1 | p e l a n a n t i r a s u a h o r g a n i s a s i ( o ......amanat jawatankuasa lembaga pengarah...
TRANSCRIPT
2 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
“Kerajaan mengutamakan usaha-usaha untuk membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa.” YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN Perdana Menteri Malaysia Sumber: Ucapan Sulung sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara 1 Mac 2020.
3 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
Hak Cipta Terpelihara
Indah Water Konsortium Sdn Bhd
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada buku ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga, sama ada secara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Unit Integriti dan Governans (IGU),
Indah Water Konsortium Sdn Bhd terlebih dahulu.
Diterbitkan oleh:
Indah Water Konsortium Sdn Bhd
No. 44 Jalan Dungun,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : +603 2780 1100
Fax : +603 2780 1101
Emel : [email protected]
4 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
“IWK komited untuk mewujudkan
persekitaran yang sentiasa bersih dan
bebas daripada sebarang gejala rasuah
dan salah guna kuasa yang boleh
memberi imej dan persepsi buruk
kepada organisasi” YB Tuan Hj Ahmad Johnie Hj Zawawi
Pengerusi IWK
5 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
AMANAT
KEPIMPINAN
7 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
AMANAT BIGC
8 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
Amanat Jawatankuasa Lembaga Pengarah Integriti dan Governans (BIGC)
Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) IWK 2020-2022 dibangunkan selaras dengan
arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2018 untuk Pemantapan Governans,
Integriti dan Anti Rasuah dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia. Ia
merupakan komitmen IWK untuk membanteras gejala rasuah dan salah guna kuasa
di samping mewujudkan persekitaran organisasi yang berintegriti serta mempunyai
tadbir urus dan governans yang baik.
Proses penggubalan dan pembangunan pelan ini telah melalui sesi libat urus yang
meliputi Jawatankuasa Lembaga Pengarah Integriti dan Governans dan Pengurusan
Tertinggi IWK yang memperlihatkan persetujuan dan komitmen semua pemegang
taruh untuk komited dan menyumbang kepada pembangunan pelan.
Jawatankuasa Lembaga Pengarah Integriti dan Governans (BIGC) adalah
Jawatankuasa bebas yang ditubuhkan khas dan komited untuk memantau
pelaksanaan IGU dan membantu Ahli Lembaga Pengarah (ALP) mengawasi
keseluruhan isu rasuah, penipuan, penyelewengan dan tingkah laku yang tidak
beretika dalam IWK. Ia juga bertanggungjawab mengawasi pelaksanaan IGU bagi
mencapai objektifnya. BIGC melapor terus kepada ALP. Pengerusi dan ahli
jawatankuasa bebas adalah dilantik oleh ALP.
Pemantauan dan penilaian bagi pencapaian dan kemajuan setiap inisiatif yang
dilaksanakan akan dipantau oleh BIGC. Sekarang tiba masanya untuk warga IWK
bersama-sama menggembeleng seluruh kekuatan yang ada bagi merealisasikan dan
menterjemah pelan ini dalam bentuk pelaksanaan agar akhirnya visi, misi dan
matlamat OACP 2020-2022 berjaya dicapai. Kami percaya integriti akan terus menjadi
DNA warga IWK. Syabas.
Sekian. Terima kasih,
………..………………………………………… YBRS. PN. RAFIDAH OMAR
PENGERUSI BIGC IWK
9 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
PENYATAAN
KOMITMEN
11 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
RINGKASAN EKSEKUTIF
OACP IWK 2020-2022 ini adalah susulan pelancaran NACP oleh YAB Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke -7 pada 29 Januari 2019 dan
Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2019 berkaitan Pemantapan Governans,
Integriti dan Anti Rasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia:
Pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Nasional. OACP ini merupakan dokumen utama IWK
yang menggariskan tindakan menyeluruh dalam memerangi rasuah.
12 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
SINGKATAN ABMS ANTI-BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM MS ISO 37001:2016
ALP AHLI LEMBAGA PENGARAH
BIGC JAWATANKUASA LEMBAGA PENGARAH INTEGRITI DAN GOVERNANS
BPA BIRO PENGADUAN AWAM
BPEC BUSINESS PROPOSAL EVALUATION COMMITTEE
BPRM BAHAGIAN PENGURUSAN REKOD DAN MAKLUMAT
CIP IKRAR INTEGRITI KORPORAT
CISM CORPORATE INTEGRITY SYSTEM MALAYSIA
CPI CORRUPTION PERCEPTION INDEX
CRA CORRUPTION RISK ANALYSIS
CRM CORRUPTION RISK MANAGEMENT
GIACC PUSAT GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTI RASUAH NASIONAL
GTP PELAN TRANSFORMASI KERAJAAN 2010
GTP 2.0 PELAN TRANSFORMASI KERAJAAN 2.0 2012
IBR IKRAR BEBAS RASUAH
IGU UNIT INTEGRITI DAN GOVERNANS
IMS INTEGRATED MANAGEMENT SYSTEM
IWK INDAH WATER KONSORTIUM SDN BHD
JAR JAWATANKUASA ANTI RASUAH
JKKMAR JAWATANKUASA KHAS KABINET MENGENAI ANTI RASUAH
KASA KEMENTERIAN ALAM SEKITAR & AIR
LRK LOJI RAWATAN KUMBAHAN
MACC ACT 2009 MALAYSIAN ANTI-CORRUPTION COMMISSION ACT 2009
MYCC SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA
MOF KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
NACP PELAN ANTI RASUAH NASIONAL 2019-2023
NC NON-CONFORMITY
OACP ORGANISATIONAL ANTI-CORRUPTION PLAN
OECD ORGANIZATION FOR ECONOMIC CO-OPERATION AND DEVELOPMENT
OFI OPPORTUNITY FOR IMPROVEMENT
PBT PIHAK BERKUASA TEMPATAN
PIN PELAN INTEGRITI NASIONAL 2004
SOE SYARIKAT MILIK KERAJAAN
SOP PROSEDUR OPERASI STANDARD
SPAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA
SPRM SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
SIRIM STANDARDS & INDUSTRIAL RESEARCH INSTITUTE OF MALAYSIA
TQM TOTAL QUALITY MANAGEMENT
VCOC VENDOR CODE OF CONDUCT
13 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
KANDUNGAN
AMANAT KEPIMPINAN IWK 5
AMANAT BIGC 7
PENYATAAN KOMITMEN 9
RINGKASAN EKSEKUTIF 11
SINGKATAN 12
BAB 1 PENGENALAN 15
Latarbelakang 16
Aktiviti Perniagaan IWK 17
Struktur Pengurusan, Visi, Misi & Nilai Teras 18
Dasar Integriti dan Tadbir Urus 19
Inisiatif-Inisiatif Pengukuhan Integriti dan Tadbir Urus 20
BAB 2 ISU DAN CABARAN 22
Isu & Cabaran Menangani Rasuah 23
Analisis Persekitaran dan Penilaian Risiko 24
Bidang – Bidang Berisiko 25
Huraian Data 27
BAB 3 MEMPERKASAKAN USAHA PENCEGAHAN RASUAH
31
Keperluan Kerangka OACP IWK 32
Kerangka OACP IWK 33
Mengenai Kerangka, Penetapan Visi, Misi dan Matlamat OACP
36
Analisis Kuadran 39
Keutamaan Strategi 40
BAB 4 PELAN TINDAKAN DAN INISIATIF 44
Bidang Keutamaan, Strategi, Objektif Strategik dan Inisiatif
45
14 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
BAB 5 TADBIR URUS 54
Mekanisme Pelaksanaan 55
Struktur Tadbir Urus OACP IWK 56
Mekanisme Pemantauan, Penyelarasan & Penilaian 58
Prinsip Pengurusan Anti Rasuah IWK 59
BAB 6 PENUTUP 65
RUJUKAN 66
PENGHARGAAN 67
15 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
16 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI
Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) merupakan syarikat konsesi milik penuh
Kerajaan yang telah diamanahkan untuk menjalankan operasi dan penyelenggaraan
loji rawatan kumbahan awam selaras dengan Seksyen 191, Akta Industri
Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).
