20729600 kejohanan bola jaring peringkat daerah jeli[1]
TRANSCRIPT
-
KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT DAERAH JELI
DIANJURKAN OLEH
KELAB BELIA DAN SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN AYER LANAS
PENGENALAN
Kelab Belia dan Sukan Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas dengan sokongan
pihak Majlis Daerah Jeli berusaha menganjurkan Kejohanan Bola Jaring peringkat
Daerah Jeli.
Seperti yang diketahui, kejohanan Bola Jaring ini bertujuan untuk mendedahkan
asas-asas teori dan teknik yang perlu ada kepada setiap Sekolah rendah di Daerah Jeli
yang akan merentasi kejohanan-kejohanan yang akan diadakan di peringkat zon,
daerah dan negeri.
Pengajaran yang akan diperolehi melalui kejohanan Bola Jaring ini ialah dapat
memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu juga untuk melahirkan
warga Jeli yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi serta mempunyai daya
saing .
RASIONAL
Kejohanan Bola jaring dijalalankan untuk memberikan pendedahan kepada
semua sekolah rendah di Daerah Jeli untuk menimba seberapa banyak mungkin ilmu
pengetahuan mengenai bentuk dan peraturan-peraturan pertandingan dalam bola jaring
-
untuk memperlengkapkan diri dengan kejohanan bola jaring yang akan diadakan di
peringkat negeri kelak.
MATLAMAT
Mewujudkan semangat kesukanan di kalangan pelajar sekolah rendah daerah
Jeli.
Memilih pasukan bola jaring terbaik untuk dipertandingkan di peringkat negeri
Kelantan yang akan mewakili daerah Jeli.
OBJEKTIF
Memenuhi syarat yang terkandung dalam perancangan kejohanan Bola Jaring.
Meningkatkan kerjasama dan perkongsian pengalaman.
Untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
Memupuk dan menghayati nilai-nilai murni serta sikap positif yang berterusan
melalui penglibatan yang aktif di dalam pertandingan bola jaring.
-
KUMPULAN KEJOHANAN
Terdapat 8 buah sekolah rendah yang akan menyertai kejohanan Bola Jaring ini.
Kelab Belia dan Sukan Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas (SKAL)
Kelab Belia dan Sukan Sekolah Kebangsaan Jeli (SKJ)
Kelab Belia dan Sukan Sekolah Kuala Balah (SKKB)
Kelab Belia dan Sukan Sekolah Kebangsaan Batu Melintang (SKBM)
Kelab Belia dan Sukan Sekolah Kebangsaan Batu Gajah (SKBG)
Kelab Belia dan Sukan Sekolah Kebangsaan Jedok Tua (SKJT)
Kelab Belia dan Sukan Sekolah Kebangsaan Pendek (SKKP)
Kelab Belia dan Sukan Sekolah Kebangsaan Repek (SKR)
Perlawanan Persahabatan di antara guru-guru wanita SKAL dengan Pasukan
PERISMA ( Persatuan Isteri-isteri Bomba dan Penyelamat Malaysia) Daerah Jeli.
-
PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARINGKELAB BELIA DAN SUKAN PERINGKAT DAERAH
DAERAH JELI.
Tarikh : 5 Mei 2008
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Sistem Kejohanan Bola Jaring ini adalah Sistem Kalah Mati tanpa Bye.
SKAL
SKJ
SKJT
SKKB
SKR
SKBM
SKP
SKBG
JOHAN
-
SUMBANGAN DARI SETIAUSAHA GERKO
HADIAH
1. Acara
Tempat pertama - Piala Pusingan & Medal
Tempat kedua - Medal
Tempat ketiga - Medal
Saguhati - Hamper
Guru Wanita SKAL
PERISMAJOHAN
-
2. CENDERAMATA
1. Pegawai Daerah Jeli - 1
2. Pengetua SMKAL - 1
3. Pegawai Pelepas - 1
4. Perasmian (Band) - 1
5. Pemberi Hadiah - 11
JUMLAH - 15 X RM 20 = RM 300
CENDERAMATA (TSHIRT DAN TOPI)
Dif-dif Jemputan dan Pegawai Kejohanan
