beberapa · 2 “ya awak! tekan tubi sepuluh kali!” gee tersentak. nampaknya dia seorang saja...

29
1 Dia... Aku Punya BEBERAPA tahun yang lalu... “Dari depan! Ke kanan... pusing!!!” Suara pelajar senior yang bertindak sebagai peneraju utama minggu orientasi itu bergema di dataran perhimpunan. Gee cuba mengikut arahan yang diberi. Kakinya dihentak dan dia memusingkan badan ke kiri. Matanya terbeliak apabila dia bertentang mata dengan teman sebilik yang masih belum dikenali. Keluhan berat kedengaran di telinga. Gee tersenyum kelat. Dia tahu natijah yang bakal menimpanya sebentar lagi. Bahkan mungkin keseluruhan kumpulannya. Wajahnya berona merah. Cepat-cepat dia membetulkan kedudukannya semula. “Awak!” Gee tunduk memandang jalan bertar. “Hei, awak yang bertudung hitam tu!” Matanya memandang teman di sebelah. Ada kerutan di wajah gadis yang bertubuh kecil itu. “Awak yang badan besar tu la!” Suara keras fasilitator itu mengheret berpasang- pasang mata ke arah Gee. Dia mengangkat muka dan memberanikan diri bertentang mata dengan lelaki itu. 1

Upload: others

Post on 16-Oct-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

1Dia... Aku Punya

BEBERAPA tahun yang lalu... “Dari depan! Ke kanan... pusing!!!”Suara pelajar senior yang bertindak sebagai

peneraju utama minggu orientasi itu bergema di dataran perhimpunan.

Gee cuba mengikut arahan yang diberi. Kakinya dihentak dan dia memusingkan badan ke kiri. Matanya terbeliak apabila dia bertentang mata dengan teman sebilik yang masih belum dikenali. Keluhan berat kedengaran di telinga. Gee tersenyum kelat. Dia tahu natijah yang bakal menimpanya sebentar lagi. Bahkan mungkin keseluruhan kumpulannya. Wajahnya berona merah. Cepat-cepat dia membetulkan kedudukannya semula.

“Awak!”Gee tunduk memandang jalan bertar. “Hei, awak yang bertudung hitam tu!”Matanya memandang teman di sebelah. Ada

kerutan di wajah gadis yang bertubuh kecil itu. “Awak yang badan besar tu la!”Suara keras fasilitator itu mengheret berpasang-

pasang mata ke arah Gee. Dia mengangkat muka dan memberanikan diri bertentang mata dengan lelaki itu.

1

Page 2: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

Izma Qahiera2

“Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!”Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja

yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan badannya. Peluh mula merembes dari setiap liang roma kulit. Nafasnya tercungap-cungap melunaskan denda. Bahang di wajahnya bercampur antara rasa panas mentari dan juga panas dalam hatinya. Minggu orientasi masih berbaki dua hari. Mampukah dia bertahan sehingga hari terakhir? Gara-gara saiz tubuhnya, dia menjadi perhatian sejak dari hari pertama minggu orientasi diadakan. Berbagai usikan dan gurauan sinis yang terpaksa ditelan dalam usaha menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat baru.

Wisel rehat ditiup oleh Zargus usai Gee melunaskan denda. Semua pelajar baru yang mengikuti program orientasi dibenarkan berehat buat seketika. Gee memencilkan dirinya di tepi padang. Aturan nafasnya masih mencungap. Habis diteguk air mineral di dalam botol. Dahaganya masih belum hilang. Tekaknya masih belum cukup basah. Dicampaknya botol yang sudah kosong dengan kasar.

“Hang okey tak Gee?”Dia menoleh ke kiri. Badan diengsotkan sedikit

memberi ruang kepada rakan sebilik yang cuba memenuhi ruang kosong di sebelahnya. Rahangnya bergerak-gerak. Tanda tidak selesa dengan kehadiran rakan yang masih belum dikenali itu. Dia mahu bersendirian. Gigil tangannya melakukan tekan tubi sebentar masih belum hilang. Tapi tidak tergamak pula dia menghalau. Gee mengangguk lemah. Dia menolak cermin mata yang melorot di batang hidungnya.

Page 3: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

3Dia... Aku Punya

“Panggil aku Lin.”Sebuah botol air mineral dihulur. Gee

memandang wajah Lin sekilas. Seulas senyum dihadiahkan kepada Lin.

“Aku Gee,” ujarnya.Botol mineral bertukar tangan. Pantas tangan

Gee memulas penutup botol. Setelah hampir separuh air di dalam botol itu habis diteguk Gee, barulah mereka berjabat tangan.

“Kau ambil kursus apa?”Gee cuba berbual dengan Lin dalam keadaan

santai. Walaupun penat akibat tenaga yang dikerah sebentar tadi masih belum hilang.

“Perakaunan. Hang?” “Aku ambil Kejuruteraan Awam.”Gee mengelap peluh yang membasahi dahinya.

Lin mengangguk faham dengan jawapan Gee. Keadaan sunyi seketika. Pandangan kedua-duanya dibuang ke tengah padang. Mata mereka tertumpu kepada seseorang. Gee kembali tunduk memandang jalan yang bertar. Tidak sanggup dia menyajikan pandangannya dengan wajah lelaki yang sering saja mencari kesalahannya itu. Entah apa yang menyebabkan lelaki itu benci kepadanya, dia sendiri pun tidak mengerti.

Walaupun memegang peranan sebagai seorang ketua, Zargus langsung tidak menunjukkan keperibadian yang sewajarnya. Dia dan beberapa orang rakannya memang sengaja mencari asbab untuk mengenakan Gee dan juga beberapa orang pelajar lain yang juga bersaiz ‘sedap’.

Page 4: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

Izma Qahiera4

“Aku geram betullah tengok senior yang suka buli hang tu!”

Tiba-tiba suara Lin meninggi. Gee menoleh ke arah Lin yang sudah menegakkan duduknya. Gee tersenyum sinis. Dia kembali meneguk air yang masih berbaki di dalam botol.

