2.1model ccrc - puan hasmah yusoh
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 2.1model Ccrc - Puan Hasmah Yusoh
1/17
MODEL CCRC : TRANSFORMASIPROGRAM RAWATAN DAN PEMULIHAN
DALAM INSTITUSI
1
-
7/28/2019 2.1model Ccrc - Puan Hasmah Yusoh
2/17
1. Sepanjang 28 tahun AADK melaksanakan program rawatan dan pemulihan di
dalam Insitusi yang berkonsepkan regimented, kurang humanistik, tidak
memenuhi keperluan klien, tough and rugged, dan menganggap penagih
dadah sebagai penjenayah didapati tidak lagi sesuai digunakan.
2. Trend penagihan dadah pada masa kini semakin kompleks di mana
penggunaan dan penagihan dadah mula beralih arah kepada dadah jenis
sintetik seperti syabu, esctasy dan amphetamine serta tidak mengira
kumpulan sasar menyebabkan program rawatan dan pemulihan sedia ada
perlu ditransformasi agar proses kepulihan lebih berkesan.
3. Masalah penagihan kini bukan hanya sekadar masalah keselamatan dan
sosial tetapi dianggap sebagai masalah kesihatan yang memerlukan
pendekatan rawatan dan pemulihan secara komprehensif, holistik,
memenuhi keperluan kepulihan dan tidak punitif.
4. Perubahan pendekatan dan transformasi perkhidmatan rawatan dan
pemulihan di dalam institusi atau Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik
(PUSPEN) direalisasikan dengan memperkenalkan Model Cure & Care
Rehabilitation Centre (CCRC) yang berteraskan pendekatan lebih humanistik,
prihatin, berkesan dan memenuhi keperluan kepulihan .
5. Pelbagai aspek dikaji semula untuk pelaksanaan transformasi di dalam Model
CCRC bagi mengekalkan kepercayaan masyarakat terhadap fungsi PUSPEN
dan ekpektasi stakeholder terhadap AADK selaras dengan Gagasan
1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
PENGENALAN
K
E P U L I H A N A N
D A B E R M U L A D I S I N I
2
-
7/28/2019 2.1model Ccrc - Puan Hasmah Yusoh
3/17
1. Pada tahun 1983, Pusat Serenti atau One Stop Centre di wujudkan sebagai
sebuah institusi yang menempatkan penagih-penagih bagi tujuan pemulihan
dadah. Ia merupakan suatu bentuk usahasama pelbagai jabatan, antaranya
termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pertahanan,
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Hal Ehwal Islam (kini dikenali
sebagai JAKIM), Biro Tata Negara, Kementerian Belia dan Sukan serta
Guru/Pekerja Kontrak yang memiliki kemahiran tertentu.
2. Penagih dadah yang ditangkap di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan
Pemulihan) 1983 menjalani program rawatan dan pemulihan di dalam
institusi tidak melebihi 2 tahun.
3. Pada ketika itu, pendekatan Tough & Rugged diperkenalkan sebagai
kaedah pemulihan kepada penghuni-penghuni yang menjalani pemulihan di
dalam Pusat Serenti terdiri daripada detoksifikasi secara cold turkey atau
tanpa ubat-ubatan, latihan dan disiplin ala ketenteraan serta pemulihan
fizikal dan psikososial yang multi disciplinary.
4. Pada tahun 1996, Agensi Dadah Kebangsaan telah ditubuhkan dengan
menggabungkan semua agensi Kerajaan yang menyediakan perkhidmatan
rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah. Pewartaan Akta Agensi
Antidadah Kebangsaan 2004 telah memberikan kuasa kepada AADK sebagai
agensi utama di dalam penyelarasan dan pengurusan rawatan dan
pemulihan dadah.
5. Nama Pusat Serenti ditukarkan kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik
(PUSPEN) pada tahun 2009.
SEJ
ARAHRAWATANDANP
EMULIHAN
DIDALAMINSTITUSI
K
E P U L I H A N A N
D A B E R M U L A D I S I N I
3
-
7/28/2019 2.1model Ccrc - Puan Hasmah Yusoh
4/17
1. Program rawatan dan pemulihan dadah dibawah Akta Penagih Dadah
(Rawatan dan Pemulihan) 1983 disediakan di dalam institusi yang disebut
sebagai Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik atau singkatannya PUSPEN.
