2.0

12
2.0 Penulisan Akademik: Jelaskan jenis stail komunikasi yang boleh digunakan oleh guru dan bagaimana ia memberi kesan ke atas tingkah laku murid, kaedah pengajaran dan hasil pembelajaran. Bincangkan. Kini, lantaran transformasi pendidikan dan implementasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sejak tahun 2011, integrasi elemen didik hibur (learning is fun) telah semakin penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dalam konteks ini, keterampilan komunikasi seseorang guru telah memainkan peranan penting sebagai kunci dan pemangkin untuk membuka pintu halangan komunikasi antara guru dengan murid dan merangsang interaksi sosial yang aktif, erat dan menyeronokkan di dalam bilik darjah selaras dengan hasrat KSSR dan elemen didik hibur. Menurut James A.F. Stoner & Charles Wankel (1989), komunikasi boleh dimanifestasikan sebagai proses penyaluran, pemindahan dan perkongsian sesuatu idea, nilai dan sikap oleh seseorang individu dengan orang lain berdasarkan sesuatu yang simbolik, seperti isyarat, huruf, nombor dan perkataan. Guru sememangnya tidak dapat melarikan diri daripada terlibat dalam komunikasi kerana proses pengajaran dan penyampaian ilmu yang berlaku di dalam kelas pasti melalui komunikasi. Memandangkan pelbagai dapatan kajian telah membuktikan hubung kait yang rapat antara komunikasi guru dengan keberkesanan proses P&P, maka pengetahuan dan penguasaan tentang kemahiran komunikasi amatlah penting kepada seseorang guru pelatih dan warga pendidik agar mereka dapat mengamalkan stail komunikasi dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan alam pendidikan zaman ini. Komunikasi merangkumi dua kategori yang perlu dikuasai oleh guru, iaitu komunikasi lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal). Komunikasi secara lisan melibatkan proses pemindahan maklumat daripada seorang individu kepada seseorang atau sekumpulan pendengar melalui percakapan. Menurut Khairul Anuar (2013), komunikasi lisan merangkumi penggunaan bahasa, pertuturan dan suara. Manakala komunikasi bukan lisan pula merujuk kepada penyampaian mesej menerusi penggunaan bahasa badan, ekspresi wajah dan kontak mata. Dalam bidang pendidikan kedua-dua jenis komunikasi ini memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelancaran proses P&P dan perlu diberi penekanan oleh setiap guru dalam pengajaran kerana proses penyampaian ilmu berlaku bukan sahaja melalui

Upload: mei

Post on 04-Oct-2015

11 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

2.0 Penulisan Akademik: Jelaskan jenis stail komunikasi yang boleh digunakan oleh guru dan bagaimana ia memberi kesan ke atas tingkah laku murid, kaedah pengajaran dan hasil pembelajaran. Bincangkan.Kini, lantaran transformasi pendidikan dan implementasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sejak tahun 2011, integrasi elemen didik hibur (learning is fun) telah semakin penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dalam konteks ini, keterampilan komunikasi seseorang guru telah memainkan peranan penting sebagai kunci dan pemangkin untuk membuka pintu halangan komunikasi antara guru dengan murid dan merangsang interaksi sosial yang aktif, erat dan menyeronokkan di dalam bilik darjah selaras dengan hasrat KSSR dan elemen didik hibur. Menurut James A.F. Stoner & Charles Wankel (1989), komunikasi boleh dimanifestasikan sebagai proses penyaluran, pemindahan dan perkongsian sesuatu idea, nilai dan sikap oleh seseorang individu dengan orang lain berdasarkan sesuatu yang simbolik, seperti isyarat, huruf, nombor dan perkataan. Guru sememangnya tidak dapat melarikan diri daripada terlibat dalam komunikasi kerana proses pengajaran dan penyampaian ilmu yang berlaku di dalam kelas pasti melalui komunikasi. Memandangkan pelbagai dapatan kajian telah membuktikan hubung kait yang rapat antara komunikasi guru dengan keberkesanan proses P&P, maka pengetahuan dan penguasaan tentang kemahiran komunikasi amatlah penting kepada seseorang guru pelatih dan warga pendidik agar mereka dapat mengamalkan stail komunikasi dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan alam pendidikan zaman ini. Komunikasi merangkumi dua kategori yang perlu dikuasai oleh guru, iaitu komunikasi lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal). Komunikasi secara lisan melibatkan proses pemindahan maklumat daripada seorang individu kepada seseorang atau sekumpulan pendengar melalui percakapan. Menurut Khairul Anuar (2013), komunikasi lisan merangkumi penggunaan bahasa, pertuturan dan suara. Manakala komunikasi bukan lisan pula merujuk kepada penyampaian mesej menerusi penggunaan bahasa badan, ekspresi wajah dan kontak mata. Dalam bidang pendidikan kedua-dua jenis komunikasi ini memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelancaran proses P&P dan perlu diberi penekanan oleh setiap guru dalam pengajaran kerana proses penyampaian ilmu berlaku bukan sahaja melalui percakapan guru, malahan juga melalui pergerakan fizikal, air muka dan lain-lain. PENGGUNAAN BAHASA YANG SESUAI DAN PENERANGAN YANG JELAS UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURIDModel Komunikasi Schramm II telah menyatakan bahawa proses komunikasi antara guru dengan murid sepanjang P&P hanya boleh berlaku secara berkesan dan berjaya apabila sumber yang dienkod oleh guru dan didekod oleh murid bertindih dalam bidang pengalaman yang sama (Mok Soon Sang, 2011). Dengan kata lain, pelajaran yang disampaikan oleh guru dan kebolehan murid mentafsirkannya secara tepat telah menjadi faktor utama yang menentukan keberkesanan aktiviti P&P. Dalam konteks ini, penggunaan bahasa merupakan kunci utama untuk mewujudkan situasi komunikasi yang berkesan seperti yang ditegaskan dalam Model Schramm. Penggunaan bahasa yang tidak jelas, kompleks dan bombastik tidak dapat membantu murid-murid untuk membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara-perkara yang berada di persekitaran mereka (Haliza Hamzah & Joy N. Samuel, 2011), khasnya bagi perkara yang melibatkan konsep abstrak. Untuk proses penimbaan ilmu yang lancar dan berkesan, bahasa yang digunakan oleh guru seharusnya jelas, pendek, ringkas, mudah difahami dan selaras dengan kebolehan murid. Misalnya, laras bahasa yang digunakan oleh guru ketika mengajar murid darjah 1 haruslah berbeza dengan murid darjah 4 kerana pengalaman dan penguasaan berbahasa bagi murid darjah 1 masih rendah. Menurut Teori Konstruktivisme Vygotsky, bimbingan verbal akan menjadi lebih efektif dan hasil pembelajaran murid akan dipertingkatkan sekiranya penerangan guru diselitkan dengan pelbagai contoh yang berkaitan rapat dengan persekitaran dan pengalaman hidup mereka serta disokong oleh alat bantu mengajar yang sesuai. Tatabahasa dan sebutan yang betul juga penting untuk memastikan murid tidak akan keliru atau salah faham tentang apa yang disampaikan dan membantu meningkatkan kemahiran linguistik mereka. Dalam konteks ini, pemahaman dan pengetahuan tentang perkembangan bahasa kanak-kanak pada setiap peringkat umur amatlah penting bagi memastikan penggunaan bahasa yang sesuai dan proses komunikasi yang berkesan oleh seseorang guru ketika proses penyampaian ilmu kepada murid. PENGGUNAAN SUARA YANG LANTANG DAN INTONASI NADA YANG PELBAGAI UNTUK MENARIK DAN MENGEKALKAN MINAT PEMBELAJARAN MURIDSuara merupakan alat utama untuk menyampaikan mesej bercorak ilmu pengetahuan (Nor Shafrin et.al, 2009). Suara yang lembut dan perlahan akan mengganggu proses komunikasi P&P kerana murid tidak dapat mendengar dan menerima mesej yang disampaikan oleh guru dengan jelas. Lantaran itu, murid-murid yang duduk di belakang kelas akan mula berbisik-bisik dan gangguan bunyi tersebut akan menyebabkan murid-murid lain tidak dapat fokus kepada pengajaran guru. Sementara itu, penggunaan nada yang mendatar juga menimbulkan suasana P&P yang membosankan dan mengantuk serta menyebabkan murid hilang minat terhadap pengajaran guru. Padahal, guru seharusnya mempelajari dan mempraktikkan teknik penggunaan suara yang bertul seperti bertutur dengan suara yang kuat dan lantang dan menggunakan kepelbagaian nada mengikut kesesuaian situasi