Pada tahun 1994, Kerajaan telah menganugerahkan konsesi kepada IWK untuk
mengambil alih perkhidmatan pembetungan seluruh negara dari tanggungjawab
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
IWK telah menjalankan operasi dan menyelenggara sistem pembetungan hampir di
semua negeri kecuali di Sabah dan Sarawak. IWK juga sedang dalam proses untuk
mengambil alih perkhidmatan mengoperasi dan menyelenggara sistem pembetungan
awam di dua kawasan PBT di negeri Johor iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru dan
Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Sistem pembetungan yang moden dan efisien adalah amat penting bagi negara demi
memastikan air kumbahan dirawat sebelum disalirkan ke dalam sistem pengairan
(sungai, parit dan laut). Ini akan membantu negara untuk memelihara sumber air,
melindungi kesihatan awam dan mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat.
Sehingga bulan Julai tahun 2020, IWK sedang menyelenggara 8,224 loji rawatan
kumbahan dan stesen rumah pam serta lebih 20,222km rangkaian paip pembetungan.
Setiap tahun, IWK mengambil alih lebih kurang 200 loji rawatan kumbahan sama ada
daripada pihak pemaju atau jabatan kerajaan.
Kini, IWK berada dalam kedudukan yang baik untuk memikul tugas penting bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati persekitaran yang bersih dan sihat
menerusi sistem pembetungan yang diselenggarakan dengan baik.
17 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
AKTIVITI PERNIAGAAN IWK
18 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
STRUKTUR PENGURUSAN
19 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
DASAR INTEGRITI DAN TADBIR URUS
Kerajaan Malaysia sentiasa peka dan berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif bagi
menangani isu-isu integriti, governans dan anti rasuah di dalam negara. Usaha dan
inisiatif yang dijalankan adalah bagi memastikan masalah rasuah, penyalahgunaan
kuasa, pemborosan atau pembaziran dana kerajaan dapat dikurangkan dan
seterusnya dihapuskan.
Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti
Rasuah (JKKMAR) Bilangan. 1 Tahun 2018 yang dipengerusikan
oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
pada 8 Jun 2018 telah bersetuju untuk merangka, menggubal serta
membangunkan satu pelan yang strategi dan komprehensif bagi
menangani isu-isu integriti dan rasuah dalam negara yang mana
akan menggantikan Pelan Integriti Nasional (PIN). Maka dari titik
tolak tersebut lahirlah Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-
2023 yang diterajui oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah
Nasional (GIACC).
20 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
INISIATIF-INISIATIF PENGUKUHAN INTEGRITI DAN
TADBIR URUS YANG TELAH DILAKSANAKAN IWK
21 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
22 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
23 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
ISU DAN CABARAN MENANGANI RASUAH
Dalam usaha untuk membanteras dan menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa, terdapat
pelbagai isu dan cabaran yang perlu dihadapi bagi memastikan misi dan matlamat yang telah
ditetapkan dapat dicapai. Kerajaan Malaysia telah menunjukkan dengan jelas bahawa usaha
untuk membanteras jenayah rasuah dan salah guna kuasa merupakan satu agenda nasional
yang penting dan memerlukan perhatian yang serius.
Hal ini adalah kerana impak jenayah rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku telah
memberi kesan negatif kepada negara yang mana antaranya menyebabkan imej negara di
mata dunia tercalar dan akhirnya menyebabkan kerencatan pertumbuhan ekonomi negara
akibat kegagalan dan ketidakyakinan pelabur untuk melabur di negara kita.
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) adalah penanda aras yang diterima pakai oleh setiap negara
(atau global) bagi mengukur persepsi masyarakat dunia berkenaan rasuah terhadap
sesebuah negara. CPI merupakan indeks tahunan yang dikeluarkan oleh Transparency
International, sebuah badan dunia yang akan menyenaraikan peratusan tinggi rendah bagi
sesebuah negara.
Berdasarkan kepada laporan CPI tahun 2019 Malaysia berada di tangga 51 daripada 198
negara. Indeks ini memfokuskan elemen rasuah dalam sektor awam dan ahli politik dengan
melihat kepada penyalahgunaan kemudahan awam untuk kepentingan atau keuntungan
peribadi. Malaysia telah mendapat skor 51 daripada 100 dalam laporan CPI tahun lalu.
Mengambil kira fenomena-fenomena rasuah di peringkat nasional, IWK perlu meningkatkan
usaha untuk memerangi gejala rasuah dan memastikan bahawa IWK dibarisi oleh pekerja
yang berintegriti. Berdasarkan kepada analisis ke atas maklumat rasuah di Malaysia, empat
(4) punca utama rasuah telah dikenal pasti. Empat (4) punca utama rasuah tersebut adalah
seperti rajah di bawah:
24 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
ANALISIS PERSEKITARAN DAN PENILAIAN RISIKO
Semasa pembangunan OACP IWK, pelbagai data telah diperolehi sepanjang proses
penilaian risiko bagi menentukan bidang-bidang yang perlu diberi tumpuan oleh
Jabatan dalam tempoh 3 tahun ke hadapan. IWK telah melaksanakan Penilaian Risiko
Rasuah / Corruption Risk Analysis (CRA) bagi mengenal pasti risiko-risiko berkaitan
governans, integriti dan anti rasuah di IWK yang mungkin menjejaskan operasi dan
imej organisasi. Antara mekanisme yang digunakan bagi pelaksanaan penilaian risiko
adalah:
1. Input melalui kaedah pelaksanaan Corruption Risk Management (CRM).
Bengkel ini dijalankan pada 18 Febuari 2020 sehingga 20 Febuari 2020,
melibatkan pegawai-pegawai IWK daripada semua jabatan. SPRM telah
membantu dan melatih pegawai-pegawai IWK dalam merangka pelan CRM.
Pelan CRM telah dibentangkan di hadapan Jawantankuasa Lembaga
Pengarah Integriti dan Governans (BIGC) dan selanjutnya telah mendapat
kelulusan BIGC;
2. Inisiatif dan input daripada setiap jabatan yang dikemukakan semasa
Bengkel Pembangunan OACP yang telah dijalankan pada 6 Julai sehingga 8
Julai 2020;
3. Data-data dalaman organisasi seperti aduan, kes-kes tatatertib, laporan audit
dalaman dan risiko yang telah didaftarkan dan kajian kepuasan pelanggan; dan
4. Data-data daripada agensi luar seperti Biro Pengaduan Awam (BPA),
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Suruhanjaya Perkhidmatan Air
Negara (SPAN) dan Kementerian Alam Sekitar & Air (KASA) dan Bahagian
Pengurusan Rekod dan Maklumat (BPRM) SPRM; dan
5. Input yang diperolehi melalui sesi libat urus langsung bersama-sama ketua-
ketua jabatan.
25 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
BIDANG-BIDANG BERISIKO
PENGURUSAN
OPERASI
KHIDMAT
PENGURUSAN
PEROLEHAN
26 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
BIDANG-BIDANG BERISIKO DI IWK
PEROLEHAN
KHIDMAT PENGURUSAN
Berdasarkan Organization for
Economic Co-operation and
Development (OECD), perolehan
awam merujuk kepada pembelian
barangan, perkhidmatan dan kerja
oleh organisasi. Perolehan yang
dilaksanakan oleh organisasi akan
melibatkan peruntukan dan sumber
kewangan yang besar. Oleh itu setiap
organisasi perlu melaksanakannya
dengan cekap dan teratur agar
kepentingan organisasi dapat
dilindungi, tiada pembaziran dan
ketirisan sumber kewangan yang
digunakan. Fokus utama Perolehan
adalah mempertingkatkan
keberkesanan dan ketelusan
perolehan dengan memfokuskan
objektif strategik:
i. Memperkukuh kerangka perolehan dan meningkatkan ketelusan dalam perolehan.
Fokus utama Khidmat Pengurusan
adalah meningkatkan kecekapan
Khidmat Pengurusan secara
keseluruhannya dengan
memfokuskan empat (4) objektif
strategik:
i. Menambah baik pengurusan
pentadbiran dan sumber
manusia;
ii. Urus selia permohonan
tuntutan perbelanjaan kerja
oleh kakitangan;
iii. Pemantauan dan uruselia
laporan maklumat syarikat
kepada media dan
pemegang taruh; dan
iv. Mengukuhkan sistem
pengurusan kewangan.