2. Penagih dadah yang dijatuhkan hukuman dibawah Seksyen 6(1)a Akta
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 hendaklah menjalanirawatan dan pemulihan tidak kurang 12 bulan dan tidak melebihi 2 tahun.
3. Penagih dadah akan disaring dan dinilai tahap keparahan penagihan serta
risiko kebergantungan terhadap substans dengan menggunakan alat
saringan iaitu Alcohol, Smoking and Substance Involvement Screening Test
(ASSIST) di Pusat Triage sebelum ditempatkan di PUSPEN. Penempatan
mereka di PUSPEN juga mengambilkira rekod jenayah dan rekod pemulihan
yang pernah diikuti.
4. Fasiliti perkhidmatan rawatan dan pemulihan di dalam institusi adalah
seperti berikut :
5. Penghuni yang menjalani program rawatan dan pemulihan di PUSPEN
mengikuti program 8 elemen seperti Kawad dan Latihan Fizikal, Bimbingan
Kaunseling, Sivik dan Tatanegara, Integrasi Masyarakat, Rawatan Kesihatan,
Sukan dan Riadah, Latihan Kemahiran dan Vokasional sebelum dinaikkan
fasa setiap 3 bulan sebelum dibebaskan.
6. Komponen program sedia ada ini didapati kurang memberikan impak
terutama untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada penghuni
bagi mencegah daripada terlibat semula dengan masalah penagihan dadah.
Kemasukan berulang kali ke PUSPEN merupakan cabaran utama bagi
memastikan program yang diberikan mengikut keperluan kepulihan
penghuni.
FASILITI BILANGAN
PUSPEN 21 BUAH
TRIAGE 3 BUAH
RAWATAN
DANPEMU
LIHANDIDALAMINSTITUSI
K
EPULIHANAN
DABERMULA
DISINI
4
-
7/28/2019 2.1model Ccrc - Puan Hasmah Yusoh
5/17
1. Sejak tahun 1983, AADK memberikan perkhidmatan rawatan dan pemulihan
dadah berteraskan perundangan, paksaan dan kurang menekankan kepada isu
penagihan berdasarkan keperluan penghuni.
2. Statistik yang dikeluarkan dari Buku Maklumat Dadah 2011 yang dikeluarkan
oleh AADK menunjukkan peratus kemasukan berulang ke PUSPEN adalah tinggi.
Kadar berulang masuk ke PUSPEN seolah-olah memberi indikator kepada
kurangnya keberkesanan program rawatan dan pemulihan di PUSPEN.
3. Selain itu, masalah-masalah yang berlaku di PUSPEN seperti kejadian kelarian,
krisis , pergaduhan dan rusuhan sering berlaku melibatkan penghuni PUSPEN
menyebabkan kerajaan kerugian jutaan ringgit.
4. Cabaran dan masalah yang dihadapi menyumbang kepada kurang keberkesanan
program dan fungsi PUSPEN sebagai institusi yang melaksanakan rawatan dan
pemulihan dan sering dipertikaikan oleh stakeholderserta masyarakat khusunya.
5. Justeru, pada bulan Jun 2011 satu bengkel Kajian Semula Program Rawatan dan
Pemulihan di PUSPEN telah diadakan bagi mengatasi cabaran tersebut agar
institusi pemulihan seperti PUSPEN terus relevan untuk memberikan
perkhidmatan rawatan dan pemulihan berkesan kepada penghuni.
6. Kumpulan taskforce telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh YBhg. Puan Sri
Dato Ketua Pengarah untuk memastikan tindakan segera transformasi di
PUSPEN dilaksanakan.
TRANSFORMASIRAWATA
NDANPEM
ULIHANDI
PUSPEN
K E P U L I H A N A N D A B E R M U L A D I S I N I
5
-
7/28/2019 2.1model Ccrc - Puan Hasmah Yusoh
6/17
KRONOLOGI TRANSFORMASI MODEL CCRCKEPULIHAN ANDA BERMULA DI SINI
24-25 Julai 2011
Mesyuarat Pengarah Komandan AADK Bil.3/2011 di Swiss Garden Hotel KualaLumpur, telah membuat keputusan menukar gelaran Komandan kepada PengarahPUSPEN
18-19 Julai 2011
Perbincangan terperinci dan penyediaan Garis Panduan bagi melaksanakantransformasi program menggunakan Model CCRC telah diadakan di Ibu Pejabat
11-13 Julai 2011
Bengkel Kajian Semula Program Rawatan dan Pemulihan di PUSPEN melibatkan 5
orang Komandan PUSPEN di Hotel Legacy, Melaka
9-11 September 2011
Penyediaan borang borang, dokumen dan sistem penilaian prestasi kepulihan
penghuni bagi tujuan penyingkatan tempoh bersama taskforce PUSPEN Bachok danJeli di PUSPEN Bachok.
