document1a

6
1a. Huraikan maksud pendidikan Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah Negara.Pendidikan dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peningkatan ekonomi, budaya, politik, sosial, dan sebagainya. Dengan pendidikan kehidupan manusia bolehberubah dalam sekelip mata. Pendidikan juga merupakan asas penting kepada setiap individu. Pelbagai usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam sesebuah Negara bagimemastikan semua rakyatnya menerima pendidikan.Justeru itu, apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan? Perkataan pendidikanmempunyai tafsiran yang pelbagai dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dantugasnya. Di sini akan dihuraikan beberapa maksud pendidikan yang telah dikemukakan olehbeberapa ahli falsafah dan tokoh ilmuan dari Barat pandangan Barat dan Islam. Swift D.F di dalam bukunya Sociology of Education menghuraikan pendapat-pendapatyang dikemukakan oleh beberapa orang sarjana dan Ilmuan dari Barat berkenaan denganpendidikan. Antaranya ialah, Plato berpendapat, pendidikan ialah suatu proses untuk membentukindividu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikanialah member latihan moral kewarganaegaraan yang baik. Menurut Aristotle pula, pendidikan ialahilmu yang bersifat etikal dan politikal. Mengikut beliau,

Upload: nur-haswani-sufian

Post on 11-Jul-2016

226 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

rasa

TRANSCRIPT

Page 1: Document1a

1a. Huraikan maksud pendidikan

Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah Negara.Pendidikan

dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peningkatan ekonomi,

budaya, politik, sosial, dan sebagainya. Dengan pendidikan kehidupan manusia bolehberubah

dalam sekelip mata. Pendidikan juga merupakan asas penting kepada setiap individu. Pelbagai

usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam sesebuah Negara

bagimemastikan semua rakyatnya menerima pendidikan.Justeru itu, apakah yang dimaksudkan

dengan pendidikan? Perkataan pendidikanmempunyai tafsiran yang pelbagai dan sentiasa

berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dantugasnya. Di sini akan dihuraikan beberapa

maksud pendidikan yang telah dikemukakan olehbeberapa ahli falsafah dan tokoh ilmuan dari

Barat pandangan Barat dan Islam.

Swift D.F di dalam bukunya Sociology of Education menghuraikan pendapat-

pendapatyang dikemukakan oleh beberapa orang sarjana dan Ilmuan dari Barat berkenaan

denganpendidikan. Antaranya ialah, Plato berpendapat, pendidikan ialah suatu proses untuk

membentukindividu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan

pendidikanialah member latihan moral kewarganaegaraan yang baik. Menurut Aristotle pula,

pendidikan ialahilmu yang bersifat etikal dan politikal. Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah

memberikan setiapwarganegara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup.

John McDonald menghuraikan perbezaan pendidikan diantara masyarakat primitif

denganmasyarakat moden. Pengertian pendidikan dalam masyarakat primitif ialah latihan

vokasional danpelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang, dismapaikan melalui

tunjuk ajar dengansecara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa.

Manakala pengertianpendidikan bagi masyarakat moden pula merupakan latihan khusus

menguasai kemahiran danmemperolehi ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupan

disampaikan melalui pengajaransecara langsung daripada guru yang berilmu tinggi serta

mempunyai kemahiran mengajar.

Page 2: Document1a

John Dewey pula mengatakan bahawa pendidikan adalah satu proses perkembanganindividu.

Mengikut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untukmenambahkan

lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebihberguna dan

lebih selamat lagi.Atan Long pula di dalam bukunya bertajuk Psikologi Pendidikan

memuatkan di dalamnyabeberapa pandangan mengenai pendidikan yang telah dikemukakan oleh

beberapa sarjana dan ilmuan Islam. Antaranya ialah; Syed Muhammad Qutb menyatakan bahawa

pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Menurut

beliau, tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi

dan rohani manusia kearah tahao kesempurnaan.Amar al-Shaibani berpendapat pendidikan

adalah digunakan untuk melatih manusiamembuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat.

