1.2 refleksi sorotan literatur

11
1.2 SOROTAN LITERATUR Pada masa kini, ilmu yang berkaitan dengan matematik dilihat semakin berkembang pesat sejajar dengan arus permodenan dan sering ditambah baik dari hari ke hari. Perkembangan perubahan dalam pendidikan matematik melibatkan perbincangan tentang sifat matematik dan pengajaran matematik (Simon, 1994). Pengaplikasian matematik dalam kehidupan seharian manusia telah banyak memberikan sumbangan dan memudahkan tugas manusia apabila matematik berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan permasalahan yang dialami oleh manusia dalam kehidupan seharian dengan penyelesaian kepada masalah tersebut. Kenyataan ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) dalam Noraini Idris (2001) yang menekankan objektif pendidikan matematik di Malaysia adalah untuk mengembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu 8

Upload: nor-syarina-ahmad-tarmizi

Post on 19-Oct-2015

286 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PROPOSAL

TRANSCRIPT

1.2SOROTAN LITERATUR

Pada masa kini, ilmu yang berkaitan dengan matematik dilihat semakin berkembang pesat sejajar dengan arus permodenan dan sering ditambah baik dari hari ke hari. Perkembangan perubahan dalam pendidikan matematik melibatkan perbincangan tentang sifat matematik dan pengajaran matematik (Simon, 1994). Pengaplikasian matematik dalam kehidupan seharian manusia telah banyak memberikan sumbangan dan memudahkan tugas manusia apabila matematik berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan permasalahan yang dialami oleh manusia dalam kehidupan seharian dengan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Kenyataan ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) dalam Noraini Idris (2001) yang menekankan objektif pendidikan matematik di Malaysia adalah untuk mengembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan dengan berkesan. Secara amnya, matematik ialah salah satu cabang ilmu yang boleh didapati daripada proses pemikiran logik yang disesuaikan dengan keadaan sekeliling dan alam semesta (Mok Soon Sang, 2004). Matematik juga telah menjadi suatu ilmu pengetahuan yang mengajar manusia berfikir secara logik mengikut bilangan dan jenisnya terhadap sesuatu masalah, sama ada konkrit atau abstrak (Mok Soon Sang, 1996).

Pengiraan aritmerik merupakan suatu seni. Malangnya, sebilangan besar kanak-kanak tidak dapat menghayati keindahan seni tersebut kerana pemikiran mereka telah disempitkan dengan personaliti dan tanggapan negatif terhadap matematik. Hudson (1966) dalam artikel yang ditulis oleh Sabri Ahmad (2006) juga telah bersetuju bahawa faktor-faktor tersebut merupakan penyebab kepada kesukaran dalam mempelajari matematik. Dennis Quilter dan Eon Haper (1988) pula telah menambah dua lagi faktor utama yang menjadi penghalang kepada kejayaan pembelajaran matematik iaitu tahap kecerdasan dan pengaruh persekitaran.

Sikap ibu bapa juga merupakan faktor yang menyumbang kepada kurangnya motivasi murid-murid untuk mempelajari matematik. Ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak-anak pastinya akan sentiasa meningkatkan motivasi dan mendorong anak-anak mereka untuk meraih keputusan dan pencapaian yang cemerlang. Namun demikian, terdapat juga ibu bapa yang memiliki sikap yang sebaliknya. Angela Walsh (1997) dalam Wan Maziah Hamzah (1997) berpendapat bahawa terdapat ramai ibu bapa yang mempunyai sikap negatif terhadap matematik dan menganggapnya sebagai sukar, membosankan dan hanya untuk orang bijak.

Malahan, ramai ibu bapa yang tidak keberatan untuk mengaku bahawa mereka tidak pernah pandai dalam matematik. Sikap dan pandangan ibu bapa yang sedemikian sedikit sebanyak akan membantutkan minat dan motivasi anak-anak untuk mempelajari matematik. Murid yang bermasalah dalam pembelajaran sememangnya kurang gemar pada matematik dan sering kurang berjaya menyelesaikan masalah matematik (Sufean Hussin, 1992). Oleh yang demikian, ibu bapa perlulah sentiasa bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing dalam memupuk semangat dan minat murid-murid terhadap matematik.