“Kalau geram pun bukannya kita boleh buat apa-apa. Kita ni kan orang baru, dia orang tu dah otai.”

Gee melepaskan satu keluhan berat sebaik saja menghabiskan kata-kata. Dikerlingnya sekilas pelajar senior yang sedang mereka perkatakan.

“Aku nak sangat tengok senior tu, apa nama dia? Haaa! Zargus! Huh! Nama dah macam robot, rasa macam nak cabut-cabut aje bulu hidung dia yang serabai tu!” Lin mula menceceh. Gee ketawa mendengar loghat utara Lin.

“Gee, kan baguih kalau hang dapat kenakan dia sekali,” ujar Lin lagi sambil menepuk bahu Gee. Suaranya terlalu dekat dengan telinga Gee.

“Nak kenakan dia macam mana?” tanya Gee. “Nanti tak pasal-pasal kena denda lagi,” sambungnya sambil mengemaskan ikatan tali kasut.

“Ala, hang ni penakutlah! Aku geram tengok orang duk perlekeh pasal fizikal hang ni. Walaupun badan hang besaq, tak bermakna dia boleh ejek ikut suka tok dia aja.”

Provokasi yang cuba dilakukan oleh Lin berjaya memancing perhatian Gee. Tajam pandangannya melihat Zargus di tengah padang.

“Kau nak aku buat macam mana?” tanya Gee.

Page 5: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

5Dia... Aku Punya

“Buatlah apa pun, janji jangan kantoi. Tak pun hang buat macam ni.”

Lin menarik lembut cuping telinga Gee rapat ke bibirnya. Bisikan Lin di telinga Gee membibitkan senyum lebar di bibir gadis itu. Kenyitan mata Lin menambahkan lagi kenakalan gadis itu. Mereka berpandangan buat beberapa ketika. Sejurus kemudian, tawa mereka berhamburan. Gee menepuk lembut bahu Lin. Baru sahaja beberapa ketika mengenali gadis utara itu namun keserasian antara mereka sudah mula dirasai.

Prittt!!!Bunyi wisel menandakan waktu rehat sudah

berakhir. Lin bingkas bangun menyapu punggung. Dia menghulur tangan kepada Gee dan membantu gadis itu untuk bangun seiring dengannya. Namun kapasiti berat Gee tidak mampu ditanggung oleh Lin. Hampir saja dia terjatuh ketika ditarik oleh Gee. Tawa mereka terburai lagi.

“Cepat berbaris, nanti kena denda lagi. Hang faham-faham ajelah perangai ‘abang sayang’ hang tu kan?” ejek Lin.

Gee menjuih bibir. Geli telinganya mendengar Lin menggelar Zargus dengan gelaran itu. Dengan susah payah, dia melonjak punggung lebarnya untuk bangun. Lenguh segala sendi badannya. Langkahnya longlai menuju ke tengah padang. Lin sudah pun mendahului Gee berlari-lari anak ke tengah padang. Kudratnya dikerah untuk melajukan momentum langkahnya. Dia berjaya mendekati Lin. Jantungnya kembali mengepam darah dengan laju. Ternganga mulut Gee memaksa oksigen masuk ke ruang peparunya menggantikan

Page 6: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

Izma Qahiera6

karbon dioksida yang berlumba-lumba keluar. “Lin!” panggil Gee apabila dia berjaya

menyaingi gadis dari utara itu. Lin menoleh ke belakang dan menunggu apa yang hendak diperkatakan oleh Gee.

“Terima kasih dan selamat berkenalan.”Gee memberi tabik hormat kepada Lin. Ketawa

mereka berderai lagi. Lin memaut bahu Gee. Nampaknya mereka mudah mesra. Keserasian mula terasa. Maka bermulalah hubungan akrab dua orang gadis yang berasal dari utara dan selatan negara.

AWAL pagi pada hari terakhir minggu orientasi...

Pelajar-pelajar baru sudah berkumpul untuk senaman pagi. Gee menguap kecil. Cermin mata berbingkai hitam dibetulkan letaknya di atas batang hidung. Berbalam-balam pandangannya memerhatikan beberapa orang pelajar-pelajar senior yang menuruni tangga. Mata Gee tidak lepas daripada kumpulan senior yang semakin mendekat.

Deria penglihatannya tidak lama di situ. Perhatiannya pegun kepada seorang senior yang berjalan berseorangan di barisan yang paling belakang. Walaupun mentari belum menampakkan sinar namun mata Gee masih dapat melihat riak wajah lelaki berbadan tegap yang bernama Zargus itu. Sembari awal minggu orientasi, Zargus tak pernah culas walaupun sehari mengenakan denda ke atas Gee. Ada saja salah

Page 7: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

7Dia... Aku Punya

Gee yang kelihatan di matanya. Gee mengetap bibir lalu melepaskan dengusan nafas yang agak kuat.

Kalau hari ni aku kena denda lagi, aku akan kenakan dia pula.

Gee menyimpul senyum nakal seiring dengan fikirannya. Senaman pagi dimulakan dengan pemanasan badan. Bermacam-macam gaya diajar oleh Zargus. Rakan-rakannya turut menyertai. Daripada pergerakan setempat, Zargus mengarahkan mereka untuk berlari mengelilingi padang bola sebanyak tiga pusingan.

Gee paling benci aktiviti yang melibatkan larian. Jika ada, Gee sangat pasti dialah yang akan menjadi orang yang terakhir menyudahkannya. Pasti dia akan tertinggal lagi seperti hari-hari sebelumnya. Dia melihat seorang demi seorang rakan-rakannya sudah memulakan larian. Gee masih tercegat. Kakinya masih melekat di trek balapan.

“Kenapa tak lari? Awak nak saya denda awak ke?!”

Tempikan Zargus bagai menyentap tangkai jantung Gee. Dia cuba melawan pandangan Zargus. Bibirnya diketap kuat. Renungan tajam Zargus yang beralis lebat itu langsung tidak menggerunkannya.

