27 ogos 2007/14 syaaban 1428 edisi keempat merentasi ... wim iv-4.pdf · meneruskan wadah...
TRANSCRIPT
Meneruskan wadah komunikasi dan bertukar fikiran secara terarah dan sistematik untuk semua warga kerja di pelbagai peringkat.
(SNT) 2007. Pemikiran se-dang digiat untuk merancang penerbitan buku-buku untuk 5 tahun akan datang melibat-kan pelbagai pihak terma-suk asatizah yang berminat dan berkebolehan.
Di samping itu, kita juga telah secara aktif mengorak pelba-gai langkah untuk meningkat-kan prestasi dari segi instruk-sional, penilaian dan peperik-saan, penyelidikan dan pem-bangunan, sumber manusia dan latihan, pentadbiran dan kewangan. Kita bersyukur kerana banyak usaha berjaya dan mendatangkan kebaikan, alhamdulillah. Ini adalah masa untuk kita melalui proses anjakan paradigma dan melakukan sesuatu yang berbeza dari biasa dalam pen-didikan khususnya.
Apakah persiapan kita dalam merentasi lautan biru luas terbentang? Antara lain, be-berapa bengkel kemahi-ran terkini telah diikuti oleh pengurusan seperti Apprecia-tive Inquiry (AI), Neuro Lin-guistic Programming (NLP) dan coaching. Kemahiran-kemahiran ini mungkin dapat melengkapkan diri kita den-gan kebijaksanaan mubaligh
separuh masa. Secara am sambutan dan perkemban-gan positif. Pada tahun hadapan, kita berhasrat untuk mengadakan Di-ploma Perguruan Pendidi-kan Islam (DPPI), insya Allah. Pengajian peringkat pos-menengah secara am adalah kritikal untuk me-warnai pendidikan Islam di peringkat rendah dan juga pemikiran masyarakat.
Kita berjaya menyediakan e-pendidikan sejak 2005, yang membolehkan penga-jian ugama yang merentasi tempat dan masa serta melibatkan para waris se-cara aktif. Ini bermakna, belajar ugama boleh dilaku-kan sepanjang masa dan bukan separuh masa. Kini lebih dari 4,000 anak-anak KBK 1 - 6 boleh manfaat-kan e-pendidikan di mana-mana. Pada tahun hadapan, kita akan mengenalkan e-pendidikan untuk KBR pula yang ada elemen audio dan sedikit animasi, in-sya Allah. Kita harus men-got imumkan potens i teknologi pendidikan dalam proses pengajaran-pembelajaran ugama.
Kita sudah juga berjaya menyiapkan buku-buku teks ugama yang lengkap dari pra-sekolah, rendah dan menengah. Kita ber-syukur kerana ini adalah satu pencapaian yang ber-jaya dilakukan buat julung kalinya, alhamdulillah. Siri buku lengkap ini akan terus direviu agar kualiti dapat t e r u s d i p e r t i n g k a t -kan. Lebih 50 asatizah kita sudah berjaya mengikuti Forum Penulis Asatisah (FPA) pada tahun 2006 dan 2007 dan digalak untuk menulis artikel, cerpen, khutbah serta menyertai Sayembara Novel Temasek
MERENTASI LAUTAN BIRU LUAS TERBENTANG Oleh Encik Abdullah Othman
Edisi Keempat 27 Ogos 2007/14 Syaaban 1428
WADAH INTEGRASI MINDA IV
ATURCARA MAJLIS
Ucapan Pengerusi Majlis WIM IV oleh Ust Hasbi Ahmad Saiful Bahri
Ucapan Pengerusi WIM IV oleh Ust Ahmad Dahlan Hj Ibrahim
Ucapan Wakil LPA oleh Enc Abdullah Othman
Pembentangan 1: Maklum Balas Buku KBK & KBM dan Garis Pandu Persia-
pan Slaid KBM/KBRL oleh Ukht Khaafizah Md Hanif & Usth Ruhaidah Munir
Pembentangan 2: Dapatan Sesi Fokus Cordova/Andalus oleh Usth Aishah
Pembentangan Bengkel NLP & AI oleh Ukht Farhanah, Usth Fifiazlina & Ukht
Nur Hafidhzah
Pembentangan 3: Pembentangan Kewangan Andalus/Cordova oleh Ukht
Junaidah Shafie & wakil Andalus/Cordova
Penutup & Bersurai
Dapatan Maklum Balas Majlis WIM IV oleh Ust Hasbi Ahmad Saiful Bahri
Semangat mubaligh Islam
yang menyebarkan ugama
Islam di Nusantara pada ku-
run ke 10 -11 Masihi harus
kita kaji dan fahami. Mereka
bersusah-payah merentasi
lautan dan daratan untuk ke
sini dari Hadaramaut dan
India untuk menyampaikan
mesej Islam kepada bangsa
Melayu (yang pada masa
tersebut masih lagi belum
faham dan anuti ugama Is-
lam). Hasilnya mereka berjaya
dan orang-orang Melayu rata-
rata berugama Islam sehingga
kini untuk selama lebih dari
1,000 tahun. Apakah rahsia
kejayaan mereka dan bagai-
mana kita boleh mempelajari
dan manfaatkan pengalaman
mereka? Warga kerja di An-
dalus, Al-Zuhri, Cordova dan
Darul Andalus harus me-
warisi semangat dan kebijak-
sanaan para mubaligh masa
silam tetapi dalam konteks
masakini. Kita harus kenal
sejarah kita dengan baik dan
betul; fahami selok belok
berurusan dengan pelbagai
pihak dari pelbagai segi untuk
menjayakan misi dan visi
yang dicita-citakan berse-
suaian dengan persekitaran
kontemporari.
