2. laporan projek internship, sept 2012 - edit.doc

32
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP - SEPTEMBER 2012 SENARAI KANDUNGAN Bahagian / Perkara Muka surat 1.0 OBJEKTIF 1 2.0 STRATEGI PELAKSANAAN 2 2.1 Perancangan Program 2 2.2 Pelaksanaan Program 5 3.0 REFLEKSI 10 a) Kekuatan Projek 10 b) Kelemahan Projek 11 4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 12 5.0 KESIMPULAN 13 6.0 LAMPIRAN (LAPORAN BERGAMBAR) 14 0

Upload: juliana-zainul

Post on 30-Sep-2015

66 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP - SEPTEMBER 2012

SENARAI KANDUNGAN

Bahagian / Perkara Muka surat

1.0 OBJEKTIF

1

2.0 STRATEGI PELAKSANAAN

2

2.1Perancangan Program

2

2.2Pelaksanaan Program

5

3.0 REFLEKSI10

a)Kekuatan Projek10

b)Kelemahan Projek11

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN12

5.0 KESIMPULAN13

6.0LAMPIRAN (LAPORAN BERGAMBAR)14

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP TAHUN 2012

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)[ AMBILAN NOVEMBER 2008 ]

Nama Pelajar:SAMSULBAHRI BIN TALIB

No. Kad Pengenalan:660901-10-6149

Program:PGSR Matematik (Ambilan November 2008)

No. Indeks:2 008 272 360 041

Nama Sekolah:Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu,

13110 Penaga, Seberang Perai Utara,

Pulau Pinang.

Nama Projek:Perkhemahan Gabungan Unit-Unit Beruniform

Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu, Penaga.Tempoh Pelaksanaan:3 hari 2 malam.1. OBJEKTIF Di antara objektif yang disasarkan setelah pelaksanaan program ini ialah;i. Mendapat pendedahan tentang perancangan, pelaksanaan dan penilaian sesuatu projek internship kepada guru-guru khususnya guru pelatih.ii. Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan kepada guru dan murid-murid serta memberikan peluang untuk mempraktikkan kemahiran dan kecekapan masing-masing.

iii. Melatih guru dan murid-murid supaya mampu berdikari, menyelesaikan masalah dengan penuh tanggungjawab dan bersedia dalam menghadapi keadaan serba kekurangan semasa perkhemahan.

iv. Menggalakkan para peserta perkhemahan agar bergaul sesama mereka untuk mengeratkan lagi perpaduan.

v. Memberikan pendedahan kepada guru dan murid-murid tentang erti kehidupan di luar rumah yang lebih mencabar dan menarik.

vi. Menyedarkan guru dan murid-murid agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Tuhan.

vii. Memupuk sahsiah diri yang positif dan sikap bekerjasama, berani dan bertanggungjawab di kalangan para peserta perkhemahan.

2. STRATEGI PELAKSANAAN

2.1Perancangan Program

Para pelajar PGSR, Ambilan November 2012 telah diberikan tugasan agar menjalankan satu projek internship di sekolah atau di tempat mereka bertugas semasa. Dalam hal ini saya telah memilih untuk melaksanakan tugasan internship ini di sekolah tempat saya bertugas. Projek ini ( Program Perkhemahan Gabungan Unit-Unit Beruniform) dijalankan setelah mendapat persetujuan pihak pentadbir sekolah. Sebelum tugasan ini dijalankan, beberapa persediaan telah dibuat, antaranya ialah mengadakan mesyuarat, menyediakan kertas kerja, membentuk jawatankuasa, menentukan matlamat dan objektif projek serta membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa perkhemahan ini dilaksanakan.

Perkara paling penting dalam melaksanakan sesuatu projek ialah penyediaan kertas kerja. Ini bertujuan memastikan sesuatu projek yang akan dilaksanakan berjalan dengan lancar dan berkesan. Antara isi kandungan yang perlu ada dalam sesuatu kertas kerja ialah nama projek, objektif, matlamat, kumpulan sasaran, senarai jawatankuasa pelaksanaan, sumber kewangan, perbelanjaan dan maklumat berkaitan projek seperti tarikh, masa dan tempat. Matlamat projek ini adalah untuk membentuk guru-guru yang sedia bekerjasama dalam organisasinya di samping mengamalkan nilai-nilai positif dan mempunyai ketrampilan diri yang baik. Projek yang dijalankan seharusnya mampu memupuk nilai-nilai murni dan berhemah yang dapat memperkasakan kemahiran kepimpinan di kalangan guru-guru.