“Apa pandang lagi? Larilah! Biar terbakar semua lemak dalam badan tu!”

Zargus menghadiahkan senyum sinis kepada Gee. Muka Gee berbahang. Terasa maruahnya berada di hujung kaki lelaki itu. Dia menggenggam jemarinya sekuat hati. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menampar mulut celopar lelaki yang berkulit hitam manis itu. Namun dia masih belum cukup kuat untuk

Page 8: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

Izma Qahiera8

melampiaskan amarahnya secara terang-terangan. Gee teragak-agak untuk memulakan langkah. Zargus semakin mendekati dengan kedua-dua belah tangannya mencekak pinggang.

”Jom! Lari dengan aku.”Tiba-tiba Lin muncul. Dia sudah pun

menyudahkan pusingan pertamanya. Segera ditariknya lengan Gee. Mereka memulakan larian. Berjalan laju sebenarnya. Lin memperlahankan larian untuk menyaingi langkah Gee.

“Terima kasih, Lin. Nasib baik aku tak kena denda lagi hari ni.”

Gee tercungap-cungap menghabiskan kata. Lin tidak menjawab. Mukanya kelihatan selamba. Dia menoleh sekilas kepada Gee. Tiada senyuman di wajahnya. Menyaksikan Gee dibuli oleh Zargus menerbitkan rasa simpati dalam diri Lin. Namun perasaan marah dan ingin membalas dendam lebih tebal daripada rasa kasihan kepada gadis bersaiz XXXL itu.

“Hang ingat tak apa aku cakap semalam?” Suara Lin kedengaran agak keras. Momentum

langkahnya masih seperti tadi. Gee memandang Lin. Tapi hanya sebentar. Dia menanggalkan cermin matanya yang kabur dan dilap menggunakan hujung tudung. Sebaik saja cermin mata terletak semula di atas batang hidung, dia mencari semula wajah Lin.

“Ingat, jangan biarkan diri kita menjadi bahan gurauan,” kata Gee.

“Bukan yang itu!”Lin melihat wajah Gee sekilas. Ayunan kakinya

Page 9: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

9Dia... Aku Punya

masih diteruskan. Gee memerah otaknya untuk mengingat semula kata-kata Lin semalam. Terangkat keningnya memandang Lin. Kotak memorinya tidak berjaya mengingat semula kata-kata hikmat rakan sebiliknya itu.

“Hisy! Hang ni slow la! Aku teringin sangat tengok hang kenakan dia pula. Tapi jangan lebih-lebih. Berpada-padalah.”

Lin melajukan langkahnya meninggalkan Gee di belakang. Lin mengangkat tangannya seraya mula memecut. Gee sudah ketinggalan jauh. Gee berhenti sebentar melihat ayunan larian Lin yang semakin laju. Namun tidak lama. Dia memacu langkahnya semula tatkala melihat Zargus mula menghampiri. Belum pun sampai separuh pusingan padang, Gee mula merealisasikan rancangannya.

“Aduh!”Gee membongkok memegang pergelangan

kaki. Serentak dengan itu punggungnya terhenyak di atas rumput yang masih basah. Tangannya memegang bahagian kakinya yang sakit. Mukanya berkerut. Tergambar kesakitan yang amat sangat di wajahnya. Jeritan Gee didengari beberapa orang pelajar senior yang berdiri di tepi padang. Mereka berkejar mendapatkan Gee yang sudah terduduk mengerang kesakitan.

“Kaki awak kejang ke?” tanya salah seorang daripada mereka.

Gee tak mampu menjawab. Dia cuma mengangguk laju. Erangannya semakin keras. Rakan-rakan freshies mula mengerumuni Gee.

“Gee, hang kenapa ni?”

Page 10: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

Izma Qahiera10

Lin kekagetan melihat Gee yang sudah terbaring di atas rumput. Segera dia memangku kepala Gee.

“Kaki aku, Lin! Tolong!”Gee mengerang lagi. Terpejam matanya

menahan kesakitan yang amat sangat. Mulutnya tak henti-henti memohon pertolongan daripada Lin. Sengaja dia mengguling-gulingkan badannya untuk menampakkan lagi derita sakit yang sedang ditanggung tika itu.

“Kenapa kaki hang, Gee? Patah? Terseliuh? Hei! Tak ada ke yang tahu pertolongan cemas kat sini?! Cepatlah tolong dia!”

Lin mengecohkan suasana pagi itu dengan jeritan cemasnya. Beberapa orang freshie cuba menghulurkan bantuan namun Gee langsung tidak membenarkan sesiapa pun menyentuh kakinya. Erangannya bertambah kuat. Wajahnya berona merah. Dalam masa yang yang sama, matanya melilau mencari seseorang yang bakal menjadi sasarannya sebentar nanti.

“Pergi ambil pengusung.”Orang yang ditunggu telah tiba. Bagai semut

yang menghurung gula, dititiskan air. Semua yang mengerumuni Gee memberi ruang kepada Zargus. Cuma Lin saja yang masih memangku kepala Gee. Pandangan Lin dan Gee bersabung seketika. Lin mengenyit mata. Gee cuba mengawal tawa.

Zargus mencangkung di hujung kaki Gee. Dia cuba memegang pergelangan kaki Gee yang masih berkasut. Namun usahanya gagal dek jeritan Gee yang kononnya menanggung kesakitan yang amat sangat.

Page 11: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

11Dia... Aku Punya

Beberapa minit kemudian, pengusung yang diminta oleh Zargus tiba bersama lima lagi rakan-rakan seniornya. Setelah bersusah payah, akhirnya Gee berjaya naik ke atas pengusung. Enam orang tenaga lelaki digunakan untuk mengangkat Gee. Gee menutup mukanya dengan baju panas. Menahan rasa lucu dalam hati. Yang sakit cuma kaki. Tetapi dia dilayan seolah-olah mengalami kecederaan yang serius.

