25 calories savings tips

13

Upload: dinhmien

Post on 15-Jan-2017

229 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 25 Calories Savings Tips
Page 2: 25 Calories Savings Tips

245 Tip Mudah Kawal Nafsu Makan

KevinZahri.com © 2015 facebook.com/zahri.kevin

PENULIS: KEVIN ZAHRIKevin Zahri atau lebih mera dikenali sebagai Cikgu Fitness. dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang kesihatan dan kecergasan sebagai penulis, penceremah, jurulatih, Hos TV dan aktif di laman social media.

PenulisPenulis buku Cergas 24/7 dan versi inggerisnya “Fitness 24/7” diterbitkan pada tahun 2008. Sehingga hari ini, Kevin telah mengeluarkan pelbagai eBook, termasuk Panduan Kurang 5kg 5 Minggu yang telah dimuat-turun lebih 55,000 kali. Rujuk senarai eBook di sini.

Jurulatih Persendirian & Pakar PemakananKevin merupakan urulatih persendirian dan pakar pemakanan yang diiktiraf oleh American Fitness Train-ing of Athletics (A.F.T.A).

PenceramahBeliau mengendalikan pelbagai seminar mengenai gaya hidup sihat, kesihatan dan kecergasan untuk badan korporat. Sebahagian klien termasuk Petronas, Nestle, Shell, Nandos, Bank Negara, Bursa Malay-sia dan lain-lain klien daripada badan swasta dan juga awam. Lebih info di sini.

Hos TVBermula tampil sebagai Cikgu Fitness di Akademi Fantasia Musim 4, Kevin ini sering menjadi tetamu undangan pelbagai rangangan TV untuk bincangkan topik kesihatan, diet, pemakanan dan lain-lain topik mengenai gaya hidup sihat.

Pengasas Program JK1Untuk bantu rakyat Malaysia kurangkan berat badan saya, dengan bantuan team leader seluruh negara, telah asas program Jom Kurus 1Malaysia atau lebih dikenali JK1M.

SOCIAL MEDIAFollow Kevin Zahri di mana-mana laman social berikut:

Facebook

Instagram

Twitter

Youtube

Flickr

Page 3: 25 Calories Savings Tips

345 Tip Mudah Kawal Nafsu Makan

KevinZahri.com © 2015 facebook.com/zahri.kevin

EBOOK LIFETIME MEMBERSHIPeBook-eBook ini boleh didapati di kevinzahri.com dan percuma untuk semua ahli Lifetime Membership sahaja.

Panduan eBook & Video RamadhanBerikut adalah eBook lain yang berkaitan bulan ramad-han dan hari raya.

eBook & Video Kurangkan Berat Badan?Ingin kurangkan berat badan, dapatkan panduan eBook-eBook yang telah digunakan oleh banyak kisah kejayaan.

View Success Stories

Membership Info

Page 4: 25 Calories Savings Tips

445 Tip Mudah Kawal Nafsu Makan

KevinZahri.com © 2015 facebook.com/zahri.kevin

45 TIP KAWAL NAFSU MAKANCabaran utama dalam usaha anda untuk kurangkan berat badan cabaran mengawal nafsu makan yang bergelora dan membakar jiwa anda.

eBook percuma ini bertujuan untuk bantu anda mengawal nafsu makan dengan tip-tip yang mudah dan praktikal.

Kevin Zahriwww.kevinzahri.com

Page 5: 25 Calories Savings Tips

5

KevinZahri.com © 2015facebook.com/zahri.kevin

45 Tip Mudah Kawal Nafsu Makan

1 Makan setiap 3 – 4 jam.Ini adalah cara terbaik

untuk kawal nafsu. Mengapa? Kerana dengan kekerapan anda makan setiap 3 -4 jam, anda tidak memberI ruang untuk berasa lapar.

2 Karbo KompleksPastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda. Apa yang anda perlu tahu

berkenaan karbohidrat kompleks?

1. Ia bekalkan sumber tenaga dengan perlahanan dan dilepaskan secara konsisten dan perlukan masa lebih lama untuk menukar karbo kom-pleks ini kepada gula.

2. Tapi makanan kompleks seperti roti gandum penuh mengandungi kalori lebih tinggi berbanding roti putih. Jadi elak dari mengambilnya dengan berlebihan.

3 Air… Sepanjang HariAir kosong boleh mengurangkan keingi-nan terhadap makanan dan minuman

bergula. Malah, air kosong tidak mengand-ungi gula dan tidak akan membuatkan berat badan anda bertambah.

