124 terima pingat perkhidmatan setiacan.uum.edu.my/images/stories/penerbitan/buletin uniutama april...

20
Penyebar Maklumat Terkini ISSN 0127-886X APRIL BIL. 4/2015 124 TERIMA PINGAT PERKHIDMATAN SETIA Buletin Uniutama April 2015.indd 1 5/25/15 9:00:31 AM

Upload: others

Post on 20-Oct-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Penyebar Maklumat Terkini

    ISSN 0127-886X APRIL BIL. 4/2015

    124 TERIMA PINGAT PERKHIDMATAN SETIA

    Buletin Uniutama April 2015.indd 1 5/25/15 9:00:31 AM

  • Sidang PengarangPENASIHATProf. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak

    PENGARANG URUSANAhmad Rasidi Abdullah

    KETUA PENGARANGAzahari Azmi

    PENYELARAS PENERBITANMohammad Amzari Bakri

    PENGARANGSiti Zaleha Ahmad NadzimAmir Aizat SainonNordiana ShafieeNurul Hanis Abd. Halim

    SUNTINGAN BERITASiti Fatimah Abdullah

    PEMBACA PRUFNor Azizah Ismail

    GRAFIKNor Azli Abdul AzizUmi Kalsum Othman

    FOTOGRAFIShamsaimi EzilMuhammad Shamsul ShafieAbdul Halim HusainHairul Nizam Zahari

    CETAKANSeksyen Penerbitan KorporatUnit Komunikasi Korporat

    EDARANUnit Komunikasi Korporat

    Sebarang berita

    boleh dihantar

    terus melalui e-

    mel

    atau pos kepad

    a:

    KETUA PENGARANGBULETIN UNIUTAMA,UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, JABATAN CANSELORI,UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, 06010 UUM SINTOK,KEDAH DARUL AMAN.

    Telefon: +604 928 3040Faks: +604 928 3053E-mel: [email protected]

    KandunganBuletin Uniutama | Universiti Utara Malaysia

    Seminar & Bengkel

    LIM SWEE TIN DEDAH RAHSIA BERKARYA BENGKEL FOTOGRAFI UUM 2015WACANA RUNGKAI PERSOALAN HUDUD

    Aktiviti Mahasiswa

    KEJOHANAN GOLF IPT 2015 CUNGKIL BAKAT BARURAMAH MESRA NAIB CANSELOR BERSAMA PELAJAR MOBILITI140 PELAJAR PJJ LAFAZ IKRARTERBANG KE KOREA SELATAN BUKA DIMENSI BARU300 PEMANAH SERTAI TERBUKA UUM

    Berita Kampus

    AUDIT AUN-QA TINGKAT KUALITI PROGRAM AKADEMIK WANITA PERLU UBAH MINDSET-RAFIDAH AZIZKLINIK BERGERAK MESRA PENGGUNAMUNCUL NAIB JUARA KIK PERINGKAT UAUUM TUAN RUMAH NAD 2015IEIJS LONJAK NAMA UUM KE PERSADA ANTARABANGSA

    Berita Semasa

    124 TERIMA PINGAT PERKHIDMATAN SETIANAIB CANSELOR DILANTIK PENOLONG PESURUHJAYA KEHORMATMMIF RANGKUL PINGAT PERAK DALAM I-ENVEX 2015LAMAN WEB UUM 5 BINTANGUUM ANTARA TERBAIK DUNIAUUM SEMAKIN HAMPIR MENDAPAT PENGIKTIRAFAN AACSBUUM-UNIVERSITI CHULALONGKORN METERAI MOUKUNJUNGAN HORMAT TINGKAT HUBUNGANTINGKAT KESEDARAN STANDARDISASIUUM-MARA TAWAR PROGRAM SARJANAKERJASAMA AKADEMIK LESTARIKAN HUBUNGANMALAYSIA- CHINAPELANCARAN SEKOLAH ANTARABANGSAACCA ACCELERATE SCHEME BUKA PELUANG KEPADA PELAJARIND-E-ZONE TINGKAT KEBOLEHPASARAN GADUAN

    Buletin Uniutama April 2015.indd 2 5/25/15 9:00:47 AM

  • Seramai 124 staf UUM dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Setia UUM 2015 (PPSUUM) di EDC-UUM. Penganugerahan disampaikan oleh Yang Teramat Mulia Brigedier Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Panglima Besar Kedah (Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah), Tunku Canselor UUM. “Pengiktirafan yang diterima ini diharap dapat membakar semangat penerima anugerah untuk memberi yang terbaik dalam menjalankan tugas yang akan datang di samping menjadi suri teladan kepada kakitangan yang baharu.

    “Anugerah ini juga diharap menjadi perangsang kepada seluruh warga UUM menyalakan tekad ke puncak cita-cita demi nusa dan negara,” titahnya. Jelasnya, anugerah ini juga membuktikan keprihatinan UUM terhadap kakitangan yang berkhidmat selama 25 tahun membangunkan UUM sehingga mencapai pelbagai kemajuan sejak ditubuhkan 30 tahun lalu. PPSUUM yang diadakan sejak tahun 2003 bertujuan menghargai jasa dan taat setia kakitangan terhadap raja, negara dan universiti. Antara kriteria yang diambil kira meliputi empat perkara iaitu bebas daripada tindakan tatatertib, mengharumkan nama Universiti dan mendapat purata markah prestasi 85% untuk tiga tahun.

    “Jalinan kerjasama, persefahaman dan penyelidikan serta penglibatan dalam pelbagai organisasi sama ada di dalam atau di luar negara sangat penting kerana membawa nama universiti serta menggerakkan Universiti ke arah pengantarabangsaan melalui pengiktirafan dan pelbagai anugerah.” Naib Canselor mendahului senarai penerima anugerah, disusuli Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi); Prof. Dr. Abdul Razak Saleh; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Prof. Madya. Dr Abdul Malek Abdul Karim.

    BeritaSemasaBuletin Uniutama | Bil. 4 April 2015

    3

    Buletin Uniutama April 2015.indd 3 5/25/15 9:00:52 AM

  • Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak menerima watikah pelantikan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di Ibu Pejabat Pertahanan Awam. Watikah pelantikan sebagai Pegawai dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan pangkat Penolong Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam) disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Adenan Ab Rahman.

