20351879 laporan kt ipg
TRANSCRIPT
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
2007
TAJUK
MODUL PEMBELAJARAN BIOLOGI (Bio~Score):
LANGKAH MENINGKATKAN PENGUASAAN
FAKTA BIOLOGI DALAM BAHASA INGGERIS.
Oleh
MAZINAH BT MUDASMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA16010 PENGKALAN CHEPA, KELANTAN
Anjuran
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
1
Abstrak
Seramai 24 orang pelajar dari tingkatan 5 Lamda terlibat dalam kajian ini. Kajian
difokuskan kepada meningkatkan penguasaan fakta biologi dalam Bahasa Inggeris
melalui penggunaan modul yang dinamakan ‘Bio~Score’. Pelajar-pelajar menghadapi
masalah untuk belajar Biologi menggunakan Bahasa Inggeris terutama penggunaan
terminologi biologi, memahami dan membina ayat-ayat untuk meyampaikan fakta
biologi dengan tepat. Walaupun, pengetahuan asas Sains, Matematik dan Bahasa
Inggeris di peringkat PMR adalah baik. Sebelum penggunaan modul, pengajaran dan
pembelajaran (P&P) Biologi hanya berpandukan buku teks dan buku praktikal sahaja
serta pelajar membuat nota sendiri dan wujudnya P & P sehala dalam bilik darjah.
Tinjauan awal dari ujian bulan Februari dan soal selidik menunjukkan kegagalan pelajar
untuk menggunakan dan mengingat terminologi biologi, kegagalan memahami ayat-
ayat dan untuk membina ayat-ayat yang mengandungi fakta yang betul. Pelaksanaan
tindakan menggunakan Bio~Score dijalankan selama 3 minggu selama 12 waktu
mengajar dengan topik yang dipilih “Locomotion and Support”. Kandungan Bio~Score
adalah memaparkan ‘Bio-Dictionary’ di permulaan topic untuk menambahkan
kefahaman istilah biologi, infografik yang menarik untuk meningkatkan kefahaman
konsep, aktiviti melukis dan melabel rajah untuk mengingat fakta , pelajar mengisi
tempat kosong dengan perkataan yang sesuai untuk mengelak dari silap fakta dan
‘Bio~Brain’ untuk menguji penguasaan pelajar tentang sesuatu fakta. Pembinaan isi
kandungannya disusun mengikut aras rendah kepada aras tinggi. Tambahan kepada
modul ini adalah dengan animasi grafik yang dibuat dalam bentuk paparan power point
untuk memudahkan penerangan guru dan boleh menarik minat pelajar belajar biologi.
Dari ujian pra menunjukkan purata markah diperolehi pelajar adalah 53.5%. Dapatan
ujian pos pula menunjukkan purata markah pelajar 68.8%. Peningkatan nilai purata
sebanyak 15.3% membuktikan keberkesanan penggunaan modul Bio~Score di mana
pelajar telah meningkat penguasaan terminologi dan fakta menggunakan Bahasa
Inggeris dalam mata pelajaran Biologi.
2
1.0 REFLEKSI MASALAH
Saya telah mengajar Biologi tingkatan 4 dan 5 lebih kurang 22 tahun. Pencapaian A
semasa PMR bagi Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris adalah kekuatan utama
pelajar SBP berada terus berada di peringkat menengah atas. Cabaran utama
mengajar di Sekolah Menengah Sains adalah kecemerlangan mesti dicapai untuk setiap
kali peperiksaan sama ada peringkat dalaman atau luaran.
Mulai tahun 2003 , Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) diperkenalkan. Ini bererti pelajar tingkatan 4 (mulai tahun 2006)
diarahkan mempelajari Biologi menggunakan bahasa perantaraan Bahasa Inggerís. Ini
amat merumitkan pelajar tersebut kerana asas sains yang baik masih tidak menjamin
kecemerlangan peringkat menengah atas / SPM. Mampukan mereka mengikuti P & P
dalam Bahasa Inggeris dan diuji keupayaan perolehan ilmu Biologi dalam Bahasa
Inggeris ?
