20. khutbah jumaat 23 mei 2014 (hikmah kebersihan jiwa dalam peristiwa isra dan mikraj)

7
1 KHUTBAH JUMAAT “HIKMAH KEBERSIHAN JIWA DALAM PERISTIWA ISRA’ MIKRAJ” (23 Mei 2014M/ 23 Rejab 1435H) ____________________________________________________________________________________________________________ : z y sö ö ö ö6ß ß ß ßü ü ü üÏ Ï Ï Ï%© © © ©!$ $ $ $# 3 3 3 3u ó ó ó ó r & Í Í Í ÍνÏ Ï Ï Ïö ö ö ö7y èÎ Î Î Î/ W W W Wξø ø ø øs 9 š š š šÏ Ï Ï Ï i i i iΒ Ï Ï Ï ÏÉ É É Éfó ó ó ó¡y ϑø ø ø ø9$ $ $ $# Ï Ï Ï ÏΘ#t y sø ø ø ø9$ $ $ $# n < Î Î Î Î) Ï Ï Ï ÏÉ É É Éfó ó ó ó¡y ϑø ø ø ø9$ $ $ $# $| Áø ø ø ø%F F F F{$ $ $ $# Ï Ï Ï Ï%© © © ©!$ $ $ $# $o Ψ ø ø ø ø.t t / ç ç ç çμs 9 ö ö ö öθy m ç ç ç çμt ƒÎ Î Î Î ã ã ã ãÏ Ï Ï Ï9 ô ô ô ôÏ Ï Ï ÏΒ ! ! ! !$o ΨÏ Ï Ï ÏGt ƒ#u 4 ç ç ç çμ¯ ¯ ¯ ¯ΡÎ Î Î Î) u θè è è èδ ß ß ß ßìŠÏ Ï Ï Ïϑ¡ ¡ ¡ ¡¡9$ $ $ $# ç ç ç çŁÅ Å Å ÅÁt 7ø ø ø ø9 $ $ $ $# ∩⊇∪ . . . Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah subhanahu wata’ala iaitu melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita akan memperolehi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan memperkatakan khutbah yang bertajuk: “Hikmah Kebersihan Jiwa Dalam Peristiwa Israk Mikraj”. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Menurut sebahagian ulama, Peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini berlaku pada malam 27 Rejab, setahun sebelum Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini adalah perjalanan suci Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bagi memenuhi jemputan Allah subhanahu wata’ala yang mengandungi begitu banyak hikmah, petunjuk, pedoman dan panduan untuk kita di akhir zaman. Firman Allah subhanahu wata’ala dalam surah al-Isra’, ayat 1:

Upload: mohd-hafiz-abdullah-hadi

Post on 14-Dec-2015

216 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

panduan

TRANSCRIPT

Page 1: 20. Khutbah Jumaat 23 Mei 2014 (Hikmah Kebersihan Jiwa Dalam Peristiwa Isra Dan Mikraj)

1

KHUTBAH JUMAAT

“HIKMAH KEBERSIHAN JIWA DALAM PERISTIWA ISRA’ MIKRAJ” (23 Mei 2014M/ 23 Rejab 1435H)

____________________________________________________________________________________________________________

�� ��� ����� � ���� ���������� : z≈≈≈≈ yy yyssss öö öö6666 ßß ßß™™™™ üü üü““““ ÏÏ ÏÏ%%%% ©© ©©!!!! $$ $$#### 33 33““““ uu uu���� óó óó     rr rr&&&& ÍÍ ÍÍνννν ÏÏ Ïω‰‰‰ öö öö7777 yy yyèèèè ÎÎ ÎÎ//// WW WWξξξξ øø øø‹‹‹‹ ss ss9999 šš šš∅∅∅∅ ÏÏ ÏÏ ii iiΒΒΒΒ ÏÏ Ïω‰‰‰ ÉÉ ÉÉffff óó óó¡¡¡¡ yy yyϑϑϑϑ øø øø9999 $$ $$#### ÏÏ ÏÏΘΘΘΘ#### tt tt���� yy yyssss øø øø9999 $$ $$#### ’’’’ nn nn<<<< ÎÎ ÎÎ)))) ÏÏ Ïω‰‰‰ ÉÉ ÉÉffff óó óó¡¡¡¡ yy yyϑϑϑϑ øø øø9999 $$ $$#### $$$$ || ||ÁÁÁÁ øø øø%%%% FF FF{{{{ $$ $$####