PENGURUSAN OPERASI
Pengurusan Operasi adalah faktor penting yang mencerminkan IWK. Justeru
itu, fokus utama pengurusan operasi adalah Memantapkan Kecekapan,
Ketelusan dan Integriti dalam Menguruskan Operasi dengan memfokuskan
kepada empat (4) strategi:
i. Menambah baik pengurusan pembangunan sistem pembetungan;
ii. Mengekang potensi pemalsuan pengeluaran surat pengesahan siap kerja
pembetungan;
iii. Memastikan kepatuhan terhadap pembuangan efluen mengikut standard
yang ditetapkan oleh undang-undang terpakai; dan
iv. Memastikan kerja menyah enapcemar (desludging) dilunaskan dengan
penuh ketelusan dan berintegriti.
27 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
HURAIAN DATA
Dalam usaha mengenal pasti risiko-risiko berkaitan governans, integriti dan rasuah di
IWK yang mungkin menjejaskan operasi dan imej organisasi. Jawatankuasa OACP
IWK telah menganalisa beberapa data yang berkaitan bagi membantu menyenaraikan
risiko-risiko sedia ada yang melibatkan data-data:
i. Huraian Data CRM
Pengurusan risiko rasuah merupakan satu kaedah pengurusan untuk mengenal pasti,
memperbaiki dan memperkemaskan lagi sistem operasi dan kawal selia pelaksanaan
sesuatu aktiviti organisasi. Melalui pendekatan ini sebarang ruang salah guna kuasa,
penyelewengan dan risiko jenayah rasuah dapat dikesan di peringkat awal dan diambil
tindakan pembetulan yang sewajarnya melalui penyediaan Pelan Pengurusan Risiko
Rasuah.
Penilaian risiko dilaksanakan untuk:
i. Mengenal pasti risiko rasuah di mana kemungkinan terdapat penglibatan
organisasi;
ii. Membuat analisis, penilaian serta memberi keutamaan kepada risiko rasuah
yang telah dikenal pasti; dan
iii. Membuat penilaian terhadap kesesuaian dan keberkesanan kawalan sedia ada
organisasi bagi mengatasi risiko-risiko rasuah yang telah dikenal pasti.
Enam Kluster telah dikenal pasti iaitu:
i. Kluster Pengurusan;
ii. Kluster Projek Khas;
iii. Kluster Teknikal/Operasi;
iv. Kluster Pemantauan & Penilaian;
v. Kluster It & Pengurusan Pelanggan; dan
vi. Kluster Kewangan & Perolehan.
28 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
Rajah 2: Huraian Data CRM
Berdasarkan kepada Rajah 2 tersebut, 47% adalah berada dalam kategori
“Significant”. Kluster yang menyumbang kepada peratusan risiko ini adalah Kluster
Pemantauan & Penilaian, Kluster Projek Khas dan Kluster IT & Pengurusan
Pelanggan. Kluster Kewangan & Perolehan dan Kluster Projek Khas menyumbang
kepada kategori risiko “High” iaitu 20%. Risiko berada dalam kategori “Moderate”
adalah 20% dan Kluster Pengurusan dan Kluster Teknikal Operasi berada di dalam
kategori risiko ini. Risiko berkategori “Low” adalah berjumlah 13% dan Kluster yang
terlibat adalah Kluster IT & Pengurusan.
20%
47%
20%
13%
Total
1.High
2.Significant
3.Moderate
4.Low
29 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
ii. Data Dalaman
Data dalaman organisasi diperolehi daripada sumber-sumber aduan, kes-kes
tatatertib, laporan audit dalaman dan risiko yang telah didaftarkan dan juga kajian
kepuasan pelanggan.
Rajah 3: Statistik Kes IGU dari tahun 2015 sehingga 2019
Berdasarkan kepada statistik Rajah 4 di bawah, jelas menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan dari segi keyakinan warga IWK terhadap pelaporan di bawah
Polisi Pemberi Maklumat (Whistleblowing Policy). Pendekatan yang telah dijalankan
oleh IGU melalui taklimat integriti, kursus-kursus dan penyampaian maklumat melalui
lensa integriti telah membuahkan hasil yang positif.
Rajah 4: Laporan Tidak Bernama vs Bernama
30 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
iii. Huraian data agensi luar
Data agensi luar diperoleh daripada Biro Pengaduan Awam (BPA), Kementerian
Kewangan Malaysia (MOF), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan
Kementerian Alam Sekitar & Air (KASA) dan Bahagian Pengurusan Rekod dan
Maklumat (BPRM) SPRM.
Rajah 5: Statistik Rekod Aduan Melibatkan Organisasi dari tahun 2015 – Oktober 2019
Berdasarkan kepada analisis data aduan yang diterima dari BPA, MOF, SPAN, KASA,
dan BPRM SPRM, data aduan yang tertinggi adalah bagi kategori Governans pada
tahun 2018. Aduan bagi kategori Rasuah pula dapat dilihat dengan jelas penurunan
kes yang amat membanggakan dari tahun 2015 hingga 2019. Justeru itu, pendekatan
yang dijalankan oleh IGU seharusnya dikekalkan dan ditambah baik bagi memberi
kesedaran kepada warga IWK berkenaan isu-isu rasuah.
0
5
10
15
20
25
2015 2016 2017 2018 2019
Rasuah Integriti Governans
31 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
32 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
KEPERLUAN KERANGKA OACP IWK
Kerajaan telah melancarkan NACP 2019-2023 bagi menggantikan PIN dan NKRA-
Membanteras Rasuah. NACP yang telah dibangunkan adalah lebih menyeluruh dan
berupaya memberi impak positif yang berkekalan.
Dalam melangkah senario masa hadapan, IWK sentiasa menyokong usaha kerajaan
dalam membanteras rasuah. Bagi tujuan ini, IWK telah mengambil inisiatif selari
dengan Inisiatif 6. 2. 1 Pelan Anti Rasuah Nasional di bawah Strategi 6: Memupuk
Tadbir Urus Baik Dalam Entiti Korporat iaitu “……. Mewajibkan Syarikat Milik Kerajaan
(SOEs) yang dikawal selia oleh badan kawal selia untuk membangunkan OACP
……..”. OACP IWK adalah merupakan suatu dokumen anti rasuah di peringkat
organisasi bagi menangani permasalahan dan kelemahan integriti, governans dan
anti rasuah di IWK.
Bagi mencapai matlamat tersebut, IWK telah menetapkan tiga (3) strategi utama
khususnya dalam bidang yang berisiko tinggi iaitu bidang Perolehan, Khidmat
Pengurusan dan Pengurusan Operasi. Tiga (3) strategi tersebut ialah:
Melalui langkah yang telah ditetapkan ini, IWK berharap agar ia dapat meningkatkan
kecekapan, ketelusan dan integriti IWK sekali gus melonjakkan imej organisasi di
persada nasional dan antarabangsa. Hasilnya, OACP menggariskan sebuah
kerangka yang memayungi strategi dengan komprehensif dalam memerangi rasuah
secara menyeluruh yang merangkumi kehendak pemegang taruh IWK.
33 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
VISI
MISI
MATLAMAT
BIDANG KEUTAMAAN
STRATEGI
34 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
MEMBENTUK WARGA IWK YANG BERINTEGRITI
Memperkasa dan memperkukuhkan governans, integriti
dan anti rasuah warga IWK.
Meningkatkan kecekapan ketelusan dan akauntabiliti berasaskan tadbir urus baik
dan membudayakan amalan nilai murni dalam
kalangan warga IWK.
Memperkemaskan jati diri warga IWK dalam
memastikan ketelusan dan integriti untuk mewujudkan persekitaran bebas rasuah.
Menghapuskan atau meminimakan salah laku yang melibatkan rasuah dan integriti
dalam kalangan warga IWK dengan
menyediakan alternatif.
Penambahbaikan berterusan khidmat
pengurusan organisasi dan pelestarian budaya kerja
yang profesional, telus dan berintegriti.
Menyediakan hala tuju dan bimbingan kepada warga
IWK supaya dapat mewujudkan suasana kerja
yang mementingkan semangat berpasukan, harmoni, berintegriti,
bermoral, beretika serta mempunyai minda kelas
pertama.
PEROLEHAN
KHIDMAT PENGURUSAN
PENGURUSAN OPERASI
Mempertingkatkan keberkesanan dan
ketelusan perolehan.
Memperkukuhkan kecekapan khidmat
pengurusan.
Memantapkan kecekapan, ketelusan dan integriti dalam menguruskan
operasi.
