document2

12
2.0 ULASAN KRITIS Berdasarkan tontonan video pengajaran yang diberi, analisis secara kritikal kesesuaian penggunaan kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang diaplikasikan oleh guru tersebut semasa proses pengajarannya. Pendahuluan Video yang telah saya tonton adalah mengenai sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia di kelas Tahun 2. Tajuk video tersebut adalah berkaitan dengan tema ‘Sihat dan Bersih’ di mana guru memberi fokus kepada tajuk ‘Makanan Berkhasiat dan Makanan Tidak berkhasiat’ serta penggunaan kata-kata nama. Seperti yang telah kita ketahui, kemahiran-kemahiran asas dalam kaunseling adalah penting di mana guru-guru pembimbing dan kaunselor perlu mendalami semua kemahiran itu dalam menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling. Menurut Sapora Sipon (2008), terdapat 27 kemahiran asas kaunseling yang telah dibincangkan. Namun, saya akan membuat analisis kritikal saya berdasarkan maklumat yang telah diperbincangkan oleh beliau dan juga maklumat daripada buku-buku rujukan yang lain. Kemahiran Mendengar dan Melayan Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Tahun 4 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013), kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberi respons. Menurut Menurut Sapora Sipon (2008) pula, kemahiran mendengar adalah satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Begitu juga dalam sesi P&P seseorang guru di dalam bilik darjah. Bagi saya,

Upload: joseph-ignatius-ling

Post on 27-Sep-2015

213 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

2.0ULASAN KRITIS

Berdasarkan tontonan video pengajaran yang diberi, analisis secara kritikal kesesuaian penggunaan kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang diaplikasikan oleh guru tersebut semasa proses pengajarannya.

Pendahuluan

Video yang telah saya tonton adalah mengenai sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia di kelas Tahun 2. Tajuk video tersebut adalah berkaitan dengan tema Sihat dan Bersih di mana guru memberi fokus kepada tajuk Makanan Berkhasiat dan Makanan Tidak berkhasiat serta penggunaan kata-kata nama. Seperti yang telah kita ketahui, kemahiran-kemahiran asas dalam kaunseling adalah penting di mana guru-guru pembimbing dan kaunselor perlu mendalami semua kemahiran itu dalam menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling. Menurut Sapora Sipon (2008), terdapat 27 kemahiran asas kaunseling yang telah dibincangkan. Namun, saya akan membuat analisis kritikal saya berdasarkan maklumat yang telah diperbincangkan oleh beliau dan juga maklumat daripada buku-buku rujukan yang lain.

Kemahiran Mendengar dan Melayan

Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Tahun 4 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013), kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberi respons. Menurut Menurut Sapora Sipon (2008) pula, kemahiran mendengar adalah satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Begitu juga dalam sesi P&P seseorang guru di dalam bilik darjah. Bagi saya, pengaplikasian kemahiran ini dalam P&P beliau agak berjaya. Contohnya, apabila guru itu memegang susu dan bertanya Apa ini?, murid-murid telah menjawab Susu. dan beliau telah memberi respons kepada murid tersebut seperti Pandai. Hal ini telah membuktikan bahawa beliau telah memberi tumpuan dalam mendengar jawapan murid-muridnya. Namun begitu, saya juga mendapati bahawa guru tidak mendengar dan melayan murid yang menyatakan permintaan untuk menjawab soalan dalam aktiviti penampalan gambar di atas papan hitam. Bagi saya, sebagai seorang guru, kita perlu sentiasa memberi peluang kepada murid-murid kita yang semangat menjawab soalan yang kita kemukakan. Hal ini kerana jika kita memberi peluang kepada mereka untuk menjawab, kita sebenarnya sedang memberi dorongan kepada mereka untuk melibatkan diri dengan aktif dalam setiap sesi P&P. Namun demikian, jika seseorang murid itu terlalu kerap ingin cuba menjawab, kita boleh memberitahu dia dengan baik bahawa dia sudah banyak kali menjawab dan meminta dia untuk memberi peluang menjawab itu kepada kawan-kawan yang lain. Dengan ini, kawan-kawannya juga berpeluang untuk menjawab. Melalui pengalaman saya di sekolah rendah, saya akan berasa tersinggung apabila guru tidak memberi peluang kepada saya untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Hal ini sedikit sebanyak telah mengurangkan minat dan penglibatan saya dalam apa-apa sahaja aktivti yang diberikan oleh guru itu.

