1-pengenalan-olahraga

Upload: tan-wei-hui

Post on 05-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Sejarah Olahraga

Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula kira-kira 1000 tahun sebelum Masihi di Greece Kuno. Ini bermakna olahraga sudah pun diadakan sejak lebih 3000 tahun yang lampau. Berdasarkan maklumat ini, dipercayai olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Bagaimanapun, tidak ada bukti lain yang dapat mengukuhkan dakwaan ini.

Sukan Olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan tempat bermulanya tamadun manusia, dapat menguatkan catatan tentang sukan olahraga ini. Dengan kata lain, orang-orang Greece sudah pun melibatkan diri di dalam olahraga, walaupun matlamat mereka bukan untuk menjadikannya sebagai sukan tetapi lebih kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of Sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh. Ini dilakukan oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada Sukan Olimpik tahun 656 sebelum Masihi. Beliau berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 inci (7.0485).

Dari setahun ke setahun, sukan olahraga ini telah berkembang ke serata dunia dan bilangan negara yang menghasilkan ahli-ahli olahraga bertaraf dunia turut meningkat. Ahli-ahli olahraga dan negara Eropah turut mencatat kejayaan, khususnya dalam Sukan Olimpik yang menjadi medan tidak rasmi untuk mengukur kebolehan dan kemampuan peserta olahraga dunia. Pada peringkat ini, peserta-peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atlet dari Eropah. Selepas tahun-tahun 1960-an, barulah muncul atlet-atlet dari Afrika dan Asia yang mampu memberikan saingan, tetapi kejayaan yang mereka capai masih belum memberangsangkan. Kini, atlet-atlet olahraga dari Afrika dan Asia sudah ada yang mencatat kejayaan, khususnya dalam Sukan Olimpik.

Acara Olahraga

Pelbagai acara terdapat dalam sukan olahraga, walaupun olahraga merupakan salah satu acara sukan sejak berabad-abad lagi. Perbezaan yang ketara antara olabraga dengan jenis sukan lain ialah bilangan acara yang banyak dan menyebabkan banyak jumlah pingat yang boleh dimenangi menerusi olaharaga, berbanding hanva satu pingat dalam sukan hda sepak atau hoki. Secara logik, adalah lebih ekonomik dan mudah jika penumpuan diberi kepada sukan olahraga kalau pungutan pingat dijadikan ukuran tidak rasmi dalam menentukan keupayaan sesebuah pasukan atau negara.

Seperti yang dinyatakan terdahulu, acara-acara olahraga dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu larian, lornpatan dan lontaran. Terdapat acara-acara yang dikhaskan untuj le]aki sahaja, dan ada pula acara yang boleh disertai oleh lelaki dan wanita. Setiap acara mempunyai undang-undang dan peraturan tersendiri, yang harus dipatuhi oleh semua peserta. Dengan itu penentuan pertandingan adalah mengikut penyertaan dalam sesuatu acara dan bukan olahraga secara keseluruhartnva. Justeru itu pemenang dalam sesuatu acara dipilih daripada kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam acara itu sahaja.

Penganjur sesuatu perjumpaan olahraga boleh menentukan jenis atau bilangan acara yang mereka akan pertandingkan. Fktor-faktor seperti bi]angan peserta, tingkat keupayaan mereka, kemudahan peralatan, keupayaan pihak penganjur, kewangan, keselamatan, keupayaan pegawai dan kaki tangan pengelola dan tempoh pertandingan akart menentukan bilangan dan jenis acara yang akan dipertandingkan dalam sesuatu perjumpaan.