Pemerhatian semasa saya mengajar, amat sukar untuk mengesan sama ada pelajar
faham apa yang saya ajar kerana amat kurang pelajar yang bertanyakan soalan. Itu
pun soalan ditanya dalam Bahasa Melayu, saya tidak pernah dengar mereka bertanya
soalan, mengemukakan masalah dan memberi penerangan dalam Bahasa Inggerís,
melainkan diminta oleh saya. Segelintir pelajar tidak membuat persiapan untuk belajar
pada hari berkenaan seperti tidak menyiapkan nota yang lepas, tidak melukis rajah dan
tidak menyiapkan latihan yang diberi.. Kalau melukis dan melabel rajah pun secara ala
kadar, bukan rajah biologi yang mereka lukis. Semangat berusaha dan pembelajaran
kendiri agak lemah. Daripada penelitian yang dibuat, kelemahan ini timbul disebabkan
mereka tidak mampu menggunakan Bahasa Inggerís untuk menyampaikan fakta biologi
yang telah mereka pelajari, perbendaharaan kata yang mereka miliki terhad dan saya
terpaksa menyediakan kamus dalam makmal biologi saya. Cabaran untuk mendapat
keputusan cemerlang menjadi lebih hebat.
Dalam ujian bulan Februari, saya mengarahkan semua pelajar menjawab soalan dalam
Bahasa Inggerís berdasarkan topik ‘Transport’. Malangnya, terdapat pelajar menjawab
dalam Bahasa Melayu. Tambahannya pula, ejaan bagi terminologi Biologi yang
dimelayukan juga silap. Terdapat juga ‘ayat campur’ iaitu dí celah-celah ayat Bahasa
Inggeris terdapat bahasa Melayu yang tidak mampu diterjemahkan oleh pelajar.
Kadang-kadang maksud yang hendak disampaikan tidak kesampaian.. Perkara seperti
3
ini amat membimbangkan saya. Keputusan Ujian Februari amat mengejutkan, 5 orang
pelajar gagal, 10 orang lupus, 9 orang kepujian dan tiada pelajar yang cemerlang.
(Markah lulus 40%). Saya membuat andaian bahawa jika pelajar itu boleh berbahasa
Inggerís, tidak semestinya dapat menguasai biologi dan jika tidak boleh berbahasa
Inggerís, sudah semestinya tidak dapat menguasai biologi. Apakah apa yang saya
andaikan itu benar?
2.0 FOKUS KAJIAN
Berdasarkan refleksi yang dibuat, saya telah mengenalpasti beberapa masalah dalam
pengajaran saya. Saya telah membuat andaian terdapat beberapa masalah utama
dalam P & P saya:
a) Guru tidak memberi panduan untuk penyediaan nota.
b) Guru mengajar tanpa mengambil kira tahap kefahaman dalam Bahasa Inggeris
pelajar
c) Guru memerlukan satu modul khas bagi membantu mengendalikan P&P yang
berkesan.
d) Pelajar tidak mempunyai perbendaharaan kata Bahasa Inggeris yang luas untuk
membolehkan mereka menyampaikan fakta biologi dan berkomunikasi.
e) Pengetahuan asas pelajar dalam Biologi lemah dan perlukan bimbingan
mengukuhkan fakta serta dari segi membina ayat-ayat dalam Bahasa Inggerís.
f) Pelajar lemah mesti diberi lebih banyak aktiviti pengukuhan .
Kajian difokuskan kepada meningkatkan penguasaan fakta biologi dalam Bahasa
Inggeris melalui penggunaan Modul dinamakan ‘Module Bio~Score’. Kajian ini penting
untuk membolehkan pelajar menggunakan terminologi Biologi yang tepat, menguasai
fakta biologi dengan baik melalui bahasa perantara Bahasa Inggerís, seterusnya pelajar
dapat memahami dan menjawab soalan dalam Bahasa Inggerís dalam peperiksaan
SPM nanti.