Selain itu, terdapat sekali di mana beliau juga tidak mendengar dan melayan jawapan yang diberi oleh murid-muridnya. Contohnya, guru ada bertanya Sebelum kita makan sayur mentah ini, kita kena buat apa?, ada dalam kalangan murid menjawab Basuh, tetapi beliau hanya meneruskan penjelasannya dengan jawapan sendiri iaitu Kita mesti cuci. tanpa mempedulikan apa yang telah diperkatakan oleh murid itu. Jika saya adalah murid itu, saya akan rasa keliru dengan jawapan yang saya sebut itu adalah betul ataupun tidak. Tambahan pula, ia akan mengurangkan keyakinan murid dalam melibatkan diri dalam proses P&P. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui pengalaman P&P saya di IPG di mana pensyarah minor Bahasa Malaysia saya meminta kami semua untuk mengemukakan idea masing-masing bagi sesuatu masalah yang dikemukakan. Namun, apabila saya menyuarakan pendapat saya, beliau tidak memberi apa-apa maklum balas kepada saya di mana beliau hanya berdiam sahaja. Saya berasa sangat keliru dan kecewa pada masa itu. Keadaan itu telah menyebabkan saya berasa kurang berkeyakinan lagi untuk menyuarakan cadangan lagi dalam sesi-sesi P&P yang seterusnya. Oleh itu, saya berpendapat bahawa kita sebagai seorang guru, kita harus memberi maklum balas kepada setiap jawapan yang disuarakan oleh murid-murid kita tidak mengira jawapan yang diberi itu adalah betul ataupun salah. Jika jawapan yang diberikan oleh murid adalah salah, kita juga memainkan peranan untuk memperbetulkan kesilapan murid. Sekiranya jawapan yang bakal kita sampaikan itu adalah berbeza dengan jawapan murid, kita perlu memberi respon yang positif serta mengalakkan kepada murid seperti Betul jawapan kamu. , barulah kita mendedahkan jawapan kita kepada murid-murid. Hal ini penting kerana murid-murid akan sedar bahawa mereka sentiasa diberi perhatian oleh guru. Selain itu, mereka juga akan dapat tahu di mana kelebihan dan kekurangan mereka. Keadaan ini dapat membantu murid-murid memperbaiki kekurangan mereka dan seterusnya dapat membina pembelajaran yang aktif di dalam bilik darjah. Hal ini juga dapat membantu murid-murid dalam membina keyakinan untuk cuba menjawab soalan-soalan yang seterusnya sepanjang proses P&P berlangsung.

Kesimpulannya, kemahiran mendengar adalah penting dan harus diamalkan oleh setiap guru supaya dapat sesi P&P di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar malahan kualiti P&P dapat ditingkatkan.

