document1

5
1.FAKTOR DALAMAN ( BERPALING TADAH) Portugis sebenarnya dibantu oleh kerajaan-kerajaan kecil dari Siam, Jawa dan Sumatera yang tidak berpuas hati dengan Melaka dari dahulu lagi. Ditambah dengan askar upahan dari Goa, Siam dan Jawa serta bantuan pembelot dari dalam iaitu pedagang Jawa dan Cina, menambah kejayaan Portugis menawan Melaka. Siapa tidak kenal dengan pembelot Melaka, saudagar Jawa yang bernama Utimutiraja. Disebabkan rasa tidak puas hati dan inginkan emas dalam istana, dia mengarahkan hamba-hambanya yang seramai 5000 orang memihak kepada Portugis. Pendapat mengatakan Utimutiraja akhirnya dibunuh oleh Portugis kerana bimbang beliau akan belot kali ke-2. Sultan Mahmud Shah juga tidak mementingkan kesejateraan rakyatnya. Semua perempuan cantik hendak dipunyainya.. Tun Fatimah, anak Bendahara Melaka yang cantik dicemburui sultan, telah berkahwin dengan Tun Ali. Akibat rasa cemburu dan tidak senang hati dengan tindakan Bendahara Tun Mutahir tidak mempersembahkan Tun Fatimah terlebih dahulu kepadanya, Sultan telah murka. Terlebih dahulu Datuk Mandeliar dan Si Kitol telah menghasut Sultan Mahmud Shah – masuk jarum.. Alahai sultan, mudahnya terpengaruh!! Mengikut penulisan Kassim Ahmad tentang sejarah Melaka dalam buku ” Kekerasan Dalam Sejarah”, hampir semua sultan Melaka mempunyai isteri dalam kalangan anak perempuan bendahara, termasuklah Sultan Iskandar, Sultan Muhammad Syah, Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah. Atas sebab inilah, perbuatan Bendahara Tun Mutahir telah berlawanan dengan amalan kebiasaan yang mana beliau seharusnya memaklumkan/mempersembahkan anak perempuannya, Tun Fatimah kepada Sultan Melaka terlebih dahulu. Kemuncak perselisihan antara Bendahara Wan Mutahir dengan Sultan Mahmud Shah berlaku akibat difitnah oleh Datuk Shahbandar Mandeliar, Si Kitol dan Laksamana Khoja Hassan. Apabila kedatangan Portugis ke Melaka dengan tujuan berdagang, mereka telah disambut baik oleh Bendahara dan ini tidak

Upload: chemalata05

Post on 12-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Document1

1.FAKTOR DALAMAN ( BERPALING TADAH)

Portugis sebenarnya dibantu oleh kerajaan-kerajaan kecil dari Siam, Jawa dan Sumatera yang tidak berpuas hati dengan Melaka dari dahulu lagi. Ditambah dengan askar upahan dari Goa, Siam dan Jawa serta bantuan pembelot dari dalam iaitu pedagang Jawa dan Cina, menambah kejayaan Portugis menawan Melaka. Siapa tidak kenal dengan pembelot Melaka, saudagar Jawa yang bernama Utimutiraja. Disebabkan rasa tidak puas hati dan inginkan emas dalam istana, dia mengarahkan hamba-hambanya yang seramai 5000 orang memihak kepada Portugis. Pendapat mengatakan Utimutiraja akhirnya dibunuh oleh Portugis kerana bimbang beliau akan belot kali ke-2.

Sultan Mahmud Shah juga tidak mementingkan kesejateraan rakyatnya. Semua perempuan cantik hendak dipunyainya.. Tun Fatimah, anak Bendahara Melaka yang cantik dicemburui sultan, telah berkahwin dengan Tun Ali. Akibat rasa cemburu dan tidak senang hati dengan tindakan Bendahara Tun Mutahir tidak mempersembahkan Tun Fatimah terlebih dahulu kepadanya, Sultan telah murka. Terlebih dahulu Datuk Mandeliar dan Si Kitol telah menghasut Sultan Mahmud Shah – masuk jarum.. Alahai sultan, mudahnya terpengaruh!!

