109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Bidang fonetik dan bidang fonologi adalah saling berkaitan antara satu
sama lain. Bahkan kedua-duanya adalah saling melengkapi. Matlamat tajuk
ini adalah untuk membantu kami mengenali bunyi bahasa Bahasa Melayu
dan seterusnya mengenal pasti alat-alat artikulasi atau alat pertuturan yang
dapat menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebut. Selain dari itu, kerja
kursus ini bertujuan untuk menjelaskan huruf-huruf dan simbol-simbol
fonetik, fonem, fonem segmental, fonem suprasegmental, sebutan dan
penyukuan dalam Bahasa Melayu. Kerja kursus ini juga membantu dalam
membuat latihan transkripsi sebutan penyukuan dalam Bahasa Melayu.
1.1 TEORI FONETIK DAN FONETIK
DEFINISI FONETIK
Kamus Dewan(1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan
dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.
Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionanry of Current English (1992:671)
fonetik merupakan “the study of speech sounds and their production”.
Mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873),
fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of
languages”.
Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi
fonetik sebagai “ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan
penerimaan bunyi bahasa.
Pandangan dan pengertian tentang fonetik oleh beberapa orang
sarjana bahasa juga disertakan di sini bagi menjelaskan konsep fonetik
Pengantar bahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi dan Azizah Hussein
daripada buku Linguistik :An Introduction to Language and Communication
menyatakan: Fonetik ialah bidang yang memperkatakan bagaimana bunyi bahasa
dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara bidang kajian yang dikenali sebagai
fonetik artikulasi , dan juga sifat fizikal gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
saluran suara (bidang yang dikenali sebagai fonetik akustik).
Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia karya Abdullah Hassanmemberikan definisi fonetik seperti yang berikut: “Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari
segi penyebutan, pendengaran atau sifat-sifatnya. Fonetik amnya ialah
pengkajian terhadap unsur-unsur bahasa dalam bentuk bunyi.(1993:40)
Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik dan Fonologi:Suatu Tinjauan
menyatakan: “Fonetik ialah kajian saintifik mengenai bunyi bahasa dan rumus yang
melibatkan pengeluarannya.”(1992:2)
DEFINISI FONOLOGI
Kamus Dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu
bahasa.(edisi 4, 2010 )
Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi
sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut
fungsinya.
Linguistik:Pengantar Bahasa dan Komunikasi
terjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertiantentang
fonologi seperti yang berikut: “ Fonologi ialah sub bidang linguistik yang mengkaji
struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Istilah fonologi
digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa tertentu dan
rumus yang maengawal penyebaran bunyi tersebut.
Abdullah Hassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia
menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyiyang berfungsi dalam sesuatu
bahasa itu.”(1993:40)
1.1.2 FONOLOGI
1.1.1 FONETIK
Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui
mulut manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna.
Pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna kerana apabila dua orang
bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Dengan itu, bunyi
yang bermakna itu ialah bunyi bahasa. Bunyi bahasa ialah bunyi yang
bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi
FONETIK FONEMIK
1.1.3 FONEMIK
Fonetik - kajian yang ditinjau dari segi bahan fizik atau jizim yang mewujudkan bentuk ucapan.
Sifat bunyi atau fonetik akustik
Alat-alat yang menghasilkan bunyi atau fonetik artikulasi
Pendengaran, iaitu bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik auditori
FONEMIK
Fonemik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.
FONEM
Fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Misalnya kata bayang dan layang. Bunyinya hampir sama. Yang berbeza hanya [b] dan [l]. Tentulah bunyi-bunyi ini yang menyebabkan perbezaan erti itu. Oleh itu /b/ dan /l/ ialah fonem. Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /.
1.2 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR
Definisi Artikulasi dan Artikulator
Kamus Dewan edisi 4 menyatakan artikulasi sebagai cara atau proses menyebut bunyi atau kata dengan jelas.
Organ atau alat artikulasi penting dalam sistem aliran udara yang menyebabkan penghasilan bunyi bahasa berlaku.
(a) Pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan
bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan.
Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.
(b) Daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat
dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.
1.3 HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU
1.3.1 DEFINISI
1.3.2 LAMBANG HURUF RUMI
26 HURUF RUMI
21 HURUF KONSONAN
5 HURUF VOKAL
Huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu
perkataan dalam tulisan dibentuk. (Marzukhi Nyak Abdullah, 1977:42).