Kita sudah mengorak be-
berapa langkah baru dan kini
terdapat beberapa natijah
yang positif, alhamdulillah.
Buat julung-julung kalinya,
kita berjaya mengasaskan
sebuah Al-Zuhri sejak tahun
2001, sebagai sebuah institut
pengajian Islam sepenuh
masa pe r ingka t pos -
menengah. Sekarang Andalus
dan Cordova sudah men-
gorak langkah untuk men-
yediakan pengajian diploma
Isi Kandungan
Merentasi Lautan Biru Luas
Terbentang
1
Maklum balas buku KBK &
KBM
2
Kegiatan Ko-Kurikulum 3
Yuran Tertunggak 3
Muhasabah: Memperbaiki
Mutu Perkhidmatan Melalui
Sesi Kumpulan Fokus
4
zaman silam di samping ilmu, kemahiran dan pen-galaman sedia ada.
Kita berusaha dan berdoa bahawa setiap usaha kita adalah dengan niat yang bertepatan, di atas lan-dasan yang betul dan mendatangkan manfaat kepada semua, di dunia dan di akhirat, insya Allah.
“Bertanyalah kepada
orang-orang yang
berpengetahuan
sekiranya kamu tidak
mengetahui.”
(An-Nahl, ayat 43)
Meneruskan wadah komunikasi dan bertukar fikiran secara terarah dan sistematik untuk semua warga kerja di pelbagai peringkat.
Maklum balas buku KBK & KBM merupakan salah satu
proses penting dalam persiapan buku. Tujuan utamanya
ialah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu
buku-buku terbitan Darul Andalus bagi kegunaan pelajar
di madrasah separuh masa. Untuk mencapai tujuan ini,
jabatan telah mendapatkan pandangan daripada pihak
konsultan yang berkemahiran dan bertauliah. Pada masa
yang sama, jabatan juga amat mengalu-alukan pandangan
dan saranan yang berkualiti daripada pelbagai pihak
terutamanya golongan asatizah yang telah menggunakan
buku secara praktikal bagi pengajaran dalam kelas. Secara
tidak langsung, perkara ini juga memberi peluang kepada
asatizah untuk mengeluarkan idea-idea yang lebih kreatif
dan menarik.
Maklum balas buku dilakukan melalui tiga cara iaitu; secara
tulisan (melalui borang maklum balas), lisan (sesi
perbincangan) dan praktikal (melalui pemantauan
penggunaan buku). Hasil maklum balas yang dikumpulkan
akan digunakan untuk tindakan susulan bagi memperbaiki
dan mempertingkatkan mutu buku-buku secara bertahap
dan berterusan. Pandangan dan saranan yang diberikan
juga bermanfaat bagi mereviu dan mengeluarkan buku-
buku versi baru pada masa akan datang.
Maklum balas buku KBK dan KBM merangkumi tiga
aspek iaitu kesesuaian bahasa, kandungan dan juga
teknikal. Maklumat yang dikumpulkan hasil maklum balas
dari tahun 2005 hingga sekarang telah pun dirumuskan.
Beberapa tindakan susulan telah pun diambil manakala
bakinya akan dipertimbangkan kesesuaiannya.
