20121220151203pakaian pra sejarah barat
TRANSCRIPT
Pakaian Pra Sejarah
Zaman pra-sejarah adalah zaman sebelum masihi sehingga awal masihi. Menurut masyarakat
barat, masihi merupakan zaman yang menentukan anjakan masa sempena kejadian kisah Nabi
Isa (Christ) atau dikenali dengan singkatan makna:
S.M(Sebelum Masihi) - B.C (Before Christ)
T.M (Tahun Masehi) - A.D (Anno Domini)
Tarikh sebelum masihi ditulis secara nombor besar kepada nombor kecil bagi memudahkan
melabel turutan tarikh zaman sebelum Masihi agar tidak terhad pengiraannya berbanding dengan
penulisan tarikh nombor menaik bagi zaman Tahun Masihi, contohnya:
4000 – 1000 S.M atau 500,000 – 150,000 S.M dan 550 - 650 T.M
Contoh-contoh zaman Sebelum Masihi antara tahun 600,000 S.M – 50 S.M seperti zaman
Paleolithic (Zaman Batu), Mesolithic (zaman Batu Baru), Neolitihic (Zaman Batu Baru), zaman
Bronze Age dan zaman dan Ion Age.
Manusia berpakaian untuk memenuhi keperluan asas manusia seperti mendapat perlindungan
dan keselamatan dari keadaan bahaya, panas dan sejuk. selain itu pakaian juga boleh memberi
gambaran status dan kedudukan seseorang, melambangkan kekuatan dan keberanian untuk
menakutkan musuh, menunjukkan budaya dan pegangan agama yang dianuti selain untuk
menampakkan kecantikan, kesopanan, menutup kecacatan dan untuk menarik perhatian. Zaman
pra sejarah,manusia menggunakan sumber asli seperti bulu haiwan, kulit binatang, kulit pokok
kayu dan rumput rampai.
Fesyen tercipta hasil pengaruh persekitaran di mana rupa bentuk fesyen atau stail yang berbeza
terhasil kerana pengaruh keadaan cuaca dan alam sekeliling. Fesyen juga menjadi penanda aras
kepada sejarah peredaran masa. Rupa bentuk pakaian di tempat cuaca panas manusia memakai
pakaian yang nipis dan longgar dan tidak mengikut bentuk badan supaya lebih selesa.
Rupabentuk fesyennya lebih ringkas, orang zaman dahulu hanya bercawat dan berkemban.
Warna yang digunakan biasanya warna semulajadi ‘natural’ lembut dan cerah. Manakala di
kawasan sejuk pula, rupa bentuk pakaian lebih ketat, berlapis-lapis, berwarna gelap dan dibuat
dari kain tebal. Orang zaman dahulu memakai kulit dan bulu binatang serta dedaun dan jerami
sebagai pakaian mereka.
Zaman berubah dan manusia lebih bertamadun, maka terciptalah kain yang ditenun
menggunakan peralatan kuno seperti batu yang diasah tajam dan jarum dari tulang binatang.
Kain tenunan yang dihasilkan adalah dari kulit binatang, ulat sutera, kapas, kulit kayu, pokok
flek, jerami, rumput dan lain-lain sumber semulajadi. Sejenis cecair telah dicipta untuk
merendam kulit binatang supaya menjadi lebih lembut.
Kain tenunan sudah diperkenalkan sejak di Zaman Batu Baru iaitu di Timur Tengah dengan
peralatan seperti mesin loom dan pintalan tangan. Rekod terawal tenunan fabrik ialah daripada
gentian flax (sejenis tumbuhan berbunga biru dan tangkainya dijadikan gentian untuk dijadikan
fabrik linen) di sekitar 6,000 – 3,000 S.M di Switzerland.