16-19 Ogos 2011
Bengkel Training Of Trainers Model CCRC kepada pegawai dan kakitangan PUSPENBachok dan Jeli di Hotel Royal Guest Kota Bharu, Kelantan.
24-25 Julai 2011
4 buah PUSPEN terpilih iaitu Bachok, Jeli, Bukit Chabang dan Karangan sebagai Pilot
ProjectModel CCRC dan Penyingkatan Tempoh
6
-
7/28/2019 2.1model Ccrc - Puan Hasmah Yusoh
7/17
KRONOLOGI TRANSFORMASI MODEL CCRCKEPULIHAN ANDA BERMULA DI SINI
November 2011
Pembentangan pelaksanaan program rawatan dan pemulihan menggunakanModel CCRC kepada semua Pengarah PUSPEN diadakan semasa MesyuaratPengarah-Pengarah AADK Bil 5/2011 di Hotel Hyatt Regency, Kota Kinabalu Sabah.
Oktober 2011
4 buah PUSPEN yang melaksanakan Model CCRC dan Penyingkatan Tempoh dikenali sebagai Cure & Care Rehabilitation Centre atau singkatannya CCRC.
September - Oktober 2011
Pelaksanaan program menggunakan Model CCRC dan penyingkatan tempoh mula
dilaksanakan di PUSPEN Bachok dan PUSPEN Jeli pada September manakala BukitChabang dan Karangan pada bulan Oktober
Januari 2012
Pelaksanaan ModelCCRC diperluaskankepada 7 buahPUSPEN
berdasarkanPerancanganStrategik 2012.
Mac 2012
Pembebasankumpulan pertamaseramai 94 orangyang diberikan
penyingkatantempohmenggunakanModel CCRCmelibatkanpenghuni 4 buahCCRC Pilot Project.
1 Jun 2012
Penggunaan namaCure & Care
Rehabilitation
Centre (CCRC)
menggantikannama PUSPENselaras denganpendekatantransformasiprogram yangdilaksanakan.
7
-
7/28/2019 2.1model Ccrc - Puan Hasmah Yusoh
8/17
RASIONAL TRANSFORMASIKEPULIHAN ANDA BERMULA DI SINI
1. Mereka yang terlibat dengan masalah penagihan dadah selalu dikaitkan dengan
Low Self Esteem, kurang keyakinan diri dan berhadapan dengan cabaran
mental, emosi dan fizikal terutamanya semasa menjalani rawatan dan pemulihan
di CCRC.
2. Program sedia ada yang dilaksanakan di PUSPEN didapati tidak memfokuskan
kepada isu penagihan dan kepulihan secara individu serta program yang
dilaksanakan bukan berdasarkan keperluan penagihan mereka menyebabkan
tingkahlaku penagihan tidak dapat diubah.
3. Beberapa kejadian krisis yang berlaku di PUSPEN telah menjadi pencetus kepada
keperluan transformasi program rawatan perlu dilaksanakan dengan segera.
4. Dalam masa tersebut, AADK turut berdepan dengan harapan stakeholder yang
mengharapkan sesuatu perubahan dilaksanakan agar fungsi pusat pemulihan di
dalam institusi berkesan dan dirasai oleh rakyat.
5. Atas dasar tersebut, AADK mengorak langkah mencabar status quo
membangunkan Model CCRC dengan pendekatan fun, effective & easy to
implementdengan tagline Kepulihan Anda, Bermula Di Sini.
Ekspektasi Stake
holder
Kejadian dan Krisisdi PUSPEN
Program KurangBerkesan
8
-
7/28/2019 2.1model Ccrc - Puan Hasmah Yusoh
9/17
OBJEKTIF MODEL
Model CCRC dibangunkan untuk mencapai objektif seperti berikut:
Program yang dibangunkan didalam Model CCRC adalah lebih sistematik, berstruktur
dan memberikan pengetahuan serta kemahiran kepada penghuni bagi mengatasi
masalah penagihan mereka. Setiap penghuni akan dinilai tahap keparahan penagihan
dan tahap kesediaan berubah sebelum diberikan program berdasarkan keperluan
kepulihan setiap individu;
Perubahan profil klien dan jenis dadah yang diambil oleh penghuni diberi perhatian
utama dengan memperkenalkan pendekatan program yang lebih santai, berkesan danmudah dilaksanakan samada oleh penghuni dan pegawai pelaksana;
Sistem penilaian sedia ada untuk menilai prestasi tahap kepulihan penghuni
ditambahbaik secara lebih komprehensif bagi meningkatkan motivasi penghuni dalam
usaha kepulihan sepanjang menjalani rawatan dan pemulihan di CCRC;
Beberapa aspek dikaji semula di dalam membangunkan Model CCRC agar ekspekatasi
dan harapan masyarakat serta stakeholder terhadap peranan AADK dapat direalisasikan.