Perkara yang paling penting adalah pelajar ini akan menyambungkan belajar di
Matrikulasi atau Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara dan luar negara yang
rata-rata menggunakan perantaraan Bahasa Inggeris. Dengan penggunaan modul ini
guru hanya bertindak sebagai pembimbing dan pemudah cara kepada pelajar semasa
4
proses P & P dijalankan. Guru juga berpeluang mengaplikasikan pelbagai kaedah P & P
seperti konstruktivisme, kontektual, pembelajaran melalui teknologi melalui komputer
(TMK) dan sebagainya.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Mempelajari Biologi dalam Bahasa Inggeris sesuatu yang menyeronokkan dan dapat
meningkatkan prestasi Biologi menggunakan Modul Bio~Score..
3.2 Objektif Khusus:
i. supaya pelajar menguasai terminologi dan fakta biologi yang betul
ii. dapat menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah dalam menyampaikan fakta.
iii. meningkatkan kecemerlangan dari segi kuantiti dan kualiti
iv. meningkatkan penggunaan TMK di kalangan guru dan pelajar
v. Guru dapat mempelbagaikan kaedah P&P dalam bilik darjah.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan yang di kaji adalah pelajar 5 Lambda seramai 24 orang.
Sekolah Menengah Sains Tengke Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa,
Kelantan.
Semua berbangsa Melayu 11 lelaki 13 perempuan.
5.0 METODOLOGI KAJIAN
5.1: Batasan Kajian
Modul Bio Score mengandungi 15 topik kesemuanya dalam 2 terbitan iaitu ‘Module
Bio~Score Form 4’ dan ‘Module Bio~Score Form 5’ . Kajian ini dikhususkan pada
satu topik di tingkatan 5 iaitu “ Locomotion and Support” .
5.2: Kaedah Mengutip Data
a) Pemerhatian kepada tingkahlaku semasa proses P & P dan markah ujian bulan
Februari 2007 sebagai nilai mula (TOV)
5
b) Soal selidik kepada semua pelajar
c) Temubual dengan pelajar yang dikenalpasti pada tahap yang lemah.
6.0 PERANCANGAN TINDAKAN
6.1 Isi Kandungan / Aktiviti dalam Bio~Score
a) ‘Learning Objectives’ dan ‘Learning Outcomes’ bagi setiap bab
b) ‘Bio~Dictionary’
c) Peta Konsep
d) Mengisi jawapan di tempat kosong dengan perkataan/ terminologi yang
sesuai
e) Infografik ( Graphic organizer )
f) Melukis & melabel rajah
g) ‘Bio~Brain’
h) Persembahan power point- animasi grafik (TMK).
Alat Untuk Penillaian
a) Ujian Bulan Februari 2007 (TOV), Ujian pra dan ujian pos sebagai tahap
penguasaan terminologi dan fakta biologi yang betul.
b) Pemerhatian tingkah laku selepas rawatan
7.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
(a) Pra-Pengajaran & Pembelajaran (P&P) :
i. Guru meminta pelajar membuat persediaan bagi subtopik yang akan dipelajari
nanti.
ii. Pelajar menyediakan tugasan dalam Modul Bio~Score secara pembelajaran
kendiri menggunakan buku teks, buku rujukan Internet , pepustakaan Biologi
atau rakan pelajar dan guru.
6
(b) Semasa proses P&P dalam bilik darjah / makmal :
i. Pelajar dan guru berbincang terhadap tugasan yang diberi di bilik darjah.
ii. Guru dapat menggunakan pelbagai kaedah P&P bersesuaian dengan subtopik
dalam tugasan tersebut.
iii. Suasana P&P begitu aktif kerana pelajar sudah bersedia dengan jawapan
mereka.
iv. Guru berperanan sebagai fasilitator dengan menokok tambah kepada jawapan
pelajar. Di samping penggunaan modul ini, guru juga menggunakan paparan
power-point disokong dengan model dan amali.
c) Penutup
i. Sebagai pengukuhan guru mengarah pelajar menjawab soalan topikal dalam
Bio~Brain.
ii. Untuk mengelakkan kesilapan fakta, terminologi dan ayat, pelajar boleh merujuk
kepada paparan power point guru.