Kertas kerja yang telah disediakan akan disemak dan diluluskan selepas dibincangkan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk. Selain itu, projek yang telah dirancang bagi guru dan bagi murid-muridnya sebelum sesuatu projek dilaksanakan akan diselaraskan mengikut program yang hendak dijalankan. Objektif yang disasarkan pula hendaklah bersesuaian dengan matlamat yang ingin dicapai. Diharapkan program ini memberikan pengalaman yang bermakna kepada para peserta perkhemahan dan guru-guru yang terlibat.

Selepas aktiviti-aktiviti dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk, taklimat-taklimat dan latihan-latihan tertentu perlulah dilakukan bagi mempastikan program berjalan dengan lancar dan terkawal. Para jurulatih pula dilantik untuk melatih para peserta perkhemahan mengikut kemahiran masing-masing. Taklimat-taklimat dan latihan-latihan yang dimaksudkan termasuklah;

i. Latihan kawat kaki asas.

ii. Latihan membina gajet (termasuk simpulan).

iii. Latihan mendirikan dan meleraikan khemah.

iv. Latihan persembahan bakat untuk malam kebudayaan.

v. Taklimat-taklimat tentang perjalanan dan aktiviti-aktiviti program.

2.2Pelaksanaan Program

Program Perkhemahan Gabungan Unit-Unit Beruniform ini bermula pada petang 28 September 2012 (Jumaat) hingga tengah hari 30 September 2012 (Ahad).

Hari pertama (28 September 2012 - Jumaat)

Pendaftaran para peserta bermula jam 3:00 p.m. yang dilakukan oleh Urus Setia Badan Bertindak. Kemudian para peserta yang diagihkan kepada 10 kumpulan aktiviti menjalankan aktiviti mendirikan khemah dan salam perkenalan iaitu ice breaking pada jam 3:40 p.m. Penghulu (peserta lelaki) dan Penghulu Wati (peserta perempuan) juga telah dilantik melalui undian para peserta perkhemahan. Para peserta nampak teruja dengan kedua-dua aktiviti ini yang membolehkan mereka mengenali lebih ramai peserta perkhemahan. Pada jam 4:15 p.m., para peserta dimaklumkan agar bersiap untuk menunaikan Solat Asar secara berjemaah atau bersendirian dan seterusnya menikmati minum petang. Para peserta terlibat dengan aktiviti permainan berkumpulan dan nyanyian unit-unit beruniform bermula jam 5:00 p.m. hingga jam 6:30 p.m. iaitu aktiviti riadah.

Para peserta mula menikmati makan malam pada jam 6:30 p.m. dan mempersiapkan diri untuk menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Rosdi. Seterusnya para peserta mengikuti Kuliah Maghrib dan Solat Isyak secara berjemaah. Pada sekitar jam 9:00 p.m. pula, para peserta mendengar taklimat tentang malam bakat di mana para peserta mengadakan latihan untuk persembahan di samping aktiviti permainan dan nyanyian unit-unit beruniform. Pada Jam 11:00 p.m. pula semua peserta perkhemahan diarahkan supaya berada di tempat tidur masing-masing. Ada juga peserta yang tidak dapat melelapkan mata namun tetap disuruh tidur untuk aktiviti pada keesokkan harinya. Beberapa orang guru ditugaskan untuk bermalam bersama para peserta dengan persetujuan mereka.

Hari kedua (29 September 2012 - Sabtu)

Seawal jam 5:00 a.m. semua peserta perkhemahan dibangunkan oleh guru bertugas. Ada di kalangan peserta yang susah untuk bangun sehinggalah guru memaksa mereka bangun. Selepas mandi para peserta bergerak ke surau untuk menunaikan Solat Subuh secara berjemaah dan mengikuti Kuliah Subuh yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Rosdi. Semua peserta menjamah sarapan pagi sekitar jam 7:30 a.m. hingga jam 8:00 a.m. Bermula jam 8:00 a.m. hingga jam 10:30 a.m., para peserta melakukan aktiviti kecergasan diri iaitu senaman pagi diikuti aktiviti bebas. Jangka masa ini digunakan juga oleh para peserta untuk mengadakan latihan kawat kaki asas dan latihan persembahan bakat untuk malam kebudayaan. Pada jam 10:30 a.m., bermulanya pertandingan kawat kaki asas antara unit-unit beruniform. Pertandingan ini dihakimi oleh Cikgu Marshofi, Cikgu Shahnizan Imran dan Cikgu Samsulbahri. Keputusan pertandingan kawat kaki asas ini akan diumumkan semasa majlis penutupan program ini.