JUMLAH - 60 X RM 30 = RM 1800
BIL TEMPAT HADIAH BILANGAN HADIAH HARGA
1. PERTAMA Piala Pusiangan &
Medal
1 + 9 RM 20 + RM54
2. KEDUA Medal perak 9 RM54
3. KETIGA Medal Gangsa 9 RM54
4. SAGUHATI Hamper
PERISMA
5 Hamper X
5 kumpulan
1 HAMPER
RM 250
RM150
JUMLAH RM 582
-
Peserta Kejohanan
JUMLAH - 72X RM 25 = RM 2600
AIR MINERAL
25 KOTAK -RM 250
JAMUAN
1. Dif-dif jemputan - 50 orang
2. Pegawai - 10 orang
3. Peserta Kejohanan - 72orang
4. Pelajar - 1500 orang
JUMLAH DIF-DIF JEMPUTAN DAN PEGAWAI - 60X RM 2.50 = RM150
JUMLAH PELAJAR - 1572 X RM 2.00 = RM 3144
JUMLAH BESAR - RM 8826.00
AHLI JAWATANKUASA INDUK
KEJOHANAN BOLA JARING
-
PENAUNG : TN.HJ MAHMUD BIN ABBAS
(GURU BESAR SKAL)
PENGERUSI : EN. SHUKRI BIN AWANG
(PENGERUSI PERSATUAN
KELAB BELIA DAN SUKAN)
SETIAUSAHA : PN. ROSNAWATI YAAKOB
(SETIAUSAHA KELAB BELIA DAN
SUKAN)
BENDAHARI : EN. YUSMAN BIN YUSOF
PENGADIL PERTANDINGAN: PN. ZAZARINA BT MUDA
(SK PANGLIMA RAJA, TANAH
TANAH MERAH)
PENYELARAS BOLA JARING: EN. TAN GUEK HOE
AHLI JAWATANKUASA KECIL KEJOHANAN
BOLA JARING
-
PERSIAPAN PADANG
1. EN. ABDUL HALIM BIN MUSA
PERALATAN TEKNIKAL
1. EN. TUAN ZULHILMI BIN BASIRAN
2. EN. MOHD ARASYI KUZAIMI
3. EN. CHUA CHING SENG
PENGADIL / KEPEGAWAIAN
1. EN. ALBERT GOH
BUKU PERTANDINGAN
1. PN. SUHANAWATI BT ZAHARI
PUBLISITI / SIARAYA
1. EN. FAIZAL HAZRUL BIN HAZRAN
REKOD / STATISTIK / KEPUTUSAN
1. CHE ABDUL RAHIM KAJAI BIN OSMAN
HADIAH / CENDERAMATA
1. EN. MOHD NAZRI BIN RAMLI
2. PN. FADHILAH BT AHMAD RAMLI
JAMUAN
1. PN. SUHAZLINA BT MOHAMED YUSOF
2. PN. NOR ROSEELINA BT ABU BAKA
KESELAMATAN / PERTOLONGAN CEMAS
-
1. PN. RAHIMAH YUSMIRA BT ADLI
PROTOKOL
1. CIK NOR AZLINA BT IBRAHIM
PERBARISAN
1. EN. MOHD ZAKARIA BIN GUKHARISMI
2. EN. MAZRIMI BIN MUSA
PERASMIAN
1. EN. AHMAD TAJUL BIN ROSLI
2. TAHUN 5 CEMPAKA
PERSEMBAHAN
1. EN. MOHD AMIR BIN MUSYTARI
2. TAHUN 4 SEROJA
MINUMAN
1. PN. ANI MAISARAH BT ZULKIFLI
2. TAHUN 4 TERATAI
PENYELIA PESERTA
1. PN. SALWANI BT MOHAMED
2. PN. MARIANI BT RAHMAN
3. PN. NORAINI BT AB HAMID
4. TAHUN 4 BAKAWALI
PENGANGKUTAN
-
1. EN. AHMAD SOBRI BIN RAZLAN
ATURCARA MAJLIS
7.30.00 PAGI : KETIBAAN PESERTA KEJOHANAN
8.00 PAGI : KETIBAAN DIF-DIF JEMPUTAN
8.30 PAGI : PERARAKAN PERBARISAN
: UCAPAN PERASMIAN (GURU BESAR SKAL)
: PERASMIAN KEJOHANAN BOLA JARING( PEGAWAI DAERAH
JELI)
9.30 PAGI : PERMULAAN ACARA
2.30 PETANG : PERLAWANAN PERSAHABATAN GURU-GURU WANITA
DENGAN PERISMA JELI
4.00 PETANG : PENYAMPAIAN HADIAH
: PERASMIAN PENUTUP (PENGARAH)
: JAMUAN RINGAN
4.30 PETANG : BERSURAI
PENUTUP
-
Dengan terlaksananya kejohanan bola jaring ini, dapatlah kita merealisasikan
impian semua ahli Kelab Belia dan Sukan dalam minat serta ltizam untuk
menambahkan pengetahuan dan juga kemahiran penganjuran dan pengelolaan
kejohanan bola jaring.
Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak amat kami alu-
alukan bagi menjayakan lagi kejohanan yang diadakan oleh Kelab Belia dan Sukan
supaya segala ilmu yang diperolehi oleh semua pelajar untuk membentuk
kecemerlangan diri.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
.
(PN. ROSNAWATI YAAKOB) (EN. SHUKRI BIN AWANG)
Setiausaha, Pengerusi Kelab Belia dan Sukan
Persatuan Kelab Belia dan SKAL. SKAL.
Disahkan oleh, Disokong oleh,
..
(TN.HJ MAHMUD BIN ABBAS) (PN. RASYADAH BT RASHID)
Guru Besar SKAL. Guru Kanan Ko-Kurikulum SKAL.