35 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI IWK 2020-2022
3 BIDANG KEUTAMAAN
37
9
3
PELAN TINDAKAN/ INISIATIF
OBJEKTIF STRATEGIK
STRATEGI
36 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
MENGENAI KERANGKA OACP
Kerangka OACP IWK secara umumnya menggariskan tiga (3) misi penting yang
mendukung kepada halatuju ke arah Membentuk Warga IWK yang Berintegriti. Misi
ini secara ringkasnya menekankan kepada keperluan perkhidmatan IWK yang cekap
dan telus, pematuhan kepada undang-undang pencegahan rasuah serta pengukuhan
integriti seluruh warga IWK.
IWK adalah sebuah syarikat konsesi milik penuh
Kerajaan bagi menjalankan operasi dan
menyelenggara sistem pembetungan hampir di
semua negeri kecuali di Sabah dan Sarawak. Sistem
pembetungan yang moden dan efisien adalah amat
penting bagi negara demi memastikan air kumbahan
dirawat sebelum disalirkan ke dalam sistem
pengairan (sungai, parit dan laut). Ini akan membantu
negara untuk memelihara sumber air, melindungi
kesihatan awam dan mewujudkan persekitaran yang
bersih dan selamat. Bagi membentuk warga IWK
berintegriti, OACP IWK telah dirangka selaras dengan
Visi dan Misi IWK itu sendiri. Visi OACP ini diharap
dapat dicapai sekali gus masyarakat dapat merasai
kehadiran dan perkhidmatan pembetungan yang
disampaikan oleh IWK.
VISI
MEMBENTUK WARGA IWK
YANG BERINTEGRITI
37 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
MEMPERKASA DAN MEMPERKUKUHKAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTI RASUAH WARGA IWK
IWK melihat sebarang pelaksanaan tugasan seharian bagi semua bidang adalah berdasarkan punca kuasa dan tertakhluk kepada peraturan sedia ada yang telah dirangka dan disusun sebaiknya. Walau bagaimanapun, kekhilafan dalam penguatkuasaan peraturan sedia ada dan ketirisan dalam pelaksanaan peraturan serta arahan yang berkuatkuasa tidak boleh dipandang enteng. IWK menetapkan misi utama OACP adalah untuk memperkasa dan memperkukuhkan pematuhan terhadap integriti.
MENINGKATKAN KECEKAPAN KETELUSAN DAN AKAUNTABILITI BERASASKAN TADBIR URUS BAIK DAN
MEMBUDAYAKAN AMALAN NILAI MURNI DALAM KALANGAN WARGA IWK
Nilai murni meliputi pelbagai ruang lingkup dengan pengamalan nilai murni semasa pelaksanaan tugasan bagi warga IWK adalah amat dititik beratkan. Pengamalan nilai murni di organisasi perlu diperbaiki sekali gus dapat meningkatkan kecekapan dan ketelusan dalam tadbir urus. Pencapaian misi ini akan dapat menyokong visi OACP dalam melahirkan warga IWK yang berintegriti khasnya.
MEMPERKEMASKAN JATI DIRI WARGA IWK DALAM MEMASTIKAN KETELUSAN DAN INTEGRITI UNTUK MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BEBAS RASUAH.
Persekitaran bebas rasuah akan menzahirkan mutu perkhidmatan yang berkualiti dan mantap. Bagi menzahirkan misi ini, jati diri warga IWK perlu diperkemaskan di mana ianya merupakan teras dan lambang keperibadian setiap individu lantaran memberi gambaran terhadap organisasi mereka berkhidmat.
MISI
38 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
BAGI MEREALISASIKAN VISI DAN MISI OACP, IWK TELAH MENETAPKAN TIGA (3) MATLAMAT UTAMA
IAITU:
1. Menghapuskan atau meminimakan salah laku yang
melibatkan rasuah dan integriti dalam kalangan warga
IWK dengan menyediakan alternatif;
2. Penambahbaikan berterusan khidmat pengurusan
organisasi dan pelestarian budaya kerja yang
profesional, telus dan berintegriti; dan
3. Menyediakan hala tuju dan bimbingan kepada warga
IWK supaya dapat mewujudkan suasana kerja yang
mementingkan semangat berpasukan, harmoni,
berintegriti, bermoral, beretika serta mempunyai minda
kelas pertama.
MATLAMAT
39 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
ANALISA KUADRAN
Hasil analisis kuadran yang telah dilaksanakan, sebanyak 11 pelan tindakan akan
diberi keutamaan berdasarkan punca rasuah dan salah laku integriti yang ditemui. 11
inisiatif ini ditentukan berdasarkan analisa tahap impak dan tahap kompleksiti
pelaksanaannya. Enam (6) inisiatif yang dikenal pasti berada dalam kelompok
Kuadran A, Selebihnya tiga (3) inisiatif yang dikenal pasti berada dalam kelompok
Kuadran B, dua (2) inisiatif yang dikenal pasti berada dalam kelompok Kuadran C,
dan kosong (0) inisiatif yang dikenal pasti berada dalam kelompok Kuadran D.
Ringkasan 11 pelan tindakan berkenaan adalah seperti berikut:
STRATEGI 1: Mempertingkatkan Keberkesanan Dan Ketelusan Perolehan
STRATEGI 2: Memperkukuhkan Kecekapan Khidmat Pengurusan
STRATEGI 3: Memantapkan Kecekapan, Ketelusan Dan Integriti Dalam
Menguruskan Operasi
40 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
KEUTAMAAN STRATEGI: PENEKANAN 11 INISIATIF
Ringkasan berikut menunjukkan 11 inisiatif yang perlu diberi keutamaan daripada 37
keseluruhan yang telah dikenal pasti. Ia berdasarkan tiga (3) strategi utama berkaitan
Bidang Keutamaan Perolehan, Khidmat Pengurusan dan Pengurusan Operasi. 11 pelan
tindakan daripada 37 pelan tindakan yang disenaraikan sebagaimana berikut:
NO. PELAN TINDAKAN/INISIATIF KUADRAN STRATEGI
1. Memperkenalkan pelaksanaan Ujian Tapisan Integriti (Ujian Psikometrik) kepada semua pegawai yang terlibat dalam perolehan.
A Strategi 1
2. Memastikan pelaksanaan pengauditan pematuhan perolehan.
B Strategi 1
3. Memperluas penggunaan e-perolehan secara menyeluruh sebagai langkah mengautomasi proses penilaian.
C Strategi 1
4.
Mendapatkan khidmat Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk memberikan taklimat kepada pembekal berdaftar.
C Strategi 1
5. Memperkenalkan sudut IGU dan Integrity Kit di semua pejabat IWK.
A Strategi 2
6.
Menambah baik sistem kerja melalui Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan pengurusan ditadbir dengan telus, cekap dan berintegriti.
B Strategi 2
7.
Menyediakan kakitangan dengan kursus/latihan khas berkaitan prosedur Integrated Management System (IMS) yang merangkumi kawalan maklumat sulit.
A Strategi 2
8.
Membantu dan menyokong IGU dalam pengauditan, penyiasatan dan penilaian risiko berkenaan hal berkaitan integriti, governans dan rasuah.
B Strategi 2
41 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
NO. PELAN TINDAKAN/INISIATIF KUADRAN STRATEGI
9.
Memastikan tidak berlaku kerja-kerja yang tidak melalui saluran yang sahih (unauthorised desludging and responsive network services) dengan: i. Menyemak semula SOP apabila diperlukan dari masa ke semasa; dan ii. Memberi taklimat refresher tentang SOP yang telah ditambah baik.
A Strategi 3
10.
Menambah baik pemantauan dan kawalan dalaman secara berkala dengan: i. Menyemak SOP apabila diperlukan dari masa ke semasa; ii. Kakitangan yang berkenaan diberi penerangan berhubung SOP yang telah disemak semula; dan iii. Meningkatkan sistem pemantauan dan kawalan seperti Early Warning System (EWS).
A Strategi 3
11.
Pengeluaran Surat Pengesahan Siap Kerja Pembetungan mempunyai QR Code khususnya dan pemantauan serta kawalan berterusan akan dijalankan dengan penuh kebertanggungjawaban.
A Strategi 3
42 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
43 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
44 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
• Bidang Keutamaan • Strategi • Objektif Strategik
• Pelan Tindakan & Inisiatif
45 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
BIDANG KEUTAMAAN: PEROLEHAN
STRATEGI 1: MEMPERTINGKATKAN KEBERKESANAN DAN KETELUSAN
PEROLEHAN
OBJEKTIF STRATEGIK 1.1: Memperkukuh Kerangka Perolehan Dan Meningkatkan
Ketelusan Dalam Perolehan
BIL. PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA
1.