Aktiviti pada waktu petang lebih mencabar dan menarik. Setibanya jam 1:00 p.m., para peserta bersiap untuk menunaikan Solat Zohor secara berjemaah atau bersendirian dan seterusnya makan tengah hari. Para peserta berpeluang merehatkan diri sebelum aktiviti pertandingan membina gajet yang dijalankan pada jam 2:30 p.m. Pertandingan ini dijalankan mengikut kumpulan aktiviti dan dikendalikan oleh Cikgu Nordin. Setiap kumpulan diberikan kebebasan untuk memilih lokasi masing-masing di dalam kawasan sekolah dan juga bebas membina gajet yang mereka suka. Aktiviti ini digunakan oleh para peserta menunjukkan kreativiti masing-masing dan berakhir pada jam 4:00 p.m. Sekitar jam 4:00 pm. hingga jam 4:45 p.m., para peserta diberikan masa untuk mempersiapkan diri bagi menunaikan Solat Asar secara berjemaah atau bersendirian. Pada jam 4:45 p.m., para peserta juga diberikan peluang membuat persiapan atau latihan persembahan dengan dibimbing oleh guru-guru yang diamanahkan membimbing setiap kumpulan yang telah dibentuk. Kesempatan ini juga digunakan oleh guru iaitu Cikgu Shahnizan Imran untuk menjalankan aktiviti permainan bagi menghindarkan rasa bosan di kalangan para peserta.

Pada jam 6:30 p.m. para peserta diarahkan membersihkan diri dan menikmati makan malam sebelum mereka menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah dan mengikuti Kuliah Maghrib serta Solat Isyak secara berjemaah yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Rosdi. Saat yang paling menghiburkan dan mendebarkan tiba pada jam 9:15 p.m., iaitu pertandingan persembahan bakat atau lebih dikenali dengan malam kebudayaan. Pertandingan persembahan ini dijalankan mengikut kumpulan aktiviti para peserta dan dihakimi oleh 3 orang guru yang agak berpengalaman iaitu Pn. Zulhisham, Pn. Hajah Rohani dan Pn. Ruzaina. Suasana pertandingan bakat pada malam itu sangat meriah dan menghiburkan dengan aksi dan gelagat para peserta perkhemahan. Selesai pertandingan bakat, para peserta diarahkan mempersiapkan diri untuk tidur pada jam 11:15 p.m. Namun ada juga peserta yang mengambil kesempatan untuk menjamah hidangan ringan seperti makan biskut bersama air kopi panas atau teh panas sebelum mereka tidur.

Hari ketiga (30 September 2012 - Ahad)

Kebanyakan peserta kelihatan letih pada hari terakhir perkhemahan gabungan ini tetapi mereka masih bersemangat melakukan aktiviti yang telah disusun. Para peserta dibangunkan pada jam 5:00 a.m. Selepas mandi, mereka bersiap untuk menunaikan Solat Subuh sekitar jam 6:00 a.m. secara berjemaah dan seterusnya mengikuti Kuliah Subuh di surau yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Rosdi. Para peserta mengikuti senaman pagi yang dikendalikan oleh Cikgu Nordin dan bersarapan pada jam 7:15 a.m.

Pada jam 8:30 a.m. para peserta sibuk menyediakan peralatan dan bahan-bahan yang akan digunakan untuk pertandingan memasak berasaskan mi segera. Para pembimbing kumpulan aktiviti turut memainkan peranan bagi menjayakan aktiviti ini. Setiap kumpulan berjaya menghasilkan masakan yang menyelerakan sehingga menyukarkan hakim-hakim menentukan pemenang. Pertandingan memasak ini berakhir jam 11:00 a.m. Setiap kumpulan dikehendaki mempastikan kawasan pertandingan dibersihkan termasuklah sekitar kawasan perkhemahan. Sebaik sahaja pertandingan memasak selesai, para peserta diminta meleraikan khemah secara berkumpulan dan mengemaskan barang-barang mereka.

