document14

7
14.4 TANGGUNGJAWAB SUAMI DAN ISTERI 1. TANGGUNGJAWAB SUAMI i) Memberi nafkah zahir dan batin Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal. Firman Allah “Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.” (Al-Baqarah:233) Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah. Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri. ii) Memberi layanan yang baik Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim. iii) Pendidikan Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh

Upload: liyana

Post on 26-Sep-2015

214 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

aga

TRANSCRIPT

14.4 TANGGUNGJAWAB SUAMI DAN ISTERI

1. TANGGUNGJAWAB SUAMI i) Memberi nafkah zahir dan batin Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal. Firman Allah Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik. (Al-Baqarah:233) Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah. Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

ii) Memberi layanan yang baik Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.

iii) Pendidikan Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.

2. TANGGUNGJAWAB ISTERI

i) Mentaati suami Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW: Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya. (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim) Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.

ii) Mengurus rumah tangga mTugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam. Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja.

iii) Menjaga maruah diri, suami dan keluarga Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.

BERILMU PENGETAHUAN

BERAKHLAK MULIA

CIRI-CIRI SUAMI YANG BAIK

BERAKHLAK MULIA

BERIMAN

CIRI-CIRI ISTERI YANG SOLEHAH

MENJAGA KEHORMTAN

SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN

BERTANGGUNGJAWAB

BERIMAN

14.2 TANGGUNGJAWAB BERSAMA

* Tanggungjawab bersama yang wajib dilaksanakan oleh suami dan isteri ialah : Mengekalkan kerukunan rumahtangga

Memelihara dan menjaga anak-anak

Memberi pendidikan yang sempurna

Memberikan layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak

Menyediakan rawatan dan perubatan

Menjamin keselamatan

Berusaha mengekalkan kebahagiaan rumah tangga

Memberi pendidikan kepada anak

Memberi kasih sayang kepada anak

Sama-sama berkorban untuk kebahagiaan anak

ISTERI BERPANDUKAN AL QURAN DAN SUNNAH

Antaranya ialah:

Sentiasa taat kepada Allah.

Patuh kepada suami dan memelihara kehormatannya.

Menyenangkan hati suami.

Pergi ke mana-mana setelah mendapat keizinan suam

Tidak mudah menerima tetamu tanpa keizinan suami.

Pandai melayani suaminya dan anak-anaknya.

Tidak suka mengomel.

Suka hidup sederhana.

Tidak boros berbelanja.

Tidak suka berhutang.

Tidak suka mengumpat.

Memelihara kehormatan diri dan keturunannya

14.3 KESAN PENGABAIAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA

Hubungan suami isteri akan renggang dan berlaku perselisihan

Pasangan suami isteri mungkin akan memilih perceraian sebagai jalan penyelesaian hubungan suami isteri

Anak-anak menjadi mangsa perceraian dan akan terabai didikan serta kasih sayang

14.4 KESAN KERUKUNAN RUMAHTANGGA TERHADAP PEMBANGUNAN UMAT

Keluarga merupakan salah satu komponen terpenting yang membentuk identiti masyarakat

Akan lahir para cendekiawan dan pemimpin berkaliber kerana mendapat didikan yang baik dari keluarga yang harmoni

Akan lahir anak-anak yang cemerlang dan bijak

14.5 PERSIAPAN KEARAH KELUARGA BAHAGIA

*Dari sudut ilmu pengetahuan

Dengan mendalami ilmu agama

Dengan mendidik anak-anak dengan ilmu pengetahuan

Dengan mengetahui ilmu-ilmu semasa sebagai persiapan kearah keluarga bahagia

*Dari sudut ekonomi

Perlu dirancang awal agar tidak menjadi beban pada masa akan datang

Keutamaan diberi untuk mengurus makan minum, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan yang sempurna

*Dari sudut akhlak

Ia adalah tonggak keharmonian keluarga

Tanpanya keluarga akan kucar kacir

Suami perlu menjadi contoh terlebih dahulu dan menjadi ikutan kepada isteri dan anak

Nilai murni perlu diterapkan seperti hormat-menghormati, bertimbang rasa, tolong-menolong dll bagi menjamin keluarga yang bahagia.

MERANCANG KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

*Suami hendaklah merancang kehidupan rumahtangga dan melaksanakan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab:

Mencari tempat tinggal yang selesa.

Menentukan sumber rezeki yang halal bagi menanggung nafkah isteri dan anak- anak dan masa depan keluarga.

Berbincang suami isteri tentang perjalanan hidup berumahtangga dan rancangan pembangunan keluarga.

Mengenal pasti kerja-kerja dalam rumahtangga dan cara melaksanakan mengikut bidang tugas suami atau isteri atau tugas bersama.

Mengatur waktu untuk bekerj a dan untuk melaksanakan tugas-tugas di rumah dan dalam masyarakat dan waktu untuk bermesra.

Memikirkan cara-cara perhubungan yang serasi dan harmoni antara suami isteri.

Mengenal pasti perkara yang digemari dan tidak digemari oleh suami atau isteri berlandaskan hukum Islam.

Membuat persediaan untuk menghadapi kehadiran anak-anak dalam keluarga dan merancang masa hadapan mereka.

Membina daya kreatif untuk mengekalkan kemesraan, keharmonian dan keceriaan rumahtangga.

Meningkatkan kualiti keluarga supaya tercapai hasratRumahku Syurgaku.