Memperkenalkan pelaksanaan
Ujian Tapisan Integriti (Ujian
Psikometrik) kepada semua
pegawai yang terlibat dalam
perolehan.
Unit Integriti &
Governans
Semua Jabatan
24 Bulan Sekali
2.
Memperkasakan aspek
pengukuhan dan pematuhan
integriti dengan melaksanakan
kursus/latihan kepada
kakitangan.
Unit Integriti &
Governans Berterusan
3.
Memperkasakan aspek
pengukuhan dan pematuhan
integriti dengan memasukkan
sesalinan Kod Tatalaku Bagi
Pembekal (Vendor Code of
Conduct/ VCOC) dalam dokumen
tender bagi memastikan
Pembekal memahami pendirian
organisasi mengenai rasuah.
Semua Jabatan
Berterusan
4.
Mengenakan tindakan punitif
yang lebih tegas dan berat i.e.
surcaj, penangguhan kenaikan
pangkat atau kenaikan gaji.
Jabatan Modal Insan
dan Pentadbiran
Berterusan
5.
Memperluaskan penggunaan e-
Perolehan secara menyeluruh
sebagai langkah mengautomasi
proses penilaian.
Jabatan Perolehan Berterusan
46 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
BIL. PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA
6.
Memperkukuhkan pengetahuan
dan kemahiran melalui latihan
tatacara perolehan kepada
pegawai bertanggungjawab.
Jabatan Perolehan
Jabatan Modal Insan
dan Pentadbiran
Berterusan
7.
Memastikan pelaksanaan
pengauditan pematuhan
perolehan.
Jabatan Audit Dalaman
& Pengurusan Risiko Berterusan
8.
Mendapatkan khidmat
Suruhanjaya Persaingan
Malaysia (MyCC) untuk
memberikan taklimat kepada
pembekal berdaftar.
Jabatan Perolehan Suku Keempat 2021
9.
Sentiasa membuka peluang
kepada pembekal (vendor) baru
supaya tidak ada unsur-unsur
“favoritism”.
Jabatan Komunikasi
Korporat Berterusan
47 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
BIDANG KEUTAMAAN: KHIDMAT PENGURUSAN
STRATEGI 2: MEMPERKUKUHKAN KECEKAPAN KHIDMAT PENGURUSAN
OBJEKTIF STRATEGIK 2.1: Menambah baik Pengurusan Pentadbiran Dan Sumber
Manusia
BIL. PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA
10.
Menguatkuasakan pusingan
kerja (job rotation) dan padanan
kerja (job matching) untuk
mengelakkan konflik
kepentingan (conflict of interest)
terhadap kakitangan yang
memegang jawatan berisiko
tinggi bagi semua jabatan
berpandukan kepada “Term of
Reference – Staff Rotation”.
Jabatan Modal Insan &
Pentadbiran
Akan dilaksanakan
tertakhluk kepada
keperluan organisasi
11.
Melaksanakan tapisan integriti
bagi penempatan
pegawai/kakitangan terutamanya
di bahagian/unit yang berisiko.
Jabatan Modal Insan &
Pentadbiran Berterusan
12.
Menyediakan kursus/latihan khas
dan on the job training yang
berkaitan untuk
pegawai/kakitangan sedi ada
dan menilai serta menyemak
semula Competency Gap Matrix
atau Training Needs Analysis,
yang berkaitan bagi
meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan kewibawaan
dalam melaksanakan kerja
secara cekap dan berkesan.
Jabatan Modal Insan &
Pentadbiran Berterusan
13.
Menyediakan kursus/latihan khas
dan on the job training yang
berkaitan untuk lantikan baru bagi
meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan kewibawaan
dalam melaksanakan kerja
secara cekap dan berkesan.
Jabatan Modal Insan &
Pentadbiran
Berter
48 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
BIL. PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA
14.
Menyediakan kakitangan dengan
kursus/latihan khas berkaitan
prosedur Integrated Management
System (IMS) yang merangkumi
kawalan maklumat sulit dengan
meningkatkan prosedur IMS,
meningkatkan kesedaran
kakitangan berkenaan maklumat
dan rekod sulit dan juga
komunikasi berterusan mengenai
kawalan maklumat sulit.
Jabatan Perancangan
Korporat 12 Bulan
15
Menambah baik sistem kerja
melalui Prosedur Operasi
Standard (SOP) bagi
memastikan pengurusan
pentadbiran ditadbir dengan
telus, cekap dan berintegriti.
Semua Jabatan 24 Bulan
16.
Memperkenalkan soalan-soalan
berunsur rasuah, integriti dan
governans melalui notifikasi atau
pop up di komputer kakitangan
apabila kakitangan log masuk
komputer.
Jabatan Teknologi
Maklumat
Unit Integriti &
Governans
2021
17.
Membantu dan menyokong IGU
dalam pengauditan, penyiasatan
dan penilaian risiko berkenaan
hal berkaitan integriti, governans
dan rasuah.
Jabatan Audit Dalaman
& Pengurusan Risiko Setiap Tahun
18.
Memperkenalkan sudut IGU dan
Integrity Kit di semua pejabat
IWK.
Integriti & Governans
Unit 2021
49 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
OBJEKTIF STRATEGIK 2.2: Urus Selia Permohonan Tuntutan Perbelanjaan Kerja
Oleh Kakitangan
BIL. PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA
19.
Mematuhi peraturan syarikat
sepanjang masa berkenaan
tuntutan perbelanjaan
kakitangan yang mana kelulusan
adalah berlandaskan kepada
Financial Authority Limit (FAL).
Jabatan Komunikasi
Korporat Berterusan
20.
Merancang dengan rapi
berkenaan urusan tuntutan
perjalanan dan barangan
mengikut kelulusan bajet
berlandaskan kepada Had
Kuasa Kewangan/ Financial
Authority Limit (FAL) serta
membuat pemantauan.
Jabatan Komunikasi
Korporat Berterusan
OBJEKTIF STRATEGIK 2.3: Pemantauan dan Urus Selia Laporan Maklumat Syarikat
Kepada Media dan Pemegang Taruh
BIL. PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA
21.
Menyedia laporan tepat melalui
semakan menerusi pegawai
yang bertanggungjawab, seperti
Pengurus Kanan, Ketua Pejabat
Operasi dan Ketua Jabatan.
Jabatan Komunikasi
Korporat Berterusan
22.
Pemantauan maklumat dan
nasihat kepada Pengerusi dan
Ketua Pegawai Eksekutif untuk
edaran media dan pemegang
taruh.
Jabatan Komunikasi
Korporat Berterusan
50 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
OBJEKTIF STRATEGIK 2.4: Mengukuhkan Sistem Pengurusan Kewangan
BIL. PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA
23.
Mewajibkan pelaksanaan mekanisme
pengurusan sistem pemeriksaan dan
penyeimbangan (check & balance)
secara konsisten bagi mengesan dan
mengenal pasti kemungkinan berlaku
ketidakpatuhan di mana setiap
perolehan yang melalui Purchase Order
(PO) berpandukan kepada kawalan
dalaman “3-way matching” di dalam
SAP, dan memastikan setiap
pembayaran yang dibuat haruslah
disokong dan disahkan mengikut garis
panduan Financial Authority Limit (FAL)
yang telah di persetujui oleh pihak
pengurusan dan Ahli Lembaga
Pengarah.
Jabatan Kewangan Sedang Dijalankan
24.
Menambah baik sistem kerja bagi
memastikan pengurusan kewangan
ditadbir dengan telus, cekap dan
berintegriti. Jabatan Kewangan sedang
mengkaji dan memahami Robotic
Process Automation (RPA) bagi
mengautomasikan pemprosesan inbois
terutamanya untuk bil – bil TNB. Ini
disebabkan oleh IWK menerima lebih
daripada 8,000 bil TNB setiap bulan
yang memerlukan kakitangan
memasukkan data ke dalam sistem.
Dengan teknologi RPA, proses ini boleh
dilakukan oleh “virtual robot” dengan
lebih cepat dan efisien. Pengurus yang
bertugas bertanggungjawab menilai
melalui bukti konsep dan proses tender
sebelum proses RPA diterapkan di
dalam proses pemprosesan inbois.
Jabatan Kewangan Sedang Dijalankan
25.
Meluaskan penggunaan sistem secara
atas talian (online) bagi semua proses
melibatkan tuntutan bayaran.
