241597685-refleksi-big
DESCRIPTION
241597685-Refleksi-BIG.docxTRANSCRIPT
OO WOEI TIAN REFLEKSI BIG
Dalam semester 1 PISMP, semua guru pelatih diwajibkan menghadiri satu program
Bina Insan Guru (BIG) yang mengambil masa selama 4 hari 3 malam dengan mengadakan
perkhemahan di luar. Dalam siri keempat program BIG ini, kami telah ditempatkan di Lapangan
Biologi Batu 7, Pantai Nelayan, Port Dickson. Ini merupakan peluang terbaik untuk saya
mengambil pengalaman yang sebelum ini tidak pernah dialami dan akan menjadi kenangan
selama-lamanya dalam hidup saya. Demi memudahkan lagi perjalanan aktiviti yang telah
dilancarkan, semua peserta telah dibahagikan kepada enam kumpulan. Kumpulan yang telah
dibahagikan akan menjalankan setiap aktiviti bersama ahli kumpulannya sendiri. Saya dari
kumpulan 1 iaitu kumpulan B1G mempunyai ahli seramai 13 orang yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Walaupun kumpulan kami terdapat kaum yang berbeza, namun kami masih
mampu membentuk kerjasama yang baik dalam kumpulan semasa aktiviti dijalankan.
Melalui program BIG ini, saya telah memperoleh banyak kebaikan, Antaranya ialah
aktiviti yang dilaksanakan seperti kembara hutan. Inilah pertama kali saya membasuh ‘mestin’
dengan mengunakan air laut, mendirikan api dengan bahan yang serba kurang, namun semua
cabaran itu berjaya saya dan para peserta yang lain harungi. Saya berasa sangat gembira,
kerana dengan kerjasama setiap ahli kumpulan barulah saya berpeluang untuk makan
makanan yang enak itu yang dimasak dengan tangan sendiri dalam keadaan yang serba
kekurangan di dalam hutan. Saya berasa diri sendiri telah menjadi lebih berdikari berbanding
dengan sebelumnya. Sepanjang aktiviti kembara ini, saya dapat menghayati flora dan fauna
yang terdapat di dalam hutan tersebut. Pengembaraan ini telah menimbulkan semangat
cintakan alam semulajadi dan kesedaran akan kepentingan flora dan fauna.
Saya juga berpeluang mempelajari berbagai-bagai kemahiran seperti cara berkayak,
cara menyelamatkan diri dan orang yang lemas dan membuat pertolongan cemas, serta ‘water
confident’. Selepas taklimat tentang pengayuhan kayak diberikan, rasa ingin cuba dalam diri
saya telah mendorong saya mencuba keberanian saya dan berkayak ke seberang laut dan
akhirnya selamat kembali ke tempat asal. Ini memang merupakan pengalaman yang tidak dapat
didapati semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dalam aktiviti yang
mencabar ini,saya telah memahami perkara yang penting semasa menghadapi cabaran dalam
hidup. Dalam cabaran hidup yang kita hadapi, kita haruslah sentiasa bertenang, mempunyai
daya tahan dan keberanian yang tinggi untuk menghadapinya,barulah kita dapat hidup di muka
bumi yang penuh pancaroba ini.
OO WOEI TIAN REFLEKSI BIG
Melalui LDK yang diadakan, saya juga dapat mengenal pasti potensi yang ada dalam
diri saya selama ini yang saya tidak sedar sebenarnya. Jadi sebagai seorang guru kita
hendaklah mengenal potensi yang ada dalam para pelajar agar kita tidak salah menyediakan
aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan kemahiran dan potensi yang sedia ada. Saya dapat
mengenal diri saya sendiri dengan lebih mendalam. Saya berasa jujur dengan
kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri saya. Sebagai sorang guru, kita
perlu sedar akan kekuatan dan kelemahan dalam diri kita agar kita dapat mengawal
diri semasa mengajar agar kita tidak kelihatan terlebih-lebih atau kelihatan bodoh
dihadapan pelajar sendiri.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan cadangan yang dapat
menambaikan kekurangan yang ada semasa program BIG dijalankan sebelum ini. Pada
pandangan saya,dapur di perkhemahan tidak dapat memuatkan sekumpulan dalam masa yang
sama.Ini akan menyebabkan sesetengah ahli kumpulan yang tidak dapat memberi bantuan
semasa memasak. Cadangan saya ialah separuh daripada ahli kumpulan yang bertugas
bergilir-gilir menjalankan tugas memasak.Ini mungkin dapat meluaskan dapur perkhemahan.
Masa juga dapat disingkatkan kerana tidak berlaku kesesakan dalam dapur yang kecil. Begitu
juga dengan masa berjaga malam. Saya berasa tidak perlu terlalu ramai orang berjaga malam
pada waktu yang sama. Pembahagian masa boleh dibuat dengan lebih baik dan peserta dapat
mendapatkan rehat dengan secukupnya.
Akhir sekali, dalam program BIG ini, saya telah menghadapi banyak cabaran dan
dugaan. Memang tidak dapat dinafikan, banyak pengalaman baru telah dapat dipelajari dan ini
akan menjadi satu panduan dan dugaan untuk saya menghadapi masalah-masalah yang
dihadapi. Sesungguhnya, aktiviti perkhemahan di luar melatih daya ketahanan saya untuk
menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan sekeliling. Saya telah mengajar cara untuk
membaiki dan memotivasikan diri sendiri sebagai guru pada masa hadapan. Sekian, terima
kasih.