bagi menarik minat pembelajaran murid dan mengekalkan perhatian murid. Sebagai contoh, nada yang digunakan ketika mencetuskan soalan adalah tinggi manakala nada yang digunakan untuk mengisahkan cerita yang sedih seharusnya rendah dan berlahan-lahan. Variasi nada atau intonasi suara yang sesuai juga penting untuk membantu murid membezakan antara isi penting denga isi sampingan semasa penerangan. Menurut Mok Soon Sang, guru juga boleh menggunakan teknik penghentian sejenak yang berpatutan untuk mengalihkan perhatian murid kepada guru, khasnya ketika mendapati segelintir murid sedang berbisik. Pengulangan sisipan bukan perkataan yang berkali-kali seperti ahh, er, ok dan anda tahu juga seharusnya diminimumkan oleh guru kerana ia akan menimbulkan kebosanan dalam kalangan murid. Menurut Khairul Anuar (2012), bahasa guru akan menjadi jauh lebih menarik sekiranya tabiat pertuturan tersebut dapat dielakkan. APLIKASI BAHASA BADAN YANG SESUAI UNTUK MENGEKALKAN TUMPUAN, MEMUDAHKAN KEFAHAMAN DAN MERANGSANG MOTIVASI MURIDBahasa badan (body language) seseorang guru juga merupakan petunjuk komunikasi yang paling banyak membantu dalam penyampaian mesej yang berkesan kerana postur badan, gerak isyarat dan kontak mata yang betul dan sesuai akan membantu menjelaskan mesej yang ingin disampaikan, menjadikan situasi komunikasi antara guru dengan murid lebih menarik dan menandakan komitmen serta kesungguhan guru dalam usaha menitiskan ilmu pengetahuan kepada murid. Postur badan yang tertutup, seperti berdiri statik dan bersandar serta tiada kontak mata dengan murid sewaktu menerangkan isi pengajaran bukan sahaja tidak dapat mengekalkan momentum minat, kesungguhan, dan keseronokan para murid untuk terus mengikuti pengajarannya, tetapi juga menandakan kemalasan, kekurangan keyakinan dan kekurangan minat seseorang guru untuk mengajar. Padahal, guru yang memiliki kemahiran komunikasi non-verbal yang berkesan akan menunjukkan gerak geri badan yang pelbagai dan sesuai dengan kadangkala berdiri tegak berhampiran dengan murid, berjalan di serantau tempat duduk murid atau memberikan gerak isyarat tangan yang sesuai. Gerak geri guru yang penuh dengan aura semangat dan kesungguhan ini secara tidak langsung akan mengalir kepada murid-murid untuk menghayati pelajaran (Haliza Hamzah & Joy N. Samuel, 2009). Kadangkala, pernyataan lisan yang disokong oleh pergerakan fizikal yang sesuai juga dapat membantu meningkatkan kefahaman murid tentang isi-isi yang disampaikan oleh guru. Sebagai contoh, semasa mengajar kata-kata yang hampir sama makna, seperti memikul, menjinjing dan menjunjung, guru boleh mendemonstrasikannya melalui gerak geri badan supaya murid-murid lebih mudah memahami dan membezakan makna kata-kata kerja tersebut berbanding dengan cara penjelasan verbal yang panjang lebar. Tambahan pula, tanda penghargaan dan pemberian galakan tidak semestinya terkongkong kepada ganjaran yang maujud sahaja, tetapi juga boleh dijelmakan dalam bentuk senyuman, gerak isyarat dan sentuhan. Misalnya, guru boleh mengangkat ibu jari dan menepuk tangan kepada murid yang menunjukkan prestasi yang baik atau menepuk bahu murid agar murid dapat lebih bermotivasi untuk belajar. Walau bagaimanapun, sentuhan ini perlulah mengikut lunas-lunas agama dan budaya. Tidak ketinggalan juga, kontak mata juga merupakan penyumbang kepada suasana P&P yang berkesan. Misalnya, ketika murid sedang mengemukakan soalan atau jawapan, guru seharusnya tepat memandang ke arah murid tersebut agar murid akan berasa dipunyai, dihargai dan dihormati. Menurut Khairul Anuar (2012), penggunaan imbasan mata selama 5 saat kepada setiap murid adalah penting ketika guru sedang menerangkan sesuatu kepada sekumpulan murid yang ramai untuk menimbulkan perasaan seolah-olah diperhatikan oleh guru agar mereka dapat senantiasa memberikan tumpuan. VARIASI EKSPRESI WAJAH MENGIKUT KESESUAIAN SITUASI UNTUK MEWUJUDKAN KESAN PENEGUHAN TERHADAP TINGKAH LAKU MURIDKepelbagaian kerenah murid telah menjadi suatu cabaran kepada guru dalam pengurusan suasana sosioemosi dan tingkah laku