeza, mana mungkin boleh duduk pada kerusi yang sama? Silapnya media selama ini adalah apabila terlalu memperbesarkan isu berbezaan namun kurang menekankan persamaan yang dikongsi bersama. Sering kali yang menjadi tajuk utama media adalah betapa putihnya bangsa kita, dan betapa hitamnya bangsa lain. Kita terlalu menekankan betapa sucinya adat dan budaya kita, sehingga kadangkala menimbulkan perasaan bahawa Malaysia ini hanya wajar dilihat pada satu identiti bangsa sahaja. Media sewajarnya meraikan persamaan yang dikongsi setiap insan tanpa mengira bangsa atau agama. Setiap insan berkongsi banyak persamaan tanpa perlu diketahui bangsanya, agamanya, atau ideologi politiknya. Betapa insan ini berkongsi sifat mencintai keamanan, memusuhi kezaliman, berbelas kasihan, tolong-menolong, saling menghormati, dan pelbagai lagi persamaan yang sewajarnya diraikan bersama. Jika yang ditonjokan itu betapa kita dan yang lain itu berbeza, maka sukar untuk kita bertemu persamaan hatta pada satu titik.Jika media boleh dilakukan perubahan atas kapasiti empunya milik, namun cabaran terbesar dalam memecahkan blok-blok pemikiran perkauman ini adalah mengubah cara fikir masyarakat Malaysia. Tajdid fikir ini memerlukan kempen yang hebat dan juga berteruskan agar pemikiran masyarakat Malaysia sentiasa bersedia melakukan sebarang perubahan dan anjakan paradigma. Perubahan ini melalui 3 fasa utama iaitu cara melihat sesuatu isu, cara berfikir, dan tindakan. Bermula dengan fasa pertama iaitu cara melihat sesuatu isu, ia lebih kepada satu bentuk andaian awal terhadap sesuatu. Berbicara dalam konteks hubungan antara kaum, setiap anggota masyarakat harus mempunyai sifat

Page 5: 1 Malaysia

bersangka baik dan tidak prejudis terhadap mereka yang tidak sebangsa. Realiti masa kini, hubungan kaum di Malaysia tampak baik, namun itu hanya saduran kerana persepsi negatif dan sikap prejudis pada bangsa lain masih dominan menguasai masyarakat di Malaysia. Fasa kedua pula terarah kepada cara kita berfikir dalam menilai sesuatu isu atau permasalahan. Cara fikir lama yang beku seperti berfikir hanya pada kepentingan bangsa sendiri harus segera diluputkan, ia harus berfikir mewakili masyarakat Malaysia secara keseluruhannya tanpa perlu dibatasi pada mana-mana sempanan bangsa. Cara fikir ini selari dengan fikrah Islam yang menyeru umatnya berlaku adil hatta pada masyarakat bukan Islam. Fasa ketiga dan yang terakhir iaitu tindakan yang mencerminkan hasil fasa-fasa tajdid fikir sebelumnya. Kejayaan fasa-fasa sebelumnya akan dinilai pada kaedah dan pelaksanaan tindakan yang diambil. Penilaian itu boleh bersandarkan pada jawapan bagi soalan-soalan berikut, Apakah masih ada bantuan hanya pada bangsa tertentu atas kapasiti bumiputera tanpa mengira kelayakkannya? Apakah masih wujud sikap hanya membantu rakan peniaga yang secerah warna kulitnya? Apakah masih berlaku tuntutan-tuntutan luar biasa atas alasan dirinya tertindas?Kesemua hal yang direncanakan ini adalah satu usaha ke arah membina masyarakat Malaysia yang berteraskan konsep ‘Satu Malaysia’. Segala usaha yang menyeru ke arah pembaikan sistem sosial dan masyarakat seharusnya disambut baik oleh semua pihak tanpa perlu dipandang sinis. Ini kerana jatuh dan bangunnya negara ini, semua dari kita bertanggungjawab ke atasnya. Jika Malaysia itu ingin dimetaforakan sebagai bangunan, maka pemimpin adalah arkitek dan rakyat adalah pembinanya. Apa guna jika kita miliki pelan terbaik jika kita gagal membinanya.

Petikan dari ajim (utem blogger)

Page 6: 1 Malaysia

CONTOH KARANGAN 1

Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai penduduk berbilang kaum namun hidup rukun damai sejak kemerdekaannya 52 tahun lalu. Inilah yang menjadi resepi dan pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara. Sebagai rakyat yang prihatin, di bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian ini.

