1.3 sistem respirasi
TRANSCRIPT
BAB 1
1.3 KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT
BAHAN-BAHAN YANG BERBAHAYA KEPADA SISTEM RESPIRASI
Sistem pernafasan akan terjejas jika ianya terdedah kepada bahan pencemar (pollutants) tertentu dan berlebihan.
• Asap rokok banyak mengandungi bahan berbahaya seperti nikotin dan tar yang mencemari udara.
• Asap mempunyai kesan yang dapat merosakkan sistem respirasi.
• Bahan-bahan berbahaya dalam asap rokok yang mengakibatkan kerosakan kepada sistem respirasi ialah:
• Karbon monoksida lazimnya didapati dalam asap kenderaan.
• Mengapakah berbahaya apabila kita berada di dalam kereta yang tidak bergerak dengan pendingin udara yang terpasang, tingkap yang tertutup dan enjin yang dihidupkan?
KBAT
• Keracunan karbon monoksida boleh terjadi sekiranya berlaku kebocoran ekzos kenderaan.
• Jika kita duduk di dalam kenderaan yang tidak bergerak dengan penghawa dinginnya yang terpasang, kita terdedah kepada keracunan karbon monoksida kerana gas ini boleh meresap masuk ke dalam kenderaan.
• Keracunan karbon monoksida boleh menyebabkan kematian kerana gas ini adalah beracun. Gas ini menghalang oksigen diangkut dalam badan kita.
• Wasap daripada ekzos kenderaan, pembakaran terbuka dan kebakaran hutan menghasilkan jerebu.
• Jerebu terdiri daripada zarah-zarah pepejal yang sangat halus, seperti habuk dan asap.
• Jerebu merengsa sistem respirasi dan menyebabkan gangguan respirasi seperti asma.
Toksin• Toksin dibebaskan ke udara daripada
asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan pembakaran bahan api.
• Contoh toksin dalam udara yang tercemar ialah sebatian plumbum dan oksida-oksida nitrogen.
• Toksin-toksin ini mengakibatkan keracunan plumbum yang membunuh sel-sel, merosakkan peparu dan otak, membuat kita batuk dan menyebabkan penyakit peparu seperti emfisema.
PENYAKIT YANG MEMPENGARUHI SISTEM RESPIRASI
Emfisema (Emphysema) Berlaku hasil daripada
pertumbuhan sel yang tidak normal – salur udara dalam paru-paru nipis – tersekat
Karbon dioksida terperangkap dalam alveolus. Alveolus bengkak,menggelembung dan pecah
Simptom : sukar bernafas, lesu batuk yang berpanjangan
PENYAKIT YANG MEMPENGARUHI SISTEM RESPIRASI
Bronkitis (Bronchitis) Radang pada lapisan sel
bronkus disebabkan oleh zarah halus terapung di udara atau asap rokok.
Simptom : demam panas, sukar bernafas, sakit dada, batuk berpanjangan dan kahak daripada putih bertukar kuning atau hijau.
PENYAKIT YANG MEMPENGARUHI SISTEM RESPIRASI
Barah paru-paru (Lung cancer)
Pertumbuhan sel yang luar biasa didalam paru-paru
Disebabkan oleh bahan kimia seperti karsinogen yang terdapat dalam rokok.
Simptom : Batuk berdarah, sukar bernafas, bersin dan sakit dada.
PENYAKIT YANG MEMPENGARUHI SISTEM RESPIRASI
Asma (Asthma) Radang salur pernafasan Salur pernafasan tiba-
tiba menjadi sempit Disebabkan oleh habuk
(udara tercemar), merokok atau asap rokok.
Simptom : batuk (terutama pada waktu malam atau cuaca sejuk), sukar bernafas, bersin dan sesak nafas.