5 Buah MembantuBerbanding

gula biasa, gula buah-buahan diproses secare berbeza. Serat buah juga memperlahankan penyerapan gula ini.

4 Jangan Bawa BalikHmm jika anda gemari coklat atau makanan

manis, cuba jangan bawanya pulang ke rumah. Anda mungkin akan tertewas dengan keinginan anda.

9 Katakan Tidak!Antara cara yang terbaik mengawal nafsu atau keingi-

nan ialah DIRI SENDIRI Anda perlu kuat, komited dan berani men-gatakan TIDAK. Minda mengawal tubuh badan anda. Kawal minda anda sebaiknya.

7 Keajaiban Melalui Se-naman.Senaman hasilkan endorphin

yang secara semula-jadi kurangkan sel-era makan. Senaman juga mengingat-kan anda terhadap komitmen menjaga bentuk badan. Jadi setiap kali anda rasa ingin mengunyah, alihkan tumpuan anda dengan aktifkan diri.

8 Nafsu Gatal Ketika Tonton TV?Jika anda gemar mengunyah & makan ketika menonton TV pada lewat malam,

sediakan snek yang sihat di rumah. Secara periba-di, saya memilih ‘carrot’. Bukan sahaja ranggup tetapi rendah kalori.

6 Kenali Peranan Insulin!Elakkan gula diproses seperti gula-gula, bertih jagung dan banyak lagi

kerana ia akan tingkatkan kadar kandun-gan gula darah (termasuklah insulin). Ini akan tingkatkan keinginan & selera. Ini kerana gula-insulin saling berhubung - membolehkan terus makan manis-mani-san, keropok etc tanpa berasa kenyang.

Nafsu Coklat vs Nafsu Gula?Keinginan biasanya timbul akibat keadaan tertentu. Nafsu coklat berbeza dengan nafsu gula. Badan mempunyai cara yang tersendiri untuk menyampaikan isyarat pada kita tentang apa yang diperlukan:

• Air(malam) adalah disebabkan kekurangan garam.

• Ais krim adalah disebabkan kekurangan kalsium.

• Coklat? Disebabkan kurang rasa cinta / hormon tidak stabil.

Page 6: 25 Calories Savings Tips

6

KevinZahri.com © 2015

45 Tip Mudah Kawal Nafsu Makan

10 Sediakan Keperluan Kecemasan.Jika anda bercadang untuk ketempat

yang baru, sediakanlah keperluan atau makanan yang tinggi nilai nutrisinya seperti ‘protin bar’ atau buah-buahan.

Bawa bersama keperluan asas yang baik. Bila anda lapar, makan ‘protin bar’ atau buah dan tunggu kira-kira 30minit sebelum bertindak memenuhi ke-inginan anda. Langkah ini sedikit sebanyak mampu mentu anda mengawal naf-su makan anda.

Ia pasti berkesan.

facebook.com/zahri.kevin

Page 7: 25 Calories Savings Tips

7

KevinZahri.com © 2015facebook.com/zahri.kevin

45 Tip Mudah Kawal Nafsu Makan

11 Catat Makanan Anda.Salah satu cara kawal nafsu makan adalah melalui catatan

pemakanan harian. Bukan soal kesem-purnaan diet tetapi anda boleh kenal-pasti kelemahan pemakanan anda. Yang penting, amalkan kesederhanaan dalam memilih makanan.

12 Peraturan 20 Minit!Perlu diingat bahawa anda memerlukan kira-

kira 20 minit bermula dari suapan pertama untuk kenyang. Jika anda ‘terpaksa’ akur dengan nafsu anda, makanlah dengan perlahan dan seimbang.

13 Kenali Diri Anda.Jika anda penggemar coklat (seperti saya), se-

darilah kelemahan itu. Jadi seperti kawasan periuk api yang bahaya, pastinya anda akan mengelak dari kawasan yang bahaya itu. Sa-malah dengan kedai-kedai coklat.

15 Perancangan..Katakan anda ke majlis perkahwinan. Adalah lebih

baik untuk membawa snek sihat atau makan sebelum bertolak. Ini kerana waktu makan pada majlis sukar un-tuk dijangka. Perancangan awal bo-leh membantu anda mengelak dari makan secara berlebihan.