-
1. SENARAI NAMA PESERTA SKAL
BIL NO. I/C/SURAT
BERANAK
NAMA
123456789
2. SENARAI NAMA PESERTA SKJ
BIL NO. I/C/SURAT
BERANAK
NAMA
123456789
3. SENARAI NAMA PESERTA SKKB
-
BIL NO. I/C/SURAT
BERANAK
NAMA
123456789
4. SENARAI NAMA PESERTA SKJT
BIL NO. I/C/SURAT
BERANAK
NAMA
123456789
5. SENARAI NAMA PESERTA SKBG
BIL NO. I/C/SURAT
BERANAK
NAMA
123456
-
789
6. SENARAI NAMA PESERTA SKBM
BIL NO. I/C/SURAT
BERANAK
NAMA
123456789
7. SENARAI NAMA PESERTA SKR
BIL NO. I/C/SURAT
BERANAK
NAMA
123456789
8. SENARAI NAMA PESERTA SKP
BIL NO. I/C/SURAT NAMA
-
BERANAK123456789
Pn. Rosnawati bt YaakobSetiausaha Kelab Belia dan Sukan ,Sekolah Rendah Kebangsaan Ayer Lanas,17700 Ayer Lanas,Jeli,Kelantan Darul Naim.______________________________________________________________________Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas,17700 Ayer Lanas,Jeli,Kelantan Darul Naim. 26 Mac 2008
Tuan,Memohon Sumbangan Untuk mengadakan Kejohanan Bola Jaring di Padang Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk,
2. Buat pengetahuan pihak tuan, Kelab Belia dan Sukan Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas akan mengadakan Kejohanan Bola Jaring peringkat Daerah Jeli pada 5 Mei 2008 di padang SKAL.
3. Sehubungan dengan itu, saya selaku pengerusi Kelab Belia dan Sukan memohon sumbangan untuk mengadakan acara kejohanan tersebut.Antaranya :
1. Air Mineral2. Sijil Penyertaan dan Penghargaan3. Cenderamata
-
4.Piala Pusingan 5.Medal
6.Hamper
4. Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dan segala kerjasama dan keperhatinan daripada pihak tuan amat dihargai.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
Saya yang menjalankan tugas,
..
(PN. ROSNAWATI BT YAAKOB)Setiausaha Kelab Belia dan Sukan ,Sekolah Rendah Kebangsaan Ayer Lanas,17700 Ayer Lanas,Jeli,Kelantan Darul Naim.
s.k. Guru Besar S.K. Ayer Lanas
Guru Kanan Ko-Kurikulum S.K. Ayer Lanas
-
PERATURAN KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT DAERAH JELI
SEKOLAH KEBANGSAAN AYER LANAS
1.0 Undang-undang Kejohanan
1.1 Kejohanan Bola Jaring tertakluk kepada Undang-Undang Persatuan Bola Jaring.
2.0 Pendaftaran Peserta
2.2 Setiap Sekolah perlu menghantar 9 orang peserta termasuk reserve
2.3 Senarai nama peserta hendaklah dihantar kepada pihak urusetia sebelum 2 minggu kejohanan berlangsung.
2.4 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat pada atau sebelum 5 Mei 2008.
2.5 Sebarang penggantian untuk peserta yang menarik diri adalah tidak dibenarkan selepas tarikh tutup pendaftaran.
3.0 Pakaian
3.1 Peserta hendaklah memakai pakaian yang telah disediakan oleh penganjur.
Pihak Pegawai Kejohanan berhak menyingkirkan peserta yang idak mematuhi
-
Peraturan ini daripada mengambil bahagian dalam acara yang bakal disertainya.
4.0 Gelanggang dan Alatan
Ukuran Gelanggang dan alatan adalah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Persatuan.
4.1 Peserta tidak dibenarkan memanaskan badan di dalam gelanggang.
4.2 Semua peserta hendaklah berbaris semasa masuk dan keluar gelanggang.
4.3 Selain daripada pegawai-pegawai yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian TIDAK DIBENARKAN SESIAPA PUN dibenarkan masuk ke dalam arena.
5.0 Kelewatan Melapor Diri
5.1 Semua peserta hendaklah melapor diri kepada urusetia peserta sekurang-kurangnya 30 minit sebelum masa bermula.
5.2 Peserta yang hadir selepas 30 minit acara berlangsung, TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian dan dianggap menarik diri.
6.0 Bantahan
6.1 Segala bantahan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Kejohanan dengan menyertakan bayaran sebanyak RM200 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja)
6.2 Tempoh masa diber untuk bantahan adalah selepas pengumuman keputusan adalah 30 minit.
6.2 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut ditolak.
7.0 Juri Rayuan
7.1 Juri Rayuan adalah terdiri daripada:-
a) Pegawai Daerah Jeli
b) Guru Besar
c) Pegawai Kejohanan
d) Penyelaras Bola Jaring
7.2 Keputusan Juri adalah MUKTAMAD