2 2patriotismemelaluisukan-130313103154-phpapp02-130325083439-phpapp01
TRANSCRIPT
PATRIOTISME
MELALUI SUKAN
AHLI KUMPULAN:
1. CHAN SIA NGIE
2. ERIC SIAH JUN FENG
3. KELVIN ONN CHYI ZHAO
4. LOOI HONG INN
5. NG ZI CONG
KONSEP/DEFINISI
PATRIOTISME
Patriotisme berasal daripada bahasa
Greek, iaitu patriotes
Maksudnya fellow countrymen, iaitu
rakan senegara dan patrice yang
bermakna fatherland atau country, iaitu
tanah air atau negara.
Patriotisme juga membawa erti fahaman
atau pegangan serta kepercayaan yang
menggabungkan individu, kelompok dan
wilayah di mana kelompok tersebut
menghuni.
Patriotisme melalui sukan bermaksud
perasaan cintakan negara melalui sukan
Atlet, pegawai dan organisasi merupakan duta
negara semasa terlibat dalam mana-mana
pertandingan peringkat antarabangsa.
Atlet, pegawai, penonton perlu
menghayati slogan-slogan atau lagu-lagu yang
boleh meningkatkan semangat cintakan negara
atau negeri melalui sukan.
Contoh slogan-slogan :
1. Agi Idup Agi Ngalaban (Sarawak),
2. Sabah Tatap (Sabah),
3. Kejor Yob Kejor (Perak),
4. Gomo Kelate Gomo(Kelantan),
5. Tranung Nellang (Terangganu),
6. Hoben Jang Hoben (Negeri Sembilan),
7. Pulun Kedah pulun (Kedah)
dan sebagainya
Lagu-lagu patriotik: Satu Malaysia, Kerana Mu,
Malaysia Boleh, Saya Anak Malaysia, Jalur
Gemilang dan sebagainya.
Menunjukkan semangat cintakan negara
dengan bertanding bersungguh-sungguh.
Tidak meletakkan insentif dan ganjaran sebagai
balasan kepada sumbangan dalam bidang yang
diceburi.
“Selain peperangan dan hari
kemerdekaan, sukan merupakan salah
satu cara yang paling berkesan untuk
kami membangkitkan semangat
patriotisme dalam kalangan generasi
muda.” Penjelasan salah seorang
pegawai kanan Kementerian Persamaan
Gender dan Keluarga, Korea Selatan.
“Misalnya, apabila ada perlawanan bola sepak
membabitkan skuad kebangsaan Korea, dapat
disaksikan generasi muda Korea dengan
bangganya mengibarkan bendera Korea,
mengecat muka mereka dengan bendera
Korea, malah menyanyikan lagu kebangsaan
Korea dengan penuh semangat,”
SUMBER: http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=1071
Bagaimanakah semangat patriotisme
dapat dipupuk melalui sukan?
Pengaplikasian disiplin
Kesejatian dalam sukan
Peraturan yang ditetapkan dalam sukan
Mempromosi permainan tradisional
Pengaplikasian disiplin
Pengaplikasian disiplin dalam permainan dansukan dapat membentuk generasi yang lebihberdaya tahan demi mencapai cita-cita negara.
Disiplin semasa kita memainkan suatupermainan atau melakukan aktiviti sukanmerupakan platform pembinaan jiwa yang tahanlasak dan cabaran.
Dengan cara ini, kita bukan sahaja bersemangatpatriotisme untuk membangunkan negara, malahbangsa dan imej nusa tercinta.
Kesejatian dalam sukan
Kesejatian dalam permainan dan sukan
diyakini dapat mendidik kita mengenal
pasti sebab kita memainkan suatu sukan
Contohnya, dalam sukan lari 4 X 100
meter, kita dapat memupuk semangat
bekerjasama bagai aur dengan tebing
untuk memenangi larian.
Kerjasama seperti ini perlulah kita amalkan
dalam kehidupan seharian sebagai bakal
pemimpin akan datang.
Setiap nilai murni yang kita pelajari dapat
mematangkan pemikiran sekali gus menjadikan
generasi muda sebagai golongan yang setia
akan negara dan bersedia untuk bersaing untuk
memartabatkan nama negara di setiap pelosok
negara.
Peraturan yang
ditetapkan dalam sukan
Setiap peraturan yang ditetapkan dalam sukandan permainan sebenarnya mempunyaihubungan yang rapat dengan norma kehidupankita.
Dengan mematuhi peraturan dalam sukan, kitajuga dapat mentaati tiang ketiga dan keempatRukun Negara, yakin “KeluhuranPerlembagaan” dan “Kedaulatan Undang-undang”.