No Fonem Huruf kecil Huruf besar No Fonem Huruf kecil Huruf besar1 /a/ a A 14 /n/ n N2 /b/ b B 15 /o/ o O3 /c/ c C 16 /p/ p P4 /d/ d D 17 /q/ q Q5 /e/ e E 18 /r/ r R6 /f/ f F 19 /s/ s S7 /g/ g G 20 /t/ t T8 /h/ h H 21 /u/ u U9 /i/ i i 22 /v/ v V
10 /j/ j J 23 /w/ w W11 /k/ k K 24 /x/ x X12 /l/ l L 25 /y/ y Y13 /m/ m M 26 /z/ z Z
HURUF DALAM BAHASA MEMELAYU
1.3.2 HURUF VOKAL DAN KONSONAN DALAM BAHASA MELAYU
25FONEM@ BUNYI
19 FONEM KONSONAN
6 FONEM VOKAL DAN DIBERI LAMBANG HURUF RUMI SEPERTI DIBAWAH
Huruf f,q,v,x, dan z – melambangkan bunyi pinjaman Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
f, q, z fikir, qadar,zaman v, x vot, xenon
1.3.3 HURUF VOKAL DALAM BAHASA MALAYSIA
Huruf Vokal Fonem / Bunyi Ejaan Sebutana
e talinge pepet
iou
[a][é][e][i][o][u]
adasemakselakbilikbotol
duduk
[a.da][sé.mak][se.lak][bi.lik][bo.tol]
[du.duk]
5 FONEM VOKAL
i
e ( 2 fonem)/e/ -e taling
/ₔ/ - e pepet.. ejaan lama @ ejaan Zaaba
au
o
Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.
1.3.4 HURUF KONSONAN DALAM BAHASA MELAYU
Huruf Konsonan Fonem / Bunyi Ejaan Sebutanbcdfg
ghhjk
khl
mn
ngnypqrs
sytvwx
yz
[b][c][d][f][g]
[gh][h][j]
(1)[k](2) ?؟ (3)(4)[q][kh][l]
[m][n]
[ng][ny][p][q][r][s]
[sy][t][v][w][z]
[y][z]
bolacatatdadafakir
gabusghazalhargajagakala
kapaknikmat
kadikhairat
lalaimadahnafkahngerinyalapaparqari
rapatsahamsyiriktajamviruswajahxylem
yuranzapin
[bo.la][ca.tat][da.da][fa.kir]
[ga.bus][gha.zal][har.ga][ja.ga][ka.la]
[ka.pa?][ni؟mat][qa.di]
[khai.rat][la.lai]
[ma.dah][naf.kah][nge.ri][nya.la][pa.par][qa.ri]
[ra.pat][sa.ham][syi.rik][ta.jam][vi.rus][wa.jah][zi..lem]
[yu.ran][za.pin]
Konsonan pula ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan dalam Bahasa Melayu.
Jadual 1:Huruf dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu
1.3.5 JENIS –JENIS HURUF KONSONAN
KONSONAN
PINJAMAN GANDINGAN ASAL
Konsonan Asal Bahasa Melayu
Terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu. Konsonan tersebut ialah konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et.al. 2006).
Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. Sebenarnya terdapat 19 bunyi
(fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata.
Cara sebutan - konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh, iaitu
letupan, letusan, geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal.
Cara Sebutan
Daerah Sebutan
Bib
ir
Gus
i
Gus
i-L
Ker
as
Lela
ngit
K
era
s
Lela
ngit
Lem
but
Pita
Sua
ra
1 2 3 4 5 6
Letupan tb p t k
b b d gLetusan tb č
b jSengauan
b m n
Geseran tb f s Š x hb v z
Getaran b r
Sisian b l
Separuh Vokal
b w y
Jadual 2 :Konsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan Sebutan
1.3.5.1 KONSONAN PINJAMAN
Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada
Bahasa Arab melainkan konsonan v. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris.
Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab, digunakan untuk
mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya, skuasy. Huruf ain
seperti dalam perkataan ma’na, digantikan dengan huruf k menjadi makna. Pada tempat
lain, huruf ‘i (‘ilmu), ‘a (‘alam), ‘u (‘umur) digugurkan. Ejaan nama seperti ‘Abdullah,
Sa’odah, Nor ‘Aini sudah ditiadakan. Selain itu, huruf hamzah digugurkan tetapi masih
terdapat dalam perkataan seperti Dato’, sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan
oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri.
1.3.6 HURUF DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU
Huruf Diftong Fonem / Bunyi Ejaan Sebutanaiauoi
[ai][au][oi]
pantaipulausepoi
[pan.tai][pu.lau][se.poi]
Jadual 3 : Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu
TATATINGKAT BAHASA
WACANA
AYAT
KLAUSA
FRASA
MORFEM
FONEM
Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. Dengan perkataan lain,
diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal, iaitu satu vokal
mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah Hassan,2006:44).
Rajah 1 : menerangkan peranan huruf dalam pembinaan maksud dalam Bahasa Melayu
1.4 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU
1.4.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu
Huruf Simbol bunyi
a [a]
e (pepet) [e]
e taling [ə]
i [i]
o [i]
u [u]
Jadual 4: Simbol Vokal Bahasa Melayu
Konsonan
1.4.2 Simbol Konsonan dan Diftong
Huruf Simbol bunyi
b [b]
c [č]
d [d]
g [g]
h [h]
j [j]
k [k], [/], [Q]
l [l]
m [m]
n [n]
p [P]
q [q]
r [r]
s [s] [š]
t [t]
v [v]
w [w]
x [z]
y [Y]
z [z]
Jadual 5: Simbol Konsonan
Huruf Gabungan Vokal Simbol bunyi
ai [ai]
au [au]
oi [oi]
Jadual 6: Simbol Diftong
5.4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap
Konsonan Rangkap Simbol bunyi
gh [ ]
ny [ ɲ ]
ng [ ŋ ]
sy [ ∫ ]
th [ ]
dz [ ð ]
kh [ x ]
Jadual 6: Konsonan Gandingan dan Rangkap
Ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang
mewakili dua huruf dalam Bahasa Melayu.
1.5 FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU
1.5.1 DEFINISI FONEM SEGMENTAL
FONEM SEGMENTAL VOKAL
KONSONAN
DIFTONG
Fonem yang boleh dipisahkan atau dipenggalkan di antara satu sama lain. Unsur-unsur segmental ialah setiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan.
Fonem vokal
Udara keluar melalui mulut
Bunyi bersuara
Terhasil – udara keluar dari paru-paru secara bebas/ tanpa
sekatan
Bunyi vokal berbeza bergantung kepada bentuk rongga di atas glotis yang dilalui udara semasa bunyi
vokal diucapkan
FONEM VOKAL
FONEM VOKAL
/ a /
/ ə /
/ u // o /
/ i /
FONEM KONSONAN PINJAMAN
/f/ fikir
/x / (kh) xatam
/q/ qari
/Š/ (sy) Šor
/ž /(dz /dh) žalim
/z/ beza
/ᴕ/ ( gh) ᴕaib
/ð/(dh) ðarab
/θ/ (th) θala θa
1.6FONEM SUPRASEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU
FONEM SUPRASEGMENTAL (SS)
Konsep kontras - tentukan taraf fonem bunyi SS
Dalam Bahasa Melayu bunyi SS
ditutur secara sistematis
Dalam lain bahasa ( cth. Bahasa Cina) - bunyi SS bezakan
makna
FONEM SUPRASEGMENTAL ( Kamus Dewan )
Tekanan
Panjang-pendek
Jeda- (persendian)Intonasi
Nada (tona)
2.1 LAKARAN DAN PELABELAN ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR
.2.1.1 ALAT-ALAT ARTIKULASI
Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) Pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas
dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan.
Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.
(b) Daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat
dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.
Alat – alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah artikulasi
Rajah Alat Artikulasi
1. Bibir atas 11. Tengah lidah2. Bibir bawah 12. Belakang lidah3. Gigi atas 13. Akar lidah4. Gigi bawah 14. Epiglotis5. Gusi 15. Pita suara6. Lelangit keras 16. Rongga tekak7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung8. Anak tekak 18. Rongga mulut9. Hujung lidah 19. Rahang10. Hadapan lidah 20. Tenggorok
2.1.2 ALAT ALAT BAHAGIAN DALAM TUBUH
1.2.3 FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI
Paru-paruBahagian mengepam
udara keluar untuk penghasilan bunyi.Kualiti bunyi yang
dihasilkan bergantung kepada
pengembangan dan pengepaman keluar udara daripada paru-
paru
TrakeaMerupakan saluran
udara antara larinks an paru-paru.