9
-
7/28/2019 2.1model Ccrc - Puan Hasmah Yusoh
10/17
FOKUS TRANSFORMASI
Beberapa aspek dikaji semula di dalam memastikan Model CCRC dilaksanakan mampu
mencapai objektif diharapkan, iaitu :
Imej
Penghuni
Fasiliti
PUSPEN
Program
Pemulihan
Sistem
Penilaian
Imej penghuni turut
memainkan peranan
penting kearah
pembentukan
tingkahlaku dari segi
keyakinan
diri,meningkatkan
self esteem danmeningkatkan
motivasi untuk
menjalani program
pemulihan.
Berdasarkan teor
Maslow ,keperluan
asas,tempat tingga
yang selesa dan
keselamatan dir
merupakan keperluan
utama bagi seseorang
individu. Keselesaandan kemudahan yang
mencukupi perlu
ditingkatkan.
Program pemulihan
yang disediakan perlu
menepati keperluan
kepulihan penghuni,
mampu mengubah
tingkahlaku
penagihan,
menyuntik motivasi
untuk mengikuti
program sertamengurangkan
kesalahan disiplin /
krisis
Elemen ganjaran
diterapkan di dalam
perlaksanaan
program rawatan dan
pemulihan di CCRC
dalam meningkatkan
motivasi penghuni
sepanjang proses
kepulihan. Sistem
penilaian yang adil,sistematik dan
mampu menilai
tahap kepulihan
penghuni
merupakan aspek
penting untuk
difokuskan.
10
-
7/28/2019 2.1model Ccrc - Puan Hasmah Yusoh
11/17
ELEMEN
TRANSFORMASI
PENDEKATAN
PROGRAM
fun, effective &
easy to
implement
PEMBENTUKAN
LEMBAGAPENILAIAN
PRESTASI
KEPULIHAN
PENGHUNI
11
-
7/28/2019 2.1model Ccrc - Puan Hasmah Yusoh
12/17
Bil Elemen Penerangan
1. Tempoh rawatan danpemulihan
Elemen ganjaran diterapkan di dalam perlaksanaan programrawatan dan pemulihan di CCRC dalam meningkatkan motivasi
penghuni sepanjang proses kepulihan. Penghuni yang
menunjukkan prestasi kepulihan yang cemerlang akan
diberikan penyingkatan tempoh selepas 6 bulan mengikuti
program rawatan dan pemulihan.
Seksyen 12 (2) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)
1983 Pindaan 1998 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah
AADK bagi meluluskan penyingkatan tempoh rawatan dan
pemulihan kurang daripada 12 bulan berdasarkan penilaianyang dilaksanakan.
Sistem fasa setiap 3 bulan tidak lagi dilaksanakan dan
digantikan dengan penilaian prestasi kepulihan berdasarkan
sistem penilaian baru yang lebih komprehensif.
2. Pendekatan program
rawatan pemulihan yang
memenuhi keperluan
kepulihan berkonsepkan
fun, effective and easy to
implement
Program pemulihan penghuni diatur secara sistematik
berdasarkan komponen program di dalam Model CCRC.
Program dilaksanakan dalam bentuk kelompok berdasarkan
tahap keparahan penagihan serta tahap perubahan
penghuni bagi mengekalkan kepulihan.
Perjalanan program harian diatur secara santai tanpa
mengabaikan personal time penghuni seperti
mengurangkan bilangan Roll Call, kepada 4 kali sahaja, latihan
Kawad dan Fizikal sebanyak 3 kali seminggu waktu pagi sahaja
dan penghuni yang menunjukkan prestasi yang baik akandibawa mengikuti program Outings dan Excursion.
Pengetahuan dan kemahiran kepulihan seperti Early Recovery,
Relapse Prevention dan Sokongan Sosial di tekankan sebagai
keperluan utama bagi mengekalkan kepulihan.