    UUM merangkul pingat Perak dalam pertandingan Pameran Reka Cipta dan Inovasi Kejuruteraan Antarabangsa (i-ENVEX 2015) menerusi Projek Malaysian Multiple Intelligence Finder (MMIF), di Perlis.

    Kejayaan ini ciptaan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat, Norfaizah Ismail dan Rozana Sulaiman dari Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden (SEML).

    Projek ini hasil penyelidikan geran Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS) yang diketuai oleh pensyarah kanan

    NAIB CANSELOR DILANTIK PENOLONG PESURUHJAYA KEHORMAT

    SEML, Dr. Nurulwahida Hj Azid @ Aziz dan Dr. Mardzelah Makhsin.

    Menurut Mardzelah, buat pertama kali projek inovasi ini dipertandingkan diuji secara empirikal melalui kajian eksperimental menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif kepada 60 anak yatim di Kedah dan Perlis. “MMIF yang mengaplikasikan Computer Based Learning (CBL) mengandungi sembilan jenis kecerdasan untuk menguji setiap kecerdasan remaja yang berumur 14 tahun. “Penggunaan produk ini membolehkan remaja mengetahui kecenderungan kecerdasan yang dimiliki melalui profil sembilan jenis kecerdasan seperti verbal linguistik, logik matematik, ruang visual, kinestatik, muzik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan eksistensial,” jelasnya. Sementara itu, Norfaizah menyifatkan penganjuran I-ENVEX merupakan satu inisiatif yang baik mendorong mahasiswa mengetengahkan hasil yang dicipta. “Pertandingan ini memberi peluang kepada penyelidik muda berkongsi idea kreatif melalui produk yang dipertandingkan dan kejayaan ini amat bermakna untuk terus menghasilkan produk yang berkualiti,” katanya.

    457 produk inovasi dipertandingkan oleh lebih 600 penyelidik muda daripada 10 buah negara pada Pameran anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Pameran bertemakan “Kejuruteraan Untuk Masyarakat” itu turut menarik penyelidik daripada pusat pengajian tinggi dari Indonesia, Taiwan, Korea Selatan, Oman, Vietnam, Filipina, Iran, Iraq dan Mesir.

    MMIF RANGKUL PINGAT PERAK DALAM I-ENVEX 2015

    BeritaSemasa Buletin Uniutama | Bil. 4 April 2015

    4

    Buletin Uniutama April 2015.indd 4 5/25/15 9:00:55 AM

  • Suatu pencapaian memberangsangkan apabila QS World University Rankings berasaskan subjek menyenaraikan subjek Perakaunan dan Kewangan UUM di kedudukan 151-200 terbaik dunia.

    Naib Canselor, Prof Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, UUM satu-satunya universiti bukan penyelidikan yang tersenarai sekali gus meletakkan UUM setaraf dengan beberapa buah universiti terkemuka lain seperti Universiti Arizona, Universiti California-Davis dan Universiti California-Irvine.

    Jelasnya, kejayaan berganda setelah tersenarai di kedudukan 364 terbaik dunia kategori fakulti, Sains Sosial dan Pengurusan sekali gus menunjukkan Pelan Strategik Fasa 1 (2011-2015) membuahkan hasil.

    UUM semakin hampir untuk mendapat pengiktirafan akreditasi The Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) apabila kini dalam persediaan untuk Self-Evaluation Report (SER).

    Jentera yang menggerakkan misi ini seperti UUM COB, Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) dan program International Business di bawah Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS).

    Pengarah Accreditation Services, AACSB International, Suzanne Mintz berkata, Initial Accreditation Committee (AIC) AACSB akan melantik Pengerusi Peer Review Team bagi membantu dan meneliti persediaan yang dijalankan SER UUM, malah pasukan audit AACSB juga akan datang ke UUM akhir tahun ini atau selewatnya 2016. “UUM komited untuk mendapatkan akreditasi itu supaya dapat menjalankan pelbagai bidang kerjasama dengan institusi pengajian tinggi luar,” kata Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

    Beliau berharap usaha tersebut memberi semangat kepada seluruh warga UUM untuk terus bekerja dengan lebih keras supaya berjaya memperoleh akreditasi AACSB tersebut.

    UUM sekali lagi melakar sejarah apabila memperoleh lima bintang dalam penilaian Laman Web Agensi Kerajaan 2014.

    Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Keputusan Penarafan Laman Web Universiti (MDeC) 2014 diumumkan oleh Multimedia Development Corporation (MDEC) pada 21 April 2015 menerusi Facebook MDeC.

    Mustafa bersyukur dengan pencapaian ini sekali gus menunjukkan dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan telah membuahkan hasil.

    “Alhamdulillah, UUM mendapat penarafan 5 bintang sekali gus membaiki rekod terdahulu yang hanya memperoleh 4 bintang pada 2013 dan mencapai 5 bintang pada 2012,” ulasnya.

    LAMAN WEB UUM 5 BINTANG

    UUM ANTARA TERBAIK DUNIA UUM SEMAKIN

    HAMPIR MENDAPAT PENGIKTIRAFAN AACSB

    BeritaSemasaBuletin Uniutama | Bil. 4 April 2015

    5

    Buletin Uniutama April 2015.indd 5 5/25/15 9:00:56 AM

  • Satu perjanjian persefahaman (MoU) dimeterai antara UUM dan Universiti Chulalongkorn dalam penyelidikan dan penerbitan telah berlangsung di Bangkok, Thailand.

    Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, pemeteraian itu akan mewujudkan kerjasama dalam aspek tersebut terutamanya dalam bidang perniagaan dan perdagangan di rantau Asean. “Mereka bersetuju mengadakan geran sepadan (matching grant) bagi menggalakkan penyelidikan berimpak tinggi

    UUM-UNIVERSITI CHULALONGKORN METERAI MOU

    KUNJUNGAN HORMAT TINGKAT HUBUNGAN

    Delegasi UUM mengadakan kunjungan hormat ke atas Jeneral Sutat Karnjananonkul, Penasihat kepada Timbalan Menteri Pendidikan Thailand, Jeneral Surachet Chaiwong. Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak membincangkan beberapa hasrat UUM untuk meningkatkan kerjasama strategik dengan universiti-universiti di Thailand. Antara yang dibincangkan termasuklah mewujudkan pejabat luar pesisir UUM di Hatyai, mengadakan double degree dengan Prince of Songkhla University (PSU) serta Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) atas talian. Pertemuan itu turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Thammasat, Universiti Rangsit, Universiti Chulalongkorn dan National Institute of Development Administration (NIDA).

    dalam usaha meningkatkan ranking di samping melantik pemeriksa luar bagi semakan program Doktor Falsafah (PhD).

    “Menerusi MoU ini, jaringan kerjasama antara kedua-dua universiti bertambah erat apabila tahap mobiliti kedua-dua negara meningkat,” katanya. Tambahnya, UUM juga berhasrat menjemput tenaga pengajar dalam bidang pengurusan perniagaan dan perniagaan antarabangsa untuk mengajar di UUM.

    BeritaSemasa Buletin Uniutama | Bil. 4 April 2015

    6

    Buletin Uniutama April 2015.indd 6 5/25/15 9:01:04 AM

  • UUM dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan program Sarjana Sains Perniagaan Antarabangsa kepada pensyarah dan warga MARA di Kolej Profesional MARA, Seri Iskandar, Ipoh, Perak.

    Pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) ditandatangani oleh Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad di Anjung Korporat, Medan MARA.

    Ibrahim berkata, kerjasama ini memenuhi aspirasi kerajaan yang inginkan universiti awam lebih fleksibel dalam menyediakan peluang melanjutkan pelajaran bukan sahaja kepada pelajar sepenuh masa, tetapi juga mereka yang sedang bekerja. “Kerjasama ini bertujuan melahirkan warga MARA yang cemerlang selari dengan matlamat penubuhannya agar dapat meningkatkan potensi diri ke peringkat lebih tinggi.

    Buat julung kali, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Jabatan Standard Malaysia (JSM) menjalinkan kerjasama menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU). Majlis menandatangani MoU itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan Ketua Pengarah JSM, Dato’ Fadilah Baharin di EDC-UUM.

    Fadilah berkata, MoU itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai standardisasi dan kepentingannya di samping melahirkan lebih ramai golongan profesional muda dalam bidang standardisasi.

    “Usaha ini dapat melahirkan budaya kualiti yang akan meningkatkan kredibiliti dan kebolehpercayaan produk dan perkhidmatan membabitkan institusi. “JSM dan UUM akan membina kerjasama dalam pelbagai usaha terutamanya pembangunan kursus akademik di UUM, aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)

    dalam bidang berkaitan dan meningkatkan kebolehpasaran pelajar,” katanya.

    Beliau berharap kedua-dua pihak dapat menjayakan aktiviti yang telah dikenal pasti melalui pembelajaran dan latihan berkualiti yang berterusan, modal insan berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berdaya saing. Sementara itu, Mustafa berkata, MoU ini membantu pensyarah UUM meningkatkan kebolehpasaran pelajar selepas pengenalan dua subjek elektif baharu berkaitan standardisasi bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Lanjutan. “Melalui MoU ini, JSM akan mengadakan bengkel latihan dan kerjasama dengan pensyarah UUM, khususnya di STML bagi membentuk kandungan atau topik berkaitan subjek tersebut.

    Beliau turut menawarkan JSM bagi menjayakan agenda matching grant berjumlah RM10,000 sebagai permulaan untuk bekerjasama dalam menghasilkan satu penyelidikan dan satu penerbitan bersama UUM.

    TINGKAT KESEDARAN STANDARDISASI

    “Matlamat utama MARA membangunkan modal insan dengan tiga fokus utama iaitu melahirkan usahawan, tenaga kerja cekap yang mempunyai kebolehpasaran global dan membangunkan pelajar cemerlang.

    Justeru ujarnya, staf perlu cemerlang dan mempunyai kapasiti, kebolehan dan karakter yang sinergi dengan matlamat penubuhan MARA.

    UUM – MARA TAWAR PROGRAM SARJANA

    BeritaSemasaBuletin Uniutama | Bil. 4 April 2015

    7

    Buletin Uniutama April 2015.indd 7 5/25/15 9:01:07 AM

  • UUM menjalin kerjasama pintar dengan institusi pendidikan yang bereputasi tinggi di China menerusi program pertukaran pelajar, program latihan internship dan projek penyelidikan dan penerbitan.

    Begitu juga, Program Comprehensive English Learning Education Course (CELEC) yang dianjurkan oleh Uniutama Education and Consultancy Sdn. Bhd. (UEC) disertai 51 pelajar dari China dan kebanyakannya dari Xindu No.1 Senior High School, China.

    Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata CELEC merupakan persediaan kepada pelajar antarabangsa untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris bagi memenuhi syarat mereka meneruskan program akademik ijazah.

    “Mereka perlu menamatkan kursus ini untuk mengikuti program akademik September ini,” katanya pada majlis Welcoming Dinner on Honour of Delegation from Chengdu Education Bereau & Xindu No. 1 Seniour High School di EDC-UUM.

    Pelajar Xindu, Xioa Ya Ling, 17, teruja kerana berpeluang

    UUM International School (UUMIS) satu-satunya sekolah antarabangsa yang menggunakan kurikulum ‘International Baccalaureate’ (IB) bertaraf dunia di Kedah.

    Majlis pelancaran UUMIS disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM, Prof. Dr. Hassan Ali di The University Inn.

    Hassan berkata, pembukaan UUMIS merupakan satu sejarah bukan sahaja kepada UUM tetapi untuk rakyat Kedah dan Perlis yang memerlukan sebuah sekolah antarabangsa bertaraf dunia di rantau ini.

    “Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa yang memilih UUMIS sebagai tempat pembelajaran anak-anak kerana UUMIS sekolah yang berkisar kepada pencapaian potensi setiap pelajar dari segi akademik, sosial dan emosi.

