1302 persiapan hari kiamat.pdf

9
1 Khutbah Jumaat 13 FEBRUARI 2015: PERSIAPAN HARI KIAMAT(Jabatan Agama Islam Perak) *AMARAN!!! Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari kandungan khutbah yang dikeluarkan. PERSIAPAN HARI KIAMAT(13 FEBRUARI 2015/ 23 RABIUL AKHIR 1436H) ْ مُ ك ِ بّ ن رِ مُ رِ ائَ صَ م بُ كَ اءَ جْ دَ ق ِ هِ سْ فَ نِ لَ فَ َ ْ بَ أْ نَ مَ ف َ ِ َ عْ نَ مَ و اَ هْ يَ لَ عَ ف ﴿ ٍ يظِ فَ ِ مُ كْ يَ لَ ا عَ نَ ا أَ مَ و٤٠١ (Katakanlah Wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. dan tiadalah Aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu". (Surah al- An’am ayat 104)

Upload: anonymous-wti6019w

Post on 05-Sep-2015

60 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

    Khutbah Jumaat 13 FEBRUARI 2015: PERSIAPAN HARI KIAMAT (Jabatan Agama Islam Perak)

    *AMARAN!!!

    Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari kandungan khutbah yang dikeluarkan.

    PERSIAPAN HARI KIAMAT

    (13 FEBRUARI 2015/ 23 RABIUL AKHIR 1436H)

    (Katakanlah Wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada

    kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh

    itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya

    terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan

    menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. dan

    tiadalah Aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu". (Surah al-

    Anam ayat 104)

  • 2

    Khutbah Jumaat 13 FEBRUARI 2015: PERSIAPAN HARI KIAMAT (Jabatan Agama Islam Perak)

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Saya ulangi pesanan taqwa ini untuk diri saya dan tuan-tuan

    sekelian. Pesanan ini sangat penting untuk diulang-ulang dan dihayati

    dalam hidup kita, khususnya di zaman kita yang begitu mudah lupa kepada

    Allah. Sedarilah kita semua, Allah adalah tuhan kita, Dia-lah yang

    menjadikan kita, memberi peluang untuk kita hidup di alam ini, dan Dia-lah

    yang memberikan nikmat rezeki kepada kita.

    Tuan-tuan yang saya kasihi sekalian,

    Firman Allah SWT di dalam surah al-Qariah ayat 1 hingga 5:

    Hari yang menggemparkan, apa dia hari yang menggemparkan itu?

    dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang

    menggemparkan itu? (hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi

    seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, dan gunung-ganang menjadi

    seperti bulu yang berterbangan.

    Ayat-ayat di awal surah al-Qariah ini merupakan sebahagian berita

    daripada suasana berlakunya hari kiamat. Allah juga menggunakan

    kalimah al-Haqqah dan at-Tommatul Kubra bagi mengambarkan kepada

    manusia tentang suasana kiamat. Begitu juga surah al-Zalzalah dimulai

    dengan, apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang yang sedahsyat-

    dahsyatnya. Surah al-Ghasyiyah dimulai dengan Sudahkan sampai

  • 3

    Khutbah Jumaat 13 FEBRUARI 2015: PERSIAPAN HARI KIAMAT (Jabatan Agama Islam Perak)

    kepada-mu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat (bencana dahsyat).

    Surah al-Insyiqaq dimulai dengan apabila langit terbelah. Surah at-

    Takwir dimulai dengan apabila matahari digulungkan, dan apabila

    bintang-bintang gugur berselerak dan apabila gunung-ganang dialihkan

    dari tempatnya.

    Inilah antara gambaran-gambaran kiamat yang dikhabarkan di dalam

    al-Quran. Kita tidak dapat merasai dan tidak pernah mengalami bagaimana

    rupa dan keadaan sebenar berlakunya kiamat kepada kita.