7
Hasil Pembelajaran & Peta Konsep Melukis dan Melabel
Beberapa Aktiviti Yang Terdapat Dalam ‘Module Bio~Score’
Contoh 1: Pengajaran Kelas dengan Menggunakan Modul P&P.
Tingkatan : 5 Lambda Masa : 80 minit
Topic : Support and Locomotion in Humans
Hasil Pembelajaran Khusus / Learning outcomes :
o Label the bones, the skeletal muscles and tendons
in a diagram of a arm.
o Explain how movement is brought about in a limb
Pengetahuan sedia ada :
Pelajar telah mempelajari nama-nama tulang yang membentuk rangksa aksis
dan appendej manusia.
Kaedah : Kumpulan dan pembentangan
Bahan Bantu Mengajar : Papan putih mini, pen marker.
8
Mengisi Tempat Kosong Infografik
Bio~dictionary Bio~Brain
Aktiviti Penerangan Aktiviti
1. Set Induksi Dengan menggunakan model rangka manusia, guru meminta
pelajar membezakan kumpulan tulang yang membentuk
rangka aksis dan appandej.
Namakan tulang-tulang yang berkaitan. Semasa manusia
masih hidup, namakan struktur-struktur yang melekatkan
antara satu tulang dengan tulang yang lain?
( Mengaitkan pelajaran hari ini)
2.
Perkembangan
i. Dengan menggunakan rajah dari ’power point’ guru,
pelajar diminta menamakan tulang-tulang berkaitan.
ii. Guru memberikan rangka appendej ( forelimb) –Rajah
iii. 1
Rajah 1
Rajah 2
9
Aktiviti Penerangan Aktiviti
iv. Pelajar berada dalam kumpulan masing-masing dan
diminta menyalin rajah 1 pada papan mini. Seterusnya
melukiskan otot rangka (bisep dan trisep), tendon dan
ligamen pada rajah 1. (Rajah 2 adalah contoh jawapan
sepatutunya setiap kumpulan perolehi)
v. Perbincangan kumpulan dan setiap pelajar merujuk
Modul Bio~Score ms 49 dan 51 untuk menyemak
jawapan mereka
vi. Pembentangan kumpulan dan mereka menyemak
jawapan mereka dalam Modul dan power point guru.
(Pelajar boleh merujuk terminologi di ruangan
Bio~Dictionary).
Penutup vii. Guru membimbing pelajar merumuskan tindakan
antagonistik, tendon, ligamen dan otot rangka manusia
viii. Penilaian P&P: Menyelesaikan ’Bio-Brain’ ms 50
ix. Kerja rumah /tugasan : menyiapkan modul ms 52 & 53
’Structure of joint’ untuk P& P hari berikutnya.
10
Contoh : Sebahagian daripada aktiviti dalam modul Bio~Score.
Contoh : Petikan dari ‘power point’ – animasi grafik
11
Contoh 2 : Pengajaran Kelas dengan Menggunakan Modul P&P.
Tingkatan : 5 Sains 2 Masa : 80 minit
Topic : Support and Locomotion in Animals
Hasil Pembelajaran Khusus / Learning outcomes :
o Describe problems that could face by animals in support and
locomotion.
o Describe briefly the mechanism of locomotion in an animal.
Pengetahuan sedia ada :
Pelajar telah mempelajari jenis-jenis rangka iaitu hidrostatik, endoskeleton
dan eksoskeleton.
Kaedah : Kumpulan dan pembentangan
Bahan Bantu Mengajar : Papan putih mini, pen marker, ikan , papan bedah,
alat pembedahan dan ikan dalam aquarium.
Aktiviti Penerangan Aktiviti
1. Set Induksi Dengan menggunakan gambar binatang dalam power point,
guru minta pelajar:
i) nyatakan cara setiap binatang bergerak: eg: melompat,
berenang, berlari dan lain-lain.
12
Aktiviti Penerangan Aktiviti
ii) nyatakan masalah yang dihadapi oleh setiap binatang
semasa pergerakan. Eg: Ikan alami rintangan air.
2.