14 Jangan Mulakan Dengan Pencuci MulutElakkan pencuci mulut ini

sebagai permulaan hidangan. Why? Kerana gula dari pencuci mulut akan meningkatkan lagi selera makan anda. Sentiasa lah bermula dengan makanan yang lebih mengenyangkan (berserat & protein)

16 Mengalah!Realitinya kita tidak akan

menang dalam semua pertarungan melawan nafsu ini. Kadang-kadang anda boleh mengalah… tetapi perlu diingat, hanya kadang-kadang!

17 Suplemen Boleh BantuTerdapat pelbagai

makanan tambahan yang boleh bantu mengurangkan nafsu makan, antaranya:

Asid Amino : Tyrosine, Phe-nylalanie, GABA, Tryptophan & glutamine bantu dalam membekalkan pengeluaran bahan kimia pada otak yang boleh memodulasi emosi dan nafsu.

B-Kompleks: Penting dalam pembentukan cecair kimia pada otak dan selalunya kurang di dalam diet kita.

Mineral: Kromium, magne-sium & kalsium bantu kawal nafsu makan.

Gula darah: Kromium dan vanadium membantu men-stabilkan gula dalam darah.

Multi- vitamin: Boleh membantu anda tidak ter-lalu lapar. Kebanyakkannya mengandungi Vitamin B dan mineral.

19 Anda Tertekan?Tekanan merupakan faktor penting yang mendorong keinginan atau

nafsu anda terhadap makanan. Tapi dari-pada melepaskan tekanan terhadap ais krim atau coklat, cuba cari hobi yang positif. Bagi saya, sukan adalah alternatif terbaik untuk melawan stress! Alihkan tekanan anda ke litar lumba atau pilih sukan tinju!

18 Kurang Kasih Sayang.Berapa banyak karektor dalam filem yang men-gaitkan ais krim dan coklat setiap kali mengha-

dapi kekecewaan dalam bercinta? Terlalu banyak, kan? Jadi carilah seorang kekasih dan cintai dengan sebaiknya agar dapat menstabilkan hormon dan emosi anda.

Page 8: 25 Calories Savings Tips

8

KevinZahri.com © 2015

45 Tip Mudah Kawal Nafsu Makan

20 Helah “Membuang Beg”.Kita semua pastinya ada ingin menikmati makanan seperti makan donat, goreng pi-

sang atau kerepek. Tapi jangan terus menyimpan lebihannya dalam simpanan anda.

Makan sedikit dan terus buang lebihan yang tidak diperlukan. Dengan ini, dalam pada masa yang sama anda masih boleh menikmatinya tanpa perlu memakan dalam kadar yang banyak.

Isu membazir? Kongsi makan-an tersebut dengan rakan atau ahli keluarga.

facebook.com/zahri.kevin

Page 9: 25 Calories Savings Tips

9

KevinZahri.com © 2015facebook.com/zahri.kevin

45 Tip Mudah Kawal Nafsu Makan

21 Segarkan Mulut Dengan Pudina.Apabila nafas anda

segar dengan pudina, secara tidak langsung akan mengurangkan keinginan anda. Bagaimana? Kerana anda pasti tidak suka menikmati manisan ketika mulut anda terasa kesegaran pudina. :)

24 Adakah Anda Bosan?Kebosanan boleh

membawa kepada keinginan yang tidak menentu. Aktifkan diri dgn pebagai aktiviti yang berfaedah.

27 Teh/Kopi Ban-tutkan NafsuWalaupun pengambi-

lan kafein perlu dikawal, ini tidak bererti ia tidak baik. Teh dan kopi mampu mengawal sel-era anda. Kafein bertin-dak secara semulajadi untuk mengurangkan selera.

26 Cukup Tidur?Kajian baru menunjuk-kan bahawa masa tidur

yang tidak mencukupi ini boleh meningkatkan keinginan terhadap gula. Kini anda ada lebih sebab untuk mendapatkan tidur selama 8 jam setiap hari.

22 Elakkan Gula Tiruan.Walaupun gula tiruan

tiada kalori, ia boleh meningkat-kan keinginan anda terhadap gula sebenar. Hmm, secara jujur, saya juga mengambil gula tiruan, tetapi pada masa yang sama saya cuba seimbangkan ia dengan gula biasa dari masa ke semasa.

25 Eh, Bagaimana Pula Dgn Serat?20-25g serat sehari

boleh membantu selera anda terkawal. Camane? Serat mem-perlahankan penghadaman tanpa menaikkan kadar gula dalam da-rah secara keterlaluan.