Jabatan Kewangan Sedang Dijalankan
51 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
BIDANG KEUTAMAAN: PENGURUSAN OPERASI
STRATEGI 3: MEMANTAPKAN KECEKAPAN, KETELUSAN DAN INTEGRITI
DALAM MENGURUSKAN OPERASI
OBJEKTIF STRATEGIK 3.1: Menambah baik pengurusan pembangunan Loji Rawatan
Kumbahan (LRK)
BIL. PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA
26.
Menjalankan pemantauan di
tapak projek bagi memastikan
kualiti pembangunan, spesifikasi
dan keperluan dipenuhi.
Jabatan Kerja-Kerja
Kapital Berterusan
27.
Menambah baik sistem kerja
melalui Prosedur Operasi
Standard (SOP) bagi
memastikan pengurusan
pembangunan Loji Rawatan
Kumbahan ditadbir dengan telus,
cekap dan berintegriti dari masa
ke semasa.
Jabatan Kerja-Kerja
Kapital Berterusan
28.
Melantik pihak ketiga yang
mempunyai kepakaran dan
kredibiliti untuk melaksanakan
projek yang dianugerahkan bagi
mengelakkan campur tangan
pihak yang tidak berkenaan.
Jabatan Kerja-Kerja
Kapital
Jabatan Perolehan
Berterusan
29.
Meningkatkan kesedaran
mengenai tindakan memberi
maklumat (whistleblowing
action), grievances dan juga
membina keyakinan kepada
kakitangan dan pengukuhan
integriti.
Unit Integriti &
Governans Berterusan
52 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
OBJEKTIF STRATEGIK 3.2: Mengekang potensi pemalsuan pengeluaran Surat
Pengesahan Siap Kerja Pembetungan
BIL. PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA
30.
Menambah baik proses automasi
bagi mengurangkan interaksi dan
campur tangan kakitangan
(SMART CA).
Jabatan Teknologi
Maklumat Suku Ketiga 2021
31.
Menjalankan pelarasan gaji
berkala berdasarkan kepada
pasaran semasa.
Jabatan Modal Insan &
Pentadbiran Berterusan
32. Menjalankan audit berkala. Jabatan Audit Dalaman
& Pengurusan Risiko Berterusan
33. Meningkatkan audit kendiri di
dalam jabatan yang sama. Semua Jabatan 24 Bulan
34.
Mendigitalkan (digitized) semua
dokumen berkaitan kerja bagi
mengurangkan campur tangan
kakitangan.
Jabatan Teknologi
Maklumat
Disember 2020
(Kesediaan Sistem
Sepenuhnya)
35.
Pengeluaran Surat Pengesahan
Siap Kerja Pembetungan
mempunyai QR Code khusus dan
pemantauan serta kawalan
berterusan akan dijalankan
dengan penuh
kebertanggungjawaban.
Jabatan Perancangan &
Kejuruteraan
Jabatan Teknologi
Maklumat
Disember 2020
(Kesediaan Sistem
Sepenuhnya)
53 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
OBJEKTIF STRATEGIK 3.3: Memastikan kepatuhan terhadap pembuangan efluen
mengikut standard yang ditetapkan oleh undang-undang terpakai.
BIL. PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA
36.
Menambah baik pemantauan
dan kawalan dalaman secara
berkala dengan:
i. Menyemak semula
prosedur operasi
standard (SOP)
apabila diperlukan
dari masa ke semasa;
ii. Kakitangan yang
berkenaan diberi
penerangan
berhubung SOP yang
telah disemak
semula; dan
iii. Meningkatkan sistem
pemantauan dan
kawalan seperti Early
Warning System
(EWS).
Jabatan Operasi &
Penyelengaraan 12 bulan
OBJEKTIF STRATEGIK 3.4: Memastikan kerja menyah enapcemar (desludging)
dilunaskan dengan penuh ketelusan dan berintegriti.
BIL. PELAN TINDAKAN PELAKSANA TEMPOH MASA
37.
Memastikan tidak berlaku kerja-
kerja yang tidak melalui saluran
yang sahih (unauthorised
desludging and responsive
network services) dengan:
i. Menyemak semula
standard operating
procedure (SOP)
apabila diperlukan
dari masa ke semasa;
dan
ii. ii. Memberi taklimat
refresher tentang
SOP yang telah
ditambah baik.
Jabatan Operasi &
Penyelengaraan Berterusan
54 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
• Mekanisme Pelaksanaan • Struktur Tadbir Urus OACP IWK • Mekanisme Pemantauan,
Penyelarasan & Penilaian
• Prinsip Pengurusan Anti Rasuah IWK
55 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
MEKANISME PELAKSANAAN
Pelaksanaan OACP hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh dengan melibatkan
kerjasama di antara pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan, warga Jabatan dan
Pemegang Taruh (Stakeholder) untuk memastikan inisiatif anti rasuah dilaksanakan
secara cekap dan sistematik. Satu Jawatankuasa Pembangunan OACP IWK telah
ditubuhkan berdasarkan Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2018, Siri 2 No.1
Tahun 2019 – Pemantapan Governans, Integriti, dan Anti Rasuah dalam Pengurusan
Pentadbiran Kerajaan Malaysia bagi memastikan pelaksanaannya bergerak seiring
dengan NACP.
STRUKTUR TADBIR URUS OACP IWK
Tadbir Urus adalah proses dan struktur yang digunakan untuk mengarah dan
mengurus perniagaan dan hal ehwal sesebuah organisasi bagi meningkatkan
kebertanggungjawaban ahli korporat dengan tujuan utamanya. Tadbir Urus
memperuntukan satu rangka kerja mekanisme kawalan yang menyokong sesebuah
organisasi mencapai matlamatnya, dan mencegah konflik yang tidak diingini. Tingkah
laku beretika, kebertanggungjawaban, ketelusan dan kemampanan merupakan unsur
tadbir urus yang penting dalam pentadbiran organisasi. Amalan tadbir urus yang betul
menggariskan antara lain, peraturan dan prosedur untuk membuat keputusan,
kawalan dalaman dan pengurusan risiko untuk kepentingan warga kerja, pelanggan,
pembekal, masyarakat dan komuniti. IWK komited dan kesungguhan yang diberikan
oleh Pengurusan Tertinggi dalam pelaksanaan prinsip-prinsip tatacara mencukupi
T.R.U.ST. di bawah Subseksyen (5) Seksyen 17A Akta SPRM 2009.
56 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
STRUKTUR TADBIR URUS OACP
JAWATANKUASA ANTI RASUAH (JAR) KEMENTERIAN
Menerima Laporan prestasi OACP daripada IWK.
(Tertakhluk kepada arahan Pengerusi JAR KEMENTERIAN)
JAWATANKUASA LEMBAGA PENGARAH INTEGRITI & GOVERNANS (BIGC) selaku JAWATANKUASA ANTI RASUAH (JAR) IWK
UNIT INTEGRITI DAN GOVERNANS (IGU) Sebagai Sekretariat bagi menilai prestasi semasa inisiatif yang dilaksanakan
melalui laporan pemantauan berkala.
● Menerima Laporan Prestasi Suku Tahun OACP daripada IGU
● Mendapatkan penjelasan daripada pelaksana pelan tindakan
● Mengabsahkan dasar & Membuat keputusan
● Memperakukan isu & laporan untuk dikemukakan kepada JAR
Kementerian jika diperlukan.
JAWATANKUASA PELAKSANAAN & PEMANTAUAN
● Dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ● Keahlian: AJK OACP (terdiri daripada semua Ketua Jabatan) ● Setiausaha – Ketua IGU ● Urus Setia – IGU
● Memantau prestasi pelaksanaan inisiatif
● Mendapatkan penjelasan daripada pihak pelaksana
● Menyediakan laporan pencapaian OACP
● Memperakukan laporan prestasi OACP untuk dikemukakan kepada
BIGC
57 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
AHLI JAWATANKUASA PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI
58 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
MEKANISME PEMANTAUAN, PENYELARASAN & PENILAIAN
PEMANTAUAN
Pelaksana perlu melaksanakan pemantauan seperti berikut:
i. Menjelaskan objektif program;
ii. Memadankan aktiviti dan sumber dengan objektif;
iii. Menterjemahkan objektif ke dalam indikator prestasi atau penunjuk
prestasi;
iv. Membuat perbandingan keputusan sebenar dengan sasaran (melalui
pengumpulan data yang kerap);
v. Membincangkan segala kekangan atau cabaran dalam pelaksanaan inisiatif
di dalam mesyuarat pengurusan bahagian atau unit; dan
vi. Menyediakan pelaporan kepada IGU pada setiap suku tahun.
