2014_kertas_kerja_bola_keranjang_edited 2.docx
TRANSCRIPT
KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANGSEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH HILIR PERAK 2014
1. PENGENALAN Kertas kerja ini merupakan cadangan bagi aktiviti yang bakal dilaksanakan yang
melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah Daerah Hilir Perak. Program ini
dijalankan adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kesukanan.
Selain itu, aktiviti ini diharapkan dapat menyemaikan ciri-ciri sahsiah bersepadu,
interaksi sosial yang positif dan juga dapat menonjolkan bakat yang terpendam
dalam diri pelajar. Aktiviti ini juga digunakan sebagai landasan penting untuk
membentuk semangat berpasukan di kalangan peserta-peserta.
2. OBJEKTIF 2.1.Menggalakkan pelajar bergiat secara aktif dalam kegiatan kokurikulum
khususnya dalam bidang sukan bola keranjang.
2.2.Mengasah bakat pelajar dalam bidang kesukanan.
2.3.Melatih pelajar dalam bidang pengelolaan pertandingan bola keranjang.
2.4.Menggalakkan kerjasama dan mengeratkan silaturrahim di antara peserta
yang terlibat dalam pertandingan ini.
3. TUJUAN Kejohanan ini dirancang agar dapat menggalakkan pelajar menceburkan diri
secara aktif dalam bidang sukan khususnya bagi permainan bola keranjang.
Selain itu juga, kejohanan ini dijalankan bagi memilih wakil pasukan bola
keranjang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Hilir Perak untuk bertanding dalam
Kejohanan Bola Keranjang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak Tahun 2014.
4. TEMA Pertandingan Bola Keranjang Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak
2014.
5. SASARAN Pelajar-pelajar sekolah rendah Daerah Hilir Perak.
6. TARIKH 5.1 Tarikh Pertandingan :17 Mac hingga 19 Mac 2014 ( Isnin hingga Rabu ).
5.2 Tarikh Tutup Pendaftaran : Sebelum 10 Mac 2014
7. MASA PERTANDINGAN 17.3.2014 dan 18.3.2014 -2.00 pagi hingga 6.00 petang
19.3.2014 -1.00 pagi hingga 6.00 petang
8. TEMPAT Gelanggang bola keranjang SJK(C) Chong Min
9. ANJURAN Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak dan SJK(C) Chong Min
10.JAWATANKUASA INDUK
PENASIHATTUAN HAJI ZAINAL ABIDDIN BIN OSMAN
Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak
PENGERUSITUAN HAJI MOHAMAD SUHAIMI BIN MANSOR@HARUN
Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan
SETIAUSAHAENCIK MOHD FAHMI BIN TAJUID
Penolong PPD Kokurikulum
PENOLONG SETIAUSAHA 1ENCIK ALIAS BIN SALI
Penyelia Sukan
PENOLONG SETIAUSAHA 2ENCIK SUNGIP BIN MARKON
Penyelia Sukan
BENDAHARI
ENCIK MUHAMMAD YUSUF BIN ZAKARIAPenyelia Kokurikulum
ANGGOTA JAWATANKUASAENCIK LOH CHOON PENG
Guru Besar SJK(C) Chong Min
GURU BESAR SJK(C) BATU 12 ( K1 )
GURU BESAR SJK(C) SAN MIN 2 ( K3 )
GURU BESAR SJK(C) KEOW MIN ( K5 )
GURU BESAR SJK(C) PHOOI SENG ( K6 )
GURU BESAR SJK(C) SIN MIN ( K7 )
GURU BESAR SJK(C) HUA HSIA ( K8 )
11.JAWATANKUASA PENGELOLA
PENASIHATENCIK ZAINAL ABIDDIN BIN OSMAN
Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak
PENGERUSIENCIK LOH CHOON PENG
Guru Besar SJK(C) Chong Min
TIMBALAN PENGERUSIENCIK ENG KOK LEONG
Penolong Kanan Kokurikulum SJK(C) Chong Min
NAIB PENGERUSI 1ENCIK WANG TING HAN
Penolong Kanan Pentadbiran SJK(C) Chong Min
NAIB PENGERUSI 2ENCIK KUAY ENG KIM
Penolong Kanan Hak Ehwal Murid SJK(C) Chong Min
SETIAUSAHAENCIK SEE KOK WEE
PENOLONG SETIAUSAHAENCIK YAU CHOON KEAT
BENDAHARIPUAN CHEAH YUET MEI
URUS SETIA DAN PENDAFTARAN PASUKANENCIK NG YEW CHEONGPUAN SHE CHENG WAN
PUAN TAN SOON SIM
PERSIAPAN DAN PENYELARASAN GELANGGANG/TEMPAT & PERALATANPUAN NG SOOK MOOI
CIK TAN LEI HEOKCIK ONG XIN YI
ENCIK LIM SENG CHEWENCIK MOHD RAMDAN BIN ALI NORDIN
ENCIK MUHAMMAD NUR FADZLI BIN HAMZAH
MINUMAN PERTANDINGAN PEGAWAI DAN PESERTACIK TAN LAY HWA
CIK LEE CHENG SONGPUAN TAN SHU HWA
BUKU PROGRAMPUAN TAN KHAI WEI
SIJIL & HADIAH/ CENDERAMATACIK TEOH HOON SHINPUAN LEE POH NEE
STATISTIK & KEPUTUSANPUAN ZUNAIDA BINTI ABDUL RAHIM
PUAN TAN LAY KHIM
PENGACARA MAJLIS PENUTUPPUAN LAM CHEW KAN
KECEMASAN & PERUBATANPUAN CHAN BEE HONGPUAN KANG YOOK LAN
PUAN LEE YIP LENG
PERASMIAN PENUTUPCIK CHEE CHEONG KUAN
CIK CHEW LAI IM
JAMUAN PERASMIAN PENUTUPPUAN TAN SWEE LUAN
PUAN LEE LAI HARPUAN TEH AI LIAN
DOKUMENTASI DAN FOTOGRAFI
ENCIK ROSTAM BIN MALEKENCIK SEE KOK WEE
TEKNIK, PERTANDINGAN DAN KEPEGAWAIANENCIK KEONG CHUEN EWE
PTPS Bola Keranjang MSS Daerah HIlir Perak
COMISSIONERENCIK YAU CHOON KEAT
ENCIK SEE KOK WEEENCIK NG YEW CHEONG
OPERATOR 24 SECONDPUAN CHUAH BEE LENG
PUAN CHONG YOON THYEPUAN PUNG PITT KIEN
TIME KEEPERPUAN LEE WAN HARPUAN SAIK SOW KIM
PUAN SOON SOO LIAN
SCORERPUAN WONG KAH YEE
PUAN MOY KAR YINCIK NG SHIAO KEEMPUAN TAN YEE TEE
PUAN THEA AH NYAHPUAN WONG SIEW WAN
PUAN TAN ING KIMPUAN YEAP KEOK HUA
PAPAN SKORPUAN WONG SIN KIEWPUAN CHEAH YUET MEIPUAN LOH FONG KUAN
12.TENTATIF / JADUAL PERTANDINGAN JADUAL PERTANDINGAN BOLA KERANJANG BAWAH 12 TAHUN MSSD HILIR PERAK 2014
Lelaki Perempuan LA Kelompok *PA Kelompok *LB Kelompok PB KelompokLC Kelompok *PC KelompokLD Kelompok *LE Kelompok
TARIKH MASA PERMAINAN PASUKAN BERTANDING CATATAN
17.03.2014
ISNIN
2.00 p.m.-3.00 p.m. 1 LA Vs LB
3.00p.m.-4.00p.m. 2 LC Vs LD
4.00p.m.-5.00 p.m. 3 PA Vs PB
5.00p.m.-6.00p.m. 4 LE Vs LA
18.03.2014
KHAMIS
2.00 p.m.-3.00 p.m. 5 LB Vs LC
3.00p.m.-4.00p.m. 6 LD Vs LE
4.00p.m.-5.00 p.m. 7 PB Vs PC
5.00p.m.-6.00p.m. 8 LA Vs LC
19.03.2014
RABU
1.00 p.m.- 2.00p.m. 9 LD Vs LB
2.00 p.m.-3.00 p.m. 10 LC Vs LE
3.00p.m.-4.00p.m. 11 PA Vs PC
4.00p.m.-5.00p.m 12 LA Vs LD
5.00p.m.-6.00p.m 13 LE Vs LB
6.00p.m.-6.30p.m PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH
13.PERATURAN AM PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA KERANJANG SEKOLAH-SEKOLAH
RENDAH DAERAH HILIR PERAK 2014
1. Undang-Undang PermainanKejohanan ini akan dimainkan mengikut Undang-Undang Persatuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) 2010 dan Peraturan-Peraturan Am MSSM. Sekirannya berlaku masalah penafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.
