1 sains politik
TRANSCRIPT
BAB 1
APA ERTI POLITIK?Disediakan Oleh:
SAG 2010
Pendahuluan
Tumpuan kepada beberapa perkara, antaranya erti politik, sains politik dan perkembangannya
Bertujuan untuk memahami perbezaan politik sebagai satu aktiviti yang berlaku dalam kehidupan dengan politik sebagai disiplin ilmu
Politik dan Sains Politik Istilah politik dapat dilihat dari dua sudut utama, iaitu;
i. Politik sebagai satu aktiviti yang berkaitan dengan dengan pemerintahan
ii. Politik sebagai satu bidang ilmu yang dapat dipelajari yang berhubung dengan aktiviti pemerintahan negara
Albert Einstein(ahli fizik),
“politik adalah subjek lebih sukar daripada fizik”- ini kerana politik boleh berlaku tanpa satu hukum yang ‘standard’
Lord Butler
“Politik ialah seni serba kemungkinan”
Benjamin D’Israeli(bekas PM Britain)
“politik ialah satu seni memerintah manusia menerusi tindakan tipu muslihat”
Aristotle ialah tokoh yang memperkenalkan istilah ‘politik’ yg dari kata dasar Yunani ‘polis’ yang bermaksud negara kota, dalam bukunya “The Politics”(300 S.M)
Aristotle menyebut
“makhluk sosial adalah merupakan haiwan politik “ yg menjelaskan secara tabii manusia hidup berm’kat, saling mempegaruhi dll
Lasswell dan Kaplan menyatakan
“politik ialah satu pergelutan untuk berkongsi kuasa , ataupun untuk mempegaruhi pengagihan kuasa serta penggunaan kuasa tersebut dalam erti kata yang sebenar”
Dengan kuasa sesuatu perubahan dapat dilakukan selaras dengan apa yang dihajati
Pada umumnya idea politik adalah melibatkan pengiktirafan tehadap perbezaan pendapat dan ia asas penting dalam demokrasi
W/bagaimanapun terdapat juga kemerlut perbezaan diatasi dengan kekerasan
Cth, Israel vs Palestine
Perkembangan Sains Politik
Ia bermula drp zaman Tamadun Yunani Plato sebagai bapa falsafah politik dan muridnya Aristotle
sebagai bapa sains poitik kerana memperkenalkan keadah sainstifik dalam pengkajian politik
Sains politik berkembang dari Zaman Yunani ke zaman Rom, tamadun Islam sehinggalah ke zaman tamadun Eropah mulai abad ke 18 dan 19 sehingga hari ini
Revolusi Perancis 1789, membawa perubahan, yang mana pengaruh gereja mula tercabar
Pendapat gereja bertentangan dengan penemuan2 sains Sains mula mengambil alih peranan gereja dalam
mentakrifkan kehidupan manusia Akhirnya sains politik dianggap sebagai satu sains
Kajian bersifat empirikal dilakukan terhadap bidang politik
Teori politik mula diasaskan bagi mempertahankan aspek ‘validity dan reliability’
Bidang politik yang wujud kini melalui proses evolusi yang panjang
Ia menjadi satu bidang ilmu yang berkembang dan diadunkan dengan pelbagai disiplin ilmu spt sosiologi, antropologi, ekonomi, matematik dan lain2.
Perkembangan Awal Bermula sejak berkembangnya tamadun Yunani(500-
300SM) iaitu hampir 2500 th lalu Pendekatan yang digunakankan bersifat normatif yang
mengemukakan saranan ‘hukum moral’ atau ‘standard’ atau tahap piawai tentang baik buruknya sesuatu perkara
Kajian ilmu politik dimulakan oleh Plato dalam bukunya ‘The Republic’ dan ‘The Law”
Kajian seterusnya dilakukan oleh Aristotle melalui bukunya ‘ Politics’
Selain Plato dan Aristotle “Demokrasi langsung” juga merupakan sumbangan tamadun Yunani yang merupakan model kepada sistem demokrasi pada hari ini
Kemerosotan Tamadun Yunani beralih ke Rom Tradisi Stoic yang berkembang di Athens telah
diperkembangkan oleh tamadun Rom Kelahiran dan perkembangan agama Kristian
mempengaruhi bidang politik Dominasi gereja menyaksikan falsafah dan tradisi
sains diganti dengan teologi Kristian Sistem gereja telah mengantikan sistem
demokrasi kepada sistem kepaderian Pemikiran ortodok gereja telah membelenggu
dunia intelektual barat sehinggalah muncul zaman pembaharuan yang dikenali sebagai “renaissance”
Sumbangan besar tamadun Islam dalam renaissance di eropah tidak dapat dinafikan
Sumbangan intelektual Islam menjadi penyumbang kebangkitan di barat dalam pelbagai bidang
Seterusnya sains politik mula melalui perkembangan melalui kebangkitan liberalisme pada abad ke 17-18
Perubahan sains politik sejajar dengan perkembangan zaman
Abad ke 20 telah mengubah sains politik secara radikal
Era Moden Sains Politik “Renaissance” bermula pada abad ke -15 sebagai
garis pemisah antara zaman gelap kepada zaman moden
Pengaruh gereja dicabar dan diusul spy aliran agama dipisahkan drp politik
Aliran sekularisme mula betapak Pendekatan baik buruk diganti dengan prinsip
objektiviti “Renaissance” melahirkan Niccolo Machiavelli
sebagai pelopor aliran sekularisme yang memperkenalkan selogan ‘ends justifies the means’(matlamat menghalalkan cara)
Bidang Kajian Sains Politik Tiada kesepakatan dikalangan sarjana sains
politik tentang apakah yang membentuk bidang kajian dalam disiplin ini.