Kemahiran Meyoal

Menurut Jones (2004), soalan terbuka dan soalan tertutup adalah antara jenis soalan yang boleh digunakan dalam proses kaunseling. Dalam video itu, saya dapat mengenal pasti bahawa guru itu telah mengaplikasikan kemahiran menyoal yang boleh dianggap berjaya. Hal ini kerana beliau telah banyak menggunakan kedua-dua jenis soalan iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka mengikut kesesuaian. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2011), soalan terbuka memerlukan murid untuk memberi jawapan yang panjang yang bertujuan mengalakkan penerokaan dan pengembangan terhadap perkara yang dibincangkan, manakala soalan tertutup mengehadkan murid memberi satu atau beberapa perkataan sahaja dan jawapan ini dapat memberikan maklumat yang khusus. Contoh-contoh soalan tertutup yang dapat saya kenal pasti ialah Adakah susu merupakan makanan berkhasiat?, Adakah gula-gula berkhasiat?, Apa ini? dan sebagainya. Soalan-soalan tersebut telah mengehadkan murid untuk memberi jawapan seperti Ya, Tidak dan sebagainya. Justeru, saya mendapati bahawa apabila guru mengemukakan soalan tertutup ini, murid-murid tidak berapa bising. Hal ini kerana murid hanya perlu memberi jawapan yang khusus sahaja seperti Lokak. dan Ikan. bagi soalan Apakah ini?. Seperti yang kita ketahui, fokus murid dalam pembelajaran adalah singkat. Namun, soalan tertutup dapat membantu murid memberi fokus terhadap isi pelajarannya. Hal ini dapat dibuktikan dalam video ini di mana hampir semua murid memberi fokus kepada sesi soal jawab mengenai makanan yang dipegang oleh gurunya dalam set induksi P&P. Selain itu, contoh-contoh soalan terbuka yang dapat saya kenal pasti ialah Apakah yang dimaksudkan dengan makanan berkhasiat?, Kenapa kamu kata gula-gula dan coklat itu makanan tidak berkhasiat?, Apakah maksud makanan tidak bersih? dan lain-lain lagi. Saya mendapati bahawa murid-murid telah memberi maklum balas secara aktif bagi soalan-soalan terbuka tersebut. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemberian pelbagai jawapan yang berbeza daripada murid-murid kelas tersebut.

Menurut Groisser (1964) pula, kaedah penyoalan dapat menggalakkan mutu pemikiran yang tinggi jika soalan yang dibuat mempunyai unsur penganalisisan, penggabungan atau sintesis, penilaian serta sistematik. Hal ini kerana soalan-soalan yang mempunyai ciri-ciri yang dapat mendorong murid untuk berfikir dengan lebih sistematik dan mendalam. Berdasarkan pernyataan itu, saya mendapati bahawa terdapat lagi satu aspek yang penting dalam kemahiran menyoal, iaitu cara dan proses guru itu menyoal. Saya mendapati bahawa beliau menyoal sesuatu perkara secara beransur-ansur terutamanya bagi soalan jenis terbuka. Contohnya, kita dapat lihat dari permulaan iaitu ketika guru memegang daun salad itu dan mengemukakan soalan-soalan secara beransur-ansur seperti Daun salad ini kita makan mentah. Jadi sebelum kita makan, kita mesti buat apa? Supaya apa? Jadi?. Berdasarkan cara penyoalan itu, murid-murid dapat dibimbing untuk meneroka jawapan bagi soalan-soalan tersebut. Cara penyoalan seperti itu secara tidak langsung dapat memberi satu penjelasan dan pemahaman yang sangat jelas tentang sesuatu isu perbincangan kepada para murid. Menurut Fadzilah dan Ahmad (2007), kita perlu mengajukan soalan yang sesuai untuk memahami seseorang. Oleh itu, melalui penyoalan, guru juga boleh membuat penilaian terhadap murid-muridnya di mana beliau dapat mengesan murid-murid yang masih tidak dapat menguasai sesuatu isi pembelajaran. Penilaian ini dapat membantu guru mengenal pasti sama ada murid itu perlu diberi latihan pemulihan ataupun latihan pengayaan. Dalam tempoh praktikum semester ini, saya dikendaki mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi elektif minor saya. Namun, saya mendapati bahawa saya sukar untuk memberi latihan pemulihan dan pengayaan yang wajib diberi kepada murid-murid saya. Hal ini kerana saya tidak banyak mengamalkan kemahiran menyoal kepada murid-murid saya. Oleh itu, saya tidak dapat menilai tahap penguaasaan mereka terhadap P&P di dalam kelas. Untuk mengatasi masalah tersebut, saya perlu belajar daripada guru dalam video itu tentang cara penyoalan yang dilaksanakan oleh beliau dalam pelaksanaan P&P bagi mengenal pasti tahap penguasaan murid-murid saya dalam proses P&P.