Jelas kedengaran helaan nafas-nafas yang mencungap di telinga Gee. Dia melihat Zargus di sebelah kiri pengusung. Timbul urat-urat lengan lelaki itu menampung berat badan Gee. Kepalanya dialihkan perlahan ke sebelah kanan. Keadaannya tidak ada bezanya dengan Zargus. Peluh membasahi muka masing-masing.

Hmmm... Enam hari kau orang buli aku, sekarang giliran aku pula buli kau berenam. Padan muka! Gee ketawa dalam hati. Nafas masing-masing dah macam kerbau kena sembelih. Di sebalik baju panas, Gee tersenyum puas. Lin yang masih setia mengiringinya juga sedang menahan ketawa.

Sebaik sahaja pengusung mendarat di tepi padang, Lin cuba membantu Gee untuk bangun. Namun setakat manalah kudratnya yang bertubuh kurus melidi itu untuk mengangkat badan Gee yang dua kali ganda lebih besar daripadanya.

“Abang Zargus, tolong dudukkan dia atas kerusi. Saya boleh urutkan kaki dia,” arah Lin selamba.

Gee tersentak. Dia tidak rela tubuhnya disentuh oleh lelaki berhati Zionis itu.

“Errr, tak apa. Saya boleh bangun sendiri.”

Page 12: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

Izma Qahiera12

Terkial-kial Gee menegakkan tubuh. Duduknya kelihatan tidak selesa kerana dihadang oleh perutnya yang buncit. Dalam keadaan kaki yang kononnya sedang sakit itu, mana mungkin dia akan bangun seperti orang sihat.

Kedua-dua belah lengan Gee tiba-tiba dipaut. Tidak sempat berbuat apa-apa, Gee terasa badannya diangkat. Gee menoleh untuk melihat siapakah yang sangat gagah berjaya mengangkatnya. Zargus! Gee mengilas badan untuk meleraikan pegangan tangan lelaki itu. Tapi dia masih belum berdiri dengan stabil. Keadaan agak kelam-kabut. Gee terduduk semula.

“Argh!!!”Itu bukan jeritan Gee. Beberapa pasang mata

fasilitator kelihatan mencerlang. Ada yang menutup mulut. Gee sempat melihat muka Zargus sebelum dia bingkas mengalihkan punggungnya yang terhenyak di atas perut lelaki itu. Lin ialah orang pertama yang dicari.

“Kau okey tak, Zargus?” tanya Meah, rakan lelaki itu.

Giliran Zargus pula dikerumuni teman-temannya. Kedua-dua lututnya dirapatkan ke dada untuk meredakan senak. Mereka lupa tentang Gee. Hanya Lin saja yang duduk di sebelah Gee. Tapi tidak lama. Dia mengajak Gee beredar dari situ. Apabila jarak mereka sudah jauh, Lin menghamburkan tawanya.

“Hahaha! Dah macam WWF aku tengok!Terhenjut-henjut tubuh kecil Lin menahan

tawanya. Gee hanya tersengih. Antara lucu dan rasa bersalah. Dia menoleh ke belakang. Pantas dia melarikan pandangannya apabila penglihatannya tersabung

Page 13: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

13Dia... Aku Punya

dengan mata Zargus. “Lin, aku rasa Zargus tahulah aku main-

mainkan dia tadi. Dia tengah pandang aku tu.”Ada getaran pada suara Gee. Wajahnya

menunjukkan riak risau. Lin menoleh untuk mengesahkan kata-kata Gee.

“Biaq pi la kat dia! Hang jangan takut, Gee. Kalau dia buat yang pelik-pelik kat hang, aku repot kat pihak universiti nanti.”

Lin menepuk dadanya memberi semangat kepada Gee. Senyum kelat tersungging di bibir Gee. Walaupun risau, hatinya puas kerana sudah berjaya memperbodohkan Zargus dan rakan-rakannya.

TENGAH HARI ITU, Gee menjadi sasaran renungan Zargus. Ke mana saja dia pergi, Zargus akan memerhatikannya. Tetapi tingkah laku lelaki yang memegang jawatan Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar itu tidak disedari Gee.

“Marilah duduk sekali dengan kita orang,” pelawa Salimah, pelajar dari Muar. Dia juga merupakan rakan yang tinggal sebilik dengan Gee.

Gee mengemaskan silanya lalu membuka kotak makanan. Walaupun tidak selesa duduk di dalam keadaan begitu, demi menjaga hati rakan-rakan yang baru dikenali, Gee sedaya upaya menyesuaikan dirinya.

“Kaki awak dah baik ke, Gee?”Gee tersentak dengan soalan Salimah. Namun

Page 14: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

Izma Qahiera14

Gee cuba berlagak tenang. Tiada siapa yang perlu tahu rahsianya. Kecuali Lin. Sebelum dia menjawab soalan Salimah, dia mengerling Lin yang sedang berbual dengan seseorang yang tidak jauh situ.

“Dah, kejang aje tadi.”Pendek saja jawapan Gee lalu terus memulakan

suapan. Cuaca terik di tengah hari itu langsung tidak berjaya mengekang seleranya untuk menikmati sajian yang disediakan oleh pihak urus setia. Gee menyuap makanan ke mulutnya dengan penuh berselera.

“Teruk betul Zargus tu kan? Kesian awak, hari-hari kena denda. Tapi hari ni dia pula yang kena dengan awak. Nasib baik dia tak mati sesak nafas tadi.”

Kata-kata Zamrah menyekat makanan di rengkung Gee. Dia memandang gadis yang hampir sama saiz dengannya itu. Cuma ketinggiannya lebih sedikit daripada Gee.

“Kau orang nampak ke?”Gee bertanya sebaik saja berjaya menelan

makanan di rengkung. Dipandangnya wajah rakan-rakannya seorang demi seorang.

“Mestilah nampak. Sampai sakit perut kita orang gelakkan dia!”

Mengekek pula suara Ita ketawa dengan mulutnya yang penuh. Tawanya disertai yang lain. Gee turut tercuit dengan imbasan peristiwa pagi tadi.

