13121619 to pik 8 cat an

20
PENGENALAN Catan adalah hasil bahantara pigmen warna pada permukaan rata seperti kertas, kanvas, dinding, plat, papan board dan sebagainya. Jenis bahan yang sering digunakan untuk menghasilkan catan adalah cat tempera, cat minyak, cat air, cat poster, guache, akrilik dan cat kapur (pastel). Media catan yang tertua sekali ialah tempera. Catan merupakan suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan perasaannya, membuat interpretasi pandangannya ataupun merakamkan gambaran yang dirasai atau dilihatnya dalam bentuk imej visual. T T o o p p i i k k 8 8 Catan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti apakah catan; 2. Menceritakan sejarah awal catan; 3. Menyenaraikan beberapa orang tokoh yang terlibat dalam catan awal; 4. Mengenal pasti beberapa teknik dan media catan; dan 5. Membuat catan dengan pelbagai teknik dan media untuk menghasilkan corak yang menarik.

Upload: adamskbd

Post on 23-Oct-2015

87 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 13121619 to Pik 8 Cat An

� PENGENALAN

Catan adalah hasil bahantara pigmen warna pada permukaan rata seperti kertas, kanvas, dinding, plat, papan board dan sebagainya. Jenis bahan yang sering digunakan untuk menghasilkan catan adalah cat tempera, cat minyak, cat air, cat poster, guache, akrilik dan cat kapur (pastel). Media catan yang tertua sekali ialah tempera. Catan merupakan suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan perasaannya, membuat interpretasi pandangannya ataupun merakamkan gambaran yang dirasai atau dilihatnya dalam bentuk imej visual.

TTooppiikk��88 � Catan

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti apakah catan;

2. Menceritakan sejarah awal catan;

3. Menyenaraikan beberapa orang tokoh yang terlibat dalam catan awal;

4. Mengenal pasti beberapa teknik dan media catan; dan

5. Membuat catan dengan pelbagai teknik dan media untuk menghasilkan corak yang menarik.

Page 2: 13121619 to Pik 8 Cat An

� TOPIK 8 CATAN 118

Selain daripada kemahiran menggunakan media pilihannya, pelukis juga perlu peka terhadap prinsip-prinsip dan asas seni serta mempunyai kebolehan membuat penerokaan yang jauh dan mendalam mengenai gaya persembahan. Tujuannya supaya hasil karya yang bermutu dan mempunyai identiti tersendiri serta nilai estetika yang tinggi akan terhasil. Catan juga merupakan salah satu cabang seni tampak yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Perkembangan seni tampak di Malaysia makin terserlah dengan lahirnya pelukis-pelukis seperti Syed Ahmad Jamal, Mohd. Hossein Enas, Jaafar Taib, Mazli Mat Som, Cheong Lai Tong dan lain-lain lagi. Mereka telah mewarnai seni tampak di negara ini. Seni tampak di Malaysia sememangnya tidak dapat lari daripada dipengaruhi oleh aliran-aliran barat. Terdapat pelbagai aliran yang dipelopori oleh para pelukis ini.

SEJARAH CATAN

Sejarah seni catan bermula sejak zaman Yunani Purba. Media yang digunakan pada masa itu adalah fresco dan mmozek. Subjek catan kebanyakannya menggambarkan peristiwa yang berkaitan dengan adat istiadat dan agama. Pelukis Yunani yang terkenal ialah Polyguotos, Zeuxis, Protogenis dan AApelles.

8.1

Page 3: 13121619 to Pik 8 Cat An

TOPIK 8 CATAN � 119

Rajah 8.1: Lukisan Mesir purba yang menunjukkan istiadat pengkebumian Zaman Renaisance atau dikenali sebagai zaman kelahiran semula merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah. Zaman Renaisance boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu ÊRRenaisance Peringkat AwalÊ (1378� 1500 TM), ÂRenaisance Peringkat KKemuncakÊ (1500TM -1530 TM) dan RRenaisance Peringkat AkhirÊ (1530 TM �1600 TM). Media catan yang popular pada masa itu ialah fresko, cat tempera, cat minyak dan cat air. Subjek catan kebanyakkannya menggambarkan peristiwa kitab suci agama Kristian, potret dan peperangan. Gaya catan pada zaman itu semuanya dalam bentuk realistik. Terdapat ramai pelukis realisme yang masyhur pada zaman itu. Antaranya ialah:

(a) TTommaso di Giovanni Masaccio

� Perintis pelukis zaman Renaisance (1401�1428)

� Karya catannya � The Tribute Money, fresco (1427)

Rajah 8.2: Contoh lukisan Tommaso di Giovanni Masaccio

Page 4: 13121619 to Pik 8 Cat An

� TOPIK 8 CATAN 120

(b) LLeornardo Da Vinci (Itali, 1452 � 1513)

� Digelar manusia universal kerana pengetahuan dan kebolehan beliau dalam seni dan sains.