Gambar rajah di bawah menyenaraikan beberapa tindakan
susulan bagi buku KBK dan KBM:
Secara kesimpulan, pelbagai usaha perlu difikirkan dan
dilaksanakan bagi mempertingkatkan kemahiran dalam
penulisan dan taipset agar bahan-bahan yang dihasilkan
dapat menepati tahap piawaian (standard) yang diharapkan.
Bahan-bahan pendidikan pada masa hadapan juga perlu
memanfaatkan kemudahan teknologi pada masa kini. Pada
masa yang sama, asatizah juga perlu mempertingkatkan
kemahiran dalam cara pengajaran bagi menghadapi dan
menangani cabaran pemikiran pelajar pada zaman moden
ini. Dengan mengukuhkan kedua-dua perkara ini,
pengajaran dan pembelajaran dapat dioptimumkan dan
menjadi lebih berkesan.
MAKLUM BALAS BUKU KBK & KBM
Oleh Ukhti Khaafizah Hanif
Halaman 2 Edisi Keempat
BUKU KBK 1 & 2
� menggunakan perkataan/ayat yang lebih mudah
� membetulkan kesilapan ejaan/fakta
� mengadakan apitan kamus
� mempelbagaikan kaedah soalan tugasan dalam buku kerja
� jumlah latihan dikekalkan buat masa ini
� menyediakan buku jawapan
� memperbaiki gambar dan warna kulit buku
Dalam pertimbangan: � menyediakan kemudahan ABM
� mengeluarkan buku berwarna
BUKU KBM 1 – 3
� menggunakan perkataan lebih mudah
� membetulkan kesilapan ejaan/fakta
� kandungan teks diselaraskan kepada 80 – 100 muka surat
� kandungan buku dipadatkan agar lebih terperinci daripada buku KBK
� memperbaiki kualiti gambar dalam buku
Dalam pertimbangan:
� mengumpulkan definisi perkataan sukar pada akhir muka surat
� mengadakan buku latihan bagi pelajar
� menyediakan buku panduan dan buku rujukan bagi asatizah
� menyediakan kemudahan ABM
Meneruskan wadah komunikasi dan bertukar fikiran secara terarah dan sistematik untuk semua warga kerja di pelbagai peringkat.
Sesebuah pusat pendidikan yang
menawarkan sistem pembelajaran
berkesan pasti akan memasukkan
program ko-kurikulum sebagai
pengayaan bagi pembelajaran yang
diajar di dalam kelas.
Andalus juga tidak ketinggalan
mengorak langkah dengan kegiatan-
kegiatan ko-kurikulumnya yang
men c a kup p e l b a g a i a s p e k
pendidikan dan memberi kesan yang
positif pada anak didik Andalus.
Kids Camp kegiatan ko-kurikulum
tahunan yang tidak asing lagi bagi
seluruh wargakerja. Matlamat yang
seterusnya ialah melibatkan asatizah
dalam program ko-kurikulum ini
dan dalam masa yang sama
membantu di dalam pengajaran yang
dilaksanakan di dalam kelas.
Salah satu inisiatif yang boleh
dilaksanakan ialah dengan memasukkan
kegiatan ko-kurikulum ke dalam
kurikulum dan diadakan dalam masa
pembelajaran sekaligus menjadikan
pengajaran dan pembelajaran tambah
menarik dan merangsang minat pelajar
rendah mahupun menengah.
Pandangan dan saranan asatizah
amat-amat dialu-alukan di dalam
memastikan pelaksanaan yang
berkesan lantas menyumbang
kepada kemajuan dari sudut
pendidikan dalam Andalus.
KEGIATAN KO-KURIKULUM ANDALUS
Oleh Ustazah Shahida Johari
Halaman 3 Edisi Keempat
Organisasi yang mempunyai penya-luran kewangan yang mantap akan dapat bertahan dan berkembang secara positif. Seandainya Andalus ingin bertahan di dalam perkhidma-tan ini ia harus mempunyai penyalu-ran kewangan yang cukup mantap dan prestasi yang baik. Kejayaan Andalus bergantung kepada kutipan yuran dan petugas yang berdedikasi dan bermotivasi. Dengan ini kedudukan kewangan Andalus yang bergantung kepada kutipan yuran seharusnya di beri perhatian sepe-nuhnya supaya tidak menimbulkan masalah kepada penyaluran kewan-gan. Sekiranya kutipan ini tidak ber-jalan dengan lancar serta lembab maka ia akan menjejas organisasi dan petugas secara keseluruhan dan individu.