Umpamanva di peringkat sekolah, bilangan acara sukan sudah tentu berkurangan daripada jumlah acara tintuk sukan-sukan seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Kornanwel atau Sukan Olimpik. Dalam Sukan Olimpik, walaupun dianggap mempunyai jumlah acara olahraga yang maksimum, tetapi rnasih belum ]engkap sepenuh. Biasanva dalam Kejohanan Balapan dan Padang Antarabangsa, semua acara olaharaga dipertandingkan, termasuk untuk wariita.Senarai lengkap acara-acara olahraga yang sering dipertandingkan diperingkat antarabangsa,dan juga kebangsaan adalah seperti berikut :Bil.KategoriAcaraPeserta

1.Lari Jarak dekat100 m 200 m400 mLelaki / Wanita Lelaki / WanitaLelaki / Wanita

2.Lari Jarak Sederhana800 m 1500 mLelaki / Wanita Lelaki / Wanita

3.Lari Jarak Jauh3000 m 5000 m10,000 mWanita Lelaki / WanitaLelaki

4.Lari berhalangan3000 mLelaki

5.Lari berpagar100 m 110 m400 mWanita LelakiLelaki / Wanita

6.Lari berganti-ganti4 x 100 m 4 x 400 mLelaki / Wanita Lelaki / Wanita

7.MarathonLelaki / Wanita

8.Heptatlon7 acaraWanita

9.Dekathlon10 acaraLelaki

10.Berjalan kaki5000 m 10,000 m20,000 m50,000 mWanita Lelaki / WanitaLelaki

ACARA-ACARA KHASSelain acara-acara yang dinyatakan,terdapat beberapa acara lain lagi yang jiga turut dipertandingkan sebagai acara olahraga.Oleh sebab ciri-ciri acara ini agak berbeza dan tersendiri) agak sukar untuk dikategorikan sebagai acara rbalapan,atauacarapadang. Umpamanya, acara dekathon dan heptathon yang merupakan gabungan ketiga-tiga kumpulan acara tersebut, mungkin juga bcileh dikategorikan sebagai balapan dan juga padang. Begitu juga dengan acara maraton dan lumba jalan kaki.

Satu lagi acara yang sering diadakan di peringkat sekolah dan mendapatanibutan yang menggalakkan ialah tank tali tetapi di kebanyakan perjumpaan olahraga dunia cara mi tidak diadakan. Di negara kita pertandingan tank tab lebih merupakan salah satu acara dalam Sukaneka, yang dianggap sebagai sukan sambil bergembira dan bukan pertandingan. Bagairnanapun, sejak beberapa tahun lalu ada pihak yang menganjurkan pertandingan tank tab secara khusus, dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Marathon

Acara maraton juga merupakan acara olahraga yang disertai o]eh lelaki dan perempuan. Marathon sering diadakan dalarn perjumpaan olahraga utama dunia, walaupun di negara kita, khususnya di peningkat sekolah tidak diadakan. Marathon adalah acara lan jarak jauh sejauh 26 batu 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik Kuno lagi. Mengikut sejarah. acara ini adalah sempena sejarah Greek Kuno sebagai lambang pembawa berita yang berlari sejauh 26 batu 385 ela sebelum dia meninggal dunia disebabkan keletihan. Acara marathon diadakan di luar kawasan balapan, menggunakan jalar raya biasa. Hanya permulaan dan akhir acara sahaja diadakan di dalam balapan. Disebabkan jarak yang amat jauh. kebanyakan penganjur olahraga mengetepikan acara marathon daripada senarai acara marathon untuk acara ini disamping diadakan secara berasingan. Ada kalanya juga diadakan pada jarak yang lebih dekat dan dinamakan marathon mini.

Lumba Jalan Kaki

Dilihat pada nama acara Lumba Jala Kaki adalah sejeni acara berjalan laju yang mungkin juga meupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan berlari. Di perigkat sekolah acara irii tidak diadakan kecuali dalam perjumpaan sukan olahraga dewasa sahaja. Terdapat beberapa jarak yang dipertandingkan, khusus untuk lelaki ataupun perempuan. Biasanya lumba jalan kaki diadakan berasingan, bersempena sesuatu peristiwa atau hari-hari perayaan. Perkara penting dalam lumba jalan kaki ialah jarak serta kekerapan membuat langkahan. Kelenturan pergerakan badan dan gabungan ayunan tangan dapat menin~katkan kelajuan. Peserta tidak dibenarkan berlani dalam acara mm. Disebabkan kelajuan langkahan yang ditunjukkan oleh para peserta, penonton seolah-olah beranggapan mereka benlari anak, tetapi sebenarnya tidak.