Diikuti oleh orang-orang dari kawasan Mediterranean Timur yang mula-mula menenun kain
(1300 S.M). Selepas itu teknik penghasilan fabric secara felting tercipta di Timur Tengah untuk
menghasilkan fabric yang tebal dan gebu menggunakan bulu-bulu binatang atau wool. Bahan
hiasan seperti kancing diperbuat dari tulang, tanduk, tali dari kulit binatang dan batu
Di Crete, orang Minoans merupakan bangsa yang pakar dalam membuat pakaian. Namun orang
lelakinya masih bercawat, kaum wanitanya lebih berfesyen, mereka memakai sejenis jaket yang
kecil dan ketat menampakkan sebahagian besar buah dadanya dan dipadankan dengan skirt labuh
berbentuk loceng, dipakai berlapis-lapis dan dihiasi dengan banyak hiasan,tulang-tulang binatang
dijadikan koset supaya menampakkan pinggang dan menaikkan buah dada mereka.
Kebanyakkan pakaian mereka dibuat dari kain linen dan wool
Rajah 2.1 Pakaian kaum Minoan di tahun 1994
Orang-orang Greek purba pula hanya melilit sehelai kain di tubuh mereka sebagai pakaian.
Kreativiti mereka adalah lebih kepada kemahiran memakai kain tanpa jahitan disebabkan belum
adanya ilmu bidang pembuatan pola dan jahitan pada ketika itu.
Rajah 2.2 Pakaian purba lelaki dan wanita Greek- chiton, peplos dan tube
Manakala di Egypt pula, lima ribu tahun dahulu orang lelakinya memakai cawat yang
kemudiannya di ubahsuai kepada bentuk kain atau ‘skirt’ yang berlisu beriring halus di bahagian
hadapan untuk memudahkan pergerakan. Manakala kaum perempuan pula memakai sejenis baju
tanpa lengan, skirt nya berlisi beriring yang halus dan dihiasi dengan biji-biji mutiara. Lengan
baju mula dicipta tetapi hanya di sebelah kiri sahaja. Pakaian dari ‘Wool’ atau bulu biri-biri juga
menjadi pakaian orang Mesir. Memakaian rambut palsi atau ‘wig’ oleh kaum lelaki dan wanita
juga sangat popular dimana ‘wig’ disisir rapi dan dilumur dengan minyak wangi sebagai bau-
bauan. Manakala kaum pekerja, hulubalang, pengawal dan rakyat jelata hanya memakai cawat
bagi lelaki dan perempuannya. Hanya Raja sahaja yang dibenarkan menyimpan janggut dan
memakai ekor singa.
Contoh Pakaian purba pra sejarah kaum Egypt
Rajah 2.3 Pakaian Puteri Raja dengan wig
Rajah 2.4 Aksesori kepala Raja dan Pakaian pengawal dan hulubalang
Sejarah pakaian orang Eropah
Sejarah pakaian orang-orang Eropah pula dapat dilihat secara ringkas dari perkembangannya se
awal abad ke 500 S.M hingga 1900 T.M seperti:
500 - 146 BC: Orang Greek
Pakaian orang Greek purba terdiri dari gabungan kain yang longgar beralun dan berlapis-lapis
bermotif bunga longgar dari linen atau wool. Pakaian ini tidak dijahit bersama digelar chiton dan
merupakan sebidang kain segiempat yang panjang yang hanya disemat di bahu menggunakan pin
dan tali pinggang sebagai pengikat di pinggang. Bagi kaum lelaki, pakaian ini lebih pendek
dibandingkan dengan perempuan, pemakaian peplos, tube dan aksoseri bagi wanita untuk lebih
menarik.
Rajah 2.5 Pakaian purba lelaki dan wanita Greek- chiton, peplos dan tube
Rajah 2.6 Pakaian purba lelaki dan wanita Greek
500 BC - 323 AD: Orang Rom
Tamaddun Rom telah dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan Etruscan dan Roman.
Seperti pakaian orang Greek , dimana pakaian orang Rome juga berlapis dari kain panjang yang
dipakai untuk pakaian harian mereka. Wanita Roman selalu memakai tunica (pakaian asas
wanita Roman seperti kaftan dan biasanya kosong atau berwarna putih berbentuk tubular) atau
stola bila telah berkahwin. Labuh tunica hingga ke pergelangan kaki dan tidak berlengan, stola
pula lebih besar dan dipakai dengan dua helai tali pinggang dari bawah dada dan di atas
pinggang. Bagi lelaki, mereka memakai tunic dengan tali pinggang di pinggang dan baju besar
berupa jubah yang pelbagai rupa di luar. Rambut mereka disisir rapi dengan pelbagai stail serta
hiasan pin serta diwarnakan. Semakin tinggi status sipemakai, semakin banyaklah lapisan kain
yang kelihatan seperti jubah dan pakaian mereka mempunyai warna selain dari warna putih. Ini
adalah kerana, golongan yang berharta sahaja yang mampu mewarnakan pakaian mereka dengan
pewarna semulajadi yang mahal dan sukar didapati oleh orang kebanyakkan.