Program perkhemahan ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah. Para pemenang bagi setiap aktiviti pertandingan diumumkan dan diberikan hadiah walaupun nilainya tidak seberapa. Peserta terbaik bagi lelaki dan perempuan sepanjang perkhemahan ini juga telah diumumkan yang dipilih oleh beberapa orang guru yang dilantik. Sebelum para peserta bersurai dan pulang ke rumah masing-masing, sekali lagi mereka diarahkan untuk mempastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih dan memuaskan. Lebih kurang jam 11:45 a.m., program Perkhemahan Gabungan Unit-Unit Beruniform ini melabuhkan tirainya.3. REFLEKSI

a) Kekuatan Projek

Setiap perkhemahan mempunyai matlamat dan objektif yang menjurus kepada capaian positif demi kebaikan dan manfaat kepada murid-murid. Di antara kekuatan projek yang dapat dikongsikan adalah;

i) Perkhemahan dijalankan melibatkan gabungan unit-unit beruniform iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Puteri Islam (PPIM) Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu. Secara tidak langsung, murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dari pelbagai unit beruniform.

ii) Para peserta dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari semasa perjumpaan unit-unit beruniform untuk menguji kemampuan mereka.

iii) Guru-guru bergabung tenaga dan kemahiran dalam usaha menguruskan perkhemahan dan bekerjasama bagi melaksanakan program perkhemahan yang dirancang.

iv) Keselamatan, kemudahan dan kebersihan di tempat program dijalankan diselenggara dengan baik sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan program perkhemahan ini terutamanya oleh guru yang dipertanggungjawabkan.

v) Masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti adalah mencukupi.vi) Makanan untuk semua peserta dan guru adalah mencukupi dan diselenggara dengan baik.b) Kelemahan Projek

Beberapa kelemahan dapat dikenal pasti semasa pelaksanaan projek perkhemahan ini, di antaranya adalah;

i) Tempat atau lokasi perkhemahan dijalankan di dalam kawasan sekolah. Oleh yang demikian, program ini kurang mendedahkan murid-murid kepada situasi perkhemahan yang sebenarnya.ii) Para peserta tidak berpeluang menyediakan dan memasak makanan dan minuman mereka sendiri. Makanan dan minuman disediakan oleh jawatankuasa (guru-guru) yang telah dilantik.iii) Aktiviti-aktiviti kurang mencabar kerana ketiadaan aktiviti yang lebih lasak seperti jungle tracking, mencari harta karun, menyalakan api tanpa menggunakan bahan bakar dan sebagainya.4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki bagi memastikan program perkhemahan seperti ini berjalan lebih mencabar, lebih menarik dan lebih berkesan terhadap para peserta terhadap alam perkhemahan yang sebenarnya. Antara cadangan yang boleh diberikan perhatian adalah;

i. Tempat atau lokasi bagi menjalankan program perkhemahan sebaiknya diadakan di luar kawasan sekolah. Sekiranya perkara ini dititikberatkan para peserta akan lebih terdedah kepada situasi perkhemahan yang sebenarnya. Para peserta akan lebih mengenali, menghargai dan menyayangi alam sekitar. Namun begitu para peserta perlu didedahkan dengan situasi perkhemahan terlebih dahulu di dalam kawasan sekolah.ii. Para peserta sepatutnya memasak dan menyediakan makanan harian mereka secara berkumpulan. Dengan cara ini mereka akan lebih berdikari dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan dan persekitaran mereka. Pada pendapat saya, para peserta juga akan lebih teruja jika diberikan tugas dan kepercayaan bagi menyediakan makanan mereka sendiri secara berkumpulan.iii. Setiap program perkhemahan memerlukan aktiviti-aktiviti yang mencabar keupayaan mental dan fizikal. Aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar perlulah diselitkan seperti kembara (jungle tracking), mencari harta karun, gotong-royong bersama penduduk setempat, berkayak dan sebagainya yang bersesuaian dengan lokasi perkhemahan.iv. Keseragaman pakaian mengikut unit beruniform terutama semasa melakukan aktiviti perlu juga diberi perhatian. Ini bersesuaian dengan program yang dijalankan iaitu melibatkan unit-unit beruniform. Keseragaman ini lebih menyerlahkan disiplin di kalangan peserta ketika melakukan aktiviti.5. KESIMPULAN