Mengikut penulisan Kassim Ahmad tentang sejarah Melaka dalam buku ” Kekerasan Dalam Sejarah”, hampir semua sultan Melaka mempunyai isteri dalam kalangan anak perempuan bendahara, termasuklah Sultan Iskandar, Sultan Muhammad Syah, Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah. Atas sebab inilah, perbuatan Bendahara Tun Mutahir telah berlawanan dengan amalan kebiasaan yang mana beliau seharusnya memaklumkan/mempersembahkan anak perempuannya, Tun Fatimah kepada Sultan Melaka terlebih dahulu.

Kemuncak perselisihan antara Bendahara Wan Mutahir dengan Sultan Mahmud Shah berlaku akibat difitnah oleh Datuk Shahbandar Mandeliar, Si Kitol dan Laksamana Khoja Hassan. Apabila kedatangan Portugis ke Melaka dengan tujuan berdagang, mereka telah disambut baik oleh Bendahara dan ini tidak disenangi oleh Datuk Shahbandar Mandeliar. Mandeliar berjaya menyebar fitnah kononnya Bendahara Melaka mahu mengambil alih takhta Sultan Melaka dan menyebabkan Sultan Mahmud Shah tidak berfikir panjang dan mengutuskan Tun Sura membunuh Tun Mutahir sekeluarga kecuali Tun Fatimah dan Tun Hamzah (masih kecil).

Akibat dari perbalahan dalaman ini menyebabkan sebahagian pedagang-pedagang tidak puas hati dan marah. Keadaan Melaka bertambah kacau apabila Portugis datang buat kali ke-2 dan melancarkan perang ke atas Melaka. Kekalahan Melaka ditangan Portugis banyak disebabkan oleh faktor dalaman.

Akibat perbuatan Sultan, fitnah dan rasa iri hati serta tamak menonjolkan watak pelaku seperti Mandeliar, Si Kitol dan Utimutiraja sebagai pembelot.. Mereka inilah yang membantu Portugis masuk dari pintu belakang menyerang Melaka dan tidak dijangka oleh pengawal-pengawal kota Melaka. Ibarat gunting dalam lipatan, diam-diam ada musuh dikalangan kita!

Page 2: Document1

Rakyat berpecah belah dan tidak bersatu akibat kematian Tun Mutahir.

– Portugis dapat menawan Melaka setelah berjaya memusnahkan jambatan Sungai

Melaka.

– Si Kitol telah membocorkan rahsia penting tentang pertahanan Melaka kepada

Portugis.

1. Kedatangan Portugis(FAKTOR DALAMAN)1

Bangsa Portugis adalah satu bangsa Eropah yang giat merintis jalan ke Timurmelalui laluan laut setelah laluan darat dikuasai oleh orang Islam. Usaha inimenerima galakan daripada Putera Henrique, putera kerajaan Portugis.Bermula dengan misi pelayaran oleh Bartolomeu Dias yang berjaya belayarsehingga ke Tanjung Harapan di Afrika Selatan dari Eropah, bangsa Portugismengetahui bahawa terdapat jalan laut ke Timur tanpa melalui jalanperdagangan darat yang dikuasai oleh orang Islam seperti Laluan Rempahdan Laluan Sutera. Menyedari bahawa terdapat jalan laut ke Timur, misi pelayaran seterusnyadihantar oleh Raja Manuel I bagi merintis jalan ke Timur. Oleh itu, pelayarPortugis Vasco da Gama telah belayar mengikut laluan yang pernah dilaluiBartolomeu Dias dan akhirnya berjaya belayar sehingga ke Goa di India padatahun 1498. Kemudiannya, Portugis telah menduduki wilayah Goa di Indiabagi dijadikan pengkalan mereka di Timur. Semenjak itu, bangsa Portugistelah menyaksikan banyak pelayaran yang dibuat untuk menjelajah keseluruh dunia seperti Ferdinand Magellan yang menjadi pelayar pertamayang mengelilingi dunia, Christoper Colombus dan lain-lain. Setelah bertapak di Goa, pelayar-pelayar Portugis mula meneruskan hasratuntuk berlayar sehingga ke China dan hasilnya mereka telah menemuiMelaka yang menjadi antara pelabuhan yang tersibuk ketika itu. Akhirnya, satu misi perdagangan telah diketuai oleh Diego Lopez de Sequeiradengan lima buah kapal telah tiba di Melaka 11 September 1509 ketikazaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Kedatangan pedagang Portugis untuk berniaga di Melaka menjadikan merekapedagang Eropah pertama yang tiba di Melaka dan oleh itu mereka telahdigelar sebagai “Benggali Putih” oleh masyarakat tempatan.