Rajah 2.7 Pakaian purba lelaki Roman
Rajah 2.9 Pakaian purba lelaki, wanita dan kanak-kanak Roman (tunica dan stola)
Rajah 2.10 Aksesori kepala , apron & belt Roman
Sumber : roman-costume.blogspot.com dan costume org
400 - 1200 AD: Zaman Pertengahan (The Middle Ages)
Elemen asas pakaian di Zaman Pertengahan Abad adalah berdasarkan pakaian tunic. Seluar
panjang diperkenalkan namun kemudiannya diganti dengan hose pada 1200AD . bagi wanita
pula pakaian berenda yang ketat direka bagi membentuk pinggang yang ramping. Headdresses
atau hiasan kepala sangat penting bagi menonjolkan status social mereka, namun perubahan
masa mengubah rupa bentuk fesyen kepada yang lebih moden.
Rajah 2.12 Pakaian purba lelaki Zaman Pertengahan
Rajah 2.13 Pakaian/dress purba perempuan Zaman Pertengahan
Rajah 2.14 Pakaian perempuan Zaman Pertengahan yang ketat dan berenda
1200 - 1350 AD: Gothik awal
Pakaian lelaki dalam abad kedua belas dan ketiga belas menonjolkan pakaian yang dijahit ketat
di badan dan berlengan besar. Potongan garis leher yang agak luas akan menampakkan gaya
sofistikated. Penampilan anak baju (tunic) yang lebih pendek dan bagi wanita potongannya lebih
labuh. Kaum lelaki pula akan memakai topi seperti chaperon dengan potongan rambut yang
kemas ‘neat bob’ manakala rambut wanita dibiarkan panjang menghurai sehingga berkhawin,
dan setelah berkhawin rambut akan disanggul rapi dan hiasan rantai seperti gorget di pakai di
leher. Penampilan rekaan pakaian yang berwarna warni menjadi amalan dan kesukaan mereka.
Rajah 2.15 Fesyen lelaki Gothic - Kot Lelaki mula dipanjangkan, awalnya ia kelihatan seperti
bolero pendek stail wanita
Rajah 2.16 Pakaian wanita di Zaman Gothic dengan hiasan rantai Neo- Gothic’s Gorget
1350 - 1425 AD: Renaissance Awal
Pakaian di zaman awal Renaissance menggunakan kain yang kurang berwarna-warni jika
dibandingkan dengan zaman selepas 1425 AD yang lebih berwarna-warni, namun banyak
kehilangan ciri-ciri nilai flora dan fauna dan menjadikan ia lebih kaku. Pakaian bahagian atas
dihiasi dengan aksesori yang lebih menarik dan sarat serta hiasan kepala yang lebih rumit seperti
lisu-lisu, tali pinggang, lengan gelembung yang besar. kaum lelaki pula lebih mementingkan
potongan rambut ‘bob’ bobbed haircuts dan memelihara janggut secara rapi dengan rambut ikal
sedikit.
Rajah 2.18 Kasut dan sarung kaki pakaian barat
Namun sekitar 1490an perubahan stail pakaian /costume bermula kepada yang lebih menonjol
dan berebeza-beza. Negara-negara yang terlibat seperti Eropah Utara yang lebih mementingkan
penampilan pada lengan yang berpadding, kasut sarung (doublet) dan stokin. Di Itali tidak
begitu melampau seperti di Utara, manakala Inggeris dan Perancis mengikut memimpin Itali
apabila mereka melekat pada abad pertengahan lebih banyak dipengaruhi gaya. Jerman
mengalami perubahan besar dan ekstrem. Mereka membuat penambahbaikan pada silhouette
berasaskan alam. Perubahan besar stail pakaian pada kepala, bahu, paha, perubahan kecil pada
bahagian dada, punggung, lengan dan kaki. Penggunaan bulu binatang sebagai hiasan pada
sebahagian besar kostum
Rajah 2.19 contoh hiasan kepala wanita barat
Ciri-ciri yang hampir sama masih dikekalkan seperti penggunaan bahan hiasan yang sarat,
lengan gelembung yang besar, pakaian yang menutupi tubuh, pakaian dipunggung yang besar,
bahagian kaki yang ketat, kasut bertumit tinggi dan penutup kepala yang menarik yang
menonjolkan imej maskulin dan feminin.