Membolehkan laluan udara masuk ke paru-
paru dan keluar kembali,
LarinksTisu yang dinamakan
pita suara.Terlibat dalam
menghasilkan semua suara.
FarinksMenghubungkan larinks dengan
bahagian atas rongga tekak, anak tekak dan rongga hidung.
EsofagusBukan alat yang terlibat secara
langsung dalam artikulasi
Pita suaraBoleh dirapatkan dan direnggangkan.Pita
suarabergetar dinamakan bersuara.Di sinilah terhasilnya bunyi
hentian glotis
Kotak suaraFungsinya terbahagi
kepada dua:i)Fungsi
biologi:melindungi paru-paru dengan menahan butir-butir makanan dan
cecair daripada memasuki trakea. ii)Fungsi bahasa :
menghasilkan bunyi -bunyi bahasa mengikut kedudukan posisinya
yang diubah suai.
EpiglotisBerfungsi sebagai penutup daripada
makanan dan minuman memasuki trakea.
Tidak berfungsi dalam penghasilan bunyi.
BibirTerdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.Berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.
LidahAlat artikulasi yang terpenting dan paling aktif.Terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.
GigiKedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.
Gusi Merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang
berfungsi membuat penyekatan.
Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan
mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.
LELANGIT KERAS
Bermula dari sempadan gusi di bahagian atas rongga mulut hinggalah ke
lelangit lembut.. Mengisi lebih kurang 2/3 daripada lelangit.
LELANGIT LEMBUT Bermula
dari sempadan lelangit keras hingga akhir daerah atas rongga mulut.
Bahagian lelangit yang terkebelakang dalam rongga mulut. Boleh diturunkan
atau dinaikkan dan boleh diturun dan dibuka saluran tekak ke rongga hidung.
2.2 CARA PENGELUARAN BUNYI
2.2.1 BUNYI VOKAL
Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak
mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh
lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.
Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:
i) Vokal Depan Sempit (i)
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga
hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan
pada gusi.
Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari
paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa
sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran
kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampar.
Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari
ii) Vokal Depan Separuh Sempit ( )
Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah diturunkan 1/3 daripada
titik vokal sempit..Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak
dan tutup rogga hidung. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar dan bibir terhampar.
Contoh: kole, tauge, bendi, elok
iii) Vokal Depan Separuh Luas [ a ]
Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari
kedudukan separuh sempit. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang
rongga tekak utuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar
melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar dan bibir
terhampar. .
Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek
iv) Vokal Depan Luas ( a)
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan
serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke
belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru
keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar dan bibir
terhampar. .
Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat
v) Vokal Belakang Sempit (u)
Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah tinggi ke lelangit
lembut. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak dan menutup
rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa
sekatan. Pita suara bergetar. Bentuk bibir dibundarkan.
Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang
vi) Vokal Separuh Sempit ( o )
Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 dari kedudukan
mengeluarkan vokal belakang sempit. Lelangit lembut dinaikkan ke
belakang rongga tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paru-
paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar.
Keadaan bibir pula dibundarkan.
Contoh: obor, solo, polo, toko, orang
vii) Vokal Belakang Separuh Luas [ כ ]
Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 dari kedudukan
mengeluarkan vokal belakang separuh sempit. Lelangit lembut
dinaikkan ke belakang rongga tekak menutup rongga hidung. Udara dari
paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara
bergetar. Bentuk bibir dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam
bahasa Melayu.
2.2.2 BUNYI-BUNYI KONSONAN
Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang sewaktu dikeluarkan menerima
sekatan, sempitan dan geseran, sama ada di bahagian rongga mulut, tekak
atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak
bersuara.