““““ ÏÏ ÏÏ%%%% ©© ©©!!!! $$ $$#### $$$$ oo ooΨΨΨΨ øø øø.... tt tt����≈≈≈≈ tt tt//// ………… çç ççµµµµ ss ss9999 öö ööθθθθ yy yymmmm ………… çç ççµµµµ tt ttƒƒƒƒ ÎÎ ÎÎ���� ãã ãã∴∴∴∴ ÏÏ ÏÏ9999 ôô ôô ÏÏ ÏÏΒΒΒΒ !! !!$$$$ oo ooΨΨΨΨ ÏÏ ÏÏGGGG≈≈≈≈ tt ttƒƒƒƒ#### uu uu 44 44 ………… çç ççµµµµ ¯¯ ¯¯ΡΡΡΡ ÎÎ ÎÎ)))) uu uuθθθθ èè èèδδδδ ßß ßßììì슊ŠŠ ÏÏ ÏÏϑϑϑϑ ¡¡ ¡¡¡¡¡¡9999 $$ $$#### çç çç�������� ÅÅ ÅÅÁÁÁÁ tt tt7777 øø øø9999 $$ $$#### ∩∩∩∩⊇⊇⊇⊇∪∪∪∪

�� ���� � �� ���� ������� ���� ��� ��������� � ��� �� �� ���� � �� ������ � �!�"����� #$� ����%�&�'�� �(� �"�) � * ���� ��+�,����� �-�.�� � �!���/��� ��� �$�0�1�2�� �3�4� �� . �3������ �����%�&�'�� �6� �"�) 7���) �38��&�� 8��9

��� �3�:�;�,��� ���<�=��� �>��� ���?+ ���9���� ����@ 7���)�� A ���� . ��? +���� �%����B�� ��� �C+�"�) +�:��D � �, ���%���� �=��B �3�E���,�� ���F�)+�G�� ��� 4�%����F�? �H+�0���� �3�E�: �9���� � ��.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah

subhanahu wata’ala iaitu melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi

segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita akan memperolehi kebahagiaan

di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan memperkatakan khutbah

yang bertajuk: “Hikmah Kebersihan Jiwa Dalam Peristiwa Israk Mikraj”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Menurut sebahagian ulama, Peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini berlaku pada malam

27 Rejab, setahun sebelum Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berhijrah ke

Madinah. Peristiwa ini adalah perjalanan suci Rasulullah sallallahu alaihi

wasallam bagi memenuhi jemputan Allah subhanahu wata’ala yang

mengandungi begitu banyak hikmah, petunjuk, pedoman dan panduan untuk

kita di akhir zaman. Firman Allah subhanahu wata’ala dalam surah al-Isra’,

ayat 1:

Page 2: 20. Khutbah Jumaat 23 Mei 2014 (Hikmah Kebersihan Jiwa Dalam Peristiwa Isra Dan Mikraj)

2

z≈ ys ö6ß™ ü“Ï% ©!$# 3“u�ó  r& Íν ω ö7yèÎ/ Wξ ø‹s9 š∅ ÏiΒ Ï‰ Éf ó¡yϑø9$# ÏΘ#t�ys ø9$# ’ n<Î) ω Éf ó¡yϑø9$# $ |Á ø%F{ $# “Ï% ©!$#

$ oΨ ø.t�≈ t/ …çµs9öθym …çµtƒÎ�ã∴ Ï9 ôÏΒ !$ oΨ ÏG≈ tƒ#u 4 …çµ̄Ρ Î) uθèδ ßìŠ Ïϑ¡¡9$# ç��ÅÁ t7ø9$# ∩⊇∪

Maksudnya : Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya

(Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid

al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan

kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya,

Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Sebelum berlaku Isra’ dan Mi’raj, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah

menjalani pembedahan dada yang dilakukan oleh Malaikat Jibril alaihis salam

untuk membersih hatinya dan dimasukkan ke dalamnya hikmah, ilmu, dan

iman sebagai persediaan bagi mengadap Allah Rabbul Jalil.