2. Jenis PertandinganPertandingan berpasukan antara kelompok.2.1. Kategori
2.1.1. Lelaki 12 tahun ke bawah.2.1.2. Perempuan 12 tahun ke bawah.
2.2. Atlet adalah terdiri daripada atlet pilihan kelompok masing-masing.2.3. Setiap kelompok boleh menghantar 1 pasukan sahaja untuk setiap kategori.
3. Had Umur Peserta3.1. Kiraan umur adalah pada 01hb. Januari pada tahun pertandingan. In bermakna:
3.1.1. Bawah 12 tahun terdiri daripada atlet yang lahir pada atau selepas 01.01.2002.
3.2. Semua pertandingan dalam kumpulan umur 12 tahun dan ke bawah dihadkan kepada atlet dari sekolah rendah sahaja.
4. Pendaftaran Pemain/ Pembentukan Pasukan4.1. Pengurus pasukan hendaklah mendaftar pemain-pemain dengan menggunakan
Borang Pendaftaran yang disertakan bersama-sama dengan Salinan Sijil Lahir mereka sebelum tarikh akhir pendaftaran. Sebarang tambahan atau pertukaran para pemain selepas itu tidak diterima.
4.2. Setiap kelompok dibenarkan mendaftarkan 3 orang pegawai dan 12 atlet untuk setiap pasukan.
5. Sistem Pertandingan5.1. Pertandingan akan dijalankan secara liga. Kedudukan adalah ditentukan melalui
jumlah pungutan mata yang diperolehi pada akhir pertandingan.
6. Masa Bermain6.1. Kategori 12 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan) dimainkan dalam empat
sukuan dan masa bermain setiap sukuan adalah 7 minit.6.2. Masa rehat antara sukuan 1 dan 2, 3 dan 4 ialah 2 minit, manakala 5 minit antara
sukuan 2 dan 3. 6.3. Sekiranya seri setelah tamat sukuan 4, masa tambahan sebanyak 3 minit akan
diberi dengan masa rehat 2 minit. 6.4. Masa terperinci adalah seperti berikut:
Sukuan 1 R Sukuan 2 R Sukuan 3 R Sukuan 4 R Sukuan tambahan
7 minit 2 7 minit 5 7 minit 2 7 minit 2 3 minit
7. Cara Menentukan Keputusan
7.1. Pertandingan dalam liga, mata berikut akan diberikan:Menang - 2 mataKalah - 1 mataKalah tanpa bertanding - 0 mata
7.2. Jika dua atau lebih kumpulan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan mengikut Undnag-Undang Antarabangsa (FIBA) dibawah bahagian “Classification of Teams”.
8. Pakaian8.1. Setiap pasukan mestilah mempunyai 2 set jersi dengan satu set berwarna putih dan
satu set lagi berwarna gelap.8.2. Untuk pertandingan, mana-mana pasukan yang tersebut dahulu dalam Jadual
Pertandingan dikehendaki memakai jersi berwarna putih sementara lawannya mamakai jersi berwarna gelap.
8.3. Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warnanya, pasukan yang memakai jersi yang salah hendaklah menukar jersinya bagi perlawanan itu.
9. Gelanggang Permainan / Alatan9.1. Rujuk Undang-Undang Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA).
10. Menarik Diri dan Menyerah Kalah
10.1. Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyelah kalah dengan sengaja, maka semua keputusan yang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak akan dibenarkan bermain permainan seterusnya.
10.2. Laporan akan dihantar ke Pejabatan Pelajaran Daerah Hilir Perak.
11. Kelewatan11.1. Hanya 10 minit sahaja diberi kepada pasukan lewat dan selepas itu pihak
lawannyaakan diberi kemenangan percuma dengan 2 mata dan skor bilangan mata perlawanan 20-0.
12. Bantahan12.1. Sekiranya setelah tamat perlawanan pasukan itu ingin membuat bantahan, ketua
pasukan hendaklah menulis perkataan ‘INGIN BANTAHAN’ di dalam ruang catatan ‘score sheet’ serta menandatangani supaya bantahan dapat dipertimbangkan.
12.2. Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan yang berkenaan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada dua puluh (20) minit selepas perlawanan tamat disertakan dengan bayaran sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus). Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan tidak berjaya.