PENYELARASAN
BIGC Menasihati dan mengenal pasti penyelesaian terbaik untuk OACP.
URUS SETIA IGU
Melaporkan status pelaksanaan OACP setiap suku tahun kepada pengurusan tertinggi.
JABATAN PELAKSANA
Mengemukakan laporan setiap suku tahun kepada IGU.
PENILAIAN
Pelaksana boleh mengemukakan masalah dan halangan yang perlu diatasi
untuk tujuan penilaian semula dan dipersetujui di peringkat Jawatankuasa
OACP;
Pelaksana perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap inisiatif;
Menilai sama ada inisiatif yang menyokong strategi tersebut berorientasikan
matlamat yang hendak dicapai;
Memastikan inisiatif dilaksanakan seperti yang dirancang;
Memberikan maklum balas yang bersesuaian berdasarkan risiko apabila
diperlukan;
Menanda aras inisiatif dan amalan terbaik; dan
Penilaian pelaksanaan bagi setiap inisiatif OACP akan dinilai setiap hujung
tahun. Walau bagaimanapun ianya tertakhluk kepada keupayaan
pelaksanaan inisiatif tersebut di mana perkembangannya akan dilaporkan
seperti yang telah diperjelaskan. Pelaksana boleh mengutarakan sebarang
permasalahan, kekangan mahupun penambahbaikan untuk diangkat bagi
tujuan penilaian semula semasa pelaporan dijalankan setiap tiga (3) kali
setahun setelah ianya dipersetujui di peringkat Jawatankuasa OACP.
59 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
PRINSIP PENGURUSAN ANTI RASUAH IWK Prinsip pengurusan anti rasuah IWK adalah dasar yang dipegang oleh IWK dalam
menentukan hala tuju pengurusan pelaksanaan OACP. IWK mengikut garis panduan
pelaksanaan tatacara mencukupi bagi mencegah berlakunya salah laku integriti
seperti berikut:
Pengurusan Tertinggi IWK bertanggungjawab dalam memastikan IWK:
Mengamalkan serta menghayati integriti dan nilai-nilai etika di tahap
yang tertinggi
Mematuhi sepenuhnya keperluan undang-undang dan peraturan
berkaitan anti rasuah yang berkuatkuasa
Menguruskan risiko rasuah organisasi secara berkesan
Berlandaskan Garis Panduan Pengurusan Unit Integriti & Governans yang
dikeluarkan oleh SPRM pada tahun 2019, setiap IGU perlu melaksanakan kesemua
empat fungsi teras. Namun begitu, kaedah dan skala aktiviti dalam melaksanakan
fungsi-fungsi ini adalah berbeza di setiap organisasi mengikut keperluan dan
kesesuaian organisasi. IWK telah melaksanakan empat (4) fungsi teras tersebut
mengikut carta berikut:
60 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
IGU melapor terus kepada (BIGC) berkenaan hal-hal integriti bagi menggalakkan keterbukaan dan ketelusan dalam pelaporan sebagaimana dikehendaki dalam garis panduan pengurusan IGU.
SEKSYEN PENGURUSAN ADUAN, PENGESANAN DAN PENGESAHAN
Seksyen ini bertanggungjawab dalam:
Pengurusan penerimaan maklumat/ aduan mengenai salah laku jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran tatalaku etika organisasi yang sistematik bagi memastikan tindakan ke atas setiap maklumat/aduan dan memastikan kecekapan sistem aduan dilaksanakan.
Pengesanan dan pengesahan terhadap aduan-aduan salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi yang diterima dan seterusnya memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil oleh IGU.
SEKSYEN PENGUKUHAN INTEGRITI DAN GOVERNANS
Seksyen ini bertanggungjawab dalam:
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi dapat dicapai.
Memastikan tadbir urus yang terbaik dalam usaha memperkukuhkan integriti pegawai dan kakitangan di organisasi serta menangani isu-isu berkaitan integriti terutamanya perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
61 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
PRINSIP 2: ANALISA RISIKO
Penilaian risiko rasuah dijadikan asas kepada usaha anti rasuah IWK. Sehubungan
itu, IWK telah pun melaksanakan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) bersama SPRM.
IWK akan:
Melaksanakan penilaian risiko rasuah secara berkala dan apabila
terdapat keperluan perubahan
memberi keutamaan kepada risiko rasuah sama ada dalaman mahu
pun luaran
62 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
PRINSIP 3: PELAKSANAAN LANGKAH KAWALAN
Beberapa langkah telah diambil untuk melaksanakan langkah kawalan di IWK. Ini
termasuklah menyediakan Subseksyen Pengurusan Aduan, Pengesahan dan
Pengesanan supaya tindakan yang sewajarnya dilakukan ke atas setiap aduan. Ia
juga menguruskan aduan melalui lima saluran pengaduan dan merekodkan setiap
aduan. IWK juga mempunyai Polisi Rujukan Kepada Pihak Berkuasa dan Polisi
Pemberian Maklumat (Whistle-blowing Policy) untuk rujukan.
Polisi-polisi IWK dibina mengikut ketetapan yang disediakan dalam Corporate Integrity
System Malaysia (CISM). Berikut adalah polisi–polisi dan garis panduan yang
disediakan di IWK:
Selaras dengan usaha untuk memastikan inisiatif anti rasuah OACP dilaksanakan
secara cekap dan sistematik, Jawatankuasa Pelan Anti Rasuah (JAR) IWK berfungsi
sebagai medium tertinggi di peringkat IWK bagi membincangkan pelaksanaan dan
pemantauan OACP IWK. IGU bertindak sebagai sekretariat penyelaras OACP yang
berperanan memantau, menilai dan melapor pencapaian OACP. OACP ini
dilaksanakan bersama SPRM.
63 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
PRINSIP 4: PEMANTAUAN, PENILAIAN DAN PENGUATKUASAAN SECARA SISTEMATIK
IWK akan mewujudkan langkah pelaksanaan inisiatif yang munasabah dan
bersesuaian bagi menangani sebarang risiko rasuah yang berbangkit daripada
kelemahan struktur tadbir urus, proses dan prosedur serta penguatkuasaan undang-
undang.
Pemantauan dan penilaian secara sistematik dilaksanakan dengan memastikan:
mengemukakan pelaporan pelaksanaan inisiatif kepada Pengurusan Tertinggi
penilaian secara berkala bagi menilai prestasi, kecekapan dan keberkesanan program
mengenal pasti penyelesaian terbaik bagi setiap permasalahan yang timbul
Hasil penilaian boleh dijadikan asas untuk memantapkan usaha-usaha kawalan risiko
anti rasuah sedia ada di IWK.
Pelaporan berkala ke peringkat BIGC dilaksanakan setiap bulan. Pelaporan ini
meliputi segala aktiviti IGU. IGU juga membuat laporan kepada badan kawal selia
tersebut di bawah secara berkala:
Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) ditubuhkan untuk mengawal
selia, memantau dan menyelaras fungsi teras Unit Integriti di agensi.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang memastikan pengurusan
berkenaan air dilaksanakan.
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
Pelaksanaan Anti-Bribery Management System ISO37001 (ABMS) di IWK
IWK sedang melaksanakan Anti-Bribery Management System ISO37001 (ABMS).
Skop pelaksanaan ABMS di IWK merangkumi dua peringkat yang terdiri daripada
peringkat Ibu Pejabat dan Unit Operasi yang berperanan penting dalam menyokong
pelaksanaan, pelaporan dan semakan SIRIM sebagai juruaudit luaran yang
bertauliah. IGU membantu memastikan persefahaman bersama, pembentukan dasar
yang mampan, komitmen terhadap perkongsian sumber dan pelaksanaan yang
teratur. Secara keseluruhannya, kerangka pelaksanaan ABMS akan memudahkan
pelaksanaan strategi dan inisiatif anti rasuah di setiap peringkat. Prestasi dan
penilaian setiap peneraju akan dipantau dan dinilai secara berkala menggunakan
64 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
format pelaporan yang disediakan oleh IGU. Ringkasan pelaksanaan kerangka ABMS
adalah seperti berikut:
1. PERINGKAT IBU PEJABAT DI MENARA IWK
2. DI PERINGKAT NEGERI BAHAGIAN DAN UNIT OPERASI
PRINSIP 5: LATIHAN DAN KAWALAN
IWK melaksanakan beberapa langkah untuk membudayakan integriti di kalangan
pemegang taruh (stakeholders) organisasi. Antara langkah-langkah latihan yang
dilaksanakan termasuklah:
Taklimat berterusan kepada kakitangan sedia ada setiap dua tahun sekali dan
setiap kakitangan baru. Taklimat online disediakan dalam bentuk video. Hebahan kepada pihak pengurusan, kakitangan, pembekal melalui emel Penerbitan melalui website dan intranet melalui Shareportal. Integrity Pact dan Vendor Code of Conduct (VCOC) bagi semua pembekal.