29 Mengunyahlah...Seperti seorang perokok yang mahu berhenti merokok ma-hukan ada sesuatu dimulut… Cuba anda kunyah ‘chewing

gum’ yang bebas gula.

Mengunyah boleh membantu anda untuk mengalihkan fikiran anda dari berfikir mengenai makanan. Tanpa anda sedari, pergerakan di mulut ini boleh melibatkan sedikit pembakaran kalori.

23 Protin Baik Utk Anda!

Protin adalah kunci un-tuk mengawal keinginan terhadap karbo. Protin pula memang meng-enyangkan.

Bagi yang ingin menu-runkan berat badan dan mengawal selera boleh meningkatkan pengam-bilan kalori protin harian sebaynak 25%. Sekiranya anda mengambil 80g sebelum ini, tambahkan kepada 100g sehari.

Tapi pastikan ia sumber protin yang bersih. Elak dari makanan protin ber-lemak. Sebagai contoh; dada ayam adalah jauh lebih baik berbanding paha atau kepak ayam.

Akhir sekali, pengambi-lan protin + karbohidrat akan mengurangkan lagi nafsu.

28 Tipu Diri.Bukan senang tapi anda boleh pilih sup dan sal-

ad untuk kurangkan nafsu makan. Secara psikologi ia beri gambaran hidangan yang besar dan secara tidak langsung mengenyangkan.

Page 10: 25 Calories Savings Tips

10

KevinZahri.com © 2015

45 Tip Mudah Kawal Nafsu Makan

30 Kenal Pasti Kelemahan!Adakah anda tahu makanan yang san-gat diminati? Setiap orang mempunyai

kelemahan yang berbeza tetapi kebiasaanya terdiri daripada pisang goreng, cekodok, roti canai, minuman ringan, donat, kentang goreng, keju, pizza, biskut coklat dan banyak lagi.

Untuk mengawal nafsu anda, cara terbaik ialah menge-nalpasti kelemahan anda ini. Sebolehnya jauhkan diri anda daripada makanan yang anda minati ini kerana terlalu sukar untuk anda menolak bila ia didepan mata. Jadi jauhkan-lah diri anda!

facebook.com/zahri.kevin

Page 11: 25 Calories Savings Tips

11

KevinZahri.com © 2015facebook.com/zahri.kevin

45 Tip Mudah Kawal Nafsu Makan

39 Tunggu Dulu.Bagi anda yang berpuasa (cth:

Ramadhan), tentunya anda tahu nafsu datang dan pergi. Kadang-kadang menunggu adalah penawar yang terbaik. Bersabarlah :)

33 Kurangkan Garam.Mengurangkan pen-

gambilan garam dapat menu-runkan keinginan anda terhadap gula. Disamping itu pengurangan garam dalam diet seharian anda juga mampu untuk mengurang-kan takungan air berlebihan dalam badan. Kurang garam juga baik untuk mengawal tekanan darah.

Panduan: Seorang dewasa perlukan 2300mg sodium (garam) sehari?

Ini bererti hanya satu sudu kecil ga-ram sahaja.

32 Keluar!Nafsu makan biasanya muncul

bila anda tidak melakukan apa-apa aktiviti dirumah (tonton TV). Jangan jadi mangsa di rumdah. Keluar! :)

36 Kosongkan Peti Sejuk AndaAkui kewujudan nafsu

makan anda di rumah. Kurangkan makanan ringan yang anda pasti tidak dapat menolak panggilan nafsu dari dapur itu.

38 Practice the 5 Ds!Ikuti panduan lima D untuk kawal nafsu makan:

1. Delay. Tangguhkan! Jangan terus me-layan nafsu tu. Tunggu.

2. Distract. Alih tumpuan! Aktif, keluar dan lakukanlah aktiviti yang menarik.

3. Distance. Jauhkan! Jika anda sedar bahawa anda susah untuk menolak godaan.

4. Determine. Tentukan! Jika berdepan dgn godaan, tentukan keperluan anda. Perlu ke?

5. Decide. Pilihan! Pilih dan lakukan apa yang anda idamkan.

34 Buah Epal!Epal besar membekalkan 5g serat. Disamping itu gula epal juga tidak

mempengaruhi kandungan gula dalam darah berbanding kanji - dan jika ada pilihan, pilihlah epal hijau. Kandungan gulanya juga lebih rendah.