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini melibatkan perjalanan Nabi Muhammad

sallallahu alaihi wasallam dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di

Baitulmaqdis Palestin, yang diakhiri dengan solat berjemaah bersama para

rasul alaihimus salam yang terdahulu. Di sinilah baginda sallallahu alaihi

wasallam diberi penghormatan untuk menjadi imam kepada solat jemaah

tersebut. Selepas itu, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dimi’rajkan

ke langit dan diberi kemuliaan tertinggi untuk mengadap Allah subhanahu

wata’ala di Sidratul Muntaha. Kemuncak kepada peristiwa inilah, Rasulullah

sallallahu alaihi wasallam telah menerima perintah secara langsung dari Allah

subhanahu wata’ala mengenai solat lima waktu.

Perjalanan Isra’ yang melibatkan Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa adalah

lambang kesucian, kebesaran dan keutamaan kedua-dua masjid tersebut

serta kaitan keduanya di dalam sejarah penentuan kiblat umat Islam serta

perjuangan para Rasul dan Anbiya’ alaihimus salam untuk melaksanakan

perintah Allah dalam menegakkan agama Allah subhanahu wata’ala.

Page 3: 20. Khutbah Jumaat 23 Mei 2014 (Hikmah Kebersihan Jiwa Dalam Peristiwa Isra Dan Mikraj)

3

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Yakinlah bahawa menjadi salah satu pengajaran dalam peristiwa Isra’ Mikraj

ialah persediaan teliti Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam penyucian

hati atau kalbu. Proses penyucian hati ini akan mengukuhkan kepercayaan

kita bahawa dalam pertemuan dengan Allah subhanahu wata’ala, seseorang

dituntut membersihkan jiwa dan raganya daripada pelbagai sifat keji. Dengan

jiwa yang bersih, penuh keimanan dan ketakwaan, maka akan beroleh

kemudahan untuk berkomunikasi secara khusyuk dengan Allah subhanahu

wata’ala.

Kebersihan dan penyucian hati amat penting dalam membentuk keperibadian

manusia. Secara fitrahnya, manusia dilahirkan dalam keadaan suci dan

bersih. Bagaimana pun, manusia mempunyai sifat kelemahan, mudah lupa

dan lalai. Sama ada dalam keadaan sedar atau tidak, manusia kadangkala

tersasar dengan melakukan dosa dan maksiat. Dosa ini akan menjadi titik

hitam dalam hati. Semakin banyak kesalahan maka semakin meneballah titik

hitam dalam hati seseorang. Kelemahan dan kegagalan manusia

menyelenggara dan meningkatkan prestasi penyucian hati telah

menjerumuskan individu atau keluarga dalam perbuatan yang bercanggah

dengan hukum Allah subhanahu wata’ala dan hak asasi manusia. Di antara

tanda-tanda semakin menebalnya titik hitam dalam hati manusia ialah;

Pertama: Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan;

Kedua: Tidak tersentuh hatinya apabila mendengar ayat- ayat al-Quran;

Ketiga: Tidak tersentuh dengan perkara yang terjadi seperti berlakunya

peristiwa yang dapat memberikan pelajaran sebagai contoh

kematian, sakit, bencana;

Keempat: Berlebihan mencintai dunia serta melupakan akhirat;

Kelima: Berkawan dengan orang yang melakukan maksiat;

Keenam: Kemaksiatan yang berterusan;

Ketujuh: Meremehkan dosa kecil; dan

Page 4: 20. Khutbah Jumaat 23 Mei 2014 (Hikmah Kebersihan Jiwa Dalam Peristiwa Isra Dan Mikraj)

4

Kelapan: Tidak peduli sumber makanan sama ada halal atau haram.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada masa ini umat Islam terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran yang

menguji kekuatan akidah umat Islam. Pelbagai fahaman, ideologi moden

seperti kapitalisma, materialisma, fahaman liberalisma, pluralisma,

komunisma dan humanrightisma serta unsur-unsur negatif yang

mempengaruhi umat Islam telah melanda dengan mudahnya. Kita juga

digemparkan dengan isu murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam. Kita

dihimpit dengan budaya songsang seperti black metal, budaya punk, gejala

gay, seks bebas dan sebagainya. Semuanya berlaku adalah akibat daripada

kepincangan keimanan dan kecemaran hati umat Islam yang digelapkan oleh

perbuatan mereka sendiri. Persoalan besar timbul ialah bagaimana cara kita

membaiki, menyelenggara dan meningkatkan prestasi hati kita supaya ianya

terus selari dengan akidah, akhlak dan syariat Islam?.