� Karya catannya � Monalisa, Potret Lisa Gerardini isteri seorang peniaga di Florentine.

Rajah 8.3: Contoh lukisan Leornado Da Vinci

(c) AAlbrecht Durer (Jerman, 1471 � 1528)

� Dikenali sebagai bapa cat air Eropah.

� Karya catannya � The Great Piece Of Turf, pilihan subjek yang terkeluar daripada subjek popular pada masa itu.

Rajah 8.4: Contoh lukisan Albrecht Durer

Apakah yang anda faham tentang corak dalam catan?

AKTIVITI 8.1

Page 5: 13121619 to Pik 8 Cat An

TOPIK 8 CATAN � 121

(d) PPoala Ucello (Itali,1379 �1475)

� Pelukis yang mementingkan garisan perspektif bagi menghasilkan ruang.

� Karya catannya � The Battle of San Romana � 1455 cat tempera atas papan.

Rajah 8.5: Contoh lukisan Albrecht Durer

Pada abad ke-19 dan ke�20, munculnya aliran catan baru yang mempersembahkan karya-karya bergaya semi abstrak dan abstrak. Antara pelukis-pelukis yang masyhur dalam bidang catan baru ini seperti berikut:

(e) PPaul Cezanne (Perancis, 1839-1906)

� Pelukis aliran impressionis yang mengutamakan unsur bentuk, warna, ruang dan irama yang beraneka untuk mengubah suasana.

� Karya catannya � Still Life,1894, cat minyak.

Rajah 8.6: Contoh lukisan Paul Cezanne

(f) VVincent Van Gogh (Belanda, 1853-1890)

� Pelukis impresionis yang mengutamakan unsur warna dan jalinan dalam catannya yang sering menimbulkan perasaan dan emosi.

� Karya catannya � Stary Night, 1899- cat minyak.

Page 6: 13121619 to Pik 8 Cat An

� TOPIK 8 CATAN 122

Rajah 8.7: Contoh lukisan Vincent Van Gogh

(g) PPablo Picasso (Sepanyol, 1871-1973)

� Perintis aliran kubisme.

� Karya catannya- Mother and son, 1921, cat minyak.

Rajah 8.8: Contoh lukisan Pablo Picasso

(h) SSalvador Dali (Sepanyol, 1904-1989)

� Perintis aliran Surerealisme, mahir dalam bidang perekaan panggung, pencipta perhiasaan permata, pelukis illustrasi dan sebagainya.

� Karya catannya- The Persistence of Memory, 1931, cat minyak.

Rajah 8.9: Contoh lukisan Salvador Dali

Page 7: 13121619 to Pik 8 Cat An

TOPIK 8 CATAN � 123

(i) JJackson Pallock (Amerika, 1912-1956)

� Pelukis aliran abstrak ekpresionisme daripada Amerika yang selalu menggunakan percikan warna sebagai gaya persembahannya.

� Karya catannya - Number One,1947, cat minyak, cat enamel dan cat aluminium.

Rajah 8.10: Contoh lukisan Jackson Pallock

TOKOH CATAN

8.2.1 Albrecht Durer (Jerman, 1471-1528)

Durer dilahirkan di Nuremberg, Jerman pada tahun 1471. Bapanya seorang tukang emas. Selepas beberapa tahun belajar di sekolah, Durer mula berlatih sendiri di bengkelnya. Beliau ingin menjadi pelukis dan mula bekerja di bengkel Michael Wolmegut yang menghasilkan buku ilustrasi ukiran kayu. Pada tahun 1494, Durer melawat Itali. Pemandangan sepanjang perjalanan merentasi banjaran Alps telah mendorong beliau membuat lakaran kasar dengan menggunakan warna air. Kebanyakkan daripada lakaran tersebut menjadi latar belakang bagi cetakan yang seterusnya. Beliau berasa kagum dengan pengetahuan dan gaya hidup pelukis-pelukis Itali jika dibandingkan dengan pelukis di Jerman. Setelah kembali ke Jerman, Durer mula mempelajari matematik, geometrid dan karya-karya penulis dan pelukis klasik. Beliau mendirikan sebuah bengkel di Nuremberg dan melukis gambar-gambar potret

8.2

Kaji corak dalam catan ÂStary NightÊ karya Vincent Van Gogh?