    Tetapi, sedarkah kita semua, sebahagian daripada kita pernah

    mengalami keadaan dan suasana seperti ini. Kita pernah melihat sikap

    panik dan gelabahnya manusia, apabila mengetahui adanya letupan di

    angkasa, begitu juga serpihan-serpihan daripada objek yang berlanggaran

    jatuh ke bumi. Kita pernah mengalami beberapa gegaran dan melihat

    betapa dahsyatnya gempa bumi di Jepun dan Indonesia bahkan di negara-

    negara lain. Tsunami yang menelan negara Acheh dan sebahagian Jepun

    begitu mengerunkan hati dan jiwa kita. Kita pernah melihat letupan-letupan

    gunung berapi yang memuntahkan lautan api dari perut bumi. Kita juga

    pernah merasai cuaca panas yang agak panjang. Kita juga pernah merasai

    taufan yang memusnahkan rumah kediaman dan hasil pertanian.

    Saudara-saudara-ku sekalian,

    Banjir besar yang melanda negara kita baru-baru ini, merupakan satu

    peringatan kepada kita semua. Peringatan keras yang datangnya daripada

    pentadbir dan pemilik alam ini. Allah SWT mahu memberi peringatan

    kepada kita semua, bahawa Dia mampu melakukan apa sahaja bagi

  • 4

    Khutbah Jumaat 13 FEBRUARI 2015: PERSIAPAN HARI KIAMAT (Jabatan Agama Islam Perak)

    memusnahkan harta-harta yang telah kita kumpul selama ini. Dia juga

    Maha Berkuasa mendatangkan kiamat, yang akan mematikan semua

    makhluk di alam ini. Bila berlakunya kiamat, semua makhluk tidak akan

    terkecuali menghadapinya. Pada ketika itu, tiada manfaat harta dan anak

    pinak.

    Kita juga dapat melihat dengan kesedaran kita sendiri, bagaimana

    keadaan dan nasib yang menimpa mangsa-mangsa bencana alam. Tiada

    rumah tempat untuk berteduh, tiada makanan untuk mengisi perut, baju

    cuma tinggal sehelai buat menutup diri. Harta yang dikumpulkan sekian

    lama habis musnah sama sekali. Kedengaran anak-anak kecil menangis di

    setiap penjuru. Ada juga yang mengeluh, mengenangkan nasib selepas ini.

    Manusia pada ketika itu cuma mengharapkan simpati dan belas ehsan

    daripada sesiapa saja.

    Keadaan ini, jika kita renungi seakan-akan sama dengan hari kiamat.

    Hari kiamat disifatkan sesuatu yang mengerunkan, hari yang amat dahsyat,

    matahari hilang cahayanya, gunung-ganang ranap musnah yang tinggal

    debu berterbangan seperti bulu yang ditiup angin, bulan bintang jatuh

    gugur ke bumi, air mencurah-curah dari langit, air dan api memancut keluar

    dari perut bumi.

    Selepas musnahnya alam ini, manusia bangun dari kubur masing-

    masing seperti kelkatu yang terbang berkeliaran ke sana ke mari. Mereka

    dikumpulkan di satu tempat yang luas, manusia tenggelam dalam peluhnya

    sendiri, matahari berada sejengkal di atas kepala, manusia berhimpit sesak

    sesama sendiri, manusia tidak berpakaian pada ketika itu.

  • 5

    Khutbah Jumaat 13 FEBRUARI 2015: PERSIAPAN HARI KIAMAT (Jabatan Agama Islam Perak)

    Manusia pada hari tersebut mencari-cari di manakah

    penolongnya??? Untuk menyelamatkan dirinya daripada huru hara kiamat.

    Pada hari itu, siapakah yang mampu menyelamatkan kita??? Adakah kita

    mampu menyelamat diri kita sendiri??? Atau orang lain??? Anak atau isteri

    kita??? Atau amalan dan kebaikan yang kita lakukan???

    Tidak lain dan tidak bukan amal kebaikan yang kita lakukan di atas

    dunia sahaja yang dapat menyelamatkan daripada hura hara di padang

    mashyar. Antara amalan-amalan tersebut adalah :-

    1. Sentiasa mentaati segala perintah Allah Taala dan meninggalkan

    segala tegahan-Nya.