Sambil menyumbat isi di dalam bekas makanan ke mulut, mereka rancak berbual. Lin juga menyertai kumpulan mereka. Sesekali tawa mereka memancing tumpuan kumpulan pelajar-pelajar lain yang berada di

Page 15: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

15Dia... Aku Punya

situ. Kesempatan yang ada tika itu digunakan sewajarnya oleh mereka untuk berkenalan lebih rapat antara satu sama lain. Beberapa meter dari tempat mereka, kelihatan seseorang yang sedang merenung tajam kepada Gee.

Berbara rasa hatinya kerana dipermainkan oleh gadis itu. Kali pertama dia terpandang gadis itu, hatinya dihembus dengan satu perasaan. Bukan suka, tetapi rasa jijik, meluat, menyampah dan sakit hati. Entah kenapa dirasakan aura gadis itu langsung tidak menarik perhatiannya. Semakin menggelegak darahnya apabila melihat tawa gadis itu. Tanpa teragak-agak, dia mengatur langkah menuju ke arah kumpulan pelajar-pelajar baru itu.

“Awak tipu saya tadi kan?!”Tanpa memberi salam, Zargus menyergah. Gee,

Zamrah, Ita, Salimah dan Lin menghentikan suapan. Hilang terus ilai tawa mereka sebentar tadi. Kesemuanya mendongak tetapi dengan pantas menundukkan semula pandangan mereka. Kunyahan mereka sudah tidak selaju tadi. Detak jantung Gee terhenti seketika. Dia memaksa tekaknya menelan baki makanan yang masih berada di mulut.

“Hei, pekak ke?!”Zargus menyergah lagi. Suaranya yang memetir

mengejutkan Gee dan rakan-rakannya. “Tak payahlah sergah-sergah bang, kita orang

bukan budak-budak.”Zamrah menegakkan badannya. Matanya tepat

memandang mata Zargus yang membulat. “Aku tak cakap dengan kau. Aku cakap dengan

Page 16: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

Izma Qahiera16

budak gemuk ni.”Suaranya merendah tapi masih keras. Gee

mengetap bibir. Dia memandang Salimah yang duduk berhadapan dengannya. Senyuman hambar dihadiahkan kepada Salimah. Gee masih senyap. Menahan rasa malu yang bertandang untuk kesekian kali. Zamrah yang duduk di sebelahnya dikerling sekilas. Tangannya menutup kotak makanan yang sudah kosong.

“Aku tahu kau pura-pura sakit tadi kan? Kau ingat aku bodoh ke?” tanya Zargus. Dia masih berdiri di belakang Gee. Kekerasan suaranya masih belum kendur.

“Bila masa pula saya tipu? Betullah kaki saya kejang tadi. Lin pun tahu. Dia yang urut kaki saya tadi,” ujar Gee membela diri. Tetapi masih belum berani menentang pandangan mata Zargus.

“Ha! Betullah kaki dia kejang. Saya yang urut kaki dia tadi. Nak harap abang-abang dan kakak-kakak senior, alamatnya masuk anginlah kaki Gee ni,” jawab Lin juga turut mempertahankan Gee.

Zargus mendengus kasar. Dia meraup muka bagi meredakan amarah. Sakit benar hatinya melihat wajah Gee yang langsung tidak menunjukkan rasa bersalah.

“Habis, yang kau tergelak-gelak tu kenapa? Kau gelakkan aku kan?!” jerkahnya. Zargus bercekak pinggang. Seorang demi seorang ditenungnya tanpa berkelip.

“Allah! Saya tak tahu pula sepanjang orientasi ni tak dibenarkan ketawa,” jawab Gee sengaja mengacah kemarahan Zargus.

Salimah menutup mulutnya menahan tawa.

Page 17: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

17Dia... Aku Punya

Bergerak-gerak rahang lelaki tinggi lampai itu menahan marah.

“Kita orang bukan ketawakan abang. Yang abang ni perasan kenapa? Tapi kalau kita orang nak ketawa sekali pun, apa hak abang nak halang?” Zamrah menyampuk lagi.

Keadaan semakin tegang. Ita mengerling tangan Zargus yang menggigil. Dia mencuit Salimah. Kecut perutnya melihat muka lelaki itu merah padam.

“Jom kita pergi solat, nanti habis waktu rehat kita. Takut kena denda pula nanti.”

Walaupun perlahan, suara Lin mendesingkan lagi pendengaran Zargus. Gadis kecil molek itu bangun diikuti yang lain.

“Tepi sikit, saya nak bangun. Buatnya saya terjatuh lagi, awak juga yang kena himpit nanti.”

Gee melonjakkan badannya. Zargus mengundur sedikit. Matanya memerhatikan Gee yang mengibas-ngibas punggung. Tanpa memandang, Gee meninggalkan Zargus.

“Aku belum habis lagi dengan kau!”Zargus menjerit. Langkah Gee terhenti. Lin

yang turut berada di sebelah Gee juga mematikan langkah. Dia memaut erat tangan Gee.

“Jangan takut Gee, lawan.” Suara Lin kedengaran berbisik.

Sebaik saja berpaling, Zargus sudah berada di sebelah mereka. Tiada senyuman di wajah lelaki itu.

“Awak nak apa lagi ni? Nak denda saya? Apa kesalahan yang saya buat?”

Page 18: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

Izma Qahiera18

Sengaja Gee meleretkan suaranya. Sebelah tangannya memayung hujung kepala dari terik mentari.

“Betul kan kau tipu aku tadi?” Zargus mengulang soalannya.

Gee menggeleng-gelengkan kepalanya. “Awak ni tengah marah. Syaitan suka orang

yang tengah marah ni. Apa kata awak ambil wuduk dan imamkan kami pelajar-pelajar baru ni? Bukan setakat dapat pahala, syaitan pun lari.”

Zargus ditinggalkan sebaik sahaja menghabiskan ayat.

“Hoi! Mari sini! Aku belum habis cakaplah... Hoi!”