2.2.2.1 Konsonan Letupan - p, d, ?
Dua bibir dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang
rongga tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui
rongga mulut tersekat di antara rapatan dua bibir dan udara dilepaskan
serta merta. Pita suara tidak bergetar ( bunyi tidak bersuara ) Maka,
keluarlah bunyi [p].
Contoh : pasu, apit, atap
Hujung lidah dirapatkan ke gigi gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut tersekat di bahagian rapatan hujung lidah dan gigi -gusi . Pita suara tidak bergetar ( bunyi bersuara) terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d]. Contoh daun, tanduk, abad.
Hentian [?]: Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar daripada paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara udara menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan dihasilkan. Contoh: budak, sakat,kakak
2.2.2.2 Konsonan Letusan – c, j
Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit
keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak dan
menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan
tersekat pada rapatan depan lidah dan lelangit keras. Udara yang tersekat
dilepaskan perlahan-lahan. Pita suara tidak bergetar ( bunyi tidak bersuara)
Bunyi [ j ] Hadapan lidah dirapatkan ke lelangit keras. Lelangit lembut
dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak dan menutup rongga hidung.
Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat pada rapatan
depan lidah dan lelangit keras. Udara yang tersekat dilepaskan perlahan-
lahan. Pita suara bergetar ( bunyi bersuara )
2.2.2.3 Konsonan Sisian – l
Hadapan lidah dirapatkan ke bahagian tengah gigi – gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke rongga tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan keluar melalui tepian/sisian lidah. Pita suara bergetar ( bunyi bersuara )
Contoh: laju, bekal, dalam
2.2.2.4 Konsonan Sengauan – m, ny
Bunyi[m] Bibir atas dan bawah dirapatkan. Lelangit lembut diturunkan dan menutup rongga mulut. Udara dari paru-paru melalui rongga hidung. Pita suara bergetar ( bunyi bersuara)
Contoh : musuh, demam, talam
Bunyi Ny [Л] bergetar Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. Lelangit lembut diturunkan dan menutup rongga mulut. Udara dari paru-paru melalui rongga hidung. Pita suara bergetar ( bunyi bersuara)
Contoh: nyonya, lanyak
2.2.2.5 Konsonan Getaran – r
Hadapan lidah dirapatkan ke gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke rongga tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga tekak dan menggetarkan pita suara, melalui rongga mulut, menggetarkan depan Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r].
2.2.2.6 Konsonan Geseran – s,h
Bunyi [s] Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat
sempitan pada arus udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga
hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara melalui rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s], bunyi geseran gusi
tidak bersuara.
Bunyi [h] Pita suara disempitkan. Lelangit lembut dinaikkan dan menutup
rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar di antara pita suara yang
disempitkan,bergeser. Disebabkan melibat pita suara tidak dapat dikatakan
bergetar atau tidak bunyi bersuara atau tidak bersuara.
2.2.2.7 Konsonan separuh vokal – w, y
Bunyi [ w ] Bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Pita suara
digetarkan, lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal
tengah [ә]
Bunyi [ y ] Hadapan lidah diangkat agak tinggi ke lelangit keras. Bibir
dihamparkan. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.
Pita suara digetarkan , lidah bergerak pantas ke kedudukan untu
mengeluarkan vokal tengah [ә]
2.3 BUNYI DIFTONG
Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila
berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari
satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong.
2.3.1 Diftong [ai]
Keadaan bibir agak terhampar. Hujung lidah terkena gigi bawah. Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan vocal depan rendah [ a ] Lidah secara cepat digeluncurkan kearah cara membunyikan vocal depan tinggi [ I ] Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan. Contoh perkataan aising, hairan, pandai
2.3.2 Diftong [au]
2.3.3 Diftong [oi]
Keadaan bibir daripada hampar ke bundar. Hujung lidah kena gigi bawah. Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan vokal depan rendah [a] Lidah digeluncurkan secara cepat kea rah cara membunyikan vokal belakang tinggi [ u ] dengan lidah melengkung ke arah lelangit keras. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan. Contoh perkataan aurat, audit, pulau, pisau.
Keadaan bibir daripada bundar ke hampar. Depan lidah pada kedudukan sebelum membunyikan vocal separuh tinggi[ o ]. Lidah digeluncurkan secara cepat kea rah cara membunyikan depan tinggi[ I ] dengan lidah dinaikkan kea rah lelangit keras, rendah sedikit daripada cara membunyikan vocal [ I ]. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan. Contoh perkataan boikot,amboi, sepoi.