12.3. Juri Rayuan hendaklah mengadakan mesyuarat sejam selepas jawatankuasa pegelola pertandingan menerima bantahan berkenaan.
13. Juri Rayuan13.1. Ahli Juri Rayuan adalah terdiri daripada:
13.1.1. Pengerusi Pengelola atau wakilnya.13.1.2. Setiausaha Jawatankuasa Pengelola – Ex-Office13.1.3. Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Keranjang MSSHP.13.1.4. Tiga (3) orang Pengurus Pasukan MSS daerah yang berdaftar dan tidak
terlibat dengan bantahan.
14. Lembaga Tatatertib14.1. Lembaga ini terdiri daripada:
14.1.1. Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak.14.1.2. Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Manusia.14.1.3. Setiausaha Agong MSSHP.14.1.4. Penyelaras Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Keranjang MSSHP.14.1.5. Setiausaha Jawatankuasa Pengelola-Ex_Officio.
15. Tindakan Tatatertib15.1. Pasukan yang dikenakan tindakan tatatertib akan dilapor kepada Pegawai
Pelajaran Daerah.
16. Cara Pertahanan Untuk Bola Keranjang Sekolah Rendah16.1. Peraturan Bermain ‘Man to Man’
Permainan Bola Keranjang sekolah renda dimainkan dalam 4 waktu. Semasa kedua-dua pasukan diwajibkan mengamalkan PERTAHANAN secara MAN TO MAN kawalan ketat. Pasukan dilarang bermain PERTAHANAN ZON.Semasa pertahanan, seorang pemain dikehendaki setiasa mengawal bola dan pemain lawannya mempraktikkan prinsip-prinsip pertahanan individu. Selepas pasukan penyerang sudah melintasi garisan tengah, pemain-pemain pasukan bertahan mestu mengawal rapi dengan jarak lebih kurang 1.5 meter terhadap pemain tanpa bola.
16.2. Denda16.2.1. Pasukan yang sengaja melanggar peraturan secara MAN-TO-MAN kawalan
ketat akan diberi AMARAN pada kali pertama dan SATU FOUL TEKNIKAL akan diberi kepada jurulatih pada setiap peraturan ini dilanggar semula.
16.2.2. Foul Teknikal ini tidak diambil kira dalam hitungan foul jurulatih dan pasukannya.
16.3. Bilangan Pemain Yang Boleh Bermain16.3.1. Enam (6) orang pemain didaftarkan untuk bermain dalam sukuan 1 dan
sukuan 2. Pemain simpanan yang didaftar sahaja boleh membuat pertukaran semasa sukuan 1 dan sukuan 2.
17. Pemilihan dan Latihan Pusat Pasukan MSS Negeri Perak17.1. Satu Panel Pemilihan YANG DIPENGERUSIKAN OLEH PTPS Bola Keranjang
ditubuhkan dan ahli-ahlinya adalah pengurus-pengurus dan jurulatih-jurulatih kelompok yang dilantik penganjur pertandingan.
17.2. Pemain berpotensi dan handal yang bermain dalam Kejohanan Bola Keranjang MSS Hilir Perak akan dipilih untuk mengikuti Pemilihan dan Latihan Pusat Fasa 1 dan Fasa 2 dan seterusnya jika cemerlang akan dipilih mewakili MSS Hilir Perak.
17.3. Latihan Pusat dan Pemilihan Fasa 1 dan 2 akan dijalankan sebelum Kejohanan MSSPK.
18. Perubahan-Perubahan Peraturan FIBA Terkini18.1. Pemain tidak dibenarkan memakai T-shirt di bawah jersi permainan mereka.18.2. Sekiranya pemain yang memegang bola jatuh di atas lantai dan mengelongsor
(slides) di atasa lantas tidak dikira sebagai sebagai satu ‘violation’.18.3. Pemain dianggar telah bergerak ke gelanggang depan (front court) jika kedua-
dua kaki dann bola pemain yang menggelecek telah menyentuh gelanggang depan (front count).
18.4. Seorang pemain pasukan bertahan yang telah lompat dari ‘front court’nya dan dapat menangkap daripada lawan yang menyerang kemudiab mendarat di ‘backcourt’nya tidak dikira sebagai ‘violation’.
18.5. ‘Unsportsmanlike Foul’ akan diberikan kepada pemain bertahan yang cuba menghadang pemain pihak lawan yang melakukan ‘fast break’ dimana tidak ada sesiapa lagi di antara pemain menyerang tersebut dan kedudukan jaring ‘basket’, pemain bertahan telah melakukan satu sentuhan samada dari belakang atau sisi pemain menyerang tersebut.