Page 3: Document1

Menurut Andaya (1982),(terjemahan), “Abad ke 15 telahdikenali sebagaiAbad Penemuan Bangsa Portugis. Sebab utama pelayaran mereka keluar jauhdaripada sebuah kerajaan kecil milik mereka di Eropah hingga ke penghujungdunia adalah disebabkan pelbagai matlamat yang bercampur baur; pertamasemangat Perang Salib Anti-Muslim yang membara; mengumpul emas; bagimenyempurnakan impian dan hasrat paderi Kristian untuk menjadipemerintah kepada “Benua Hindi” dan keinginan untuk menguasaiperdagangan rempah di Asia”.

Berdasarkan faktor 3G iaitu “Gold,Gospel and Glory” itulah, bangsa Portugistelah belayar sehingga ke Timur iaitu bagi menguasai perdagangan di Asiaterutamanya perdagangan rempah yang dikuasai oleh umat Islam,meneruskan Perang Salib di Timur dan meluaskan kekuasaan Portugis kekawasan Benua Hindi (Asia). Oleh itu, apabila Lopez de Sequeira tiba di Melaka, beliau telahmempersembahkan hadiah berupa kalungan emas kepada Bendahara SeriMaharaja Tun Mutahir yang dikatakan hadiah daripada Raja Portugal sebagaitanda dan hasrat supaya membenarkan mereka berniaga di pelabuhanMelaka

Para saudagar India-Muslim dari Gujerat kemudiannya telah memaklumkankepada Bendahara mengenai hasrat tersembunyi orang Portugis yangsebenarnya tidak berniat untuk berdagang tetapi sebaliknya mempunyai niatdan agenda yang tidak baik dalam menjatuhkan kerajaan Islam di Timur. Halini kerana para pelayar Portugis telah menggunakan taktik yang sama di Indiasehinggalah mereka berjaya menduduki wilayah Goa dan menjadikannyasebagai pengkalan di sana. Bendahara yang termakan dengan aduan tersebut telah menangkap kesemuaanak kapal Portugis kecuali Lopez de Sequeira yang berjaya melarikan diri. Penangkapan tersebut telah menyebabkan Portugis berasa tercabar dantelah mengatur strategi bagi melepaskan semula anak-anak kapal mereka. Hasilnya, Portugis telah menyiapkan satu angkatan bersenjata ke Melakadengan diketuai oleh Wizurai Portugis di Goa iaitu Alfonso de Alburquequedengan dua puluh buah kapal termasuk kapal terbesar yangbernama Flor dela Mar .KESAN Sosial

Page 4: Document1

Dari segi sosial kejatuhan Melaka, masyarakat Melaka dilihat sangatterkejut dengan Melaka ke tangan Portugis. Oleh itu, kebanyakan rakyat Melaka yang setia telah bertindak berundurbersama-sama dengan Sultan Mahmud Syah, dan sebahagiannya pulamasih kekal berada di Melaka. Kejatuhan Melaka menyaksikan pengaruh agama Kristian telah muladibawa masuk ke kawasan Nusantara oleh mubaligh Kristian seperti St.Francis Xavier yang telah menjadikan Melaka sebagai markaz untukmenyebarkan Kristian di Timur. Walaupun Melaka dianggap sebagai markaz penyebaran Kristian di alamMelayu, pada hakikatnya agama Kristian gagal disebarkan secara meluaske Tanah Melayu kerana keteguhan orang-orang Melayu untuk kekalberagama Islam dan wujud kerajaan-kerajaan Islam di alam Melayu yangmenjadi pelindung kepada orang Melayu.

 Pun begitu, proses kristianisasi St Francis Xavier dilihat berjaya di wilayahKepulauan Indonesia seperti Ambon dan Flores sehingga sebahagianbesar masyarakatnya memeluk agama Kristian.