Jeritan Zargus mengundang perhatian yang lain. Tapi Gee tetap meneruskan langkahnya menuju ke musollah.

Page 19: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

19Dia... Aku Punya

BEBERAPA tahun kemudian... Gee membetulkan kerongsang yang tersemat di

tudung sebelah kiri. Olesan pemerah pipi disapu ala kadar. Bibirnya diserikan dengan gincu berwarna merah jambu. Dia tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih. Tindihan giginya di sebelah kanan menambah kemanisan wajahnya yang berisi.

Tubuhnya masih seperti beberapa tahun yang lalu. Masih tiada perubahan. Masih tembam dan montel. Namun dia senang dengan keadaan itu. Digayakan tubuh gempalnya di hadapan cermin. Baju kurung longgar yang membaluti tubuhnya ditilik beberapa kali. Dia puas hati dengan penampilannya hari itu.

“Setiap pagi, ciumlah diri sendiri sebagai tanda anda berbangga menjadi diri anda sendiri.”

Ungkapan pakar motivasi negara, Dato Haji Fadzilah Kamsah melintas di ruang minda. Gee meletakkan kelima-lima jarinya ke bibir lalu dihembuskan ke arah cermin. Lagaknya seperti mengirimkan ciuman kepada sang kekasih.

“Aku bangga menjadi Razita Binti Raziff! Ummmuah!”

Gee mencium hujung lengannya sendiri dengan penuh perasaan. Kedua-dua belah tapak tangannya

2

Page 20: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

Izma Qahiera20

melekap pada pipinya yang gebu. Dia tersenyum lagi. “Oi! Ni apa hal pula cium diri sendiri ni?

Beranganlah tu.”Lin, rakan serumah merangkap teman

sekerjanya tiba-tiba menerjah masuk ke dalam kamar Gee.

“Kusss semangat! Kau ni tak reti nak ketuk pintu eh? Nasib baik aku tak bogel tau?”

Gee mengurut dada. Dia melihat lagi sekilas wajahnya di pantulan cermin almari soleknya sebelum beredar keluar bersama Lin.

”Punya lama aku tunggu hang. Cepatlah, nanti susah dapat parking.”

Lin terburu-buru meneguk minumannya. Gee menarik kerusi di meja makan dan duduk mengadap minumannya yang masih berasap.

“Laaa! Awat duduk lagi ni? Cepatlah!”Lin bercekak pinggang. Berkerut keningnya

melihat Gee yang meneguk minuman dengan tenang. “Relakslah Lin, banyak masa lagi. Kalau kau

nak cepat, kau pergi dulu. Aku boleh drive sendiri.”Gee mengerling Lin yang turut menarik kerusi

di hadapannya. “Dok aih, bukan lagu tu.” Suara Lin mengendur.

Dia memang tidak suka memandu ke tempat kerja. Lin lebih selesa menumpang kereta Gee kerana tidak betah menempuh kesesakan jalan raya di kota besar itu.

“Kalau kau nak tumpang aku, duduk situ diam-diam, jangan banyak songeh!”

Page 21: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

21Dia... Aku Punya

Gee tersenyum lebar melihat Lin menjuihkan bibir.

Sudah dua tahun mereka menjadi rakan serumah. Empat tahun sebelumnya, mereka pernah menjadi rakan seuniversiti, rakan sekuliah dan juga rakan sebilik. Gee mengenali gadis dari utara itu ketika sesi orientasi. Keramahan gadis itu mewujudkan satu keserasian antara mereka.

“Hoi! Ni awat senyum sumbing sorang-sorang ni? Hang jangan buat lagu tu, Gee. Seram aku aih, Hang mimpi apa malam tadi ni ha?” Suara nyaring Lin mengembalikan Gee ke alam realiti.

“Tak sangka kan, Lin? Diam tak diam, dah enam tahun kita berkawan. Teringat masa mula-mula kita kenal dulu,” ujar Gee sambil tersenyum nipis. Dia membersihkan bekas gincu yang melekat di muk.

“Adoi, pagi-pagi hari dia buat drama flashback pula dah! Hang ni macam-macamlah, Gee,” ujar Lin sambil menepuk dahi. Dia terdiam seketika sebelum menyambung, “Gee, bila hang cakap dah enam tahun kita berkawan, terasa pula yang kita ni makin tua kan?”

“Hei, aku muda lagi tau, yang tua tu kau!”Gee ketawa sambil menghabiskan baki

minumannya. Dia bangun menuju ke dapur membawa bekas minumannya yang sudah kosong. Langkahnya dituruti Lin.

“Gee, petang nanti kita pi jalan-jalan nak tak? Dah lama tak cuci mata,” usul Lin sambil mencuci cawan di singki.

Gee hanya mengangguk sambil mengelap tangan yang basah.

Page 22: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

Izma Qahiera22

“Okey. Nanti kau senaraikan barang-barang dapur yang dah habis. Lepas tu nanti ingatkan aku, kita pergi kedai buku. Aku pun dah lama tak cari novel baru.” Gee mengingatkan Lin.

Sang suria masih belum menjengukkan diri sewaktu Lin dan Gee bergerak ke tempat kerja. Namun di jalan raya sudah banyak kenderaan yang sedang menghala ke destinasi masing-masing. Gee memandu dengan tenang sementara Lin sibuk mencari siaran radio kegemaran mereka.

Perjalanan ke tempat kerja mengambil masa 15 minit sahaja. Mereka lebih suka sampai awal. Lebih-lebih lagi Lin. Bolehlah dia bersarapan dengan buah hatinya yang juga bertugas di tempat yang sama.

“Lin, besok aku dah mula kelas aerobik dengan Madam Meg. Kau nak join tak?” tanya Gee.

Lin tidak menjawab. Gee mengerling Lin sekilas. Dia tahu Lin sedang merenungnya.

“Hoi, aku tanya ni. Kau nak join tak? Kalau nak, boleh pergi sekali dengan aku.” Gee mengulang soalannya sambil menepuk paha Lin yang masih merenungnya tanpa senyuman.