Sains politik telah mendapat manfaat dari bidang2 seperti sosiologi, antropologi, eko, geografi, psikologi, sejarh, falsafah dll
Akibatnya, wujud perbezaan ‘trend’ yang diamalkan antara negara dengan sesebuah negara lain.
Umumnya terdapat 11 subdisiplin dalam mengkategorikan sains politik
1. Teori Politik/Falsafah Politik
Ia adalah asas dalam sains politik Pemikiran falsafah dan idea tetang politik oleh
tokoh2 klasik dan moden dibahas dan dianlisis bagi melihat kesesuaianya dengan amalan kehidupan politik masa kini
Antaranya ialah tokoh2 ulung ialah Plato, Aristotle, Hobbes, Locke, Ibn Khaldun, Mark dll
Analisis dilakukan dalam bentuk normatif iaitu sekadar mengemukan saranan apakah yang terbaik mengikut pandangan sarjana yang dikaji
2. Politik Perbandingan
Iaitu mengkaji tentang sistem dan proses politik sesebuah negara berbanding dengan negara lain.
Perbandingan berdasarkan persamaan dan perbezaan yang terdapat dari segi latar belakang dan amalan2 mereka.
3. Pentadbiran Awam Analisisnya tertempu kepada fungsi
danjentera pentadbiran kerajaan ataupun ‘Perkhidmatan Awam’ sesebuah negara dalam melaksanakan dasar2 politik dan pentadbiran sesebuah kerajaan.
Antara dari aspek pengurusan dan peningkatan kualiti serta kecekapan sistem penyampaiannya
Pengurusan tertumpu pada gelagat manusia dan organisasi di sektor swasta.
4. Sosiologi Politik
Iaitu mengkaji penyebab sosial dan akibatnya dalam konteks agihan kuasa dalam sesebuah masyarakat serta konflik politik dan sosial yang membawa perubahan dalam pengagihan kuasa
Kewujudan dan pengaruh kumpulan2 yang terdapat dalam masyarakat diberi perhatian dalam analisi yang dilakukan.
5. Ekonomi Politik
Aspek ekonomi dilihat sebagai teras dalam mengkaji perubahan2 politik
Unsur2 ekonomi dianggap elemen penting dalam menentukan kestabilan dan kesinambungan sesebuah politik
6. Hubungan Antarabangsa Mengkaji interaksi antara negara2
dalam sistem antarabangsa yang sentiasa berubah demi mempertahankan kewujudan mereka
Fokus kepada persoalan ‘keselamatan’ dan ‘kepentingan nasional’
7. Pengajian Startegik dan Pertahanan
Tumpuan yang diberikan ialah mengenai aspek keselamatan, startegi ketenteraan dan peperangan
8. Perlakuan Politik/Perlakuan Mengundi
Ia sebahagian drp bindang siosiologi politik
Pelakuan aktor2 politik perlu dikaji Aspek proses demokrasi dalam pemilihan
individu yang akan menerajui kerajaan Aspek pilihanraya diberi penekanan dari
sudut sikap dan kecenderungan pengundi, teknik kempin, isu yang dibangkitkan dll
9. Pengajian Pembangunan Tumpuan diberikan kepada aspek
proses dan model pembangunan yang dilalui oleh negara2 membangun serta masalah2 yang mereka hadapi dalam pelaksanaan pembangunan mereka
Kajian dibuat secara perbandingan antara negara maju dengan negara yang sedang membangun
10. Geografi Politik
Antara perkara yang dikaji ialah dalam geogarafi politik ialah isu-isu urbanisasi, perancangan, pembangunan politik dan alam sekitar, konflik2 sosial dan ekonomi yang berhubung dengan persoalan ruang serta melibatkan komponen alam sekitar
11. Metodologi Politik Ia merupakan alat sokongan kepada para
penyelidik dalam teknik2 yang digunakan dalam penyiasatan dan analisis mereka
Umumnya empat keadah digunakan dalam pendekatan analisis, iaitu; Analisis Kaulitatif, Kuantitatif, Perbandingan dan Pendekatan Struktur dan Agensi.
Teknik yang digunakan ialah menerusi, pemerhatian(observations), temuduga dan tinjauan(interview and survey), analisis kandungan(content analysis) dan uju kaji(experiment)
SEKIAN