23710224-lari-pecut

8
  QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA LARI PECUT Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu  jarak dengan sepantas yang terdaya. Kepantasan larian bergantung kepada dua fak tor utama, iai tu panjang lan gka h dan kek era pan langka h. Dal am pel ajaran Pendidikan Jasmani/Pendidikan Sains Sukan, para guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada para pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut: a) Berlari di ata s huj ung ka ki, bukan d i atas t apak k aki. b) Kaki bel akan g dilurus kan seti ap kali meng akhi ri tolaka n yang dibua t oleh kaki tersebut. c) Tan gan dige rakkan dengan pantas. d) Lehe r dan bahu hend aklah da lam kead aan sele sa (tidak dit egan gkan) . TEKNIK MULAAN LARI PECUT Terdapat dua teknik mulaan yang digunakan dalam acara lari pecut, iaitu: a) Mulaan gaya berdir i b) Mulaan gaya dekam Mulaan gaya berdiri Gay a ini ser ingkali diamalkan ole h para pel ajar semasa mer eka bersedia unt uk memulakan larian dari sesuatu tempat. Oleh yang demikian, adalah paling baik jika para guru memperkenalkan teknik asas mulaan gaya berdiri dalam sesi permainan keci l yang memerluka n para pela jar berla ri. Langk ah-lan gkah bagi peng gunaa n teknik mulaan gaya berdiri adalah seperti berikut: a) Kaki had apan dil etakk an seber apa dek at yang bole h dengan titi k atau garis mula. b) Ben gko kkan sedikit kaki hadapan. c) Berat ba dan keti ka membuat persediaan hendak lah terasa seperti telah terkumpul di kaki hadapan. d) Con don gka n bad an ke h ada pan. LOK YUN LOI D20071030478

Upload: jadahmu

Post on 05-Oct-2015

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

g

TRANSCRIPT

  • QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGALARI PECUT

    Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu

    jarak dengan sepantas yang terdaya. Kepantasan larian bergantung kepada dua

    faktor utama, iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. Dalam pelajaran

    Pendidikan Jasmani/Pendidikan Sains Sukan, para guru hendaklah menerangkan

    tentang cara pergerakan yang betul kepada para pelajar mereka. Prinsip-prinsip

    asas acara lari pecut adalah seperti berikut:

    a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.

    b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki

    tersebut.

    c) Tangan digerakkan dengan pantas.

    d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan).

    TEKNIK MULAAN LARI PECUTTerdapat dua teknik mulaan yang digunakan dalam acara lari pecut, iaitu:

    a) Mulaan gaya berdiri

    b) Mulaan gaya dekam

    Mulaan gaya berdiriGaya ini seringkali diamalkan oleh para pelajar semasa mereka bersedia untuk

    memulakan larian dari sesuatu tempat. Oleh yang demikian, adalah paling baik jika

    para guru memperkenalkan teknik asas mulaan gaya berdiri dalam sesi permainan

    kecil yang memerlukan para pelajar berlari. Langkah-langkah bagi penggunaan

    teknik mulaan gaya berdiri adalah seperti berikut:

    a) Kaki hadapan diletakkan seberapa dekat yang boleh dengan titik atau garis

    mula.

    b) Bengkokkan sedikit kaki hadapan.

    c) Berat badan ketika membuat persediaan hendaklah terasa seperti telah

    terkumpul di kaki hadapan.

    d) Condongkan badan ke hadapan.

    LOK YUN LOID20071030478

  • QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGALARI PECUT

    e) Tangan hendaklah dalam keadaan bersedia untuk bergerak.

    Mulaan gaya dekamPengajaran mulaan gaya dekam ini kepada para pelajar semasa waktu Pendidikan

    Jasmani/Pendidikan Sains Sukan amat wajar diperkenalkan dengan tujuan untuk

    mendedahkan mereka kepada gaya mulaan dan penggunaan kelengkapan

    olahraga. Berikut adalah langkah-langkah dalam gaya mulaan dekam:

    a) Daripada kedudukan sedia dalam gaya berdiri, badan direndahkan ke bawah.

    b) Melutut dengan kaki belakang.

    c) Kedua-dua tangan menyentuh tanah dan diletakkan seberapa dekat yang

    boleh dengan titik atau garis mula.

    d) Penyesuaian dibuat mengikut keselesaan masing-masing.