Perkembangan
i) Dalam 5 kumpulan, guru meminta pelajar menamakan sirip-
sirip pada ikan, membuat keratan bagi memerhati otot-otot
ikan. Pelajar dikehendaki mengenalpasti otot miotom , melukis
dan melabelkan. Lukis pada papan mini.
ii) Guru minta pelajar perhatikan pergerakan sirip-sirip serta
pergerakan badan ikan.
iii) Berdasarkan ciri-ciri fizilkal seekor ikan, pelajar diminta
membincangkan fungsi dan makenismenya. Dengan bantuan
modul Bio~score pelajar diminta mengisi tempat kosong (ms
55) . Pelajar seterusnya membentang / membaca jawapan
masing-masing.
iv) Pembentangan kumpulan dan mereka menyemak jawapan
mereka dalam Modul dan power point guru.
(Pelajar boleh merujuk terminologi di ruangan Bio~dictionary).
Penutup i) Guru membimbing pelajar merumuskan ciri-ciri serta fungsi
/ makenisme pergerakan bagi seekor ikan.
ii) Kerja rumah /tugasan : menyiapkan modul ms 56 :
13
Aktiviti Penerangan Aktiviti
’Locomotion in an amphibian and Locomotion in a bird’.
8.0 KEPUTUSAN KAJIAN
8.1: Analisa Ujian Bulan Februari 2007.
Pemerhatian dokumentasi berdasarkan ujian bulan Februari 2007. Markah ini dikira
sebagi nilai mula (TOV). Soalan ujian dalam Bahasa Inggeris dan pelajar diminta
menulis jawapan juga dalam bahasa Inggeris, topik ’Transport’ tanpa menggunakan
module Bio~Score. Soalan berbentuk esei pendek. Seramai 20.8% pelajar gagal
( markah lulus 40%) dan 79.2% yang lulus dan kepujian. Terdapat juga pelajar langsung
tidak menulis jawapan. Kelemahan pelajar yang begitu ketara telah menguja saya untuk
mencari jalan penyelesaian dengan membuat kajian ini.
8.2: Analisa temubual.
Sesi temubual dibuat ke atas 7 pelajar yang agak lemah. Sesi temubual ini dilakukan
secara lisan dan tidak formal untuk mendapatkan punca masalah ini. Rumusan dari
temubual ini didapati pelajar sukar untuk faham fakta, pelajar tidak dapat menulis nota
dengan baik kecuali menyalin terus daripada buku teks, bila buat ulangkaji pelajar tidak
berminat kerana banyak perkataan dalam Bahasa Inggeris yang mereka tidak tahu
makna. Pelajar mengatakan guru mengajar terlalu cepat, dan meminta guru mengeja
setiap terminologi yang guru sebut. Permintaan pelajar agar guru menyediakan nota
dan mengajar dalam dua bahasa.
8.3: Analisa Soal Selidik.
Dapatan soal selidik meliputi 12 item yang merangkumi maklumat peribadi pelajar,
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), berkaitan
penggunaan Bio~Score dan berkenaan guru Biologi / pengkaji. Subjek kajian semuanya
berbangsa Melayu dan berasal dari luar bandar.
Tiada (0 %) seorang pun pelajar mengatakan senang / mudah mempelajari biologi
dalam Bahasa Inggeris, malah 71.4 % lebih suka mempelajari Biologi menggunakan
14
Bahasa Melayu . Kesukaran mereka untuk memahami ayat-ayat dan untuk menulis
semula fakta jelas terbukti di mana hanya 21.0% mengaku mampu menulis ayat-
ayat menghuraikan fakta biologi dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan 19 % sahaja
bersetuju bahawa terminologi biologi senang untuk dieja dan diingat. Pelajar ini
memang lemah Bahasa Inggeris. Lantas 100% pelajar meminta guru melakukan P & P
Biologi menggunakan dwibahasa untuk membantu mereka.
Untuk membantu pelajar dan mengatasi masalah, Module Bio~Score telah
diperkenalkan kepada pelajar. Keberkesanan pengunaan Bio~Score mesti dikaji.
Tanpa Bio~Score , pelajar dikehendaki membuat nota atau catatan sendiri. Malangnya
hanya 34.3 % mampu membuat nota sendiri dan 95.8% mengakui proses pengajaran
lebih mudah dengan menggunakan Bio~Score.