Virus salah tafsir terhadap matematik bukan sahaja dialami oleh kanak-kanak malah ianya juga dialami oleh orang dewasa. Pernyataan ini disokong oleh Datuk Dr. Ismail Ibrahim (1994) dalam kenyataannya menerusi akhbar Utusan Malaysia (1994) yang menyatakan bahawa terdapat sebilangan orang dewasa yang mendapati bahawa penerapan matematik amat merumitkan kerana kurang keyakinan dan kefahaman tentang matematik walaupun telah mempelajarinya selama bertahun-tahun di sekolah. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika berjuta-juta orang dewasa terlepas peluang untuk mendapatkan tempat yang baik dalam kerjaya profesional kerana mereka mempunyai kelemahan dalam matematik selama bertahun-tahun.

Guru merupakan agen perubahan yang bertanggungjawab untuk membentuk sikap, motivasi, personaliti dan pandangan yang positif terhadap matematik dalam diri murid-murid. Berdasarkan kepada kesukaran murid-murid untuk menguasai fakta asas darab 6, 7, 8 dan 9, guru perlulah bijak merancang kaedah, teknik dan strategi pengajaran yang berfokus kepada latihan dan mengurangkan hafalan selain menekankan kefahaman konsep mengenai sesuatu topik. Menurut Aziz Omar (2006), konsep dalam matematik merupakan satu perkara yang sangat penting. Pemahaman konsep menyebabkan murid dapat menghurai dan mengetahui bagaimana, kenapa sesuatu simbol dan tatacara (aritmetik) itu sedemikian. Hasil daripada pemahaman konsep ini membolehkan murid menerangkan dan mengesan di mana logiknya ilmu matematik. Dengan ini, murid akan menjadi lebih faham apabila mereka berfikir bagaimana untuk mencari jawapan berbanding mendapat jawapan daripada orang lain.

Matematik boleh ditakrifkan sebagai salah satu cabang seni memandangkan sesetengah konsep matematik mengandungi bentuk dan pola yang menarik dan tersendiri. Pengkaji menjalankan kajian ini untuk menjelaskan matematik sebagai sebagai satu cabang seni dengan mengenalkan penggunaan alat bantu mengajar Congkak Sifir bagi membantu murid menyelesaikan masalah berkaitan fakta asas darab 6, 7, 8 dan 9. Kaedah Petak Sifir pula boleh digunakan oleh murid-murid bagi menggantikan penggunaan Congkak Sifir semasa menduduki peperiksaan.

Pendaraban merupakan salah satu operasi asas yang terkandung dalam matematik. Operasi darab terutamanya sifir haruslah ditekankan sejak peringkat awal persekolahan bagi memastikan murid dapat menguasai matematik dengan lebih meluas. Selaras dengan pemerhatian pengkaji yang mendapati murid menghadapi masalah dalam menguasai fakta asas darab, pengkaji telah bercadang untuk mengenalkan Congkak Sifir dan Petak Sifir. Melalui alat dan kaedah ini, murid dapat belajar dengan melakukan pergerakan-pergerakan tertentu.

Jean Piaget telah menyatakan bahawa seseorang individu belajar secara aktif berdasarkan persekitaran untuk membina pengetahuan (Teori Perkembangan Kognitif, n.d.). Guru-guru perlu sedar bahawa murid-murid belajar secara paling berkesan apabila digabungjalinkan dengan pengalaman aktif. Menurut Nik Azis Nik Pa (1986), murid hanya dapat membina makna sesuatu matematik melalui pengalaman aktif yang disertai oleh aktiviti refleksi dan pengabstrakan. Solomon (1990) dalam Noor Shah Saad (2002) juga sependapat apabila mengatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman mereka berinteraksi secara fizikal dan persekitaran sosialnya.

Menurut Janting Anak Ringai (2005), kanak-kanak lebih seronok menghafal sifir dengan menggunakan teknik yang konkrit. Antara cara dan teknik yang sering digunakan oleh murid untuk mendapatkan hasil bagi sifir darab adalah dengan menggunakan kaedah jari ataupun menggunakan perwakilan pembilang. Penggunaan teknik dan alat bantu mengajar yang bersifat konkrit perlu diaplikasikan khususnya kepada murid-murid sekolah rendah. Hal ini bertepatan dengan Teori Perkembangan Kognitif yang diasaskan oleh Jean Piaget yang memerihalkan empat peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak.