Yang kedua pula ialah diftong [au]. Pada masa ini depan lidah berada
pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan
untuk vokal [u]; bibir yang mula-mula dihamparkan, kemudian dibundarkan
pula. Contoh, [pulau].
Diftong yang ketiga ialah diftong [oi]. Semasa dihasilkan lidah berada pada
kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-mula
bundar tetapi kemudian berkeadaan hampar. Contoh, [amboi].
a. (ai): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai
b. (au): lampau, silau, garau, surau, pukau
c. (oi): amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.
1. Bibir atas 11. Tengah lidah2. Bibir bawah 12. Belakang lidah3. Gigi atas 13. Akar lidah4. Gigi bawah 14. Epiglotis5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung8. Anak tekak 18. Rongga mulut9. Hujung lidah 19. Rahang10. Hadapan lidah 20. Tenggorok
BENTUK BIBIR KETIKA PENGHASILAN VOKAL
3.3 ULASAN TERHADAP KESAN DIALEK DAERAH TERHADAP PENGUASAAN BAHASA MELAYU STANDARD TERUTAMA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH
Dialék merupakan bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah
atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat
daerah (negeri dan lain-lain)
Penggunaan bahasa dialek daerah adalah bertujuan memudahkan
komunikasi antara penduduk setempat. Semasa berkomunikasi, mereka akan
mewujudkan kemesraan sesama mereka. Hubungan antara mereka menjadi
lebih erat, berasa tenang dan terhibur apabila mereka berkomunikasi antara satu
sama lain menggunakan bahasa daerah.
Namun demikian, penggunaan dialek daerah semasa proses pengajaran
dan pembelajaran mengakibatkan mutu Bahasa Melayu secara lisan akan
merosot dan menimbulkan kekeliruan semasa penyampaian guru. Sebagai
contoh situasi di sebuah sekolah di daerah Gua Musang seorang guru Bahasa
Melayu yang berasal dari Kedah meminta murid - murid Tahun 1 Wira berlari
bebas untuk set induksi tajuk Pentingnya Menjaga Kesihatan. Murid-murid
tersebut hanya berdiri dan memerhati antara satu sama lain kerana tidak
memahami arahan yang diberi oleh guru. Guru kemudian beraksi melakukannya
dan seorang murid memberitahu itu adalah [# huŋga ko? se #] Guru kemudian
menyebut ayat tersebut dan mereka melaku aktiviti dengan gembira.
Seterusnya, dialek daerah tidak seharusnya digunakan secara meluaskan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini jelas membuktikan
bahawa dialek daerah ini akan merosakkan Bahasa Melayu yang juga
merupakan bahasa kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa yang
tercemar secara meluas akan melahirkan rakyat yang buta bahasa sendiri. Tidak
mustahil kegagalan murid-murid di sekolah rendah dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu disebabkan mereka terlalu kerap menggunakan dialek daerah.
Penggunaan dialek daerah semasa proses pengajaran dan pembelajaran
menyebabkan murid-murid tidak dapat menguasai sebutan bahasa standard
dengan berkesan dan betul. Bagi murid di negeri Kedah menyebut ayat ular
besar melingkar atas pagar sebagai: [ # ulaq bәsaq meliŋkaq? ataθ pagaq?# ]
manakala murid di negeri Melaka menyebut ayat yang sama dengan [# ulau
besau meliŋkau atas pagau # ]
Selain itu, kesan dialek daerah ialah maksud bahasa gagal
diterjemahkan oleh murid. Situasi di sebuah sekolah di daerah Baling seorang
guru Bahasa Melayu mengarah seorang murid ke bilik A untuk membaca buku
tetapi murid tersebut pergi ke bilik air disebabkan [ # ε # ] itu adalah dialek bagi
air di daerah Baling.