Bio~Score diminati kerana 100% pelajar mengakui melalui aktiviti melukis, melabel
serta fakta grafik boleh menambah kefahaman dan ingatan terhadap fakta Biologi .
80.9% bersetuju dengan aktiviti mengisi tempat kosong boleh membantu mereka
membina ayat-ayat Bahasa Inggeris. Ternyata modul ini merupakan kaedah
pembelajaran kendiri dan Bio~Dictionary membantu pelajar memperkayakan
perbendaharaan kata, 85.7% pelajar bersetuju.
85.7 % mendakwa guru mampu mengajar Biologi dalam Bahasa Inggeris. Ini bererti,
guru mesti memperbaiki tahap penguasaan Bahasa Inggeris. Namun begitu, P & P
masih menarik kerana selain dari modul, penggunaaan TMK, model maujud ,
kontekstual dan amali mengikut kesesuaian topik masih boleh menarik minat pelajar
supaya suka akan Biologi dan gurunya.
8.4: Penilaian dan Refleksi
Proses penilaian dan refleksi kajian tindakan ini dilakukan berdasarkan maklum balas
yang diperolehi daripada ujian pra dan pos. Ujian pos dilakukan selepas tiga minggu
proses rawatan dilakukan. Ujian pos menentukan keberkesanan pelaksanaan tindakan
untuk menentukan keberkesanan penggunaaan modul bio score dalam menguasai
fakta biologi melalui perantaraan Bahasa Inggeris.
15
Bentuk dan format ujian pra dan pos sama iaitu terjemahan ayat Bahasa Melayu ke
Bahasa Inggeris dan sebaliknya, melukis dan melabel, soalan struktur dan esei pendek
yang lebih mirip kepada soalan peperiksaan SPM sebenar.
Dari analisa keputusan ujian pra, didapati julat markah antara 40 dan 70 dengan nilai
purata 53.5% manakala ujian pos pula julat markah antara 46 dan 85 dengan nilai
purata 68.8%. Walau pun masa rawatan amat singkat iaitu selama tiga minggu sahaja,
tetapi ia telah dapat menunjukkan peningkatan nilai purata markah sebanyak 10.3% .
Kajian tindakan ini juga memberi gambaran yang jelas bahawa modul ini amat perlu
untuk menyampaikan fakta biologi dengan tepat walaupun tidak menggunakan bahasa
ibunda melalui aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan. Ayat-ayat Bahasa Inggerís yang
mudah dalam modul membantu dan memberi panduan kepada pelajar mempelajari
biologi , menguasai fakta dan menjawab soalan struktur dan essei.
Berdasarkan ujian pos, terdapat beberapa pelajar mendapat markah yang lebih rendah
atau sama dengan ujian pra atau markah tidak banyak beza antara kedua-duanya.
Pelajar mengaitkan dengan amalan guru seperti menyebut perkataan Bahasa Inggeris
tidak jelas, bercakap terlalu cepat dan mengajar laju untuk habiskan sukatan. Malah
mereka akui sendiri, mereka mengambil masa lama untuk menulis dalam bahasa
Inggeris dan kerjasama daripada rakan sebaya membantu. Setiap pelajar digalakkan
membawa kamus semasa P & P biologi.
Cadangan seterusnya kandungan Modul Bio~Score ditambah dengan eksperimen,
mengurangkan isi tempat kosong tapi memperbanyakkan pelajar menulis dan latihan
pengukuhan dengan cara e-learning.
9.0: Penutup/ Kesimpulan.
Berdasarkan Kajian Tindakan yang dijalankan menunjukkan terdapat perubahan positif
dalam kaedah pengajaran guru serta pembelajaran murid. Penggunaan modul ‘Bio~
Score’ yang melibatkan aktiviti mengisi tempat kosong, melukis dan melabel, grafik
organizer, penerangan fakta menggunakan animasi grafik, ‘Bio~Dictionary’ dan
‘Bio~Brain’ banyak membantu pelajar menguasai fakta walaupun dalam Bahasa
Inggeris. Pengunaan ‘Power Point’ yang sesuai bagi setiap tajuk juga mampu menarik
minat pelajar suka akan biologi dan gurunya. Bio~Score boleh diguna berbagai –bagai
cara dan ini bergantung kepada kebijaksanaan dan kreativiti guru untuk menyesuaikan
kaedah dan isi kandungannya. Oleh itu Bio~Score adalah satu usaha murni ke arah
16
membantu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI).
