1a (autosaved).docx

7
1 1a. Apakah yang dimaksudkan dengan ontologi, epistemologi, dan aksiologi? Secara umumnya, ontologi boleh didefinisikan sebagai teori kewujudan atau “the science or study of being” (Crotty, 1998). Dalam erti kata lain, ontologi merupakan sebuah cabang dalam metateori yang menyentuh tentang bagaimanakah dunia ini dibina, adakah dunia yang sebenar/ ‘the real world ’wujud yang bebas dari pengetahuan kita (Poetschke, 2003). Cabang kedua dalam metateori ialah epistemologi, yang merupakan teori pengetahuan. Epistemologi, menurut Crotty (1998), melibatkan andaian-andaian mengenai kaedah-kaedah untuk memperoleh ilmu tentang dunia realiti, bagaimana apa yang wujud boleh diketahui, apa yang boleh diketahui dan apakah kritieria yang mesti dipenuhi supaya ia dapat diterangkan sebagai ilmu. Aksiologi ialah cabang ketiga dalam metateori yang menyentuh mengenai nilai. Firdaus (2005) menerangkan bahawa penyelidik menunjukkan sifat aksiologi mereka di mana mereka menyuarakan nilai-nilai mereka sebagai asas dalam membuat pertimbangan tentang apa penyelidikan yang dijalankan oleh mereka dan cara mereka melaksanakannya.

Upload: shush10

Post on 26-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

afq

TRANSCRIPT

Page 1: 1a (Autosaved).docx

1

1a. Apakah yang dimaksudkan dengan ontologi, epistemologi, dan aksiologi?

Secara umumnya, ontologi boleh didefinisikan sebagai teori kewujudan atau “the science or

study of being” (Crotty, 1998). Dalam erti kata lain, ontologi merupakan sebuah cabang dalam

metateori yang menyentuh tentang bagaimanakah dunia ini dibina, adakah dunia yang sebenar/

‘the real world ’wujud yang bebas dari pengetahuan kita (Poetschke, 2003).

Cabang kedua dalam metateori ialah epistemologi, yang merupakan teori pengetahuan.

Epistemologi, menurut Crotty (1998), melibatkan andaian-andaian mengenai kaedah-kaedah

untuk memperoleh ilmu tentang dunia realiti, bagaimana apa yang wujud boleh diketahui, apa

yang boleh diketahui dan apakah kritieria yang mesti dipenuhi supaya ia dapat diterangkan

sebagai ilmu.

Aksiologi ialah cabang ketiga dalam metateori yang menyentuh mengenai nilai. Firdaus

(2005) menerangkan bahawa penyelidik menunjukkan sifat aksiologi mereka di mana mereka

menyuarakan nilai-nilai mereka sebagai asas dalam membuat pertimbangan tentang apa

penyelidikan yang dijalankan oleh mereka dan cara mereka melaksanakannya.

b. Adakah kedudukan ontologi seseorang terikat dengan kedudukan-kedudukan pada

epistemologi dan aksiologinya? Bagaimanakah perkaitannya dan apakah implikasinya terhadap

pembangunan teori dan inkuiri kesarjanaan.

Pada pendapat saya, kedudukan ontologi seseorang sememangya terikat dengan kedudukan-

kedudukan pada epistemologi dan aksiologinya kerana menurut Firdaus (2005), konsep-konsep

ontologi, epistemologi dan aksiologi yang secara luarannya kelihatan selari adalah terletak di

bawah satu bumbung yang sama.

Firdaus (2005) menunjukkan hubungan ini dengan menyatakan sekiranya seseorang yang

mempunyai ontologi yang berdasarkan kepada kepercayaan bahawa terdapat kuasa luar yang

tidak dapat dikesan oleh deria-deria manusia, namun ia tetap boleh dijadikan sebagai sumber

Page 2: 1a (Autosaved).docx

2

ilmu yang penting; iaitu ilmu keagamaan/wahyu. Tambahnnya lagi, tanpa ontologi sebagai asas,

tanggapan epistemologi bahawa ilmu boleh diperolehi melalui wahyu akan kelihatan tidak logik.

Di samping itu, Firdaus (2005) mengatakan anggapan ontologi yang sama memberi

kredibiliti kepada kedudukan moral aksiologi berdasarkan satu set peraturan kerohanian bahawa

yang pendirian epistemologi yang sama di mana ia dipersembahkan sebagai ilmu wahyu.

Sekiranya, seseorang individu berpegang kepada kedudukan aksiologi yang sama tidak akan

membawa sebarang makna tanpa melayani tanggapan-tanggapan ontologi dan epistemologi.

2a. Apakah andaian-andaian metateoritis yang membezakan ahli teori kritis daripada ahli teori

kritis daripada ahli teori interpretivitis dan ahli teori pasca-positivis?

Ahli teori kritis adalah berbeza dengan ahli teori interpretivitis dan ahli teori pasca-positivis

dari segi ontologi, epistemologi, dan axiologi. Mengikut Scotland (2012), dari segi ontogi

pandangan ahli teori kritis adalah berdasarkan kepada realiti yang boleh difahami (historical

materialism). Realiti ini menurut Scotland (2012), datang daripada pelbagai faktor sejarah

(sosial, ekonomi, budaya dan jantina) yang secara tidak langsungnya menyumbang kepada

struktur-struktur yang terdiri daripada realiti maya. Tambah Scotland lagi (2001), terma realiti

maya ini digunakan di sini merujuk kepada ilusi realiti yang membataskan dan menghadkan

pemikiran kita. Oleh itu menurutnya, realiti ini perlu dicabar.

