2.-sejarah-dari-bawah

3
SEJARAH DARI BAWAH PENGENALAN Secara umumnya, sejarah merupakan peristiwa yang telah berlaku pada masa lalu. Bagi E.H.Carr menjelaskan sejarah merupakan dialog antara perkara yang telah berlaku pada masa lalu dengan masa kini dan menurutnya lagi, sejarah juga merupakan interaksi antara sejarawan dengan fakta- faktanya. sejarah dari bawah ini melihat sejarah yang berkaitan dengan orang dari bawah atau rakyat biasa yang tidak mendapat penekanan tentang diri dan juga sumbangan mereka yang sebelum ini hanya sedikit sahaja dikatakan dalam sejarah konvensional. Isu-isu penulisan sejarah dari bawah mula penting pada dekad Perang Dunia Kedua apabila George Lefevre membuat kajiannya tentang Revolusi 1789 dan mengenalkan istilah “sejarah dari bawah” ini. Maksud sejarah dari bawah ini ialah kajian yang dibuat untuk mengkaji hal-hal politik, ekonomi, sosial atau bidang lain dari pandangan rakyat biasa. SUMBANGAN 1) Dapat Mengetahui peranan dan sumbangan masyarakat bawahan. Misalnya dalam penulisan sejarah melayu seperti mana yang diketahui bahawa, kekuatan dan kekuasaan sesebuah empayar sangat bergantung kepada kekuatan dan jalinan antara rakyat dan pemerintah. Rakyat biasanya mempunyai kekuatan sendiri dalam menyampaikan idea-idea mereka pada ketika itu, namun peranan mereka tidak ditekankan oleh sejarawan, jika ada hanya berkaitan dengan hulu balang yang menjadi tentera 2) Meluaskan sumber dalam penulisan sejarah dengan adanya penulisan seperti ini, ia akan menghasilkan pelbagai sumber penulisan sejarah.

Upload: pemburu-ilmu

Post on 18-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

C

TRANSCRIPT

SEJARAH DARI BAWAH

SEJARAH DARI BAWAH

PENGENALAN

Secara umumnya, sejarah merupakan peristiwa yang telah berlaku pada masa lalu. Bagi E.H.Carr menjelaskan sejarah merupakan dialog antara perkara yang telah berlaku pada masa lalu dengan masa kini dan menurutnya lagi, sejarah juga merupakan interaksi antara sejarawan dengan fakta-faktanya. sejarah dari bawah ini melihat sejarah yang berkaitan dengan orang dari bawah atau rakyat biasa yang tidak mendapat penekanan tentang diri dan juga sumbangan mereka yang sebelum ini hanya sedikit sahaja dikatakan dalam sejarah konvensional. Isu-isu penulisan sejarah dari bawah mula penting pada dekad Perang Dunia Kedua apabila George Lefevre membuat kajiannya tentang Revolusi 1789 dan mengenalkan istilah sejarah dari bawah ini.

Maksud sejarah dari bawah ini ialah kajian yang dibuat untuk mengkaji hal-hal politik, ekonomi, sosial atau bidang lain dari pandangan rakyat biasa.

SUMBANGAN

1) Dapat Mengetahui peranan dan sumbangan masyarakat bawahan.

Misalnya dalam penulisan sejarah melayu seperti mana yang diketahui bahawa, kekuatan dan kekuasaan sesebuah empayar sangat bergantung kepada kekuatan dan jalinan antara rakyat dan pemerintah. Rakyat biasanya mempunyai kekuatan sendiri dalam menyampaikan idea-idea mereka pada ketika itu, namun peranan mereka tidak ditekankan oleh sejarawan, jika ada hanya berkaitan dengan hulu balang yang menjadi tentera

2) Meluaskan sumber dalam penulisan sejarah

dengan adanya penulisan seperti ini, ia akan menghasilkan pelbagai sumber penulisan sejarah.

3) Pengkajian sejarah yang lebih tepat

maklumat yang diperolehi lebih tepat terutamanya melihat sesuatu sejarah tempatan dari kaca mata masyarakat biasa atau bawahan sendiri.

Ia dpt menepis sejarah yang sebelum ini asyik melihat sejarah itu dari kaca mata penjajah.

4) Mendedahkan sejarah, warisan, dan pengalaman kepada generasi muda

Bagi masyarakat bawahan, sejarah lisan adalah yang terbaik merekodkan cara hidup masyarakat tersebut.

sejarah dari bawah ini telah mempopularkan sejarah lisan sebagai salah satu sumber kajian yang penting. Selain itu, dalam kemerdekaan Malaysia kita dapat tahu pengalaman yang penting dari golongan rakyat biasa dan juga golongan wanita dalam peranan kemerdekaan Malaysia.

5) Meningkatkan pengetahuan masyarakat melalui media

tulisan yang dihasilkan melalui media seperti akhbar-akhbar tidak sekadar menyiarkan berita dan laporan sahaja tetapi berperanan menyalurkan pendapat, menambahkan ilmu pengetahuan dan menyampaikan mesej untuk kemajuan terutamanya golongan bawahan.

Contohnya akhbar Warta Melayu telah memperjuangkan sosioekonomi golongan bawahan dan kepentingan pendidikan kepada orang Melayu. Selain itu, akhbar Majlis telah memperjuangkan semangat kebangsaan dan mempertahankan hak-hak orang Melayu pada era zaman penjajahan di Tanah Melayu.

6) Kesedaran Sosial Contohnya sejarah yang berkaitan dengan sejarah petani Melayu, dengan adanya kajian mengenai mereka masyarakat boleh mengetahui tentang kesukaran yang dihadapi oleh mereka.

Contohnya sumbangan parajurit negara dan orang Melayu dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air dari pihak penjajah. Misalnya sejarah dari bawah menyatakan ramai rakyat Malaya yang mati dalam usaha mempertahankam negara, kajian ini menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai latihan ketenteraan ataupun senjata api.7) Politik dan Kemasyarakatan

Melalui pentingnya sejarah dari bawah dalam bidang politik dan masyarakat kita dapat melihat sememangnya terdapat kaitannya dengan sejarah dari golongan rakyat biasa yang turut menyumbang kepada politik sesebuah negara.

Contohnya yang boleh kita lihat dalam sejarah tanah air kita sendiri, iaitu sejarah pembentukan Malaya yang mana terdapat sumbangan orang bawahan melalui usaha dan pengorbanan mereka bagi membentuk sebuah negara yang merdeka contohnya rakyat telah mengadakan derma kilat yang bertujuan menampung perbelanjaan Tunku Abdul Rahman ke London serta beberapa orang pemimpin lain bagi membincangkan kemerdekaan Tanan Melayu daripada pihak British.