Langkah-langkah kawalan dilaksanakan secara berkala dengan mengadakan
pengauditan.
65 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
Dalam rangka menuju ke arah organisasi yang bebas rasuah dan berintegriti tinggi
IWK sentiasa komited untuk memantapkan pengukuhan governans, integriti dan
pencegahan rasuah sedia ada serta secara berterusan.
Rasuah yang telah menjadi api dalam organisasi haruslah segera dipadamkan melalui
langkah-langkah pencegahan dan punitif yang holistik sama ada melalui
penguatkuasaan undang-undang, pengukuhan integriti, pemantapan tadbir urus
mahu pun pengaplikasian teknologi terkini. Justeru itu, melalui OACP IWK, sebanyak
37 pelan tindakan melalui tiga (3) strategi utama telah digariskan bagi menangani
masalah rasuah dan salah laku integriti yang wujud dalam IWK.
Pengurusan Tertinggi IWK sentiasa meletakkan usaha dan komitmen yang lebih
dalam menangani gejala rasuah demi meningkatkan imej organisasi serta melindungi
hasil negara daripada diseleweng selaras dengan aspirasi Kerajaan iaitu menjadikan
“Malaysia dikenali kerana integriti bukannya rasuah”.
OACP ini juga akan sentiasa dipantau dan dikaji keberkesanannya dari masa ke
semasa selaras dengan perubahan semasa domestik dan global. Oleh itu, maklum
balas secara berterusan dari semua pihak amat diperlukan bagi memastikan ianya
relevan dengan kehendak semasa. Secara keseluruhannya, kejayaan dan
keberkesanan OACP ini amat bergantung penuh kepada komitmen dan kesepakatan
keseluruhan warga IWK, Kerajaan yang memerintah serta sistem politik semasa
dalam negara. Hanya dengan kesepakatan inilah, OACP IWK akan mencapai
matlamatnya dan kekal relevan untuk generasi akan datang.
66 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
RUJUKAN
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009
Garis Panduan Pengurusan Unit Integriti Agensi Awam
Garis Panduan Pengurusan Unit Integriti & Governans
Arahan YAB Perdana Menteri Siri 1 No. 1 Tahun 2018 - Mekanisme
Pengurusan Governans, Integriti Dan Anti Rasuah Kebangsaan
Arahan YAB Perdana Menteri Siri 1 No. 1 Tahun 2018 - Penubuhan Unit Integriti
dan Governans Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat-syarikat Yang
Dimiliki Oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan Termasuk Di Bawah Kerajaan
Negeri
Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam (PP Bil.6/2013)
Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2014 - Penubuhan Jawatankuasa
Integriti dan Tadbir Urus (JITU)
Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2009 Siri 1 No.1 Tahun 2011 -
Pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah
Garis Panduan Pemberian Dan Penerimaan Hadiah Di Dalam Perkhidmatan
Awam (PP Bil 3/1998)
Garis Panduan Pengiktirafan Penjawat Awam
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (AKTA 711)
Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan
Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)
Akta Industri Perkhidmatan Air 2006
Environmental Quality Act 1974
The 2010 UK Bribery Act
The 2010 UK Bribery Act – Adequate Procedures
Environmental Quality (Sewage) Regulations 2009
Penal Code (Act 574)
67 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
PENGHARGAAN
Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak seperti di bawah yang telah membantu
memberikan input, analisis kerjasama dan sokongan yang padu:
Ucapan Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Kepada
PENAUNG
YBHG. YB TUAN HJ AHMAD JOHNIE HJ ZAWAWI PENGERUSI IWK
YBRS. EN. NARENDRAN MANIAM
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
AHLI LEMBAGA PENGARAH
1. YBHG. DATO’ DR. IR HJ ADBUL RASHID MAIDIN 2. YM RAJA MUHAMMAD AZHAN SHAH RAJA MUHAMMAD 3. YBRS. EN. ALBERT QUAH CHAI JIN 4. YBRS. PUAN RAFIDAH OMAR 5. YBRS. ENCIK SADIKIN ATON 6. YBRS. DR. CHIN THOO A/L KIM 7. YBRS. PROF DR MOHD SUFFIAN YUSOFF
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) Pengarah, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan PPj Mohd Hasraff Bin Hashim Ps Muhammad Nazirudin Bin Jamaludin
JAWATANKUASA OACP yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan: 1. YBrs. En. Azuan Ahmad Zaidi
2. YBrs. En. Chua Tiong Leong
3. YBrs. En. Gunasekar Veerappan
4. YBrs. Ir Mohd Taufik Salleh
5. YBrs. Ir Mohd Zainal Zakaria
6. YBrs. Pn. Nordiana Binti Idris
7. YBrs. En. Abdul Razak Abu Talib
8. YBrs. Pn. Faiziah Md Noor
9. YBrs. En. Ir. Mohd Zuki Bin Muda
10. YBrs. Pn. Zaiton Shaari
11. YBrs. Pn. Wan Esuriyanti Wan Ahmad
12. YBrs. En. Syamsul Anwar Abdul Aziz
13. YBrs. Pn. Ayu Suriawaty@Siti Aisyah Binti
Bahkia
Perancangan Korporat
Kewangan
Pelanggan, Pengebilan dan Pemungutan
Perancangan dan Kejuruteraan Operasi & Penyelengaraan
Undang-Undang
Teknologi Maklumat
Perolehan
Kerja-Kerja Kapital
Modal Insan & Pentadbiran
Komunikasi Korporat
Audit Dalaman & Risiko
Pengurus Kanan Kesihatan & Keselamatan
Korporat
68 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
PESERTA BENGKEL CRM DAN OACP
1. Dr. Idamymoon Binti Ibrahim 2. Azhan bin Mohd Lazim
3. Lina Ong Chiew Yin
4. Muhammad Shallehin Bin Mohd Zairi
5. Md. Yusobrie bin Md. Yusof
6. Shahrul Bahrin Bin Zainal Abidin
7. Azurah Binti Azahar
8. Ayu Suriawaty @ Siti Aisyah bt.
Bahkia
9. Gan Chee Choy
10. Addey Sham bin Baharin
11. Aznan bin Abdul Aziz
12. Ir. Mohd Anwar bin Naik Mohd
13. Ir. Khor Bee Chin
14. Ir. Devatara A/P Munusamy
15. Ir. Zakariah bin Mohd Yassin
16. Amirrul bin Mohd Ali
17. Sasidharan A/L Velayutham
18. Mohd Taufik bin Salleh
19. Hussain bin Omar
20. J Kulasegaran A/L Jayabalan
21. Choe Sew Ho
22. Pauzi Bin Mohamed
23. Ja'farsidik bin Muhammad
24. Abdul Halem bin Mohd Salleh
25. Mohd Asyrani Bin Marzuki
26. Adila Adrin binti Mah Yuddin
27. Norshamsinar Mohamad
28. Azrulsani Zahari
29. Teresa Ho Ann Zia
30. Leela Kavitha A/P Ponusami
31. Shahrulbariah Binti Shaari
32. Cindy De Costa A/P John De Costa
33. Chan Mui Yong
34. Adnan Bin Munir
35. Siti Noraisyah Binti Maatan
36. Idrus Bin Ab. Majid
37. Mohd Habibullah Bin Hameed
Sultan
38. Kong Wai Chen
39. Salmiah binti Masrum
69 | P E L A N A N T I R A S U A H O R G A N I S A S I ( O A C P ) I W K 2 0 2 0 - 2 0 2 2
KUMPULAN EDITOR PENASIHAT PPj Mohd Hasraff Bin Hashim Ps Muhammad Nazirudin Bin Jamaludin KETUA EDITOR Puan Suzinor Binti Kamaralzaman PASUKAN EDITOR Puan Norshamsinar Binti Mohamad Encik Isa Bin Jaafar Encik Muhammad Fitri Bin Dahwani