“Kali ni berapa lama pula? Kita ni dah sibuk dengan kerja. Hang nak tambahkan lagi dengan kelas aerobik pula. Kalau hang pi beli CD aerobik kat kedai, lepas tu buat sendiri kat rumah kan baguih. Tak payah membazir duit. Hang ni tak sayang duit langsunglah!” bebel Lin.

Dia tahu perangai Gee yang suka buat kerja separuh jalan. Enam tahun mengenali gadis yang berasal dari Johor itu membuatkan Lin sudah dapat meneka

Page 23: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

23Dia... Aku Punya

kesudahan segala perkara yang akan Gee lakukan nanti. “Kau ni, tak mahu bagi semangat langsung.

Kali ni aku jamin, selagi belum dapat hasil yang memuaskan, aku tak akan ponteng kelas aerobik tu.”

Wajah Gee kelihatan serius. Dia mengerling ke arah cermin sisi di sebelah kiri. Setelah memastikan keadaan selamat, dia membelok masuk ke kawasan tempat letak kereta.

“Aku cabar hang kali ni, Gee. Kalau hang gagal, hang kena tanggung makan minum aku selama tiga bulan.”

Lin mengunjukkan jari kelengkengnya kepada Gee. Serius sungguh riak wajahnya. Gee ketawa melihat perlakuan Lin.

“Tiga bulan aje? Kenapa tak tiga tahun?” ujar Gee sambil ketawa kuat. Tapi wajah Lin masih seperti tadi.

“Aku serius ni, Gee. Aku bukan tak kenal dengan hang ni. Suka buat kerja separuh jalan. Kalau hang berjaya mendapat hasil yang hang nak, aku akan sponsor majlis kahwin hang.” Suara Lin masih bernada tegas. Jarinya masih lagi menunggu sambutan daripada Gee.

“Fuyooo! Sponsor kahwin tu! Kau biar betul, Lin. Serius sangat bunyinya tu.”

Gee tersenyum nipis. Enjin kereta dimatikan. Gee menghalakan cermin pandang belakang ke arah wajahnya. Dia menilik wajahnya seketika sebelum keluar dari perut kereta. Dia menoleh ke arah Lin yang memandangnya dengan wajah serius.

Page 24: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

Izma Qahiera24

“Laaa, tak lenguh ke tangan tu? Kau janganlah buat muka serius macam tu, tak sesuai!”

Gee cuba menurunkan tangan Lin tapi Lin masih tidak mahu mengalah.

“Aku tak main-main, Gee. Aku tahu hang pun nak bentuk badan macam orang lain juga. Tapi hang ni cepat patah semangat. Kalau hang janji dengan aku yang hang akan buat sampai berjaya, aku akan ikut hang.”

Lin mengeraskan sedikit suaranya. Pandangan mata Gee dan Lin bersabung. Gee tahu Lin sedang mencabarnya. Entah kenapa pagi itu dia merasakan kata-kata Lin menikam terus ke lubuk hatinya. Dia tersinggung dengan kata-kata Lin.

“Aku tak nak janji apa-apa. Buatnya aku mati sebelum nampak hasilnya, tak pasal-pasal aku mati sebagai munafik. Kalau kau tak nak join sekali cakap aje la. Tak payah nak suruh aku berjanji. Aku tahulah aku ni tak secantik kau. Tapi aku pun nak juga merasa pakai baju saiz M.”

Suara sayu Gee telah berjaya menurunkan tangan Lin. Terdengar dengusan halus daripada Lin.

“Gee, gemuk atau kurus itu tak penting. Yang penting, kita sihat. Kalau kurus tapi sakit pun tak guna juga. Walaupun hang ni dalam kategori triple XL, tapi hang cantik, kulit gebu. Tak macam aku ni. Harap aje kurus. Tapi tak ada potongan langsung! Tiap-tiap hari kena telan ubat. Hang nak jadi macam aku?”

Suara Lin juga kedengaran sebak. Dia meletakkan tangannya ke atas paha Gee. Keadaan sunyi seketika. Kedua-dua gadis itu melayan perasaan masing-masing. Gee maklum dengan penyakit bawaan

Page 25: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

25Dia... Aku Punya

keturunan yang dihidapi Lin. Namun Gee yakin, suatu hari nanti Lin akan pulih daripada penyakit thalasemia yang dihidapinya.

“Dahlah tu, pagi-pagi dah masam muka tak baik tau. Buat mahal rezeki aje.” Gee menepuk perlahan tangan Lin yang masih berada di ribanya. Sebaik sahaja keluar dari perut kereta, Gee bersuara lagi.

“Aku tangguh dululah kelas aerobik tu. Nanti tak pasal-pasal kena tanggung makan minum kau selama tiga bulan.”

Gee ketawa kecil. Lin juga menyertai Gee. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Masak benar dia dengan perangai Gee yang gila-gila itu. Namun dia tahu jauh di sudut hati, rakan serumahnya itu masih menyimpan niat untuk menghadiri kelas aerobik itu. Cuma dia tidak mahu memanjangkan cerita. Mereka kemudiannya berjalan beriringan menuju ke bangunan dua belas tingkat yang menempatkan pejabat mereka di tingkat lapan.

“Good morning Uncle Muthu.” Gee menegur pengawal keselamatan yang berdiri di tepi pintu masuk lif.

“Good morning girlfriends,” ceria suara pengawal keselamatan yang berusia separuh abad itu membalas sapaan Gee. Lin dan Gee tersenyum lebar. Mereka sudah lama mengenali Muthusamy. Dia memang terkenal dengan keramahannya.

“Amboi, cantiknya awek-awek saya ini hari. Gee, you hari-hari bikin saya geram sama you punya pipi. Macam kuih paulah!”

Pengawal keselamatan berbangsa India itu

Page 26: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

Izma Qahiera26

menekan butang lif sambil ketawa mengekek. Gadis-gadis itu juga tertawa melihat telatah Muthu.

