2.3 kemudahan fizikal dan ciri-ciri keselamatan-1

9
2.3) KEMUDAHAN FIZIKAL DAN CIRI-CIRI KESELAMATAN Dalam proses perkembangan, pertumbuhan serta pembelajaran kanak-kanak, setiap prasekolah yang dibina seharusnya mempunyai kemudahan-kemudahan fizikal yang dapat membantu menjana perkembangan kanak-kanak dalam segala aspek termasuklah pergerakan motor halus dan motor kasar, kognitif serta kreativiti dan estetika mereka. Bangunan Prasekolah Asas utama kemudahan fizikal yang perlu ada dalam setiap prasekolah adalah bangunan prasekolah itu sendiri. Adalah penting bagi setiap bangunan prasekolah untuk mempunyai sijil pengiktirafan (certificate) yang diperakui oleh Kementerian Perumahan. Pelan pembinaan bangunan prasekolah perlulah dirancang dengan teliti selaras dengan fungsinya sebagai tempat pertama kanak-kanak dalam melalui pembelajaran formal. Hal ini untuk memastikan bahawa bangunan prasekolah itu adalah selamat dan selesa untuk diduduki kanak-kanak serta sesuai untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sebaiknya kawasan bangunan prasekolah sentiasa diselia dari aspek saliran dan pengudaraan yang baik dan 6

Upload: siti-ruzana

Post on 24-Oct-2015

366 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2.3 Kemudahan Fizikal Dan Ciri-ciri Keselamatan-1

2.3) KEMUDAHAN FIZIKAL DAN CIRI-CIRI KESELAMATAN

Dalam proses perkembangan, pertumbuhan serta pembelajaran kanak-

kanak, setiap prasekolah yang dibina seharusnya mempunyai kemudahan-

kemudahan fizikal yang dapat membantu menjana perkembangan kanak-kanak

dalam segala aspek termasuklah pergerakan motor halus dan motor kasar,

kognitif serta kreativiti dan estetika mereka.

Bangunan Prasekolah

Asas utama kemudahan fizikal yang perlu ada dalam setiap prasekolah adalah

bangunan prasekolah itu sendiri. Adalah penting bagi setiap bangunan

prasekolah untuk mempunyai sijil pengiktirafan (certificate) yang diperakui oleh

Kementerian Perumahan. Pelan pembinaan bangunan prasekolah perlulah

dirancang dengan teliti selaras dengan fungsinya sebagai tempat pertama

kanak-kanak dalam melalui pembelajaran formal.

Hal ini untuk memastikan bahawa bangunan prasekolah itu adalah

selamat dan selesa untuk diduduki kanak-kanak serta sesuai untuk menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sebaiknya kawasan bangunan

prasekolah sentiasa diselia dari aspek saliran dan pengudaraan yang baik dan

sebarang kerosakan perlu dilaporkan dengan segera untuk tindakan

penyelenggaraan agar tidak mengganggu proses P&P.

6

Page 2: 2.3 Kemudahan Fizikal Dan Ciri-ciri Keselamatan-1

Peralatan Fizikal

Peralatan fizikal yang digunakan kanak-kanak prasekolah perlulah dipastikan

kualiti serta aspek keselamatannya. Segala alatan permainan fizikal di

prasekolah harus diperbuat daripada bahan jenis plastik tahan lasak dan

semestinya tidak mempunyai bucu yang tajam untuk mengelakkan sebarang

kecederaan.

Penyambungan alatan juga perlulah kukuh agar alatan dan kemudahan ini

dapat digunakan secara optimum pada setiap masa serta dapat menahan beban

dan kelasakan kanak-kanak. Setiap urusan pembelian, penyelenggaraan dan

pelupusan alatan mestilah direkodkan agar mudah disemak. Sesetengah alatan

perlu dilupuskan selepas 5 tahun penggunaannya untuk memberi keselesaan

kepada kanak-kanak untuk belajar dan bermain tanpa sebarang keraguan

terhadap alatan yang digunakannya.

7

Page 3: 2.3 Kemudahan Fizikal Dan Ciri-ciri Keselamatan-1

Tandas

Antara kemudahan fizikal yang semestinya ada pada setiap prasekolah ialah

kemudahan tandas dan bilik air yang juga perlu ditik beratkan. Bilik air dan

tandas kanak-kanak ini perlu diasingkan daripada tandas sekolah sebagai

kemudahan kepada mereka kerana tandas ini perlu diselaraskan khas

bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak. Sinki, cermin tandas dan juga

’flush’ perlu dilaraskan kepada aras ketinggian kanak-kanak untuk memudahkan

mereka menggunakannya. Tandas ini juga perlu dibahagikan kepada tandas

lelaki dan perempuan. Antara ciri keselamatan yang perlu ada di tandas kanak-

kanak prasekolah ialah lantai tandas. Lantai tandas perlu dipastikan sentiasa

kering untuk mengelakkan murid tergelincir akibat lantai yang licin. Penyediaan

selipar khas untuk ke tandas juga adalah satu keperluan agar kanak-kanak tidak

terpijak objek-objek kotor atau berbahaya sewaktu ke tandas.

