2014 sarawak paper 2

17
Bahagian A [75 markah] Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini. 1 (a) Gambar 1 menunjukkan dua orang individu sedang menjalankan urus niaga. Gambar 1 (i)Apakah sistem perniagaan di atas? [1 markah] (ii) Jelaskan tiga kelemahan sistem perniagaan di 1(a)i. [3 markah] 1

Upload: cw-yuan

Post on 06-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2014 Sarawak Paper 2

Bahagian A

[75 markah]

Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini.

1 (a) Gambar 1 menunjukkan dua orang individu sedang menjalankan urus niaga.

Gambar 1

(i) Apakah sistem perniagaan di atas? [1 markah]

(ii) Jelaskan tiga kelemahan sistem perniagaan di 1(a)i. [3 markah]

1

Page 2: 2014 Sarawak Paper 2

(b) Rajah di bawah ini berkaitan dengan W.

(i) Nyatakan W, X dan Y. [3 markah]

(ii) Huraikan P. [3 markah]

(iii) Jelaskan perkaitan antara W, X dan Y. [5 markah]

(c) Maklumat yang berikut menerangkan dua individu yang terlibat dalam dunia perniagaan.

(i) Jelaskan tiga perbezaan antara Encik Ali dan Encik Karim. [6 markah]

(ii) Terangkan dua sumbangan Encik Ali kepada masyarakat dan negara.[4 markah]

2

WW

XXPerusahaanPerusahaan Khidmat Langsung

Khidmat Langsung

Encik Ali: Seorang yang berupaya untuk mencipta produk baru untuk kegunaan manusia dan sanggup menanggung risiko.

Encik Karim: Seorang peniaga yang melakukan jual beli untuk mendapatkan keuntungan.

Y Bantuan Perniagaan

P

Perkilangan

Pembinaan

Page 3: 2014 Sarawak Paper 2

2(a) Gambar 2 berkaitan dengan sejenis perniagaan runcit.

Gambar 2

(i) Kenal pasti jenis perniagaan runcit tersebut. [1 markah]

(ii) Jelaskan dua kelebihan perniagaan 2(a)(i) kepada pengguna?[2 markah]

(b) Berikut adalah dialog antara Fauziah dan Azizah.

Jelaskan tiga kelebihan jenis perniagaan tersebut kepada:

(i) Fauziah [3 markah]

(ii) Azizah [3 markah]

3

Fauziah: Saya suka membeli barang-barang di pasar raya. Di sana saya boleh membuat banyak pilihan barang.

Azizah : Saya lebih suka membeli barang-barang di kedai runcit bersebelahan dengan rumah saya. Saya tidak perlu pergi jauh.

Page 4: 2014 Sarawak Paper 2

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan satu keadaan pengambilalihan fungsi pemborong.

Terangkan tiga keadaan lain yang membolehkan fungsi pemborong diambilalih.

[6 markah]

(d) Berikut adalah urusniaga antara Encik Abdul dengan Syarikat Pemborong Kasut Bintang.

1 Jan 2014 Encik Abdul ingin mendapatkan sebut harga tentang harga kasut yang terdapat di kedai Pemborong Kasut Bintang.

4 Jan 2014 Encik Abdul menerima sebut harga dan senarai harga daripada Syarikat Pemborong Kasut Bintang. Syarat bayaran: diskaun tunai 5% 10 hari, 2% 30 hari dan diskaun niaga 20%. Angkutan dibayar.

5 Jan 2014 Encik Abdul memesan 50 pasang kasut jenama bestari @RM12 daripada Syarikat Pemborong Kasut Bintang.

6 Jan 2014 Syarikat Pemborong Kasut Bintang menghantar kasut dan memberi invois.

(i) Jelaskan maksud: (a) Sebut harga [1 markah](b) Angkutan dibayar [1 markah]

(ii) Jelaskan perbezaan antara sebut harga dengan senarai harga? [2 markah]

(iii) Hitungkan jumlah yang dibayar oleh Encik Abdul sekiranya beliau membayar pada 12 Januari 2014. [4 markah]

(iv) Apakah tujuan invois dihantar kepada Encik Abdul? [2 markah]

4

Pesanan mel

Mesin Peruncitan Automatik

Jualan terus

Pesanan mel

Mesin Peruncitan Automatik

Jualan terus

Page 5: 2014 Sarawak Paper 2

3(a) Maklumat berikut mengenai urusniaga perniagaan antarabangsa.