Rajah 2.20 contoh aksesori lelaki barat
Di abad ke enam belas pula perubahan pada kebanyakan potongan rambut lelaki yang dipotong
pendek atau mengikut selera individu. Seperti gaya lurus atau melengkung sesuai dengan sifat
pengguna. Sebagai lanjutan abad keenam belas lelaki memakai rambut pendek yang lebih moden
dengan topi. Wanita memakai topi bermahkota rendah dengan cara yang sama dengan laki-laki.
Kaum perempuan mendandan rambut mereka dengan rumit, manakala orang Jerman akan
membawa sehelai saputangan. Mereka memiliki rambut ditutupi dengan topi yang hiasan kepala
sepert sabit, induk anjing, Gable, telus topi setengah kubah, atau gorget dan wimple.
Rajah 2.21 contoh pakaian wanita barat
Warna kainnya lebih kuat dan berwarna gelap. Baldu hitam digunakan sebagai kain untuk dibuat
hiasan di kepala. Linen putih pula dipadankan dengan warna emas dan merah anggur untuk
dibuat kedut (ruffles) di pergelangan tangan.
1485 - 1520 AD: Italian Renaissance
Ia selama tempoh ini bahawa pakaian menjadi lebih "bersegi"; leher perempuan, contohnya,
dikerukkan sedikit lebih rendah, menjadi bersegi, dan dihiasi dengan baik batu halus atau renda
untuk orang kaya atau mulia. Kain mulai dimasukkan lapisan lebih, dan terbahagi di tengah
untuk mempamerkan bahagian pakaian bernama “Kirtle”, dikenakan di bawah kain
utama. Bahagian hujung badan mula dinaikkan lebih tinggi sedikit daripada pinggang
kebiasaannya, membuat kain lebih panjang lagi. Lelaki mula mengenakan doublet dan
underdoublets tanpa lengan,di mana yang terdahulunya labuh, disingkat sampai ke paras
pinggang. Lengan baju untuk lelaki adalah unik kerana sama ada ia dipadan atau diikat ke
lengan. Jenis pakaian seperti kot bernama “tabards” diperkenalkan, dan kadang-kadang
digunakan menggantikan jubah.
1500 - 1550 AD: Tudor England
Dibezakan oleh pakaian hiasan dan sangat indah pada masa itu, fesyen menjadi satu cara untuk
memaparkan kekayaan. Ruffs dipakai di leher, semata-mata untuk menunjukkan status dan
perhatian kepada trend semasa. Wanita mula memakai stomachers dan korset untuk membuat
pinggang mereka muncul lebih kecil, dan diperkenalkan skirt berpad diadakan dengan gelung,
yang digunakan untuk memegang gaun yang mencecah sehingga ke lantai. Orang-orang kaya
mula memakai sutera, baju yg berjumbai dan doublets terperinci ke atas sarun kaki. Barang
Kemas yang dipakai memainkan peranan yang berbeza dalam pakaian seharian, dan selalu
dipakai sebagai tambahan kepada pakaian setiap hari, kecuali oleh orang-orang miskin, yang
terus memakai pakaian bulu yang ringkas potongannya.
1550 - 1603 AD: Elizabethan Renaissance
Pakaian, telah menjadi penunjuk status, kini digunakan untuk mencerminkan status sosial
seseorang, tetapi kekayaan juga merupakan salah satu, umur, keutamaan peribadi, jenis badan,
dan status perkahwinan. Bangsawan perempuan ketika itu memakai beberapa lapis pakaian,
sampai dengan dan termasuk pakaian dalam, stokin, korset, verdingal, bumroll, kain dalam,
Kirtle, partlet, dan akhirnya gaun dan lengan. Headwear, terutama tinggi, topi berbulu, cukup
modis, seperti juga perhiasan dan sepit rambut. Lelaki juga mula memakai korset di samping
codpieces dan seluar pendek. Doublet tetap pakaian popular, dan topi berbulu pelepah adalah
hiasan sebagai simbol status lelaki atau profesion.