Menurut Jean Piaget (1952) dalam Noor Shah Saad (2001), kanak-kanak yang berada pada peringkat operasi konkrit didapati masih belum boleh berfikir secara abstrak malah keupayaan mereka untuk berfikir hanya terbatas kepada yang bersifat konkrit sahaja. Oleh yang demikian, seseorang guru perlu berfikiran lebih kreatif dan inovatif dalam usaha memilih alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap pemikiran dan pencapaian murid. Guru harus menyedari hakikat bahawa perkembangan murid-muridnya adalah tidak serupa. Segala perancangan yang melibatkan kandungan pembelajaran, pemilihan alat bantu mengajar dan strategi pengajaran haruslah bersesuaian dengan perkembangan diri murid pada saat itu.

Seorang guru matematik yang cemerlang perlulah prihatin terhadap permasalahan pembelajaran yang dihadapi oleh murid-muridnya selain memantau tahap pencapaian murid dari semasa ke semasa. Ini adalah kerana murid-murid yang mendapat pendidikan di sekolah seluruh Malaysia terdiri daripada murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian, kebolehan dan pemahaman yang berbeza-beza. Guru mestilah sensitif dengan keperluan murid dan mesti berdedikasi terhadap objektif profesion perguruan yang utama iaitu peningkatan mata pelajaran (Nik Azis Nik Pa, 1992). Selain itu, pendidik matematik juga mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan keterampilan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian murid (National Council Of Teachers of Mathematics, 1980 dalam Tengku Zawawi Tengku Zainal, 2006).

Seseorang guru yang serba boleh mestilah memiliki kemahiran konten pedagogi yang tinggi. Kemahiran ini akan membolehkan mereka menterjemah sebarang maklumat atau pengetahuan kepada bentuk yang lebih mudah untuk difahami dan diterima oleh murid-murid. Ia boleh digabungjalinkan dengan pengaplikasian kerja praktik dalam usaha untuk mendapatkan hasil kerja yang membanggakan. Dalam pengajaran matematik, kaedah kerja praktik merupakan kaedah yang digunakan untuk melatih murid-murid menggunakan alat bantu mengajar untuk mempelajari konsep atau fakta-fakta matematik selain menguasai kemahiran dalam menyelesaikan masalah matematik (Mok Soon Sang, 1997).

Guru-guru tidak seharusnya menekankan proses pengajaran mereka kepada algoritma penyelesaian masalah matematik sahaja tetapi mereka juga perlu cuba untuk membuktikan bahawa sesuatu jawapan kepada soalan itu boleh diperolehi dengan berbantukan alat bantu mengajar. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) dalam Dewan Bahasa dan Pustaka, sesuatu alatan mengajar, jika dipilih dan digunakan dengan sewajarnya iaitu alatan yang wajar, digunakan dengan cara yang sesuai dan pada masa yang tepat seharusnya boleh memenuhi konsep dan objektif bagi pembelajaran matematik. Hal ini bagi memastikan bahawa murid-murid faham akan konsep matematik yang dipelajari dan tidak hanya bersandarkan kepada jawapan yang betul semata-mata.

Congkak Sifir dan Petak Sifir dibina untuk menarik minat murid terhadap matematik seterusnya menghindarkan rasa takut murid-murid semasa mempelajari matematik. Pengkaji berhasrat menghindarkan rasa takut terhadap matematik dalam pemikiran murid-murid dengan mengenalkan alat dan kaedah alternatif yang boleh diaplikasikan semasa menjawab soalan yang melibatkan sifir. Marilyn Curtain-Philips (1999) menyatakan bahawa terdapat amalan di dalam bilik darjah yang menyebabkan murid tidak berminat dengan pelajaran. Oleh yang demikian, guru perlulah bersemangat untuk menghidupkan semula mata pelajaran matematik dan menjadikannya sesuatu yang memberangsangkan, menyeronokkan dan tidak sukar dipelajari.8