Alatan Permainan

Salah satu fungsi kemudahan fizikal adalah untuk mengembangkan bakat serta

potensi kanak-kanak. Pemilihan instrumen-instrumen kemudahan fizikal seperti

alatan permainan, sukan dan jasmani perlu disesuaikan dan diselaraskan

dengan tahap kanak-kanak contohnya palang permainan untuk keseimbangan

harus sesuai dengan ketinggian dan kebolehan kanak-kanak. Penyediaan satu

ruang khas untuk aktiviti fizikal adalah perlu agar kanak-kanak lebih selesa dan

dapat bergerak bebas tanpa halangan. Di China, terdapatnya gimnasium

berserta jurulatih khas yang telah diiktiraf untuk melatih kanak-kanak yng

potensinya telah dikenalpasti sebagai atlet pelapis di masa hadapan. Pentas

khas juga seharusnya diadakan dalam usaha mengenal pasti kanak-kanak yang

mempunyai bakat terpendam dalam bidang seni lakonan, tarian atau nyanyian

yang dicungkil melalui aktiviti-aktiviti pentas seperti drama, lakonan, nyanyian

dan sebagainya.

8

Page 4: 2.3 Kemudahan Fizikal Dan Ciri-ciri Keselamatan-1

Kemudahan Utiliti

Kemudahan utiliti seperti bekalan air dan elektrik perlu diselenggarakan dengan

baik dan sebarang kerosakan perlu dilaporkan kepada pihak berkenaan secepat

mungkin. Penggunaan alat-alat elektrik dan suis perlu diawasi guru. Kanak-

kanak tidak dibenarkan bermain dengan suis dan barang elektrik tanpa

kebenaran guru. Hal ini bertujuan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak

diingini seperti kejutan elektrik dan litar pintas.

Sesebuah prasekolah juga perlu mempunyai ruang pembelajaran yang

luas dan sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti ringan agar kanak-kanak akan

berasa selesa untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Setiap kanak-kanak perlu

disediakan meja dan kerusi masing-masing agar mereka tidak berebut dan

bergaduh dalam memilih tempat. Pemilihan meja dan kerusi ini perlu menepati

ciri keselamatan seperti tidak mempunyai bucu tajam di sekeliling meja dan juga

rendah bersesuaian dengan ketinggian murid. Terdapat juga ’sick bay’ atau katil

sakit yang wajib ada pada setiap prasekolah sebagai tempat untuk kanak-kanak

berehat sekiranya kanak-kanak itu sakit ringan seperti demam.

9

Page 5: 2.3 Kemudahan Fizikal Dan Ciri-ciri Keselamatan-1

Ruang Makan

Ruang makan juga adalah salah satu kemudahan fizikal di prasekolah. Ruang

makan ini tidak boleh diletakkan sekali bersama-sama ruang pembelajaran

kerana akan mengganggu tumpuan murid. Ruang ini perlu cukup untuk

menampung kesemua kanak-kanak agar mereka tidak berebut dan berasak-

asak pada waktu makan. Tanggungjawab dan tugas menyelia ruang makan ini

lebih tertumpu kepada Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) akan memastikan ruang makan itu

sentiasa dikunci jika tidak digunakan untuk mengelakkan kanak-kanak masuk ke

ruang makan itu bukan pada waktunya. Kebersihan ruang makan juga perlu

dijaga supaya kanak-kanak tidak terdedah dengan penyakit yang disebabkan

kuman atau keracunan makanan.

10

Page 6: 2.3 Kemudahan Fizikal Dan Ciri-ciri Keselamatan-1

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Selain itu, bahan-bahan atau sumber keperluan yang digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) haruslah lengkap, mudah, kreatif dan

menyeluruh. Bahan bantu mengajar seperti kad bacaan dan penggunaan Liquid

Crystal Display (LCD) serta bahan bantu belajar seperti buku-buku latihan dan

alat tulis perlu mempunyai kepelbagaian atau variasi yang bersesuaian untuk

digunakan oleh guru dan kanak-kanak yang bertujuan meningkatkan kefahaman

dan merangsang minat kanak-kanak untuk mengikuti pengajaran yang

disampaikan.

Kanak-kanak juga perlu diterapkan konsep ’first hand experience’ yang

menggunakan bahan maujud atau konkrit semasa pembelajaran mereka.

Contohnya apabila guru mengajar tema kenderaan, guru harus menunjukkan

model kenderaan yang diajar ataupun kenderaan sebenar agar memudahkan

kanak-kanak memahami pengajaran yang ingin disampaikan serta membentuk

konsep kendiri.

Guru prasekolah juga berperanan mewujudkan suasana kelas yang

kondusif, selesa, selamat serta sesuai untuk pembelajaran murid. Kelas

prasekolah yang selesa haruslah mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan

sempurna. Contohnya setiap awal pagi, tingkap-tingkap akan perlu dibuka untuk

memberi pengedaran udara yang baik.

Udara yang segar membantu menyamankan suasana dan sekaligus

memberi semangat untuk belajar. Kajian mendapati kanak-kanak yang kurang

mendapat oksigen akan cepat mengantuk dan sentiasa keletihan. Penanaman

pokok-pokok bunga di sekeliling kawasan prasekolah dapat membantu

menyumbangkan bekalan oksigen yang cukup untuk kanak-kanak di samping

secara tidak langsung menceriakan kawasan prasekolah.

11