ELEMEN
TRANSFORMASI
12
-
7/28/2019 2.1model Ccrc - Puan Hasmah Yusoh
13/17
ELEMEN
TRANSFORMASI
Bil Elemen Penerangan
3. Perubahan Imej baru dan
persekitaran mesra pelanggan,
lebih selesa dan kondusif
Imej dan personaliti penghuni lebih kemas dan menarik
dan tiada lagi pakaian mengikut fasa. Semua penghuni
memakai pakaian yang sama bagi mewujudkan
keseragaman seterusnya mengurangkan tekanan ketika
mereka mengikuti program.
Persekitaran sentiasa dijaga bagi memastikan
keselesaan bagi semua penghuni dengan menaik
taraf kemudahan dan fasiliti seperti tempat riadah,wakaf/gazebo untuk aktiviti kelompok dan sebagainya.
4. Pembentukan Lembaga Penilaian
Prestasi Penghuni
Walaupun Seksyen12(2) Akta Penagih Dadah (Rawatan
Dan Pemulihan) 1983 memberi kuasa kepada Ketua
Pengarah AADK untuk membebaskan seseorang
penghuni yang menjalani pemulihan di CCRC kurang
daripada 12 bulan. Penubuhan Lembaga ini untuk
memastikan keputusan pembebasan penghuni
diPUSPEN tidak terletak di bawah kuasa seseorangindividu sahaja.
13
-
7/28/2019 2.1model Ccrc - Puan Hasmah Yusoh
14/17
KOMPONEN PROGRAM
MODEL
Sebanyak sepuluh (10
komponen
program rawatan da
pemulihan telah digabungka
secara sistematik untuk diikut
oleh penghuni CCRC sekurang
kurangnya dalam tempo
enam (6) bulan .
Setiap penghuni dikehendak
mengikuti program yandisediakan di dalam Men
Program yang ditawarka
berdasarkan keperlua
kepulihan mereka.
Bagi memastikan pelaksanaan program rawatan dan pemulihan berdasarkan Model CCRC ini
dilaksanakan dengan tepat, sebanyak lima (5) buah Garis Panduan disediakan seperti berikut:
1. TRANSFORMASI PROGRAM RAWATAN DAN PEMULIHAN
2. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM RAWATAN DAN
PEMULIHAN DI PUSPEN
3. GARIS PANDUAN RAWATAN DAN PEMULIHAN BERKESAN
4. GARIS PANDUAN PENUBUHAN LEMBAGA DAN PENILAIAN
PRESTASI KEPULIHAN PENGHUNI
5. GARIS PANDUAN INTERVENSI DAN PENGUKUHAN TINGKAHLAKU
14
-
7/28/2019 2.1model Ccrc - Puan Hasmah Yusoh
15/17
BIL. PROGRAM FUNGSI
1. Early Recovery Dalam sesi Kepulihan Awalan, klien diberi pendidikan dan kemahiran
untuk menghadapi masalah triggers iaitu cabaran besar diperingkat
awal kepulihan. Sesi ini dilaksanakan sebaik sahaja klien berada dalam
keadaan stabil dari masalah withdrawal symptom.
2. Relapse
Prevention
Pendidikan Pencegahan Relapse memberi pendidikan dan
menambahkan coping skill untuk mencegah relapse. Program ini
dilaksanakan secara kelompok atau role play yang dkendalikan oleh
Pegawai Pemulihan,Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan support
group.
3. Sokongan
Sosial
Program Kelompok Sokongan Sosial dilaksanakan untuk memberi
pengetahuan dan kemahiran kepada klien agar mereka mampu untuk
mengendalikan kehidupan sosial mereka secara normal. Manakala
Perjumpaan 12 langkah dilaksanakan untuk mengukuhkan hubungan
sokong bantu di antara recovery person bagi mengekalkan
kepulihan.
4. Agama &
Spritual
Program ini bertujuan untuk memberi pendidikan dan pengetahuan
mengenai asas agama supaya klien dapat mengamalkannya di dalam
kehidupan seharian ( The Way Of Life) bagi membantu kepulihan
klien. Program ini disediakan mengikut amalan agama masing-masing.
5. Bimbingan &
Kaunseling
Digunakan sebagai medium untuk membantu klien yang mempunyai
permasalahan mendesak. Selain itu ia juga diaplikasi untuk tujuan
menyediakan Rancangan Pemulihan Klien (RPK).