di dalam kelas. Apabila berhadapan dengan situasi ini, seseorang guru ada kalanya perlu pandai berlakon dan menunjukkan ekspresi wajah yang berbeza mengikut kesesuaian situasi kelas dan perangai murid (Khairul Anuar, 2013). Contohnya, ketika mendapati murid mula berbisik-bisik sewaktu P&P dijalankan, guru boleh menunjukkan ekspresi yang tegas untuk mendisiplinkan mereka, manakala bagi murid-murid yang nakal semata-mata, guru perlu berlagak garang dan keras, seperti menjuling mata dan mengerut kening untuk mewujudkan kesan peneguhan negatif terhadap murid tersebut agar mereka tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Pada ketika yang lain, guru juga perlu menunjukkan ekspresi wajah penyayang semasa memuji, menasihati dan menggalakkan pembelajaran anak-anak murid. Namun, variasi ekspresi tersebut tidak sama seperti jenis guru tidak asertif yang digariskan dalam Model Disiplin Asertif Canter. Menurut Noriati A. Rashid et.al (2009), guru tidak asertif kadangkala membenarkan suatu tingkah laku ditunjukkan di dalam bilik darjah tetapi pada masa yang lain pula memarahi murid yang melakukan tingkah laku tersebut. Reaksi yang tidak konsisten tersebut akan mengelirukan jangkaan murid-murid terhadap tindakan guru dan menyebabkan mereka tidak lagi menghormati guru itu. Namun, kemelut tersebut tidak akan berlaku pada guru yang fleksibel dalam variasi stail komunikasi non-verbal tersebut. Mereka akan mempunyai kayu ukur yang jelas tentang tingkah laku yang diingini dan tidak diingini daripada murid. Kesan peneguhan positif dan negatif yang wujud ekoran daripada ekspresi wajah guru bukan sahaja dapat membantu murid untuk mengesan dan mengenalpasti kemahuan guru, tetapi juga dapat melazimkan mereka dengan tingkah laku yang diingini oleh guru dan melatih kedisiplinan murid secara langsung dan tidak langsung. KEMAHIRAN MENDENGAR DENGAN AKTIF DAN BEREMPATI BAGI MEWUJUDKAN RASA KESEPUNYAAN DAN MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU MURIDKejayaan menjalin hubungan komunikasi yang baik juga bergantung kepada kecekapan guru menggunakan prinsip-prinsip individu, khasnya kemahiran mendengar dan kemahiran mewujudkan perasaan empati. Komunikasi tidak akan bermakna tanpa perhatian dan pendengaran yang teliti oleh guru. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Egan (1975), Mendengar dengan baik-baik akan memberikan orang sesuatu struktur empati yang tepat.(Mok Soon Sang, 2012). Kekerapan guru memotong percakapan murid dan terburu-buru memberikan nasihat atau komen telah menimbulkan perselisihan faham antara guru dengan murid dan mematikan semangat murid untuk meneruskan komunikasi mereka. Lama-kelamaan, murid-murid tidak akan lagi berkongsi masalah dengan guru dan cenderung menyembunyikan isi hati mereka kerana mereka berasa guru itu tidak pernah memahami mereka dan tidak berminat untuk membantu mereka. Padahal, guru bukan sahaja seharusnya menjadi pendengar yang aktif, memberikan peluang kepada murid untuk menghabiskan percakapan mereka dan cuba mengenalpasti emosi serta maksud sebenar di sebalik komunikasi murid, tetapi juga perlu berempati terhadap murid dengan mengalami dunia murid seolah-olah situasi tersebut dialami sendiri oleh guru. Menurut Rogers (1951), tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud. Jadi, sebelum menjadi seorang pendengar aktif dan berempati, guru perlulah memberi perhatian yang teliti dan sepenuhnya terhadap mesej lisan dan perlakuan non-verbal mereka, seperti gerak isyarat, air muka dan nada suara dan kontak mata agar ia dapat memberikan gambaran kepada murid bahawa guru berminat dan bersungguh-sungguh untuk menolong mereka. Rasa kesepunyaan terhadap bilik darjah merupakan matlamat utama dalam pembentukan tingkah laku murid (Haliza Hamzah & Joy N. Samuel, 2009). Jadi, melalui kedua-dua kemahiran komunikasi interpersonal tersebut, iaitu kemahiran mendengar secara aktif dan kemahiran berempati, maka rasa dipunyai, selamat, dihormati dan diterima yang wujud akan menyebabkan murid-murid lebih mempercayai, mesra, berminat, bersedia