Menurut al-Ghazali pula, proses pendidikanhendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani

serta pembinaan akhlak yang mulia, berani danhormat - menghormati.

Firman Allah di dalam Surah Al-Alaq ayat 1 yang bermaksud : Bacalah!!! Dengan

NamaTuhanmu yang menjadikan ,

jelas menunjukkan betapa peri pentingnya pendidikan kepada setiapumat manusia dengan tidak

mengira jantina, agama, budaya, umur, keturunan dan sebagainya

Begitu juga dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : Menuntut ilmu itu wajib

bagibagi setiap lelaki dan perempuan

,

j

elas memberitahu kepada kita bahawa setiap orang tidak kiralelaki atau perempuan dikehendaki

menuntut ilmu atau dalam erti kata lainnya mempunyaipendidikan.

Sharifah Alwiyah Alsagoff menghuraikan di dalam bukunya Falsafah Pendidikan pengertian

pendidikan sebagai satu proses atau aktiviti yang berikut:-

y

Page 3: Document1a

Pendidikan sebagai proses persekolahan formal.

y

Pendidikan sebagai proses latihan.

y

Pendidikan sebagai proses perkembangan fizikal, intelek, social dan emosi seseorangindividu.

y

Pendidikan sebagai proses indoktrinasi dengan tujuan agar pelajar akan mempercayai apayang

disampaikan.

y

Pendidikan sebagai proses yang berterusan untuk kemajuan individu seumur hidup.

y

Pendidikan sebagai aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat seperti

memperolehikemahiran pengetahuan dan sikap dengan secara integrasi.

y

Pendidikan sebagai satu disiplin, seni dan sains.Mok Soon Sang di dalam bukunya Pendidikan

di Malaysia merumuskan bahawapendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha

untuk memperkembangkan fizikal, intelek,social dan emosi seseorang individu serta

menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan

Page 4: Document1a

pengalaman supaya dapat member kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam

kehidupannya,membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang lebih sihat bagi faedah

diri sendiri sertamasyarakat, bangsa dan negaranya.Menurut Anuar Ahmad (UKM), sesetengah

orang tidak dapat membezakan antarapendidikan asas dan pendidikan menengah. Pendidikan

asas adalah satu konsep yang besar danluas. Tanpa mengira usia atau ruang, pendidikan asas

boleh sahaja bermula sama ada di peringkatsekolah rendah, menengah, universiti atau usia tua.

Pendidikan asas yang dimaksudkan ialah satukomponen ilmu yang diberikan kepada individu

meliputi asas-asas kehidupan sama ada sebagaiseorang individu manusia atau sebagai ahli dalam

sesebuah Negara. Seringkali pendidikan asasdikaitkan dengan akronim 3M (membaca, menulis

dan mengira). Sebenarnya pendidikan asas jugameliputi soal pendidikan kesihatan dan penjagaan

diri, kemahiran komunikasi dan berinteraksi sertaberkaitan dengan pembangunan moral dan

agama.Kesimpulannya, pendidikan berupaya mengubah corak kehidupan seseorang ahli

dalamsesebuah Negara. Melalui pendidikan juga dapat membentuk masyarakat yang berakhlak

tinggi,berpengetahuan luas, bijaksana dalam membuat keputusan, dan tegas dalam

mengendalikan emosiseterusnya dapat memacu kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah

Negara.

R

u

j

ukan

Atan Long (1976-1978), Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala LumpurMok

Soon Sang (1991), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala

LumpurSharifah Al-sagoff (1985), Sosiologi Pendidikan, Heinmann(Malaysia) Sdn.Bhd.

Petaling Jaya

Swift, D.F (1969-1973), The Sociology of Education, Routledge & Keagan Paul, LondonPortal

Pendidikan Utusan,www.tutor.com.my