Kesan penggunaan dialek daerah juga mengehadkan penguasaan kosa
kata murid-murid. Sebagai contoh, di sekolah guru-guru mengambil jalan mudah
dan cenderung mengguna dialek daerah sebagai bahasa pengantar dengan
alasan pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan. Hal ini
menyebabkan murid-murid akan berasa keliru dan sukar untuk menguasai
Bahasa Melayu yang betul. Hal ini terbawa-bawa ketika mereka menulis
karangan. Sebagai contohnya, murid di negeri Kedah menulis karangan
mengguna dialek daerah [ #saya ada kucin #][ # tekoh-tekoh saya bagi makan
nasi?#] yang sepatutnya ditulis ‘saya ada kucing. Kadang-kadang saya berinya
makan nasi.
Bahasa amat penting dalam kehidupan seseorang kerana bahasa
merupakan wahana utama untuk menyampaikan idea. Bahasa dapat
menggambarkan tahap keintelektualan atau mencerminkan status penuturnya.
Kenyataan ini bermakna bahawa bahasa yang digunakan oleh individu yang
berpelajaran tinggi lazimnya berlainan daripada mereka yang tidak berpelajaran.
Bahasa turut menjadi lambang sesuatu bangsa sehingga timbulnya ungkapan
“ Bahasa Jiwa Bangsa”. Sehubungan dengan hal itu, guru perlu menggunakan
pelbagai variasi bahasa sama ada yang tersurat dan tersirat. Salah satu cara
untuk mencapai hasrat tersebut adalah melalui penggunaan Bahasa Melayu
standard semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya guru dan murid-murid mengaplikasikan penggunaan Bahasa
Melayu standard semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
maka memudahkan kedua-dua pihak mencapai objektif sesuatu kemahiran
pelajaran. Penggunaan Bahasa Melayu standard mudah difahami, jika tidak
faham mereka boleh merujuk kamus. Amalan penggunaan Bahasa Melayu
standard dapat meningkat keyakinan diri melalui pertuturan, pembacaan dan
penulisan murid. Segala masalah dan salah faham dalam pengajaran dan
pembelajaran juga dapat diselesaikan dan diperbetulkan dengan mudah.
Tuntasnya, pelaksanaan penggunaan Bahasa Melayu standard semasa
proses pengajaran dan pembelajaran haruslah dijalankan dengan berkesan agar
usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu dapat dicapai. Peranan guru sangat
penting di sekolah sebagai pembimbing murid-murid dan pelaksana dasar
kerajaan iaitu dengan meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan
Bahasa Kebangsaan negara kita. Seterusnya, penguasaan Bahasa Melayu
standard ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan pencapaian murid-
murid dalam Bahasa Melayu. Sesungguhnya sesuatu kejayaan itu tidak akan
dicapai dengan mudah tanpa usaha yang bersungguh-sungguh seperti kata
pepatah “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.
Tepatlah sekali kata-kata pengarang sajak dibawah yang mengandungi
maksud yang tersurat dan tersirat.
DIRGAHAYU BAHASAKUAhmad Sarju
Tempatmu di singgahsanahati nurani bangsakuwarga yang berbudisetia dan amanah
Bahasa itu maruah bangsayang mesti dipelihara martabatnyaagar tetap kukuh dan ampuhmelayari lautan bijaksanasalam ikatan mesra dan teguh
Cekal dan waja semangat pejuangkuhak bangsaku memilikimuhak bangsaku mendaulatkanmu dibumi bertuah ini merentas dunia tak bertepi
Sejarah bangsa mencatatkan kegemilanganke barat dan ke timur menjalin persaudaraangagah pelautku membelah lautanke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam
Dirgahayu bahasakudi arena antarabangsa suaramu tumbuhmenusuk kalbu lagu bahasamubahasamu bahasa mindamudah akrab dan bertatasusila daripada bangsa yang bernama Melayumenempa kejayaan di alaf baru
( September 2000 ) Manuskrip Luka Bangsa, 2006Persatuan Penulis Nasional Malaysia ( PENA )
Seterusnya skop kajian boleh diperluas dan dimantapkan dengan
melaksanakan
Sebagai kesimpulan, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulisharus dijalankan dengan berkesan agar usaha untuk meningkatkan penguasaan 3Mkhususnya kemahiran menulis dalam kalangan murid-murid dapat dicapai. Perananguru sangat penting di sekolah sebagai pembimbing murid-murid dalam pembelajarankemahiran menulis. Di samping itu, kajian ini juga diharapkan dapat membantumeningkatkan pencapaian murid-murid dalam Bahasa Melayu Penulisan di sekolahrendah. Seterusnya skop kajian boleh diperluas dan dimantapkan dengan melaksanakankajian lanjut seperti yang dicadangkan. Hal ini amat penting dan bermakna dalammembantu pelbagai pihak untuk mendapatkan hasil pencapaian yang terbaik.Sesungguhnya sesuatu kejayaan itu tidak akan dicapai dengan mudah tanpa usaha yangbersungguh-sungguh seperti kata pepatah “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakandapat sagunya”.