1620 - 1660 AD: Zaman Cavalier
Zaman awalnya, pakaian ketat era Elizabeth memberi laluan kepada pakaian yang lebih lembut
beralun, lebih selesa di zaman Cavalier. Ruffs (bahagian kolar keras tegak) digantikan oleh ruffs
jatuh, dan ini kurang leher halangan-lelaki digalakkan untuk membiarkan rambut mereka tumbuh
lagi. Mana-mana janggut atau kumis adalah kecil, dan kemas dipotong. Topi terus dihiasi dengan
hiasan yang sederhana. Topi Puritan hanya dihiasi dengan jejalur. Wanita menggayakan rambut
mereka dengan gaya pendek dan bergulung, atau di siput. Kolar digunakan untuk
menyembunyikan leher dan dada, dan lengan diolah lebih moden iaitu singkat di siku. Lengan
juga biasanya dihiasi dengan ruffles atau renda. Rangka untuk kain tidak dipakai lagi, dan paras
pinggang pakaian dinaikkan untuk mewujudkan bahagian tengah yang lebih singkat.
1660 - 1700 AD: The Restoration
Gaya Pakaian Eropah akan turun naik berulang kali selama beberapa ratus tahun berikutnya, dan
ditunjukkan oleh paras potongan atas dan ke bawah bahagian pinggang wanita, dan kemudiannya
sekali lagi, menjadi garis panjang bawah tubuh. Korset mula dipakai kembali dan baju bermula
memaparkan garis leher ditebuk luas dan bahu dijatuhkan. Lengan panjang tinggal di siku,
walaupun kolar keras dan hiasan pada mereka menjadi lebih menonjol. Sekitar 1680, mantua
muncul dalam gaya orang eropah. Mantua, adalah sepasang gaun longgar, berevolusi menjadi
gaun bahagian atas, biasanya dikenakan di atas skirt dan stomacher. Wanita ikalkan rambut
bermula dengan bertumpu pada bahu, dan dinaikkan semakin tinggi hingga, pada akhir abad ini,
ia ditumpuk di atas dahi. Gaya rambut ini biasanya ditutup oleh sebuah fontange, aksesori
bahagian kepala. Lelaki bergaya dengan mantel panjang, mulanya menjadi bolero, dan kemudian
berevolusi menjadi sehelai mantel yang dipanggil justacorps, menjadi gaya kegemaran lelaki
ketika itu. Pemakaian rambut palsu juga bermula pada zaman tersebut buat pertama kalinya.
1715 - 1790 AD: Kurun ke 18
Pakaian dalam abad kelapan belas, terutamanya di negara baru dari Amerika, hadir dalam
beberapa variasi dan bentuk, terutama dengan "skirt wanita, yang boleh digunakan dalam
pelbagai cara mengikut rangka kain digunakan di bawah skirt mereka. Labuh lengan tetap di
siku, walaupun panjang sekarang berubah-rubah di sesuaikan dengan cuaca atau fungsi. Korset,
pada waktu itu menjadi pakaian utama di dalam almari pakaian wanita. Perempuan juga mula
memakai rambut palsu yang berhiasan, dan gaya rambut ini, terutama di Perancis, menjadi tinggi
melampau dan sangat kompleks. Lelaki terus mengenakan rompi, seluar, dan mantel awalnya,
tapi jenis fabric berubah kepada jenis kain wool kasar untuk memudahkan kegiatan sehari-hari
seperti memburu dan olah raga menjadi aktiviti yang lebih popular. Topi Tricorne muncul dan,
menjelang akhir abad ini, yang disingkat menjadi topi bicorne.