Ketahuilah bahawa hati kita adalah pusat kesedaran, pusat penggerak setiap

gerak geri kaki tangan, mulut, mata, fikiran dan pancaindera kita. Alangkah

indahnya kehidupan manusia yang mempunyai hati yang putih bersih kerana

dapat menjamin kehidupan yang selari dengan aqidah, syariah dan akhlak

Islam.

Sudah tiba masanya umat Islam meletakkan kepentingan Islam di dalam

hatinya melebihi segala kepentingan yang lain. Pertahankanlah kesucian dan

kedaulatan agama Islam sebaik yang mungkin dan bertindaklah berdasarkan

kebijaksanaan dan keimanan. Janganlah disebabkan tindakan dan perbuatan

kita yang hanya menurut emosi, kesucian agama Islam boleh tergadai dan

tergugat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, bersempena dengan kita mengingati

peristiwa Isra’ dan Mi’raj, marilah kita bersama-sama melakukan penyucian

Page 5: 20. Khutbah Jumaat 23 Mei 2014 (Hikmah Kebersihan Jiwa Dalam Peristiwa Isra Dan Mikraj)

5

diri dan melipatgandakan ibadah wajib dan sunat dengan penuh berkualiti

serta sentiasa bertaubat kepada Allah subhanahu wata’ala. Sebagai umat

Islam sekiranya peristiwa dan kebenaran dalam Isra’ dan Mi’raj ini diteladani

dan dipelajari serta dihayati sebaik mungkin, insyaallah kita mampu

mengelakkan diri daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan dan

kemungkaran serta terjerumus dengan gaya hidup berdosa.

Sesungguhnya, peristiwa Isra’ dan Mi’raj merupakan satu ujian dalam proses

pemisahan antara orang yang benar-benar beriman atau mereka yang tipis

imannya dan yang kufur ingkar terhadap Allah subhanahu wata’ala dan

Rasul-Nya. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah subhanahu

wata’ala di dalam surah al-Ankabuut ayat 45:

���� ��� ��� � �������� � ���� ����� �� �� ã≅ ø? $# !$ tΒ zÇrρ é& y7ø‹s9Î) š∅ ÏΒ É=≈ tGÅ3 ø9$# ÉΟÏ%r& uρ nο 4θn=¢Á9$# ( �χÎ) nο 4θn=¢Á9$# 4‘ sS ÷Ζs? Ç∅ tã Ï!$ t±ós x�ø9$#

Ì�s3Ζßϑø9$# uρ 3 ã�ø.Ï% s!uρ «! $# ç�t9ò2 r& 3 ª! $#uρ ÞΟn=÷ètƒ $ tΒ tβθãèoΨ óÁ s? ∩⊆∈∪

Maksudnya : Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang

diwahyukan kepadamu dari yl-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun);

Sesungguhnya, solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar;

dan sesungguhnya, mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan

kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

�1 �I8J���� �K+�0L�� �M�� ���:�D +��N �3�I+�0���� ��O�,�=��P�� �3�:�;�,��� ��@�1����� � �Q �3�E���� � �R ��� �6�'+�? �3�:���,��� �-�: ���S�� �%�T ���P�� ���B���U�B �3�E�V ���� �8O

�� ���"����B�� �3�:�E��W� . � �J�T � �R�%��X �Y�%��X�� �1�=�Z��F �&���� � �!�V���[������� �K+���� �S������� � �!���� �S����� �1��+ �S���� �3�E���� � �R �3�:�;�,��� ���

� �!�"��+�F�� �\+��] +�0�� �M�0�1�=�Z��F �S����� �̂ �%��D +�:��D �(���1�=�Z��F �&+�D �K+�V ���[�������.