dan terbuka untuk berhubung dengan guru, meluahkan masalah dan perasaan mereka, sanggup menerima bimbingan guru dan sudi menyelesaikan masalah bersama dengan guru. AMALAN KOMUNIKASI ASERTIF DAN KESANNYA TERHADAP KAWALAN DISIPLIN MURIDKomunikasi yang berkesan bertindak sebagai agen pengawalan tingkah laku murid (Mohd Safiee et.al, 2008). Namun, kebanyakan guru di negara kita lebih cenderung menggunakan teknik penunjukan kuasa seperti teguran dan hukuman fizikal semasa menghadapi masalah disiplin dan tingkah laku murid tanpa menyiasat dan mengenalpasti punca sebenarnya. Menurut Martin Hoffman daripada Berk (2003), teknik penunjukan kuasa bukan sahaja membangkitkan ketegangan emosi kanak-kanak dan menimbulkan rasa permusuhan dengan guru dan pihak sekolah, tetapi juga seolah-olah menjadi model kepada kanak-kanak untuk menggunakan kekerasan bagi menyelesaikan masalah apabila dewasa nanti. Dalam usaha menguruskan masalah disiplin dan tingkah laku disruptif murid secara positif, Model Disiplin Asertif Canter mencadangkan guru mencari jalan dan berusaha untuk berkomunikasi dengan murid-murid melalui pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan kemahiran komunikasi asertif tidak membawa imej yang garang, kasar dan penyindir, sebaliknya akan menunjukkan ciri-ciri seperti pendengar aktif, pandai mengawal emosi sendiri dan pembimbing demokratik. Semasa menghadapi murid yang salah laku, mereka akan menggunakan teknik dorongan dengan memberikan autonomi dan peluang kepada murid untuk menerangkan sebab salah laku mereka dalam suasana yang tidak terancam, bukannya terus mengenakan hukuman terhadap mereka. Sebagai contoh, jika mendapati seseorang murid selalu lewat datang ke sekolah, guru seharusnya bertanya kepada dia untuk mengenalpasti punca sebenar yang berlaku, seperti bekerja sambilan, masalah pengangkutan ataupun lain-lain agar tindakan susulan yang sesuai dapat diambil. Sementara itu, guru yang mengamalkan kemahiran asertif juga akan berbincang dengan murid tentang akibat munasabah yang akan dihadapi daripada perbuatan mereka dengan menggunakan kata-kata yang berhemah tetapi tegas. Penggunaan bahasa yang kesat akan menghalang proses perbincangan tersebut dan menimbulkan perasaan dendam terhadap guru dalam kalangan murid. Model Akibat Logikal Dreikurs berkata disiplin kendiri boleh dicapai dengan berkesan di dalam iklim sekolah yang demokratik (Noriati A. Rashid et.al, 2009). Melalui komunikasi asertif yang terbuka ini, kesedaran dan kewaspadaan murid terhadap kawalan tingkah laku dan disiplin sendiri dapat dipertingkatkan. Sehubungan dengan itu, kesan check and balance juga akan dicapai kerana setiap murid dapat saling mengingati antara satu sama lain tentang peraturan yang ditetapkan. Hasilnya, masalah disiplin dan tingkah laku murid dapat diminimumkan ke tahap zero-defect. AMALAN JENAKA DALAM KOMUNIKASI Cara Mengintegrasikan Unsur Kecindaan Semasa Proses P&PMenurut Mohd. Salleh (2002), majoriti murid lebih menyukai guru yang boleh berjenaka atau membuatkan mereka geli hati berbanding dengan guru yang serius dan autokratik. Kajian Frymier et.al (2008) pula juga telah menegaskan peri pentingnya unsur jenaka dalam bilik darjah untuk membantu mewujudkan situasi komunikasi dan interaksi yang lebih lancar antara guru dengan murid dan meningkatkan keberkesanan P&P. Walaupun unsur kecindaan atau humor merupakan sifat semula jadi atau pembawaan seseorang individu, namun unsur tersebut masih dapat dipraktik dan diterapkan dalam komunikasi dengan murid sekiranya ia dapat dirancang dengan teliti. Sebagai contoh, semasa aktiviti P&P subjek bahasa, guru boleh menayangkan suatu video hikayat dan meminta murid-murid meneka apa yang akan berlaku pada bahagian penutup cerita secara berkumpulan. Seterusnya, mereka diminta melakonkannya dengan memakai topeng muka karakter kartun yang disediakan oleh guru. Kepelbagaian isi penutup cerita yang kreatif dan lakonan murid-murid yang lucu pasti dapat menimbulkan suasana P&P yang riang, aktif dan menyeronokkan. Dalam usaha mewujudkan situasi komunikasi