(i) Kenalpasti jenis dokumen yang dihantar oleh Encik John D’ Cruz kepada Encik Samad. [1 markah]

(ii) Jelaskan jenis dokumen tersebut. [2 markah]

(b) Terangkan tiga kepentingan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada masyarakat. [6 markah]

(c) Maklumat berikut mengenai satu jenis milikan perniagaan.

(i) Nyatakan jenis milikan perniagaan di atas. [1 markah]

(ii) Terangkan tiga kelebihan jenis milikan perniagaan tersebut. [6 markah]

5

Encik Samad telah menerima pesanan daripada ejennya John D’ Cruz dari Australia yang ingin mengimport kasut dan baju sukan. Encik John D’ Cruz tidak menetapkan secara khusus jenama dan pembekal dalam pesanan tersebut. Encik Samad telah berjaya menepati semua prosedur yang ditetapkan dan memuatkan kasut dan baju sukan ke dalam kontena untuk diangkut ke dalam kapal.

Klinik Nathan & rakan-rakan

Klinik Nathan & rakan-rakan

Page 6: 2014 Sarawak Paper 2

(d) Maklumat berikut berkaitan dengan pelaburan yang dibuat oleh tiga orang adik beradik.

Ben, Mark dan Sheila masing-masing menerima RM100 000 tunai daripada mendiang datuk mereka. Ben telah melaburkan semua wang tersebut dengan membeli saham syarikat berhad. Mark menyimpan wang tersebut dalam akaun simpanan tetap. Sheila telah melabur wang dalam harta tanah.

(i) Tentukan bentuk pulangan yang diterima oleh Ben, Mark dan Sheila.[3 markah]

(ii) Kenalpasti tahap risiko setiap pelaburan itu dan berikan alasan.[6 markah]

6

Page 7: 2014 Sarawak Paper 2

4(a) Berikut adalah maklumat tentang bayaran menggunakan cek.

(i) Terangkan tiga pihak yang terlibat dalam penggunaan cek tersebut. [6 markah]

(ii) Lakarkan cek yang dikeluarkan oleh Encik Salleh kepada Hotel Arif. [5 markah]

(iii) Jelaskan kesan palangan pada cek yang dikeluarkan oleh Encik Salleh. [2 markah]

(b) Situasi di bawah berkaitan dengan prinsip-prinsip insurans.

Prinsip X Insurer enggan menerima permohonan Luke untuk menginsuranskan rumah jirannya terhadap kebakaran.

Prinsip Y Pemilik gudang yang menyimpan bungkusan-bungkusan makanan ranggup tidak memberitahu insurer bahawa dia ada juga menyimpan tong-tong gas ketika membeli insurans kebakaran.

Huraikan prinsip insurans X dan Y. [6 markah]

7

Encik Salleh ialah pemilik Syarikat Sri Indah Travel Sdn. Bhd. yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pelancongan. Pada 15 Januari 2014, Encik Salleh telah diarahkan membayar sejumlah RM6 500 oleh pengusaha Hotel Arif, Johor Bahru sebagai bayaran kos penginapan pelancong yang diuruskan oleh syarikat itu. Akaun semasa syarikat itu ialah di Bank Cahaya, Johor Bahru. Pihak Hotel Arif meminta Encik Salleh membayar dengan cek berpalang akaun penerima sahaja.

Page 8: 2014 Sarawak Paper 2

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Ahmad.

Terangkan tiga faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Encik Ahmad apabila memilih jenis pengangkutan untuk menghantar hasil pengeluarannya ke Australia. [6 markah]

5(a) Gambar 3 adalah berkaitan dengan jenis perkhidmatan komunikasi.