Di antara kepentingan memelihara perpaduan kaum ialah untuk mewujudkan suasana kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Semangat saling menghormati dan

memahami antara satu sama lain mampu mengelak sebarang perasaan negatif seperti hasad dengki, pentingkan diri sendiri dan lain-lain. Hubungan baik yang terjalin erat bukan sahaja menjadi asas kehidupan yang tenteram bahkan juga memakmurkan negara. Sebagai contoh, setelah melewati setengah abad negara Malaysia mencapai

kemerdekaan, telah banyak perubahan positif yang berlaku. Malah negara malaysia juga sudah terkenal sebagai sebuah negara membangun. Selain itu, kehidupan yang harmoni juga merupakan jambatan utama menuju kemajuan.

Negara yang sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil peluang meningkatkan taraf hidup. Semua pihak dapat berganding bahu memikul tugas masing-masing tanpa sebarang perasaan syak wasangka. Hasilnya, negara kita akan membangun dengan

stabil merangkumi segenak aspek kehidupan. Pembangunan pesat negara kita setanding dengan negara-negara maju di dunia. Menyedari kepentingan perpaduan kaum maka beberapa langkah yang efisien perlu dijalankan bagi mengekalkannya. Antara lain, kerajaan telah mewujudkan Sekolah

Wawasan. Konsep sekolah wawasan ini adalah untuk memelihara perpaduan kaum yang dipupuk sejak awal lagi iaitu dalam kalangan kanak-kanak. Institusi pendidikan dengan corak perpaduan kaum ini membantu masyarakat untuk saling mengenali dan menghormati kebudayaan serta adat resam kaum-kaum yang lain. Hal ini secara

tuntasnya menjamin kestabilan negara dengan adanya hubungan yang erat di antara kaum.

Selain itu, kemakmuran negara yang wujud dengan resepi perpaduan ini juga adalah hasil daripada matlamat misi dan visi negara. Sebagai contoh, kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi baru dan Wawasan 2020. Cetusan visi para pemimpin ini menyemarakkan lagi

usaha mengekalkan perpaduan kaum. Ini jelas dibuktikan dengan konsep keadilan dari segi memperolehi kekayaan. Semua kaum berpeluang menceburi bidang ekonomi mengikut kemahiran dan usaha masing-masing. Kesannya, kestabilan dari segi

ekonomi turut memperkembangkan kemajuan negara sehingga menjadi contoh kepada negara jiran iaitu Indonesia.

Kesimpulannya, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara itu amat bergantung pada hubungan baik yang terjalin antara masyarakat. Perumpaan; ‘bersatu teguh, bercerai roboh’ begitu sinonim dengan usaha mengekalkan perpaduan kaum demi kesejahteraan hidup .

Page 7: 1 Malaysia

KARANGAN MODEL 2

Pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis merupakan agenda kerajaan yang paling penting kerana prasangka perkauman boleh menghancurkan perpaduan yang sedia wujud. Menyedari hakikat dan kepentingan mengekalkan perpaduan maka pelbagai langkah perlu dijalankan bagi memastikannya berterusan.

Antara kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah untuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia

yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara. Perkara ini dapat

mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apa keuntungan malah membawa banyak kemudaratan.

Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan negara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-

padu memangkinkan usaha memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa.

Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan.

Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini, maka pelbagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum.Terkini,

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep ‘1 Malaysia’. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu.

Selain itu, segenap lapisan masyarakat juga berperanan menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memelihara perpaduan. Media massa sebagai medium komunikasi menjadi saluran maklumat dan membangkitkan semangat

bersatu-padu. Memperbanyakkan iklan dan risalah melalui kempen-kempen mencintai negara dapat menyedarkan masyarakat

Page 8: 1 Malaysia

tentang peri pentingnya menjaga keharmonian hidup sesama rakyat. Semua ini dapat dikongsi bersama-sama dengan adanya alat komunikasi

media massa seperti televisyen, radio mahupun internet. Kemudahan yang kita nikmati sekarang ini adalah bukti nyata hasil kemajuan negara.

Tuntasnya, kemakmuran negara berkait rapat dengan hubungan baik antara kaum yang sama-sama mendokong usaha ini. Hubungan baik inilah yang perlu diamalkan bila-bila masa dan selamanya agar kejayaan yang kita nikmati kini tidak ranap begitu sahaja setelah hampir 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.

KONSEP 1MALAYSIA

1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,

berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang

terpisah dari dasar- dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-

Page 9: 1 Malaysia

pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan

pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.

Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu

Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat

Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui

Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila

rakyat nya bersatu padu.

Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain

di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.

Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap

kaum di Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum

yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum

akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum

yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang

memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih

dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh.

Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

• Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020. • 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara • Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan

semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.

• Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini

dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada

perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan

berjalan dengan lebih lancar.

Page 10: 1 Malaysia

ASPEK - ASPEK UTAMA 1MALAYSIA Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti berikut: • Aspek Pertama – Penerapan Teras-Teras Perpaduan

Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-

komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi oleh

nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.

• Aspek Kedua – Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi

Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan

dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan

tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan

kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.

TERAS-TERAS PERPADUAN 1. Penerimaan

1Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum

yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-mata.

2. Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan:

a. Perlembagaan Persekutuan

b. Rukun Negara

3. Keadilan Sosial

Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf

kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan

Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini pula didokongi oleh nilai- nilai murni termasuk nilai-nilai berikut:

• Hormat-menghormati : Hormat menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya kaum lain.

Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan

peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum.

• Rendah hati (Tawadhuk): Rasa rendah hati atau Tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah rakyat dalam satu

negara yang sama dan kita perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah

setiap individu ada kelemahan dan kelebihan nya yang sendiri, dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masing-masing

demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara.

Page 11: 1 Malaysia

• Kesederhanaan: Ialah pendekatan sederhana dalam apa jua isu yang berbangkit. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti

Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima kerana ia boleh membawa kepada masalah

ketidakstabilan sosial yang lebih parah.

• Berbudi-bahasa: Budi-bahasa ialah tuturkata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan

kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana

kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat.

Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Dalam melaksanakan aspek kedua gagasan 1Malaysia, nilai-nilai berikut perlu diberi penekanan :

• Budaya Berprestasi Tinggi : Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik.

Sikap sambil lewa dan “acuh tak acuh”tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

• Budaya Ketepatan : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju,rakyat Malaysia perlu dikenali

dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan

kewajipan.

• Budaya Ilmu: Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang

tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu

sepanjang hayat.

• Integriti : Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar

bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap

dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.

• Ketabahan: Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak

mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua

bidang yang diceburi.

• Kesetiaan: Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta.

• Kebijaksanaan: Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-

perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana- mana pihak yang lain.

• Budaya Inovasi : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis

Page 13: 1 Malaysia

Page 1 of 1 • Share • Actions !

   

Konsep 1 Malaysia

  ZiAmUn(U6A/'10) on Sat Sep 26, 2009 12:43 am

Konsep 1 Malaysia ( Penjelasan Mengenai Lapan Nilai)

1. PengenalanRakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Page 14: 1 Malaysia

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts: 114Join date: 2009-05-14Age: 19

 

Page 15: 1 Malaysia

Re: Konsep 1 Malaysia

  ZiAmUn(U6A/'10) on Sat Sep 26, 2009 12:50 am

2. DefinisiKonsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

3. Perbazaan antara konsep 1 Malaysia dengan Konsep Malaysian MalaysiaBerpandukan definisi konsep 1 Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1 Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:

3.1. “Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza”.

3.2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.

4. Kedudukan konsep 1 MalaysiaKonsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

5. Hubungan konsep 1 Malaysia dengan dasar-dasar kerajaan terdahuluPerkaitan antara konsep 1 Malaysia dan dasar-dasar megara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan “konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu.

Page 16: 1 Malaysia

Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

6. Matlamat‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts: 114Join date: 2009-05-14Age: 19

 

Page 17: 1 Malaysia

Re: Konsep 1 Malaysia

  ZiAmUn(U6A/'10) on Sat Sep 26, 2009 12:51 am

7. NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. Budaya kecemerlangan2. Ketabahan3. Rendah hati4. Penerimaan5. Kesetiaan6. Meritokrasi7. Pendidikan8. Integriti

7.1. BUDAYA KECEMERLANGAN

Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.

7.1.1 Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.

7.1.2 Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.

7.1.3 Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.

7.1.4. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.

7.2. KETABAHAN

Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya

Page 18: 1 Malaysia

tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

7.2.1 Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.

7.2.2 Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.

7.2.3. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.

7.2.4. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.

7.2.5 Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya

7.2.6 Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan

7.5.7 Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

7.3 RENDAH HATI

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.

7.3.1 Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.

7.3.2 Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.

7.3.3 Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.

7.3.4 Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.

7.3.5 Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.

Page 19: 1 Malaysia

7.4. PENERIMAAN

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

7.4.1 Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.

7.4.2 Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.

7.4.3 Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.

7.4.4 Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.7.4.5. Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.

7.5 KESETIAAN

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

7.5.1 Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan.

7.5.2 Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.

7.5.3 Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.