RUJUKAN
Dasar Bahasa Kebangsaan telah meletakkan Bahasa Melayu sebagai ?Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan negara kita, sekiranya situasi pengunaan bahasa dialek tidak dibendung, ia akan menjadi barah dalam masyarakat kita dan sudah tentu akan memudaratkan pengguna dan nilai Bahasa Melayu.
.
Contohnya,keracunan bahasa dapat kita lihat dan dibaca saban hari di majalah, rancangan-rancangan yang disiarkan di televisyen yang telah dicampuradukkan pengunaan dengan kata-kata lain yang tidak sesuai.Hal ini menyebabkan mutu dan nilai Bahasa Melayu semakin merosot.
Kedudukan Bahasa Melayu tergugatDasar Bahasa Kebangsaan telah meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan negara kita, sekiranya situasi pengunaan bahasa dialek tidak dibendung, ia akan menjadi barah dalam masyarakat kita dan sudah tentu akan memudaratkan pengguna dan nilai Bahasa Melayu.
3.Lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu
-Contohnya di sekolah,guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung mengguna Bahasa Dialek sebagai bahasa pengantar dengan alasan pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan.Hal ini menyebabkan pelajar-pelajar akan berasa keliru dan sukar untuk menguasai Bahasa Melayu yang betul.
4.Masalah pembinaan masyarakat berwawasan
-Keracunan dalam penyampaian dan pengunaan laras bahasa yang dicampuradukkan dengan bahasa yang tidak sesuai dalam konteks pengunaan yang semakin setara menunjukkan sudah semestinya tidak akan dapat membina minda masyarakat untuk maju dan mengejar kemajuan.
pencemaran bahasa ini merupakan suatu isu atau perkara yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini. Namun, jika pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh teliti dan kerap, tidak mustahil bahasa kita akan menjadi bahasa antarabangsa yang berada di tahap terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Pihak yang mempunyai kuasa yang besar seperti Perdana Menteri harus sentiasa menekankan penggunaan bahasa kebangsaan kita setiap masa sama ada dalam ucapan rasminya ataupun semasa ditemu bual oleh wartawan. Dengan ini, apabila beliau sentiasa menggunakan bahasa kabangsaan secara baik dan kerap, ini akan menjadi ikutan kepada orang bawahannya.
Bahasa rojak dan bahasa pasar tidak seharusnya digunakan secara meluaskan walaupun bukan dalam situasi formal. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa rojak
atau pasar ini akan merosakkan Bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan kita. Kekerapan menggunakan bahasa yang tercemar secara meluas akan menlahirkan rakyat yang buta bahasa sendiri. Tidak mustahil kegagalan pelajar-pelajar di sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disebabkan mereka terlalu kerap menggunakan bahasa rojak dan pasar. Anak-anak muda kini juga kerap membaca majalah berupa bahasa rojak dan pasar.
Oleh itu, bagi pihak-pihak penerbit majalah atau drama juga haruslah sedar yang mereka juga bertanggungjawab membawa pembaharuan dan penambahbaikan dalam bidang bahasa. Janganlah sibuk mengejar keuntungan tetapi nilai dan tanggungjawab patriotisme diabaikan. Dari sinilah kita mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, sebutan, dan tatabahasa Bahasa Melayu. Masyarakat mudah menerima perkara yang positif andainya di keliling mereka penuh dengan perkara positif. Sebagaimana kata-kata periBahasa Melayu iaitu ‘bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.’ Kata-kata ini sudah cukup memberitahu kepada kita agar setiap perkara yang ingin diubah atau dibuat perlulah dari atas atau pemimpin dahulu. Jika pemimpin begitu prihatin dan bersungguh-sungguh dalam hal memartabatkan bahasa kebangsaan, rakyat juga akan mengikutinya.