Perkhemahan Gabungan Unit-Unit Beruniform bagi SK Pasir Gebu, Penaga telah diadakan dengan jayanya dengan melibatkan kesemua unit beruniform yang telah ditubuhkan di sekolah ini. Walaupun perkhemahan ini diadakan di perkarangan sekolah, namun aktiviti-aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan guru-guru. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah memupuk nilai-nilai murni dan semangat muafakat di kalangan ahli kumpulan di samping melatih para peserta supaya berdikari dalam situasi-situsai tertentu dalam kehidupan. Ternyata objektif dan matlamat perkhemahan ini tercapai dan diharapkan program ini akan menjadi program tahunan dan perlu diteruskan demi manfaat para pelajar. Perancangan dan pelaksanaan yang jujur dan teliti bagi program seperti ini akan menjamin satu pengalaman yang bermakna dan menyeronokkan.[ 1928 patah perkataan ]

SEBELUM PELAKSANAAN PROGRAM PERKHEMAHANMesyuarat guru-guru yang turut membin-cangkan perihal program perkhemahan.Ahli Jawatankuasa Induk Perkhemahan sedang bermesyuarat.

Aksi beberapa orang ketua kumpulan sebelum mengikuti cara-cara mendirikan dan meleraikan khemah.Guru menerangkan cara-cara mendirikan dan meleraikan khemah kepada ketua-ketua kumpulan aktiviti.

Guru mengendalikan latihan kawat kaki asas yang melibatkan semua peserta pertandingan kawat kaki asas.Empat orang Ahli Jawatankuasa Induk sempat berbincang berkaitan program perkhemahan di bawah sepohon pokok.

Seorang guru (Cikgu Marshofi) sedang melatih beberapa peserta pertandingan kawat kaki asas.Para peserta perkhemahan menjalani latihan kawat kaki di bawah bimbingan guru dan ketua kontinjen masing-masing.

Kem Komanden (Cikgu Nordin) sedang menerangkan sesuatu kepada salah seorang peserta perkhemahan.Kelihatan beberapa orang guru sedang mengendalikan latihan kawat kaki asas bagi kesemua peserta perkhemahan.

Seorang guru (AJK Induk) memberikan taklimat tentang tatacara menyertai pertandingan kawat kaki asas.Peserta perkhemahan sedang berehat setelah menjalani beberapa latihan sebelum perkhemahan.

SEMASA PELAKSANAAN PROGRAM PERKHEMAHAN

Para peserta beratur untuk mendaftar sebagai peserta perkhemahan.PK Kokurikulum memberikan taklimat berkaitan program perkhemahan.

Para peserta perkhemahan bekerjasama mendirikan khemah mengikut kumpulan.Kelihatan beberapa khemah tersergam di tapak perkhemahan.

Proses memilih Penghulu dan Penghulu Wati yang dikendalikan oleh Cikgu Nordin selaku Kem Komanden.

Kem Komanden mengendalikan aktiviti nyanyian unit-unit beruniform sambil dibantu oleh PK Kokurikulum.

Unit beruniform PBSM mempersembah-kan kawat kaki semasa pertandingan kawat kaki asas berlangsung.Barisan hakim yang mengadili pertan-dingan kawat kaki asas asyik memerhati-kan pasukan yang sedang beraksi.

Ahli-ahli kumpulan aktiviti bekerjasama membina dan memperkemaskan gajet.Deretan gajet yang telah dibina oleh ahli-ahli kumpulan aktiviti sedia untuk dinilai.

Salah satu kumpulan membuat latihan persembahan kebudayaan bersama guru pembimbing mereka.Satu daripada kumpulan aktiviti sedang membuat latihan persembahan bakat untuk dipertandingkan.

Cikgu Shahnizan Imran mengendalikan aktiviti riadah / permainan melibatkan semua peserta perkhemahan.Para peserta melakukan aktiviti riadah / permainan dengan penuh bersemangat dan gembira.