    “Tenaga pengajar di UUMIS juga sebahagian besar adalah pendidik yang berkelayakan dengan pengalaman pendidikan antarabangsa dari seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Filipina dan Australia.

    Ulasnya, kemudahan disediakan juga bertaraf dunia, selain daripada sumber pengajaran yang berkualiti, pelajar dapat menikmati semua kemudahan yang terdapat di dalam kampus dengan persekitaran yang kondusif,” ujarnya.

    KERJASAMA AKADEMIK LESTARIKAN HUBUNGAN MALAYSIA-CHINA

    menyambung pelajaran di UUM dan tertarik dengan persekitaran kampus serta program yang ditawarkan.

    “Saya sudah bersedia untuk belajar dan berusaha menyesuaikan diri di sini memandangkan peluang seperti ini tidak datang selalu,” ulasnya yang akan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Ekonomi selepas CELEC.

    PELANCARAN SEKOLAH ANTARABANGSA

    BeritaSemasa Buletin Uniutama | Bil. 4 April 2015

    8

    Buletin Uniutama April 2015.indd 8 5/25/15 9:01:16 AM

  • Memorandum Perjanjian (MoA) dimeterai antara UUM dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) bagi memudahkan graduan perakaunan memperoleh kelayakan yang diiktiraf di peringkat global menerusi program ‘ACCA Accelerate Scheme’. Majlis itu disempurnakan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan Ketua ACCA Malaysia, David Chin, di EDC-UUM.

    “Dengan pemeteraian yang berpusat atas skim baharu, lebih ramai pelajar UUM akan diberi peluang dan hak istimewa untuk mengejar kelayakan profesional mereka dengan ACCA.

    “Program ACCA Accelerate itu hanya ditawarkan secara ekslusif kepada 12 institusi pendidikan di seluruh negara yang mempunyai prestasi tinggi dan reputasi UUM menghasilkan bakat berkualiti,” kata David Chin.

    Jelasnya, pelajar UUM yang berpotensi boleh mengambil kertas ACCA pada tahun ketiga pengajian dan bagi yang berjaya akan menikmati ganjaran atau faedah yang ditawarkan. “ACCA akan menawarkan empat sesi peperiksaan setiap tahun dan graduan UUM yang menikmati accelerated pathway dapat menamatkan pengajian dengan ijazah mereka serta kelayakan ACCA.

    “Ini membolehkan graduan UUM mendapat kelebihan dalam pasaran pekerjaan dan mendapat permintaan tinggi daripada syarikat ternama dalam dan luar negara. “Saya berharap ACCA dapat menjalinkan kerjasama yang berpanjangan dan produktif dengan UUM ke arah membantu ramai akauntan muda yang bercita-cita untuk mencapai matlamat dan impian mereka,” ujarnya.

    ACCA ACCELERATE SCHEME BUKA PELUANG KEPADA PELAJAR

    Industry Engagement Zone (Ind-E-Zone) satu inisiatif universiti dan TalentCorp mewujudkan hubungan erat antara industri dan universiti awam melalui penyediaan ruang dan

    IND-E-ZONE TINGKAT KEBOLEHPASARAN GRADUAN

    prasarana yang santai sesuai dengan cita rasa Gen-Y dalam meningkatkan kepekaan terhadap peluang kerjaya. “Justeru, UUM akan memberi sepenuh sokongan dan kerjasama bagi melengkapkan hasrat kedua pihak untuk mendekatkan hubungan pelajar dengan universiti dan pihak industri. Demikian kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Abdul Malek Abdul Karim pada Majlis pelancaran Ind-E-Zone, di U-Assist.

    Usaha tersebut selaras dengan hasrat universiti untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan, Pusat Pembangunan Kerjaya, U-Assist dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp). “Dengan adanya kemudahan tersebut mahasiswa dapat memenuhi keperluan industri selepas tamat pengajian didedahkan dengan kemahiran yang diinginkan industri.” ujarnya. Direka bentuk sebagai pusat yang khusus di dalam kampus universiti, Ind-E-Zone merupakan pusat sehenti bagi menyalurkan maklumat kerjaya yang menghubungkan pelajar dengan maklumat industri dan peluang latihan kerja.

    BeritaSemasaBuletin Uniutama | Bil. 4 April 2015

    9

    Buletin Uniutama April 2015.indd 9 5/25/15 9:01:29 AM

  • Proses pengauditan bagi mendapatkan pengiktirafan Asean University Nerwork-Quality Assurance (AUN-QA) selama tiga hari di UUM dilihat berupaya meningkatkan kualiti tiga program akademik. Enam juruaudit dan dua sekretariat AUN-QA menilai program Ijazah Sarjana Muda Sains Pemutusan, Sarjana Muda Sains (Matematik Perniagaan) dan Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan bagi memperoleh pensijilan AUN-QA. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Hassan Ali berkata, komen dan cadangan daripada pasukan penilai AUN-QA itu dapat menambahbaikkan program akademik UUM.

    “Wanita perlu mengubah mindset yang mengatakan bahawa mereka kaum lemah dan berhenti mengatakan ‘tetapi’ serta berhenti memberi alasan ‘tidak boleh melakukan sesuatu’.

    “Pandangan masyarakat serta sikap kaum wanita sendiri yang mempunyai perasaan rendah diri menghalang mereka untuk berjaya.

    WANITA PERLU UBAH MINDSET - RAFIDAH AZIZ

    Demikian kata Mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkongsi ilmu dalam program Wacana Intelek ‘Feminism In Government: Creating The Future Leaders’, di EDC-UUM.

    Beliau tidak bersetuju dengan sistem kuota yang dikenakan kepada wanita untuk memasuki sektor tertentu.

    “Wanita tidak seharusnya dijadikan ‘pengisi kuota’ dalam apa jua bidang sebaliknya perlu dinilai berdasarkan merit,” ucapnya pada program anjuran Pusat Pengajian Undang-Undang, UUM COLGIS.