yang mesra dalam bilik darjah, guru juga boleh menggunakan teka-teki yang mengandungi unsur jenaka untuk mengalihkan sebentar pandangan murid-murid terhadap pembelajaran (Haliza Hamzah & Joy N. Samuel, 2009) dan merehatkan minda mereka supaya mereka dapat lebih bersedia dari segi mental dan emosi untuk berfokus kepada aktiviti P&P yang selanjutnya. Walau bagaimanapun, penggunaan jenaka dalam P&P masih mempunyai batasan tertentu yang perlu diperhatikan dan dijaga oleh guru. Unsur-unsur kecindan yang digunakan sesuai dengan peringkat umur murid dan tidak bertujuan untuk menghina, mengejek, menyinggung perasaan dan merendah-rendahkan murid-murid lain. Usahlah guru mengambil masa yang lama untuk sesi bergurau dan berkongsi lawak kerana ia sebaliknya akan menyimpangkan objektif pengajaran. Kesan Amalan Jenaka Terhadap Masalah Disiplin Dan Hasil Pembelajaran MuridSekolah merupakan suatu institusi yang terikat dengan pelbagai peraturan, tatacara dan disiplin sehinggalah ia telah menjadi suatu tempat yang menakutkan dan menimbulkan perasaan tegang dan kurang selamat dalam kalangan murid. Lama-kelamaan, kebimbingan emosi dan ketidakseimbangan perkembangan psikologikal yang wujud mungkin akan mendorong kepada timbulnya pelbagai masalah disiplin murid, seperti ponteng kelas dan ponteng sekolah. Namun, sekiranya keadaan ini dapat diseimbangkan dengan unsur-unsur kecindan, kekangan tersebut nescaya dapat diatasi secara postif dan berkesan kerana pengurangan formaliti dan perapatan jurang komunikasi akan meningkatkan kemesraan guru dan menggalakkan murid mengambil inisiatif untuk mendekati dengan guru dan berbincang masalah yang dihadapi. Di samping itu, pelbagai teori pembelajaran yang berasaskan motivasi seperti Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Pembelajaran Humanism juga telah membuktikan fungsi amalan jenaka dalam mencetuskan situasi pembelajaran yang berkesan (Shaffe et.al, 2011). Penyampaian isi pelajaran yang terkongkong dalam buku teks pasti menimbulkan suasana P&P yang membosankan dan merunsingkan serta menyebabkan murid-murid mudah hilang tumpuan. Namun, interaksi yang disusuli dengan ketawa akan membantu guru menarik perhatian murid, merancakkan tajuk perbualan yang selanjutnya dan mengaktifkan komunikasi antara guru dengan murid. Berbanding dengan suasana yang bosan dan tertekan, murid-murid lebih mudah mengingati dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dalam situasi yang relaks dan ceria. Perubahan tanggapan negatif kepada yang positif terhadap pembelajaran juga akan menyebabkan murid-murid tidak sabar-sabar untuk menerima pengajaran guru. Lama-kelamaan, motivasi pembelajaran yang dipupuk secara intrinsik ini akan membawa kesan pembelajaran yang lebih berkekalan dan hasil pembelajaran yang optimum kerana murid-murid belajar atas inisiatif sendiri bukannnya demi memenuhi kehendak guru. Memandangkan amalan jenaka sering memerlukan murid think out of the box, ia juga dapat menggalakkan pemikiran divergen dan kreatif dalam kalangan murid. GAYA KEPIMPINAN DEMOKRATIK DAN TEKNIK MENYOALGuru yang mengamalkan kemahiran komunikasi agresif selalu menghadapi masalah membina hubungan yang erat dengan anak-anak murid kerana mereka sering menunjukkan kuasa mutlak dan tidak bertolak ansur dengan murid. Walaupun gaya kepimpinan autokratik ini dapat meminimumkan kebisingan kelas yang akan mengganggu proses penyampaian isi pelajaran oleh seseorang guru, malangnya ia telah menjadi halangan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid kerana murid tidak diberi peluang untuk menyumbang idea dan output mereka dan hanya berfungsi sebagai pendengar dan pengikut sahaja. Suasana P&P yang penuh dengan paksaan dan bersifat pasif ini adalah bertentangan dengan Model Schramm III yang menegaskan kepentingan interaksi aktif antara kedua-dua pihak penyampai mesej dengan penerimanya untuk membina situasi komunikasi yang efektif. Bagi guru yang mempunyai keterampilan komunikasi yang tinggi, mereka akan berorientasikan gaya kepimpinan autoritatif atau demokratik semasa