AKTIVITI 8.2

Page 8: 13121619 to Pik 8 Cat An

� TOPIK 8 CATAN 124

serta karya-karya berunsur keagamaan. Beliau juga melukis potret dirinya yang menggayakan fesyen seperti pelukis terkenal yang pernah beliau temui di Itali. Sila lihat Rajah 8.11.

Rajah 8.11: Albrecht Durer

Dalam tempoh tersebut, Durer menjadi terkenal dengan karyanya seperti Apocalypse yang merupakan sebuah buku ukiran kayu setebal 14 muka surat yang menggambarkan Book of Revelation daripada kitab Injil. Dalam ukiran kayunya, Durer menggunakan teknik yang rumit untuk menghasilkan kesan-kesan kedalaman, cahaya dan bayang-bayang. Pada tahun 1505, beliau sekali lagi mengembara ke Itali. Di sana beliau menemui pelukis terkenal seperti Giovanni Bellini. Cetakan dan lukisan Durer menunjukkan beliau amat terpengaruh dengan idea kesenian dari Itali. Oleh kerana itu, cetakannya amat dikagumi di Itali. Ini menyebabkan terjalinnya hubungan antara Renaissance di Itali dan utara Eropah. Selepas kembali ke Jerman, pada tahun 1512, Durer menjadi pelukis kepada Maharaja Maximilian. Tugasnya termasuklah melukis ilustrasi bagi buku sembahyang kepunyaan maharaja hinggalah kepada mengukir pintu gerbang setinggi tiga meter. Pada tahun 1520, beliau melawat Netherlands. Beliau merekodkan setiap orang yang beliau temui dana pemandangan serta lukisan yang dilihatnya ke dalam sebuah diari dan buku lakaran. Kesihatannya terganggu semasa dalam perjalanan hendak melihat ikan paus yang terdampar di pantai. Pada tahun 1528, beliau meninggal dunia setelah menyiapkan sebuah buku panduan untuk para pelukis muda.

Page 9: 13121619 to Pik 8 Cat An

TOPIK 8 CATAN � 125

8.2.2 Tokoh Cat Minyak

Vincent Van Gogh dilahirkan di Holland pada tahun 1853, dia adalah anak kepada seorang paderi. Semasa berusia enam belas tahun, beliau bekerja dengan sebuah syarikat pengedar lukisan milik keluarga Goupil, yang berpusat di The Hague. Sepanjang tahun 1870-an, beliau bekerja dengan syarikat itu di London dan Paris. Di sana beliau berpeluang melawat muzium dan pameran seni.

Rajah 8.12: Vincent Van Gogh Pada tahun 1876, beliau mengikut jejak langkah ayahnya dan menjalani latihan untuk menjadi paderi. Pada musim dingin tahun 1878, Van Gogh dihantar sebagai mubaligh pelatih ke kawasan lombong di daerah Borinage, Belgium. Di sana beliau hidup dalam kemiskinan dan berkawan rapat dengan para pekerja lombong dan keluarga mereka. Dalam tempoh tersebut, beliau mula membuat lakaran lanskap Borinage dan kehidupan para pelombong yang susah di situ. Beliau ingin melukis gambar pekerja-pekerja biasa dan dalam lukisan awalnya seperti Potato Eaters. Pada tahun 1886, Van Gogh mengikut abangnya Theo menjual lukisan di Paris. Di sana beliau melihat lukisan impressionis dan bertemu beberapa orang pelukis seperti Degas, Pisarro, Toulouse-Lautrec, Paul Gaugin dan sebagainya. Lukisannya mula kelihatan cerah dan berwarna-warni. Beliau seterusnya mencuba teknik pointilisme yang dipelopori George Seurat. Pada tahun 1888, beliau berpindah ke Arles Selatan Perancis. Paul Gaugin kemudian menyertai beliau. Pertentangan pendapat antara mereka menyebabkan Van Gogh memotong telinga kirinya.

Page 10: 13121619 to Pik 8 Cat An

� TOPIK 8 CATAN 126

Pada tahun 1889, beliau mengalami gangguan mental dan ditempatkan di hospital di Arles. Beliau kemudian dipindahkan ke St. Remy. Beliau terus melukis dengan lukisan cara ganas yang dilukis dengan gerakan berus yang kuat menggunakan warna-warni yang terang. Pada tahun 1890, beliau dipindahkan ke Auvers di utara dan diletakkan dibawah jagaan Dr. Gachet yang merupakan kawan kepada para pelukis di situ. Ketika berusia tiga puluh tujuh tahun, beliau menembak diri sendiri dan meninggal tiga hari kemudiannya. Beliau meninggalkan puluhan khazanah lukisan yang berharga jutaan ringgit. Antara lukisannya yang agung ialah SSun Flowers dan Irises.