“Kalau pipi dia macam kuih pau, pipi saya pula macam apa, uncle?” Lin menggiat. Seronok pula dia melihat lagak Muthu yang meniru gaya pelawak terkenal bernama Sathiya.

“Pipi you macam tose. Leper aje.” Muthu menjawab selamba. Berderai ketawa Lin dan Gee.

Ting! Pintu lif terbuka. “Okey, sudah ketawa banyak, hati sudah

senang, sekarang pergi kerja baik-baik ya.”Muthu mempersilakan mereka berdua masuk

ke dalam perut lif. Sehingga pintu lif ditutup, tawa Lin dan Gee masih lagi bersisa.

“Seronok kan kalau ada boyfriend macam Uncle Muthu? Hari-hari boleh ketawa,” kata Lin.

Gee tersenyum memandang Lin yang membetulkan tudungnya melalui pantulan dinding lif. Lumrah wanita yang tidak boleh berenggang dengan cermin. Gee menggeleng perlahan melihat telatah Lin.

“Tak cukup lagi dengan yang dah sedia ada ke, Cik Lin?” perli Gee.

Dia memang sedia maklum Lin sudah berpunya. Buah hatinya juga bekerja di bawah bumbung yang sama dengan mereka berdua. Lin menyeringai mendengar usikan Gee. Pintu lif terbuka. Mereka berdua keluar dan terus menuju ke ruang pejabat masing-masing.

“Gee, hari ni aku lunch dengan Shauki. Kita jumpa petang nanti ya?”

Page 27: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

27Dia... Aku Punya

Sempat lagi Lin menitipkan kata-kata akhir kepada Gee sebelum mereka berpisah di pintu pejabat. Gee hanya mengangguk dan terus masuk ke ruang yang dikhaskan untuk jabatannya.

Sebaik sahaja menolak daun pintu, Gee disapa oleh beberapa orang rakan sekerja yang sudah tiba lebih awal. Keramahan Gee membuatkan ramai yang menyenanginya. Walaupun berjawatan tinggi, dia tidak pernah memandang rendah kepada kemampuan orang bawahannya.

Gee memperlahankan langkah apabila tiba di hadapan meja setiausahanya, Alexandra. Dia melihat sepintas lalu ruang kerja yang masih kosong. Dia pasti Alexandra masih belum tiba. Dia mengerling jam di dinding. Masih lama lagi sebelum waktu kerja bermula.

Gee masuk ke pejabat. Suis pendingin hawa dihidupkan. Dia memang tak boleh berpanas. Tubuhnya yang cepat berpeluh membuatkan Gee lebih selesa berada di dalam bilik berhawa dingin. Dia menuju ke tingkap. Tirai plastik berwarna kuning cair dikuak sedikit. Terserlah pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur pada pagi hari.

Gee tersenyum senang. Mengharap semoga hari ini semua yang telah dijadualkan oleh setiausahanya akan berjalan dengan lancar. Gee menoleh ke pintu pejabat apabila mendengar ketukan dari arah pintu.

“Masuk,” arah Gee perlahan. Matanya bersinar ceria apabila melihat Alexandra. Gadis kacukan Melayu-Filipina itu masuk sambil menatang secawan Nescafe dan sepinggan nasi lemak.

“Emmm... Sedapnya bau. Thank you Alex, you

Page 28: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

Izma Qahiera28

memang tau my favourite breakfast...”Gee duduk di sofa sementara Alexandra

meletakkan dulang hidangan di hadapan Gee. “Come, breakfast dengan I,” pelawa Gee.

Alexandra mengangguk sambil tersenyum. “Sekejap, I pergi ambil diari dan breakfast I.”Alexandra bergegas keluar dari pejabat Gee dan

masuk semula beberapa minit kemudian. Begitulah kebiasaan yang dilakukan oleh Penolong Pengurus Bahagian Operasi itu setiap pagi. Sambil bersarapan bersama setiausahanya, dia akan diperdengarkan jadual kerjanya sepanjang hari itu.

“Gee, Jusco ada sale tau,” beritahu Alexandra sebaik saja mereka selesai bersarapan bersama-sama.

Alexandra memandang Gee yang pantas menegakkan badannya. Matanya kelihatan bercahaya.

“Emmm... You nak pergi bila?”Keterujaan jelas terpancar di wajah Gee. Dia

bangun dan mengambil beg tangan yang diletakkan di dalam kabinet. Dia mengeluarkan beg duit. Kemudian dia berjalan ke arah Alexandra yang tersenyum lebar melihat gelagatnya.

“Sale sampai hujung minggu ni. Tapi I ingat nak pergi besok lepas balik kerja,” ujar Alex.

Gee mengeluarkan beberapa keping not lima puluh ringgit. “Macam biasa ya?” ujarnya sambil menghulurkan duit itu kepada Alexandra...

Setelah duit yang diambil di tangan Gee di simpan di poket blausnya, Alexandra menyambung kerjanya. Dia mencatatkan arahan-arahan yang

Page 29: BEBERAPA · 2 “Ya awak! Tekan tubi sepuluh kali!” Gee tersentak. Nampaknya dia seorang saja yang didenda. Terketar-ketar bibirnya menahan rasa malu. Perlahan-lahan dia menurunkan

29Dia... Aku Punya

diberikan oleh Gee. “Okey, breakfast sudah, briefing pun sudah. So...

apa lagi? Let’s start working!”Mereka berdua berjalan beriringan

kemudiannya Gee membukakan pintu untuk Alexandra. Sambil menatang dulang berisi pinggan yang sudah kosong, Alexandra tersenyum lebar.

“Thank you, boss.”Gadis yang sudah setahun setengah berkhidmat

untuknya itu mengenyit mata. Gee mengangguk kepala dan menutup perlahan pintu pejabat.

“Burppp!Alhamdulillah...”Gee menutup mulut. Dia menoleh ke arah pintu

bilik. Tersungging senyum nakal di bibir mongelnya.