BIBLIOGRAFI
1. Curriculum Spesification – Biology Form 4 (2005)
Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Curriculum Spesification – Biology Form 5 (2006)
Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Manual Kajian Tindakan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
Kementerian Pelajaran Malaysia.
4. Kertas Kerja
Seminar Penyelidikan Pendidkan Kebangsaan ke XIII 2006
20 -22 November 2006
Hotel Berjaya palace, Kota Kinabalu, Sabah.
17
KEPUTUSAN UJIAN FEBRUARI, PRA DAN POS ( Markah-% dan Gred)
BIL NAMAPELAJAR
FebTOV
Gred Pra(%)
Gred Pos(%)
Gred TRIALSPM
SPM2007
1 Pelajar L 1 42 8E 42 8E 53 6C PS PS2 Pelajar L 2 69 3B 72 1A 84 1A 7D 1A3 Pelajar L 3 56 5C 52 6C 62 4B 8E 5C4 Pelajar L 4 62 4B 49 7D 64 4B 9G 5C5 Pelajar L 5 24 9G 56 5C 69 3B 8E 4B6 Pelajar L 6 64 4B 60 4B 68 3B 5C 1A7 Pelajar L 7 41 8E 47 7D 56 5C 5C 2A8 Pelajar L 8 40 8E 50 6C 59 5C 7D 2A9 Pelajar L 9 42 8E 60 4B 72 2A 7D 3B
10 Pelajar L 10 59 5C 58 5C 68 3B 6C 2A11 Pelajar L 11 51 6C 57 5C 66 3B 7D 2A12 Pelajar P 1 48 7D 57 5C 66 3B 7D 3B13 Pelajar P 2 46 7D 50 6C 59 5C 8E 3B14 Pelajar P 3 29 9G 41 8E 55 5C 8E 3B15 Pelajar P 4 65 3B 70 2A 85 1A 9G 2A16 Pelajar P 5 47 7D 40 8E 58 5C 4B 3B17 Pelajar P 6 42 8E 45 7D 57 5C 8E 3B18 Pelajar P 7 19 9G 56 5C 65 3B 7D 4B19 Pelajar P 8 44 8E 50 6C 64 4B 7D 2A20 Pelajar P 9 59 5C 41 8E 55 5C 8E 3B21 Pelajar P 10 34 9G 65 3B 54 6C 8E 4B22 Pelajar P 11 36 9G 56 5C 75 2A 7D 3B23 Pelajar P 12 54 6C 45 7D 62 4B 7D 2A24 Pelajar P 13 44 8E 65 3B 55 5C 7D 3B
Jumlah Markah 1123.2 1284 1531Purata Markah (%) 46.8 53.5 63.8
Markah terendah (%)
24 40 53
Markah tertinggi (%) 69 72 85Gred A (70 - 99 ) 0
(0.0 %)2
( 8.3%)4
( 16.7%)00
(0.00%)09
(39.1%)
Gred B (60 – 69 ) 4 (16.7 %)
4 ( 16.7%)
10(41.7%)
01(4.3%)
12(52.2%)
Gred C (50 – 59 ) 5 (20.8 %)
10 (41.7%)
10(41.7%)
03(13.0%)
02(8.7%)
Gred D (45 - 49 ) 3 4 0 10 00
18
(12.5 %) (16.7%) (0.00%) (43.5%) (0.00%)
Gred E ( 40 - 44 ) 7 (29.2 %)
4 (16.7%)
0 (0.00%)
07(30.4%)
00(0.00%)
Gred G ( 00 – 39 ) 5(20.8%)
0 (0.00%)
0 ( 0.0%)
02(8.7%)
00(0.00%)
19