    Kesaksamaan gender yang diperjuangkan bukanlah untuk samakan taraf wanita dengan lelaki dalam semua bidang tetapi cenderung kepada peluang yang terlepas dalam genggaman seperti ekonomi dan pendidikan. Rafidah menyenaraikan punca-punca yang menghalang wanita untuk maju dalam bidang ekonomi dan sosial seperti persekitaran tempat kerja, layanan yang tidak setara dan undang-undang yang telah usang.

    Beliau turut menyentuh kualiti yang perlu ada pada seseorang pemimpin seperti integriti, kejujuran, disiplin tinggi, rajin, mempunyai pemikiran rentas sempadan dan berfikiran terbuka. “Untuk memupuk dan melahirkan pemimpin masa depan bermula dari rumah oleh ibu bapa dan keluarga,” tambahnya.

    “Pensijilan ini akan membuka peluang untuk mempromosikan UUM di peringkat antarabangsa sekali gus meningkatkan pencapaian di peringkat dunia dan ranking,” jelasnya.

    Sementara itu, Timbalan Pengarah Eksekutif AUN, Dr. Choltis Dhirathiti menegaskan AUN-QA bukanlah akreditasi sebaliknya penilaian mesra rakan kepada rakan yang bertujuan meningkatkan kualiti program akademik yang ditawarkan. “Secara keseluruhan, pihaknya berpuas hati dengan kemudahan yang terdapat di UUM terutamanya kewujudan U-Assist, perpustakaan dan Pusat Kesihatan Universiti,” tambahnya.

    AUDIT AUN-QA TINGKAT KUALITI PROGRAM AKADEMIK

    BeritaKampus Buletin Uniutama | Bil. 4 April 2015

    10

    Buletin Uniutama April 2015.indd 10 5/25/15 9:01:37 AM

  • UUM universiti pertama di Malaysia yang menyediakan klinik bergerak bagi memudahkan warga kampus dan masyarakat sekitar mendapatkan perkhidmatan kesihatan dengan segera walau di mana sahaja.

    “Idea ini tercetus apabila melihat pelajar terpaksa datang dari jauh semata-mata untuk mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) selain meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk memberi kemudahan kesihatan menyeluruh kepada warga universiti.

    Demikian kata Pengarah PKU, Dr. Wan Zarina Wan Mahmud pada Majlis Pelancaran Klinik Bergerak dan Bas UUM yang disempurnakan oleh Naib Canselor UUM.

    Klinik Bergerak PKU (KBPKU) sebuah lori diubahsuai menjadi klinik berhawa dingin dilengkapi peralatan perubatan, ruang konsultasi berkomputer, pemeriksaan dan rawatan dengan mengambil kira skop perkhidmatan, aliran pesakit, keselesaan dan keselamatan pesakit dan petugas.

    Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) merangkul tempat kedua dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam Ke-11 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan. Kumpulan Energetic, UUM bagi Kategori Pengurusan dengan projek “Masa Pengumpulan Dokumen COPPA yang Panjang” membawa pulang wang tunai bernilai RM4,000, piala dan sijil penarafan emas. “KIK menjadi landasan kepada staf sokongan Univesiti Awam (UA) menzahirkan inovasi dan kreativiti untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan masing-masing,” ujar Pengarah IPQ, Prof. Madya Dr. Haim Hilman Abdullah

    “Klinik bernilai RM277,000 menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit luar yang ringan seperti demam, muntah, cirit-birit, lelah, mencuci luka, nebulizer dan bantuan oksigen.

    “Berkonsepkan “klinik datang kepada pesakit” KBPKU beroperasi setiap Ahad hingga Rabu di beberapa lokasi yang sering dikunjungi pelajar seperti U-Assist, Kafe Hijau Kuning, UUM Mall dan Kachi Mall,” ujarnya.

    Pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, Lim Siew Ping, 22 menyifatkan satu langkah terbaik yang diambil PKU dalam menjimatkan masa pelajar dan mengelakkan daripada menunggu lama di PKU.

    “Kesibukan dan jadual padat menyebabkan pelajar tidak ada masa untuk datang ke klinik sehingga mengabaikan kesihatan, dengan adanya klinik ini mereka mudah mendapatkan rawatan,” ujarnya ketika mendapatkan rawatan sejurus tamat kelas.

    Sementara itu, staf UUM, Nor Azizah Ismail berterima kasih kepada UUM yang prihatin dengan keadaan warga kampus dan tidak perlu lagi terkejar-kejar ke PKU sebaliknya terus ke KBPKU yang berdekatan dengan pejabat.

    KLINIK BERGERAK MESRA PENGGUNA

    MUNCUL NAIB JUARA KIK PERINGKAT UA

    Katanya, UUM telah diwakili dua pasukan bagi Kategori Pengurusan iaitu Kumpulan Energetic dan pasukan Smarty dari Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB). Menurutnya, Konvensyen KIK pada tahun ini disertai 39 pasukan dalam dua kategori iaitu Pengurusan dan Teknikal. Juara bagi kategori Pengurusan dimenangi Kumpulan B-Factor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pasukan Tech IT EZ dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berada di tempat ketiga.

    BeritaKampusBuletin Uniutama | Bil. 4 April 2015

    11

    Buletin Uniutama April 2015.indd 11 5/25/15 9:01:42 AM

  • UUM menjadi tuan rumah National Academic Decathlon (NAD) 2015 peringkat Zon Kedah melibatkan peserta dari sekolah di kawasan Zon Utara di Auditorium Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS). Program dua hari itu anjuran Institusi Debat dan Pidato Malaysia (MIDP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan serta Kementerian Belia dan Sukan itu berjaya mendapat penyertaan 300 pelajar.

    Turki menjadi saksi Persidangan Antarabangsa Pengajian Baitulmuqaddis (Islamicjerusalem) Kali Ke-15 dan Forum Akademik Antarabangsa Pascasiswazah Kali Kedua di IZU anjuran Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmuqaddis (IEIJS).

    Pengarah IEIJS, Dr. Aminurraasyid Yatiban, berkata persidangan ini mendapat kerjasama Istanbul Zaim University (IZU), Turki, Academy of Islamicjerusalem Studies (ISRA), UK, Isra’ Vakfi, Turki dan Universiti of Batna, Algeria.