DekathIon

Dekathlon adalah gabungan 10 acara yang merangkumi lanian, lompatan dan lontaran. Semua acara ini dijalankan disepanjang dua hari, dan dikhaskan untuk lelaki sahaja. Susunan pertandingan acara adalah seperti berikut.

Hari pertamaHari kedua

100 mLompat jauhLontar peluruLompat tinggi400 m110 m lari berpagarLempar cakeraLompat bergalahRejam lembing1500 m

Atlit yang menjuarai acara ini sering dianggap sebagai atlit paling lengkap. Perserta yang mengambil bahagian harus menggabungkan kelajuan, kekuatan, kelenturan, keazaman serta semangat kesukanan yang tinggi. Mereka juga marnpu mengekalkan prestasi yang tinggi sepanjang dua hari acara itu dijalankan. Untuk memenangi acara ini secara keseluruhan, peserta perlu mengambil bahagian dalam semua acara. Setiap pencapaian dalam sesuatu acara akan diberkan mata mengikut ketetapan yang digariskan oleh persekutuan Olahraga Amatur Antarabangs(IAAF). Peserta menunjukkan prestasi yang tlnggi sudah tentu memperoleh mata yang tinggi. Mata yang dipungut oleh para pesertata dalam ke semua sepuluh acara itu diumlahkan dan eserta yang memungut mata tertinggi dikira sebagai pemenang.

Acara dekathon mi dipercavai ala pada akhir abad ke-19. Ketika itu terdapat 10 acara yang digabungkan, tempoh pertandingan hanva dalam sehari sahaja. Dekathon pertama kali disenaraikan sebagai acara Sukari Olimpik pada tahun 1012 ketika sukan itu diadakan di Stockholm. Ketika itu semua acara ini dijalankan dalam masa tiga hari. Bagaimanapun, kini acara tersebut diadkan dalam tempoh dua han sahaja bagi mengelakkan peserta daripada kemungkinan menjadi bosan dan membebankan. Kini dekatlon merupakan acara tetap dalam setiap perjumpaan olahraga utama dunia.

Heptathlon

Heptathlon mierupakan gabungan tujuh acara yang dikhususkan untuk wanita sahaja. Untuk menguji kemampuan para peserta menerusi gabungan ketiga-tiga acara olahraga. Acara heptathlon juga diadakan dalam tempoh dua han. Acara-acara yang terdapat dalam acara heptathlon mi mengikut susunannya adalah seperti berikut:

Hari pertamaHari kedua

100 m berpagarLompat tinggiLontar peluru200 mLompat jauhRejam lembing800 m

Seperti dekathlon, pemenang daIam acara heptathlon ditentukan menerusi jumlah keseluruhan mata vang dipungut dalam semua acara yang dipertandingkan. Peserta yang berjava memungut mata terbanyak dikira pemenang. Hanya pemenang keseluruhan diberikan hadiah dan bukan pemenang untuk setiap acara yang dipertandingkan. Pemenang acara ini dianggap sebagai juara keseluruhan bahagian wanita.

Undang-undang

Setiap pertandingan yang dijalankan hendaklah dikawal oleh undang-undang dan peraturan pertandingan bersesuaian dengan matlamat penganjurannya.