18.6. ‘Techinical Foul’ boleh dikenakan kepada pemain yang melakukan hayunan siku yang bertujuan mencederakan pihak lawan walaupun hayunannya tidak menyentuh pihak lawan,
18.7. Pemain yang memasukkan tangannya menerusi bawah jarring dan menyentuh bola akan dikira sebagai satu ‘interferene’, hukuman yang berkaitan dengannya akan dikenakan.
18.8. Lontaran masuk di garisan tepi (Art.2.2.6 Throw-in side lines)Semasa masa tinggal dua (2) minit permainan sukuan ke-4 dan tempoh tambahan, berikutan masa “Time out” diminta oleh pasukan yang diberi bola lontaran masuk dari backcourt, lontaran masuk selepas “Time out” akan dibuat di tempat garis kecil yang ditanda di luar gelanggang, di bertentangan dengan lokasi pegawai meja dan kawasan bangku pasukan, berhampiran di atas garisan tiga mata.
18.9. Tiada caj semi bulatan (Art.2.2.7 No-charge semicircles)Kesalahan charging (offensive) tidak perlu dipanggil jika berlaku sentuhan oleh pemain serangga dengan keadaan kedudukan pemain pertahanan berada dalam lingkungan tanpa caj semi bulatan. Syaratnya pemain serangga mesti dalam keadaan menggelecek bola dari luar lingkungan tanpa caj semi bulatan dan cuba membuat jaringan layang (lay up).
18.10. Dua puluh empat saat (Art.29 Twenty-four seconds)Jika lontaran ke dalam yang hendaklah dilakukan di backcourt, maka masa 24 saat hendaklah diset semula ke 24 saat. Jika lontaran ke dalam yang hendaklah berlaku di frontcourt, jika 14 saat atau lebih dipaparkan pada masa permainan telah dihentikan, maka ia tidak boleh reset dan hendaklah kekal sama. Manakala jika 13 saat atau kurang dipaparkan pada masa permainan telah dihentikan, ia hendaklah diset semula kepada 14 saat.
19. Menarik Diri / Enggan Meneruskan Permainan / Menyerah KalahSemua pasukan yang telah mendaftar untuk menyertai kejohanan ini adalah dilarang sama sekali dari menarik diri atau enggan meneruskan perlawanan atau menyerah kalah. Mana-mana pasukan yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan selaras dengan Peraturan Am MSSPK (Perkara 11).
20. Pentafsiran Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Kejohanan Jawantankuasa Pengelola mempunyai hak mentasir segala perkara yang tidak disiarkan dalam undnag-undangdan peraturan-peraturan kejohanan ini dan keputusannya adalah muktamad.
14.BIDANG TUGAS JAWATANKUASA BOLA KERANJANG 1. Urusetia dan pendaftaran
1.1. Bentuk Jawatankuasa Kecil.1.2. Menyempurnakan segala urusan mesyuarat, perbincangan atau mana-mana
perkara berkaitan.1.3. Menyediakan borang pendaftaran peserta, guru pengiring dan pengadil.1.4. Menerima pendaftaran pasukan yang mengambil bahagian.1.5. Membuat penyelarasan untuk tugas pengelolaan melalui mesyuarat dan
perhubungan. 1.6. Pengurusan serta kordinasi dan penyampaian laporan kepada Jawatankuasa
Pengelola. 1.7. Memanggil mesyuarat jawatankuasa tertentu (jika perlu).1.8. Sentiasa bekerjasama dengan jawatankuasa kecil yang lain.
2. Jawatankuasa Persiapan Tempat Pertandingan / Gelanggang dan Peralatan2.1. Bentuk Jawatankuasa Kecil.2.2. Melantik pembantu teknikal (pelajar) di setiap gelanggang. 2.3. Menyediakan bangku pemain, kerusi pengadil, kerusi pembantu pengadil dan
peralatan yang diperlukan dalam pertandingan.2.4. Pastikan keadaan gelanggang sempurna, bersih dan selamat sepanjang hari
pertandingan.2.5. Memastikan gelanggang dan persekitaran dibersihkan selepas tamat permainan.2.6. Sentiasa bekerjasama dengan jawatankuasa kecil yang lain.