7.5.4 Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas

Page 20: 1 Malaysia

terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.

7.5.5 Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.

7.5.6 Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.

7.5.7 Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.

7.5.8 Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.

7.5.9 Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.

7.5.10.Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

7.6 MERITOKRASI

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

7.6.1 Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baikatau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut..

7.6.2 Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.

7.6.3 Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.

7.6.4 Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

7.6.5 Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga,

Page 21: 1 Malaysia

produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.

7.6.6 Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.

7.7 PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

7.7.1 Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.

7.7.2 Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.

7.7.3 Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.

7.7.4 Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.

7.7.5 Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.

7.8 INTEGRITI

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

7.8.1 Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.

7.8.2 Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.

7.8.3 Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

7.8.4 Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji

Page 22: 1 Malaysia

boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.

7.8.5 Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan

7.8.6 Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah.

7.8.7 Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts: 114Join date: 2009-05-14Age: 19

 

Re: Konsep 1 Malaysia

  ZiAmUn(U6A/'10) on Sat Sep 26, 2009 12:52 am

8. KESIMPULANKonsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat

Page 23: 1 Malaysia

menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts: 114Join date: 2009-05-14Age: 19

 

Page 24: 1 Malaysia

Re: Konsep 1 Malaysia

  CikguPA on Sun Oct 11, 2009 10:59 am

Gagasan 1Malaysia teras konsep ekonomi baruIPOH 10 Okt. - Gagasan 1Malaysia akan menjadi teras kepada konsep ekonomi baru untuk mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Menurutnya, konsep tersebut diwujudkan bukan hanya untuk menyatukan masyarakat tetapi mengembangkan pengaruh ekonomi negara ke peringkat global.

''Orang Arab tidak ada kemampuan (bahasa dan budaya) untuk pergi ke China, India dan Indonesia. Jadi, mereka bekerjasama dengan syarikat dari Malaysia kerana kita mempunyai rakyat yang berasal dari negara-negara tersebut.

''Kepelbagaian kaum yang ada di negara ini boleh menjadi aset berharga Malaysia untuk memperluaskan pengaruh ekonomi negara di peringkat Asia Tenggara, Asia dan dunia," katanya selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada masyarakat India di Tambun hari ini.

Ahmad Husni berkata, negara-negara lain mengakui kekuatan Malaysia terletak pada kepelbagaian kaum yang tiada pada mereka.

''Semasa Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia di Turki baru-baru ini, menteri-menteri kewangan negara lain memberitahu saya kekuatan negara kita terletak pada kepelbagaian kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang tidak ada di negara-negara mereka.

''Pengalaman hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini juga memudahkan syarikat-syarikat negara seperti Petronas dan Telekom menyesuaikan diri apabila melabur ke luar negara," ujarnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi, Malaysia perlu meningkatkan kualiti kemahiran serta ilmu rakyatnya dan tanggungjawab tersebut perlu dipikul bersama oleh kerajaan serta ibu bapa.

''Kita tidak seharusnya menjual produk kita ke luar negara kerana ia murah tetapi kerana ia berkualiti tinggi pada kos yang rendah," katanya.

Page 25: 1 Malaysia

Menurutnya, kerajaan yakin dapat mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi sebelum 2020 dengan pelbagai rancangan yang sedang dilakukan termasuk Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA).

Perspektif Wawasan 2020

Latarbelakang 

Page 26: 1 Malaysia

Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia-Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".

Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara.

Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.

Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.   Objektif

Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini diperturunkan sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:

(i)  Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara;

(ii)  Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;

Page 27: 1 Malaysia

(iii)  Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;

(iv)  Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi;

(v)  Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

(vi)  Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;

(vii)  Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;

(viii)  Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum; dan

(ix)  Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,   dinamik, giat dan kental.

Perspektif

Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini ialah:-

(i)  Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit.

Page 28: 1 Malaysia

Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.

(ii)  Negara Perindustrian Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini bukan sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.   

Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara perindustrian pertumbuhan ekonomi yang amat pesat amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengan sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranan sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi jentera Pertumbuhan.   (iii)  Keadilan Ekonomi dan Sosial Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi penwujudan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir.

Pernyataan Wawasan ini adalah mempakan penegasan semula keatas isu yang sentiasa diberi dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar bandar. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki ketidak-adilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan Malaysia Keenam.

(iv)  Moral dan Etika Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan mewujudkan

Page 29: 1 Malaysia

kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam) akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.

(v)  Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan hakikat bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara. Ini membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat. Penegasan ini amatlah benar kerana keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat penyayang dan budaya menyayangi) sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna   . 

Penutup

Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan lain-lain.

Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan keada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik