20150520124422_topik 2 permintaan dan penawaran

Upload: jessica-richard

Post on 06-Jul-2018

362 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    1/21

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    2/21

      TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN   29

    Dalam topik ini, kita akan membincangkan operasi sistem pasaran melaluikonsep permintaan dan penawaran. Kita juga akan cuba untuk memahami faktoryang mempengaruhi pasaran.

    PERMINTAAN

    Dalam analisis ekonomi, konsep permintaan digunakan untuk menghurai,menganalisa dan meramalkan gelagat pembeli di pasaran.

    Permintaan boleh diterangkan dengan menggunakan jadual dan keluk yangmenunjukkan kuantiti barangan yang diperlukan dan yang boleh dibeli olehpengguna pada satu-satu masa dan pada harga yang berbeza. Pada masa yangsama, pemboleh ubah yang lain dianggap sebagai kekal dan tidak berubah(sesetengah penulis menggunakan terma ceteris paribus   untuk menghuraikankeadaan di mana pemboleh ubah lain tidak berubah).

    Dua fakta penting yang perlu anda fahami mengenai definisi di atas adalah

    hubungan antara kuantiti permintaan dengan:(a) Harga; dan

    (b) Pembolehubah yang berkaitan.

    Permintaan tidak hanya merujuk kepada kuantiti tetapi juga kepada hubunganantara kuantiti diminta dan harga. Oleh itu, permintaan boleh diterangkandalam bentuk jadual dan keluk yang menghubungkan kuantiti dengan harga.

    Untuk mengukur perubahan dalam kuantiti diminta, kita andaikan bahawa

    pemboleh ubah lain yang mempengaruhi permintaan tidak berubah apabilaharga berubah. Antara pemboleh ubah yang lain adalah pendapatan, citarasapengguna, harga barangan lain yang berkaitan dan ramalan pengguna tentangapa yang akan berlaku pada masa hadapan.

    Permintaan  boleh didefinisikan sebagai jumlah barangan yang diperlukandan boleh dibeli oleh pengguna pada tahap harga yang berbeza pada satu-satu masa.

    2.1

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    3/21

        TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN 30

     

    2.1.1 Hukum Permintaan 

    Rajah 2.1: Keluk Permintaan

    Keluk permintaan dengan kecerunan yang negatif menunjukkan bahawaterdapat hubungan songsang antara kuantiti diminta dengan harga. Apabilaharga meningkat, kuantiti diminta akan menurun dan apabila harga jatuh,kuantiti diminta akan naik. Hubungan songsang ini dikenali sebagai hukumpermintaan. Terdapat dua penerangan untuk hukum permintaan iaitu:

    (a) Kesan penggantian; dan

    (b) Hukum utiliti sut berkurangan.

    Kesan penggantian berlaku apabila perubahan harga menyebabkan penggunamenggantikan barangan yang terhad dengan barangan yang lain pada hargayang lebih rendah tetapi yang masih lagi menghasilkan tahap utiliti yang sama.Hukum utiliti sut berkurangan pula menerangkan hubungan negatif ini denganmenggunakan konsep utiliti dan kepuasan.

    Hubungan antara harga dan kuantiti diminta digambarkan melalui Jadual 2.1. Jadual permintaan dan keluk permintaan pula diilustrasikan pada Rajah 2.1.

    Bagaimanakah harga sesuatu barangan atau perkhidmatan ditentukandi pasaran? Kenapa sesetengah barangan mempunyai harga yang

     berbeza pada masa yang berbeza? Bincangkan di dalam kelas.

    AKTIVITI 2.1

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    4/21

      TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN   31

    Jadual 2.1: Jadual Permintaan

    Harga RM) Kuantiti diminta Unit)

    1 602 50

    3 40

    4 30

    5 20

    6 10

    2.1.2 Permintaan dan Kuantiti Diminta

    Kita perlu memahami perbezaan antara terma berikut: permintaan, kuantiti diminta,peralihan keluk permintaan dan pergerakan di sepanjang keluk permintaan. 

    (a) Keluk permintaan menggambarkan hubungan antara harga dan kuantiti padasatu-satu masa sahaja; dengan andaian faktor lain tidak berubah.Walaubagaimanapun, ia tidak dapat menunjukkan hubungan untuk jangkamasa yang lebih panjang disebabkan oleh perubahan lain penentu permintaan.

    (b) Pergerakan di sepanjang keluk permintaan menunjukkan perubahan kuantitidiminta yang disebabkan oleh perubahan dalam harga barangan itu sendiri.Pergerakan ini berkait dengan hukum permintaan. Apabila harga berubah,pembeli akan mengubah kuantiti barangan yang mereka sanggup beli.

    (c) Perubahan permintaan  merujuk kepada peralihan keluk permintaan

    disebabkan oleh perubahan pemboleh ubah yang lain (seperti harga baranganlain, jangkaan dan citarasa pengguna).Pergerakan keluk permintaan ke kananmenunjukkan peningkatan permintaan, manakala penurunan permintaanmenyebabkan keluk permintaan bergerak ke kiri.

    Rajah 2.2(a) menunjukkan konsep perubahan kuantiti diminta. Pergerakan darititik A ke titik B menunjukkan peningkatan kuantiti diminta. Manakalapergerakan dari titik A ke titik C menunjukkan penurunan kuantiti diminta.Rajah 2.2(b) pula menunjukkan perubahan permintaan. Peralihan dari titik A ke

    Bagaimanakah harga sesuatu barangan memberi kesan kepada kuantitiyang diminta?

    SEMAK KENDIRI 2.1

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    5/21

        TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN 32

    titik B menunjukkan peningkatan permintaan dan peralihan dari titik A ke titik Cmenunjukkan penurunan permintaan.

    Rajah 2.2:

    Perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan

    2.1.3 Penentu Permintaan

    Setelah kita memahami perbezaan antara perubahan permintaan dan perubahankuantiti diminta, kita akan lihat pula dengan lebih mendalam apakah faktoryang mempengaruhi permintaan (penentu permintaan).

    (a) Harga Barangan BerkaitanPerubahan harga barangan berkaitan akan menyebabkan keluk permintaan

     beralih. Terdapat dua jenis barangan berkaitan; barangan pengganti dan barangan penggenap.

    Rajah 2.3: Dua jenis barangan berkaitan

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    6/21

      TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN   33

     

    Andaikan barangan Y merupakan pengganti kepada barangan X. Apabilaharga Y meningkat, pengguna akan kurang membeli Y danmenggantikannya dengan barangan X. Akibatnya, kuantiti Y yang dimintamenurun, manakala kuantiti X yang diminta meningkat. Sebaliknya akan

     berlaku apabila harga Y jatuh. Rajah 2.4 menunjukkan keadaan ini. Dalamkedua-dua diagram, A adalah titik asal dan B adalah titik baru selepasperubahan harga berlaku.

    Harga marjerin (Y) yang meningkat dari P1  ke P2 akan mendorongpengguna untuk mengurangkan penggunaan marjerin danmenggantikannya dengan mentega (X). Di sini, kita dapati bahawawalaupun harga mentega tidak berubah, permintaan mentega telahmeningkat disebabkan oleh peningkatan harga marjerin.

    Rajah 2.4: Perubahan harga barangan pengganti

    Barangan pengganti  adalah barangan yang boleh digunakan sebagaipengganti kepada barangan yang sedang digunakan. Contoh barangan

    pengganti adalah mentega dan marjerin atau daging dan ikan.

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    7/21

        TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN 34

     

    Andaikan sekarang barangan Z adalah penggenap bagi barangan X.Peningkatan harga Z akan menyebabkan kuantiti diminta bagi kedua-dua

     barangan Z dan X jatuh. Sebaliknya akan berlaku sekiranya harga Z jatuh.Keadaan ini digambarkan oleh Rajah 2.5.

    Sebagai contoh, andaikan harga minyak (Z) naik dari P1 ke P2. Ini akanmenyebabkan kuantiti minyak yang diminta berkurangan. Akibat daripada

    kenaikan harga minyak, pengguna akan mengurangkan permintaan untukkereta (X) walaupun harga kereta tidak berubah.

    Rajah 2.5: Perubahan harga barangan penggenap

    Apabila penggunaan sesuatu barangan tidak memberi kesan kepadapenggunaan barangan yang lain, kedua-dua barangan tersebut dikatakansebagai tidak berkaitan. Contohnya, perubahan harga gula tidak akanmemberi kesan kepada permintaan terhadap kereta kerana kereta dan gulatidak mempunyai sebarang hubungan.

    Barangan penggenap adalah barangan yang perlu digunakan bersama untukmendatangkan sebarang kepuasan. Contoh barangan penggenap adalah

    kereta dan minyak atau pen dan dakwat.

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    8/21

      TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN   35

    (b) Pendapatan Kebiasaannya, pendapatan berhubung secara positif dengan permintaan.Apabila pendapatan meningkat, permintaan akan meningkat dan

    sebaliknya.

    Namun, hubungan ini hanya terpakai untuk barangan normal. Kadang-kadang, peningkatan pendapatan akan menyebabkan permintaan untuksesetengah barangan jatuh. Ini berlaku khususnya untuk barangan

     bawahan. Oleh itu, hubungan antara permintaan dan pendapatan bolehmenjadi petunjuk kepada jenis sesuatu barangan sama ada ia barangankeperluan, bawahan, normal atau mewah.

    Rajah 2.6: Hubungan antara pendapatan dan permintaan dan jenis barangan

    Walaupun kebiasaannya pendapatan akan menentukan jenis barangan, kita boleh juga mengkategorikan barangan secara umum. Sebagai contoh, beras

    hancur dianggap sebagai barangan bawahan. Manakala barangan berjenama antarabangsa seperti kereta sport ataupun pakaian berjenamadianggap sebagai barangan mewah. Barangan keperluan pula adalah

     barangan yang permintaannya tidak bergantung kepada harga seperti gula,garam atau beras biasa.

    (c) Citarasa pengguna Pengguna memiliki citarasa yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa.Apabila citarasa pengguna terhadap sesuatu barangan meningkat, merekaakan meningkatkan penggunaan barangan tersebut. Oleh itu, keluk

    permintaan barangan tersebut akan beralih ke kanan. Sebagai contoh, kita boleh lihat yang penduduk Malaysia semakin menggemari makanan segeraseperti KFC atau McDonaldÊs. Pada masa dahulu, agak sukar untukpenduduk Malaysia untuk hanya makan ayam goreng tanpa nasi. Namun,dengan perubahan masa dan iklan yang berkesan di media massa,kesemuanya telah mengubah citarasa penduduk Malaysia terhadapmakanan segera.

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    9/21

        TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN 36

    (d) Jangkaan terhadap perubahan harga dan pendapatan pada masa hadapan Pengguna mungkin dapat menjangka perubahan harga dan pendapatan yangakan berlaku pada masa hadapan. Sebagai contoh, pengguna mungkin dapat

    meramal yang harga akan meningkat semasa musim perayaan. Sekiranya hargadijangka akan meningkat, permintaan semasa akan turut meningkat.Sebaliknya, permintaan semasa akan turun jika harga dan pendapatan dijangkaakan jatuh pada masa hadapan.

    Untuk memahami dengan lebih baik apa yang telah kita bincangkan di atas,mari kita gunakan contoh permintaan untuk mentega. Dalam contoh ini, kitaakan lihat apa yang akan menyebabkan permintaan mentega meningkat danseterusnya menyebabkan keluk permintaan untuk mentega bergerak ke kanan.

    Seperti yang kita ketahui, mentega bukanlah makanan tradisional negara kitatetapi melalui pendedahan masyarakat terhadap makanan luar negara, mentegatelah dapat diterima oleh kebanyakan penduduk negara ini terutamanya untukdimakan bersama roti atau sebagai salah satu bahan untuk membuat kek.Justeru, disebabkan oleh perubahan citarasa ini, keluk permintaan mentega

    telah beralih ke kanan. 

    Marjerin adalah pengganti kepada mentega. Oleh itu, sekiranya harga marjerinnaik, permintaan untuk mentega akan jatuh. Roti pula boleh dianggap sebagaipelengkap kepada mentega. Maka, sekiranya harga roti naik (atau turun),permintaan untuk mentega akan turun (atau naik). Begitu juga denganpendapatan, sekiranya pendapatan meningkat, orang ramai mungkin akanmenggantikan marjerin dengan mentega kerana marjerin dianggap olehsesetengah pengguna sebagai barangan bawahan. Rajah 2.7 di bawahmenunjukkan peralihan keluk permintaan mentega disebabkan oleh beberapafaktor.

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    10/21

      TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN   37

     

    Rajah 2.7: Peralihan keluk permintaan mentega

    AKTIVITI 2.2

    Untuk meningkatkan kefahaman anda tentang permintaan, bincangkan

     bagaimana faktor berikut mempengaruhi permintaan kopi:(a)  Citarasa.

    (b)  Harga barangan berkaitan (barangan pengganti dan baranganpenggenap).

    (c)  Pendapatan.

    (d)   Jangkaan perubahan harga dan pendapatan pada masa hadapan.

    Bentangkan jawapan anda semasa kelas tutorial.

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    11/21

        TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN 38

    2.1.4 Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran

    Pasaran terdiri daripada sekumpulan individu. Oleh itu, jadual atau keluk

    permintaan pasaran adalah hasil campur semua jadual dan keluk permintaanindividu yang ada di dalam pasaran tersebut. Kita boleh memperoleh jadual ataukeluk permintaan pasaran dengan mencampurkan kuantiti diminta oleh setiapindividu pada setiap tahap harga. Hubungan antara harga dan kuantiti dipasaran dipengaruhi oleh pemboleh ubah atau penentu yang sama seperti yangmempengaruhi permintaan individu.

     Jadual 2.2 dan rajah 2.8 menggambarkan bagaimana kita boleh mendapatkan jadual dan keluk permintaan pasaran daripada jadual dan keluk permintaanindividu. Andaikan terdapat hanya dua orang pengguna di pasaran. Pada harga

    RM2 seunit, kuantiti diminta oleh Pengguna 1 adalah 25 unit manakala kuantitidiminta oleh Pengguna 2 adalah 50 unit. Oleh itu, kuantiti diminta di pasaran inipada harga RM2 seunit adalah 75 unit dan seterusnya untuk tahap harga yanglain.

    Jadual 2.2: Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran

    Harga RM)

    Kuantiti diminta Unit)

    Permintaan Pasaran

    unit)

    Pengguna 1 Pengguna 2

    1 30 60 902 25 50 75

    3 20 40 60

    4 15 30 45

    5 10 20 30

    6 5 10 15

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    12/21

      TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN   39

     Rajah 2.8: Permintaan individu dan permintaan pasaran

    PENAWARAN

    Apakah yang dimaksudkan dengan penawaran?

    Dalam teori permintaan, kita telah melihat bagaimana gelagat pengguna dipasaran. Walau bagaimanapun, pasaran bukan hanya terdiri daripada penggunasahaja; ia juga melibatkan penjual dan pengeluar. Seterusnya, kita akan lihatgelagat penjual di pasaran. Dalam analisis ekonomi, gelagat penjual di pasarandianalisis dan diramal dengan menggunakan konsep penawaran.

    2.2

    Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR B) atau SALAHS). 

    1.  Permintaan adalah jumlah barangan atau komoditi yang mampudimiliki dan dibeli dengan relahati pada harga tertentu olehpengguna.

    2.  Keluk permintaan akan beralih ke kanan jika semua penentupermintaan kecuali harga barangan itu sendiri kekal tidak

     berubah.

    LATIHAN 2.1 

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    13/21

        TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN 40

     

    Semasa kita mengukur perubahan kuantiti yang ditawarkan, faktor lain yang boleh mempengaruhi jumlah barangan yang sanggup ditawar oleh penjualdianggap sebagai tidak berubah (andaian ceteris paribus ). Faktor ini yang jugadipanggil sebagai penentu penawaran terdiri daripada harga input atau faktorpengeluaran, harga barangan lain, teknologi dan jangkaan masa hadapanpembekal/penjual.

    2.2.1 Hukum Penawaran

     Jika anda adalah seorang penjual atau pengeluar sesuatu barangan, andamungkin akan memperoleh keuntungan yang tinggi jika harga jualan anda naik.Sebaliknya akan berlaku jika harga jualan anda jatuh. Oleh itu, kuantiti barangan

    yang anda jual akan naik sekiranya harga naik dan ianya akan jatuh jika harga jatuh. Hubungan positif antara harga dan penawaran ini dikenali sebagai hukumpenawaran.

     Jadual 2.3 adalah contoh jadual penawaran. Ia menunjukkan kuantiti ditawarkanoleh penjual atau pengeluar pada tahap harga yang berbeza. Rajah 2.9 pulaadalah contoh keluk penawaran yang dilakarkan berdasarkan kepada Jadual 2.3.Rajah 2.9 menunjukkan keluk penawaran bercerun positif.

    Penawaran  boleh didefinisikan sebagai jadual atau keluk yangmenghubungkan kuantiti barangan yang akan dijual pada satu-satu masa

    pada tahap harga berbeza dengan mengandaikan faktor lain tidak berubah.

    Anda mungkin pernah mendengar ungkapan „Jika tiada permintaan,maka tiadalah penawaran.‰ Adakan anda bersetuju bahawa penawaransangat berkait rapat dengan permintaan?

    Sekiranya harga turun, apakah yang akan berlaku kepada jumlahpermintaan? Adakah anda bersetuju yang permintaan akan naik jikaharga jatuh?

    Bagaimana pula dengan penawaran? Adakah penawaran juga akan naikika harga jatuh?

    AKTIVITI 2.3

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    14/21

      TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN   41

    Jadual 2.3: Jadual Penawaran Barangan X

    Harga RM) Kuantiti ditawarkan Unit)

    1 102 20

    3 30

    4 40

    5 50

    6 60

    Rajah 2.9: Keluk penawaran barangan X

    Terdapat tiga sebab yang menerangkan hubungan positif antara penawaran danharga:

    (a) Peningkatan pengeluaran akan membawa kepada peningkatan kosdisebabkan oleh masalah pulangan berkurangan. Konsep ini akandibincangkan dengan lebih mendalam dalam Topik 5;

    (b) Peningkatan harga akan menyebabkan keuntungan meningkat. Iniseterusnya akan mendorong firma untuk meningkatkan pengeluarannya;dan

    (c) Jika harga kekal pada tahap yang tinggi untuk jangka masa yang lama, iaakan menarik lebih ramai pengeluar untuk memasuki pasaran tersebutyang seterusnya akan meningkatkan jumlah penawaran. Teori ini akandibincangkan dengan lebih lanjut lagi dalam Topik 8.

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    15/21

        TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN 42

    2.2.2 Penawaran dan Kuantiti Ditawarkan

    Sama seperti yang telah dibincangkan sebelum ini di teori permintaan,

    penawaran dan kuantiti ditawarkan adalah dua konsep yang berbeza. Perubahankuantiti ditawarkan berlaku apabila terdapat perubahan harga barangan itusendiri.

    Harga barangan mempengaruhi secara positif kuantiti ditawarkan. Jika harganaik, kuantiti ditawarkan akan naik dan sebaliknya. Perubahan dalam kuantitiditawarkan yang berlaku disebabkan oleh perubahan harga ditunjukkan olehpergerakan di sepanjang keluk penawaran yang sama.

    Sebaliknya, perubahan permintaan merujuk kepada peralihan keluk penawaran

    yang disebabkan oleh perubahan penentu penawaran. Penentu penawaranterdiri daripada kos pengeluaran, jangkaan penjual dan harga barangan lain.

    Rajah 2.10: Pergerakan di sepanjang keluk dan peralihan keluk permintaan

    Rajah 2.10(a) menggambarkan perubahan kuantiti ditawarkan yang berlakudisebabkan oleh perubahan harga barangan itu sendiri. Apabila harga naik, kuantitiditawarkan akan naik dari titik A ke titik B. Manakala apabila harga jatuh, kuantitiditawarkan akan jatuh dari titik A ke titik C. Perhatikan bagaimana kedua-dua

    Perubahan kuantiti ditawarkan  merujuk kepada pergerakan di sepanjangkeluk penawaran yang sama, manakala perubahan penawaran digambarkandengan peralihan keluk permintaan ke kiri atau ke kanan.

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    16/21

      TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN   43

    pergerakan ini berlaku di atas keluk yang sama. Ini dikenali sebagai perubahankuantiti ditawarkan.

    Rajah 2.10(b) pula menunjukkan perubahan permintaan yang berlaku disebabkanoleh perubahan penentu penawaran seperti harga barangan lain, kos pengeluaran, jangkaan harga masa hadapan dan jumlah pengeluar. Sebagai contoh, kenaikan kospengeluaran akan menyebabkan penawaran berkurangan dan ini akan menyebabkankeluk penawaran beralih ke kiri dari titik A pada keluk S0 ke titik C pada keluk S2.Sebaliknya, penurunan kos penawaran akan menyebabkan penawaran di pasarannaik dan keluk penawaran beralih ke kanan (S0 S1). Perhatikan di sini yangperubahan penawaran bukan disebabkan oleh perubahan harga, tetapi oleh penentupenawaran yang lain. Pergerakan atau peralihan keluk penawaran ini dikenali sebagaiperubahan penawaran.

    2.2.3 Penentu Penawaran

    Seterusnya kita akan membincangkan penentu penawaran dengan lebih lanjut.

    (a) Harga Barangan Lain Penawaran boleh dipengaruhi oleh harga barangan berkaitan dalam prosespengeluaran. Terdapat dua jenis hubungan yang wujud semasa prosespengeluaran:

    (i) Pengganti dalam penawaran; dan(ii) Penggenap dalam penawaran.

    Pengganti dalam penawaran merujuk kepada barangan yang bolehdihasilkan untuk menggantikan pengeluaran barangan yang lain tanpaperlu melakukan sebarang perubahan yang besar ke atas prosespengeluaran. Sebagai contoh, pengeluaran tepung beras dan tepung pulut

     boleh dilakukan dengan menggunakan mesin dan peralatan yang sama.

    Sekiranya keuntungan atau harga barangan pengganti dalam penawaran

    meningkat, pengeluar akan beralih ke barangan tersebut danmengurangkan pengeluaran barangan yang satu lagi. Contohnya, jikaharga tepung beras naik, pengeluar akan mengurangkan pengeluarantepung pulut untuk menggantikannya dengan tepung beras bagimeningkatkan keuntungannya.

    Penggenap dalam penawaran pula merujuk kepada barangan yangdihasilkan bersama-sama semasa proses pengeluaran. Contohnya, dalamproses pengeluaran minyak petrol daripada minyak mentah, beberapaproduk lain seperti gas dan minyak diesel juga akan dihasilkan. Jika harga

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    17/21

        TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN 44

    minyak petrol naik, peningkatan penawaran minyak petrol yang terhasil juga akan menyebabkan peningkatan penawaran minyak diesel dan gas.

    (b) Perubahan Kos PengeluaranKos pengeluaran boleh berubah disebabkan oleh beberapa faktor sepertiperubahan harga faktor pengeluaran, perubahan teknologi, pungutan cukaidan pemberian subsidi oleh kerajaan (sila lihat Rajah 2.11).

    Rajah 2.11: Faktor yang membawa kepada perubahan kos pengeluaran

    Semasa proses pengeluaran, pengeluar akan menggunakan kombinasiinput atau faktor pengeluaran. Harga faktor pengeluaran ditentukan olehpasaran faktor pengeluaran. Perubahan harga faktor pengeluaran akanmempengaruhi kos pengeluaran. Oleh itu, jika harga faktor pengeluaran

     jatuh, kos pengeluaran juga akan jatuh. Keadaan ini akan mendorongpengeluar untuk meningkatkan pengeluaran walaupun tiada sebarangkenaikan pada harga barangan itu sendiri. Justeru, penurunan harga faktorpengeluaran akan menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanandisebabkan oleh peningkatan penawaran.

    Perubahan dasar kerajaan berkaitan dengan cukai dan subsidi juga akanmempengaruhi keluk penawaran. Apabila pengeluar perlu membayarcukai, kos pengeluaran akan meningkat dan ini akan menyebabkan kelukpenawaran beralih ke kiri. Sebaliknya, apabila pengeluar mendapat

     bantuan subsidi, kos pengeluarannya akan berkurangan dan kelukpenawaran akan beralih ke kanan.

    Penemuan teknologi baru yang dapat mengurangkan kos pengeluaran jugaakan menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan.

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    18/21

      TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN   45

    (c) Jangkaan harga Sekiranya pengeluar menjangka harga barangan yang dikeluarkannya akanmeningkat pada masa hadapan, beliau akan meningkatkan penawaran dan

    keluk penawaran akan beralih ke kanan. Sekiranya harga dijangka akan jatuh, pengeluaran akan jatuh dan keluk penawaran akan beralih ke kiri.

    (d) Bilangan pengeluar Keluk penawaran akan bergerak ke kanan apabila bilangan pengeluar

     bertambah. Sebaliknya akan berlaku apabila bilangan pengeluar berkurangan.

    Kenaikan harga tidak akan mempengaruhi pembelian kereta

    KLANG: Minat untuk membeli kereta di Malaysia tidak akan berkuranganwalaupun harga petrol dan diesel meningkat, menurut pakar automotif, Tan SriSM Nasimuddin SM Amin.

    Menurut beliau, kenaikan harga minyak di Malaysia tidak seteruk negara lain diEropah, Jepun dan Korea, di mana jualan kereta terus meningkat walaupun hargaminyak meningkat secara mendadak.

    Beliau juga berkata, cadangan untuk mengurang atau menghentikan cukai jalan

    akan memudahkan penjualan kereta di negara ini, terutamanya semasa kenaikanharga minyak.

    „Ianya satu perkara yang baik kerana ia akan mengurangkan beban,‰ kataPengarah Urusan Kumpulan Naza yang menyokong cadangan penghapusan cukai

     jalan untuk semua jenis kenderaan. Kumpulan Naza yang beroperasi sejak tahun1975, terlibat dalam perniagaan import dan jualan kereta yang memerlukan AP.

    Nasimudin ditemubual selepas menghadiri upacara pembukaan bilik pameranKia Motors milik Perstimas Sdn Bhd oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk DrNg Yen Yen di sini semalam. 

    Sumber: Harian Metro Online (2005)

    Berdasarkan keratan akhbar di atas, nyatakan pendapat anda tentangkesan kenaikan harga petrol kepada penawaran kereta dan baranganlain. Pada pendapat anda, apakah yang perlu kerajaan lakukan untukmengatasi masalah kenaikan harga petrol?

    AKTIVITI 2.4

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    19/21

        TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN 46

    2.2.4 Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran

    Sama seperti permintaan pasaran, penawaran pasaran diperoleh dengan

    mencampurkan kuantiti yang ditawarkan oleh semua penjual pada setiap tahapharga. Jadual 2.4 dan Rajah 2.12 menunjukkan bagaimana keluk penawaranpasaran diperoleh.

    Andaikan hanya terdapat dua penjual di pasaran. Pada harga RM1 seunit,Penjual 1 akan menawarkan 10 unit manakala Penjual 2, lima unit. Oleh itu,kuantiti ditawarkan pada RM1 adalah 15 unit. Begitu juga untuk harga yangseterusnya.

    Jadual 2.4: Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran

    Harga RM)

    Kuantiti Ditawarkan Unit)

    Penawaran Pasaran

    Unit)

    Penjual 1 Penjual 2

    1 10 5 15

    2 20 10 30

    3 30 15 45

    4 40 20 60

    5 50 25 75

    Rajah 2.12:

    Penawaran individu dan penawaran pasaran

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    20/21

      TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN   47

     

      Berikut adalah peta konsep yang boleh membantu anda untuk

    menggambarkan isi kandungan yang dibincangkan di dalam topik ini.

      Permintaan adalah kuantiti yang diminta dan yang mampu dibayar olehpengguna pada tahap harga yang berbeza. Permintaan ditentukan oleh harga

     barangan itu sendiri, harga barangan berkaitan, pendapatan, citarasa dan jangkaan masa hadapan.

      Hubungan negatif antara kuantiti diminta dan harga dikenali sebagaiHukum Permintaan.

      Perubahan kuantiti diminta yang disebabkan perubahan harga barangannyasendiri akan membawa kepada pergerakan di sepanjang keluk permintaan.Manakala perubahan permintaan yang disebabkan oleh perubahan faktorlain selain harga barangan tersebut akan membawa kepada peralihan kelukpermintaan.

  • 8/17/2019 20150520124422_Topik 2 Permintaan Dan Penawaran

    21/21

        TOPIK 2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN 48

      Peningkatan permintaan akan mengalihkan keluk permintaan ke kanan,manakala penurunan permintaan akan mengalihkannya ke kiri.

      Penawaran adalah kuantiti yang sanggup dijual oleh penjual pada tahapharga yang berbeza. Penawaran ditentukan oleh harga barangan itu sendiri,harga barangan yang berkaitan, kos pengeluaran dan jangkaan masahadapan.

      Hubungan positif antara kuantiti ditawarkan dan harga dikenali sebagaihukum penawaran.

      Perubahan kuantiti ditawarkan yang disebabkan perubahan harga barangannya sendiri ditunjukkan oleh pergerakan disepanjang keluk

    penawaran.

      Perubahan penawaran yang disebabkan oleh perubahan faktor lain selainharga barangan tersebut akan membawa kepada peralihan keluk penawaran.

      Peningkatan penawaran akan mengalihkan keluk permintaan ke kanan,manakala penurunan penawaran akan mengalihkannya ke kiri.

      Permintaan pasaran adalah hasil campur kesemua permintaan individumanakala penawaran pasaran adalah hasil campur kesemua penawaranindividu.

    Barangan pengganti

    Barangan penggenap

    Hukum penawaran

    Hukum permintaan

    Keluk penawaran

    Keluk permintaan

    Penawaran

    Penentu penawaran

    Penentu permintaan

    Permintaan