Pembinaan peraturan sesuatu kejohanan akan merujuk dan mengikut undang-undang dan peraturan-Persatuan Olahraga Antarabangsa.-KesatuanOlahragaAmaturMalaysia,-Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM )-Majlis Sukan Sekolah Negeri ( MSSN )-Majlis Sukan Sekolah Daerah ( MSSD)-Majlis Sukan Sekolah cawangan jika ada

Peraturan pertandinganperlumempunyaiperkaraberikut;

-Nama kejohanan,-Tarikh-tempat pertandingan.-Kategori dan acara-acara yang dipertandingkan-Ukuran, beratalatan dan jarak.-Syarat-syarat penyertaan-Nombor peserta.-Aturcara dan jadual pertandingan.

Acara Dan Ukuran Serta Timbangan AlatPertandingan

KODACARAACARALELAKIPEREMPUAN

18 TKB15 TKB18 TKB15 TKB

01100 MXXXX

02200 MXXXX

03400 MXXXX

04800 MXXXX

051500 MXXXX

063000 M TERBUKA--X-

075000 M TERBUKAX---

0880 M LARI BERPAGAR----

09100 M LARI BERPAGAR--X0.840 MX0.762 M

10110 M LARI BERPAGARX0.992 MX0.914 M--

11200 M LARI BERPAGAR-X0.840 M-X0.762 M

12400 M LARI BERPAGARX0.914 M-X0.762 M-

132000 ML. BERHALANGAN-X--

143000 ML. BERHALANGANX---

153000 M JALAN KAKI---X

165000 M JALAN KAKI-XX-

1710000 JALAN KAKIX---

18LOMPAT TINGGIXXXX

19LOMPAT JAUHXXXX

20LOMPAT KIJANGXXXX

21LOMPAT BERGALAH (T)X-X-

22MELONTAR PELURUX5.45 KGX4.55 KGX4.00 KGX4.00 KG

23MELEMPAR CAKERAX1.50 KGX1.00 KGX1.00 KGX1.00 KG

24MEREJAM LEMBINGX700 GX600 GX600 GX600 G

25BALING TUKUL BESI (T )X5.45 KG-X4.00 KG-

264 X 100 MXXXX

274 X 200 M----

284 X 400 MXXXX

29PENTATLON TERBUKA--X-

30HEPTATLON TERBUKAX---

JUMLAH21172016

Ukuran Dan Jarak Acara 80 Meter Lari Berpagar

BIL.PAGARTINGGI PAGARPAGAR 1 DARIGARISAN PERMULAANPAGAR KE PAGARPAGAR 8 KEGARISAN PENAMAT

80.762 M12.00 METER8.00 METER12.00 METER

Jarak dan Ukuran Acara 200 Lari Berpagar

KATEGORIBILPAGARTINGGIPAGARPAGAR 1 DARIGARISAN PERMULAANPAGAR KE PAGARPAGAR 10 KEGARISAN PENAMAT

LELAKI 15 TKB100.840 M16.00 METER19.00 METER13.00 METER

PEREMPUAN TKB100.762 M16.00 METER19.00 METER13.00 METER

Acara 2000 Meter Lari Berhalangan

Lompat Pagar: 18 kaliLompat Air:5 kaliLompatan air ialah lompatan kedua dalam pusingan pertama dan kemudiannya lompatan yang keempat dalam pusingan yang berikutan

Tatacara pelari untuk Acara 4 X 200 M

Pelari Pertamaakan gunakan lorong sendiri dan akanbermula di garisan 1 stagger seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400 MPelari Keduaakan bersedia di garisan satu stagger yang akan disediakanPelari Ketigaakan bersedia di garisan stagger ( seperti pelari kedua dalam acara 4 X 400 M ). Selepas menerima baton daripada pelari kedua, pelari ketiga mestilah berlari di lorong masing masing sehingga ke selekoh pertama dan kemudiannya, beliau boleh memotong masuk ke lorong pertama.Pelari Akhirakan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut kedudukan pelari yang datang, dan menerima baton dengan syarat dia tidak menghalang atau menolak peserta lain.