Mempromosi permainan
tradisional
Mempromosikan permainan tradisional
membuat kita bangga sebagai rakyat Malaysia.
Contoh: sepak takraw dan sukan badminton
yang satu ketika dahulu dianggap permainan
kampung, kini permainan ini sudah menjadi
acara maslahat dalam Sukan SEA dan Sukan
Olimpik
Satu Belia
Kementerian Belia dan Sukan yang
memperkenalkan konsep "Satu Belia" bagi
membantu mempercepatkan proses pencapaian
gagasan Satu Malaysia dan begitu juga pihak
lain dengan idea masing-masing.
Secara umumnya, masyarakat lebih melihat
sukan sebagai pertandingan, riadah dan tidak
kurang yang menganggap sukan tertentu
sebagai 'milik' kaum tertentu. Namun persepsi
seperti itu perlu diubah.
Aspek yang perlu diperhalusi demimenjadikan sukan sebagai salah
satu mekanisme mencapaigagasan Satu Malaysia.
Pertama, menentukan sejauh manakah bidang
sukan di peringkat sekolah dan institusi
pengajian tinggi (IPT) mampu menyumbang
kepada gagasan Satu Malaysia.
◦ pelajar perlu dididik agar menghargai sukan
sebagai bidang untuk mencipta nama dan
menaikkan nama institusi. Pada masa yang
sama, ia perlu menjadi alat untuk berinteraksi,
menjalinkan perpaduan dan memperluaskan
pergaulan antara kaum.
Kedua, kita perlu berpegang kepada prinsip
sukan mampu meningkatkan semangat patriotik
rakyat. Oleh itu, perlu dilipat gandakan usaha
memajukan bidang sukan teras yang popular
contohnya bola sepak, hoki dan badminton.
◦ Pengalaman beberapa negara asing membuktikan
bahawa kejayaan di pentas sukan antarabangsa
mampu menyatupadukan rakyat tanpa mengira latar
belakang. Malaysia juga begitu. Semangat patriotik
rakyat tanpa mengira kaum dan agama jelas apabila
pasukan kita menentang pasukan luar. Ia merupakan
satu bentuk perpaduan yang nyata.
Ketiga, sukan massa yang telah diperkenalkan
kepada masyarakat sejak beberapa tahun lalu
perlu dilihat semula daripada segi
keberkesanannya untuk menjana semangat
'kebersamaan' di kalangan rakyat berbilang
kaum. Sukan massa atau "sukan untuk semua"
adalah kegiatan sukan untuk menggalakkan
penyertaan masyarakat setempat.
◦ Jadi bagaimana sukan massa mampu menyediakan
ruang dan peluang untuk anggota masyarakat
berkenalan, memahami budaya kaum lain, melahirkan
perasaan saling menghormati dan menghargai antara
satu sama lain perlu diperhalusi.
Keempat, gagasan menyatupadukan rakyatmelalui sukan sukar untuk dicapai jikakekurangan kemudahan sukan.
◦ Projek-projek prasarana sukan untuk kemudahanrakyat boleh diwujudkan dengan menggabungkansumber kewangan kerajaan, badan-badan korporatdan sumbangan rakyat. Kaedah ini diyakini dapatmengatasi kekurangan gelanggang badminton, padang bola sepak, gelanggang futsal, bola keranjangserta padang hoki. Jika aktor Shah Rukh Khan bolehmenyumbang kepada Yayasan Kebajikan AtletKebangsaan (YAKEB), saya percaya rakyat kita, terutamanya sektor korporat juga mampu berbuatdemikian.
PANDANGAN PAKAR SEJARAH
TEMPATAN TERHADAP PATRIOTISME
MELALUI SUKAN
Menurut pakar sejarah tempatan, Profesor
Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, bagi
membentuk semangat patriotisme, beliau
berpendapat sistem persekolahan adalah
saluran terbaik jika kita mahu melahirkan
generasi yang cintakan negara
Beliau berkata sukan membentuk kesedaran
dalam diri individu dan membangkitkan
semangat pertandingan yang boleh membawa
kepada interaksi sosial, menggalakkan
pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat
Sukan juga mewujudkan suasana yang kondusif
untuk pemupukan perhubungan komuniti yang
lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik di
negara ini
Ketika inilah mereka dapat melupakan
perbezaan etnik dan boleh bekerjasama sebagai
satu pasukan dengan satu azam
Semangat patriotik akan terpamer dalam usaha
atlet negara mencapai kecemerlangan di
peringkat tertinggi dan kecemerlangan tersebut
perlu dicapai dengan semangat kesukanan yang
tulen
SUMBER: http://www.hmetro.com.my/articles/Minda_Sukanpenyemaraksemangatpatriotik/Article