Kesimpulannya, kemahiran menyoal adalah penting dan harus diamalkan oleh setiap guru di dalam kelas. Hal ini penting kerana kemahiran ini bukan sahaja dapat memberi penjelasan yang jelas kepada murid malahan juga dapat membantu guru membuat penilai terhadap tahap penguasaan seseorang murid dalam pembelajaran mereka.

Kemahiran Memberi Tindak Balas

Kemahiran asas kaunseling yang seterusnya ialah kemahiran memberi tindak balas. Kemahiran ini penting untuk membantu kaunselor mendorong serta menggalakkan klien melakukan sesuatu seperti perkongsian masalah.

Melalui pemerhatian saya, guru tersebut telah menggunakan dorongan minimum dan memberi pujian kepada murid. Kedua-dua tingkah laku ini merupakan tindak balas positif yang terkandung dalam kemahiran memberi tindak balas. Sebagai contoh, ada seorang murid tidak dapat menjelaskan ideanya secara lancar semasa menjawab Kenapa kita perlu makan makanan yang bersih?. Apabila murid itu berhenti memberi penjelasan, guru telah memberi dorongan minimum Ah kepada murid itu. Pada pendapat saya, pemberian dorongan minimum sesuai digunakan kerana murid cenderung berhenti menjelaskan jawapan kerana takut jawapan yang diberi salah. Pemberian dorongan minimum akan mengurangkan ketakutan murid seterusnya mendorong murid meneruskan penjelasannya. Akhirnya, murid itu berjaya menjelaskan jawapannya secara sempurna, iaitu Kita tidak akan terkena racun. Hasil analisis ini membuktikan bahawa penggunaan dorongan minimum dapat mendorong dan menggalakkan murid meneruskan usahanya melakukan sesuatu dalam proses pengajaran guru tersebut. Seterusnya, guru juga selalu memberi pujian kepada murid yang berkelakuan baik. Contohnya, guru menggunakan perkataan pandai untuk memuji murid yang berjaya menjawab soalan secara betul. Selain itu, guru juga memuji semua murid yang memberi perhatian di dalam kelas terutamanya Azri dan Haikal. Pada pendapat saya, pemberian pujian sesuai digunakan untuk menggalakkan dan mengekalkan tingkah laku murid yang diingini selaras dengan teori behaviorisme Skinner. Sebagai implikasinya, murid akan lebih bermotivasi untuk menjawab soalan guru dan memberi perhatian terhadap sesi pengajaran guru seperti yang ditunjukkan dalam video. Hal ini membuktikan bahawa pemberian pujian dapat mengekalkan tingkah laku murid yang diingini bagi memastikan kelancaran perjalanan proses pengajaran. Oleh itu, saya bersetuju dengan kemahiran memberi tindak balas, iaitu pemberian dorongan dan pujian sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran guru tersebut bagi mendorong murid meneruskan usahanya melakukan sesuatu serta mengekalkan tingkah laku murid yang diingini dalam proses pengajarannya.