Cikgu Ahmad Khidhri membantu para peserta yang berbaris untuk mendapat-kan makanan sewaktu makan malam.Para peserta menjamah makanan ketika makan malam dengan berselera sekali.

Salah satu kumpulan mempersembahkan sketsa pada malam persembahan bakat.Barisan guru yang menjadi hakim pada malam persembahan bakat.

Beberapa orang peserta perkhemahan bersiap-siap untuk masuk tidur.Kelihatan empat orang peserta sedang nyenyak tidur sekitar jam 2:30 a.m.

Para peserta sibuk membuat persiapan semasa pertandingan memasak di antara kumpulan aktiviti.PK Kokurikulum turut membantu para peserta menyediakan menu masakan mereka menggunakan dapur tradisional.

Inilah di antara hasil yang disediakan oleh para peserta dalam pertandingan memasak berasaskan mi segera.Dua orang di antara hakim mengadili hasil masakan yang disediakan oleh para peserta perkhemahan.

Majlis penyampaian hadiah kepada para peserta dan kumpulan yang berjaya dalam setiap pertandingan yang disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Induk Perkhemahan.

SELEPAS PELAKSANAAN PROGRAM PERKHEMAHAN

Para peserta bekerjasama meleraikan khemah yang telah digunakan.Para peserta bersalaman dengan guru-guru selepas tamat perkhemahan.

Para peserta mengemaskan barangan mereka dan bersiap-siap untuk pulang.Beberapa orang peserta sempat berbual dengan guru sebelum mereka pulang.

Seorang jurulatih (guru) sedang melatih beberapa peserta perkhemahan yang mengikuti pertandingan kawat kaki asas.

Beberapa orang Ahli Jawatankuasa Induk sedang bermesyuarat bagi membincangkan perihal Perkhemahan Gabungan Unit-Unit Beruniform SK. Pasir Gebu, Tahun 2012 yang dipengerusikan oleh PK Kokurikulum.

Salah satu kumpulan membuat persembahan bakat pada malam kebudayaan yang melibatkan kesemua kumpulan aktiviti

Cikgu Shahnizan Imran sedang mengendalikan aktiviti berupa permainan yang melibatkan kesemua peserta perkhemahan.

Kem Komanden memberikan taklimat kepada para peserta berkaitan program perkhemahan seterusnya mengendalikan per- lantikan Penghulu dan Penghulu Wati di kalangan peserta.

Salah satu kumpulan aktiviti membina gajet secara beker-jasama sesama mereka.

Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) sedang me-lakukan aktiviti pertandingan kawat kaki asas.

Guru turut membantu para peserta mendirikan khemah yang diguna-kan semasa pelaksanaan program perkhemahan.

Disediakan oleh;

.

( EN. SAMSULBAHRI BIN TALIB )

Setiausaha Program Perkhemahan

Gabungan Unit-Unit Beruniform

SK. Pasir Gebu, 13110 Penaga

Tarikh : 5 Oktober 2012 .

Penolong Kanan Kokurikulum sedang memberikan taklimat kepada para peserta perkhemahan berkaitan perjalanan dan aktiviti-aktiviti program.

Beberapa orang ketua kumpulan aktiviti mengikuti latihan mendirikan dan meleraikan khemah yang akan digunakan semasa program perkhemahan.

Seorang pembimbing (Ustaz Mohd Rosdi) sedang mem-bimbing kumpulannya dalam pertandingan memasak.

PK Kokurikulum menyampai-kan hadiah kepada peserta perempuan terbaik sepanjang program perkhemahan.

SELAMAT MAJU JAYA & JUMPA LAGI

Disahkan oleh;

.

( )Tarikh : .

Disemak oleh;

.

( EN. MARSHOFI BIN ROMLI )

Mentor kepada pelajar,

En. Samsulbahri bin Talib

Tarikh : .

Disahkan oleh;

.

( )Tarikh : .

Disediakan oleh;

.

( EN. SAMSULBAHRI BIN TALIB )

Setiausaha Program Perkhemahan

Gabungan Unit-Unit Beruniform

SK. Pasir Gebu, 13110 Penaga

Tarikh : 5 Oktober 2012 .

Disemak oleh;

.

( EN. MARSHOFI BIN ROMLI )

Mentor kepada pelajar,

En. Samsulbahri bin Talib

Tarikh : .

2