melakukan aktiviti P&P. Menurut Mok Soon Sang (2012), demokratik boleh didefinisikan sebagai perkongsian kuasa antara setiap ahli dalam sesuatu komuniti. Dalam konteks pendidikan, ia merujuk kepada penyediaan peluang kepada murid untuk menyoal, mengemukakan pendapat dan membina ilmu pengetahuan secara aktif dengan bimbingan guru. Guru yang mempraktikkan gaya kepimpinan demokraktik akan selalu menggalakkan maklum balas murid dan mencungkil pendapat mereka melalui teknik menyoal berdasarkan Taksonomi Bloom yang bermula daripada peringkat pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis sehingga ke peringkat menilai. Sepanjang aktiviti penyoalan dan perbincangan, guru perlu mempertimbangkan penglibatan yang seimbang di dalam kelas. Usahlah guru berat sebelah dan asyik memberi peluang kepada murid tertentu untuk mengemukakan soalan dan pendapat! Sebaliknya, perhatian dan dorongan juga perlu diberikan kepada murid-murid yang bersifat pemalu dan pasif dengan penuh kesabaran agar mereka lebih berani dan berkeyakinan untuk meluahkan pendapat dan isi hati mereka yang tersimpan. Guru yang bertindak secara autoritatif ini juga akan menjadi pendengar yang sabar, menghormati maklum balas murid dengan tidak memotong percakapan murid, memberikan respon yang sesuai dan menerima pandangan yang berbeza dengan hati yang terbuka. Interaksi dua hala yang sihat ini bukan sahaja membolehkan guru mengenalpasti dan mengesan tahap penguasaan dan keupayaan pemahaman murid-murid, tetapi juga mewujudkan iklim bilik darjah yang terbuka dan kondusif. Menurut Mok Soon Sang (2012), keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan dan bahagia kepada murid-murid, seterusnya meningkatkan keberkesanan aktiviti P&P. KAEDAH P&P SECARA KOPERATIF DAN KOLABORATIFStrategi pemusatan guru dan sistem pendidikan spoon-feed yang bersifat autokratik dan interaksi sehala bukan sahaja dianggap ketinggalan zaman, membosankan dan mewujudkan suasana sosio-emosi yang tegang, tetapi juga akan menjejaskan keupayaan pemikiran dan penaakulan dalam kalangan murid akibat kekurangan peluang untuk menyumbang pendapat dan teknik pengajaran secara menghafal. Teori Konstruktivisme Vygotsky telah menegaskan interaksi sosial yang aktif memainkan peranan yang penting dalam proses P&P di bilik darjah. Justeru, guru yang memiliki stail komunikasi yang berkesan juga akan menyingkirkan pendekatan tradisional tersebut, malahan memperbanyakkan aktiviti yang menggalakkan penglibatan aktif dalam kalangan murid melalui strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Secara umum, kaedah pengajaran tersebut merupakan pembelajaran berpusatkan murid yang berupaya mengubah suatu situasi komunikasi yang pasif kepada suatu yang dinamis dan aktif melalui aktiviti-aktiviti yang memerlukan kerjasama dan interaksi kumpulan, seperti pair discussion, pairs check dan sebagainya (Noriati et.al, 2012). Dalam konteks ini, murid berperanan sebagai pembina ilmu yang aktif manakala guru pula berfungsi sebagai fasilitator atau pembimbing. Kaedah pengajaran koperatif dan kolaboratif ini bukan sahaja menyediakan peluang komunikasi pelbagai hala di dalam bilik darjah, tetapi juga dapat memanfaatkan kumpulan murid berpencapaian rendah dan tinggi apabila mereka menyelesaikan tugasan pembelajaran bersama. Misalnya, murid yang lemah dapat memperoleh pemahaman yang lebih jelas melalui bimbingan rakan sebaya yang lebih mahir manakala murid yang berperanan sebagai tutor akan diberi peluang untuk berfikir dan mengaplikasikan pengetahuan secara mendalam. Sepanjang proses penjanaan dan pertukaran idea dalam kumpulan, murid-murid juga dapat menyerap sifat-sifat sosial yang positif seperti bekerjasama dan memperhaluskan kemahiran sosialisasi mereka. Namun, guru seharusnya memastikan kumpulan yang terbentuk tidak melebihi daripada 5 orang agar semua murid berpeluang untuk melibatkan diri secara menyeluruh dalam aktiviti P&P, malahan penyampaian isi pelajaran juga dapat dimaksimumkan.SIMULASI DAN MAIN PERANANSituasi pembelajaran yang seronok akan wujud sekiranya guru