Walaupun kemahiran memberi tindak balas sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran guru tersebut, tetapi saya mendapati kadangkala guru tersebut gagal memberi tindak balas yang sesuai kepada murid. Contohnya, guru telah menggunakan ekspresi muka dan intonasi suara marah untuk bercakap Azri, tolong diam! apabila Azri dan kawannya berebut peluang untuk menampal kad makanan pada papan hitam. Saya percaya tindak balas ini akan menjejaskan perasaan Azri kerana motifnya adalah positif, iaitu dia ingin menjawab soalan guru. Keadaan ini secara tidak langsung akan merendahkan motivasi Azri untuk mengikuti proses pengajaran guru tersebut. Bagi menghadapi masalah ini, guru harus bermula dengan berfokus kepada yang positif terlebih dahulu sebelum memberi fokus kepada yang negatif seperti yang diterangkan dalam garis paduan mengenai cara memberi tindak balas. Contohnya, guru boleh bermula dengan memberi pujian kepada Azri kerana Azri berminat untuk menjawab soalan guru tanpa disuruh. Selepas itu, barulah guru menegur tingkah laku Azri, iaitu membuat bising bagi merebut peluang menjawab soalan. Oleh itu, guru perlu sentiasa mematuhi garis panduan mengenai cara memberi tindak balas bagi meningkatkan kesesuaian penggunaan kemahiran memberi tindak balas dalam proses pengajarannya.

Kesimpulannya, kemahiran memberi tindak balas sesuai diaplikasikan oleh guru tersebut dalam proses pengajarannya dan kesesuaian penggunaan kemahiran ini boleh ditingkatkan melalui cara mematuhi garis panduan mengenai cara memberi tindak balas.

Kemahiran Membuat Refleksi

Menurut Sapora Sipon (2008), kemahiran refleksi isi ialah pernyataan semula oleh kaunselor mengenai idea yang disampaikan oleh klien. Dalam konteks kaunseling, kemahiran ini membolehkan kaunselor untuk menyemak dengan klien sama ada dia telah memahami apa yang telah disampaikan oleh klien dan kemahiran ini biasanya banyak berlaku dalam bentuk lisan. Namun begitu, berdasarkan video yang telah saya tonton itu, saya dapati bahawa guru telah membuat refleksi isi sepanjang proses P&P berlangsung dalam bentuk lisan dan juga bukan lisan. Contohnya maklumat daripada bentuk bukan lisan yang paling menonjol ialah dalam aktiviti murid-murid menampal gambar-gambar makanan di kategori yang telah disediakan di atas papan hitam. Guru itu telah membuat refleksi idea sebaik sahaja murid-murid habis menampal gambar. Hal ini dapat dibuktikan apabila beliau berkata Nora kata gula-gula adalah makanan tidak berkhasiat. selepas sahaja seorang murid perempuan yang bernama Nora siap menampal gambar gula-gula dalam kategori makanan tidak berkhasiat pada papan hitam. Dalam konteks P&P, guru bukan sahaja dapat memberitahu murid itu bahawa beliau telah memahami apa yang ingin disampaikan olehnya, malah beliau sebenarnya juga telah memainkan peranan dalam menyampaikan semula idea murid itu kepada murid-murid yang lain. Hal ini dapat membantu murid-murid lain yang tidak terlibat dalam aktiviti penampalan gambar turut dapat mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan. Di samping itu, saya juga dapati bahawa kemahiran ini banyak berlaku secara tidak langsung sepanjang video pengajaran tersebut. Dalam video ini, guru banyak membuat refleksi idea dengan mengulang semula jawapan murid semasa sesi soal jawab dalam set induksi di mana murid perlu mengklasifikasikan makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat secara lisan. Menurut Sapora Sipon (2008), refleksi isi perlu dinyatakan dengan perkataan yang ringkas, padat dan tepat. Hal ini kerana refleksi isi yang panjang akan mengakibatkan murid cepat berasa bosan dan hilangkan tumpuan. Sekiranya murid berasa bosan terhadap P&P, maka mereka akan membuat bising dan bercakap dengan rakan sebelah, bermain dengan rakan sebelah, membuat kerja sendiri dan sebagainya semasa sesi P&P berlangsung.

Kesimpulannya, guru perlu bijak dan cekap dalam membuat refleksi idea dan refleksi perasaan murid-muridnya. Hal ini secara tidak langsung dapat mengekalkan minat murid sepanjang proses P&P berlangsung di dalam bilik darjah.