    2. Sentiasa mengamalkan sunnah Rasulullah dan amalan Salafus

    Soleh.

    3. Tidak meninggalkan solat Fardhu walaupun ketika sakit.

    4. Melakukan solat fardhu secara berjemaah di masjid atau surau.

    5. Sentiasa membaca al-Quran dan berzikir.

    6. Sentiasa berpuasa sunat.

    7. Sentiasa melakukan Qiyamullail.

    8. Sentiasa bersedekah (fi sabilillah).

    9. Memuliakan orang yang lebih tua dan menyantuni orang muda.

    10. Mengasihi anak yatim dan fakir miskin.

  • 6

    Khutbah Jumaat 13 FEBRUARI 2015: PERSIAPAN HARI KIAMAT (Jabatan Agama Islam Perak)

    Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan

    tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang

    berat timbangan amal baiknya, maka ia berada dalam kehidupan

    yang senang lenang. sebaliknya orang yang ringan timbangan amal

    baiknya, maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah" dan apa

    jalannya engkau dapat Mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?

    (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar. (Surah al-Qariah

    ayat 6 11)

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat tinggal sementara bagi kita.

    Dunia adalah ladang untuk kita menyemai pokok-pokok amalan kita.

    Adapun akhirat adalah tempat kita mengutip hasilnya. Usia-usia kita yang

    berbaki hendaklah diisi dengan amal-amal ibadah sebagai bekalan

  • 7

    Khutbah Jumaat 13 FEBRUARI 2015: PERSIAPAN HARI KIAMAT (Jabatan Agama Islam Perak)

    menemui Allah kelak. Janganlah kita menunggu esok hari, minggu depan,

    awal tahun depan untuk kita beramal. Tidak tidak tahu bila ajal kita dicabut

    malaikat maut.

    Ayat 7 hingga 11 surah al-Qariah yang dibaca tadi, menjelaskan

    kepada semua bahawa manusia dibahagikan kepada dua golongan iaitu

    manusia yang mempunyai timbangan yang berat dan manusia yang

    mempunyai timbangan yang ringan. Menurut ahli Tafsir, manusia yang

    berat timbangannya adalah manusia yang amalan kebaikan yang dilakukan

    mengalahkan amalan buruk yang dilakukan di dunia. Bagi mereka dikurnia

    nikmat syurga dan mereka redha dengan kurnia tersebut.

    Adapun manusia yang ringan timbangannya adalah manusia yang

    amalan buruk lebih banyak daripada melakukan amalan kebaikan dan

    ketaatan. Tempat kembali manusia jenis ini adalah neraka Hawiyah.

    Hawiyah adalah neraka yang sangat panas, seburuk-buruk tempat untuk

    mengazab manusia yang tidak melakukan amal soleh ketika di atas dunia.

    Malah mereka ketika di dunia banyak sekali melakukan keburukan dan

    kerosakan. Oleh itu, mimbar ingin mengingatkan kepada sidang jemaah

    sekelian bahawa jangan sekali-kali menyambut hari kekasih atau hari

    Valentines Day yang kebiasaan dilakukan pada 14 Februari kerana

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

    Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov

    2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan

    Hari Valentine's ini adalah dilarang. Muzakarah berpandangan bahawa

    ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang, namun tidak ada hari

    tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju

  • 8

    Khutbah Jumaat 13 FEBRUARI 2015: PERSIAPAN HARI KIAMAT (Jabatan Agama Islam Perak)

    memutuskan bahawa amalan merayakan Valentines Day tidak pernah

    dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur

    Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah

    bercanggah dan dilarang oleh Islam. Jika kita menyambut hari tersebut

    ianya juga akan memacu kita ke Neraka.

    Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami,

    Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan

    Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

    Al-Maghfur lah.

  • 9

    Khutbah Jumaat 13 FEBRUARI 2015: PERSIAPAN HARI KIAMAT (Jabatan Agama Islam Perak)