    “Bertemakan ‘Knowledge and Liberation of Islamicjerusalem’ dirasmikan oleh Naib Presiden Justice and Development Party (AKP), Turki, Prof. Dr. Yasin Aktay di Auditorium Majlis Perbandaran Kucukcekmece, Istanbul.

    UUM TUAN RUMAH NAD 2015

    Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Madya Dr. Abdul Malek Hj. Abdul Karim berkata, NAD 2015 menjadi platform kepada pelajar untuk berfikir secara kritikal dan mengasah kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

    “Pertandingan debat ini sememangnya menjadi medan terbaik kepada pelajar di peringkat sekolah untuk lebih berfikiran terbuka dan mula berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik serta meningkatkan keyakinan diri,” katanya di majlis penutup NAD. Kunjungan NAD diketuai Pengerusinya, Senator Tan Sri Dato’ Seri Prof. Dr. Ibrahim Shah Abu Shah.

    “Persidangan pada kali ini meninjau peranan ilmu pengetahuan sebagai persediaan umat Islam untuk membebaskan tanah suci Baitulmuqaddis,” ulasnya.

    Majlis turut dihadiri Datuk Bandar, Presiden IZU, tokoh akademik terkemuka antarabangsa, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa dan masyarakat setempat serta media terkemuka Turki dan Asia Barat.

    Antara pembentang kertas kerja seperti Dr. Ratnaria Wahid, Dr. Muhammad Subhan, Musa Hatim Koko, Prof. Madya Dr. Shukri Ahmad, Dr. Rashidah Mamat dan Dr. Rohaya Md. Ali.

    Pada majlis sama, Aminurraasyid diberi penghormatan untuk menganggotai Panel Antarabangsa Inovasi Ilmiah dalam bidang Pengajian Baitulmuqaddis.

    IEIJS LONJAK NAMA UUM KE PERSADA ANTARABANGSA

    BeritaKampus Buletin Uniutama | Bil. 4 April 2015

    12

    Buletin Uniutama April 2015.indd 12 5/25/15 9:01:47 AM

  • “Novel bukan lagi khayalan semata-mata, karya harus hadir bersama suntikan ilmu dalam pelbagai bidang, adunan kreativiti, imaginasi menghasilkan bahan bacaan yang dapat menjana pemikiran masyarakat semasa.

    Dedah Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin dalam Bengkel Penulisan Kreatif di UUM sempena Pesta Buku Utara 2015, di Perpustakaan Sultanah Bahiyah.

    Menurutnya, satu fenomena baru dalam dunia penulisan novel apabila menggunakan ilmu atau kepakaran yang ada disuntik dengan imaginasi dengan paparan secara kreatif dan seronok dibaca.

    Ulasnya, selaras dengan hasrat UUM menerbitkan karya sastera, staf boleh menggunakan bidang dan kepakaran masing-masing sama ada tesis atau penyelidikan untuk menghasilkan karya yang menarik dan mendidik.

    “Sastera ini bukan bacaan kosong, imaginasi bebas tidak terkawal tetapi sebagai intelek gunakan bidang masing-masing untuk menghasilkan karya, daripada tesis menjadi satu novel ilmu yang menjana pemikiran pembaca.

    “Trend pembaca sekarang ini mereka mahu membaca karya yang menghiburkan tetapi banyak ilmu terutamanya Generasi Y yang membesar dalam dunia digital yang sangat selektif serta dahagakan ilmu,” katanya.

    Beliau turut berkongsi bagaimana menghasilkan novel yang bagus, berkonsep, menghiburkan dan berinformasi seperti Shanghai Baby yang memaparkan konflik dan perubahan drastik yang berlaku apabila kerajaan China mengamalkan dasar pintu terbuka.

    “Pengarang wanita berumur 23 tahun menggarap paparan sosial yang sangat luar biasa bermula dengan pergaulan,

    selepas balik kerja makan KFC, minum Coca-Cola buat disko untuk menari, nak lagi seronok masukkan dadah lalu pergaulan semakin bebas dan akhirnya sangat menakutkan,” ulasnya.

    Jelasnya, karya yang ditulis berdasarkan pengalaman terjual 50,000 naskhah sebelum kerajaan China mengharamkannya seterusnya dicetak dalam 40 bahasa di luar China.

    “Saya juga membaca beberapa novel terkini ada kalanya saya kecewa kita tidak boleh menyuguhkan sesuatu pada orang tanpa impak.

    “Malaysia ketinggalan berbanding Indonesia yang jauh mendahului kita seperti Laskar Pelangi yang sangat cantik diukir sehingga pembaca boleh merasakan keindahannya,” terangnya dalam bengkel anjuran UUM Press.

    Selain itu beliau menambah, karya yang mendapat perhatian seperti karya yang mencerminkan pemikiran usahawan, muhibah dan integrasi nasional, sains dan teknologi, budaya bangsa, nilai murni, sejarah dan pemahaman undang-undang, kepenggunaan, dan penjagaan alam.

    “Penulisan kreatif perlu perancangan dan gerak kerja yang bijaksana sepertimana membuat tesis yang memerlukan kertas kerja sebagai panduan,” tambahnya.

    Tokoknya, penulis sentiasa berada di hadapan dan perlu ambil tahu banyak perkara untuk menghasilkan cerita dengan mengumpul bahan penulisan yang boleh didapati menerusi akhbar, majalah dan Internet.

    “Sesiapa sahaja dilahirkan memang berbakat dan boleh berkarya asalkan buat persediaan dan alasan saya tak ada bakat tidak boleh diterima,” ulasnya.

    LIM SWEE TIN DEDAH RAHSIA BERKARYA

    Seminar&BengkelBuletin Uniutama | Bil. 4 April 2015

    13

    Buletin Uniutama April 2015.indd 13 5/25/15 9:01:52 AM

  • Bidang fotografi bukan sekadar mengambil gambar tetapi merakam sesuatu peristiwa dalam bentuk yang boleh memberi impak kepada orang yang melihatnya.

    Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak menyifatkan juru foto berperanan merakamkan detik penting sesuatu peristiwa yang berlaku untuk tatapan ramai pada masa akan datang. “Justeru juru foto perlu dibekalkan dengan ilmu bidang fotografi secukupnya bagi menyediakan jurufoto yang kreatif dan berkemahiran dalam aspek teknikal mahupun teori.