Rajah 8.13: Sunflowers, 1853 � Rajah 8.14: Starry Night, 1889 �

Vincent Van Gogh Vincent Van Gogh

Rajah 8.15: The Artist Bed Room at Arles - Van Gogh

Apakah yang anda faham tentang corak dalam catan Jackson Pollock?

AKTIVITI 8.3

Page 11: 13121619 to Pik 8 Cat An

TOPIK 8 CATAN � 127

8.2.3 Yong Mun Sen

Dilahirkan pada 10 Januari 1896 di Kuching, Sarawak. Menerima pendidikan formal di Tai-Pu, Kwangtung, China. Pada tahun 1922, beliau membuka sebuah Studia Seni Tai Koon di Singapura. Peringkat awal menceburi bidang fotografi dan arca. Pada tahun 1930, beliau berpindah ke Pulau Pinang dan membuka Studio Mun Sen di Penang Road. Beliau telah mengasaskan Kelab Seni Lukis Pulau Pinang pada tahun 1936 � 1937. Kebanyakan karyanya adalah menggunakan media cat air. Antara karya yang penting ialah:

Rajah 8.16: Rumah Atap di Tepi Pantai

� Media: Cat air (1960) � Tema: Menggambarkan suasana rumah Melayu yang terletak di tepi

pantai. � Gaya: Teknik ÂwashÊ dan lut sinar gaya ÂVictoriaÊ dengan kemahiran

menggunakan bahan. � Nilai: Menggambarkan suasana tempatan yang damai.

Page 12: 13121619 to Pik 8 Cat An

� TOPIK 8 CATAN 128

TEKNIK DAN MEDIA

8.3.1 Teknik-teknik Cat Minyak

Antara teknik yang digunakan untuk menghasilkan catan minyak ialah: Titik (Pointilisme)

Rajah 8.17: Sunday Afternoon on the Island of La Grande Jatte � George Seurat Dihasilkan dengan menggunakan berus dengan sapuan secara menegak dan bersistematik di atas kanvas putih. Proses yang rumit dan memerlukan kesabaran dan ketekunan serta disiplin yang tinggi untuk menyiapkannya. Hard Edges

Rajah 8.18: Nasi bungkus: Antara dua hidangan 1991-Din Omar Catan yang kelihatan terpotong-potong kerana pengkarya menggunakan Âmasking tapeÊ. Ia menghalang warna daripada bercantum. Mempunyai rupa bentuk yang jelas dan berbatasan tepat. Gubahan biasanya ringkas, tepat dan

8.3

Page 13: 13121619 to Pik 8 Cat An

TOPIK 8 CATAN � 129

teratur. Menggunakan pita litup untuk memisahkan warna. Teknik yang digunakan paling popular di kalangan pelukis seni ÂopÊ. Glazing

Rajah 8.19: Kelahiran Inderaputera, 1978-Anuar Rashid Teknik ini digunakan untuk menampakkan kilauan dan menggunakan teknik sapuan berus yang bersahaja tanpa tekanan yang kuat. Dibentuk dengan sapuan berus lapis demi lapis untuk menimbulkan kesan yang lembut dan licin seolah-olah menampakkan kilauan. Teknik catan rumit kerana warna disapu selapisan dan dibiarkan kering, kemudian disapu pula lapisan kedua dan seterusnya hingga menampakkan suatu filem warna yang lutsinar.

Impasto

Rajah 8.20: Wild flowers, 1840 � Odilon Redon

AKTIVITI 8.4

AKTIVITI 8.4

Hasilkan satu corak catan dengan menggunakan teknik ÂpointilismeÊ?

Page 14: 13121619 to Pik 8 Cat An

� TOPIK 8 CATAN 130

Teknik ini menggunakan warna terus daripada tiub dan disapu dengan pisau palet. Biasanya hasil catan ini mempunyai warna yang tebal dan legap. Tidak banyak menggunakan minyak linsid. Menimbulkan kesan jalinan tampak yang menarik. Pisau palet lebih sesuai digunakan untuk teknik ini. Scambling

Rajah 8.21: Flat ford Mill, 1829 � John Constable Penggunaan berus yang terkawal dan secara lembut. Penggunaan satu lapisan nipis warna legap secara kasar di atas warna latar. Ia menimbulkan kesan lutsinar pada warna latar dan kelihatan seolah-olah menerusi sehelai kain halus. Teknik ini diguna untuk mendapatkan kesan yang kusam dan bertekstur. Penggunaan berus keras dan kasar serta tidak rata atau tersusun rapi untuk menghasilkan tekstur. Alla Prima

Rajah 8.22: Potrait With The Green Stripe, 1905-Henri Matisse Teknik ini dilakukan dengan menyapu cat minyak hanya sekali iaitu terus dari tiub dan melukis. Banyak tempelan cat perlu disapu sehingga warna yang dikehendaki diperolehi. Cara catan ini agak membazir. Teknik menitis, menitik, menyiram, menyapu atau memijak cat terus ke kanvas boleh digunakan selain menggunakan berus.