Model CCRC dirangka secara holistik menggabungkan program pemulihan psikososial dan rawatan
klinikal bertujuan untuk mengubah tingkahlaku penagihan, memberi kemahiran mencegah
relapse, pengetahuan berkaitan kepulihan dan memberi keyakinan kepada klien agar dapat
kembali berfungsi seperti yang diharapkan. Ia dirangka khusus berdasarkan keperluan kepulihan
klien. Mengandungi 10 komponen iaitu :
PROGRAM
PSIKOSOSIAL & KLINIKAL
15
-
7/28/2019 2.1model Ccrc - Puan Hasmah Yusoh
16/17
BIL. PROGRAM FUNGSI
6. Integrasi
masyarakat/Outings &
Excursion
Program ini dilaksanakan sebagai salah satu daripada aktiviti
relaksasi agar klien dapat meneruskan program rawatan
pemulihan dengan lebih ceria dan selesa. Ia juga boleh
digunakan sebagai medium untuk mengaplikasi kemahiran
pencegahan relapse yang telah dipelajari.
7. Latihan dan Kemahiran
Vokasional
Memberikan latihan kemahiran yang bersijil mengikut minat
dan keperluan penghuni. Latihan kemahiran ini juga memberipeluang kepada penghuni untuk menambahkan lagi kemahiran
baru dan meneroka bidang pekerjaan yang bersesuaian selepas
dibebaskan dari CCRC.
8. Sukan dan Riadah Memastikan penghuni mengikuti setiap program sukan dan
riadah yang bersesuaian dengan minat penghuni bagi
mengatasi rasa bosan dan tekanan
9 Rawatan dan Kesihatan Memastikan pemeriksaan kesihatan dilakukan di awal
kemasukan penghuni dan diteruskan secara berkala mengikut
keperluan diri penghuni. Mengenal pasti tahap kesihatan dan
memberikan intervensi serta rawatan yang bersesuaian dengan
tahap kesihatan penghuni berkenaan. Mengadakan ceramah
atau seminar kesihatan yang bersesuaian kepada setiap
penghuni.
10. Latihan Kawad dan
Fizikal
Dilaksanakan untuk tujuan kecergasan dan kesihatan fizikal
penghuni. Dilaksanakan sebanyak 3 kali dalam seminggu bagi
memastikan disipilin penghuni dibentuk menerusi aktiviti
seperti ini.
PROGRAM
PSIKOSOSIAL & KLINIKAL
16
-
7/28/2019 2.1model Ccrc - Puan Hasmah Yusoh
17/17
JADUAL
HARIAN
PENILAIAN
ASSIST ,
URICA &KLINIKAL
PENILAIAN
PRESTASI
KEPULIHAN
PEMBEBASAN
&AFTERCARE
PROGRAM
KRITERIA PELAKSANAAN
MODEL
Sesebuah CCRC yang melaksanakan Model CCRC berdasarkan kriteria seperti rajah di
atas. Penilaian tahap keparahan dan kebergantungan terhadap substans dilaksanakan
kepada setiap penghuni dengan menggunakan Alcohol, Smoking and Substance
Involvement Screening Test (ASSIST ) dan penilaian tahap kesediaan penghuni untuk
berubah menggunakan University of Rhode Island Change Assessment(URICA);
Penghuni akan dinilai tahap kesihatan dan diberikan rawatan kesihatan berdasarkan
masalah kesihatan yang dikenalpasti;
Selepas penilaian dilaksanakan, penghuni akan diberikan kelompok berdasarkan kriteria
yang ditetapkan seperti skor ASSIST, URICA dan tempoh penggunaan dadah/substans.
Menu Program CCRC perlu disediakan dan disesuaikan di dalam Jadual Harian yang
disediakan berdasarkan keperluan kepulihan penghuni. Penghuni akan mengikutiprogram berdasarkan sesi ditetapkan dan akan dinilai setiap sesi sehingga sekurang-
kurangnya 6 bulan sebelum dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Penilaian Prestasi
Kepulihan Penghuni untuk pembebasan kurang daripada 12 bulan berdasarkan kriteria
ditetapkan;
Walau bagaimanapun, penghuni akan meneruskan program yang ditetapkan sekiranya
penilaian yang dilakukan tidak melepasi tahap ditetapkan sehingga cukup 12 bulan dan
tidak melebihi 24 bulan.
PEMBENTUKAN
KELOMPOKMENU
PROGRAM
17