    “Menerusi bengkel ini, peserta dapat menggunakan peluang untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang fotografi

    daripada pakar yang dijemput,” ujarnya pada Bengkel Fotografi 2015.

    Bengkel yang mendapat bimbingan Dr. Adzrol Idzwan Hj. Ismail dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bertujuan memberi pendedahan dan perkongsian ilmu kepada individu yang menceburi bidang fotografi. Kursus ini menawarkan silibus terkini meliputi asas dan elemen utama fotografi selain didedahkan dengan teori serta latihan praktikal dalam suasana sebenar supaya mudah difahami.

    Modul kursus ini direka khas untuk memenuhi keperluan output foto bagi kegunaan korporat, komersial, kualiti persembahan dan seni kreatif.

    Seminar&Bengkel Buletin Uniutama | Bil. 4 April 2015

    14

    Buletin Uniutama April 2015.indd 14 5/25/15 9:02:04 AM

  • Undang-Undang Jenayah Syariah terutamanya hukum hudud hangat diperkatakan akhir-akhir ini. Tidak mengapa jika dibincangkan oleh golongan ilmuwan Islam namun apa yang membimbangkan apabila golongan kurang ilmu turut berbincang isu ini yang akan mendatangkan fitnah sehingga Islam dianggap sebagai tidak berperikemanusiaan. Tampil menjernihkan keadaan, “Wacana Undang-Undang Jenayah: Malaysia Ruang Untuk Hudud Dalam Malaysia Moden” anjuran Pusat Pengajian Undang-Undang (SOL), UUM COLGIS Menurut Dekan SOL, Dr. Zainal Amin Ayub, wacana bertujuan merungkai persoalan mengenai ruang dan pelaksanaan hukum hudud di Malaysia selain memberi kefahaman kepada masyarakat dan membincangkannya secara akademik. “Kami lihat banyak persoalan ditimbulkan berkaitan hudud yang cuba diperkenalkan di Kelantan walaupun sudah lebih 20 tahun, namun masih ada kekeliruan dalam kalangan masyarakat Malaysia . “Menerusi wacana ini memberi penjelasan, pengenalan asas dan berkongsi ilmu berkenaan undang-undang dan hudud di Malaysia dari segi pelaksanaan hukum tersebut dan perlembagaan persekutuan,” katanya di Dewan Kuliah Gugusan 2/2. Jelasnya, perkongsian secara konstruktif berteraskan ilmu adalah wajar agar tidak berlaku salah faham serta mendapat pemahaman sebenar berdasarkan konteks Malaysia dalam kerangka perlembagaan dan masyarakat majmuk memandangkan 55 peratus rakyat Malaysia beragama Islam.

    WACANA RUNGKAI PERSOALAN HUDUD

    Seminar&BengkelBuletin Uniutama | Bil. 4 April 2015

    15

    Buletin Uniutama April 2015.indd 15 5/25/15 9:02:12 AM

  • Kejohanan Golf Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2015 berlangsung pada 8 hingga 10 Mei 2015 di Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey, Selangor bakal menjadi medan mencungkil bakat baru dalam sukan golf. Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, satu-satunya kejohanan yang dianjurkan pada peringkat IPT Malaysia yang telah melahirkan ramai bakat baru yang mewakili negara serta mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa. “Di samping menyediakan ruang untuk pelajar IPT mengembangkan bakat dan bersaing di peringkat nasional, kejohanan ini meningkatkan martabat sukan golf dalam kalangan pelajar IPT sekali gus menarik ramai pelajar menceburi sukan ini,” katanya pada sidang media di EDC-UUM. Menurutnya, jumlah penyertaan kejohanan anjuran UUM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kali ini ditingkatkan dan mendapat pengiktirafan Professional Golf of Malaysia (PGM) untuk mendapatkan mata World Amateur Golf Ranking Point.

    “20 pelajar sekolah turut serta sebagai jemputan bagi memeriahkan kejohanan serta menjadi medan terbaik bagi UUM dan KPM mengesan bakat baru dalam sukan golf yang bakal bersinar,” jelasnya. Sebanyak tujuh kategori yang dipertandingkan melibatkan 20 pemain UUM terdiri daripada 14 lelaki dan enam wanita.

    KEJOHANAN GOLF IPT 2015 CUNGKIL BAKAT BARU

    AktivitiMahasiswa Buletin Uniutama | Bil. 4 April 2015

    16

    Buletin Uniutama April 2015.indd 16 5/25/15 9:02:19 AM

  • Program mobiliti berupaya meningkatkan ranking universiti dan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap persekitaran pembelajaran yang baharu dan berbeza.

    “Lebih banyak program mobiliti pelajar dijalankan oleh sesebuah universiti dapat membantu universiti berkenaan meningkatkan ranking di peringkat antarabangsa”.

    Demikian kata Naib Canselor UUM Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak ketika beramah mesra dengan pelajar mobiliti inbound dan outbound UUM semester kedua di Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS).

    Seramai 140 orang pelajar Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Semester April 2015/2016 UUM melafazkan ikrar pelajar baharu dalam dua program pengajian yang ditawarkan iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Pusat Konvensyen. Bacaan ikrar yang diketuai Khairul Azrin Abd Rani itu dilafazkan di hadapan Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) UUM, Prof. Madya Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani. Ahmad Bashawir mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar yang telah berjaya dipilih melanjutkan pengajian

    Beliau menyeru pelajar memilih untuk mengikuti kursus yang tidak ditawarkan di universiti asal mereka bagi memperoleh pengetahuan baharu.

    “Program ini memberi manfaat kepada pelajar dengan memberi pendedahan dan pengalaman pembelajaran baharu dan berbeza, kefahaman budaya, bahasa serta bertemu rakan baharu,” ujarnya pada Majlis Hi-Tea Naib Canselor Bersama Pelajar Mobiliti.

    Antara universiti yang terlibat, Chulalongkorn University, Thailand; Sejong University, Korea; Universitas Muhammadiyah, Indonesia dan Yokohama National University, Jepun.

    di peringkat Sarjana Muda. kerana keazaman untuk mengorbankan masa, tenaga dan kewangan walaupun terikat dengan pelbagai komitmen amat membanggakan universiti. Jelasnya, dalam dunia yang serba mencabar dan penuh persaingan ini, soal pencapaian sering diutamakan justeru, peluang ini tidak harus dilepaskan dan dimanfaatkan bagi meningkatkan potensi diri dan kualiti hidup. “Semangat tinggi yang ada pada semua pelajar ini dapat membantu mencapai matlamat menjadi insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

    “Harapan saya agar peluang menimba ilmu ini dijadikan sebagai landasan terbaik untuk mengubah masa depan,” ujarnya.

    140 PELAJAR PJJ LAFAZ IKRAR

    RAMAH MESRA NAIB CANSELOR BERSAMA PELAJAR MOBILITIRAMAH MESRA NAIB CANSELOR BERSAMA PELAJAR MOBILITI

    AktivitiMahasiswaBuletin Uniutama | Bil. 4 April 2015

    17

    Buletin Uniutama April 2015.indd 17 5/25/15 9:02:34 AM

  • Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Itu yang berlaku kepada tiga pelajar UUM menerusi program mobiliti (pertukaran pelajar) selama satu semester ke Sejong University, Korea Selatan.

    Mereka merupakan Pelajar Pengurusan Industri Kreatif, Wan Azwan Ariff Wan Fakhruddin, Nurdiana Ismadi dan pelajar Pengurusan Hospitaliti, Tan Sin Ee.

    Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Winter Sonata yang indah mempesona, hati berbunga riang tatkala disambut mesra oleh sekumpulan pelajar Korea yang digelar Global Buddies.

    Ketika sesi suai kenal dan orientasi bersama pelajar baharu, mereka dipertemukan dengan Jiln Kim, pelajar yang pernah ke UUM untuk program mobiliti yang menjadi buddy yang telah ditetapkan oleh universiti.

    Wan Azwan Ariff Wan Fakhruddin, 22 berkata, walaupun dikelilingi pelajar dari pelosok dunia seperti Perancis, Amerika dan Afrika, beliau dapat menyesuaikan diri dengan suasana baharu dengan mudah.

    “Suasana pelbagai budaya, berbeza warna kulit dan rupa tidak mendatangkan masalah kerana kami sudah terbiasa dengan keadaan itu di UUM yang juga ramai pelajar antarabangsa.

    “Mereka sangat terbuka dan sedia membantu pelajar baharu menyesuaikan diri sehingga saya menjadi berani untuk bertanya soalan dan memberi pandangan secara spontan.

    Jelasnya, menerusi program mobiliti ini, mereka menjadi duta kecil mempromosikan Malaysia kepada pelajar luar negara untuk melebarkan jaringan di peringkat antarabangsa.

    “Kebanyakan pelajar yang pertama kali datang Korea pada musim sejuk biasanya mengalami kulit kering tetapi lama kelamaan mereka akan terbiasa dengan cuaca di sini,” ceritanya.

    Sementara itu, Nurdiana Ismadi, 23, menyifatkannya sebagai pengalaman berharga apabila dapat berkenalan dengan ramai kawan dari seluruh dunia, belajar bahasa asing dan budaya Korea yang unik.

    “Banyak kelebihan belajar di tempat orang, kita dapat tahu budaya Korea yang sangat berbeza dengan Malaysia di samping melihat sendiri bagaimana sikap orang Korea sehingga muncul sebagai negara maju.

    “Pelajar di sini tidak hanya tertumpu kepada kecemerlangan akademik tetapi turut mengambil kira aspek soft skill sebagai nilai tambah untuk menghadapi persaingan dalam pasaran kerja.

    Berjauhan dengan keluarga menyebabkannya lebih berdikari dan matang dalam membuat keputusan selain mengakui turut merindui keluarga, kawan-kawan dan pensyarah tersayang.

    Menerusi Campus Tour mereka berpeluang melawat sekitar kampus sebelum ke Olympic Park Seoul, dan Gyeongbokung Palace, istana raja pada dinasti Joseon.

    AktivitiMahasiswa Buletin Uniutama | Bil. 4 April 2015

    18

    Buletin Uniutama April 2015.indd 18 5/25/15 9:02:35 AM

  • Kira-kira 300 pemanah daripada 39 pasukan berentap dalam Pertandingan Memanah Terbuka UUM 2015 yang berlangsung selama lima hari di Lapang Sasar Memanah UUM.

    Antaranya, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pasukan Kebangsaan Paralimpik Singapura dan Pasukan Angkatan Tentera.

    Sebanyak 14 kategori dipertandingkan dalam pertandingan anjuran Pusat Sukan UUM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Kelab Memanah UUM. MSN Elit meraih lima emas dalam acara Recurve Individu Lelaki, Recurve Pasukan Campuran, Recurve Berpasukan Lelaki, Recurve Individu Wanita dan Recurve Berpasukan

    Wanita yang membawa pulang pingat dan wang tunai RM2,500.00 Saingan hebat Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS) berjaya meraih empat emas, dua perak dan lima gangsa membawa pulang wang tunai RM2,000.00 beserta pingat. Pengarah Pusat Sukan Shafferi Rejab berkata penganjuran sukan memanah merupakan pentas terbaik bagi melahirkan atlet yang hebat serta mengembangkan sunah Rasulullah. “Setiap tahun kita akan menganjurkan pertandingan memanah terbuka yang menjadi platform terbaik untuk melahirkan lebih ramai atlet yang hebat ke peringkat antarabangsa.

    “Pertandingan ini juga merupakan satu medan ujian bagi pemanah pelapis negara untuk kelayakan ke Olimpik Rio 2016 di Brazil.

    300 PEMANAH SERTAI TERBUKA UUM

    AktivitiMahasiswaBuletin Uniutama | Bil. 4 April 2015

    19

    Buletin Uniutama April 2015.indd 19 5/25/15 9:02:37 AM

  • Buletin Uniutama April 2015.indd 20 5/25/15 9:02:41 AM