Berbeza dengan ahli teori kritis, Thomas (2010) menyatakan ahli teori interpretivitis

mempunyai pelbagai realiti yang boleh dikaji dan dibina melalui interaksi-interaksi manusia

dan tindakan-tindakan yang berguna. Pandangan ini disokong dengan pandangan interpretif

ontologi, Israel (t.t) yang melihat semua realiti sebagai realiti subjektif yang sukar difahami

dari perspektif ahli positivis.

Ahli teori pasca-positivis mempunyai pandangan yang berbeza dengan ahli teori kritis

dimana mereka dari aliran pemikiran pasca-positivis dipengaruhi dengan paradigma positivis

dalam usaha mencari ilmu, yang meletakkan penekanan yang banyak dalam metod saintifik

Page 3: 1a (Autosaved).docx

3

dalam mencipta dan menguji teori (Firdaus, 2005), kepercayaan terhadap kewujudan dunia yang

sebenar di luar sana, dan ia kenyataan sebab dan akibat (causal statement) boleh dibuat

(Scotland, 2012). Namun begitu, pada masa yang sama, golongan teorist ini mengiktiraf

kenyataan bahawa manusia tidak boleh memahami sepenuhnya tentang realiti. Hal ini kerana

terdapat struktur-struktur yang tidak dapat diperhatikan dan apa yang boleh diperhatikan

berkemungkinan memberikan maklumat fenomena/struktur serta implikasi-implikasinya.

Dari sudut epistemologi, ahli teori kritis berpegang kepada pendirian “critical-

emancipatory cognitive interests” (Miller 2002), di mana analisis kritis adalah penting untuk

mengenal pasti ketidakseimbangan dalam dunia sosial, melalui proses refleksi diri. Proses ini

melibatkan pengetahuan terhadap cara sejarah dan biografi mengekspresi diri dalam cara

seseorang individu melihat dirinya, peranannya dan espektasi (Habermas, 1971). Ilmu yang

diperoleh daripada analisis kritis ini membolehkan kepada transformasi perspektif atau

perubahan kesedaran diri.

Epistemologi ahli teori interpretivitis adalah berdasarkan pada pandangan social

constructionist yang menekankan bahawa budaya dan masyarakat kita memberikan kita alat-alat

kognitif untuk membina makna. Fahaman epistemologi ini menegaskan bahawa orang yang

berbeza tidak akan mempunyai makna yang sama, walaupun ia adalah berkaitan dengan

fenomena yang sama. Misalnya, amalan berhijab atau bertudung pada pandangan wanita Islam

adalah dianggap sebagai alat untuk mengekspresi kebebasan diri. Namun begitu, wanita dari

negara-negara Barat melihat amalan berhijab sebagai penindasan bagi kaum wanita (Nusrat,

2012).

Dalam epistemologi pasca- interpretivitis, terdapat penerimaan terhadap limitasi-limitasi

penyelidik dan kesedaran terhadap kesukaran untuk memisahkan penyelidik dengan subjek yang

dikajinya (Lor, 2010). Namun begitu, Lor (2010) mengatakan ahli-ahli teori pasca-

interpretivitis penekanan masih lagi memberikan penekanan terhadap penggunaan metod-metod

yang ketat dan seragam untuk mencegah ‘bias’ penyelidik atau nilai-nilai yang boleh

mempengaruhi keputusan kajian.

Page 4: 1a (Autosaved).docx

4

Nilai memainkan peranan yang penting bagi seorang ahli teori kritis, berdasarkan kedudukannya

yang ‘value-laden’ dalam kontinum aksiologi (Firdaus, 2005). Firdaus (2005) juga menyatakan,

nilai-nilai mesti dimasukkan dalam ilmu kesarjanaan kerana nilai-nilai bukan sahaja menentukan

‘apa’ dan ‘bagaimana’ dalam pembangunan teori, malah ia menjadi panduan untuk mengubah

masyarakat ke arah yang lebih baik (Miller, 2002).

Walaubagaimanapun, perkara ini adalah berbeza dengan ahli teori interpretivitis dan pasca-

positivis. Bagi ahli teori interpretivitis, ia adalah mustahil buat sesebuah penyelidikan untuk

menjadi bebas nilai. Kepentingan ini dapat dilihat dari segi kedudukan ‘value-bound’ dalam

kontinum aksiologi (Firdaus, 2005). Hal ini kerana semua hasil penyelidikan adalah dipengaruhi

oleh nilai-nilai dan teori-teori yang dibawa oleh penyelidik.

Bagi ahli teori pasca-positivis,Lor (2010) mengatakan mereka cuba mencapai aksiologi yang

bebas nilai. Namun begitu, ahli teori ini sedar dalam usaha memerhati dan mengkaji dunia sosial,

ia adalah sukar untuk memisahkan kenyataan bahawa elemen bias dan nilai-nilai peribadi akan

menjejaskan kerja mereka. Walaubagaimanapun, mereka senantiasa mencuba menjadikan

objektif sebagai panduan semasa menjalankan penyelidikan.

2b. Bagaimanakah pula konvergens berlaku antara ketiga-tiga perspektif tadi berdasarkan

andaian metateoritis?

Kon