Kemahiran Pendedahan Kendiri

Menurut Mahrer, Fellers, Durak, Gervaize dan Brown (1981), dalam kemahiran pendedahan kendiri, terdapat beberapa perkara yang akan diberitahu kepada klien seperti peristiwa masa lampau dan pengalaman-pengalaman lepas kaunselor, penglibatan kaunselor terhadap masalah kliennya, bagaimana kaunselor dapat menangani setiap masalah atau isu yang dihadapi, tentang emosi, perasaan, khayalan dan bayangan. Menurut Jourard (1974), pendedahan kendiri pula merupakan satu proses di mana seseorang memberitahu (berkomunikasi) kepada orang lain tentang perasaan dan pengalamannya. Dalam konteks kaunseling, Jourard (1974) juga berpendapat bahawa pendedahan kendiri oleh kaunselor dikatakan

.. Contohnya, beliau boleh berkongsi pengalaman ataupun kesan daripada pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti penyakit kencing manis, kesan penyakit kencing manis, cabaran pesakit kencing manis dan sebagainya. Dengan penyampaian cerita tentang kisah benar, murid-murid akan lebih faham mengenai sesuatu ilmu itu dan seterusnya mereka akan menjadi lebih peka terhadap pemakanan mereka.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran pendedahan kendiri ini juga dapat dibuktikan melalui pengalaman praktikum saya dalam semester ini, saya pernah ganti kelas 6 Tabah selama 30 minit. Terdapat sesetengah murid bertanya kepada saya tentang bilangan A yang saya dapat dalam peperiksaan UPSR dahulu. Dengan ini, saya pun berkongsi dengan murid-murid 6 Tabah itu mengenai pengalaman saya dari UPSR ke SPM. Walaupun saya hanya dapat 2A daripada 7 subjek dalam UPSR saya, tetapi saya telah menggunakan pengalaman saya itu untuk memberikan semangat kepada semua murid 6 Jujur. Hal ini kerana mereka merupakan calon-calon UPSR tahun ini. Saya berkata kepada mereka bahawa Kegagalan dalam UPSR bukan penamat segala-galanya. Saya telah berusaha bersungguh-sungguh ketika berada di sekolah menengah. Dengan usaha yang berterusan, saya mendapat 8A dalam peperiksaan SPM. Selain itu, saya juga memberi nasihat kepada murid kelas tersebut dengan berkata Saya harap anda semua dapat menghargai masa yang anda ada sekarang untuk membuat persediaan yang mencukupi bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang akan menjelang. Selepas pengongsian pengalaman saya, semua murid mula menunjukkan sikap positif dalam membuat ulang kaji pembelajaran. Hal ini telah dibuktikan bahawa mereka memahami apa yang telah saya kongsikan dengan mereka. Saya juga berharap mereka mendapat manfaat daripada pengalaman lepas saya ini.

Secara keseluruhannya, kemahiran pendedahan kendiri merupakan satu kemahiran yang penting. Kemahiran ini dapat memberi dorongan dan semangat kepada seseorangan individu. Contohnya, jika cerita yang disampaikan itu sama dengan mereka malah juga dapat memberi kesedaran kepada mereka dalam sesuatu perkara.

Penutup

Secara keseluruhannya, kemahiran-kemahiran asas kaunseling perlu diaplikasikan oleh setiap guru di sekolah tidak mengira guru-guru bimbingan dan kaunseling ataupun guru-guru biasa. Hal ini kerana kemahiran-kemahiran asas kaunseling tersebut dapat membantu guru dalam melahirkan modal insan sempurna yang tidak hanya fokus kepada aspek kognitif sahaja. Oleh itu, sebagai bakal guru, saya perlu belajar kemahiran-kemahiran asas kaunseling ini dan cuba mengaplikasikannya semasa saya mengajar di sekolah bagi meningkatkan prestasi P&P saya pada masa yang akan datang.