    LOK YUN LOID20071030478

    Gaya dekam (bersedia)

  • QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGALARI PECUT

    Terdapat tiga jenis gaya dekam yang harus diketahui oleh para pelajar, iaitu:

    a) Gaya peluru (kedua-dua belah kaki peserta dirapatkan, iaitu hujung kaki belakang ditempatkan selari dengan bahagian tumit kaki hadapan).

    b) Gaya sederhana (lutut kaki belakang selari dengan hujung kaki hadapan).c) Gaya panjang (lutut kaki belakang selari dengan bahagian tumit kaki

    hadapan)

    Kesesuaian dan keberkesanan sesuatu gaya yang digunakan dipengaruhi oleh

    faktor-faktor seperti berikut:

    a) Bentuk badan peserta (tinggi/rendah)

    b) Masa tindak balas peserta

    c) Kekuatan kaki

    d) Koordinasi yang cekap

    MENGGUNAKAN BLOK MULAANBlok mulaan digunakan adalah bertujuan untuk menghasilkan suatu daya tolakan

    yang lebih berkesan apabila pelari mula bergerak ke hadapan. Cara menyediakan

    blok mulaan adalah seperti berikut:

    a) Jarak blok mulaan dari garis mula hendaklah memberi keselesaan, imbangan

    dan kecekapan mekanikal kepada penggunanya ketika dalam keadaan sedia.

    b) Jarak di antara bahagian hadapan blok mulaan dengan garis mula adalah di

    antara 30-48cm.

    c) Jarak di antara bahagian belakang blok mulaan dengan bahagian hadapan

    blok mulaan adalah bergantung kepada jenis gaya dekam yang digunakan.

    d) Melakukan beberapa percubaan untuk mencari kesesuaian blok mulaan dan

    jaraknya yang paling baik untuk pelari adalah perlu.

    e) Tentukan terlebih dahulu kaki manakah yang akan digunakan untuk memijak

    bahagian belakang blok mulaan.

    f) Pastikan blok mulaan dipasang dengan ketat dan kuat.

    LOK YUN LOID20071030478

  • QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGALARI PECUT

    Keadaan ke garisan

    Berjalan menuju ke blok mulaan dan berdiri dengan blok itu berada di bawah

    kedua-dua belah kaki yang dikangkangkan.

    Dekam dan letakkan hujung kedua-dua belah kaki ke atas blok.

    Letakkan kedua-dua belah tangan di belakang garis mula. Jarak di antara

    kedua-dua belah tangan hendaklah sama luas dengan bidang bahu.

    Sesuaikan kedudukan badan untuk mendapatkan keselesaan dan

    keseimbangan yang maksimum.

    Keadaan sedia

    Tinggikan sedikit bahagian pinggang dari aras bahu.

    Luruskan tangan dan gerakkan bahu ke hadapan garisan.

    Tekankan kedua-dua belah kaki dengan kuat ke atas blok mulaan.

    LOK YUN LOID20071030478

  • QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGALARI PECUT

    Berlepas dari blok mulaanPada fasa ini, ianya merupakan suatu tindakan ledakan. Semasa ia dilakukan,

    kedua-dua belah kaki pelari menolak blok mulaan dengan kuat dan pantas. Tangan

    pelari dihayun untuk membantu pelepasan keseluruhan badannya dari blok mulaan

    tadi. Bagi memastikan pelari dapat berlepas dengan pantas dan sempurna, dia

    mestilah melakukan pergerakan-pergerakan yang berikut:

    Bergerak lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan dengan serta merta.

    Jarak langkah yang pertama dilakukan secara sederhana, tidak terlalu panjang

    dan tidak terlalu pendek.

    LOK YUN LOID20071030478

  • QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGALARI PECUT

    Mulaan di bahagian selekoh lorong larianSekiranya pelari harus memulakan larian dari bahagian selekoh lorong larian, dia

    hendaklah memasang blok mulaan secara bersudut. Cara ini akan membolehkan

    pelari tersebut bergerak dengan lurus ke bahagian dalam lorong lariannya.

    MENAMATKAN PERLUMBAAN LARI PECUTSemasa menuju ke garisan penamat, seseorang pelari tidak digalakkan melompat

    ke garis tersebut, sebaliknya dia hendaklah terus berlari tanpa mengurangkan

    kepantasannya. Amalan ini hendaklah ditegaskan oleh guru supaya para pelajar

    faham dengan maksud lari terus melintasi garisan penamat. Biasanya dalam

    perlumbaan lari pecut, apabila tiba di garisan penamat, pelari akan:

    a) mendepakan tangannya ke belakang dan badannya (bahagian torso)

    digerakkan ke hadapan atau

    b) memusingkan sebelah bahunya ke hadapan pada saat-saat akhir atau

    c) menundukkan bahagian kepalanya.

    Tanpa mengira gaya apa yang digunakan ketika sampai di garisan penamat,

    kedudukan pelari-pelari akan ditentukan mengikut susunan bahagian tubuh mereka

    iaitu bahagian torso yang jelas mencecah alur menegak terdekat garisan penamat.

    LOK YUN LOID20071030478

  • QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGALARI PECUT

    Guru mestilah menyedarkan para pelajar bahawa adalah penting untuk

    mengekalkan postur mekanis yang baik semasa menamatkan perlumbaan lari pecut.

    Sekiranya tidak, kepantasan dan imbangan badan pelari mungkin terjejas.

    KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PELAJAR SEMASA BERLARI PECUT

    LOK YUN LOID20071030478

    Lakuan di garisan penamat

  • QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGALARI PECUT

    LOK YUN LOID20071030478