Page 15: 13121619 to Pik 8 Cat An

TOPIK 8 CATAN � 131

8.3.2 Teknik-teknik Catan Air

Terdapat beberapa teknik yang biasa digunakan dalam menghasilkan karya catan air. Penggunaan teknik yang berbeza akan menghasilkan karya yang berbeza dari segi kesan-kesan jalinan, ton, tekstur dan sebagainya. Antara teknik yang sering digunakan ialah: (a) BBasah atas basah

Rajah 8.23: Teknik basah atas basah

Teknik yang melibatkan sapuan warna yang cair ke atas permukaan yang basah.Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik basah atas basah merupakan teknik paling dramatic bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Bagi menghasilkan media basah atas bahantara basah dengan tidak membenarkan warna terdahulu kering, bukanlah satu cara yang mudah. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu masih lembab dan sapuan warna berikutnya lebih kandungan air dan pewarna. Jika tidak warna akan berbau dan hasilnya nampak kotor. Turner merupakan pakar dalam teknik ini.

(b) BBasah atas kering

Rajah 8.24: Teknik basah atas kering

Page 16: 13121619 to Pik 8 Cat An

� TOPIK 8 CATAN 132

Teknik yang melibatkan sapuan warna basah atas permukaan kering untuk menghasilkan kesan legap (opaque). Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warna. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.

(c) KKering atas basah

Rajah 8.25: Teknik kering atas basah

Teknik yang melibatkan sapuan warna daripada tiub terus disapu ke atas lapisan warna yang cair atas permukaan kertas yang telah dibasahkan.

(d) KKering atas kering serta tindihan

Rajah 8.26: Teknik kering atas kering

Teknik yang melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.

Page 17: 13121619 to Pik 8 Cat An

TOPIK 8 CATAN � 133

(e) KKering bertindih

Rajah 8.27: Teknik kering bertindih

Teknik yang menggunakan titik-titik warna untuk membentuk objek atau corak yang menarik (kesan jalinan).

(f) RRenjisan

Rajah 8.28: Teknik renjisan

Teknik yang menggunakan berus atau semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan warna cair ke atas permukaan untuk menghasilkan kesan yang spontan dan menarik.

AKTIVITI 8.5

Hasilkan tiga corak teknik cat air yang menggambarkan suasana awan.

Page 18: 13121619 to Pik 8 Cat An

� TOPIK 8 CATAN 134

LANGKAH PENGHASILAN CORAK TEKNIK CATAN

Terdapat empat (4) langkah yang anda perlu mengikut dalam penghasilan corak teknik catan. Sila pehatikan rajah-rajah berikut.

Rajah 8.29: Langkah 1

Tekankan span dalam warna.

Rajah 8.30: Langkah 2

Sapukan warna yang muda terlebih dahulu.

Rajah 8.31: Langkah 3

Kemudiannya warna yang lebih gelap ditambah.

8.4

Page 19: 13121619 to Pik 8 Cat An

TOPIK 8 CATAN � 135

Rajah 8.32: Langkah 4

Langkah yang sama diteruskan.

Rajah 8.33: Langkah 5

Corak yang terhasil mempunyai kepelbagaian warna yang menarik.

� Catan adalah suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan perasaannya, membuat interpretasi pandangannya ataupun merakamkan gambaran yang dirasai atau dilihatnya dalam bentuk imej visual.

� Lukisan Mesir purba adalah catan yang mempunyai corak tersendiri tentang kepercayaan dan agama.

� Corak dalam catan boleh terbentuk secara terancang dan tidak terancang.

� Corak dalam catan terbentuk kesan daripada kemahiran artis menggunakan media dan teknik.

Page 20: 13121619 to Pik 8 Cat An

� TOPIK 8 CATAN 136

Action Painting

Basah Atas Basah

Basah Atas Kering

Hard Edge

Jackson Pollock

Kering Atas Basah

Pablo Picasso

Paul Cezanne

Vincent Van Gogh