Gambar 3

Jelaskan kelebihan perkhidmatan di atas kepada perniagaan dalam negeri dan antarabangsa. [3 markah]

(b) Terangkan tiga peranan gudang peruncit.[6 markah]

8

Encik Ahmad terlibat dalam penternakan udang galah. Terdapat beberapa buah syarikat dari Australia berminat untuk mendapatkan hasil penternakan Encik Ahmad. Encik Ahmad perlu berhati-hati dalam membuat pilihan jenis pengangkutan bagi memastikan cara penghantaran itu menjamin kualiti udang galah.

Encik Ahmad terlibat dalam penternakan udang galah. Terdapat beberapa buah syarikat dari Australia berminat untuk mendapatkan hasil penternakan Encik Ahmad. Encik Ahmad perlu berhati-hati dalam membuat pilihan jenis pengangkutan bagi memastikan cara penghantaran itu menjamin kualiti udang galah.

Page 9: 2014 Sarawak Paper 2

(c) Berikut merupakan iklan sabun mandi.

Huraikan dua jenis gaya tarikan iklan yang digunakan. [6 markah]

(d) Berikut adalah mengenai Puan Anis.

Terangkan teknik membeli yang sepatutnya dipatuhi oleh Puan Anis supaya beliau menjadi pengguna yang bijak. [10 markah]

9

Sempena perayaan Hari Raya tidak lama lagi, Puan Anis bercadang untuk membeli-belah barang-barang keperluan seisi rumah dan juga perabot untuk menghias rumahnya mengikut gaya terkini.

Page 10: 2014 Sarawak Paper 2

Bahagian B

[25 markah]Soalan ini wajib dijawab.

6 Puan Zainab ialah pemilik kilang pengeluar pelbagai jenis pakaian muslimah untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Kilangnya terletak di kawasan perindustrian Sejingkat. Operasi pengeluaran di kilangnya menggunakan teknik pengeluaran berteknologi tinggi. Setiap pekerja ditugaskan mengikut bahagian-bahagian tertentu sahaja.

Untuk menyimpan stok yang dikeluarkan secara besar-besaran, dia telah membina sebuah gudang besar yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang terkini seperti alat penggera, kamera dan sistem pemadam api automatik. Pada anggapan beliau, ciri tersebut telah mencukupi untuk menjadikan sebuah gudang yang baik.

Dalam mengendalikan perniagaannya, beliau juga terpaksa menanggung pelbagai risiko. Antara risiko yang kerap dialami oleh beliau ialah banyak stok lama tidak dapat dipasarkan akibat perubahan citarasa pengguna dan risiko rompakan yang mungkin berlaku semasa penghantaran barangan. Sebagai seorang usahawan yang berwawasan, beliau berusaha untuk mendapatkan perlindungan daripada syarikat insurans. Pada masa yang sama, Puan Zainab ingin mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan untuk membantu memberi latihan kepada pekerja-pekerja beliau.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut:(a)(i) Nyatakan jenis pengkhususan yang diamalkan di kilang milik Puan Zainab.

[1 markah] (ii) Jelaskan empat kebaikan jenis pengkhususan di 6(a)(i). [4 markah]

(b) Puan Zainab beranggapan bahawa gudang yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan telah mencukupi untuk menjadi gudang yang baik. Adakah anda bersetuju dengan anggapan beliau?Kemukakan empat alasan. [5 markah]

(c) Pada pendapat anda, adakah usaha Puan Zainab untuk mendapatkan perlindungan daripada syarikat insurans bagi kedua-dua risiko tersebut berjaya? Berikan alasan anda. [2 markah]Jelaskan perbezaan kedua-dua risiko tersebut. [6 markah]

(d) Cadangkan tiga jenis insurans yang boleh diambil oleh Puan Zainab untuk melindungi perniagaannya. [6 markah]

(e) Nyatakan satu agensi kerajaan yang dapat membantu Puan Zainab melatih pekerja-pekerjanya.

[1 markah] 10