3. Jawatankuasa Minuman Pertandingan Pegawai dan Peserta3.1. Bentuk Jawatankuasa Kecil.3.2. Mendapatkan pembekal air.3.3. Menyediakan peralatan (tong besar/ cawan plastis/ air/ plastik sampah)3.4. Menguruskan pembekalan minuman.3.5. Mendapatkan kemudahan/ peralatan/ tempat menyimpan/ penyediaan muniman.3.6. Menyelaras pengedaran minuman dengan pihak pengurusan kejohanan.3.7. Menyediakan sistem kawalan kebersihan akibat dari pembekalan minuman. 3.8. Sentiasa bekerjasama dengan jawatankuasa kecil yang lain.
4. Jawatankuasa Buku Program4.1. Bentuk Jawatankuasa Kecil.4.2. Mendapatkan maklumat untuk buku program.4.3. Menentukan isi kandungan:
4.3.1. Jawatankuasa Induk4.3.2. Jawatankuasa Pengelola4.3.3. Jadual Pertandingan4.3.4. Senarai Pegawai Kejohanan4.3.5. Penghargaan
4.4. Sentiasa bekerjasama dengan jawatankuasa kecil yang lain.
5. Sijil, Hadiah dan Cenderamata5.1. Bentuk Jawatankuasa Kecil.5.2. Dapatkan sijil MSSPK dan ‘wording’ dari urussetia sebelum kejohanan.5.3. Lengkapkan sijil dan serahkan kepada urusetia untuk ditandatangani Pengarah.5.4. Dapatkan senarai nama dari urusetia.5.5. Serahkan semula sijil yang siap dicetak dan ditandatangani oleh Pengarah
kepada urusetia untuk diagihkan kepada penerima pada hari kejohanan dan semasa majlis penyampaian hadian.
5.6. Menyediakan cenderamata perasmi dan pengadil.5.7. Menguruskan penyampaian hadiah dalam majlis perasmian penutup.5.8. Sentiasa bekerjasama dengan jawatankuasa kecil yang lain.
6. Jawatankuasa Statistik dan Keputusan6.1. Bentuk Jawatankuasa Kecil.6.2. Menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan.6.3. Mendapatkan butir-butir kemasukan daripada Jawatankuasa Teknik dan
Pertandingan.6.4. Menyediakan sistem dan mengendalikan catatan keputusan rasmi dan
menyimpan rekod. 6.5. Memproses kutipan mata untuk hebalan.6.6. Mengemukakan keputusan rasmi/ data kepada pasukan-pasukan dan urusetia.6.7. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan bagi mendapatkan
keputusan pertandingan selepas sahaja tamat setiap perlawanan.6.8. Menyusun dan menerbitkan Buku Keputusan Rasmi Kejohanan untuk edaran ke
semua daerah dan kontigen dan satu salinan untuk:6.8.1. Unit Sukan JPN (Seminggu selepas kejohanan)6.8.2. Setiausaha Agung MSSPK (Seminggu selepas kejohanan)6.8.3. PPD/ MSSD (Seminggu selepas kejohanan)6.8.4. PTPS Negeri (Sebaik sahaja tamat kejohanan)6.8.5. PTPS Daerah (Sebaik sahaja tamat kejohanan)
6.9. Sentiasa bekerjasama dengan jawatankuasa kecil yang lain.
7. Pengacara Majlis Penutup7.1. Bentuk Jawatankuasa Kecil.7.2. Menyediakan teks bacaan doa.7.3. Membacakan doa semasa majlis.7.4. Menyediakan aturcara majlis dan mengenalpasti tetamu yang hadir.7.5. Menyediakan skrip lengkap tentang keseluruhan perjalanan majlis.7.6. Menyediakan CD untuk lagu ‘Negaraku’.
8. Jawatankuasa Kecemasan, Perubatan dan Keselamatan8.1. Bentuk Jawatankuasa Kecil.8.2. Menyediakan kelengkapan dan peralatan pertolongan cemas.8.3. Menyediakan pasukan petugas pertolongan cemas.8.4. Mengatur jadual bertugas pasukan pertolongan cemas di setiap gelanggang
perlawanan.8.5. Memberi khidmat pertolongan cemas semasa kejohanan dan mencadangkan
rawatan lanjut jika diperlukan.8.6. Bekerjasama dengan pihak pengurusan perlawanan di gelanggang pertandingan.8.7. Sentiasa bekerjasama dengan jawatankuasa kecil yang lain.