Acara Pentatlon

Hari Pertama: 100m Lari Berpagar, Lompat TinggidanMelontar Peluru.Hari Kedua: Lompat Jauh dan 800m

Acara Heptatlon

Hari Pertama: 110m Lari Berpagar, Lompat Tinggi,Melontar Peluru dan 400mHari Kedua: Lompat Jauh, Merejam Lembing dan1500m

Acara Pertandingan

Di peringkat sekolah penyertaan pelajar dalam satu acara bergantung kepada jumlah rumah dan trek yang ada bagi memudahkan cara pertandingan dijalankan.

Di Kejohanan Peringkat Daerah dan negeri penyertaanTIDAK LEBIH daripada dua ( 2 ) orang peserta bagi setiap acara individu dan satu( 1 ) pasukan bagi acara Lari Berganti-Ganti.

Bilangan maksima penyertaan seseorang pesertaadalah seperti berikut :

KUMPULAN UMURINDIVIDULARI BERGANTI-GANTI

18 TKB3 ( termasuk acara terbuka )2

15 TKB3 ( termasuk acara terbuka )2

Peserta peserta Heptatlon dan PentatlonTIDAK DIBENARKANmengambil bahagian dalam acara individu yang lain

AcaraTERBUKAhanya dibenarkan disertai oleh peserta peserta yang berumur 12 tahun atau lebih pada 01 Januari tahun pertandingan.

Melaporkan Diri Peserta

Peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara balapan dan 45 minit bagi acara padang, sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung.Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta.

Peserta-pesertaTIDAK DIBENARKANmelaporkan diri terus kepada Pegawai Teknikdalam arena pertandingan.Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara merekaTIDAK AKAN DIBUAT.Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan.

Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing.

Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara mereka dimulakan,TIDAK AKAN DIBENARKANmengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri

Prosedur Masuk Dan Keluar Arena Pertandingan

Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan diringi oleh Penyelia Peserta.

Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta merta tanpa memasuki padang.

Blok Permulaan

Bagi acara-acara yang tersebut di bawah untuk peringkat umur 18 Tahun Ke Bawah dan 15 Tahun Ke Bawah ( Lelaki dan Perempuan ) mulaan dekam dan Blok PermulaanMESTI DIGUNAKAN UNTUK ACARA

100m, 200m, 400m, 100 m Lari Berpagar, 110m Lari Berpagar, 400m Lari Berpagar, 4 X 100m dan 4 X 400m

Paku Kasut ( Spikes )

Paku Kasut: Kejohanan yang diadakan di atas balapan jenis sintetik. Panjang maksima paku kasut( spikes ) tidak boleh melebihi 09mm, kecuali untuk acara Lompat Tinggi dan Merejam Lembing. Untuk acara-acara tersebut, paku kasut tidak boleh melebihi 12mm.

Cara Menanda Di Tempat-Tempat PertandinganPeserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan kapur atau lain-lainbahan sepertinya untuk menandakan di tempat tempat pertandingan.Mereka hendaklah menggunakan pita.

Cara menentuan Peserta Terbaik adalah berdasarkan kateriaberikut:Pemecah rekodbaru berstatus ( ikut ranking kejohanan ) Rekod Kejohanan Olahraga peringkat Kebangsaan ( KOAM ) , Rekod Remaja Kebangsaan ( KOAM ) , MSS Asean, dan MSSM dan jumlah rekod yang diperbaharui dengan mengambil kira usia rekod dan bilangan pingat emas, perak dan gangsa.

Sekiranya tiada rekod yang diatasi / dicatat, jumlah pungutan pingat emas atau perak atau gangsadalam acara individu akan diambil kira. Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan pingat gangsa dalam acara individu akan diambil kira. Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka keputusan akan dibuat berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentu setiap peserta. Olahragawan dan olahragawati di beri kepada peserta terbaik keseluruhan ( lelaki dan perempuan ).