Page 6: 20. Khutbah Jumaat 23 Mei 2014 (Hikmah Kebersihan Jiwa Dalam Peristiwa Isra Dan Mikraj)

6

KHUTBAH KEDUA _____________________________________________________________ _______________________________________________

����� ����� � ���� . ����� �1���� + ���I �*_�̀�I � * ��a ����� � ���� . �� ���� � �� ���� ���� �� ���� �� �� �(� �b�� ��� �0�1�� �%�&�'�� �(� �"�) � * ����c ���� � �� ������ ���� �� �� �� . +�P� 8:�& 7���) �6�'+�?�� �38��&�� 8��9 �3������

7���)�� A ����c � � �!�,��d�� ���?+ ���9���� ���� . �%���� �=��B �3�E���,�� ���B+����B �$�b ��� �%����B�� ��� �C+�"�) +�:��D � �,��? +���� �� . ��� �Y+�X �>+�,��B:

¨βÎ)} ©! $# …çµtGx6 Í×̄≈ n=tΒuρ tβθ =|Á ム’ n?tã ÄcÉ< ¨Ζ9$# 4 $ pκš‰r' ¯≈ tƒ šÏ% ©!$# (#θãΖtΒ#u (#θ =|¹ ϵø‹n=tã (#θßϑÏk=y™uρ

$ ¸ϑŠ Î=ó¡n@ {

7���)�� A ����c 7���) 8��9 �3������ � 7���)�� �3�: �T��1��?�� 7���) �g�:���9 +���I A ����c �Y � �Y �� 7���)�� A ����c 7���) �6�'+�?�� �3�: �T��1��? � 7���)�� �3�: �T��1��?�� 7���) �g�I�'+�? + ���I A ����c �Y � �Y

� �!����+�,��� � �Q �3�: �T��1��?�� h �:��i h �:��a ���P�� . �M�0� ����1�� �j+�=����k� �M�) �3����� �l�'��� �B��C+�& � �!8�0� ������� �3��m � �!�,�?+�F���� �n�?+ ���o�� �M�)�� pq���)�� ��+���̀�)�� �1���)�� A1 �E�? � �r�� +�V

�M�0 8 �� �s�%��0 �>�� A�+�S �b�t��?. � �!���� �S������ �1�=�u� �3������ � �!�V���[������� �K+���� �S������� �K+�V ���[������� ���� �3����V �� �j��: �b�/�� �K��% ���/ . �K+�v+��W� �q

�.+�X +�0�� �K��%�)� �� �w�:��i hw�0�1�X h-�:��x ���P�� .

Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat,

mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah

meninggal dunia. Ya Allah ! Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami, ibu

bapa, ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan,

kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam kehidupan di dunia

ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Page 7: 20. Khutbah Jumaat 23 Mei 2014 (Hikmah Kebersihan Jiwa Dalam Peristiwa Isra Dan Mikraj)

7

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu

kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara

kami khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia,

dan juga pemimpin-pemimpin Islam negeri kami khususnya Tuan Yang

Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Ya Allah, kami bersyukur ke hadratMu yang telah mengurniakan kami

rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah

memperkukuhkan syiar Islam dan negara kami, khususnya Negeri Sarawak

yang tercinta ini, sebagai sebuah negeri yang maju dan sejahtera. Justeru,

kami pohon ke hadratMu ya Allah, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah

amal kami, eratkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami,

kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah peribadi kami

dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau

redhai, lindungilah kami daripada ujianmu seperti banjir besar, kemarau

panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan kebuluran. Kami

berlindung dan bermohon denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan

sentiasa bertambah makmur dan berkat.

��V��?�' � �'+�V�� �y��J�) +�V�X�� *n�V�S�b �\�1 �zL�� �Q�� *n�V�S�b +�:��P # �� �Q +�V�B . � �!�� � �!�� �y�' +�0 � �!����+�,���. ��� �C+�"�) . ��+�S �b�{���� �Y � �,��+�? �1���|�0 ��� ���� . �} �j��F0���� �M�) 7����V��0�� �~�1����� H

�q�Z��"����� �1�E�V������� �j��� ���=��� . �����1�I�J�B �3�E���,�� �3�E�;�,�0 . �3�I�1�I�J�0 �3�:�;�,��� ��� ���1�I�}+�D . ���1�E ����� �3�I�C���0 �� ���,�P 7���) �( . �3�E�2�,��0 ���� �<�D �M�� �(�%����| �&��� . �I�� ��� �1 �I�J���� �1��" . �����

��%�,��V �o�B +�� �3���,��0. �\�U�o�� �%���:�X��.