35 Jangan Berbelanja Mengikut Nafsu.Jangan berbelanja ketika naf-

su ada sedang bergelora. Berdasarkan pengalaman, saya pasti anda tahu apa yang akan berlaku! Tepat sekali! Kesuda-hannya anda akan memenuhi bakul beli belah anda dengan nafsu anda (ais krim, coklat & sebagainya).

Tip: Sebelum membeli-belah, makanlah karbohidrat kompleks atau snek protin. Ia pasti dapat kawal/kurangkan nafsu.

31 Jangan Biar Anda LaparIni adalah cara ter-

baik untuk memastikan selera anda dalam keadaan terkawal. Makan setiap 3 jam mem-buatkan anda sentiasa rasa kenyang.

37 Makan (sedikit) Kacang.Kacang baik untuk membantu mengurang-kan rasa lapar tetapi perlu diingat bahawa

ia mengambil masa kira-kira 30minit untuk membuat anda kenyang. Langkah terbaik ialah makan kacang bila anda tidak terlalu lapar dan jika tidak anda mung-kin akan terlebih dari yang sepatutnya.

Page 12: 25 Calories Savings Tips

12

KevinZahri.com © 2015facebook.com/zahri.kevin

45 Tip Mudah Kawal Nafsu Makan

40 Oh Pedas-nya...Pengambilan

makanan pedas juga boleh kurangkan nafsu makan. Selain itu, ia juga boleh me-ningkatkan metabolisma badan anda. 43

Protin WheySangat terkenal dikalangan atlit. ‘Whey Protein’ membantu anda melegakan

tekanan terhadap hormon yang menyebabkan anda lapar.

‘Whey’ juga baik untuk dijadikan snek sepang hari seperti dalam per-jalanan, di pejabat dan juga dimana sahaja anda berada. Setiap hidangan mengandungi 120 kalori – 90 kalori melalui protin dan 30 kalori dari lemak dan karbohidrat.

42 Jangan Skip Sarapan Pagi.Sarapan pagi itu memang penting. Dengan meninggalkan sarapan, gula

dalam darah anda akan menurun dan boleh menyebabkan kelesuan dan nafsu untuk makan secara berlebihan. Seperti mana yang saya selalu ingatkan, anda makan kerap (5-7x sehari) boleh bantu anda kawal nafsu makan.

41 Nak Diurut?Bila anda tertekan, tubuh badan anda akan menghasilkan lebih banyak hor-

mon kortisol. Ini akan membuatkan anda ingin menikmati lebih banyak karbohidrat.

44 Bukan Mudah Untuk BerubahMengawal nafsu dan selera makan

bukanlah satu tugas yang mudah. Untuk memu-lakan perubahan juga satu cabaran besar. Mu-lakan perubahan yang kecil dan sederhana tetapi pastikan ia berpanjangan.

Tidak perlu terburu-buru melakukan perubahan yang drastik.

Contoh: Jika anda mempunyai ke-biasaan menikmati 2 biji roti canai se-tiap pagi, mulakan perubahan dengan mengambil hanya sebiji. Secara perla-han teruskan usaha kearah diet yang lebih sihat dan sing-kirkan tabiat diet yang tidak baik.

45 Eksperimen!Tip terakhir adalah eksperimen! Se-tiap orang adalah unik dan berbeza

kemampuan mengawal nafsu. Tip-tip sepanjang ebook ini mungkin member kesan yang mena-kjubkan buat and tapi mungkin juga sebaliknya. Anda juga mungkin punya rahsia tersendiri untuk mengawal nafsu dan selera anda.

Lakukan eksperimen dan melalui pengalaman anda pasti dapat mengenali dan mengawal nafsu dan ke-inginan anda sebaiknya.

Page 13: 25 Calories Savings Tips

1345 Tip Mudah Kawal Nafsu Makan

KevinZahri.com © 2015 facebook.com/zahri.kevin

THANK YOU FOR SHARING

Saya harap eBook ini telah membantu anda untuk mengawal nafsu makan dengan lebih baik.

eBook ini percuma jadi silalah kongsinya bersama kawan-kawan dan keluarga tersayang.

Kevin Zahriwww.kevinzahri.com

Panduan Video:Untuk maklumat dan panduan lebih lanjut, sila rujuk kepada panduan eBook & Video berikut atau layari laman web:

50+ More Videos

6 Tip Atasi Masalah Plateau Berat Badan

Nasi Lemak TIDAK Berkolesterol

Senaman Planks: 7 Kesalahan Anda Perlu Elak

Video Transformasi Aizat Razak Kurang 125kg