melaksanakan jenakan dalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran. Seiring dengan implementasi KSSR dalam sistem pendidikan sekolah rendah sejak tahun 2011, KPM juga telah memperkenalkan konsep pembelajaran yang menyeronokkan (learning is fun) untuk menjadi panduan kepada para guru bagi mewujudkan suasana P&P yang riang dan mengoptimumkan keberkesanan proses P&P di dalam bilik darjah. Dalam usaha mengikis tanggapan negatif terhadap P&P dan merealisasikan konsep didik hibur dalam alam pendidikan, guru yang mengamalkan sifat jenaka dalam komunikasi lebih cenderung mengaplikasikan simulasi dan main peranan (lakonan) semasa sesi P&P kerana kaedah pengajaran tersebut bukan sahaja mudah disesuaikan dengan elemen-elemen kecindan, seperti karakter kartun dan cerita humor, tetapi juga merupakan sejenis aktiviti bermain yang dapat merangsang imaginasi dan pemikiran murid secara kreatif dan divergen. Hasil pemikiran tersebut juga selalunya menjadi sumber amalan jenaka yang penting untuk menghiburkan dan meriangkan suasana pembelajaran yang tertekan dan tegang. Secara umumnya, main peranan bermaksud kaedah kumpulan berorientasikan proses yang memerlukan murid melakonkan sesuatu watak atau situasi kehidupan sebenar manakala simulasi pula merupakan aktiviti persembahan dan pemindahan konsep yang dikuasai ke dalam situasi sebenar (Noriati et.al, 2012). Kewujudan interaksi sosial yang aktif dan suasana sosioemosi yang relaks dan gembira sepanjang perjalanan aktiviti tersebut secara langsung akan memupuk motivasi pembelajaran murid dan membantu mengoptimumkan keberkesanan P&P di dalam bilik darjah. Pernyataan ini dapat disokong oleh hukum kesan Thorndike yang menegaskan bahawa akan keinginan untuk belajar bertambah kukuh jika murid memperoleh kesan pengalaman yang menyeronokkan. Selain memenuhi konsep learning is fun, kaedah pengajaran main peranan dan simulasi juga amat membantu murid-murid dalam memahami dan menguasai konsep yang abstrak. Misalnya, melalui aktiviti simulasi topik keadaan bahan (state of matter), murid-murid dapat memahami perbezaan susunan dan pergerakan atom antara pepejal, cecair dan gas dengan lebih jelas. Peningkatan motivasi pembelajaran dan pemahaman murid terhadap konteks pembelajaran yang diajar sepanjang pelaksanaan aktiviti-akitiviti aktif ini secara langsung akan membantu meningkatkan pencapaian akademik murid-murid . KESIMPULAN:Pencapaian akademik dan tingkah laku murid banyak dipengaruhi oleh kualiti hubungan guru-murid (Jones, 1995 daripada Haliza Hamzah & Joy N. Samuel, 2009). Manakala, faktor yang menentukan kejayaan pembinaan hubungan yang mesra antara guru dengan murid amat bergantung kepada stail komunikasi yang diamalkan oleh seseorang guru. Tidak ketinggalan juga, kepentingan kemahiran komunikasi tidak hanya dilihat dari aspek penyampaian pengetahuan semata-mata, malahan ia merupakan satu bonus kepada guru untuk menarik dan mengekalkan minat pembelajaran murid, membina kepercayaan dengan murid dan mengurangkan batasan darjat dengan murid agar guru dapat lebih memahami keperluan dan kehendak murid. Oleh itu, guru seharusnya memartabatkan keterampilan komunikasi sendiri dari segi verbal dan non-verbal sendiri, mengamalkan kemahiran mendengar secara aktif dan berempati, mempraktikkan stail komunikasi asertif, mengingtegrasikan unsur jenaka serta mengaplikasikan kaedah-kaedah pengajaran yang berpusatkan murid dan berteraskan konsep learning is fun, seperti gaya kepimpinan demokraktik, teknik menyoal, kaedah pembelajaran secara koperatif, simulasi dan main peranan sepanjang proses P&P situasi yang penyayang dan demokratik serta mencorakkan suasana pengajaran yang menarik dan menyeronokkan supaya pencapaian akademik murid dapat diperkasakan dan masalah disiplin murid dapat ditangani secara efektif tanpa meninggalkan impak yang destruktif terhadap perkembangan sosioemosi murid. Ingat, guru yang memiliki stail komunikasi yang berkesan akan menzahirkan generasi muda yang berketerampilan dalam kemahiran sosialisasi dan pengurusan konflik sosioemosi!