9. Jawatankuasa Teknik, Pertandingan dan kepegawaian9.1. Bentuk Jawatankuasa Kecil9.2. Menyediakan garis panduan tugas pasukan pembantu teknik.9.3. Memanggil dan mengendalikan taklimat tugas pembantu teknik.9.4. Menguruskan kebajikan pegawai-pegawai kejohanan.9.5. Menentukan segala peraturan teknik dipatuhi. 9.6. Membuat keputusan dalam hal-hal teknik.9.7. Menyediakan semua borang rasmi yang diperlukan.9.8. Menyediakan jadual pertandingan dan keputusan rasmi.9.9. Mengumpul dan mengemaskini keputusan pertandingan.9.10. Melantik pengadil dan jawatankuasa pemilihan pemain.9.11. Menyusun pengadil dan pegawai yang bertugas secukupnya berdasarkan
keperluan setiap peringkat pertandingan.9.12. Memilih peserta yang layak untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.9.13. Sentiasa bekerjasama dengan jawatankuasa kecil yang lain.
10. Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah10.1. Bentuk Jawatankuasa Kecil.10.2. Menyediakan kerusi yang bersesuaian di atas pentas dan dewan.10.3. Menyediakan ‘back-drop’ dan hiasan pentas.10.4. Menentukan dan menyusun atur kedudukan kontigen.10.5. Memastikan kelancaran Majlis Penyampaian hadiah.10.6. Sentiasa bekerjasama dengan jawatankuasa kecil yang lain. 10.7. Menyediakan tempat yang bersesuaian untuk jamuan.
11. Persiapan Gelanggang11.1. Menyediakan gelanggang mengikut spesifikasi.11.2. Memastikan gelanggang yang disediakan dalam keadaan yang selamat11.3. Mengemaskan kembali gelanggang setelah tamat pertandingan.
15.ANGGARAN PERBELANJAAN.15.1. Pengadil (13 perlawanan RM 40.00 x 13) RM 520.00
15.2. Buku Program RM 20.00
15.3. Air Mineral ( 10 X RM10.00 ) RM 100.00
15.4. Peralatan ( Bola, jaring dll ) RM 160.00
15.5. Jamuan Majlis Penutup RM 100.00
15.6. Perbelanjaan runcit RM 100.00
ANGGARAN JUMLAH PERBELANJAAN RM 1000.00
16.SUMBER KEWANGAN 16.1. Cadangan yuran penyertaan pasukan lelaki : 5 X RM140 =
RM700.0016.2. Cadangan yuran penyertaan pasukan perempuan :3XRM100 =
RM300.00
17.PENUTUPKejayaan Kejohanan bola keranjang ini bergantung kepada komitmen dan
kerjasama semua pihak. Semoga pertandingan yang dirancang ini akan berjaya
dilaksanakan mengikut perancangan serta mencapai objektif dan matlamatnya.
ANGGARAN JUMLAH YURAN PENYERTAAN RM 1000.00
PERTANDINGAN BOLA KERANJANG MSS HILIR PERAK TAHUN 2014BORANG PENYERTAAN LELAKI BAWAH 12
KELOMPOK KELOMPOK : PENGURUS PASUKAN : JURULATIH : PENOLONG JURULATIH : KETUA PASUKAN :
BIL NAMA PESERTA NO JERSI
TARIKH LAHIR
NO SIJILBERANAK
NAMA ALAMAT DAN TELEFON SEKOLAH NO PENDAFTRAN
TINGGI(cm)
123456789
101112
Disahkan benar,
…….……………………….………………………………… TARIKH : ............................................ ( ) Tandatangan Guru Besar / Pengerusi Kelompok dan Cop Rasmi
L12
PERTANDINGAN BOLA KERANJANG MSS HILIR PERAK TAHUN 2014BORANG PENYERTAAN PEREMPUAN BAWAH 12
KELOMPOK : PENGURUS PASUKAN : JURULATIH : PENOLONG JURULATIH : KETUA PASUKAN :
BIL NAMA PESERTA NOJERSI
TARIKH LAHIR
NO SIJILBERANAK
NAMA ALAMAT DAN TELEFON SEKOLAH NO PENDAFTRAN
TINGGI(cm)
123456789
101112
Disahkan benar,
…….……………………….………………………………… TARIKH : ..............................................( ) Tandatangan Guru Besar / Pengerusi Kelompok dan Cop Rasmi
P12