1790 - 1815 AD: Revolusi and Empayar
Topi bicorne menjadi teras dalam seragam tentera, seperti yang digunakan oleh Napoleon
Bonaparte. Selepas Revolusi Perancis, gaya aristokrat ditinggalkan, dan korset, sekali lagi,
disingkirkan dari pakaian perempuan.Potongan ‘empire waist’ mula digemari oleh wanita ketika
itu. Wanita muda disarankan memaki warna-warna lembut manakala wanita yang berumur akan
memilih warna-warna yang lebih terang dan garang. Sarung tangan, payung, dan kipas menjadi
aksesoris popular. Apda pertengahan 1790 itu, perempuan mulai berpakaian dengan gaya seperti
Greek Klasik. Meskipun tidak sangat popular, itu tetap sebuah aliran berbeza dalam
berpakaian. Pakaian lelaki akhirnya membuang semua perhiasan dan beralih kepada jenis
potongan dan mutu. Kot perlu ada M—shaped notch di bahagian kolar, dan topi kon
digunakan. Rambut elaki muda digayakan keriting dengan jambang di tepi telinganamun, lelaki
yang lebih tua masih menggayaka rambut palsu.
1815 - 1848 AD: Romantic
Pakaian wanita sekali lagi menggunakan korset, dan potongan lengan gigot
diperkenalkan. Tebuk Leher luas dan gelung untuk rangka skirt digunakan untuk mendapatkan
bentuk ‘hourglass’. Wanita mengrintingkan rambut, dan digayakan dengan topi penuh
hiasan. Kemeja lelaki kelihatan kemas,berkolar tegak dan redingnotes adalah pakaian waktu
siang yang popular dan boleh juga single breasted atau dobble breasted. Seluar panjang
menggunakan bukaan ‘fly’ diperkenalkan . Topi sangat popular bagi kaum lelaki, dan rambut
mereka juga dikerintingkan dan menyimpan kumis juga adalah satu fenomena ketika itu.
1868 - 1879 AD: Bustle pertama
Pada tahun 1870, kepulan skirt wanita telah berpindah ke bahagian belakang, di mana disokong
oleh ‘bustle’ dan dihiasi dengan kain. Gaun untuk minum the dan gaun artistik juga
popular.Penggayaan rambut menutupi dahi juga popular dengan topi kecil dihiasi ‘veil’ dan topi
musim panas menjadi popular. Lelaki mula menerima kain yang bercorak untuk kemeja dan tali
leher digantikan dengan ‘ascot tie’.
1880 - 1889 AD: Bustle Kedua
“Bustle’ digayakan bersama korset penuh, dan torso panjang kembali ke dunia fesyen pakaian
perempuan. Sarung tangan selalu digunakan untuk menambah seri pakaian dan topi yang
popular ialah yang melengkung dihujungnya. ‘Ditto suit’ menjadi popular dikalangan lelaki, dan
terdiri dari kot luar, rompi dan seluar. Kasut berbentuk tirus dibahagian depan dan tumit lebih
tinggi dari sebelumnya.
1890 - 1899 AD: La Belle Epoque
Korset masih lagi dipakai, tapi ‘bustle’ menurun dalam populariti, dan lengan menjadi lebih
ketat, dengan puff kecil. Blaus wanita diperkenalkan dan menjadi sebahagian dari pakaian utama
bagi perempuan yang bekerja. Leher tetap tinggi, dan adakalanya menjadi kolar. ‘ Ditto suit’
tetap popular bagi lelaki walaupun blazer dan jaket Norfolk mula mendapat tempat bagi pencinta
fesyen. Rambut lelaki ketika itu,pendek dan kemas, ciri janggut berbentuk tajam dan berkumis.
1900 - 1913 AD: Edwardian
Bentuk ‘hourglass’ sekali lagi menjadi popular dikalangan perempuan, dan "korset sihat"
diperkenalkan untuk lebih selesa. Skirt panjang adalah pilihan utama hingga pada akhir dekad,
dan bentuk badan kelihatan langsing dengan skirt yang tidak mencecah lantai. Rambut panjang
mayang mengurai sangat popular, walaupun sering disepit di bawah topi lebar yang
berhiasan. Lelaki memakai ‘mantle lounge’ ,rompi diikancing tinggi di dada. Ikatan ‘four-in-
hand’ untuk tali leher adalah pilihan sehari-hari bagi lelaki, manakala bow tie dipakai dengan
tuksedo dan ‘ascot tie’ dipakai pada waktu siang sahaja.