Yuran yang tidak dapat dikutip pada masa yang ditetapkan itu akan menjadi yuran tertunggak. Yuran tertunggak ini lama kelamaan akan menjadi yuran lapok, tidak dapat dikutip dan akhirnya organisasi terpaksa menangggung kerugian. Kerjasama petugas amatlah penting dan Andalus telah membuat garispandu yang perlu diikuti oleh petugas yang terlibat dalam menangani masalah tersebut.
Apabila pendaftaran pelajar mening-kat dari tahun ketahun maka yuran tertunggak juga turut meningkat jika garispandu yang ditetapkan tidak di patuhi dengan baik. Untuk mengekang permasalahan ini Andalus telah mendapatkan khidmat pemun-gut hutang bagi membantu kutipan yuran tertunggak. Sedikit sebanyak ia telah membantu Andalus mengurang-
kan jumlah hutang lapok tetapi harus membayar komisen yang ditetapkan dalam perjanjian itu. Komisen yang dibayar adalah kos bagi Andalus, dari itu alangkah baiknya jika setiap daripada indi-vidu di Andalus dapat memainkan peranan masing-masing dengan cara yang berkesan. Ianya dapat mengurangkan kos perbelanjaan bagi Andalus dan jumlah yuran tertunggak tanpa menggunakan bantuan luar. Jika yuran tertung-gak berkurangan kecekapan petu-gas akan dihargai.
YURAN TERTUNGGAK
Oleh Ukhti Jorah & Ukhti Junaidah
Meneruskan wadah komunikasi dan bertukar fikiran secara terarah dan sistematik untuk semua warga kerja di pelbagai peringkat.
MUHASABAH: MEMPERBAIKI MUTU PERKHIDMATAN
MELALUI SESI KUMPULAN FOKUS Oleh Ukhti Ruzizah Safuan
Halaman 4 Edisi Keempat
Dalam konteks pengurusan Andalus, usaha mendapat maklum balas dilaku-kan dalam perlaksanaan sesuatu peran-cangan supaya sebarang kelemahan da-pat dikenal pasti dan diperbaiki agar kekurangan itu dijadikan pengajaran supaya tidak berlaku berulang kali.
Sesi Kumpulan Fokus adalah wadah untuk waris memberi saranan, kritikan dan maklumbalas. Sesi pertama diadakan pada tahun 2005 di empat cawangan, lapan cawangan pada tahun 2006 dan pada tahun ini pula, ia diadakan di empat cawangan iaitu Yishun, Admiralty, Tampines 1 dan Jurong West 1.
Mengikut ajaran Islam, sifat bermuhasabah sebagai penilaian diri selepas setiap amal atau perbuatan dilaksanakan. Individu yang mendambakan kebaikan dalam hidup mestilah menghiasi dirinya dengan sentiasa menghitung diri mencari dan mengenal pasti kelemahan dan kekurangan dirinya bukan hanya menghitung segala kebaikan yang pernah dilakukan.
Sebagai dalil rujukan, Allah berfirman dalam al-Quran bermaksud: ”Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang akan dilakukan untuk hari esok (akhirat)”. (Surah al-Hasyr ayat 18).
Muhasabah diri mempunyai beberapa kelebihan kepada individu. Jika setiap individu di Andalus sentiasa bermuhasabah dan menginsafi kesalahan dan kekurangan akan cuba merangka strategi untuk perbaiki diri agar kekurangan itu hanyalah sementara dalam dirinya. Ia boleh dilakukan jika setiap individu mengamalkan sifat mahmudah.
Hanya dengan membuka ruang komunikasi melalui pertemuan Kumpulan Fokus dan pengedaran borang Tinjauan Tahunan dapat meraih berbagai maklum balas, kritikan, saranan tidak kurang juga pujian daripada waris. Ianya akan dinilai dan disusuli dengan langkah pembetulan bagi memastikan kepercayaan waris tidak akan luntur dek rentetan
Muhasabah diri mempunyai
beberapa kelebihan kepada
individu. Jika setiap individu di
Andalus sentiasa bermuhasabah
dan menginsafi kesalahan dan
kekurangan akan cuba merangka
strategi untuk perbaiki diri agar
kekurangan itu hanyalah
sementara dalam dirinya.
keprihatinan yang tidak berkesudahan.
Jika setiap individu beriltizam untuk merealisasikan Misi, Visi dan Nilai Andalus sudah pasti natijah yang diharap akan dapat dijangkau.